Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
Minoriti mendominasi majoriti      Kumpulan minority merupakan mereka yang selalunya disisih termasuk golongankurang upaya...
Pengaruh minoriti terhadap majoriti       Satu kaum yang mampu mempengaruhi kaum yang lain dapat mendominasikankaum yang t...
Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalahkumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya...
kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, kumpulan minoriti lebihmempengaruhi kumpulan majoriti di mana-...
Subuh berjemaah dan mendengar ceramah agama. „„Ini merupakan bulan suci yangsangat penting bagi kami. Bila kami melakukan ...
Kesan Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan minoriti kepada majoritiBudaya      Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang ...
Selain daripada akulturasi, terdapat satu lagi proses penyerapan budaya iaituproses asimilasi. Dalam proses ini, cara hidu...
Proses amalgamasi pula membawa maksud percampuran budaya yang berbezadan mewujudkan budaya yang baru. Terdapat beberapa fa...
kepada proses ini berlaku. Misalnya percantuman budaya antara, budaya Portugisminoriti dan budaya Melayu majoriti dan ekor...
Dalam proses integrasi tidak semestinya unsur-unsur sesuatu       kumpulanditerima pakai oleh kumpulan yang lain. Di seset...
Kepercayaan / agama        Kumpulan minoriti turut dapat menghasilkan kesan kepada majoriti disesetengah negara. Misalnya,...
minoriti dianggap sangat penting dalam menentukan kemenangan parti pilihan raya dinegara Malaysia. Menurut pandangan Tun D...
Rumusan      Di sesetengah negara akan terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulanmajoriti dan kumpulan minoriti. A...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Minoriti mendominsi majority2

1,411 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Minoriti mendominsi majority2

  1. 1. Minoriti mendominasi majoriti Kumpulan minority merupakan mereka yang selalunya disisih termasuk golongankurang upaya kerana perbezaan kebudayaan dengan majoriti. Majoriti mendominasidari aspek pendidikan, jasmani, keistimewaan, politik, kekayaan dan juga status politik.Misalnya, di negara England terdapat orang Irish dan orang English. Disebabkanperbezaan kebudayaan antara dua pihak ini, Irish menjadi golongan minority yangdidomonasikan oleh orang English. Maka orang English pandang rendah terhadaporang Irish. Orang English mendominasi status social, ekonomi, politik dan kekayaan.Orang-orang English menganggap orang-orang Irish tidak berupaya untuk maju. Padaabad ke-19 kumpulan orang Irish mula berhijrah ke Amerika disebabkan factorekonomi, pekerjaan dan untuk mencari kekayaan. Di Amerika, golongan English yangtinggal di Amerika menganggap orang Irish sebagai golongan yang tidak berupaya.Fenomena yang sama seperti di England berlaku di Amerika kepada orang Irish diAmerika. Perhubungan sosial antara majoriti dan minoriti menjadi lebih ketara. Walaubagaimanapun, minoriti juga boleh mempengaruhi majoriti. Jadi bilanganbukan menjadi faktor mendominasi antara kaum, bangsa dan negara. Minoriti turutdapat mendominasi majoriti. Di Boston dan New York bilangan golongan berkulit hitamadalah majoriti. Namun mereka tidak dapat mendominasikan minoriti dari segi aspekekonomi, politik, kekayaan dan status sosial.
  2. 2. Pengaruh minoriti terhadap majoriti Satu kaum yang mampu mempengaruhi kaum yang lain dapat mendominasikankaum yang terpengaruh. Kuasa pengaruh akan memainkan peranan yang penting tidakkira majoriti atau minoriti. Kuasa pengaruh ini wujud disebabkan pendidikan,keterampilan, faktor sains dan teknologi, kekayaan dan sebagainya. Sebagi contoh, disesetengah tempat pengaruh media elektronik dan percetakan banyak digunakan olehkumpulan minoriti hingga kumpulan ini dilihat sebagai kumpulan gergasi, hebat danberpengaruh. Dalam sesuatu masyarakat, boleh wujud dua jenis golongan masyarakat iaitumajoriti senyap dan minoriti vocal. Frasa majoriti senyap mula digunakan pada abad ke-19 yang pada masa itu frasa ini digunakan untuk merujuk kepada mereka yangmeninggal dunia. Pada tahun 60an, frasa ini menjadi popular apabila Richard M. Nixon,Presiden Amerika yang ke-37, memuji rakyat Amerika yang tidak berdemonstrasimenentang peperangan Vietnam sebagai „the great silent majority.‟ Kini majoriti senyapdigunakan untuk merujuk kepada kumpulan majoriti dalam suatu masyarakat yangselalunya tidak melahirkan pendapat mereka secara terbuka. Mereka sentiasa sukaberdiam diri. Kumpulan minoriti merupakan kumpulan yang kecil tetapi mereka lebihmenonjolkan identiti mereka tersendiri melalui pertuturan, penampilan fizikal dan jugacara berpakaian. Salah satu faktor penyumbang kumpulan kecil ialah mereka lebihbersepakat dan lebih berbangga dengan kumpulan mereka. Misalnya, kumpulanminoriti bangsa seperti puak zionis di dalam bangsa Yahudi, kumpulan IkhwanulMuslimin dalam agama Islam kumpulan mat rempit dalam sesebuah masyarakat umum,atau kumpulan peminat-peminat sesuatu pasukan bolasepak seperti ManchesterUnited.
  3. 3. Parti-parti politik sama ada Umno, Pas, Dap dan lain-lain sebenarnya adalahkumpulan minoriti jika dijumlahkan ahli-ahlinya berbanding dengan jumlah pendudukMalaysia. Sebagai kumpulan minoriti, mereka mudah berasa terancam akan kehilanganpengaruh. Untuk menunjuk kuat, mereka menjadi vokal. Akhirnya mereka menjadiminoriti vokal yang menarik perhatian majoriti senyap sehingga mereka dapatmempengaruhi kumpulan majoriti untuk mendengar lalu menghormati aspirasi mereka. Hal sedemikian menjadikan kumpulan majoriti senyap berasa kecil dan akhirnyaakan akur kehendak kumpulan minoriti ini. Kalau apa yang diperjuangkan oleh minoritivokal itu baik, ia amat menguntungkan keseluruhan masyarakat. Jika sebaliknya,seluruh masyarakat akan runtuh kerana dimanipulasi oleh sesebuah kumpulan minoriti.Kumpulan majoriti senyap memang besar tetapi lemah. Mereka lemah kerana tidaksepakat dan sependirian. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang samadengan minoriti senyap, mereka lebih suka berdiam diri. Hal ini mereka mudahdipermainkan oleh kumpulan minoriti vokal. Tambahan pula, sikap suka tunggu dan lihat kumpulan majoriti senyap inimenjadikan mereka pasif dalam menghadapi apa jua ancaman meskipun mengetahuiakan kesannya terhadap masa depan mereka sendiri. Jika berdepan dengan senario dimana berlaku pertembungan antara mana-mana kumpulan minoriti vokal, kumpulanmajoriti senyap lebih cenderung untuk menyokong mana-mana kumpulan minoriti yanglebih kuat. Ini adalah kerana mereka mahukan suasana yang stabil, kukuh dan selamat.Menyokong minoriti yang lebih kuat itu bererti mereka boleh berehat daripadamemikirkan apa yang diperjuangkan. Sama ada perjuangan sesuatu kumpulan minoritiitu betul ataupun salah. Mereka lebih cenderung memihak kepada kumpulan minoritiyang kuat supaya kumpulan itu menang dan mereka boleh bual hal-hal sendiri kembaliserta menikmati kehidupan di dunia ini. Mereka tidak sukakan risiko. Namun, sikapmajoriti senyap inilah selalunya mengakibatkan mereka menjadi mangsa. Sebaliknyakumpulan minoriti vokal yang kerap mendakwa kumpulan mereka tertekan sebenarnya
  4. 4. kumpulan yang lebih menguasai majoriti senyap. Justeru itu, kumpulan minoriti lebihmempengaruhi kumpulan majoriti di mana-mana tempat dan sektor aktiviti kehidupan didunia ini.Minoriti inspirasi majoriti Kumpulan minoriti di sesetengah tempat menjadi inspirasi kepada kumpulanmajoriti. Di Thailand, masyarakat Islam di bahagian selatan negara tersebut yangmerupakan kumpulan minoriti negara tersebut, mampu menjalankan ibadah puasatanpa sebarang masalah. Tiga hari sebelum Ramadan menjelma berlaku serangan bomdi wilayah itu, namun serangan itu tidak menggugat penduduk. Sebaliknya seranganbom berkenaan dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam jenayah dan tiada kaitandengan puak pemisah yang tidak dapat dipastikan sama ada wujud atau tidak. Bagipenduduk Islam, Ramadan tetap disambut dengan meriah tidak kira di mana punmereka berada sama ada Pattani, Narathiwat dan Yala. Di Perancis, perwatakan yang ditunjukkan oleh pemuda Islam di negara ituberubah sama sekali dalam bulan amadan. Menurut satu laporan, biarpun pada haribiasa, mereka minum arak, merokok dan menghisap ganja, tetapi apabila tiba bulanRamadan semua perbuatan tersebut ditinggalkan. Seorang aktivis Islam, Rachid AbuZareaah berkata, ramai pemuda Islam Perancis meninggalkan perbuatan maksiat danmenyatakan perang terhadap perbuatan dosa dalam bulan ramadan. Rachid berkata,sepanjang bulan ramadan, pemuda Muslim mengubah perangai buruk mereka danfenomena ini menjadi inspirasi bagi golongan majoriti di Negara Perancis. Di Republik Rakyat China, kaum Muslimin di negara itu berpuasa dengan penuhketabahan dan kegembiraan. Selain berbuka puasa di masjid-masjid, mereka juga solat
  5. 5. Subuh berjemaah dan mendengar ceramah agama. „„Ini merupakan bulan suci yangsangat penting bagi kami. Bila kami melakukan suatu kebaikan, ia sama dengan 1,000kebaikan yang dikerjakan di bulan-bulan lainnya,” kata Ma Guoxing (48 tahun), seorangMuslim daripada kelompok etnis Hui,di wilayah Ningxia Hui. Pada masa ini, Chinamempunyai sekitar 20 juta penduduk Islam, separuh daripadanya adalah kelompoketnis Hui. Lebih 2.2 juta Muslim dari kelompok etnis Hui tinggal di Ningxia.Perkembangan orang menganut agama islam adalah disebakan factor inspirasigolongan minoriti kepada majoriti. Sementara itu, lebih 12,000 penduduk Islam diBeijing, yang umum tinggal di Niujie Street menjalankan ibadah puasa tanpa masalahdan pertembungan dengan kaum cina majoriti bukan agama islam. Begitu juga denganpenduduk Islam di wilayah Gansu, Qinghai dan Xinjiang Uygur. Abdul„ahad Kurban, 43, yang tinggal di Xinjiang, berkata, dia dan keluarganyaselama Ramadan menyiapkan masakan khas untuk berbuka puasa dan sahur.Makanan itu sebahagiannya akan dibahagikan kepada keluarga Muslim lainnya.„„Seperti warga Muslim lainnya di sini, keluarga kami juga membahagikan makanandengan sahabat-sahabat,” kata Abdul„ahad. Bagi Mila, seorang wanita Islam darikelompok etnis Uzbekistan di Urumqi, berkata “bulan ramadan akan mempunyai maknatersendiri, Ini kerana bandar kami sedang memulihkan keadaan berikutan rusuhan yangberlaku pada masa yang lalu yang menyebabkan 197 terbunuh dan lebih 1,600 oranglagi cedera. Mila berkata, sempena ramadan, mereka berdoa agar semua pihakbersedia melakukan kebaikan sesama manusia dan hidup penuh muhibbah. „„Saya jugaberharap semua etnik di negara ini dapat bersatu untuk saling menghargai antara satudengan lainnya tanpa prasangka sepanjang masa,‟‟ katanya. Maka kehidupan yangbersatu umat islam yang minoriti ini menjadi inspirasi kepada golongan majoriti yangbukan islam.
  6. 6. Kesan Pengaruh kebudayaan dan kepercayaan minoriti kepada majoritiBudaya Kebudayaan merupakan suatu keseluruhan yang kompleks mengandungipengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, moral, adat resamdan kebolehan serta kebiasaan lain-lain yang diperolehi oleh manusia sebagai ahlisesebuah masyarakat. Apa jua yang kita fikir dan buat dalam kehidupan merangkumisemua bidang kehidupan baik pengetahuan, kepercayaan, teknologi, sains, kesenian,undang-undang, etika, adat-istiadat dan apa jua cara hidup kita yang merupakan hasildaripada apa yang diwarisi daripada masyarakat. Proses penyatuan kelompok-kelompok yang berbeza latar belakang, menjadisatu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama danperlaksanaan proses ini adalah bagi mewujudkan identiti nasional di kalangankumpulan majoriti dan kumpulan minoriti. Akibat daripada usaha penyatuan ini,perubahan dalam budaya kumpulan majoriti berlaku. Perubahan ini berbeza di tempatyang berlainan. Kelainan dalam perubahan ini dikatakan sebagai proses integrasi. Sesuatu unsur kebudayaan dalam satu kumpulan yang diterima pakai ataudipinjam oleh kumpulan lain dinamakan sebagai akulturasi. Akhirnya unsur kebudayaanini akan diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri tanpa menyebabkankehilangan identiti asal kumpulan penerima tersebut. Sebagai contoh, pemberian „AngPow‟ pada hari perayaan telah dipraktiskan oleh kumpulan kaum cina iaitu suatukumpulan minoriti di negara Malaysia. Akan tetapi budaya tersebut kini diterima pakaioleh kumpulan majoriti dan kumpulan minoriti yang lain di Malaysia. Proses ini dapatdilihat secara ringkas di gambar bawah.
  7. 7. Selain daripada akulturasi, terdapat satu lagi proses penyerapan budaya iaituproses asimilasi. Dalam proses ini, cara hidup dan kebudayaan sesuatu kumpulan,lazimnya kumpulan minoriti akan diserap oleh kebudayaan kumpulan majoriti tanpamembawa perubahan kebudayaan yang menyerap itu. Akibat daripada proses ini,kumpulan minoriti mungkin akan kehilangan budaya, bahasa dan agama tersendiriserta akan mengamalkan budaya kumpulan majoriti. Misalnya, budaya daripadakumpulan Bugis, Boyan , Minangkabau dan Jawa telah diserap masuk dalamkebudayaan kumpulan Melayu. Akhirnya unsur-unsur yang telah diguna pakai tersebutmenjadi kelaziman atau diserap masuk dalam kebudayaan kumpulan Melayu. Prosesini diringkaskan di gambar di bawah.
  8. 8. Proses amalgamasi pula membawa maksud percampuran budaya yang berbezadan mewujudkan budaya yang baru. Terdapat beberapa faktor yang menyumbangkan
  9. 9. kepada proses ini berlaku. Misalnya percantuman budaya antara, budaya Portugisminoriti dan budaya Melayu majoriti dan ekoran daripada perkhawinan campur antarakumpulan Cina minoriti dan kumpulan Melayu majoriti mewujudkan satu kumpulan yangmengamalkan budaya yang baru. Kumpulan ini dinamakan sebaga Baba Nyonya. Silalihat gambar di bawah untuk pemahaman. Proses integrasi ini juga mewujudkan kesan negatif kepada sesetengahkumpulan yang dinamakan sebagai segregasi. Proses ini membawa pemisahan ataupengasingan antara entik. Terdapat juga undang-undang dihasilkan untukmelaksanakan proses ini yang dipanggil De Jure. Dasar yang dihasilkan ialah DasarApartheid 1948-1994. Jika pelaksanaan tidak didasari undang-undang dipanggil DeFacto. Dalam proses ini berlakunya pengasingan dalam tempat tinggal, pengangkutan,dan kemudahan awam. Dalam gambarajah di bawah, kemudahan tandas awamdikhaskan untuk kumpulan minoriti orang putih sahaja.
  10. 10. Dalam proses integrasi tidak semestinya unsur-unsur sesuatu kumpulanditerima pakai oleh kumpulan yang lain. Di sesetengah tempat terdapat juga kumpulanmajoriti dan kumpulan minoriti mengamalkan budaya masing-masing danmempertahankan budaya mereka tanpa campuran budaya kumpulan yang lain. Prosesini dinamakan sebagai akomodasi. Setiap etnik mempunyai hak terhadap warisan danmereka bebas mengamalkan budaya mereka. Pada masa yang sama, setiap kumpulanmenyedari dan menghormati budaya etnik lain. Dalam situasi sebegini, perbezaankebudayaan adalah lazim dan tidak dapat dielakkan. Persamaan di bawahmenunjukkan situasi akomodasi dengan jelas.
  11. 11. Kepercayaan / agama Kumpulan minoriti turut dapat menghasilkan kesan kepada majoriti disesetengah negara. Misalnya, kebebasan umat Islam beribadah di negara Thailand dantabiat mereka mengunjungi Masjid Indonesia di Bangkok yang menjadi tumpuan setiapkali Ramadan dapat menarik perhatian kumpulan lain. Walaupun jumlah pendudukIslam adalah tidak lebih 10 peratus daripada keseluruhan penduduk Thailand yangberjumlah 60 juta, namun Islam menjadi agama kedua terbesar selepas Buddha.Sempena Ramadan, masjid-masjid di Bangkok mengadakan majlis berbuka puasa dansolat tarawih. Mengenai Masjid Indonesia pula, ia adalah masjid pertama yang berdiri atassumbangan warga Indonesia yang menjadi penduduk Thailand. Masjid ini menjadikebanggaan bagi masyarakat Indonesia kerana menyimpan dua buah kenang-kenangan berupa jam klasik peninggalan Presiden Sukarno dan Presiden Suharto.Pada bulan puasa ini, masjid tersebut tiap hari menyelenggarakan buka puasa bersamabagi warga Muslim di Thailand. Turut menjadi tumpuan sepanjang Ramadan ialahPusat Islam Ramkhaeng yang terletak di Khlong Tan, Bangkok. Pusat Islam terbesar diBangkok itu menganjurkan majlis berbuka puasa, solat tarawih dan iktikaf pada sepuluhhari terakhir Ramadan.Pandangan majoriti terhadap minoriti Kumpulan majoriti mempunyai mempunyai pandangan yang berbeza-beza padakumpulan minoriti negara mereka. Di Sungai Petani, Malaysia, Bekas Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan kaum minoriti dalam setiap pilihan raya dinegara ini adalah penting. Beliau berkata kaum berkenaan kebiasaannya menentukankemenangan walaupun dalam jumlah undi yang kecil. Di sini, peranan kumpulan
  12. 12. minoriti dianggap sangat penting dalam menentukan kemenangan parti pilihan raya dinegara Malaysia. Menurut pandangan Tun Dr Mahathir, dalam pilihan raya yangberlangsung lazimnya undi daripada kumpulan majoriti adalah hampir sama bagi partikerajaan dan parti lawan. Maka yang menentukan kemenangan sesuatu parti adalahterletak di tangan kumpulan minoriti. Dalam sesebuah negara yang mempunyai kumpulan majoriti dan minoriti, bolehtimbul perasaan tidak puas hati oleh suatu kumpulan disebabkan kumpulan yang lainmenerima keistimewaan. Maka, pandangan individu terhadap kumpulan minoriti akanberubah. Mengikut Tun Dr Mahathir, kalau dengar sungutan kaum tak dapat sesuatu, inikerana pertimbangan dibuat untuk kaum-kaum lain juga, jadi ada kaum lain terpaksabuat pengorbanan.Minoriti Sebagai moderator Kumpulan minoriti turut berfungsi sebagai moderator. Sebagai contoh yangberlaku di Timur Tengah yang mencetuskan kemelut politik, revolusi dalam konteks TheArab Awakening dewasa ini. Di Syria, yang berkuasa ialah golongan Syiah yang minoriti13 peratus bilangan mereka. Manakala majoriti yang mengadakan demonstrasi demidemonstrasi ialah golongan Sunni 74 peratus bilangan mereka. Di Bahrain pula, yangberkuasa ialah golongan Sunni yang minoriti. Manakala yang mengadakan demonstrasidemi demonstrasi ialah golongan Syiah yang majoriti 70 peratus. Kian meningkatkemelut politiknya ketika ini ialah Syria hingga pihak tentera menggunakan kereta-kereta kebal terhadap mereka yang menunjuk perasaan. Pihak tentera telah menguasaisebuah masjid di Bandar Deraa.
  13. 13. Rumusan Di sesetengah negara akan terdapat masyarakat yang terdiri daripada kumpulanmajoriti dan kumpulan minoriti. Adakalanya majoriti akan mendominasikan minoriti danadakalanya minoriti akan mendominasikan majoriti. Tidak boleh dinafikan bahawagolongan minoriti akan ditindas dan dianiaya oleh golongan majoriti.

×