Cerpen ini menceritakan tentang seorang anak muda bernama Mel yang ingin berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh ibunya. Ibunya khawatir Mel akan kehilangan jati diri dan identiti Melayunya di kota. Mel akhirnya diperbolehkan pergi setelah dia merasa cukup siap. Di kota, Mel melihat teman ibunya Munsyi yang sangat mencintai bahasa dan budaya Melayu namun rumahnya dirobohkan untuk pemb
2. SINOPSIS
Mengisahkan Hasrat Mel, seorang anak muda ingin berhijrah ke kota tetapi
dihalang oleh bondanya. Bondanya bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bonda, Mel masih belum mantap bahasa
ibunda dan jati dirinya. Tambah bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai
tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah berjaya menyemai
sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan
darah akibat permusuhan antara kaum. Jadi, bonda menasihati Mel agar memelihara
agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa, dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu dibaca oleh Mel. Menurut bonda, asas
kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu
dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
3. Setelah Mel berasa mampu berjuang di kota barulah bonda
membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda
berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga
mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi
melalui Mel. Apabila tiba di bandar, Mel menyerahkan buku-buku tersebut
kepada kawan bondanya. Pada pengamatan Mel, Munsyi merupakan seorang
yang sangat mencintai bangsa dan budayanya. Dia tinggal di tanah rizab
Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, Mel
melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri. Suatu hari, Mel
mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan
pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila Mel mencari Munsyi di
kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.
Mel sedih melihat buku-buku lama yang telah dibawanya musnah apabila rumah
Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.
4. TEMA
• Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang
tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
5. PERSOALAN
• Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati dalam jiwa anak-anak
muda.
Contohnya, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama
dan menguasai bahasa ibunda dengan baiknya sebelum berhijrah ke kota.
• Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan merperlekeh bahasa
dan budaya sendiri.
Contohnya, Mel mendapati anak-anak muda di kota gagal berbahasa dengan
baiknya dan tidak memberikan keutamaan pada pengekalan budaya bangsa.
6. Watak utama - Mel
Saya
/Mel
Taat
Suka membaca
rasional
Bertanggungjawab
/amanah
7. Watak sampingan - bonda
Bonda
Sangat
memahami
Berpengetahuan
luas
rasional
Tinggi semangat
patriotiknya
8. NILAI & Pengajaran
• Nilai ketaatan
Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginannya yang
meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota kerana dia taat akan
ibunya.
Kita mestilah taat akan ibu bapa.
• Nilai hormat-menghormati
Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai pejuang bahasa
Kita mesti menghormati orang yang telah banyak berjasa kepada negara.