SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
HIKAYAT BAYAN BUDIMAN

Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai
seorang anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah
dikahwinkan dengan Bibi Zainab.
Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan
berniaga. Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman
isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung.
Apabila sampai masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya
sentiasa bermuafakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara.

Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa
duduk termenung di tingkap, seorang putera raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya
saling berpandangan dan berbalas senyum.
Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga
telah jatuh cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan
antara mereka berdua telah dapat di atur.
Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada burung
tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab tiung;
“ya, tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang tuan hamba hendak
kerjakan ini? Tiadakah tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah tuan malu akan
Nabi Muhammad, maka tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan
ditegahkan Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala
perempuan membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam al-Quran
dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa
sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya…”
Teguran burung tiung betina itu membuatkan Bibi zainab marah lalu dihempaskan burung itu
ke bumi. Matilah burung itu.
Bibi Zainab seterusnya meminta nasihat daripada burung bayan pula sambil mencurahkan
hasrat hatinya itu. Setelah mendengar semuanya, burung bayan pun berkata;
“Adapun hamba ini haraplah tuan, jikalau jahat sekalipun pekerjaan tuan, insyaAllah di atas
kepala hambalah menanggungnya, jika datang suami tuan pun, tiada mengapa, daripada
hamba inipun hendak membuat bakti kepada tuan dan berbuat muka pada suami tuan itu.
Baiklah tuan segera pergi, kalau-kalau lamalah anak raja itu menantikan tuan, kerana ia
hendak bertemu dengan tuan. apatah dicari oleh segala manusia di dalam dunia ini,
melainkan martabat, kebesaran dan kekayaan?Adakah yang lebih daripada martabat anakj
raja? tetapi dengan ikhtiar juga sempurnalah adanya. Adapun akan hamba tuan ini adalah
seperti hikayat seekor unggas bayan yang dicabut bulunya oleh seorang isteri saudagar….“
Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya
itu, tetapi dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya.
Bibi Zainab terpaksa menangguh dari satu malam ke satu malam pertemuannya dengan
putera raja. begitulah seterunya sehingga Khoja Maimun pulang dari pelayarannya.
Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat
isteri tuannya daripada menjadi isteri yang curang. Dia juga dapat menjaga nama baik
tuannya serta menyelamatkan rumah tangga tuannya.
Antara cerita bayan itu ialah mengenai seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak yang
masih kecil. Ibu bayan itu menasihatkan anak-anaknya supaya jangan berkawan dengan anak
cerpelai yang tinggal berhampiran. Ibu bayan telah bercerita kepada anak-anaknya tentang
seekor anak kera yang bersahabat dengan seorang anak saudagar. Pada suatu hari mereka
berselisih faham. Anak saudagar mendapat luka di tangannya. Luka tersebut tidak sembuh
melainkan diubati dengan hati kera. Maka saudagar itupun menangkap dan membunuh anak
kera itu untuk mengubati anaknya.
Sebuah lagi cerita bayan ialah mengenai seorang lelaki yang sangat mengasihi isterinya.
Apbila isterinya meninggal dunia, dia telahj memohon dioa kepada Tuhan supaya separuh
daripada umurnya dibahagikan kepada isterinya. Doa itu dikabulkan dan isterinya hidup
semual. Namun, si isteri tidak jujur dan lari dengan seorang saudagar kaya. Lelaki itu
menjejaki isterinya kerana menyangka isterinya dilarikan oleh saudagar kaya itu. Tetapi dia
telah dihina dan diusir oleh isterinya. Kerana marah dan kecewa, lelaki itu memohon agar
Tuhan mengembalikan usianya yang telah diberi kepada isterinya. Dengan kehendak Tuhan,
isterinya mati semula.
Dalam cerita yang lain pula, bayan bercerita mengenai pengorbanan seorang isteri. seorang
puteri raja yang kejam telah membunuh 39 orang suaminya. suaminya yang keempat puluh
telah berjaya menginsafkannya dengan sebuah cerita mengenai seekor rusa betina yang
sanggup menggantikan pasangannya, rusa jantan, untuk disembelih. Begitu kasih rusa betina
kepada pasangannya sehingga sanggip mengorbankan diri untuk disembelih. Puteri itu insaf
dan tidak jadi membunuh suaminya yang keempat puluh itu, malah sanggup berkorban apa
sahaja untuk suaminya.

More Related Content

What's hot

Halmahera , the ghost
Halmahera , the ghostHalmahera , the ghost
Halmahera , the ghostNoi Everain
 
Burung bayan dan cerpelai
Burung bayan dan cerpelaiBurung bayan dan cerpelai
Burung bayan dan cerpelaiBakri Taba
 
Rapunzel moden punya story
Rapunzel moden punya storyRapunzel moden punya story
Rapunzel moden punya storyShika Nara
 
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"Àlvenda Ryan
 
Legenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteLegenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteFelix net
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelFirdika Arini
 
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s v
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s vTugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s v
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s vRizal203749
 
Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Yasir Partomo
 
Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Yasir Partomo
 
Legenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhLegenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhMNaufalHidayat
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinSatria
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buanasrdz31
 

What's hot (20)

Halmahera , the ghost
Halmahera , the ghostHalmahera , the ghost
Halmahera , the ghost
 
Burung bayan dan cerpelai
Burung bayan dan cerpelaiBurung bayan dan cerpelai
Burung bayan dan cerpelai
 
Rapunzel moden punya story
Rapunzel moden punya storyRapunzel moden punya story
Rapunzel moden punya story
 
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"
Cerpen Bahasa Jawa "Lutung kasarung"
 
Roro jonggrang legend
Roro jonggrang legendRoro jonggrang legend
Roro jonggrang legend
 
Prosa tradisional anak laut cerita bayan
Prosa tradisional anak laut   cerita bayanProsa tradisional anak laut   cerita bayan
Prosa tradisional anak laut cerita bayan
 
Legenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, miteLegenda, sage, fabel, mite
Legenda, sage, fabel, mite
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Hikayat si miski1
Hikayat si miski1Hikayat si miski1
Hikayat si miski1
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Putri kaca mayang versi intinfive htg
Putri kaca mayang versi intinfive htgPutri kaca mayang versi intinfive htg
Putri kaca mayang versi intinfive htg
 
Tugas kmr
Tugas kmrTugas kmr
Tugas kmr
 
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan FabelKumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
Kumpulan Dongeng, Saga, Mitos, Legenda, dan Fabel
 
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s v
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s vTugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s v
Tugas3 spi-hki-kls c-2021-adela s v
 
Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1Cerita rakyat nusantara 1
Cerita rakyat nusantara 1
 
Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2Cerita rakyat nusantara 2
Cerita rakyat nusantara 2
 
Legenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuhLegenda ular berkepala tujuh
Legenda ular berkepala tujuh
 
Hikayat Si Miskin
Hikayat Si MiskinHikayat Si Miskin
Hikayat Si Miskin
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 
Hikayat langlang buana
Hikayat langlang buanaHikayat langlang buana
Hikayat langlang buana
 

More from Operator Warnet Vast Raha

Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiOperator Warnet Vast Raha
 

More from Operator Warnet Vast Raha (20)

Stiker kk bondan
Stiker kk bondanStiker kk bondan
Stiker kk bondan
 
Proposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bolaProposal bantuan sepak bola
Proposal bantuan sepak bola
 
Surat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehatSurat pernyataan nusantara sehat
Surat pernyataan nusantara sehat
 
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajarSurat pernyataan nusantara sehat fajar
Surat pernyataan nusantara sehat fajar
 
Halaman sampul target
Halaman sampul targetHalaman sampul target
Halaman sampul target
 
Makalah seni kriya korea
Makalah seni kriya koreaMakalah seni kriya korea
Makalah seni kriya korea
 
Makalah makromolekul
Makalah makromolekulMakalah makromolekul
Makalah makromolekul
 
126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul126895843 makalah-makromolekul
126895843 makalah-makromolekul
 
Kafer akbid paramata
Kafer akbid paramataKafer akbid paramata
Kafer akbid paramata
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Mata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budayaMata pelajaran seni budaya
Mata pelajaran seni budaya
 
Lingkungan hidup
Lingkungan hidupLingkungan hidup
Lingkungan hidup
 
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga penggantiPermohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
Permohonan untuk diterima menjadi tenaga pengganti
 
Odher scout community
Odher scout communityOdher scout community
Odher scout community
 
Surat izin keramaian
Surat izin keramaianSurat izin keramaian
Surat izin keramaian
 
Makalah keganasan
Makalah keganasanMakalah keganasan
Makalah keganasan
 
Perilaku organisasi
Perilaku organisasiPerilaku organisasi
Perilaku organisasi
 
Makalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetikaMakalah penyakit genetika
Makalah penyakit genetika
 
Undangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepaUndangan kecamatan lasalepa
Undangan kecamatan lasalepa
 
Bukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajakBukti registrasi pajak
Bukti registrasi pajak
 

Hikayat bayan budiman

  • 1. HIKAYAT BAYAN BUDIMAN Khoja Mubarak seorang saudagar kaya di negeri yang bernama Ajam. Beliau mempunyai seorang anak yang bernama Khoja Maimun. Apabila cukup umurnya, Khoja Maimun telah dikahwinkan dengan Bibi Zainab. Oleh kerana hampir kehabisan harta, Khoja Maimun bercadang untuk pergi belayar dan berniaga. Sebelum belayar, Khoja Maimun telah membeli dua ekor burung sebagai peneman isterinya sepeninggalan beliau pergi belayar. Seekor burung bayan dan seekor burung tiung. Apabila sampai masa hendak pergi belayar, Khoja Maimun berpesan kepada isterinya supaya sentiasa bermuafakat dengan burung-burung itu sebelum melakukan sesuatu perkara. Sepeninggalan Khoja Maimun, Bibi Zainab yang tinggal sendiri berasa kesunyian. Semasa duduk termenung di tingkap, seorang putera raja lalu dihadapan rumahnya. Kedua-duanya saling berpandangan dan berbalas senyum. Sejak hari itu Bibi Zainab telah jatuh berahi terhadap putera raja itu. Putera Raja itu juga telah jatuh cinta pada Bibi Zainab. Dengan perantaraan seorang perempuan tua, pertemuan antara mereka berdua telah dapat di atur. Sebelum meninggalkan rumahnya, Bibi Zainab telah menyatakan hasratnya kepada burung tiung betina yang diharapnya akan lebih memahami perasaannya. Maka jawab tiung; “ya, tuan yang kecil molek, siti yang baik rupa, pekerjaan apakah yang tuan hamba hendak kerjakan ini? Tiadakah tuan takut akan Allah subhanahu wataala dan tiadakah tuan malu akan Nabi Muhammad, maka tuan hendak mengerjakan maksiat lagi dilarangkan Allah Taala dan ditegahkan Rasulullah s.a.w. Istimewanya pula sangat kejahatan, dan tiada wajib atas segala perempuan membuat pekerjaan demikian itu. Tiadakah tuan mendengar di dalam al-Quran dan kitab hadis Nabi, maka barangsiapa perempuan yang menduakan suaminya, bahawa sesungguhnya disulakan oleh malaikat di dalam neraka jahanam seribu tahun lamanya…” Teguran burung tiung betina itu membuatkan Bibi zainab marah lalu dihempaskan burung itu ke bumi. Matilah burung itu. Bibi Zainab seterusnya meminta nasihat daripada burung bayan pula sambil mencurahkan hasrat hatinya itu. Setelah mendengar semuanya, burung bayan pun berkata; “Adapun hamba ini haraplah tuan, jikalau jahat sekalipun pekerjaan tuan, insyaAllah di atas kepala hambalah menanggungnya, jika datang suami tuan pun, tiada mengapa, daripada hamba inipun hendak membuat bakti kepada tuan dan berbuat muka pada suami tuan itu. Baiklah tuan segera pergi, kalau-kalau lamalah anak raja itu menantikan tuan, kerana ia hendak bertemu dengan tuan. apatah dicari oleh segala manusia di dalam dunia ini, melainkan martabat, kebesaran dan kekayaan?Adakah yang lebih daripada martabat anakj raja? tetapi dengan ikhtiar juga sempurnalah adanya. Adapun akan hamba tuan ini adalah seperti hikayat seekor unggas bayan yang dicabut bulunya oleh seorang isteri saudagar….“ Burung Bayan tidak melarang malah dia menyuruh Bibi Zainab meneruskan rancangannya itu, tetapi dia berjaya menarik perhatian serta melalaikan Bibi Zainab dengan cerita-ceritanya. Bibi Zainab terpaksa menangguh dari satu malam ke satu malam pertemuannya dengan putera raja. begitulah seterunya sehingga Khoja Maimun pulang dari pelayarannya. Bayan yang bijak bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawanya tetapi juga dapat menyekat isteri tuannya daripada menjadi isteri yang curang. Dia juga dapat menjaga nama baik tuannya serta menyelamatkan rumah tangga tuannya. Antara cerita bayan itu ialah mengenai seekor bayan yang mempunyai tiga ekor anak yang masih kecil. Ibu bayan itu menasihatkan anak-anaknya supaya jangan berkawan dengan anak
  • 2. cerpelai yang tinggal berhampiran. Ibu bayan telah bercerita kepada anak-anaknya tentang seekor anak kera yang bersahabat dengan seorang anak saudagar. Pada suatu hari mereka berselisih faham. Anak saudagar mendapat luka di tangannya. Luka tersebut tidak sembuh melainkan diubati dengan hati kera. Maka saudagar itupun menangkap dan membunuh anak kera itu untuk mengubati anaknya. Sebuah lagi cerita bayan ialah mengenai seorang lelaki yang sangat mengasihi isterinya. Apbila isterinya meninggal dunia, dia telahj memohon dioa kepada Tuhan supaya separuh daripada umurnya dibahagikan kepada isterinya. Doa itu dikabulkan dan isterinya hidup semual. Namun, si isteri tidak jujur dan lari dengan seorang saudagar kaya. Lelaki itu menjejaki isterinya kerana menyangka isterinya dilarikan oleh saudagar kaya itu. Tetapi dia telah dihina dan diusir oleh isterinya. Kerana marah dan kecewa, lelaki itu memohon agar Tuhan mengembalikan usianya yang telah diberi kepada isterinya. Dengan kehendak Tuhan, isterinya mati semula. Dalam cerita yang lain pula, bayan bercerita mengenai pengorbanan seorang isteri. seorang puteri raja yang kejam telah membunuh 39 orang suaminya. suaminya yang keempat puluh telah berjaya menginsafkannya dengan sebuah cerita mengenai seekor rusa betina yang sanggup menggantikan pasangannya, rusa jantan, untuk disembelih. Begitu kasih rusa betina kepada pasangannya sehingga sanggip mengorbankan diri untuk disembelih. Puteri itu insaf dan tidak jadi membunuh suaminya yang keempat puluh itu, malah sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya.