SlideShare a Scribd company logo
1 of 101
Download to read offline
99 ASMAUL HUSNA
BERSAMA BICARA HATIReference: 3i Production
“Hanya milik Allah asmaul husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan
menyebut asmaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti
mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan.”
(Surah Al-A'raf :180)
Ya RahmanALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENGASIH
“Ya ALLAH Ya Rahman, kurniakanlah kepadaku pelbagai anugerahMU
untuk daku hidup sebagai hambaMU dan khalifahMU di dunia ini”.
ُ‫ن‬َ‫م‬ْ‫ح‬َّ‫الر‬
Ya RahimALLAH YANG MAHA PENYAYANG
“Ya ALLAH Ya Rahim, perjalankan hidupku di atas jalan syurga, iaitu jalan orang-
orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, para Nabi, Rasul, shuhada‟,
solihin dan siddiqin”.
ُ‫يم‬ ِ‫ح‬َّ‫الر‬
Ya MalikALLAH YANG MAHA MEMILIKI
ُ‫ن‬ِ‫ل‬َ‫م‬ْ‫ال‬
“Ya ALLAH Ya Malik, Dikaulah Maha Memiliki dan Maha Berkuasa, memerintah
segala sesuatu di langit dan bumi. Sesungguhnya harta dan keluargaku milikMU.
Keluarkan ia dari hatiku ke genggaman.”
Ya QuddusALLAH YANG MAHA SUCI
“Ya ALLAH Ya Quddus, tiada satu pun perbuatanMU yang mengandungi
kekurangan, cacat dan cela. Setiap kehendak dan takdirMU terhadap diriku
adalah tanda kesempurnaanMU dan kesemuanya baik bagiku”.
ُ‫وس‬ُّ‫د‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya SalamALLAH YANG MAHA SEJAHTERA
“Ya ALLAH Ya Salam, kesejahteraan jiwa, emosi dan jasadku adalah
atas kurniaMU seluruhnya, daku bersyukur keatasnya dan kekalkanlah daku
dalam kesejahteraan ini”.
ُ‫م‬َ‫ال‬َّ‫س‬‫ال‬
Ya MukminALLAH YANG MAHA MENGAMANKAN
“Ya ALLAH Ya Mukmin, amankan jiwaku, emosiku, jasadku, hidupku keseluruhannya
serta kepada saudaraku dari bala bencana”.
ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MuhaiminALLAH YANG MAHA MEMELIHARA
“Ya ALLAH Ya Muhaimin, periharalah jiwaku dari bisikan nafsu dan syaitan”.
ُ‫ن‬ِ‫ْم‬‫ي‬َ‫ه‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya ‘AzizALLAH YANG MAHA PERKASA
“Ya ALLAH Ya „Aziz, perkasakan jiwaku untuk menjadi khalifahMU meneruskan
perjuangan RasulMU”.
ُ‫يز‬ ِ‫ز‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
Ya Jabbar
ALLAH YANG MAHA MEMAKSA
“Ya ALLAH Ya Jabbar, sesungguhnya segala ketentuanMu tiada siapa dapat
menghalang dan ianya adalah kebaikan buatku agar daku sentiasa dekat
denganMU”.
ُ‫ار‬َّ‫ب‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
Ya MutakabbirALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEBESARAN
“Ya ALLAH Ya Mutakabbir, seluruh kebesaran alam buana ini lambang
kebesaranMU, kurniakanlah daku jiwa yang besar. “
ُ‫ر‬ِِّ‫ب‬َ‫ك‬َ‫ت‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya KhaaliqALLAH YANG MAHA PENCIPTA
“Ya ALLAH Ya Khaaliq, kurniakanku sedikit daya reka ciptaMU agar daku dapat
mencipta perkara-perkara baru dan manfaat untuk kesejahteraan manusia”.
ُ‫ك‬ِ‫ل‬‫َا‬‫خ‬ْ‫ال‬
Ya Baari’ALAH YANG MAHA MENGATUR
“Ya ALLAH Ya Baari‟, daku memohon kepadaMU untuk membantuku mengatur
agenda hidupku agar bertepatan dengan redhaMU”.
ُ‫ئ‬ ِ‫ار‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya MusowwirALLAH YANG MAHA MEREKABENTUK
“Ya ALLAH Ya Musowwir, kurniakan kepadaku sedikit daya merekabentuk dan
kreatifMU agar dapat ku capai kreatif dalam kerjaku”.
ُ‫ر‬ ِِّ‫و‬َ‫ص‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Ghoffar
“Ya ALLAH Ya Ghoffar, sesungguhnya Dikau Maha Pengampun dosa
walau seluas buih di lautan sebanyak pasir di pantai, ampunkan segala dosaku”.
ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN
ُ‫ار‬َّ‫ف‬َ‫غ‬ْ‫ال‬
Ya QohharALLAH YANG MAHA MENUNDUKKAN
“Ya ALLAH Ya Qohhar, jadikanku hamba yang sentiasa tunduk kepada perintah
dan laranganMU agar daku dapat sentiasa menjadi
hamba yang Dikau redhai”.
ُ‫ار‬َّ‫ه‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya WahhabALLAH YANG MAHA PEMBERI KURNIA
“Ya ALLAH Ya Wahhab, segala pertolongan dan kurniaan
dalam hidupku selama ini datangnya dariMU,
maka bantulah daku dan permudahkanlah urusan hidupku”.
ُ‫اب‬َّ‫ه‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya RozzaaqALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI
“Ya ALLAH Ya Rozzaaq, sesungguhnya seluruh rezeki datang dariMU,
kurniakanlah kepadaku rezeki yang diberkati”.
ُ‫اق‬َّ‫ز‬َّ‫الر‬
Ya FattahALLAH YANG MAHA MEMBUKA
“Ya ALLAH Ya Fattah, bukakan hijab antaraku denganMU
agar daku mampu merasai kehadiranMU disisiku”.
ُ‫اح‬َّ‫ت‬َ‫ف‬ْ‫ال‬
Ya ‘AliimALLAH YANG MAHA MENGETAHUI
“Ya ALLAH Ya „Aliim, seluruh ilmu di alam buana ini ilmuMU, kurniakanku
ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratku”.
ُ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
Ya QaabidhALLAH YANG MAHA MENYEMPITKAN
“Ya ALLAH Ya Qaabidh, Dikau menyempitkan manusia agar manusia
mengingatiMU, kurniakanku kesabaran dan kelapangan ketika dalam kesempitan”.
ُ‫ض‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya BaasithALLAH YANG MAHA MELAPANGKAN
“Ya ALLAH Ya Baasith, Dikau melapangkan hidup manusia agar manusia
mensyukuri nikmatMU dan jadikanku hamba yang mensyukuri nikmatMU ketika
dilapangkan”.
ُ‫ط‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya KhaafidhALLAH YANG MAHA MENJATUHKAN
“Ya ALLAH Ya Khaafidh, sesungguhnya Dikau menjatuhkan manusia
agar manusia mengingatiMU, kurniakanku kesabaran dan kekuatan
dalam menjalani ujian kejatuhan”.
ُ‫ض‬ِ‫ف‬‫َا‬‫خ‬ْ‫ال‬
Ya Raafi’ALLAH YANG MAHA MENINGGIKAN
“Ya ALLAH Ya Raafi‟, sesungguhnya Dikau yang meninggikan manusia
agar manusia menjalankan tugas dan amanah di atas muka bumi ini.
Jadikanku hamba yang bersyukur ketika dikurniakan ketinggian”.
ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َّ‫الر‬
Ya Mu’izALLAH YANG MAHA MEMULIAKAN
“Ya ALLAH Ya Mu‟iz , sesungguhnya Dikau Maha Memuliakan,
Dikau memuliakan hambaMU agar kami bersyukur kepadaMU,
jadikanku hamba yang bersyukur ketka dikurniakan kemuliaan”.
ُُّ‫ز‬ِ‫ع‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MudzilALLAH YANG MAHA MENGHINAKAN
“Ya ALLAH Ya Mudzil, Dikau menghinakan hambaMU agar kami mengingatiMU.
Kurniakan kami kesabaran dan kekuatan ketika melalui ujian penghinaan”.
ُُّ‫ل‬ِ‫ذ‬‫الم‬
Ya Sami’ALLAH YANG MAHA MENDENGAR
“Ya ALLAH Ya Sami‟, sesungguhnya Dikau mendengar setiap keluhan
hambaMU, dengarilah bicaraku dan keluhanku, daku memerlukan pertolonganMU”.
ُ‫يع‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬
Ya BasirALLAH YANG MAHA MELIHAT
“Ya ALLAH Ya Basir, Dikau Maha Melihat, Dikau melihat apa yang dihadapan
mahupun yang belum daku ketahui dalam takdir hambaMU.
Lihatlah takdirku dan bantulah daku dalam urusan kerjaku”.
ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya HakamALLAH YANG MAHA MENGHUKUM
“Ya ALLAH Ya Hakam, sesunguhnya Dikau menghukum hambaMU di dunia sebagai
perigatan dan teguran. Kurniakanku kesabaran dan kekuatan dalam melalui
hukumanMU dan jauhiku dari hukuman nerakaMU”.
ُ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya ‘AdlALLAH YANG MAHA ADIL
“Ya ALLAH Ya „Adl , sesungguhnya Dikau Maha Adil dalam membalas kebaikan
mahupun kejahatan hambaMU. Kurniakanku sifat adil agar daku mampu adil
dengan manusia di sekelilingku”.
ُ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
Ya LatifALLAH YANG MAHA LEMBUT
“Ya ALLAH Ya Latif , Dikau Yang Maha Lembut, melayan hambaMU dengan penuh
kelembutan. Hiasi daku dengan kelembutan kata-kata dan tingkahlaku”.
ُ‫يف‬ِ‫ط‬َّ‫الل‬
Ya KhobirALLAH YANG MAHA WASPADA
“Ya ALLAH Ya Khobir, waspadakan kami daripada bisikan nafsu dan syaitan”.
ُ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫خ‬ْ‫ال‬
Ya HalimALLAH YANG MAHA SANTUN
“Ya ALLAH Ya Halim, hiasi daku dengan sifat santun kepadaMU dan kepada
makhlukMU agar daku dapat membuat kebaikan”.
ُ‫يم‬ِ‫ل‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya ‘AdzimALLAH YANG MAHA AGUNG
“Ya ALLAH Ya „Adzim, seluruh alam ini melambangkan keagunganMU,
jadikanku hambaMU yang sentiasa mengagungkanMU
dan jauhi daku darI mengagungkan makhluk”.
ُ‫يم‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
Ya GhafurALLAH YANG MAHA PENGAMPUN
“Ya ALLAH Ya Ghafur, walau seluas bumi dan langit dosa kami, luas lagi
keampunanMU. Walau setinggi langit dosa kami, tinggi lagi keampunanMU,
ampunkanlah kami”.
ُ‫ور‬‫َف‬‫غ‬ْ‫ال‬
Ya SyakuurALLAH YANG MAHA MENGHARGAI
“Ya ALLAH Ya Syakuur, Dikau menghargai setiap kebaikan hambaMU walau
sebesar zarah sekalipun, hiasi daku dengan akhlak menghargai
dan menghormati orang sekeliling”.
ُ‫ور‬‫ك‬َّ‫ش‬‫ال‬
Ya ‘AliyyALLAH YANG MAHA TINGGI
“Ya ALLAH Ya „Aliyy, sesungguhnya Dikau Maha Tinggi, seluruh alam ini
melambangkan ketinggianMU dan hanya Dikau yang layak ditinggikan,
ingatkan sentiasa bahawa daku hambaMU yang rendah”.
ُُّ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
Ya KabirALLAH YANG MAHA BESAR
“Ya ALLAH Ya Kabir, seluruh alam ini membongkarkan kebesaranMU,
dan hanya Dikau yang layak dibesar-besarkan,
ingatkan sentiasa bahawa daku hambaMU yang kerdil”.
ُ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬ْ‫ال‬
Ya HafidzALLAH YANG MAHA MEMELIHARA
“Ya ALLAH Ya Hafidz, sesungguhnya Dikau Maha Memelihara,
pelihara daku dari bisikan nafsu dan syaitan serta azab api nerakaMU”.
ُ‫يظ‬ِ‫ف‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya MuqitALLAH YANG MAHA MEMBERI KECUKUPAN
“Ya ALLAH Ya Muqit, sesungguhnya Dikau Maha Mencukupkan,
cukupkanlah rezeki dan kurniaMU buat kami di dunia dan akhirat”.
‫ت‬ِ‫ي‬‫م‬‫الم‬
Ya HasibALLAH YANG MAHA MENGHISAB
“Ya ALLAH Ya Hasib, sesungguhnya hari hisab itu sangat benar dan sangat dekat,
setiap amalan kami akan dihisab olehMU, kurniakanku syurgaMU
tanpa dihisab”.
ُ‫يب‬ِ‫س‬‫ح‬ْ‫ال‬
Ya JalilALLAH YANG MAHA MEMPUNYAI KESEMPURNAAN DAN KEJERNIHAN
“Ya ALLAH Ya Jalil, sesungguhnya Dikau Maha Sempurna lagi Maha Jernih,
jernihkan jiwaku dari kotoran penyakit hati, karat dosa dan berhala dunia”.
ُ‫يل‬ِ‫ل‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
Ya KarimALLAH YANG MAHA MULIA DAN MEMBERI
“Ya ALLAH Ya Karim, Dikau memberi tanpa diminta, sebelum diminta
dan apabila diminta, kurniakan daku kemuliaan disisiMU di dunia dan di akhirat”.
ُ‫يم‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ْ‫ال‬
Ya RoqiibALLAH YANG MAHA DEKAT & MAHA MENGAWASI
“Ya ALLAH Ya Roqiib, awasi kami dari bisikan nafsu dan syaitan
serta jauhkan kami dari melakukan kejahatan dan kemungkaran”.
ُ‫يب‬ِ‫ل‬َّ‫الر‬
Ya Mujib
ALLAH YANG MAHA MENGABULKAN DOA
“Ya ALLAH Ya Mujib, sesungguhnya Dikau Maha Mengabulkan doa,
kabulkanlah segala permohonanku”.
ُ‫يب‬ ِ‫ج‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Waasi’ALLAH YANG MAHA LUAS
“Ya ALLAH Ya Waasi‟, sesungguhnya Dikau Yang Maha Luas,
kurniakanku fikiran yang luas”.
ُ‫ع‬ِ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya HakimALLAH YANG MAHA BIJAKSANA
“Ya ALLAH Ya Hakim, sesungguhnya Dikau Maha Bijaksana, kurniakanku
kebijaksanaan agar daku dapat mengenalMU di dunia ini”.
ُ‫يم‬ِ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya WadudALLAH YANG MAHA PENCINTA
“Ya ALLAH Ya Wadud, daku menagih secebis cintaMU agar daku dapat berkorban
demi keranaMU, dapat hidup dan mati keranaMU kerana hanya cintaMU yang
mulia, tulus, suci dan abadi”.
ُ‫ود‬‫د‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya MajidALLAH YANG MAHA MULIA
“Ya ALLAH Ya Majid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mulia, kurniakanku
kemuliaan di dunia dan akhirat”.
ُ‫يد‬ ِ‫ج‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya Baa’ithALLAH YANG MAHA MEMBANGKITKAN
“Ya ALLAH Ya Baa‟ith, sesungguhnya Dikau Yang Maha Membakar Semangat,
bakarkan semangatku untuk terus berbakti kepada masyarakat demi keranaMU”.
ُ‫ث‬ِ‫ع‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya SyahiidALLAH YANG MAHA MENYAKSIKAN
“Ya ALLAH Ya Syahid, sesungguhnya Dikau menyaksikan setiap perbuatan daku
dan membalas setiap kebaikan atau kejahatanku, jauhi daku dari kejahatan”.
ُ‫يد‬ِ‫ه‬َّ‫ش‬‫ال‬
Ya HaqALLAH YANG MAHA BENAR
“Ya ALLAH Ya Haq, sesungguhnya seluruh kebenaran di dunia ini datang dariMU,
perjalankanlah hidupku di atas jalan yang benar”.
ُُّ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya WakilALLAH YANG MAHA MENTADBIR
“Ya ALLAH Ya Wakil, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menguruskan dan Mentadbir
seluruh alam ini dan isinya, daku ini hambaMU yang tiada daya upaya,
menyerahkan segala urusan hidupku kepadaMU”.
ُ‫يل‬ِ‫ك‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya QowiyALLAH YANG MAHA KUAT
“Ya ALLAH Ya Qowiy, kurniakanku kekuatan ketika diuji dengan pelbagai ujian
dariMU kerana kasihnyaMU kepadaku”.
ُُّ‫ي‬ِ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya MatinALLAH YANG MAHA TEGUH
“Ya ALLAH Ya Matin, kurniakanku jiwa yang teguh dalam memegang prinsip
Al-Quran dan Sunnah NabiMU”.
ُ‫ين‬ِ‫ت‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya WaliyALLAH YANG MAHA MELINDUNGI
“Ya ALLAH Ya Waliy, sesungguhnya Dikau Maha Melindungi, daku hambaMU yang
lemah ini menyerahkan segala urusan hidup kepadaMU”.
ُُّ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya HamidALLAH YANG MAHA TERPUJI
“Ya ALLAH Ya Hamid, hanya Dikau layak dipuja dan dipuji, kurniakanku lidah dan
hati yang sentiasa memujiMU”.
ُ‫يد‬ِ‫م‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya MuhsiALLAH YANG MAHA PENGHITUNG
“Ya ALLAH Ya Muhsi, sesungguhnya Dikau menghitung setiap perbuatan manusia
samada baik atau jahat, kurniakanku buku catatan amal dengan tangan kananku
di akhirat kelak”.
‫ي‬ ِ‫ص‬ْ‫ح‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Mubdi’ALLAH YANG MAHA MEMULAI
“Ya ALLAH Ya Mubdi‟, Dikau Yang Maha Memulakan kebaikan dan penutup
kejahatan, bukakan jalan perubahan ke arah kebaikan serta berusaha tanpa henti
untuk membuat penemuan, rekaan dan ciptaan baru yang bermanfaat untuk manusia
sejagat”.
ُ‫ئ‬ِ‫د‬ْ‫ب‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Mu’idALLAH YANG MAHA MENGEMBALIKAN
“Ya ALLAH Ya Mu‟id, daku ini datang dariMU dan akan dikembalikan kepadaMU
pada bila–bila masa, kurniakanku hati yang bersih sebelum daku dikembalikan
kepadaMU”.
ُ‫يد‬ِ‫ع‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MuhyiALLAH YANG MAHA MENGHIDUPKAN
“Ya ALLAH Ya Muhyi, daku bersyukur dihidupkan olehMU, kurniakan daku jiwa yang
sentiasa hidup dan segar mengingatiMU”.
‫ي‬ِ‫ي‬ْ‫ح‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MumitALLAH YANG MAHA MEMATIKAN
“Ya ALLAH Ya Mumit, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mematikan, daku akan mati
pada bila-bila masa. Ingatkan daku akan kematian agar daku dapat bersedia
menghadapinya”.
ُ‫يت‬ِ‫م‬‫م‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
Ya HayyuALLAH YANG MAHA HIDUP
“Ya ALLAH Ya Hayyu, sesungguhnya Dikau Yang Maha Hidup. Dikau sentiasa
menguruskan makhluqMU, jadikanku hamba yang sentiasa merujuk dan mengadu
kepadaMU yang sentiasa menunggu hambaMU”.
ُُّ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
Ya QoyyumALLAH YANG MAHA BERDIRI DENGAN SENDIRI
“Ya ALLAH Ya Qoyyum, sesungguhnya Dikau mentadbir alam dan isinya dengan
sendiri tanpa bantuan sesiapapun, kurniakan daku sifat berdikari dalam
menguruskan hidup tanpa menyusahkan manusia lain”.
ُ‫وم‬ُّ‫ي‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya WaajidALLAH YANG MAHA MENEMUKAN
“Ya ALLAH Ya Waajid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menemukan, pertemukan
daku jatidiriku yang sebenarnya iaitu menjadi abdi dan khalifahMU di dunia ini”.
ُ‫د‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya MaajidALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEMULIAAN
“Ya ALLAH Ya Maajid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Memiliki segala kemuliaan,
hiasi daku dengan akhlak yang mulia yang menzahirkan fitrah yang Dikau
anugerahkan sejak azaliku”.
ُ‫د‬ ِ‫اج‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya WaahidALLAH YANG MAHA TUNGGAL
“Ya ALLAH Ya Waahid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Tunggal, kurniakanku
keperibadian yang teguh dan kukuh serta berdikari yang hanya bergantung dan
berharap kepadaMU yang SATU.”
ُ‫د‬ ِ‫واح‬ْ‫ال‬
Ya AhadALLAH YANG MAHA ESA
“Ya ALLAH Ya Ahad, sesungguhnya seluruh alam ini melambangkan keEsaanMU,
jadikan daku hamba yang sentiasa mengesakanMU”.
ُ‫د‬َ‫ح‬َ‫ال‬َ‫ا‬
Ya SomadALLAH YANG MAHA DIPERLUKAN
“Ya ALLAH Ya Somad, sesungguhnya Dikau Yang Maha Diperlukan dan padaMU
kesudahan bagi segala kemuliaan dan kekuasaan. Jadikan daku hamba yang
sentiasa bergantung kepadaMu dalam segala urusan hidup ini”.
ُ‫د‬َ‫م‬َّ‫ص‬‫ال‬
Ya QaadirALLAH YANG MAHA BERKEHENDAK
“Ya ALLAH Ya Qaadir, sesungguhnya setiap apa yang berlaku kepadaku adalah
atas kehendakMU jua, kurniakanku rasa redha dalam menerima setiap kehendakMU
sesungguhnya kehendakMU sentiasa baik bagiku”.
ُ‫ر‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ال‬
Ya MuqtadirALLAH YANG MAHA MENENTUKAN
“Ya ALLAH Ya Muqtadir, sesungguhnya setiap yang telah berlaku itu adalah
takdirMU yang telah Dikau tetapkan sejak azali. Jadikan daku hamba
yang redha di atas setiap takdirMU”.
ُ‫ر‬ِ‫د‬َ‫ت‬ْ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MuqaddimALLAH YANG MAHA MENDAHULUKAN
“Ya ALLAH Ya Muqaddim, kurniakan daku keupayaan dan kekuatan untuk
memulakan sesuatu kebaikan dan amal soleh”.
ُ‫م‬ِِّ‫د‬َ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya MuakhirALLAH YANG MAHA MENGAKHIRKAN
“Ya ALLAH Ya Muakhir, kurniakanku keupayaan dan kekuatan untuk menamatkan
dan menghentikan sesuatu kejahatan dan keburukan”.
ُ‫ر‬ِِّ‫خ‬َ‫ؤ‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya AwwalALLAH YANG MAHA AWAL
“Ya ALLAH Ya Awwal, sesungguhnya Dikau Yang Maha Awal dan Maha
Mengawalkan, kurniakanku akhlak sentiasa mengawalkan perintahMU dan tidak
bertangguh untuk melaksanakannya”.
ُ‫ل‬ َّ‫األو‬
Ya AkhirALLAH YANG MAHA AKHIR
“Ya ALLAH Ya Akhir, sesungguhnya Dikau Yang Maha Akhir dan Maha
Melambatkan, maafkan daku ketika daku lambat dalam melaksanakan
tuntutanMU. Jangan biarkanku lambat melakukan kebaikan”.
ُ‫ر‬ ِ‫اآلخ‬
Ya Zohir
ALLAH YANG MAHA NYATA
“Ya ALLAH Ya Zohir, sesungguhnya Dikau Yang Maha Nyata dan Maha
Menzahirkan, zahirkan kedekatanMU pada fikiran dan pandangan mata hatiku
agar daku sentiasa rasa kehadiranMU dekat denganku”.
ُ‫ر‬ِ‫ه‬‫ا‬َّ‫الظ‬
Ya BatinALLAH YANG MAHA GHAIB
“Ya ALLAH Ya Batin, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menghilangkan,
hilangkan keinginanku kepada kemewahan dunia, pangkat dan harta agar hati ini
mampu mengingatiMU sepanjang masa”.
ُ‫ن‬ِ‫اط‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya WaaliALLAH YANG MAHA MEMERINTAH
“Ya ALLAH Ya Waali, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mengurus dan Maha
Memerintah, hiasi daku dengan sedikit daya mengurus agar daku mampu
menjalankan tugas sebagai khalifahMU”.
‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya Muta’aliALLAH YANG MAHA MEMILIKI KETINGGIAN
“Ya ALLAH Ya Muta‟ali, sesungguhnya Dikau Yang Maha Memiliki Meninggikan,
seluruh ketinggian manusia adalah kurniaanMU, jadikan daku hambaMU yang
bersyukur ketika menerima anugerah ketinggian”.
‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya BarrALLAH YANG MAHA BAIK DAN MAHA DERMAWAN
“Ya ALLAH Ya Barr, sesungguhnya kebaikan dan kedermawan hambaMU
adalah kebaikanMU, kurniakan kami keupayaan
untuk melakukan kebaikan dan jadikan kami hamba yang dermawan”.
ُُّ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya TawwabALLAH YANG MAHA PENERIMA TAUBAT
“Ya ALLAH Ya Tawwab, sesungguhnya Dikau Maha Menerima Taubat, daku
bertaubat kepadaMU dari segala kejahatan dan dosa”.
ُ‫اب‬ َ‫و‬َّ‫ت‬‫ال‬
Ya MuntaqimALLAH YANG MAHA PENYEKSA
“Ya ALLAH Ya Muntaqim, sesungguhnya Dikau Maha Memberi Azab, azab
nerakaMU itu sangat benar dan sangat dekat. Lindungilah daku dari azab api
nerakaMU dan ingatkan daku sentiasa kepada nerakaMU agar daku sentiasa
berhati-hati dalam hidup”.
ُ‫م‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫ن‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya ‘AffuwALLAH YANG MAHA PEMAAF
“Ya ALLAH Ya „Affuw, sesungguhnya Dikau memaafkan segala kesalahan manusia
walau sebanyak pasir di pantai. Maafkan segala kesalahanku kepadaMU.
Hiasi daku dengan sifat pemaaf kepada manusia sekelilingku”.
ُُّ‫و‬‫ف‬َ‫ع‬‫ال‬
Ya Ra’ufALLAH YANG MAHA PELIMPAH KASIH
“Ya ALLAH Ya Ra‟uf, sesungguhnya Dikau Maha Melimpahi Kasih terhadap seluruh
makhluqMU. Jadikan daku hambaMU yang pemurah dan prihatin dan dibuka jalan
olehMU untuk menolong orang lain”.
ُ‫وف‬‫ؤ‬َّ‫الر‬
Ya Malikul MulkALLAH YANG MAHA MEMERINTAH SEGALA KERAJAAN
“Ya ALLAH Ya Malikul Mulk, seluruh kerajaan di langit dan bumi adalah di bawah
pemerintahanMU. Kurniakan kami daya untuk memerintah organisasi kami, ahli
keluarga kami untuk sentiasa patuh kepada syariatMU”.
ُ‫ن‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ُِ‫ن‬ْ‫ل‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Dzul Jalali Wal Ikroom
ALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAAN
“Ya ALLAH Ya Dzul Jalali Wal Ikroom, sesungguhnya Dikau Maha Memiliki seluruh
kebesaran, ketnggian dan kemuliaan, segala kebesaran, ketinggian dan kemuliaan
yang ada pada manusia adalah milikMu. Daku ini hambaMU yang kerdil dan hina”.
ُِ‫ل‬َ‫ال‬َ‫ج‬ْ‫وال‬‫ذ‬ُِ‫ام‬َ‫ر‬ْ‫ك‬‫اإل‬ َ‫و‬
Ya MuqsithALLAH YANG MAHA MENYEIMBANGKAN
“Ya ALLAH Ya Muqsith, sesungguhnya Dikau Maha Menyeimbangkan lagi harmoni,
Dikau menjadikan makhluk berpasang-pasangan lambang keseimbangaMU.
Jadikanku hambaMU yang mampu melihat keseimbanganMu di sebalik alam.
Kurniakanku sifat keadilan dan keharmonian. ”.
ُ‫ط‬ِ‫س‬ْ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Jaami’ALLAH YANG MAHA MENGHIMPUN
“Ya ALLAH Ya Jaami‟, sesungguhnya Dikau Maha Menghimpun, ikatkan hatiku
dengan pasanganku, ahli keluargaku, sahabat dan jiran-jiranku dengan tali kasih
sayangMu agar kami saling bombing-membimbing ke jalanMU”.
ُ‫ع‬ِ‫ام‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
Ya GhoniALLAH YANG MAHA KAYA
“Ya ALLAH Ya Ghoni, sesungguhnya seluruh kekayaan di alam buana ini dan
kekayaan yang dikurniakan kepada orang kaya di dunia ini adalah kekayaanMU.
Daku ini hambaMU yang fakir. Kurniaanku sedikit kekayaanMU untukku
melaksanakan tugasku sebagai khalifahMU”.
ُُّ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫غ‬ْ‫ال‬
Ya Mughni
ALLAH YANG MAHA PEMBERI KEKAYAAN
“Ya ALLAH Ya Mughni, sesungguhnya harta yang ada padaku ini adalah
kurniaanMU semata. Kurniakanku kekuatan untuk menyalurkannya semula kepada
ummah yang memerlukan”.
‫ي‬ِ‫ن‬ْ‫غ‬‫م‬ْ‫ال‬
Ya Maani’ALLAH YANG MAHA MENCEGAH
“Ya ALLAH Ya Maani‟, cegahlah daku dari melakukan kejahatan
dan kemungkaran kepadaMU”.
ُ‫ع‬ِ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
Ya DhoorrALLAH YANG MAHA MEMUDARATKAN
“Ya ALLAH Ya Dhoorr, tiada siapa yang boleh memudaratkanku melainkanMU,
daku berlindung denganMU dari sebarang kemudaratan”.
َُّ‫ار‬َّ‫ض‬‫ال‬
Ya Naafi’ALLAH YANG MAHA PEMBERI MANFAAT
“Ya ALLAH Ya Naafi‟, seluruh kemanfaatan yang ku nikmati datang dariMU. Ketika
Dikau ingin memberi kemanfaatan kepadaku, tiada siapa yang mampu
menghalangnya. Daku menyerahkan jiwa ragaku kepada agamaMU untuk
manfaat ummah”.
ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َّ‫ن‬‫ال‬
Ya NuurALLAH YANG MAHA PEMBERI CAHAYA
“Ya ALLAH Ya Nuur, pancarkan cahayaMU dalam jiwaku yang masih gelap ini agar
jelas dan teranglah yang benar dan yang batil. Terangi mata hatiku agar diriku
mampu memahami perbuatanMU dan hakikat setiap perkara yang berlaku”.
ُ‫ور‬ُّ‫ن‬‫ال‬
Ya HaadiALLAH YANG MAHA PEMBERI PETUNJUK
“Ya ALLAH Ya Haadi, tunjuki daku jalanMu yang lurus, tanpa petunjukMU, kami
semua akan tersasar dari jalan kebenaranMU iaitu jalan yang dilalui oleh para Rasul
para Nabi, syuhada‟, solihin dan siddiqin”.
‫ي‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ال‬
Ya Badi’ALLAH YANG MAHA PENCIPTA KEINDAHAN
“Ya ALLAH Ya Badi‟, sesungguhnya seluruh keindahan dan kecantikan alam ini
dicantikkan olehMU Yang Maha Cantik dan Maha Mencantikkan.
Kurniakanku kecantikan budi pekerti”.
ُ‫يع‬ِ‫د‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
Ya BaaqiALLAH YANG MAHA KEKAL
“Ya ALLAH Ya Baaqi, daku hambaMU yang fana dan akan hancur, hanya Dikau
yang kekal abadi, kekalkan ingatanku kepadaMU”.
‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
Ya WaarithALLAH YANG MAHA MEWARISI
“Ya ALLAH Ya Waarith, Dikau mewariskan bumi ini untuk hambaMU menegakkan
kalimahMU. Daku memohon kekuatan dan kebijaksanaan dariMU untuk
menggenggam dunia yang diwariskan olehMU sebagai menggendong tugas
khalifahMU meneruskan perjuangan RasulMU”.
ُ‫ث‬ ِ‫ار‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
Ya RoshidALLAH YANG MAHA PINTAR
“Ya ALLAH Ya Roshid, kurniakanku kepintaran agar daku dapat meneroka alam ini
dan mengenalMU sebelum daku berjumpa denganMU di akhirat nanti”.
ُ‫يد‬ِ‫ش‬َّ‫الر‬
Ya SoburALLAH YANG MAHA SABAR
“Ya ALLAH Ya Sobur, Dikau sentiasa bersabar dengan hambaMU meskipun sering
melakukan kesalahan kepadaMU. Kurniakanku jiwa yang sabar dalam menjalani
hidup ini dan dalam memijak duri dan ranjau jalan yang dilalui RasulMU.”
ُ‫ور‬‫ب‬َّ‫ص‬‫ال‬

More Related Content

What's hot

Riba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamRiba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamsalmy1001
 
Bacaan tahlil 18-43
Bacaan tahlil 18-43Bacaan tahlil 18-43
Bacaan tahlil 18-43nyongkoh
 
Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Marhamah Saleh
 
Kamus Istilah Tasawwur Islam
Kamus Istilah Tasawwur IslamKamus Istilah Tasawwur Islam
Kamus Istilah Tasawwur Islamkorie riecoes
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalatsalmy1001
 
Foundation of Islamic: Wakaf
Foundation of Islamic: WakafFoundation of Islamic: Wakaf
Foundation of Islamic: WakafAmirah Shahirah
 
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddad
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddadWirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddad
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddadAlmawlid
 

What's hot (13)

Riba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islamRiba dalam syariat islam
Riba dalam syariat islam
 
Kinerja malaikat
Kinerja malaikatKinerja malaikat
Kinerja malaikat
 
Kamus praktis bahasa arab
Kamus praktis bahasa arabKamus praktis bahasa arab
Kamus praktis bahasa arab
 
Bacaan tahlil 18-43
Bacaan tahlil 18-43Bacaan tahlil 18-43
Bacaan tahlil 18-43
 
Rangkuman Fiqh Muamalah
Rangkuman Fiqh MuamalahRangkuman Fiqh Muamalah
Rangkuman Fiqh Muamalah
 
Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8Presentasi Fiqh Siyasah 8
Presentasi Fiqh Siyasah 8
 
Kamus Istilah Tasawwur Islam
Kamus Istilah Tasawwur IslamKamus Istilah Tasawwur Islam
Kamus Istilah Tasawwur Islam
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Kissing the thumbs or the index fingers and putting them to the eyes on heari...
Kissing the thumbs or the index fingers and putting them to the eyes on heari...Kissing the thumbs or the index fingers and putting them to the eyes on heari...
Kissing the thumbs or the index fingers and putting them to the eyes on heari...
 
15 HUKUM JU'ALAH
15 HUKUM JU'ALAH15 HUKUM JU'ALAH
15 HUKUM JU'ALAH
 
Foundation of Islamic: Wakaf
Foundation of Islamic: WakafFoundation of Islamic: Wakaf
Foundation of Islamic: Wakaf
 
3. aspek syariah pms
3. aspek syariah pms3. aspek syariah pms
3. aspek syariah pms
 
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddad
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddadWirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddad
Wirdul latif PAGI by Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alawi AlHaddad
 

Similar to ASMAUL HUSNA (20)

Arifan
ArifanArifan
Arifan
 
Kumpulandoaumroh 130909215958-
Kumpulandoaumroh 130909215958-Kumpulandoaumroh 130909215958-
Kumpulandoaumroh 130909215958-
 
Doa
DoaDoa
Doa
 
S h-o-l-a-t-f-a-r-d-l-u
S h-o-l-a-t-f-a-r-d-l-uS h-o-l-a-t-f-a-r-d-l-u
S h-o-l-a-t-f-a-r-d-l-u
 
Sholat ramadhan tq
Sholat ramadhan tqSholat ramadhan tq
Sholat ramadhan tq
 
Aneka doaku 2
Aneka doaku 2Aneka doaku 2
Aneka doaku 2
 
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDFDoa Perlindungan dan Permohonan .PDF
Doa Perlindungan dan Permohonan .PDF
 
Gerakan shalat1
Gerakan shalat1Gerakan shalat1
Gerakan shalat1
 
Tata cara sholat fardu
Tata cara sholat farduTata cara sholat fardu
Tata cara sholat fardu
 
Doa MANJUR
Doa MANJURDoa MANJUR
Doa MANJUR
 
Kumpulan doa umroh
Kumpulan doa umrohKumpulan doa umroh
Kumpulan doa umroh
 
KITAB TAUBAT
KITAB TAUBATKITAB TAUBAT
KITAB TAUBAT
 
Bacaan Sholat
Bacaan SholatBacaan Sholat
Bacaan Sholat
 
Doa pilihan
Doa pilihanDoa pilihan
Doa pilihan
 
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withirQunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
Qunut merupakan doa yang dilakukan pada shalat subuh atau shalat withir
 
Doa Penyejuk Jiwa
Doa Penyejuk JiwaDoa Penyejuk Jiwa
Doa Penyejuk Jiwa
 
Doa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji waDoa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji wa
 
Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-3202...
Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-3202...Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-3202...
Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-3202...
 
Ratib syekh abdul qadir jailani dan syekh shazili
Ratib syekh abdul qadir jailani dan syekh shaziliRatib syekh abdul qadir jailani dan syekh shazili
Ratib syekh abdul qadir jailani dan syekh shazili
 
Kumpulan doa sholat fardu
Kumpulan doa sholat farduKumpulan doa sholat fardu
Kumpulan doa sholat fardu
 

Recently uploaded

Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDAprihatiningrum Hidayati
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxWahyudinHioda
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxArdianAlaziz
 

Recently uploaded (13)

Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
 

ASMAUL HUSNA

  • 1. 99 ASMAUL HUSNA BERSAMA BICARA HATIReference: 3i Production
  • 2. “Hanya milik Allah asmaul husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Al-A'raf :180)
  • 3. Ya RahmanALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENGASIH “Ya ALLAH Ya Rahman, kurniakanlah kepadaku pelbagai anugerahMU untuk daku hidup sebagai hambaMU dan khalifahMU di dunia ini”. ُ‫ن‬َ‫م‬ْ‫ح‬َّ‫الر‬
  • 4. Ya RahimALLAH YANG MAHA PENYAYANG “Ya ALLAH Ya Rahim, perjalankan hidupku di atas jalan syurga, iaitu jalan orang- orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, para Nabi, Rasul, shuhada‟, solihin dan siddiqin”. ُ‫يم‬ ِ‫ح‬َّ‫الر‬
  • 5. Ya MalikALLAH YANG MAHA MEMILIKI ُ‫ن‬ِ‫ل‬َ‫م‬ْ‫ال‬ “Ya ALLAH Ya Malik, Dikaulah Maha Memiliki dan Maha Berkuasa, memerintah segala sesuatu di langit dan bumi. Sesungguhnya harta dan keluargaku milikMU. Keluarkan ia dari hatiku ke genggaman.”
  • 6. Ya QuddusALLAH YANG MAHA SUCI “Ya ALLAH Ya Quddus, tiada satu pun perbuatanMU yang mengandungi kekurangan, cacat dan cela. Setiap kehendak dan takdirMU terhadap diriku adalah tanda kesempurnaanMU dan kesemuanya baik bagiku”. ُ‫وس‬ُّ‫د‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 7. Ya SalamALLAH YANG MAHA SEJAHTERA “Ya ALLAH Ya Salam, kesejahteraan jiwa, emosi dan jasadku adalah atas kurniaMU seluruhnya, daku bersyukur keatasnya dan kekalkanlah daku dalam kesejahteraan ini”. ُ‫م‬َ‫ال‬َّ‫س‬‫ال‬
  • 8. Ya MukminALLAH YANG MAHA MENGAMANKAN “Ya ALLAH Ya Mukmin, amankan jiwaku, emosiku, jasadku, hidupku keseluruhannya serta kepada saudaraku dari bala bencana”. ُ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 9. Ya MuhaiminALLAH YANG MAHA MEMELIHARA “Ya ALLAH Ya Muhaimin, periharalah jiwaku dari bisikan nafsu dan syaitan”. ُ‫ن‬ِ‫ْم‬‫ي‬َ‫ه‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 10. Ya ‘AzizALLAH YANG MAHA PERKASA “Ya ALLAH Ya „Aziz, perkasakan jiwaku untuk menjadi khalifahMU meneruskan perjuangan RasulMU”. ُ‫يز‬ ِ‫ز‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
  • 11. Ya Jabbar ALLAH YANG MAHA MEMAKSA “Ya ALLAH Ya Jabbar, sesungguhnya segala ketentuanMu tiada siapa dapat menghalang dan ianya adalah kebaikan buatku agar daku sentiasa dekat denganMU”. ُ‫ار‬َّ‫ب‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
  • 12. Ya MutakabbirALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEBESARAN “Ya ALLAH Ya Mutakabbir, seluruh kebesaran alam buana ini lambang kebesaranMU, kurniakanlah daku jiwa yang besar. “ ُ‫ر‬ِِّ‫ب‬َ‫ك‬َ‫ت‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 13. Ya KhaaliqALLAH YANG MAHA PENCIPTA “Ya ALLAH Ya Khaaliq, kurniakanku sedikit daya reka ciptaMU agar daku dapat mencipta perkara-perkara baru dan manfaat untuk kesejahteraan manusia”. ُ‫ك‬ِ‫ل‬‫َا‬‫خ‬ْ‫ال‬
  • 14. Ya Baari’ALAH YANG MAHA MENGATUR “Ya ALLAH Ya Baari‟, daku memohon kepadaMU untuk membantuku mengatur agenda hidupku agar bertepatan dengan redhaMU”. ُ‫ئ‬ ِ‫ار‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 15. Ya MusowwirALLAH YANG MAHA MEREKABENTUK “Ya ALLAH Ya Musowwir, kurniakan kepadaku sedikit daya merekabentuk dan kreatifMU agar dapat ku capai kreatif dalam kerjaku”. ُ‫ر‬ ِِّ‫و‬َ‫ص‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 16. Ya Ghoffar “Ya ALLAH Ya Ghoffar, sesungguhnya Dikau Maha Pengampun dosa walau seluas buih di lautan sebanyak pasir di pantai, ampunkan segala dosaku”. ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN ُ‫ار‬َّ‫ف‬َ‫غ‬ْ‫ال‬
  • 17. Ya QohharALLAH YANG MAHA MENUNDUKKAN “Ya ALLAH Ya Qohhar, jadikanku hamba yang sentiasa tunduk kepada perintah dan laranganMU agar daku dapat sentiasa menjadi hamba yang Dikau redhai”. ُ‫ار‬َّ‫ه‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 18. Ya WahhabALLAH YANG MAHA PEMBERI KURNIA “Ya ALLAH Ya Wahhab, segala pertolongan dan kurniaan dalam hidupku selama ini datangnya dariMU, maka bantulah daku dan permudahkanlah urusan hidupku”. ُ‫اب‬َّ‫ه‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 19. Ya RozzaaqALLAH YANG MAHA PEMBERI REZEKI “Ya ALLAH Ya Rozzaaq, sesungguhnya seluruh rezeki datang dariMU, kurniakanlah kepadaku rezeki yang diberkati”. ُ‫اق‬َّ‫ز‬َّ‫الر‬
  • 20. Ya FattahALLAH YANG MAHA MEMBUKA “Ya ALLAH Ya Fattah, bukakan hijab antaraku denganMU agar daku mampu merasai kehadiranMU disisiku”. ُ‫اح‬َّ‫ت‬َ‫ف‬ْ‫ال‬
  • 21. Ya ‘AliimALLAH YANG MAHA MENGETAHUI “Ya ALLAH Ya „Aliim, seluruh ilmu di alam buana ini ilmuMU, kurniakanku ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhiratku”. ُ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
  • 22. Ya QaabidhALLAH YANG MAHA MENYEMPITKAN “Ya ALLAH Ya Qaabidh, Dikau menyempitkan manusia agar manusia mengingatiMU, kurniakanku kesabaran dan kelapangan ketika dalam kesempitan”. ُ‫ض‬ِ‫ب‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 23. Ya BaasithALLAH YANG MAHA MELAPANGKAN “Ya ALLAH Ya Baasith, Dikau melapangkan hidup manusia agar manusia mensyukuri nikmatMU dan jadikanku hamba yang mensyukuri nikmatMU ketika dilapangkan”. ُ‫ط‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 24. Ya KhaafidhALLAH YANG MAHA MENJATUHKAN “Ya ALLAH Ya Khaafidh, sesungguhnya Dikau menjatuhkan manusia agar manusia mengingatiMU, kurniakanku kesabaran dan kekuatan dalam menjalani ujian kejatuhan”. ُ‫ض‬ِ‫ف‬‫َا‬‫خ‬ْ‫ال‬
  • 25. Ya Raafi’ALLAH YANG MAHA MENINGGIKAN “Ya ALLAH Ya Raafi‟, sesungguhnya Dikau yang meninggikan manusia agar manusia menjalankan tugas dan amanah di atas muka bumi ini. Jadikanku hamba yang bersyukur ketika dikurniakan ketinggian”. ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َّ‫الر‬
  • 26. Ya Mu’izALLAH YANG MAHA MEMULIAKAN “Ya ALLAH Ya Mu‟iz , sesungguhnya Dikau Maha Memuliakan, Dikau memuliakan hambaMU agar kami bersyukur kepadaMU, jadikanku hamba yang bersyukur ketka dikurniakan kemuliaan”. ُُّ‫ز‬ِ‫ع‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 27. Ya MudzilALLAH YANG MAHA MENGHINAKAN “Ya ALLAH Ya Mudzil, Dikau menghinakan hambaMU agar kami mengingatiMU. Kurniakan kami kesabaran dan kekuatan ketika melalui ujian penghinaan”. ُُّ‫ل‬ِ‫ذ‬‫الم‬
  • 28. Ya Sami’ALLAH YANG MAHA MENDENGAR “Ya ALLAH Ya Sami‟, sesungguhnya Dikau mendengar setiap keluhan hambaMU, dengarilah bicaraku dan keluhanku, daku memerlukan pertolonganMU”. ُ‫يع‬ِ‫م‬َّ‫س‬‫ال‬
  • 29. Ya BasirALLAH YANG MAHA MELIHAT “Ya ALLAH Ya Basir, Dikau Maha Melihat, Dikau melihat apa yang dihadapan mahupun yang belum daku ketahui dalam takdir hambaMU. Lihatlah takdirku dan bantulah daku dalam urusan kerjaku”. ُ‫ير‬ ِ‫ص‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 30. Ya HakamALLAH YANG MAHA MENGHUKUM “Ya ALLAH Ya Hakam, sesunguhnya Dikau menghukum hambaMU di dunia sebagai perigatan dan teguran. Kurniakanku kesabaran dan kekuatan dalam melalui hukumanMU dan jauhiku dari hukuman nerakaMU”. ُ‫م‬َ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 31. Ya ‘AdlALLAH YANG MAHA ADIL “Ya ALLAH Ya „Adl , sesungguhnya Dikau Maha Adil dalam membalas kebaikan mahupun kejahatan hambaMU. Kurniakanku sifat adil agar daku mampu adil dengan manusia di sekelilingku”. ُ‫ل‬ْ‫د‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
  • 32. Ya LatifALLAH YANG MAHA LEMBUT “Ya ALLAH Ya Latif , Dikau Yang Maha Lembut, melayan hambaMU dengan penuh kelembutan. Hiasi daku dengan kelembutan kata-kata dan tingkahlaku”. ُ‫يف‬ِ‫ط‬َّ‫الل‬
  • 33. Ya KhobirALLAH YANG MAHA WASPADA “Ya ALLAH Ya Khobir, waspadakan kami daripada bisikan nafsu dan syaitan”. ُ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫خ‬ْ‫ال‬
  • 34. Ya HalimALLAH YANG MAHA SANTUN “Ya ALLAH Ya Halim, hiasi daku dengan sifat santun kepadaMU dan kepada makhlukMU agar daku dapat membuat kebaikan”. ُ‫يم‬ِ‫ل‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 35. Ya ‘AdzimALLAH YANG MAHA AGUNG “Ya ALLAH Ya „Adzim, seluruh alam ini melambangkan keagunganMU, jadikanku hambaMU yang sentiasa mengagungkanMU dan jauhi daku darI mengagungkan makhluk”. ُ‫يم‬ِ‫ظ‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
  • 36. Ya GhafurALLAH YANG MAHA PENGAMPUN “Ya ALLAH Ya Ghafur, walau seluas bumi dan langit dosa kami, luas lagi keampunanMU. Walau setinggi langit dosa kami, tinggi lagi keampunanMU, ampunkanlah kami”. ُ‫ور‬‫َف‬‫غ‬ْ‫ال‬
  • 37. Ya SyakuurALLAH YANG MAHA MENGHARGAI “Ya ALLAH Ya Syakuur, Dikau menghargai setiap kebaikan hambaMU walau sebesar zarah sekalipun, hiasi daku dengan akhlak menghargai dan menghormati orang sekeliling”. ُ‫ور‬‫ك‬َّ‫ش‬‫ال‬
  • 38. Ya ‘AliyyALLAH YANG MAHA TINGGI “Ya ALLAH Ya „Aliyy, sesungguhnya Dikau Maha Tinggi, seluruh alam ini melambangkan ketinggianMU dan hanya Dikau yang layak ditinggikan, ingatkan sentiasa bahawa daku hambaMU yang rendah”. ُُّ‫ي‬ِ‫ل‬َ‫ع‬ْ‫ال‬
  • 39. Ya KabirALLAH YANG MAHA BESAR “Ya ALLAH Ya Kabir, seluruh alam ini membongkarkan kebesaranMU, dan hanya Dikau yang layak dibesar-besarkan, ingatkan sentiasa bahawa daku hambaMU yang kerdil”. ُ‫ير‬ِ‫ب‬َ‫ك‬ْ‫ال‬
  • 40. Ya HafidzALLAH YANG MAHA MEMELIHARA “Ya ALLAH Ya Hafidz, sesungguhnya Dikau Maha Memelihara, pelihara daku dari bisikan nafsu dan syaitan serta azab api nerakaMU”. ُ‫يظ‬ِ‫ف‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 41. Ya MuqitALLAH YANG MAHA MEMBERI KECUKUPAN “Ya ALLAH Ya Muqit, sesungguhnya Dikau Maha Mencukupkan, cukupkanlah rezeki dan kurniaMU buat kami di dunia dan akhirat”. ‫ت‬ِ‫ي‬‫م‬‫الم‬
  • 42. Ya HasibALLAH YANG MAHA MENGHISAB “Ya ALLAH Ya Hasib, sesungguhnya hari hisab itu sangat benar dan sangat dekat, setiap amalan kami akan dihisab olehMU, kurniakanku syurgaMU tanpa dihisab”. ُ‫يب‬ِ‫س‬‫ح‬ْ‫ال‬
  • 43. Ya JalilALLAH YANG MAHA MEMPUNYAI KESEMPURNAAN DAN KEJERNIHAN “Ya ALLAH Ya Jalil, sesungguhnya Dikau Maha Sempurna lagi Maha Jernih, jernihkan jiwaku dari kotoran penyakit hati, karat dosa dan berhala dunia”. ُ‫يل‬ِ‫ل‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
  • 44. Ya KarimALLAH YANG MAHA MULIA DAN MEMBERI “Ya ALLAH Ya Karim, Dikau memberi tanpa diminta, sebelum diminta dan apabila diminta, kurniakan daku kemuliaan disisiMU di dunia dan di akhirat”. ُ‫يم‬ ِ‫ر‬َ‫ك‬ْ‫ال‬
  • 45. Ya RoqiibALLAH YANG MAHA DEKAT & MAHA MENGAWASI “Ya ALLAH Ya Roqiib, awasi kami dari bisikan nafsu dan syaitan serta jauhkan kami dari melakukan kejahatan dan kemungkaran”. ُ‫يب‬ِ‫ل‬َّ‫الر‬
  • 46. Ya Mujib ALLAH YANG MAHA MENGABULKAN DOA “Ya ALLAH Ya Mujib, sesungguhnya Dikau Maha Mengabulkan doa, kabulkanlah segala permohonanku”. ُ‫يب‬ ِ‫ج‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 47. Ya Waasi’ALLAH YANG MAHA LUAS “Ya ALLAH Ya Waasi‟, sesungguhnya Dikau Yang Maha Luas, kurniakanku fikiran yang luas”. ُ‫ع‬ِ‫س‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 48. Ya HakimALLAH YANG MAHA BIJAKSANA “Ya ALLAH Ya Hakim, sesungguhnya Dikau Maha Bijaksana, kurniakanku kebijaksanaan agar daku dapat mengenalMU di dunia ini”. ُ‫يم‬ِ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 49. Ya WadudALLAH YANG MAHA PENCINTA “Ya ALLAH Ya Wadud, daku menagih secebis cintaMU agar daku dapat berkorban demi keranaMU, dapat hidup dan mati keranaMU kerana hanya cintaMU yang mulia, tulus, suci dan abadi”. ُ‫ود‬‫د‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 50. Ya MajidALLAH YANG MAHA MULIA “Ya ALLAH Ya Majid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mulia, kurniakanku kemuliaan di dunia dan akhirat”. ُ‫يد‬ ِ‫ج‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 51. Ya Baa’ithALLAH YANG MAHA MEMBANGKITKAN “Ya ALLAH Ya Baa‟ith, sesungguhnya Dikau Yang Maha Membakar Semangat, bakarkan semangatku untuk terus berbakti kepada masyarakat demi keranaMU”. ُ‫ث‬ِ‫ع‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 52. Ya SyahiidALLAH YANG MAHA MENYAKSIKAN “Ya ALLAH Ya Syahid, sesungguhnya Dikau menyaksikan setiap perbuatan daku dan membalas setiap kebaikan atau kejahatanku, jauhi daku dari kejahatan”. ُ‫يد‬ِ‫ه‬َّ‫ش‬‫ال‬
  • 53. Ya HaqALLAH YANG MAHA BENAR “Ya ALLAH Ya Haq, sesungguhnya seluruh kebenaran di dunia ini datang dariMU, perjalankanlah hidupku di atas jalan yang benar”. ُُّ‫ك‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 54. Ya WakilALLAH YANG MAHA MENTADBIR “Ya ALLAH Ya Wakil, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menguruskan dan Mentadbir seluruh alam ini dan isinya, daku ini hambaMU yang tiada daya upaya, menyerahkan segala urusan hidupku kepadaMU”. ُ‫يل‬ِ‫ك‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 55. Ya QowiyALLAH YANG MAHA KUAT “Ya ALLAH Ya Qowiy, kurniakanku kekuatan ketika diuji dengan pelbagai ujian dariMU kerana kasihnyaMU kepadaku”. ُُّ‫ي‬ِ‫و‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 56. Ya MatinALLAH YANG MAHA TEGUH “Ya ALLAH Ya Matin, kurniakanku jiwa yang teguh dalam memegang prinsip Al-Quran dan Sunnah NabiMU”. ُ‫ين‬ِ‫ت‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 57. Ya WaliyALLAH YANG MAHA MELINDUNGI “Ya ALLAH Ya Waliy, sesungguhnya Dikau Maha Melindungi, daku hambaMU yang lemah ini menyerahkan segala urusan hidup kepadaMU”. ُُّ‫ي‬ِ‫ل‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 58. Ya HamidALLAH YANG MAHA TERPUJI “Ya ALLAH Ya Hamid, hanya Dikau layak dipuja dan dipuji, kurniakanku lidah dan hati yang sentiasa memujiMU”. ُ‫يد‬ِ‫م‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 59. Ya MuhsiALLAH YANG MAHA PENGHITUNG “Ya ALLAH Ya Muhsi, sesungguhnya Dikau menghitung setiap perbuatan manusia samada baik atau jahat, kurniakanku buku catatan amal dengan tangan kananku di akhirat kelak”. ‫ي‬ ِ‫ص‬ْ‫ح‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 60. Ya Mubdi’ALLAH YANG MAHA MEMULAI “Ya ALLAH Ya Mubdi‟, Dikau Yang Maha Memulakan kebaikan dan penutup kejahatan, bukakan jalan perubahan ke arah kebaikan serta berusaha tanpa henti untuk membuat penemuan, rekaan dan ciptaan baru yang bermanfaat untuk manusia sejagat”. ُ‫ئ‬ِ‫د‬ْ‫ب‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 61. Ya Mu’idALLAH YANG MAHA MENGEMBALIKAN “Ya ALLAH Ya Mu‟id, daku ini datang dariMU dan akan dikembalikan kepadaMU pada bila–bila masa, kurniakanku hati yang bersih sebelum daku dikembalikan kepadaMU”. ُ‫يد‬ِ‫ع‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 62. Ya MuhyiALLAH YANG MAHA MENGHIDUPKAN “Ya ALLAH Ya Muhyi, daku bersyukur dihidupkan olehMU, kurniakan daku jiwa yang sentiasa hidup dan segar mengingatiMU”. ‫ي‬ِ‫ي‬ْ‫ح‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 63. Ya MumitALLAH YANG MAHA MEMATIKAN “Ya ALLAH Ya Mumit, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mematikan, daku akan mati pada bila-bila masa. Ingatkan daku akan kematian agar daku dapat bersedia menghadapinya”. ُ‫يت‬ِ‫م‬‫م‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
  • 64. Ya HayyuALLAH YANG MAHA HIDUP “Ya ALLAH Ya Hayyu, sesungguhnya Dikau Yang Maha Hidup. Dikau sentiasa menguruskan makhluqMU, jadikanku hamba yang sentiasa merujuk dan mengadu kepadaMU yang sentiasa menunggu hambaMU”. ُُّ‫ي‬َ‫ح‬ْ‫ال‬
  • 65. Ya QoyyumALLAH YANG MAHA BERDIRI DENGAN SENDIRI “Ya ALLAH Ya Qoyyum, sesungguhnya Dikau mentadbir alam dan isinya dengan sendiri tanpa bantuan sesiapapun, kurniakan daku sifat berdikari dalam menguruskan hidup tanpa menyusahkan manusia lain”. ُ‫وم‬ُّ‫ي‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 66. Ya WaajidALLAH YANG MAHA MENEMUKAN “Ya ALLAH Ya Waajid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menemukan, pertemukan daku jatidiriku yang sebenarnya iaitu menjadi abdi dan khalifahMU di dunia ini”. ُ‫د‬ ِ‫اج‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 67. Ya MaajidALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEMULIAAN “Ya ALLAH Ya Maajid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Memiliki segala kemuliaan, hiasi daku dengan akhlak yang mulia yang menzahirkan fitrah yang Dikau anugerahkan sejak azaliku”. ُ‫د‬ ِ‫اج‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 68. Ya WaahidALLAH YANG MAHA TUNGGAL “Ya ALLAH Ya Waahid, sesungguhnya Dikau Yang Maha Tunggal, kurniakanku keperibadian yang teguh dan kukuh serta berdikari yang hanya bergantung dan berharap kepadaMU yang SATU.” ُ‫د‬ ِ‫واح‬ْ‫ال‬
  • 69. Ya AhadALLAH YANG MAHA ESA “Ya ALLAH Ya Ahad, sesungguhnya seluruh alam ini melambangkan keEsaanMU, jadikan daku hamba yang sentiasa mengesakanMU”. ُ‫د‬َ‫ح‬َ‫ال‬َ‫ا‬
  • 70. Ya SomadALLAH YANG MAHA DIPERLUKAN “Ya ALLAH Ya Somad, sesungguhnya Dikau Yang Maha Diperlukan dan padaMU kesudahan bagi segala kemuliaan dan kekuasaan. Jadikan daku hamba yang sentiasa bergantung kepadaMu dalam segala urusan hidup ini”. ُ‫د‬َ‫م‬َّ‫ص‬‫ال‬
  • 71. Ya QaadirALLAH YANG MAHA BERKEHENDAK “Ya ALLAH Ya Qaadir, sesungguhnya setiap apa yang berlaku kepadaku adalah atas kehendakMU jua, kurniakanku rasa redha dalam menerima setiap kehendakMU sesungguhnya kehendakMU sentiasa baik bagiku”. ُ‫ر‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ال‬
  • 72. Ya MuqtadirALLAH YANG MAHA MENENTUKAN “Ya ALLAH Ya Muqtadir, sesungguhnya setiap yang telah berlaku itu adalah takdirMU yang telah Dikau tetapkan sejak azali. Jadikan daku hamba yang redha di atas setiap takdirMU”. ُ‫ر‬ِ‫د‬َ‫ت‬ْ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 73. Ya MuqaddimALLAH YANG MAHA MENDAHULUKAN “Ya ALLAH Ya Muqaddim, kurniakan daku keupayaan dan kekuatan untuk memulakan sesuatu kebaikan dan amal soleh”. ُ‫م‬ِِّ‫د‬َ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 74. Ya MuakhirALLAH YANG MAHA MENGAKHIRKAN “Ya ALLAH Ya Muakhir, kurniakanku keupayaan dan kekuatan untuk menamatkan dan menghentikan sesuatu kejahatan dan keburukan”. ُ‫ر‬ِِّ‫خ‬َ‫ؤ‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 75. Ya AwwalALLAH YANG MAHA AWAL “Ya ALLAH Ya Awwal, sesungguhnya Dikau Yang Maha Awal dan Maha Mengawalkan, kurniakanku akhlak sentiasa mengawalkan perintahMU dan tidak bertangguh untuk melaksanakannya”. ُ‫ل‬ َّ‫األو‬
  • 76. Ya AkhirALLAH YANG MAHA AKHIR “Ya ALLAH Ya Akhir, sesungguhnya Dikau Yang Maha Akhir dan Maha Melambatkan, maafkan daku ketika daku lambat dalam melaksanakan tuntutanMU. Jangan biarkanku lambat melakukan kebaikan”. ُ‫ر‬ ِ‫اآلخ‬
  • 77. Ya Zohir ALLAH YANG MAHA NYATA “Ya ALLAH Ya Zohir, sesungguhnya Dikau Yang Maha Nyata dan Maha Menzahirkan, zahirkan kedekatanMU pada fikiran dan pandangan mata hatiku agar daku sentiasa rasa kehadiranMU dekat denganku”. ُ‫ر‬ِ‫ه‬‫ا‬َّ‫الظ‬
  • 78. Ya BatinALLAH YANG MAHA GHAIB “Ya ALLAH Ya Batin, sesungguhnya Dikau Yang Maha Menghilangkan, hilangkan keinginanku kepada kemewahan dunia, pangkat dan harta agar hati ini mampu mengingatiMU sepanjang masa”. ُ‫ن‬ِ‫اط‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 79. Ya WaaliALLAH YANG MAHA MEMERINTAH “Ya ALLAH Ya Waali, sesungguhnya Dikau Yang Maha Mengurus dan Maha Memerintah, hiasi daku dengan sedikit daya mengurus agar daku mampu menjalankan tugas sebagai khalifahMU”. ‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 80. Ya Muta’aliALLAH YANG MAHA MEMILIKI KETINGGIAN “Ya ALLAH Ya Muta‟ali, sesungguhnya Dikau Yang Maha Memiliki Meninggikan, seluruh ketinggian manusia adalah kurniaanMU, jadikan daku hambaMU yang bersyukur ketika menerima anugerah ketinggian”. ‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 81. Ya BarrALLAH YANG MAHA BAIK DAN MAHA DERMAWAN “Ya ALLAH Ya Barr, sesungguhnya kebaikan dan kedermawan hambaMU adalah kebaikanMU, kurniakan kami keupayaan untuk melakukan kebaikan dan jadikan kami hamba yang dermawan”. ُُّ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 82. Ya TawwabALLAH YANG MAHA PENERIMA TAUBAT “Ya ALLAH Ya Tawwab, sesungguhnya Dikau Maha Menerima Taubat, daku bertaubat kepadaMU dari segala kejahatan dan dosa”. ُ‫اب‬ َ‫و‬َّ‫ت‬‫ال‬
  • 83. Ya MuntaqimALLAH YANG MAHA PENYEKSA “Ya ALLAH Ya Muntaqim, sesungguhnya Dikau Maha Memberi Azab, azab nerakaMU itu sangat benar dan sangat dekat. Lindungilah daku dari azab api nerakaMU dan ingatkan daku sentiasa kepada nerakaMU agar daku sentiasa berhati-hati dalam hidup”. ُ‫م‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫ن‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 84. Ya ‘AffuwALLAH YANG MAHA PEMAAF “Ya ALLAH Ya „Affuw, sesungguhnya Dikau memaafkan segala kesalahan manusia walau sebanyak pasir di pantai. Maafkan segala kesalahanku kepadaMU. Hiasi daku dengan sifat pemaaf kepada manusia sekelilingku”. ُُّ‫و‬‫ف‬َ‫ع‬‫ال‬
  • 85. Ya Ra’ufALLAH YANG MAHA PELIMPAH KASIH “Ya ALLAH Ya Ra‟uf, sesungguhnya Dikau Maha Melimpahi Kasih terhadap seluruh makhluqMU. Jadikan daku hambaMU yang pemurah dan prihatin dan dibuka jalan olehMU untuk menolong orang lain”. ُ‫وف‬‫ؤ‬َّ‫الر‬
  • 86. Ya Malikul MulkALLAH YANG MAHA MEMERINTAH SEGALA KERAJAAN “Ya ALLAH Ya Malikul Mulk, seluruh kerajaan di langit dan bumi adalah di bawah pemerintahanMU. Kurniakan kami daya untuk memerintah organisasi kami, ahli keluarga kami untuk sentiasa patuh kepada syariatMU”. ُ‫ن‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫م‬ُِ‫ن‬ْ‫ل‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 87. Ya Dzul Jalali Wal Ikroom ALLAH YANG MAHA MEMILIKI KEBESARAN DAN KEMULIAAN “Ya ALLAH Ya Dzul Jalali Wal Ikroom, sesungguhnya Dikau Maha Memiliki seluruh kebesaran, ketnggian dan kemuliaan, segala kebesaran, ketinggian dan kemuliaan yang ada pada manusia adalah milikMu. Daku ini hambaMU yang kerdil dan hina”. ُِ‫ل‬َ‫ال‬َ‫ج‬ْ‫وال‬‫ذ‬ُِ‫ام‬َ‫ر‬ْ‫ك‬‫اإل‬ َ‫و‬
  • 88. Ya MuqsithALLAH YANG MAHA MENYEIMBANGKAN “Ya ALLAH Ya Muqsith, sesungguhnya Dikau Maha Menyeimbangkan lagi harmoni, Dikau menjadikan makhluk berpasang-pasangan lambang keseimbangaMU. Jadikanku hambaMU yang mampu melihat keseimbanganMu di sebalik alam. Kurniakanku sifat keadilan dan keharmonian. ”. ُ‫ط‬ِ‫س‬ْ‫م‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 89. Ya Jaami’ALLAH YANG MAHA MENGHIMPUN “Ya ALLAH Ya Jaami‟, sesungguhnya Dikau Maha Menghimpun, ikatkan hatiku dengan pasanganku, ahli keluargaku, sahabat dan jiran-jiranku dengan tali kasih sayangMu agar kami saling bombing-membimbing ke jalanMU”. ُ‫ع‬ِ‫ام‬َ‫ج‬ْ‫ال‬
  • 90. Ya GhoniALLAH YANG MAHA KAYA “Ya ALLAH Ya Ghoni, sesungguhnya seluruh kekayaan di alam buana ini dan kekayaan yang dikurniakan kepada orang kaya di dunia ini adalah kekayaanMU. Daku ini hambaMU yang fakir. Kurniaanku sedikit kekayaanMU untukku melaksanakan tugasku sebagai khalifahMU”. ُُّ‫ي‬ِ‫ن‬َ‫غ‬ْ‫ال‬
  • 91. Ya Mughni ALLAH YANG MAHA PEMBERI KEKAYAAN “Ya ALLAH Ya Mughni, sesungguhnya harta yang ada padaku ini adalah kurniaanMU semata. Kurniakanku kekuatan untuk menyalurkannya semula kepada ummah yang memerlukan”. ‫ي‬ِ‫ن‬ْ‫غ‬‫م‬ْ‫ال‬
  • 92. Ya Maani’ALLAH YANG MAHA MENCEGAH “Ya ALLAH Ya Maani‟, cegahlah daku dari melakukan kejahatan dan kemungkaran kepadaMU”. ُ‫ع‬ِ‫ن‬‫ا‬َ‫م‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
  • 93. Ya DhoorrALLAH YANG MAHA MEMUDARATKAN “Ya ALLAH Ya Dhoorr, tiada siapa yang boleh memudaratkanku melainkanMU, daku berlindung denganMU dari sebarang kemudaratan”. َُّ‫ار‬َّ‫ض‬‫ال‬
  • 94. Ya Naafi’ALLAH YANG MAHA PEMBERI MANFAAT “Ya ALLAH Ya Naafi‟, seluruh kemanfaatan yang ku nikmati datang dariMU. Ketika Dikau ingin memberi kemanfaatan kepadaku, tiada siapa yang mampu menghalangnya. Daku menyerahkan jiwa ragaku kepada agamaMU untuk manfaat ummah”. ُ‫ع‬ِ‫ف‬‫ا‬َّ‫ن‬‫ال‬
  • 95. Ya NuurALLAH YANG MAHA PEMBERI CAHAYA “Ya ALLAH Ya Nuur, pancarkan cahayaMU dalam jiwaku yang masih gelap ini agar jelas dan teranglah yang benar dan yang batil. Terangi mata hatiku agar diriku mampu memahami perbuatanMU dan hakikat setiap perkara yang berlaku”. ُ‫ور‬ُّ‫ن‬‫ال‬
  • 96. Ya HaadiALLAH YANG MAHA PEMBERI PETUNJUK “Ya ALLAH Ya Haadi, tunjuki daku jalanMu yang lurus, tanpa petunjukMU, kami semua akan tersasar dari jalan kebenaranMU iaitu jalan yang dilalui oleh para Rasul para Nabi, syuhada‟, solihin dan siddiqin”. ‫ي‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ه‬ْ‫ال‬
  • 97. Ya Badi’ALLAH YANG MAHA PENCIPTA KEINDAHAN “Ya ALLAH Ya Badi‟, sesungguhnya seluruh keindahan dan kecantikan alam ini dicantikkan olehMU Yang Maha Cantik dan Maha Mencantikkan. Kurniakanku kecantikan budi pekerti”. ُ‫يع‬ِ‫د‬َ‫ب‬ْ‫ال‬
  • 98. Ya BaaqiALLAH YANG MAHA KEKAL “Ya ALLAH Ya Baaqi, daku hambaMU yang fana dan akan hancur, hanya Dikau yang kekal abadi, kekalkan ingatanku kepadaMU”. ‫ي‬ِ‫ل‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ل‬َ‫ا‬
  • 99. Ya WaarithALLAH YANG MAHA MEWARISI “Ya ALLAH Ya Waarith, Dikau mewariskan bumi ini untuk hambaMU menegakkan kalimahMU. Daku memohon kekuatan dan kebijaksanaan dariMU untuk menggenggam dunia yang diwariskan olehMU sebagai menggendong tugas khalifahMU meneruskan perjuangan RasulMU”. ُ‫ث‬ ِ‫ار‬ َ‫و‬ْ‫ال‬
  • 100. Ya RoshidALLAH YANG MAHA PINTAR “Ya ALLAH Ya Roshid, kurniakanku kepintaran agar daku dapat meneroka alam ini dan mengenalMU sebelum daku berjumpa denganMU di akhirat nanti”. ُ‫يد‬ِ‫ش‬َّ‫الر‬
  • 101. Ya SoburALLAH YANG MAHA SABAR “Ya ALLAH Ya Sobur, Dikau sentiasa bersabar dengan hambaMU meskipun sering melakukan kesalahan kepadaMU. Kurniakanku jiwa yang sabar dalam menjalani hidup ini dan dalam memijak duri dan ranjau jalan yang dilalui RasulMU.” ُ‫ور‬‫ب‬َّ‫ص‬‫ال‬