2. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Tersebutlah satu penceritaan..... Kisah pengalaman Jauh.... di pendalaman
3. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Seorang Ibu yang punya impian Mempunyai anak yang ramai bilangan Pada Tuhan segala pujian Kesemuanya berjaya dalam pendidikan Kecuali seorang
4. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Anak yang menempa kejayaan Dianggap permata yang berkilauan Bagai minyak yang penuh ditatang Dan digelar ‘ Anak Sayang ’
5. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Manakala anak yang kegagalan Dianggap pembawa malang Kekal menjadi khidmat suruhan Dan digelar ‘ Anak Malang ’
6. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Yang Berjaya.... Keluar menuju ke kota Memenuhi hajat dan cita-cita Hebat dalam bekerjaya Tak dipersia segala yang diusaha
7. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Diteruskan dengan matlamat Mengangkat nama dan darjat Pelbagai jawatan diberi mandat Disanjungi pelbagai lapisan masyarakat
8. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Yang gagal diri Terus berkampung untuk berdikari Di situ tumpahnya darah, di situlah bumi sendiri Di situ kelahiran , di situlah langit dijunjungi Tiada apa untuk ditangisi
9. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Berkebun sebagai punca rezeki Dan ke sungai menambah pendapatan diri Yang lebih dahsyat lagi Tiada hak kelayakan untuk dihormati
10. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Inilah yang dikatakan ‘ Adat Kehidupan ’
11. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Anak kesayangan Menghantar wang bulanan Khuatir ibu tiada perbelanjaan
12. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Anak malang Tiada pemberian Kerna hasil mengikut keadaan Adakala cerah adakala hujan .
13. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Lihatlah mereka yang telah menempa kejayaan Sungguh senang dalam penghidupan Tanpa perlu berhempas pulas membanting tulang Leteran acap sebagai perbandingan Antara anak sayang vs anak malang
14. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Sungguh meresap dalam jiwa Tiada luahan dapat dikata Memang benar tiada syak wasangka Betullah setiap apa yang dikata
15. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Hari berlalu pergi Musim berganti Usia terus meningkat tinggi tanpa menoleh ke belakang lagi
16. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Kudrat si ibu semakin terhalang Rambut kian beruban Kabur sudah penglihatan Semakin kurang pendengaran Gigi mula bergoyang Kesakitan akhirnya teransang
17. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Untuk penjelasan Perlukan lebih perhatian Tapi ... dari siapa yang dimaksudkan? Tentulah dari anak yang dikandungkan
18. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Anak malang memerah sepenuh keupayaan Bertungkus lumus untuk penjagaan Dari pagi sampai ke malam Semalam ,dini hari esok secara berterusan Pendeknya tiada had waktu sempadan Mengawasi ibu menjadi keutamaan Khuatir berlaku suatu kejadian Kelak Menyesal tanpa kesudahan
19. Yang hairan di mana anak kesayangan Berita kesihatan telah disebarkan Hingga kini batang hidung tiada kelihatan Masing-masing berdolak dalik untuk pulang Bebanan kerja menjadi alasan ANAK SAYANG VS ANAK MALANG
20. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Yang hairan di mana anak kesayangan Yang sentiasa menjadi sebutan Hingga kini tiada bayangan Air mata menitis tanpa kerelaan Mengenang di mana anak kesayangan
21. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Yang hairan sememang hairan Di mana anak kesayangan Yang dulunya menjadi pujian Hingga kini tiada kelihatan Hanyut dalam khayalan
22. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Yang hairan bertambah hairan Di mana anak kesayangan Ketika ibu sangat memerlukan Wang bukan taruhan Kasih sayang yang didambakan
23. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Buruk buruk anak malang Sakit pening di bawah kawalan
24. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Buruk buruk anak malang Ibu tidak keseorangan
25. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Buruk buruk anak malang Buruk lagi dirundung kesepian
26. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Buruk buruk anak malang Dialah insan bukan sebarangan
27. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Begitulah lumrah alam ciptaan Tuhan Dalam kejadian ada pasangan Saling bergandingan Bagi mereka yang memikirkan Betapa indahnya suatu ciptaan
28. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ada siang ada malam Ada tinggi ada rendah Ada putih ada hitam Ada surut ada bah
29. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Dalam sorotan kita lihat pertandingan Antara anak sayang vs anak malang Siapakah yang jadi pemenang ? Si Sayang atau Si Malang ?
31. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Siapakah yang menghilangkan kesunyian tatkala ibu keseorangan? Jawapannya: Si anak malang
32. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Siapakah yang awal memberi khidmat ketika mana ibu memerlukan? Jawapannya: Si anak malang
33. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Siapakah yang menjadi pelindung ketika ibu ketakutan? Jawapannya: Si anak malang
34. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Siapakah yang menjaga ibu ketika Sakit & demam ? Jawapannya: Si anak malang
35. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Ibu kesakitan..... Siapa yang menghantar ke klinik untuk rawatan? Jawapannya: Si anak malang
36. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Si Ibu kesakitan..... Tangan siapakah yang menyuap makanan dan minuman? Jawapannya: Si anak malang
37. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Si Ibu kesakitan..... Siapakah yang menjaga hal ubat-ubatan? Jawapannya: Si anak malang
38. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketka Si Ibu kesakitan..... Siapakah yang memapah ke bilik air untuk dimandikan? Jawapannya: Si anak malang
39. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Si Ibu kesakitan..... Siapa yang memantau seharian? Jawapannya: Si anak malang
40. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Si Ibu kesakitan...... Siapakah yang membersihkan najis yang bertaburan? Jawapannya: Si anak malang
41. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Ketika Si Ibu kesakitan....... Siapakah yang menukar lampin pakai buang? Jawapannya: Si anak malang
42. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Dan Siapakah yang berada di sisi ibu ketika saat kematian? Jawapannya: Si anak malang
43. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Semuanya adalah Si ANAK MALANG
44. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Semuanya dilakukan dengan sempurna sekali Oleh anak yang paling dibenci Iaitulah: Si anak malang Betapa hebatnya yang digelar ‘ Si Anak Malang’
45. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Persoalan yang perlu difikiri Adakah anak sayang tidak bererti? Atau ... Tidak dapat berbakti?
46. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Baktinya.... Hanya dijelmakan melalui kewangan semata Kerana wang adalah segala-segalanya Kerana wang kita dapat membeli dunia dan seisinya
47. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Percayalah wang itu penting diberi Tapi ianya tidak akan memadai Walaupun dalam jumlah yang begitu tinggi Hakikatnya ada yang lebih penting lagi Jangan sampai pandangan terlepas pergi itulah kasih sayang sejati
48. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Sepertimana belaian yang diberikan Sejak dalam kandungan Apatah lagi saat kelahiran Hinggalah sihat dalam pembesaran Tak kan tertebus dengan bayaran
50. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Percayalah...Dengan kewangan Tak kan dapat mengembalikan umur seseorang Biarpun terhasil pelbagai ramuan
51. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Percayalah....Dengan kewangan Tak kan dapat menambat selera makan Cukuplah sekadar menyambung kehidupan
52. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Percayalah....Dengan kewangan Tak kan larat membeli perhiasan Yang ada pun tidak dipakaikan Kekal di tempat simpanan
53. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Dan percayalah....Dengan kewangan Tak kan dibeli pelbagai pakaian Mengikut peredaran zaman Cukuplah dengan pakaian yang usang
54. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Kesimpulan ... Dari kisah yang dipertontonkan Siapakah sebenarnya pemenang ? Diantara Si Sayang vs Si Malang?
55. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Jawapan: Sila ambil perhatian
56. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Andai Si Malang Yang dapat melakukan setiap tugasan Maka dialah Insan CEMERLANG
57. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Andai Si Sayang Yang dapat melakukan setiap tugasan Maka dialah insan GEMILANG
58. ANAK SAYANG VS ANAK MALANG Andai kedua-duanya Sayang dan Malang Sama-sama melakukan disetiap tugasan Maka kedua-duanya adalah insan TERBILANG