SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
© Malaysian Journal of Social Administration
Volume 4, 2007: 39-57




Cabaran-cabaran semasa umat islam dan
penyelesaiannya menurut agama
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD.
Pensyarah dan Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA
Gong Badak, Kuala Terengganu.




PENDAHULUAN

Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan
pelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan
pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat
diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu
kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda
umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan
hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama
sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit
umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya
dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat
yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam
berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan
siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam
terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan
berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan.
   Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya
umat Islam bermuhasabah din i dan menilai kembali dini
40 Engku Ahmad Zaki


mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak
mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul-
betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya?
     Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas
persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan
hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat
I sla m. An t ar an y a A b u al- H a s an ' A li a l- N a dw i, S h ei kh
Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa
Mahmud.
  Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan
umat Islam dengan katanya:
    i)      umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat
           yang terbaik,
    ii)    umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan
           material,
    iii)   umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan
           tidak berdaya,
    iv)   umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
    v)    umat yang kuantitinya belum berguna walaupun
         jumlahnya besar,
    vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat
         mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,
    vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya
          tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.

    Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah
Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa
umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan
risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka
memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan
wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau
matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak
terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah
tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya.
Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan
amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya
mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan
golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat
Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka
masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh
Islam? (Muhammad Qutb 1991).
Cabaran Semasa Umat Islam 41


     Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil
mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat
Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan
dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka
dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991).
Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas
ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah
taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam
s ur a h Al - M ul k, a yat 1 5 y an g ber m a ks u d : D ia la h y an g
me n j a di k an b u mi ba gi ka m u m u d ah d ig u n a k an , ma k a
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah
jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-
Nya).
     Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca
se b en ar k el em ah an u mat I sl am k in i p a d a h a ki k at n y a
merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala
kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka
sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka
meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Ini
bertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari
ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya
kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada
hari kiamat nanti dalam keadaan buta.
   Dr. Salah Abd al-Fattah al-Khalidi ada menyebut tentang
Muslim masa kini dalam kitabnya Thawabit Ii al-Muslim al-
Muasir dengan berkata:
    Siapakah kita? Hendaklah kita berterus terang menyatakan
    bahawa orang Islam pada zaman sekarang merupakan
    contoh yang terburuk di sepanjang sejarah Islam. Pada
    hakikatnya, umat Islam telah kehilangan Islam sebagai teras
    kehidupan sehingga mereka hidup dalam serba luar biasa
    di samping mereka telah meminggirkan Islam dalam pelbagai
    bidang terutamanya dalam bidang keagamaan, nilai-nilai,
    akhlak, suluk, matlamat, methodologi, politik, ekonomi,
    keilmuan dan amalan (Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah
    1989).
    Abd al-Qadir Awdah juga ada menyebut dalam kitabnya
al-Islam wa Awda'una al-Qanuniyyah:
     Sebenarnya kelemahan umat Islam bukanlah berpunca
     daripada peraturan dan perundangan Islam, sebaliknya ía
42 Engku Ahmad Zaki


    berpunca dari meminggirkan ajaran Islam dalam kehidupan.
    Maka, umat Islam yang ada di setiap pelusuk negara Islam
    dewasa ini hanyalah Islam pada namanya dan bibirnya
    sahaja, bukannya Islam yang berturyangkan dalam hati dan
    terjemahan amalan salih kecuali sesiapa yang dirahmati
    Allah s.w.t. dan bilangan mereka amat sedikit sekali
    (Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.).
    Mary Weliderz yang berasal dari Britain dan beragama
Kristian sebelum memeluk Islam, ada menyebut tentang
gambaran Islam pada kaca mata Barat di dalam bukunya
Rihlah min al-Kanisah ha al-Masjid Limadha?:
     Di sana ada satu hakikat iaitu corak pentadbiran yang
    diamalkan di sebahagian besar negara Islam dan disusuli
    pula dengan perlakuan atau kegiatan sebahagian umat
    Islam sendiri telah meninggalkan kesan yang begitu
    mendalam di kalangan orang Barat tentang Islam.
    Bagaimana hendak dijelaskan tentang serangan kejam
    terhadap orang-orang awam di dalam peperangan yang
    tercetus antara Iraq dengan Iran? Ditambah lagi dengan
    golongan pendatang Islam ke Barat melalui perlakuan dan
    kegiatan mereka telah memburukkan lagi Islam sehingga
    mereka (orang Barat) memberikan lip utan meluas aspek-
    aspek negatif tentang Islam melalui saluran arus perdana
    mereka sama ada akhbar, majalah, televis yen, radio dan
    filem-filem yang merupakan alasan yang kuat bagi
    mendesak masyarakat Barat untuk menentang Islam di
    samping ianya menebalkan lagi rasa ketidak-percayaan dan
    kebencian mereka terhadap Islam ...(Mary Weliderz 1992).
     Muhammad gutb (1988:279) menyifatkan mereka sebagai
golongan yang bencikan Islam sebagaimana katanya:
    Di samping itu juga, ada golongan manusia yang tidak
    bencikan Islam dari aspek akidah, namun mereka tidak suka
    untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan semasa!
    Golongan ini sebenarnya mahukan Islam dari segi aqidah
    hanya bertapak di hati sahaja atau dengan lain perkataan,
    akidah yang menuntut manusia untuk solat dan berpuasa
    sahaja. Manakala yang selain daripada itu, maka hati tidak
    bermaya untuk me/aksanakannya. Mereka hanya inginkan
    kesenangan tanpa batas! Mereka ingin berhibur di panggung
    wayang biarpun lucah sekalipun, dengan tarian-tarian di
    televis yen, yang ini haram dan yang itu halal. Sebahagian
    daripada lelaki begitu berminat menyaksikan fitnah yang
    dihamburkan oleh wanita-wanita di jalanan! Manakala
    wanita pula begitu ego dengan kewanitaan mereka untuk
Cabaran Semasa Umat Islam 43


     terus menggoda kaum lelaki sehingga mereka berlebih-
     lebihan dalam solekan dan pakaian tanpa sebarang
     sempadan. Mereka juga ingin agar merasakan din i mereka
     tidak melakukan kesalahan di dalam semua itu asalkan niat
     mereka suci dan betul.

     Mereka tidak menyatakan kebencian mereka secara terang-
terangan kepada Islam, namun merekalah sebenarnya yang
menyimpan kebencian yang mendalam kepada Islam.
     Sememangnya inilah realiti dan senario yang berlaku
kepada umat Islam kini. Tiada gunanya umat Islam merasa gah
dengan identiti Islam mereka sedangkan mereka begitu jauh
ketinggalan dalam semua aspek kehidupan dan begitu mudah
pula ditindas dan diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh
Islam. Malah, Islam menganggap bahawa kelemahan dan
kejatuhan itu sebagai satu jenayah yang telah dilakukan umat
Islam kerana ia bertentangan dengan perintah Al-Quran dan
Hadis Rasulullah s.a.w. sendiri.

CABARAN-CABARAN SEMASA DI MALAYSIA

Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah merangka 10 prinsip
utama Islam Hada& yang juga merupakan 10 cabaran yang

1  Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus
kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan
Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan
melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta
fizikal.Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem
ekonomi. sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan
sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman,
bertamadun Unggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani
cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam
Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau
fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras
pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami
secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari
asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi
kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat
menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya
tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk clan coral( pembangunan
mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan
dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh,
merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,
diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang
komprehensif, diperlengkap pula denga.n program pembangunan rohani untuk
menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.
Sila lihat: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/
44 Engku Ahmad Zaki



akan dihadapi oleh umat Islam di Malaysia iaitu sebagaimana
berikut:
    i)    Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
    ii)   Kerajaan adil dan beramanah
    iii) Rakyat berjiwa merdeka
    iv) Penguasaan ilmu pengetahuan
    v)    Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
    vi) Kehidupan berkualiti
    vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
    viii) Keutuhan budaya dan moral
    ix) Pemeliharaan alam semulajadi
    x)    Kekuatan pertahanan

   Salleh Buang (2006) pula menggariskan 10 cabaran yang
dihadapi oleh umat Islam mutakhir in Cabaran tersebut ialah:
   i)     melaksanakan agenda Melayu/ umat Islam yang
          belum selesai;
   ii)     mempertahankan status dan hala tuju Mahkamah
           Syariah;
   iii)    mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya
           kepada institusi kehakiman negara;
   iv)     memperkasa dan merekayasa jabatan kerajaan dan
           agensi awam, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri;
   v)      menangani pengaruh "global christianity";
   vi)     meneruskan projek "common law" ala Malaysia (yang
           telah berkubur);
   vii)    memperbaharui/ membersihkan undang-undang
           negara yang tidak selaras dengan hukum syarak;
   viii)   memperbaharui undang-undang lapuk yang tidak
           sesuai lagi pada alaf baru;
   ix)     mengawal pembangunan yang tersasar (mengamal-
           kan pembangunan lestari), dan
   x)      memperkukuh/ melaksanakan undang-undang alam
           sekitar.

   Mufti Perak (2006) pula berpendapat bahawa antara
cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini adalah
seperti berikut:
   i)       pemindahan budaya dad Barat
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 4 5


     ii)    sekularisme
     iii)   budaya hedonisme
     iv)    pluralisme
     v)     wabak AIDS/HIV

    Sebuah pertubuhan belia Islam (Angkatan Belia Islam
Malaysia 2006) pula mengenal pasti enam cabaran lain yang
dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya:
     i)     liberalisme
     ii)    hegemoni Barat
     iii)   etika berpolitik
     iv)    masyarakat madani
     v)     perpaduan nasional
     vi)    isu memperkasakan moral bangsa.

    Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa umat
Islam di Malaysia pada zaman mutakhir ini menghadapi
berbagai-bagai jenis cabaran yang dapat diklasifikasikan
kepada dua bentuk, iaitu cabaran yang datang dari kalangan
umat Islam sendiri dan cabaran yang datang dari luar,
terutamanya dari Barat.

CABARAN DARI UMAT ISLAM

Antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri
ialah kejahilan dan kurang penghayatan umat Islam terhadap
Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis
k e per c ay aa n d an k e me l ut a k i da h y an g b er l a k u da la m
masyarakat Islam menjadi petanda dan kayu pengukur yang
dapat menentukan tahap kelemahan seseorang Muslim
terhadap ilmu keagamaan dan kemampuan mereka untuk
membezakan yang hak dari yang batil.
      Sebagai contohnya, umat Islam yang terperangkap dengan
ajaran sesat begitu mudah menerima ciri-ciri ajaran sesat yang
amat jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat
Islam. Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), mengenal pasti enam
ciri tersebut:
    i)      menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan
            sebagainya,
    ii)     mempercayai wahyu masih lagi turun,
46 Engku Ahmad Zaki


    iii)   mempercayai ada lagi nabi dan rasul yang lain selepas
           Nabi Mumamad (s.a.w.),
    iv)    mempercayai guru sebagai Imam Mandi atau nabi;
    v)     me m p er c ay ai or an g mat i b ol eh me m b er i k an
           pertolongan apabila diseru namanya, dan
    vi)    memansuhkan kewajipan-kewajipan tertentu dalam
           syariat Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain- lain.

    Kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng seumpama
ini sudah tentu secara jelas bertentangan dengan rukun-rukun
iman dan Islam yang wajib diketahui, dipelajari dan diyakini
serta tidak pernah dipertikaikan oleh seluruh umat Islam di
dunia ini kecuali mereka yang tersesat dan juga terpengaruh
dengan ajaran sesat.
     Oleh sebab itu, kejahilan terhadap Islam merupakan
antara faktor berlakunya krisis akidah di kalangan umat Islam
sehingga menyebabkan wujudnya beberapa ajaran sesat dan
f ah am an ya n g b er t e n t an ga n de n g an sy a r iat se b en ar .
Kebiasaannya, orang jahil akan menerima sesuatu perkara
sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu
sama ada benar atau bertentangan dengan ajaran Islam (Azhar
Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman 2000). Orang yang jahil
merujuk kepada seseorang yang tidak mengetahui sesuatu
perkara. Apabila sesuatu perkara dijelaskan kepadanya, dia
akan beranggapan perkara itu benar. Malah kejahilan akan
mendatangkan mudarat yang lebih besar sekiranya ia
membabitkan kepercayaan. Ini kerana ia sukar diubah dan
di le n y a p ka n d al am ma s a y an g s in g k at : se b al i kn y a i a
memerlukan proses pemulihan yang berterusan.

       Kejahilan juga menjadi punca berlakunya salah faham di
 kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar.
 Menurut Kamus Dewan (2002), salah faham merujuk kepada
 tidak mengerti hal yang sebenarnya atau memberi pengertian
  yang salah, salah mengertikan sesuatu atau menyalahertikan.
      Muhammad Qutb (1989) menegaskan bahawa salah faham
 terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dart
 hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga
 kemanusiaan. Dalam erti kata lain, terdapat salah faham di
 d al am p e mi kir an m a n u si a d al am m en an g ga pi h a k i kat
 ketuhanan yang sebenarnya dan hubungan manusia dengan-
 Nya di samping tersilap pengertian berkenaan konsep alam
Cab a ran S ema sa Umat Islam 47


semesta, hubungannya dengan Allah dan manusia dalam realiti
kehidupan mi. Pendek kata, salah faham manusia terhadap
Islam merangkumi segala lapangan kehidupan manusia dari
aspek akidah, syariat dan akhlak.
     Selain daripada kejahilan, salah faham juga boleh terjadi
apabila seseorang menimba ilmu agamanya bukan daripada
sumber yang ash i iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan
al-Sunnah sahaja merupakan sumber rujukan dan pegangan
utama umat Islam dalam memahami hakikat Islam yang
se b en ar n ya ( M u h a m ma d N or b. I br a h i m et al. ( 1 9 9 5).
Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda:

              ___ °L.,3 c„;-_):.• 1 AA -13.   Ajj :44c. ';d11 u.t.0 411       :Dt
                                              fk:V3 —42L:3                ;;ILL3.s•

(Maksud: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan tersesat selagi kamu berpegang
teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi-NyaI.2

    Selanjutnya, kelemahan yang melanda umat Islam kini
berpunca daripada kurang kesedaran, lupa din, tidak
menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari
dan banyak bergantung kepada Barat, daya berfikir yang kerdil,
sempit dan jumud, budaya taklid yang merugikan, kekuatan
rohani yang pudar, ketandusan ilmu, muflis ide, muflis akhlak,
ukhuwah antara umat yang lemah, kerja tidak berkualiti dan
kurang produktiviti serta membiarkan sahaja sumber ekonomi
dieksploitasi musuh (Yusuf al-Qaradawi, 1985).
      Kesalahfahaman terhadap ajaran Islam ini juga timbul
akibat kelemahan intelektual Islam sendiri yang salah
memahami ajaran Islam sebagaimana dikehendaki Allah (s.w.t.)
dan Rasul-Nya. Ada di kalangan umat Islam rasa rendah dini
terhadap ideologi-ideologi dunia, kemudiannya membuat
persamaan antara Islam dengan ideologi-ideologi tersebut. Maka
lahirlah istilah "sosialisme Islam", "liberalisme Islam",
"kapitalisme Islam", "demokrasi Islam", "humanisme Islam" dan
istilah-istilah lain yang sama sekali asing bagi Islam. Maka
pendengar pun memahami bahawa Islam adalah sepadan
2Al-Tirmidhi, Sunart              Kitab al-Manaqib An Rasulillah, Bab Manaqib
Ahl Bayt al-Nabi, j. 5, no. Hadith: 3786, h. 662; Muhammad Zakariyya al-
Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik ha Muwatta' Malik, Kitab al-Jami`, Bab al-
Nahy 'An al-Qawl bi al-Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr, h. 100.
48 Engku Ahmad Zaki


dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia itu (Hilmy Bakar
Almascaty 1994).
      Lebih tegas lagi kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah
di s e ba b k an h e b at n y a s er a n g an m us u h at a u c e ka p n y a
perancangan mereka mengatur strategi, tetapi kerana mereka
bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah,
kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam. Satu hal
yang pasti adalah dunia Islam semenjak abad ke-12H/18M dan
ke-13H/19M telah dilanda sindrom kejahilan dan kebekuan
fikiran. Islam kini hanya tinggal pada nama dan ini membuka
r u an g k e pa d a s er an gan p em i kir an , b u da ya, p olit i k d a n
ketenteraan. Serangan Barat boleh dikatakan sebagai membalas
dendam terhadap kekalahan mereka dalam Perang Salib yang
berlanjutan hampir 200 tahun.

CABARAN DARI BARAT

Jika ditinjau dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam
seharian kin!, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah
yang berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari.
Oleh itu, ia merupakan suatu penyelewengan yang agak rumit
untuk diperbetulkan. Di antara jenis penyelewengan akidah
yang berlaku secara meluas pada zaman moden ini ialah
membebaskan diri daripada ikatan keagamaan. Situasi ini
berlaku apabila seseorang Muslim merasakan agama Islam
sebagai satu aspek kehidupan yang boleh ditinggalkan
mengikut kepentingan did dan keadaan semasa. Apabila agama
tidak lagi diperlukan dalam memenuhi cita-cita hidupnya, maka
agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada
ruang pemikiran dan realiti kehidupannya (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
      Satu lagi jenis penyelewengan akidah yang berlaku dalam
kehidupan umat Islam ialah seseorang itu merasakan agama
I sla m it u t er l al u s u ci d an d ar i it u, i a t i d a k b ol eh
dicampuradukkan dengan urusan keduniaan seperti urusan
sosial, poliiik, ekonomi dan lain-lain lagi (Wan Mohd Azam
Mohd. Amin 1995).
      Kedua-dua jenis penyelewengan ini pada hakikatnya telah
juga berlaku pada agama-agama samawi terdahulu sebelum
Islam iaitu Yahudi dan Kristian. Pemikiran tentang ketuhanan
dan segala isi ajarannya telah dipinggirkan daripada pentas
kehidupan seharian di dunia mi. Gejala seumpama inilah yang
Cabaran Semasa Umat Islam 49


 telah diistilahkan sebagai sekularisme. Prof. Syed Muhamad
Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah
memetik satu definisi sekularisme yang masyhur iaitu:
    "the deliverance of man "first from religious and then from
    metaphysical control over his reason and his language". It
    is "the loosing of the world from religious and quasi-religious
    understandings of itself, the dispelling of all closed world
    views, the breaking of all super natural myths and sacred
    symbols"... the "defatalization of history", the discovery by
    man that he has been left with the world on his hands, that
    he can no longer blame fortune or furies for what he does
    with it...; (it is) man turning his attention away from worlds
    beyond and toward this world and this time". Secularization
    encompasses not only the political and social aspects of life,
    but also inevitably the cultural, for it denotes "the
    disappearance of religious determination of the symbols of
    cultural integration" (1978:15).

     Jelas daripada definisi di atas bahawa sekularisme
merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti-
Tuhan. Dalam perjalanan sejarah moden dunia, fahaman
se k u lar is m e t aj a an Bar at m o d e n s u d ah ber ja ya
mensekularisasikan seluruh pelosok dunia, termasuk dunia
Islam. Ringkas, proses sekularisasi itu sebenarnya tidak lain
merupakan proses pembebasan manusia daripada kongkongan
agama dan kawalan metafizik.
     Perlu ditegaskan bahawa peradaban Barat moden yang
melanda umat Islam itu membawa semangat, fahaman, idea
dan world view yang amat tidak serasi dengan world view dan
matlamat peradaban Islam. Ini kerana dalam konteks
peradaban Barat moden, ia merupakan sebuah peradaban yang
mengenepikan Tuhan dan memberikan penghormatan yang
tinggi kepada kebendaan (Sidi Gazalba 1973).
     Dalam kata-kata lain, peradaban Barat moden merupakan
 sebuah peradaban yang lebih mementingkan unsur
 individualistik dalam gaya hidup kerana ia juga bertunjang
 fahaman materialistik iaitu suatu fahaman dan sikap hidup
 yang memberikan tumpuan kepada usaha mencari kenikmatan
 keben daan semata-mat a, sikap ber mati-matian dalam
 kebendaan, sikap percaya kepada kebendaan sahaja dan
 menolak segala nilai luhur yang lain (Muhammad al-Bahi 1979).
     Di samping itu, peradaban Barat moden itu juga
 didominasi fahaman sekularistik. Fahaman ini pula lazimnya
50 Engku Ahmad Zaki



mer u j u k k e pa d a s at u si k a p d an ke c en d er un g an un t u k
menganggap sepi terhadap Tuhan dan semua persoalan serta
kegiatan keagamaan kerana manusia terlalu sibuk dengan halhal
duniawi sehingga tidak sempat untuk berfikir mengenai halhal
ukhrawi (Syed Muhammad Naquib al-Attas1978).
     Dan i segi implikasi psikologi, Barat berjaya menyogok
falsafah dominasi nilai kebaratan dan kemenangan fahaman
materialisme ke atas konsep, doktrin dan cara hidup Islam.
A ki b at n ya, i a t el ah m en g h a k is w aj ah k ei sl am an da n
mengembalikan wajah jahiliah. Malah, kesannya dirasai dalam
segenap bidang kehidupan manusia termasuk pendidikan, ilmu
pengetahuan, ekonomi, kewangan, ketenteraan, kesenian,
sosial, sains, kebudayaan dan media massa.
     Di dalam bidang pendidikan, seriusnya kesan kekalahan
itu sehingga ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi,
sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi
dan perubatan yang diajar di institusi-institusi pendidikan
terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas dan
pelopor semua ilmu tersebut adalah ilmuwan Islam. Apa yang
menyedihkan lagi apabila mahasiswa Islam terpaksa merujuk
fakta atau teori Barat yang kadangkala bertentangan dengan
Islam dalam mempelajari ilmu itu hingga tidak kurang pula
daripada mereka ini yang pemikiran, nilai, jati diri, cita rasa,
aliran dan gaya hidup mereka sebati dengan kiblat tamadun
Barat (Muhammad al-Ghazali 1991).
     Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di
dunia ini hidup serupa dalam satu budaya. Mereka ingin
melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak sekular
dan jauh daripada akhlak Islam. Nama dan agama rasmi
dibiarkan Islam tetapi pemikiran dipastikan berubah. Nilai dan
pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia,
sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam
dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat.
Malah persepsi terhadap sistem perundangan, politik, akhlak
dan budaya juga berubah. Ini dapat dilihat melalui tingkah
laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka yang terbukti
melalui pelbagai ucapan dan tulisan.
    Dad sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti
sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme
mengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan
pegangan umat Islam kini dalam seluruh lapangan hidup
(Sulaiman Nordin 1995). Natijahnya, Islam mula terpinggir jauh
Cabaran Semasa Umat Islam 51



d ar i p a da r e alit i k e h id u p an s em a sa. M al ah a da ya n g
menganggap ideologi moden tersebut seperti sekularisme dan
nasionalisme juga sebahagian daripada Islam (Astora Jabat
2003).
      Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan
bahan-bahan percetakan dan penyiaran sama ada terbitan
se c ar a h ar ia n , mi n g gu an , b u la n a n at a u t ah un an ya n g
memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia
sejagat. Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya
dihasilkan oleh masyarakat tempatan, malah dilimpahi bahan-
bahan media asing yang mempromosikan pengaruh-pengaruh
budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek
kehidupan seorang Muslim.
     Kemudian, penggunaan saluran peralatan teknologi
canggih telah memperkukuhkan nilai-nilai peradaban barat
yan g t el ah dit an a m d al am t e m p oh p en ja jah an s a m bil
menaburkan sejumlah nilai baru yang dibawa khusus oleh era
pascamoden yang dikenali sebagai faham pascamodenisme.
Pada asasnya, kehebatan zaman pascamoden ini sebenarnya
ditandai oleh unsur upaya kesejagatan planet bumi bahawa
dunia persis sebuah kampung, yang segala hambatan dan
sekatan perbatasan yang dicipta sejak munculnya negara-
bangsa kira-kira 500 tahun yang lalu telah berjaya dilangkau.
Semua ini dianggarkan menjadi mungkin hasil daripada
revolusi hebat yang berlangsung dalam bidang teknologi
maklumat dan komputer yang bergabung pula dengan teknologi
telekomunikasi dan satelit. Inilah sebenarnya intisari dari apa
yang diisytiharkan "borderless world" yang menandakan
berakhirnya zaman moden untuk diganti dengan zaman
pascamoden (Anwar Ibrahim 1995).

     Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi
telekomunikasi dan satelit ini nyatanya, hari demi hari, akan
mendominasi ruang lingkup dan ceruk rantau kehidupan
harian manusia masa kini. Hal ini bermakna bahawa mana-
mana masyarakat di planet bumi ini akan terdedah secara
berterusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing
tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan.
Penapisan dan kawalan bahan oleh pihak berkuasa sesebuah
negara bangsa menjadi begitu sukar untuk dilakukan kerana
teknologi canggih ini telah memungkinkan penyiaran bahan-
bahan yang hendak disebarkan berlangsung dalam skala
sejagat. Gejala seumpama ini boleh menjadi pemangkin untuk
5 2 E n gk u A h m ad Z ak i



meleburkan perbezaan dan kepelbagaian budaya di antara satu
masyarakat dengan masyarakat lain di dunia mi.
     Kalaulah kolonialisme merupakan pembantu utama
penyebaran sekularisme edisi lama, maka kecanggihan dan
kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi
telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia menjadi
sebuah kampung global itu merupakan sayap kanan yang
bertindak sebagai pembantu utama dalam proses penyebaran
faham sekularisme edisi terkini mi. Lalu, dalam keadaan ini,
kita segera teringat kepada peti televisyen dan monitor
komputer yang sekarang rata-rata dimiliki oleh umat Islam
serata dunia, malahan dalam keadaan sekarang kedua-dua alat
ini, khususnya televisyen, sudah pun merupakan ahli keluarga
utama dalam setiap keluarga. Di samping itu, kita juga teringat
kepada istilah-istilah seumpama internet, lebuh raya
maklumat, cakera parabola dan langit terbuka. Semua ini
merupakan peralatan atau perkakasan canggih yang menjadi
penyalur dan penyebar faham pascamodenisme masa kini,
untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru
(Rahmah Hashim 1995).
      Dalam kehidupan masa kini, pelbagai peralatan seumpama
televisyen bersama program siarannya misalnya sudah
b er t in d a k s e ba ga i s e b ua h i n st it us i s o si al y a n g am a t
berpengaruh. Televisyen sudah mempunyai banyak rangkaian
dan lebih daripada 60% ruangan radio dan televisyen lebih
berfokus kepada hiburan. Sebagai contohnya, kumpulan muzik
dari German, Scorpions telah menggegarkan Stadium Merdeka
pada pertengahan September 2004. Beberapa hari kemudian
diadakan pula konsert "The Best of Blues" yang berlangsung
di Bukit Kiara. Ringkasnya, setiap tahun ada saja kumpulan
muzik dari Barat yang dibawa masuk.
     Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat,
terutama remaja. Ia berupaya mencorakkan budaya masyarakat
dan menyubur serta mengukuhkan pelbagai nilai, sikap dan
perlakuan tertentu yang telah sedia terbentuk. Ia juga berupaya
pengubah gaya hidup seseorang, mengubah dan membentuk
corak serta ragam perhubungan keluarga, rakan sekerja dan
masyarakat sejagat (Rahmah Hashim (1995).
     Generasi muda kini rata-rata mudah diresapi gejala-gejala
kurang sihat yang ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi
daripada budaya Barat. Mereka lebih menyenangi budaya pop,
rock dan rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka
Cabaran Semasa Umat Islam 53



daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan tokoh ulama
Islam. Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah
terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka
sendiri (Wan Liz Othman 1993).
    Kesan yang paling hebat dalam did generasi muda hari ini
ialah mereka hilang keyakinan pada din i sendiri. Sindrom
kurang yakin kepada kemampuan din i sendiri ini tercermin
dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan
ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak
pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai. Dad segi
personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai
tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada
did mereka adalah imitasi dan imej orang lain (Indriaty Ismail
1999).
     Ironisnya, budaya hiburan hedonis yang dimarahi para
guru di sekolah, dibiarkan berleluasa di luar sekolah. Hal itu
terbawa-bawa ke dalam sekolah di mana para pelajar asyik
berbual tentang artis, konsert, lagu, jenis tarian, pakaian antis
dan aksi artis. Pelajaran harian termasuk pelajaran agama
menjadi suatu yang kaku, bisu dan tidak berperanan.3
     Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan
majalah picisan yang memaparkan cerita-cerita khurafat dan
tahyul, tidak ketinggalan turut memberi sokongan dengan
liputan-liputan yang meluas dan sebaran yang menyeluruh ke
seluruh negeri mengenai filem-filem asing dan perkembangan
muzik luar negeri. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar
dan menyalahi agama merebak ke dalam masyarakat Islam
tanpa disedari (Indriaty Ismail 1999).

PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang
umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar
dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi
menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat
Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya
kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya
sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada
al-Quran dan al-Sunnah tersebut? Inilah jawapan dan

3 Temubual   dengan Syed Saggaf bin Tuan Pengerang, Penolong Kanan I, SK Tayor,
Sungai Tong, Setiu, di pejabatnya pada 10 Januari 2004.
54 Engku Ahmad Zaki



penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar
terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut
kehidupan ummah.

   1)   Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan
        b er at un t u k m en an gan i k e s k em el ut a ki d ah ,
        t am b ah an p ul a kr i si s a k i d ah y an g me la n da
        masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan
        institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula
        dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau
        teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya
        dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya
        dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu
        ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya
        supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan
        penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan
        bimbingan dan pendidikan agama.

   2)    Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat
        yang perlu diberi perhatian.
        a) P a da      p er in g kat p en di d i ka n   I sl am   yan g
           dikendalikan pihak di luar sistem formal yang
           memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut
           k ur i k u l um, met o d o l og i, b u k u t e ks, l at ih a n
           k eg ur u an , pr o s es p en i la ia n , k ew an g an d an
           pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki
           segera supaya selaras dengan objektif pendidikan
           asas untuk melahirkan sumber modal insan
           bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai
           cabaran semasa.

        b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat
           secara komprehensif dalam sistem pendidikan
           Islam yang formal. Apakah asas agama yang
           dit aw ar k an   ma m p u      me m b er i k an k es an
           penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini
           kerana banyak asas syariah menyentuh perkara
           gh a i b. Me m b er i f a h a m per k ar a gh ai b in i
           memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif
           sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11
           tahun itu akan mampu memberikan kekuatan
           rohaniah dan fikriah kepada pelajar.
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 5


      3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:
         a)    Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam
              khusus untuk orang awam agar mereka terus
              berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya
              pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh
              menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
         b)    Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai
              pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan
              lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar
              mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara
              hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan
              kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya
              umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu
              Islam

         c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses
            pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh
            masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan
            se k o la h d an gr a d u a n un iv er sit i. I n i k er an a
            pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada
            umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan
            s os i o- e k on o mi t er t e n t u. S e ba li kn ya t r a di si
            pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat,
            dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua
            anggota masyarakat.

PENUTUP

Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada
sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus
cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak
cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini:
ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh
d al am s et i a p a s p e k k eh i d u p an d al a m u sa h a u n t u k
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan
umat pertengahan di muka bumi Allah mi.

RUJUKAN

A1-Khalidi, Salah Abd al-Fattah (1989), Thawabit Li al-Muslim al-
    Muasir. Kaherah: Maktabah al-'Ulum al-Islamiyyah, Suwailih wa
    Dar al-Isra'.
56 Engku Ahmad Zaki


Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Manaqib 'An Rasulillah, Bab
     Manaqib Ahl Bayt al-Nabi, j. 5.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (2006) dalam Seminar &
     Cabaran Semasa di Dewan Toh Yuan Norashikin, Kompleks
     Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, pada 19 Ogos 2006.
Anwar Ibrahim (1995), "Kesejagatan dan kebangkitan Bangsa" dalam
     Pemikir, bil. 2, Oktober-Disember 1995.
Astora Jabat (2003), "Ulama Jangan Menghina" dalam Bicara Agama,
     Mingguan Malaysia, 26/10/2003.
Azhar Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman (2000), "Jahil Agama
     Punca Akidah Terpesong" dalam Berita Harian, Jumaat 13
     Oktober 2000.
Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), Kriteria Dalam Ajaran Sesat, Kuala
     Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd.
Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia
     Abad ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing.
Indriaty Ismail (1999), "Antara Media dan al-Quran: Pengaruh dan
     Kesan Dalam Pembentukan Peribadi Masyarakat Islam Malaysia
     Masa Kini" dalam Muda @ Ismail Abdul Rahman et. al. (1999),
     Cabaran Islam Di Abad Ke-21. Kuala Terengganu: Yayasan Islam
     Terengganu.
Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
     Edisi Ketiga. h. 1174.
Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.), al-Qira'ah al-
     'Arabiyyah Ii al-Muslimin. Al-Kitab al-Thalith. T.tpt.: Maktabah
     Lubnan.
Mary Weliderz (1992), Rihlati min al-Kanisah Ila al-Masjid Limaza. Misr
     al-Jadidah: Maktabah al-Nur.
Mufti Perak (2006) "Umat Islam di Malaysia Semakin Parah" di dalam
     Laman Web Harakandaily bertarikh 29 Jun 2006.
 Muhammad al-Bahi (1979), Islam Dilitupi Awan Mendung, Yusoff Zaky
     Yaacob (terj.), Kota Bharu: Syarikat Dian. Sdn. Bhd.
M uha mma d a l -Gha za l i ( 1991) , K a y f a N a f h a m u a l - I s l a m , a l -
     Iskandariyyah: Dar al-Da'wah.
Muhammad Nor b. Ibrahim et al. (1995), Muqaddimah Mastika Hadis
     Rasulullah (s.a.w.), Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam,
     Jabatan Perdana Menteri.
Muhammad Qutb (1988), Jahiliyyah al-Qarn                                  Kaherah:
     Daral-Syuruq.
Muhammad Qutb (1989), Jahiliyyart al-Qarn                         Kaherah; Dar
     al-Syuruq.
Muhammad Qutb (1991), Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal al-'Alam al-
     Islamiyy. Riyad: Dar al-Watan al-Nasyr.
Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik Ila
     Muwatta' Malik, Kitab al-Jamr, Bab al-Nahy 'An al-Qawl bi al-
     Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr.
Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 7


Rahmah Hashim (1995),"Kelangsungan Generasi di Bawah Langit
     Terbuka", (Kertas Kerja Simposium Penyelidikan Komunikasi ke-
     4, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5-6 September 1995).
Salleh Buang (2006), Sikap dan Peranan Umat Islam Dalam
     Menghadapi Cabaan Semasa. (Kertas Kerja yang dibentangkan
     dalam Simposium Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat
     Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
     Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 20 November
     2006).
Sidi Gazalba (1973), Modenisasi Dalam Persoalan: Bagaimana Sikap
     Islam, Jakarta: Bulan Bintang.
Sulaiman Nordin (1995), Islam, al-Quran dan Ideologi Masa Kini, Kuala
     Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala
     Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia.
 Wan Liz Othman Wan Omar (1993), "Membentuk Bangsa Yang
     Berperibadian Besar" dalam Dewan Masyarakat, Disember 1993.
Wan Mohd Azam Mohd. Amin (1995),"Penyelewengan Akidah Dalam
     Kehidupan" dalam Dakwah, bil. 218, tahun XVI, Julai 1995.
Yusuf al-Qaradawi (1985), Ayna al-Khalal, Kaherah: Dar al-Sahwah.
Yusuf al-Qaradawi (1985). Ayna al-Khalal. Kaherah: Dar al-Sahwah.
     h. 7-21.
Zakaria Stapa (1999), Tasauf: Menjana Personaliti Umat Abad ke-21,
     Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.

More Related Content

What's hot

Peradaban Barat Melawan Islam
Peradaban Barat Melawan IslamPeradaban Barat Melawan Islam
Peradaban Barat Melawan IslamDonoSatrio
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWHalim Sallehuddin
 
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah Islam
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah IslamBuku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah Islam
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah IslamAnas Wibowo
 
Saatnya khilafah memimpin dunia
Saatnya khilafah memimpin duniaSaatnya khilafah memimpin dunia
Saatnya khilafah memimpin duniael-hafiy
 
Problematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat IslamProblematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat IslamAnas Wibowo
 
Problematika ummat
Problematika ummatProblematika ummat
Problematika ummatel-hafiy
 
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaIslam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaRizky Faisal
 
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islam
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islamRekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islam
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islamRizky Faisal
 
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)FlamencoRizky
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududiKammi Daerah Serang
 
Ghazwul fikri by Creativity Fosma
Ghazwul fikri by Creativity FosmaGhazwul fikri by Creativity Fosma
Ghazwul fikri by Creativity FosmaFitrah Nurfadhilah
 
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamSayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamImran
 
Beratnya amanah kepemimpinan
Beratnya amanah kepemimpinanBeratnya amanah kepemimpinan
Beratnya amanah kepemimpinanRizky Faisal
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamtemansaya
 
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Arief Rahman Hakim
 

What's hot (20)

Peradaban Barat Melawan Islam
Peradaban Barat Melawan IslamPeradaban Barat Melawan Islam
Peradaban Barat Melawan Islam
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah Islam
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah IslamBuku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah Islam
Buku Kemunculan Tata Dunia Baru Negara Khilafah Islam
 
Fiqih politik
Fiqih politikFiqih politik
Fiqih politik
 
Melemahnya Daulah Islam
Melemahnya Daulah IslamMelemahnya Daulah Islam
Melemahnya Daulah Islam
 
Saatnya khilafah memimpin dunia
Saatnya khilafah memimpin duniaSaatnya khilafah memimpin dunia
Saatnya khilafah memimpin dunia
 
Problematika Umat
Problematika UmatProblematika Umat
Problematika Umat
 
Problematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat IslamProblematika Utama Umat Islam
Problematika Utama Umat Islam
 
Problematika ummat
Problematika ummatProblematika ummat
Problematika ummat
 
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaIslam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
 
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islam
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islamRekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islam
Rekonstruksi dan reunifikasi kekuatan dunia islam
 
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)
Islam, khilafah, dan hizbut tahrir dalam pandangan barat (2)
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
 
Ghazwul fikri by Creativity Fosma
Ghazwul fikri by Creativity FosmaGhazwul fikri by Creativity Fosma
Ghazwul fikri by Creativity Fosma
 
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap IslamSayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
Sayyid qutb - Salah Faham terhadap Islam
 
Beratnya amanah kepemimpinan
Beratnya amanah kepemimpinanBeratnya amanah kepemimpinan
Beratnya amanah kepemimpinan
 
Ltm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islamLtm karakteristik masyarakat islam
Ltm karakteristik masyarakat islam
 
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
Bulletin ARH Library News edisi 3 (15 Maret 2013)
 
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALASEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
SEJARAH AL-HUSAIN DAN TRAGEDI KARBALA
 
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWATRAGEDI KARBALA NAINAWA
TRAGEDI KARBALA NAINAWA
 

Similar to UMAT ISLAM CABARAN

Cth asgment tamadun
Cth  asgment tamadunCth  asgment tamadun
Cth asgment tamadunEast Smile
 
Realita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangRealita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangteguh ahmad
 
Presentation islamofobia
Presentation islamofobiaPresentation islamofobia
Presentation islamofobiaFa-iz Hasnan
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam sajaFlamencoRizky
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upiRizky Faisal
 
Problematika ummat islam
Problematika ummat islamProblematika ummat islam
Problematika ummat islamIndra Lesmana
 
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIMukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIRizky Faisal
 
Agar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak DiperdayaAgar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak DiperdayaBidak 99
 
slide tasawwur islam.pptx
slide tasawwur islam.pptxslide tasawwur islam.pptx
slide tasawwur islam.pptxMinHo663756
 
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurSaatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurRa Hardianto
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.pptakangguru1
 
Melawan lupa 3 maret 1924
Melawan lupa 3 maret 1924Melawan lupa 3 maret 1924
Melawan lupa 3 maret 1924Sheno Maos
 

Similar to UMAT ISLAM CABARAN (20)

titas
titastitas
titas
 
Cth asgment tamadun
Cth  asgment tamadunCth  asgment tamadun
Cth asgment tamadun
 
Realita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarangRealita umat islam sekarang
Realita umat islam sekarang
 
Palestina.docx
Palestina.docxPalestina.docx
Palestina.docx
 
Pelaku Dakwah.docx
Pelaku Dakwah.docxPelaku Dakwah.docx
Pelaku Dakwah.docx
 
Presentation islamofobia
Presentation islamofobiaPresentation islamofobia
Presentation islamofobia
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
 
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah   buku mentoring islam saja kalam upiMukadimah   buku mentoring islam saja kalam upi
Mukadimah buku mentoring islam saja kalam upi
 
Problematika ummat islam
Problematika ummat islamProblematika ummat islam
Problematika ummat islam
 
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPIMukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
Mukadimah _ Buku Mentoring ISLAM SAJA KALAM UPI
 
Aik ppt 1
Aik ppt 1Aik ppt 1
Aik ppt 1
 
Peradaban islam
Peradaban islamPeradaban islam
Peradaban islam
 
Ghazwul Fikri
Ghazwul FikriGhazwul Fikri
Ghazwul Fikri
 
Wajah Itu bukan wajah kita
Wajah Itu bukan wajah kitaWajah Itu bukan wajah kita
Wajah Itu bukan wajah kita
 
Agar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak DiperdayaAgar Wanita Tidak Diperdaya
Agar Wanita Tidak Diperdaya
 
slide tasawwur islam.pptx
slide tasawwur islam.pptxslide tasawwur islam.pptx
slide tasawwur islam.pptx
 
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujurSaatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
Saatnya ahlu-haq-berlaku-jujur
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
 
Melawan lupa 3 maret 1924
Melawan lupa 3 maret 1924Melawan lupa 3 maret 1924
Melawan lupa 3 maret 1924
 
Ghazwul fikri
Ghazwul fikriGhazwul fikri
Ghazwul fikri
 

UMAT ISLAM CABARAN

  • 1. © Malaysian Journal of Social Administration Volume 4, 2007: 39-57 Cabaran-cabaran semasa umat islam dan penyelesaiannya menurut agama Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD. Pensyarah dan Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA Gong Badak, Kuala Terengganu. PENDAHULUAN Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan. Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya umat Islam bermuhasabah din i dan menilai kembali dini
  • 2. 40 Engku Ahmad Zaki mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul- betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya? Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat I sla m. An t ar an y a A b u al- H a s an ' A li a l- N a dw i, S h ei kh Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa Mahmud. Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan umat Islam dengan katanya: i) umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat yang terbaik, ii) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material, iii) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan tidak berdaya, iv) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi, v) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun jumlahnya besar, vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani, vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam. Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya. Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991).
  • 3. Cabaran Semasa Umat Islam 41 Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991). Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam s ur a h Al - M ul k, a yat 1 5 y an g ber m a ks u d : D ia la h y an g me n j a di k an b u mi ba gi ka m u m u d ah d ig u n a k an , ma k a berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan- Nya). Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca se b en ar k el em ah an u mat I sl am k in i p a d a h a ki k at n y a merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Ini bertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat 124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta. Dr. Salah Abd al-Fattah al-Khalidi ada menyebut tentang Muslim masa kini dalam kitabnya Thawabit Ii al-Muslim al- Muasir dengan berkata: Siapakah kita? Hendaklah kita berterus terang menyatakan bahawa orang Islam pada zaman sekarang merupakan contoh yang terburuk di sepanjang sejarah Islam. Pada hakikatnya, umat Islam telah kehilangan Islam sebagai teras kehidupan sehingga mereka hidup dalam serba luar biasa di samping mereka telah meminggirkan Islam dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang keagamaan, nilai-nilai, akhlak, suluk, matlamat, methodologi, politik, ekonomi, keilmuan dan amalan (Al-Khalidi, Salah Abd al-Fattah 1989). Abd al-Qadir Awdah juga ada menyebut dalam kitabnya al-Islam wa Awda'una al-Qanuniyyah: Sebenarnya kelemahan umat Islam bukanlah berpunca daripada peraturan dan perundangan Islam, sebaliknya ía
  • 4. 42 Engku Ahmad Zaki berpunca dari meminggirkan ajaran Islam dalam kehidupan. Maka, umat Islam yang ada di setiap pelusuk negara Islam dewasa ini hanyalah Islam pada namanya dan bibirnya sahaja, bukannya Islam yang berturyangkan dalam hati dan terjemahan amalan salih kecuali sesiapa yang dirahmati Allah s.w.t. dan bilangan mereka amat sedikit sekali (Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.). Mary Weliderz yang berasal dari Britain dan beragama Kristian sebelum memeluk Islam, ada menyebut tentang gambaran Islam pada kaca mata Barat di dalam bukunya Rihlah min al-Kanisah ha al-Masjid Limadha?: Di sana ada satu hakikat iaitu corak pentadbiran yang diamalkan di sebahagian besar negara Islam dan disusuli pula dengan perlakuan atau kegiatan sebahagian umat Islam sendiri telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam di kalangan orang Barat tentang Islam. Bagaimana hendak dijelaskan tentang serangan kejam terhadap orang-orang awam di dalam peperangan yang tercetus antara Iraq dengan Iran? Ditambah lagi dengan golongan pendatang Islam ke Barat melalui perlakuan dan kegiatan mereka telah memburukkan lagi Islam sehingga mereka (orang Barat) memberikan lip utan meluas aspek- aspek negatif tentang Islam melalui saluran arus perdana mereka sama ada akhbar, majalah, televis yen, radio dan filem-filem yang merupakan alasan yang kuat bagi mendesak masyarakat Barat untuk menentang Islam di samping ianya menebalkan lagi rasa ketidak-percayaan dan kebencian mereka terhadap Islam ...(Mary Weliderz 1992). Muhammad gutb (1988:279) menyifatkan mereka sebagai golongan yang bencikan Islam sebagaimana katanya: Di samping itu juga, ada golongan manusia yang tidak bencikan Islam dari aspek akidah, namun mereka tidak suka untuk melaksanakannya dalam realiti kehidupan semasa! Golongan ini sebenarnya mahukan Islam dari segi aqidah hanya bertapak di hati sahaja atau dengan lain perkataan, akidah yang menuntut manusia untuk solat dan berpuasa sahaja. Manakala yang selain daripada itu, maka hati tidak bermaya untuk me/aksanakannya. Mereka hanya inginkan kesenangan tanpa batas! Mereka ingin berhibur di panggung wayang biarpun lucah sekalipun, dengan tarian-tarian di televis yen, yang ini haram dan yang itu halal. Sebahagian daripada lelaki begitu berminat menyaksikan fitnah yang dihamburkan oleh wanita-wanita di jalanan! Manakala wanita pula begitu ego dengan kewanitaan mereka untuk
  • 5. Cabaran Semasa Umat Islam 43 terus menggoda kaum lelaki sehingga mereka berlebih- lebihan dalam solekan dan pakaian tanpa sebarang sempadan. Mereka juga ingin agar merasakan din i mereka tidak melakukan kesalahan di dalam semua itu asalkan niat mereka suci dan betul. Mereka tidak menyatakan kebencian mereka secara terang- terangan kepada Islam, namun merekalah sebenarnya yang menyimpan kebencian yang mendalam kepada Islam. Sememangnya inilah realiti dan senario yang berlaku kepada umat Islam kini. Tiada gunanya umat Islam merasa gah dengan identiti Islam mereka sedangkan mereka begitu jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan dan begitu mudah pula ditindas dan diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam. Malah, Islam menganggap bahawa kelemahan dan kejatuhan itu sebagai satu jenayah yang telah dilakukan umat Islam kerana ia bertentangan dengan perintah Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. sendiri. CABARAN-CABARAN SEMASA DI MALAYSIA Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah merangka 10 prinsip utama Islam Hada& yang juga merupakan 10 cabaran yang 1 Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta fizikal.Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi. sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun Unggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah, akan dapat menghadapi cabaran dan reality semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk clan coral( pembangunan mengikut masa dan tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula denga.n program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Sila lihat: http://www.islam.gov.my/islamhadhari/
  • 6. 44 Engku Ahmad Zaki akan dihadapi oleh umat Islam di Malaysia iaitu sebagaimana berikut: i) Keimanan dan ketakwaan kepada Allah ii) Kerajaan adil dan beramanah iii) Rakyat berjiwa merdeka iv) Penguasaan ilmu pengetahuan v) Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif vi) Kehidupan berkualiti vii) Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita viii) Keutuhan budaya dan moral ix) Pemeliharaan alam semulajadi x) Kekuatan pertahanan Salleh Buang (2006) pula menggariskan 10 cabaran yang dihadapi oleh umat Islam mutakhir in Cabaran tersebut ialah: i) melaksanakan agenda Melayu/ umat Islam yang belum selesai; ii) mempertahankan status dan hala tuju Mahkamah Syariah; iii) mengembalikan keyakinan rakyat sepenuhnya kepada institusi kehakiman negara; iv) memperkasa dan merekayasa jabatan kerajaan dan agensi awam, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri; v) menangani pengaruh "global christianity"; vi) meneruskan projek "common law" ala Malaysia (yang telah berkubur); vii) memperbaharui/ membersihkan undang-undang negara yang tidak selaras dengan hukum syarak; viii) memperbaharui undang-undang lapuk yang tidak sesuai lagi pada alaf baru; ix) mengawal pembangunan yang tersasar (mengamal- kan pembangunan lestari), dan x) memperkukuh/ melaksanakan undang-undang alam sekitar. Mufti Perak (2006) pula berpendapat bahawa antara cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di negara ini adalah seperti berikut: i) pemindahan budaya dad Barat
  • 7. Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 4 5 ii) sekularisme iii) budaya hedonisme iv) pluralisme v) wabak AIDS/HIV Sebuah pertubuhan belia Islam (Angkatan Belia Islam Malaysia 2006) pula mengenal pasti enam cabaran lain yang dihadapi umat Islam di negara ini, antaranya: i) liberalisme ii) hegemoni Barat iii) etika berpolitik iv) masyarakat madani v) perpaduan nasional vi) isu memperkasakan moral bangsa. Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa umat Islam di Malaysia pada zaman mutakhir ini menghadapi berbagai-bagai jenis cabaran yang dapat diklasifikasikan kepada dua bentuk, iaitu cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri dan cabaran yang datang dari luar, terutamanya dari Barat. CABARAN DARI UMAT ISLAM Antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri ialah kejahilan dan kurang penghayatan umat Islam terhadap Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis k e per c ay aa n d an k e me l ut a k i da h y an g b er l a k u da la m masyarakat Islam menjadi petanda dan kayu pengukur yang dapat menentukan tahap kelemahan seseorang Muslim terhadap ilmu keagamaan dan kemampuan mereka untuk membezakan yang hak dari yang batil. Sebagai contohnya, umat Islam yang terperangkap dengan ajaran sesat begitu mudah menerima ciri-ciri ajaran sesat yang amat jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat Islam. Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), mengenal pasti enam ciri tersebut: i) menghalalkan sesuatu yang diharamkan Allah dan sebagainya, ii) mempercayai wahyu masih lagi turun,
  • 8. 46 Engku Ahmad Zaki iii) mempercayai ada lagi nabi dan rasul yang lain selepas Nabi Mumamad (s.a.w.), iv) mempercayai guru sebagai Imam Mandi atau nabi; v) me m p er c ay ai or an g mat i b ol eh me m b er i k an pertolongan apabila diseru namanya, dan vi) memansuhkan kewajipan-kewajipan tertentu dalam syariat Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan lain- lain. Kepercayaan-kepercayaan yang menyeleweng seumpama ini sudah tentu secara jelas bertentangan dengan rukun-rukun iman dan Islam yang wajib diketahui, dipelajari dan diyakini serta tidak pernah dipertikaikan oleh seluruh umat Islam di dunia ini kecuali mereka yang tersesat dan juga terpengaruh dengan ajaran sesat. Oleh sebab itu, kejahilan terhadap Islam merupakan antara faktor berlakunya krisis akidah di kalangan umat Islam sehingga menyebabkan wujudnya beberapa ajaran sesat dan f ah am an ya n g b er t e n t an ga n de n g an sy a r iat se b en ar . Kebiasaannya, orang jahil akan menerima sesuatu perkara sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu sama ada benar atau bertentangan dengan ajaran Islam (Azhar Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman 2000). Orang yang jahil merujuk kepada seseorang yang tidak mengetahui sesuatu perkara. Apabila sesuatu perkara dijelaskan kepadanya, dia akan beranggapan perkara itu benar. Malah kejahilan akan mendatangkan mudarat yang lebih besar sekiranya ia membabitkan kepercayaan. Ini kerana ia sukar diubah dan di le n y a p ka n d al am ma s a y an g s in g k at : se b al i kn y a i a memerlukan proses pemulihan yang berterusan. Kejahilan juga menjadi punca berlakunya salah faham di kalangan umat Islam terhadap ajaran Islam yang sebenar. Menurut Kamus Dewan (2002), salah faham merujuk kepada tidak mengerti hal yang sebenarnya atau memberi pengertian yang salah, salah mengertikan sesuatu atau menyalahertikan. Muhammad Qutb (1989) menegaskan bahawa salah faham terhadap Islam bermaksud kefahaman yang menyeleweng dart hakikat ketuhanan, alam semesta, kehidupan dan juga kemanusiaan. Dalam erti kata lain, terdapat salah faham di d al am p e mi kir an m a n u si a d al am m en an g ga pi h a k i kat ketuhanan yang sebenarnya dan hubungan manusia dengan- Nya di samping tersilap pengertian berkenaan konsep alam
  • 9. Cab a ran S ema sa Umat Islam 47 semesta, hubungannya dengan Allah dan manusia dalam realiti kehidupan mi. Pendek kata, salah faham manusia terhadap Islam merangkumi segala lapangan kehidupan manusia dari aspek akidah, syariat dan akhlak. Selain daripada kejahilan, salah faham juga boleh terjadi apabila seseorang menimba ilmu agamanya bukan daripada sumber yang ash i iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Al-Quran dan al-Sunnah sahaja merupakan sumber rujukan dan pegangan utama umat Islam dalam memahami hakikat Islam yang se b en ar n ya ( M u h a m ma d N or b. I br a h i m et al. ( 1 9 9 5). Sehubungan itu, Rasulullah pernah bersabda: ___ °L.,3 c„;-_):.• 1 AA -13. Ajj :44c. ';d11 u.t.0 411 :Dt fk:V3 —42L:3 ;;ILL3.s• (Maksud: Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu sekali-kali tidak akan tersesat selagi kamu berpegang teguh pada keduanya iaitu kitab Allah dan sunnah Nabi-NyaI.2 Selanjutnya, kelemahan yang melanda umat Islam kini berpunca daripada kurang kesedaran, lupa din, tidak menggunakan seluruh kekuatan dan potensi, tidak berdikari dan banyak bergantung kepada Barat, daya berfikir yang kerdil, sempit dan jumud, budaya taklid yang merugikan, kekuatan rohani yang pudar, ketandusan ilmu, muflis ide, muflis akhlak, ukhuwah antara umat yang lemah, kerja tidak berkualiti dan kurang produktiviti serta membiarkan sahaja sumber ekonomi dieksploitasi musuh (Yusuf al-Qaradawi, 1985). Kesalahfahaman terhadap ajaran Islam ini juga timbul akibat kelemahan intelektual Islam sendiri yang salah memahami ajaran Islam sebagaimana dikehendaki Allah (s.w.t.) dan Rasul-Nya. Ada di kalangan umat Islam rasa rendah dini terhadap ideologi-ideologi dunia, kemudiannya membuat persamaan antara Islam dengan ideologi-ideologi tersebut. Maka lahirlah istilah "sosialisme Islam", "liberalisme Islam", "kapitalisme Islam", "demokrasi Islam", "humanisme Islam" dan istilah-istilah lain yang sama sekali asing bagi Islam. Maka pendengar pun memahami bahawa Islam adalah sepadan 2Al-Tirmidhi, Sunart Kitab al-Manaqib An Rasulillah, Bab Manaqib Ahl Bayt al-Nabi, j. 5, no. Hadith: 3786, h. 662; Muhammad Zakariyya al- Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik ha Muwatta' Malik, Kitab al-Jami`, Bab al- Nahy 'An al-Qawl bi al-Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr, h. 100.
  • 10. 48 Engku Ahmad Zaki dengan ideologi-ideologi ciptaan manusia itu (Hilmy Bakar Almascaty 1994). Lebih tegas lagi kelemahan dunia Islam hari ini bukanlah di s e ba b k an h e b at n y a s er a n g an m us u h at a u c e ka p n y a perancangan mereka mengatur strategi, tetapi kerana mereka bijak mengambil kesempatan terhadap pelbagai masalah, kepincangan dan kelemahan dalaman umat Islam. Satu hal yang pasti adalah dunia Islam semenjak abad ke-12H/18M dan ke-13H/19M telah dilanda sindrom kejahilan dan kebekuan fikiran. Islam kini hanya tinggal pada nama dan ini membuka r u an g k e pa d a s er an gan p em i kir an , b u da ya, p olit i k d a n ketenteraan. Serangan Barat boleh dikatakan sebagai membalas dendam terhadap kekalahan mereka dalam Perang Salib yang berlanjutan hampir 200 tahun. CABARAN DARI BARAT Jika ditinjau dalam setiap lapangan kehidupan umat Islam seharian kin!, terdapat pelbagai jenis penyelewengan akidah yang berlaku sama ada secara sengaja mahupun tidak disedari. Oleh itu, ia merupakan suatu penyelewengan yang agak rumit untuk diperbetulkan. Di antara jenis penyelewengan akidah yang berlaku secara meluas pada zaman moden ini ialah membebaskan diri daripada ikatan keagamaan. Situasi ini berlaku apabila seseorang Muslim merasakan agama Islam sebagai satu aspek kehidupan yang boleh ditinggalkan mengikut kepentingan did dan keadaan semasa. Apabila agama tidak lagi diperlukan dalam memenuhi cita-cita hidupnya, maka agama akan mula disisihkan sedikit demi sedikit daripada ruang pemikiran dan realiti kehidupannya (Wan Mohd Azam Mohd. Amin 1995). Satu lagi jenis penyelewengan akidah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam ialah seseorang itu merasakan agama I sla m it u t er l al u s u ci d an d ar i it u, i a t i d a k b ol eh dicampuradukkan dengan urusan keduniaan seperti urusan sosial, poliiik, ekonomi dan lain-lain lagi (Wan Mohd Azam Mohd. Amin 1995). Kedua-dua jenis penyelewengan ini pada hakikatnya telah juga berlaku pada agama-agama samawi terdahulu sebelum Islam iaitu Yahudi dan Kristian. Pemikiran tentang ketuhanan dan segala isi ajarannya telah dipinggirkan daripada pentas kehidupan seharian di dunia mi. Gejala seumpama inilah yang
  • 11. Cabaran Semasa Umat Islam 49 telah diistilahkan sebagai sekularisme. Prof. Syed Muhamad Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam and Secularism telah memetik satu definisi sekularisme yang masyhur iaitu: "the deliverance of man "first from religious and then from metaphysical control over his reason and his language". It is "the loosing of the world from religious and quasi-religious understandings of itself, the dispelling of all closed world views, the breaking of all super natural myths and sacred symbols"... the "defatalization of history", the discovery by man that he has been left with the world on his hands, that he can no longer blame fortune or furies for what he does with it...; (it is) man turning his attention away from worlds beyond and toward this world and this time". Secularization encompasses not only the political and social aspects of life, but also inevitably the cultural, for it denotes "the disappearance of religious determination of the symbols of cultural integration" (1978:15). Jelas daripada definisi di atas bahawa sekularisme merupakan suatu fahaman yang bersifat anti-agama dan anti- Tuhan. Dalam perjalanan sejarah moden dunia, fahaman se k u lar is m e t aj a an Bar at m o d e n s u d ah ber ja ya mensekularisasikan seluruh pelosok dunia, termasuk dunia Islam. Ringkas, proses sekularisasi itu sebenarnya tidak lain merupakan proses pembebasan manusia daripada kongkongan agama dan kawalan metafizik. Perlu ditegaskan bahawa peradaban Barat moden yang melanda umat Islam itu membawa semangat, fahaman, idea dan world view yang amat tidak serasi dengan world view dan matlamat peradaban Islam. Ini kerana dalam konteks peradaban Barat moden, ia merupakan sebuah peradaban yang mengenepikan Tuhan dan memberikan penghormatan yang tinggi kepada kebendaan (Sidi Gazalba 1973). Dalam kata-kata lain, peradaban Barat moden merupakan sebuah peradaban yang lebih mementingkan unsur individualistik dalam gaya hidup kerana ia juga bertunjang fahaman materialistik iaitu suatu fahaman dan sikap hidup yang memberikan tumpuan kepada usaha mencari kenikmatan keben daan semata-mat a, sikap ber mati-matian dalam kebendaan, sikap percaya kepada kebendaan sahaja dan menolak segala nilai luhur yang lain (Muhammad al-Bahi 1979). Di samping itu, peradaban Barat moden itu juga didominasi fahaman sekularistik. Fahaman ini pula lazimnya
  • 12. 50 Engku Ahmad Zaki mer u j u k k e pa d a s at u si k a p d an ke c en d er un g an un t u k menganggap sepi terhadap Tuhan dan semua persoalan serta kegiatan keagamaan kerana manusia terlalu sibuk dengan halhal duniawi sehingga tidak sempat untuk berfikir mengenai halhal ukhrawi (Syed Muhammad Naquib al-Attas1978). Dan i segi implikasi psikologi, Barat berjaya menyogok falsafah dominasi nilai kebaratan dan kemenangan fahaman materialisme ke atas konsep, doktrin dan cara hidup Islam. A ki b at n ya, i a t el ah m en g h a k is w aj ah k ei sl am an da n mengembalikan wajah jahiliah. Malah, kesannya dirasai dalam segenap bidang kehidupan manusia termasuk pendidikan, ilmu pengetahuan, ekonomi, kewangan, ketenteraan, kesenian, sosial, sains, kebudayaan dan media massa. Di dalam bidang pendidikan, seriusnya kesan kekalahan itu sehingga ilmu utama seperti kejuruteraan, psikologi, sosiologi, biologi, astronomi, fizik, kimia, matematik, ekonomi dan perubatan yang diajar di institusi-institusi pendidikan terpisah jauh daripada roh Islam, sedangkan pengasas dan pelopor semua ilmu tersebut adalah ilmuwan Islam. Apa yang menyedihkan lagi apabila mahasiswa Islam terpaksa merujuk fakta atau teori Barat yang kadangkala bertentangan dengan Islam dalam mempelajari ilmu itu hingga tidak kurang pula daripada mereka ini yang pemikiran, nilai, jati diri, cita rasa, aliran dan gaya hidup mereka sebati dengan kiblat tamadun Barat (Muhammad al-Ghazali 1991). Cita-cita Barat adalah untuk menjadikan semua orang di dunia ini hidup serupa dalam satu budaya. Mereka ingin melahirkan anak Muslim celupan Barat yang berwatak sekular dan jauh daripada akhlak Islam. Nama dan agama rasmi dibiarkan Islam tetapi pemikiran dipastikan berubah. Nilai dan pandangan hidup terhadap agama, kehidupan, manusia, sejarah, keyakinan atau kepercayaan terhadap kekuatan Islam dipesongkan supaya sentiasa mengagung kemampuan Barat. Malah persepsi terhadap sistem perundangan, politik, akhlak dan budaya juga berubah. Ini dapat dilihat melalui tingkah laku, tindakan dan hasil pemikiran mereka yang terbukti melalui pelbagai ucapan dan tulisan. Dad sini, lahirlah berbagai-bagai ideologi moden seperti sekularisme, kapitalisme, nasionalisme dan sosialisme mengambil tempat Islam sehingga menjadi anutan dan pegangan umat Islam kini dalam seluruh lapangan hidup (Sulaiman Nordin 1995). Natijahnya, Islam mula terpinggir jauh
  • 13. Cabaran Semasa Umat Islam 51 d ar i p a da r e alit i k e h id u p an s em a sa. M al ah a da ya n g menganggap ideologi moden tersebut seperti sekularisme dan nasionalisme juga sebahagian daripada Islam (Astora Jabat 2003). Dewasa ini, masyarakat Islam menyaksikan lambakan bahan-bahan percetakan dan penyiaran sama ada terbitan se c ar a h ar ia n , mi n g gu an , b u la n a n at a u t ah un an ya n g memuatkan pelbagai isu dan persoalan kehidupan manusia sejagat. Lambakan bahan-bahan tersebut bukan hanya dihasilkan oleh masyarakat tempatan, malah dilimpahi bahan- bahan media asing yang mempromosikan pengaruh-pengaruh budaya Barat yang akhirnya mendominasi setiap aspek kehidupan seorang Muslim. Kemudian, penggunaan saluran peralatan teknologi canggih telah memperkukuhkan nilai-nilai peradaban barat yan g t el ah dit an a m d al am t e m p oh p en ja jah an s a m bil menaburkan sejumlah nilai baru yang dibawa khusus oleh era pascamoden yang dikenali sebagai faham pascamodenisme. Pada asasnya, kehebatan zaman pascamoden ini sebenarnya ditandai oleh unsur upaya kesejagatan planet bumi bahawa dunia persis sebuah kampung, yang segala hambatan dan sekatan perbatasan yang dicipta sejak munculnya negara- bangsa kira-kira 500 tahun yang lalu telah berjaya dilangkau. Semua ini dianggarkan menjadi mungkin hasil daripada revolusi hebat yang berlangsung dalam bidang teknologi maklumat dan komputer yang bergabung pula dengan teknologi telekomunikasi dan satelit. Inilah sebenarnya intisari dari apa yang diisytiharkan "borderless world" yang menandakan berakhirnya zaman moden untuk diganti dengan zaman pascamoden (Anwar Ibrahim 1995). Kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi telekomunikasi dan satelit ini nyatanya, hari demi hari, akan mendominasi ruang lingkup dan ceruk rantau kehidupan harian manusia masa kini. Hal ini bermakna bahawa mana- mana masyarakat di planet bumi ini akan terdedah secara berterusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan. Penapisan dan kawalan bahan oleh pihak berkuasa sesebuah negara bangsa menjadi begitu sukar untuk dilakukan kerana teknologi canggih ini telah memungkinkan penyiaran bahan- bahan yang hendak disebarkan berlangsung dalam skala sejagat. Gejala seumpama ini boleh menjadi pemangkin untuk
  • 14. 5 2 E n gk u A h m ad Z ak i meleburkan perbezaan dan kepelbagaian budaya di antara satu masyarakat dengan masyarakat lain di dunia mi. Kalaulah kolonialisme merupakan pembantu utama penyebaran sekularisme edisi lama, maka kecanggihan dan kehebatan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi telekomunikasi dan satelit yang berjaya merubah dunia menjadi sebuah kampung global itu merupakan sayap kanan yang bertindak sebagai pembantu utama dalam proses penyebaran faham sekularisme edisi terkini mi. Lalu, dalam keadaan ini, kita segera teringat kepada peti televisyen dan monitor komputer yang sekarang rata-rata dimiliki oleh umat Islam serata dunia, malahan dalam keadaan sekarang kedua-dua alat ini, khususnya televisyen, sudah pun merupakan ahli keluarga utama dalam setiap keluarga. Di samping itu, kita juga teringat kepada istilah-istilah seumpama internet, lebuh raya maklumat, cakera parabola dan langit terbuka. Semua ini merupakan peralatan atau perkakasan canggih yang menjadi penyalur dan penyebar faham pascamodenisme masa kini, untuk melahirkan pula satu bentuk kolonialisme edisi baru (Rahmah Hashim 1995). Dalam kehidupan masa kini, pelbagai peralatan seumpama televisyen bersama program siarannya misalnya sudah b er t in d a k s e ba ga i s e b ua h i n st it us i s o si al y a n g am a t berpengaruh. Televisyen sudah mempunyai banyak rangkaian dan lebih daripada 60% ruangan radio dan televisyen lebih berfokus kepada hiburan. Sebagai contohnya, kumpulan muzik dari German, Scorpions telah menggegarkan Stadium Merdeka pada pertengahan September 2004. Beberapa hari kemudian diadakan pula konsert "The Best of Blues" yang berlangsung di Bukit Kiara. Ringkasnya, setiap tahun ada saja kumpulan muzik dari Barat yang dibawa masuk. Hiburan semakin mewarnai kehidupan masyarakat, terutama remaja. Ia berupaya mencorakkan budaya masyarakat dan menyubur serta mengukuhkan pelbagai nilai, sikap dan perlakuan tertentu yang telah sedia terbentuk. Ia juga berupaya pengubah gaya hidup seseorang, mengubah dan membentuk corak serta ragam perhubungan keluarga, rakan sekerja dan masyarakat sejagat (Rahmah Hashim (1995). Generasi muda kini rata-rata mudah diresapi gejala-gejala kurang sihat yang ditiru bukan daripada ajaran agama, tetapi daripada budaya Barat. Mereka lebih menyenangi budaya pop, rock dan rap dan lebih mengenali penghibur-penghibur mereka
  • 15. Cabaran Semasa Umat Islam 53 daripada para sahabat Rasulullah (s.a.w.) dan tokoh ulama Islam. Apabila gejala ini berlaku, generasi muda akan mudah terputus daripada akar budaya ketimuran dan agama mereka sendiri (Wan Liz Othman 1993). Kesan yang paling hebat dalam did generasi muda hari ini ialah mereka hilang keyakinan pada din i sendiri. Sindrom kurang yakin kepada kemampuan din i sendiri ini tercermin dalam perlakuan mereka yang terikut-ikut dengan fesyen dan ragam watak-watak yang dipuja-puja baik dari segi corak pakaian, fesyen rambut dan aksesori yang dipakai. Dad segi personaliti pula, golongan muda ini boleh dianggap sebagai tidak memiliki peribadi sebenar kerana sebahagian daripada did mereka adalah imitasi dan imej orang lain (Indriaty Ismail 1999). Ironisnya, budaya hiburan hedonis yang dimarahi para guru di sekolah, dibiarkan berleluasa di luar sekolah. Hal itu terbawa-bawa ke dalam sekolah di mana para pelajar asyik berbual tentang artis, konsert, lagu, jenis tarian, pakaian antis dan aksi artis. Pelajaran harian termasuk pelajaran agama menjadi suatu yang kaku, bisu dan tidak berperanan.3 Media percetakan terutamanya majalah hiburan dan majalah picisan yang memaparkan cerita-cerita khurafat dan tahyul, tidak ketinggalan turut memberi sokongan dengan liputan-liputan yang meluas dan sebaran yang menyeluruh ke seluruh negeri mengenai filem-filem asing dan perkembangan muzik luar negeri. Akibatnya, kemasukan budaya luar yang liar dan menyalahi agama merebak ke dalam masyarakat Islam tanpa disedari (Indriaty Ismail 1999). PENYELESAIAN MENURUT ISLAM Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah tersebut? Inilah jawapan dan 3 Temubual dengan Syed Saggaf bin Tuan Pengerang, Penolong Kanan I, SK Tayor, Sungai Tong, Setiu, di pejabatnya pada 10 Januari 2004.
  • 16. 54 Engku Ahmad Zaki penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut kehidupan ummah. 1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan b er at un t u k m en an gan i k e s k em el ut a ki d ah , t am b ah an p ul a kr i si s a k i d ah y an g me la n da masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama. 2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian. a) P a da p er in g kat p en di d i ka n I sl am yan g dikendalikan pihak di luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut k ur i k u l um, met o d o l og i, b u k u t e ks, l at ih a n k eg ur u an , pr o s es p en i la ia n , k ew an g an d an pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif pendidikan asas untuk melahirkan sumber modal insan bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran semasa. b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem pendidikan Islam yang formal. Apakah asas agama yang dit aw ar k an ma m p u me m b er i k an k es an penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas syariah menyentuh perkara gh a i b. Me m b er i f a h a m per k ar a gh ai b in i memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11 tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.
  • 17. Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 5 3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam: a) Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng. b) Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu Islam c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan se k o la h d an gr a d u a n un iv er sit i. I n i k er an a pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan s os i o- e k on o mi t er t e n t u. S e ba li kn ya t r a di si pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat. PENUTUP Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini: ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh d al am s et i a p a s p e k k eh i d u p an d al a m u sa h a u n t u k memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan umat pertengahan di muka bumi Allah mi. RUJUKAN A1-Khalidi, Salah Abd al-Fattah (1989), Thawabit Li al-Muslim al- Muasir. Kaherah: Maktabah al-'Ulum al-Islamiyyah, Suwailih wa Dar al-Isra'.
  • 18. 56 Engku Ahmad Zaki Al-Tirmidhi, Sunan al-Tirmidhi, Kitab al-Manaqib 'An Rasulillah, Bab Manaqib Ahl Bayt al-Nabi, j. 5. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (2006) dalam Seminar & Cabaran Semasa di Dewan Toh Yuan Norashikin, Kompleks Darul Puteri, Jalan Cheras, Kuala Lumpur, pada 19 Ogos 2006. Anwar Ibrahim (1995), "Kesejagatan dan kebangkitan Bangsa" dalam Pemikir, bil. 2, Oktober-Disember 1995. Astora Jabat (2003), "Ulama Jangan Menghina" dalam Bicara Agama, Mingguan Malaysia, 26/10/2003. Azhar Abu Samah dan Mohd. Yusof Sulaiman (2000), "Jahil Agama Punca Akidah Terpesong" dalam Berita Harian, Jumaat 13 Oktober 2000. Bahagian Hal Ehwal Islam (1994), Kriteria Dalam Ajaran Sesat, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd. Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad ke-21. Kuala Lumpur: Berita Publishing. Indriaty Ismail (1999), "Antara Media dan al-Quran: Pengaruh dan Kesan Dalam Pembentukan Peribadi Masyarakat Islam Malaysia Masa Kini" dalam Muda @ Ismail Abdul Rahman et. al. (1999), Cabaran Islam Di Abad Ke-21. Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu. Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Edisi Ketiga. h. 1174. Mahmud Ismail al-Siniy dan rakan-rakan ( t.th.), al-Qira'ah al- 'Arabiyyah Ii al-Muslimin. Al-Kitab al-Thalith. T.tpt.: Maktabah Lubnan. Mary Weliderz (1992), Rihlati min al-Kanisah Ila al-Masjid Limaza. Misr al-Jadidah: Maktabah al-Nur. Mufti Perak (2006) "Umat Islam di Malaysia Semakin Parah" di dalam Laman Web Harakandaily bertarikh 29 Jun 2006. Muhammad al-Bahi (1979), Islam Dilitupi Awan Mendung, Yusoff Zaky Yaacob (terj.), Kota Bharu: Syarikat Dian. Sdn. Bhd. M uha mma d a l -Gha za l i ( 1991) , K a y f a N a f h a m u a l - I s l a m , a l - Iskandariyyah: Dar al-Da'wah. Muhammad Nor b. Ibrahim et al. (1995), Muqaddimah Mastika Hadis Rasulullah (s.a.w.), Kuala Lumpur:Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Muhammad Qutb (1988), Jahiliyyah al-Qarn Kaherah: Daral-Syuruq. Muhammad Qutb (1989), Jahiliyyart al-Qarn Kaherah; Dar al-Syuruq. Muhammad Qutb (1991), Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal al-'Alam al- Islamiyy. Riyad: Dar al-Watan al-Nasyr. Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi (1980), Awjaz al-Masalik Ila Muwatta' Malik, Kitab al-Jamr, Bab al-Nahy 'An al-Qawl bi al- Qadr, j. 14, no. Hadith: 1395, Beirut: Dar al-Fikr.
  • 19. Ca b a ra n S ema sa Uma t Isla m 5 7 Rahmah Hashim (1995),"Kelangsungan Generasi di Bawah Langit Terbuka", (Kertas Kerja Simposium Penyelidikan Komunikasi ke- 4, Universiti Kebangsaan Malaysia, 5-6 September 1995). Salleh Buang (2006), Sikap dan Peranan Umat Islam Dalam Menghadapi Cabaan Semasa. (Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Simposium Pengurusan Hal Ehwal Islam Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada 20 November 2006). Sidi Gazalba (1973), Modenisasi Dalam Persoalan: Bagaimana Sikap Islam, Jakarta: Bulan Bintang. Sulaiman Nordin (1995), Islam, al-Quran dan Ideologi Masa Kini, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1978), Islam and Secularism, Kuala Lumpur: Muslim Youth Movement of Malaysia. Wan Liz Othman Wan Omar (1993), "Membentuk Bangsa Yang Berperibadian Besar" dalam Dewan Masyarakat, Disember 1993. Wan Mohd Azam Mohd. Amin (1995),"Penyelewengan Akidah Dalam Kehidupan" dalam Dakwah, bil. 218, tahun XVI, Julai 1995. Yusuf al-Qaradawi (1985), Ayna al-Khalal, Kaherah: Dar al-Sahwah. Yusuf al-Qaradawi (1985). Ayna al-Khalal. Kaherah: Dar al-Sahwah. h. 7-21. Zakaria Stapa (1999), Tasauf: Menjana Personaliti Umat Abad ke-21, Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.