Prosa tradisional anak laut cerita bayan

2,144 views

Published on

Published in: Education, Technology, Business
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
2,144
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
93
Actions
Shares
0
Downloads
20
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Prosa tradisional anak laut cerita bayan

1. 1. Prosa Tradisional Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya
2. 2. Sinopsis

Anak-anak burung bayan bersahabat baik dengan anak cerpelai. Hal ini tidak disenangi oleh ibu bapa mereka. Mereka bimbang, anak-anak mereka akan ditimpa kesusahan kelak.

Bapa bayan pun menceritakan kisah anak kera yang berkawan dengan seorang anak saudagar yang berkesudahan dibunuh oleh saudagar kerana mahu mengubati anaknya yang sakit. Dengan bercerita demikian, bayan berharap anak-anaknya tidak berkawan dengan anak cerpelai.

3. 3. Sinopsis

Namun demikian, larangan bapa bayan itu tidak diendahkan oleh anak-anaknya. Pada suatu hari, anak cerpelai telah diambil oleh seorang kanak-kanak pergi. Bapa cerpelai mengadukan hal kehilangan anaknya itu kepada serigala. Serigala menyuruh bapa cerpelai mengalihkan perhatian kanak-kanak itu ke arah sarang burung bayan.

4. 4. Sinopsis

Bapa cerpelai menuruti arahan serigala itu. Kanak-kanak yang cuba menangkap cerpelai itu telah menutup lubang sarang burung bayan. Bapa bayan yang menyedari akan hal itu mengarahkan keluarganya dengan segera berpura-pura mati. Apabila kanak-kanak itu tiba dan mendapati bayan-bayan tersebut sudah tidak bernyawa telah mencampakkan burung-burung bayan itu ke tanah. Sebaik-baik di tanah, burung-burung bayan itu telah terbang ke udara dengan segera menyelamatkan diri mereka masing-masing. Tinggallah bapa bayan di dalam sarang itu.

5. 5. Sinopsis

Tindakan burung bayan dan keluarganya itu membuat kanak-kanak itu menjadi marah. Kanak-kanak itu mahu membunuh bapa bayan itu yang masih berada di dalam sarang itu. Bayan tua itu merayu agar kanak-kanak itu tidak membunuhnya. Sebaliknya, dimintanya kanak-kanak itu menjualnya kepada raja yang menghidap penyakit sopak. Kanak-kanak itu lalu menjual burung bayan tua itu kepada raja. Apabila bayan tua itu dapat mengubati penyakit raja hingga sembuh, bapa bayan dapat bebas pulang ke pangkuan keluarganya setelah dia merayu kepada baginda raja.

6. 6. Sinopsis

Seluruh kisah itu diceritakan oleh burung bayan kepada isteri Khoja Maimun, iaitu Bibi Zainab. Bibi Zainab yang asyik mendengar cerita burung bayan itu telah membatalkan niatnya untuk bertemu kekasihnya.

7. 7. Permulaan Anak bayan tidak mahu menurut kata-kata ibu bapanya yang melarang mereka berkawan dengan anak cerpelai. Perkembangan Bayan bercerita tentang kisah anak kera yang berkawan dengan anak saudagar. Konflik Pergaduhan antara anak kera dan anak saudagar. Ibu bapa cerpelai minta bantuan serigala. Keluarga bayan mendapat masalah. Klimaks Anak kera dibunuh untuk mengubati anak saudagar. Bayan berpura-pura mati lalu dibuang. Bapa bayan tertangkap. Peleraian Bapa bayan dijual kepada raja, dibebaskan setelah berjaya mengubati sopak raja. Bibi Zainab leka mendengar cerita bayan. PLOT