SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
1
1. FESTIVAL FILEM
1.0 Tema festival filem
Tema festival filem yang dipilih adalah racism iaitu perkauman. Filem yang
bertemakan perkauman dipilih kerana konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap
peradaban manusia. Setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah
dijadikan punca perbalahan antara kaum, sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud
sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini,
konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia.
Oleh yang demikian, tema festival filem ini iaitu racism menyingkap isu-isu
perkauman dalam konteks yang luas iaitu perkahwinan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk
memilih tema ini disebabkan isu-isu perkauman masih menjadi isu yang paling serius dalam
konteks dunia hari ini. Kami berharap agar melalui festival filem ini, ianya akan dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penyatuan kaum dalam
kalangan masyarakat dunia.
Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara
manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang
berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Bahkan,
Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan
baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat
bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi.
Dari segi definisi, Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki
dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan
dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia
pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan
berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan
lain-lain.
Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinisikan
sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit,
rupa bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian
2
sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih
unggul daripada kaum lain.
Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka
dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun,
pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya, menurut
Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut
ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik
atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan
sebagainya.
Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada
golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik
yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai
contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah
sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya,
ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan,
konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza
dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik
kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di
Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali
sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan
tertentu. Oleh yang demikian, konsep racism dalam masyarakat hari ini masih menjadi duri
dalam daging. Keharmonian sejagat tidak akan tercapai sekiranya masih ada segelintir kaum
yang memandang remeh terhadap isu perkauman ini. Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip
yang masih wujud haruslah dihapuskan demi mewujudkan penyatuan kaum dalam konteks
dunia.
3
1.1 Cadangan dalam festival filem
Filem-filem yang bertemakan perkauman banyak memberi pendedahan mengenai
wujudnya jurang antara sesebuah negara ataupun masyarakat. Terdapat pelbagai filem dibuat
yang menjadi cadangan di dalam filem festival ini seperti The Great White Hope (1970), To
Fill A Mockingbird (1962), American History X (1998), Remember The Titans (2000), Do
The Right Things (1989), Boy In The Hood (1991), Song of the Southc (1946), dan Guess
Who‟s Coming to Dinner (1967).
Filem-filem yang dipilih banyak yang mengetengahkan mengenai diskriminasi kulit
dan ras. Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem
perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun perhambaan
telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah dihapuskan.
Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah pembentukan
“American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai kesamaan, demokrasi,
kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan
prasangka ras dalam sebarang bentuk.
Meskipun begitu, filem-filem yang telah dipilih ini menyingkap isu-isu perkauman
dari pelbagai perspektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada filem-
filem ini membawa fenomena rusuhan kaum dan perpecahan antara kaum. Isu-isu ini
kelihatan serius dan sering kali terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain itu,
terdapat juga isu yang mendedahkan isu perkauman dalam konteks sejarah sesuatu kaum
yang membenci kaum lain. Selain itu, terdapat juga filem-filem yang berkonsepkan
propaganda disusuli dengan aspek politik yang melampau. Isu-isu ini sudah terlalu biasa
untuk diperkatakan dan dibincangkan secara umum. Kebanyakan filem-filem yang telah
kumpulan kami bincangkan lebih banyak membawa impak negatif berbanding impak positif.
Oleh yang demikian, kumpulan kami telah berbincang untuk memilih satu filem yang
mengetengahkan isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur. Manakala skop isu
perkauman ini pula mendedahkan mengenai perkahwinan campur antara kaum kulit putih
dengan kaum kulit hitam di Barat, khususnya. Dan, filem yang akan kami tayangkan ini akan
membawa impak positif dari segi tema dan persoalan yang disampaikan dalam filem ini. Hal
4
ini demikian kerana konsep perkahwinan campur yang banyak terjadi telah membawa kepada
kesan positif dan juga kesan negatif dalam usaha menyatupadukan kaum di dunia ini.
Hal ini dapat dilihat melalui perkahwinan campur antara kaum kulit putih dengan
kaum kulit hitam di Barat, sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan
kaum kulit hitam pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah
Amerika Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan
kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai
kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh.
Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King
oleh dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam
(Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah dilancarkan secara
besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi
lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu.
Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik.
Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih
berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme
(individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai
kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih diletakkan
pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit putih dalam soal
pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan.
Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum kulit
hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali
sebagai “ghettoes”.
Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate
crime” iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta
bendanya (Macionis, 1998: 141). Hal ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr.
di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam telah diikat pada
trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum
kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).
5
Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam
terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir
masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan
mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik.
Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan
ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan
mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada
kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap
kaum kulit hitam.
1.2 Cadangan Akhir dan pemilihan filem yang ditayangkan dalam festival
filem
Filem yang dipilih selepas beberapa cadangan filem yang telah diketengahkan ialah
Guess Who‟s Coming to Dinner. Filem ini dipilih kerana, lebih mengetengahkan unsur
permasalahan perkauman dalam filem terbabit dan dapat memberi sesuatu yang positif
kepada penonton apabila menonton filem ini.
Di dalam filem ini, ianya mengetengahkan unsur rasicm atau rasisme merupakan
suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia masa kini. Beberapa percubaan telah dibuat
untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme
dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kekecewaan atau authoritarian
personality dan penguasaan individu dominan ke atas yang lemah (Macionis, 1998:48). Bagi
ahli sosiologi yang berhaluan Marxism pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari
ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan
penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan
imperialisme (Macionis, 1998:220).
Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud.
Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal
supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok
6
tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan
yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91).
Oleh yang demikian, filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” yang bergenre
drama/romantis ini menyingkap isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur antara
kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Amerika pada sekitar 60-an. Filem ini akhirnya
dipilih untuk mengetengahkan isu yang paling popular dan menarik untuk dibincangkan iaitu
mengenai perkahwinan. Filem ini membawa mesej perkauman secara halus dan penuh
simbolik dalam setiap babak yang ditunjukkan. Oleh yang demikian, festival filem kali ini
diharap dapat memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat mengenai penyatuan
kaum dalam konteks yang lebih luas.
7
1.3 Reka bentuk logo, poster, tiket wayang dan penanda buku
8
a) Poster
Dalam festival filem ini, kumpulan kami telah menggunakan konsep „colourful‟ atau
warna-warni dalam menyampaikan tema „Racism‟ itu sendiri. Hal ini demikian kerana
kami mendapati bahawa tema „racism‟ ini sangat berkait rapat dengan perbezaan
budaya dan etnik dalam sesebuah kaum. Perbezaan yang dinilai dari pelbagai
perspektif itu menjadi sumber inspirasi pada kami untuk memberi penjelasan
mengenai perbezaan sesebuah kaum. Oleh yang demikian, kami telah menggunakan
konsep warna bagi menyatakan tema dan isu-isu yang akan dibangkitkan melalui
festival filem ini. Warna kelabu dan hitam pada latar belakang poster ini
menyampaikan makna tersirat bagi menunjukkan sikap segelintir kaum yang prejudis
terhadap kaum lain dan tidak mahu menerima budaya sesuatu kaum itu.
b) Logo
Logo yang direka sempena festival filem ini adalah diilhamkan daripada „puzzle‟ yang
merupakan alat permainan moden yang bertujuan menyelesaikan masalah yang
diberikan. Selain itu, puzzle yang berwarna-warni melambangkan penyatuan antara
kaum tanpa mengira warna kulit, budaya, adat dan kaum. Tanpa penyatuan kaum ini,
keharmonian antara kaum tidak akan tercapai. Sama seperti puzzle yang tidak
lengkap, ianya akan mencacatkan puzzle tersebut kerana salah satu daripadanya telah
hilang.
9
c) Tiket wayang
Untuk tiket wayang, kumpulan kami telah memilih untuk mengambil contoh daripada
tiket wayang yang sebenar bagi menarik perhatian penonton. Hal ini demikian kerana
kami ingin menonjolkan tiket wayang yang di inovasi daripada tiket wayang yang
biasa dikeluarkan.
d) Penanda buku
Bahan kreatif tambahan yang dipilih adalah penanda buku. Dari segi reka bentuk dan
warna, kami telah membuat beberapa jenis penanda buku yang mempunyai pelbagai
jenis warna seperti merah jambu, kelabu, hijau dan biru untuk menggambarkan variasi
identiti, warna dan mood. Selain itu, kata-kata hikmat dan nasihat yang terdapat dalam
penanda buku ini juga sedikit sebanyak menggambarkan filem yang telah kami pilih
10
untuk ditayangkan dalam festival filem ini. Walau bagaimanapun, penanda buku ini
sebenarnya bertujuan untuk memberi penghargaan dan kerjasama yang diberikan oleh
audiens sepanjang festival filem ini diadakan.
1.4 Slot ruangan soal jawab
Di dalam slot ini, audiens akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A
dan kumpulan B. Slot soal jawab ini akan membantu audiens mengaplikasikan dan memberi
pandangan peribadi terhadap filem yang telah ditonton. Dalam laporan penulisan ini, kami
juga menyediakan set soalan dan disertakan dengan jawapan sebagai rujukan umum. Dalam
slot ini, terdapat 10 soalan yang akan dikemukakan merangkumi:
Soalan 1
Pada pendapat anda, adakah berlaku banyak perubahan dari segi tanggapan masyarakat
terhadap perkahwinan campur sejak tahun 1967? Adakah perkahwinan antara orang kulit
putih dan orang kulit hitam masih menjadi halangan bagi masyarakat di Amerika Syarikat?
Dan bagaimana dengan di negara kita, Malaysia?
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
Soalan 2
Siapakah nama pengarah bagi filem “Guess Who‟s Coming to Dinner”?
A. Stanley Kremer
B. Stanley Kramer
C. Stanley Creamer
D. Stanley Cremer
Jawapan:
B. Stanley Kramer
11
Soalan 3
Menurut pemahaman anda, adakah terdapat unsur-unsur simbolik yang menyatakan tentang
isu perkauman? Nyatakan unsur simbolik tersebut.
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
Soalan 4
Apakah reaksi ibu bapa Joanna apabila mengetahui anaknya ingin berkahwin dengan John?
A. Terkejut
B. Serba Salah
C. Gelisah
D. Sedih
E. Semua di atas
Jawapan:
D. Semua di atas
Soalan 5
Pada pendapat anda, mengapakah keluarga Joanna mengambil Tillie (orang berkulit hitam)
sebagai orang gaji dalam keluarga mereka?
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
Soalan 6
Matt Drayton (ayah Joanna) bukanlah seorang yang bersifat perkauman, tetapi beliau amat
prihatin tentang kesukaran yang bakal dihadapi oleh John dan Joanna. Adakah ini satu
kebimbangan yang sah? Adakah ayah Joanna wajar untuk menentang perkahwinan itu atas
alasan itu sahaja?
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
12
Soalan 7
Tahun berapakah filem ini ditayangkan?
A. 1967
B. 1968
C. 1969
D. 1989
Jawapan:
A. 1967
Soalan 8
Apakah tujuan Joanna membawa John pulang ke San Francisco?
A. Untuk makan malam bersama keluarganya
B. Untuk melancong bersama
C. Untuk merasmikan galeri seni ibunya
D. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin
E. Semua di atas
Jawapan:
E. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin
Soalan 9
Apakah perbezaan watak dan perwatakan antara Joanna dan Ayahnya?
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
Soalan 10
Jika anda menjadi Joanna, adakah anda akan berkahwin dengan John walaupun terdapatnya
perbezaan dari segi warna kulit, budaya, adat dan etnik?
A. Ya
B. Tidak
Jawapan
Berdasarkan pandangan penonton.
13
2. LATAR BELAKANG FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER”
2.0 Sinopsis filem
Filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengisahkan tentang Joanna Drayton iaitu
wanita muda warga Amerika (berkulit putih) membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu
lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk
makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna. Filem yang berlatarkan satu hari yang
sibuk di rumah Drayton, di mana berlakunya sesi perbualan di antara Dr. John Prentice
dengan ibu bapa Joanna Drayton dan pada hari itu juga, di rumah Joanna Drayton satu majlis
makan malam yang akan di hadiri oleh ibu bapa Dr. John Prentice yang terbang dari Los
Angeles, ibu bapa Joanna Drayton dan seorang paderi yang merupakan kawan lama keluarga
Drayton. Oleh yang demikian, tajuk filem ini ialah Guess Who‟s Coming to Dinner.
2.1 Naratif filem
Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan filem yang berlatarkan satu
hari yang sibuk di rumah Drayton. Filem ini menceritakan kisah Joanna Drayton iaitu wanita
muda warga Amerika (berkulit putih) yang membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu
lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk
makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna Drayton serta bertemu dengan ibu
bapanya iaitu Christine Drayton dan Matt Drayton yang bekerja sebagai pemilik seni galeri
kecil dan penerbit akhbar di San Francisco. Tujuan Joanna Drayton membawa tunangnya
bertemu dengan ibu bapanya adalah bagi memberitahu rancangan mereka untuk berkahwin
dan tinggal di Switzerland. Joanna Drayton dan Dr. John Prentice bertemu semasa bercuti di
Hawai.
Joanna Drayton terlalu yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai masalah dengan
perkahwinan mereka, kerana ibu bapa Joanna Drayton telah mengajarnya untuk mempercayai
bahawa kulit hitam dan putih adalah sama dan bahawa mana-mana jenis intoleransi antara
kaum yang ada tidak boleh diterima. Walau bagaimanapun, semasa Joanna Drayton
memperkenalkan tunangnya, Dr. John Prentice, kepada ibu bapanya iaitu Christine Drayton
dan Matt Drayton, mereka amat terkejut dan tidak tahu apa yang harus di katakana kerana
perkara ini berlaku dengan pantasnya dan bapa Joanna Drayton tidak menyukai lelaki pilihan
14
anaknya kerana Dr. John Prentice adalah lelaki muda yang berkulit hitam. Walaupun Dr.
John Prentice merupakan seorang yang dihormati di peringkat antarabangsa dalam bidang
perubatan, dan dia seorang yang baik dan bersopan santun, kacak, berpendidikan dan
keluarganya amat dihormati di California, tetapi itu tidak dapat diterima oleh bapa Joanna
Drayton. Hal ini kerana Matt Drayton risau akan masa depan anak dan cucunya sekiranya
Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur antara orang
berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu tidak diterima
oleh masyarakat. Manakala ibu Joanna Drayton, sentiasa menyokong anaknya walaupun dia
sendiri tidak menyukai pilihan anaknya itu.
Tanpa pengetahuan Joanna Drayton, Dr. John Prentice telah pergi berjumpa dengan
ayah Joanna Drayton iaitu Matt Drayton di bilik bacaannya bagi membincangkan
perkahwinan mereka dan Dr. John Prentice telah meletakkan syarat ke atas perkahwinan
mereka dimana perkahwinan mereka bergantung kepada persetujuan Matt Drayton. Hal ini
telah menyebabkan Matt Drayton menjadi serba salah kerana dia mengenali anak
perempuannya, sekiranya Joanna Drayton inginkan sesuatu dia akan lakukan walaupun
dihalang oleh ibu bapanya dan Matt Drayton tidak mahu menyakiti hati anaknya itu.
Semasa mereka semua berada di dalam rumah ketika itu, Cecil Kellaway yang
melakonkan watak Monsignor Ryan yang merupakan seorang paderi dan kawan lama
keluarga Drayton telah datang melawat mereka sekeluarga dan Monsignor Ryan menerima
pilihan Joanna Drayton dengan hati terbuka serta merestui perhubungan mereka. Selain
daripada itu, Monsignor Ryanjuga telah menasihati ibu bapa Joanna Drayton untuk menerima
pilihan anak perempuan mereka. Watak Hilary St. George yang di lakonkan oleh Virginia
Christine merupakan pengurus galeri seni Christine Drayton datang untuk berjumpa
dengannya dan dia juga amat terkejut apabila Joanna Drayton memperkenalkan Dr. John
Prentice sebagai tunangnya kerana Hilary St. George tidak menyukai perkahwinan campur
antara kaum kulit hitam dan kulit putih. Selepas itu, Christine Drayton telah meminta Hilary
St. George pulang dan Christine Drayton telah memecat Hilary St. George dari pekerjaannya
itu dan meminta Hilary St. George jangan lagi muncul di hadapannya.
Pada masa itu, Dr. John Prentice telah mendapat satu panggilan dari ibu bapanya yang
berada di Los Angeles dan Joanna Drayton telah mengajak ibu bapa Dr. John Prentice iaitu
Mrs. Prentice dan Mr. Prentice untuk makan malam bersama-sama dengan mereka. Mrs.
Prentice dan Mr. Prentice bersetuju dan meminta Dr. John Prentice menjemputnya di
lapangan terbang. Joanna Drayton telah memberitahu ibunya bahawa ibu bapa Dr. John
15
Prentice akan bersama-sama mereka untuk makan malam nanti dan ibu bapa Joanna Drayton
terkejut kerana risau akan penerimaan ibu bapa Dr. John Prentice terhadap keluarganya nanti.
Ibu bapa Joanna Drayton telah keluar jalan-jalan bagi memikirkan hubungan antara
Joanna Drayton dengana tunangnya itu. Manakala di rumah Drayton, Joanna Drayton telah
meminta Tillie iaitu pembantu rumahnya untuk menyediakan air mandian kerana Dr. John
Prentice ingin mandi. Semasa Dr. John Prentice berada di dalam bilik, Tillie telah masuk dan
memberi amaran kepada Dr. John Prentice sekiranya dia mempunyai niat jahat ke atas
Joanna Drayton, Dr. John Prentice akan menyesal dan Tillie akan memastikan Dr. John
Prentice mendapat balasannya.
Semasa Christine Drayton dan Matt Drayton keluar jalan-jalan, mereka telah berhenti
di sebuah restoran kerana Matt Drayton ingin makan aiskrim, manakala Christine Drayton
hanya mahu minum kopi. Semasa mereka ingin pulang Drayton dan Matt Drayton telah
terlibat dalam satu kemalangan tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka
telah membayar kerugian akibat kemalangan dan pulang ke rumah untuk bersiap-siap kerana
ibu bapa Dr. John Prentice akan datang ke rumah mereka untuk makan malam bersama-sama.
Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah keluar untuk berjumpa dengan kawan
Joanna Drayton. Joanna Drayton memperkenalkan tunangnya dan memberitahu rancangan
mereka untuk berkahwin dan kawan Joanna Drayton amat gembira mendengar khabar
gembira itu dan merestui hubungan Joanna Drayton dan tunangnya. Selepas itu, Joanna
Drayton dan Dr. John Prentice telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput ibu bapa Dr.
John Prentice.Ibu bapa Dr. John Prentice terbang dari Los Angeles untuk majlis makan
malam di rumah Draytons tetapi mereka tidak tahu bahawa Joanna Draytons adalah wanita
muda warga Amerika yang berkulit putih sehinggalah mereka bertemu di lapangan terbang.
Ibu bapa Dr. John Prentice amat terkejut dengan gadis pilihan anaknya dan tidak tahu
apa yang harus di katakan. Bapa Dr. John Prentice tidak menyukai gadis pilihan anaknya
kerana dia juga seperti ayah Joanna Draytons yang risau akan masa depan anak dan cucunya
sekiranya Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur
antara orang berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu
tidak diterima oleh masyarakat.
Joanna Drayton, Dr. John Prentice dan ibu bapa Dr. John Prentice terus bergerak ke
rumah Joanna Drayton untuk makan malam bersama-sama. Setibanya mereka di rumah
Joanna Drayton, ibu bapa Dr. John Prentice di sambut dengan mesra oleh ibu Joanna
Drayton. Pada masa yang sama paderi yang merupakan kawan baik keluarga Drayton lebih
awal sampai ke rumah Drayton. Ibu bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah
16
meminta masa seketika untuk mereka berbincang. Bapa Joanna Drayton dan Dr. John
Prentice telah pergi ke bilik bacaan manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah
pergi ke laman rumah mereka untuk berbincang mengenai anak mereka. Bapa Joanna
Drayton dan Dr. John Prentice telah menyatakan ketidaksetujuan mereka mengenai
perhubungan anak-anak mereka manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice
mempunyai pandangan yang sama dan berharap suami mereka merestui perhubungan anak-
anak mereka.
Selepas beberapa lama mereka berbincang, akhirnya ibu bapa Joanna Drayton dan Dr.
John Prentice terpaksa juga merestui perhubungan di antara Joanna Drayton dan Dr. John
Prentice demi kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak mereka. Selepas itu, mereka semua
menuju ke ruang makan dan makan malam bersama-sama dengan gembiranya.
2.2 Isu-isu yang ditimbulkan
Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan sebuah filem yang
dihasilkan berdasarkan perkahwinan campur antara orang berkulit hitam dengan orang
berkulit putih di negara Amerika. Perkahwinan antara kaum masih diharamkan di 17 buah
negeri di Amerika sehingga musim panas 1967. Selain daripada itu, filem ini
menggambarkan reaksi di antara keluarga dan rakan-rakan berkaitan dengan perkahwinan
campur di Amerika pada tahun 1967. Filem ini juga menyentuh isu perkauman di antara
kaum kulit hitam dengan kulit hitam yang lain, di mana kita dapat lihat pada watak Tillie,
warga Amerika Afrika (berkulit hitam) iaitu pembantu rumah keluarga Joanna Drayton yang
tidak menyukai perhubungan diantara Joanna Drayton dengan tunangnya Dr. John Prentice,
lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam).
Apabila filem Guess Who‟s Coming to Dinner mula-mula di tayangkan, filem ini
telah mendapat kritikan yang hebat daripada kedua-dua spektrum budaya iaitu orang berkulit
hitam dan orang yang berkulit putih, dimana filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana
hanya meneroka subjek kahwin campur antara kaum. Selain itu, filem ini terlalu ringkas dan
seolah-olah kurang kesungguhan untuk menghasilkan filem ini. Filem Guess Who‟s Coming
To Dinner membincangkan isu-isu perkauman yang berlaku di Amerika pada pertengahan
tahun 1960 yang masih lagi tidak di terima oleh masyarakat.
Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) juga merupakan salah satu filem klasik
yang bertemakan perkauman. Pengarah bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah
17
Stanley Kramer dan penulis skrip bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah William
Rose. Manakala barisan pelakon di dalam filem ini ialah Spencer Tracy sebagai Matt
Drayton, Sidney Poitier sebagai John Prentice, Katharine Hepburn sebagai Christina Drayton,
Katharine Houghton sebagai Joanna Drayton, Beah Richards sebagai Mrs. Prentice, Roy
Glenn sebagai Mr. Prentice, Cecil Kellaway sebagai Monsignor Ryan, Isabel Sanford sebagai
Tillie, Virginia Christine sebagai Hilary St. George, Alexandra Hay sebagai Carhop, Barbara
Randolph sebagai Dorothy, D'Urville Martin sebagai Frankie, Tom Heaton sebagai Peter,
Grace Gaynor sebagai Judith dan Skip Martin sebagai Delivery Boy.
2.3 Anugerah yang dimenangi
Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) telah banyak menerima anugerah
setelah filem ini menemui penonton di pawagam. Antara anugerah yang dimenangi ialah
anugerah Oscar di dalam kategori Best Actress in a Leading Role dan Best Writing, Story and
Screenplay. Manakala bagi anugerah BAFTA Film Award, filem ini telah memenangi
kategori Best Actor dan Best Actress. Bagi anugerah David filem ini telah memenangi
kategori Best Foreign Actor, Best Foreign Actress dan Best Foreign Production. Selain itu,
filem ini juga telah memenangi anugerah Fotogramas de Plata bagi ketegori Best Foreign
Performer dan mendapat tempat ketiga di dalam anugerah Golden Laurel bagi kategori
Comedy.
Dicalonkan untuk beberapa Anugerah Akademi, filem Guess Who‟s Coming to
Dinner (1967) ini telah mencapai status klasik kerana beberapa sebab. Sebab yang pertama
dan yang paling jelas ialah penerokaan awal perkahwinan antara kaum di Amerika Syarikat
di mana ianya masih tertakluk kepada pengharaman perkahwinan antara kaum pada masa itu
dan pada masa itu juga telah berlaku rusuhan kaum yang ganas di bandar-bandar di seluruh
Amerika Syarikat. Pengarah filem ini, Stanley Kramer pada masa itu dipanggil untuk
mendedahkan isu-isu sosial yang serius di dalam filem-filem arahan beliau.
Dalam peranan terakhir Spencer Tracy sebagai Matt Drayton di dalam filem Guess
Who‟s Coming to Dinner beliau telah menyampaikan monolog kepada Katherine Hepburn
yang melakonkan watak Christine Drayton di dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner
tentang kegigihan mempertahankan sebuah cinta yang suci supaya bertahan lama di mana
akan membuka hati mereka untuk menerima percintaan mereka yang sebenar.
18
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan di dalam filem Guess Who‟s
Coming to Dinner. Antara kelemahan filem ini ialah skor muzik yang tidak sesuai yang
dihasilkan oleh Frank De Vol yang tanpa henti menggunakan lagu popular "Glory of Love."
Seterusnya adalah kelemahan aspek penyuntingan yang mengelirukan pada pertengahan
filem dimana ianya telah mengganggu penonton untuk melihat watak Matt Drayton yang
dilakonkan oleh Spencer Tracy, yang kelihatan begitu sihat di dalam kebanyakan babak. Hal
ini kerana selepas dua minggu filem Guess Who‟s Coming to Dinner selesai penggambaran,
Spencer Tracy telah meninggal dunia.
3. HUBUNGKAIT FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER” TERHADAP
SEJARAH ISU PERKAUMAN DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT
HARI INI
3.0 Semangat perkauman di Barat
Stereotaip dan perkauman di dalam filem ini cuba dirungkaikan dari sudut pandangan
yang positif apabila wujudnya filem berbentuk perkauman bagi menyedarkan semua
masyarakat. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak telah dipupuk dengan cara pergaulan yang
boleh mempengaruhi pemikiran mereka sehingga dewasa melalui pengaruh rakan, ibu bapa
dan persekitaran masyakakat. Maka, terhasillah tanggapan tersendiri terhadap perkauman dari
sudut pandangan sendiri.
Guess Who‟s Coming to Dinner adalah sebuah filem kisah klasik yang menceritakan
tentang kehidupan gadis bernama Joanna yang berpewatakan muda, menarik dan seorang
yang baik hati. Joanna telah jatuh cinta dengan seorang doktor berkulit hitam; John dan
mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Filem ini cuba menunjukkan kepada
penonton bagaimana reaksi dan tanggapan masyarakat sekeliling mereka termasuklah ibu
bapa, saudara-mara dan rakan-rakan terhadap perkahwinan campur antara orang kulit hitam
dan orang kulit putih.
Di dalam filem ini, Joanna yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai halangan
dengan perkahwinan campur yang berbeza dari segi warna kulit dan kaum. Hal ini demikian
kerana mereka sering didedahkan dengan kepercayaan supaya bertoleransi dengan
masyarakat lain yang berbeza dari segi warna kulit, budaya, adat dan kaum. Kesedaran yang
19
telah ditekankan oleh ibubapa Joanna dapat dikaitkan dengan pendidikan dari awal kanak-
kanaknya di mana keterbukaan cara pemikiran keluarganya telah menemukan jodoh Joanna
dengan orang kulit hitam.
Walau bagaimanapun, apabila ibu Joanna mendengar tentang rancangan perkahwinan
anaknya dengan John, reaksi ibunya kelihatan agak terkejut, manakala ayahnya tidak
menyokong tindakan Joanna. Apabila Joanna menyatakan tujuannya untuk berkahwin dengan
orang kulit hitam, persepsi terhadap perkahwinan campur telah mengubah pandangan ibu
bapanya. Idealisme-idealisme yang bertentangan dengan perkauman seperti orang kulit putih
yang paling konservatif memberi cabaran kepada Joanna ketika itu, di mana perkahwinan
campur adalah diharamkan. Sifat berprasangka atau prejudis yang telah menjadi akar-umbi
segala bentuk perkauman.
Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok
manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan,
jantina atau kelas. Walau bagaimanapun, filem Guess Who‟s Coming to Dinner cuba
membawa mesej yang positif kepada penonton bahawa dengan mudahnya seseorang yang
lahir dari kaum yang berbeza dapat menerima kaum lain melalui pendekatan yang amat
mudah, sekaligus mengubah tanggapan negatif terhadap perkahwinan campur.
3.1 Definisi dan isu perkauman dalam konteks sosial
Merujuk kepada filem Guess Who‟s Coming to Dinner yang telah diterbitkan pada
1967, kaum didefinisikan sebagai suatu kumpulan manusia berdasarkan konstruk sosial, sifat
fizikal, daripada kontijen yang sama dan daripada nenek moyang yang sama. Secara
ideologinya, perkauman dinilai melalui ciri-ciri fizikal yang berbeza melibatkan personaliti,
mental dan tingkah laku moral yang berkaitan dengan bangsa tertentu. Kecanggihan
teknologi sains biologi telah membuktikan bahawa manusia boleh mempengaruhi pemikiran
melalui perkauman dan kebanyakannya memberikan tanggapan yang buruk terhadap
terhadap isu perkahwinan campur. Dengan mengaitkan ciri-ciri perkauman kepada perbezaan
biologi dan menegaskan pada hubungan antara faktor dan ciri-ciri sosial, sains dan
ketamadunan ke dalam bentuk keadaan yang kekal. Sejarah telah membuktikan bahawa isu
perkauman ini telah berlaku pada zaman masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah
Arab apabila amalan sistem kabilah telah mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat
Arab jahiliah. Kesannya, muncul semangat Assabiyah atau semangat kesukuan yang
20
melampau. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain sering terjadi di dalam
masyarakat Arab Jahiliah.
3.2 Sejarah Awal Amerika Syarikat dalam konteks Perkahwinan Campur
Begitu juga dengan sejarah Amerika Syarikat, apabila suatu masa dulu beberapa
negara Barat pernah mengharamkan atau menyekat perkahwinan campur termasuklah Jerman
semasa zaman pemerintahan Nazi, Afrika Selatan sewaktu dasar apartheid dan begitu juga di
kebanyakan negeri di Amerika Syarikat. Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah
penyatuan dua bangsa berlainan yang boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu
percampuran bangsa. Pandangan masyarakat Amerika Syarikat terhadap perkahwinan
campur berbeza-beza mengikut umur dan generasi dan ianya terbahagi kepada dua iaitu
golongan egalitarianisme iaitu fahaman yang memandang semua orang sama rata walaupun
berbeza keturunan, bangsa serta agama dan golongan konservatif budaya iaitu terlalu
mementingkan dan mempertahankan budaya, adat dan nilai. Egalitarianisme lazimnya
melibatkan golongan muda, yang melihat perkahwinan campur sebagai satu fenomena yang
boleh diterima, sementara golongan konservatif menyifatkan ia sebagai satu larangan dan
tidak boleh diterima dari segi sosial.
Walau bagaimanapun, pandangan tersebut hanyalah pandangan masyarakat yang
berfikiran sempit. Biarpun 40 tahun lalu eksogami dianggap sebagai satu larangan di
Amerika Syarikat, segalanya berubah pada 12 Jun 1967 apabila mahkamah agung Amerika
Syarikat memansuhkan undang-undang yang melarang perkahwinan antara golongan kulit
putih dengan bangsa lain. Keputusan itu turut dilaksanakan di 15 buah negeri lain. Berikutan
peristiwa penting yang membenarkan penyatuan bangsa berbeza melalui perkahwinan itu,
bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat dilaporkan semakin meningkat. Sejak
tahun 1960, jumlah pasangan suami isteri yang berbeza bangsa di Amerika Syarikat
dilaporkan bertambah lebih sepuluh kali ganda, termasuk perkahwinan dengan bangsa
Amerika Latin (Shamsiah Zulkafli, 2009). Menurut laporan badan kajian Gallop Poll,
bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat meningkat daripada 150,000 pasangan
pada tahun 1970 kepada 1.1 juta pasangan pada tahun 1994. Bilangan anak hasil perkahwinan
itu juga naik mendadak daripada 460,300 orang pada 1970 kepada 1.9 juta pada 1994
(Shamsiah Zulkafli, 2009). Menggunakan formula pemfaktoran dengan mengambil kira
kombinasi semua kaum, pakar sosiologi dari Universiti Stanford, Michael
21
Rosenfeld mendapati, lebih 7 peratus daripada 59 juta rakyat Amerika yang telah berkahwin
mengamalkan eksogami pada 2005 berbanding hanya 2 peratus pada 1970. Statistik itu jelas
menunjukkan tabu tersebut sudah semakin diterima oleh masyarakat Amerika Syarikat
dengan hati terbuka.
Biarpun masih ramai rakyat Amerika Syarikat berpandangan konservatif terhadap isu
ini, realitinya mereka tetap mengakui kehebatan Obama, anak hasil perkahwinan campur
yang kini mencatat sejarah apabila diangkat sebagai presiden pertama berketurunan Afrika
Amerika. Ibunya merupakan wanita kulit putih dari Kansas, sementara bapanya pula warga
kulit hitam dari Kenya. Pelantikan Obama sebagai presiden berkulit hitam telah membuktikan
bahawa penerimaan masyarakat Amerika Syarikat terhadap kaum lain mula diterima oleh
orang ramai. Berbicara mengenai perkahwinan campur, masyarakat tidak boleh mengelak
daripada mengaitkannya dengan isu perbezaan kaum. Tidak dinafikan, perkahwinan
sedemikian sedikit sebanyak boleh mengurangkan jurang antara kaum. Begitu pun masih
ramai yang memandang skeptikal perkahwinan campur. Mungkin disebabkan itu, masih ada
segelintir rakyat Amerika Syarikat sendiri enggan atau tidak dapat menerima langsung
eksogami. Aura dan perjuangan Obama untuk menghakis perbezaan kaum, nampaknya masih
tidak mengubah pendirian golongan tersebut.
3.3 Isu Perkahwinan Campur
Biarpun undang-undang AS telah mengiktiraf perkahwinan jenis itu, sama seperti
perkahwinan lain, ia tetap ada halangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana pasangan suami
isteri daripada perkahwinan campur masih sukar diterima sebagai pasangan berkahwin yang
lain disebabkan perbezaan latar belakang, budaya dan warna kulit. Cabaran yang mendatang
dalam perkahwinan ini dilihat lebih hebat berbanding perkahwinan sesama kaum. Antara
kerumitan yang mungkin dihadapi pasangan kahwin campur adalah perbezaan budaya, sosial,
latar belakang keluarga, komunikasi dan pengurusan hidup. Pada permulaan perkahwinan,
kebanyakan pasangan berlainan kaum tidak melihat perbezaan tersebut sebagai masalah,
namun disebabkan kesulitan komunikasi seharian, ia akhirnya membawa kepada
pertelingkahan apabila pasangan masing-masing kurang memahami antara satu sama lain.
Perbezaan kaum dan budaya meletakkan tekanan dalam hubungan pasangan seumpama ini.
Dengan dua budaya berlainan, keluarga terlibat dengan eksogami perlu menyedari perbezaan-
perbezaan tertentu agar dapat memahami sesama mereka.
22
Sesetengah pasangan mengambil keputusan berkahwin dengan pasangan berlainan
kaum hanya kerana memberontak, lari daripada kenyataan hidup atau sebab-sebab negatif
lain. Kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka gembira, namun sebaliknya bagi anak-anak
hasil perkahwinan campur. Satu lagi masalah nyata yang timbul daripada perkahwinan ini
adalah, masyarakat Amerika Syarikat tidak menerima kewujudan anak-anak daripada
perkahwinan campur kerana tidak tahu bagaimana untuk melayan mereka kecuali keluarga
eksogami yang tinggal di kawasan bandar di mana perkahwinan campur menjadi satu
kebiasaan, anak-anak akan berdepan cabaran tidak seperti anak-anak daripada perkahwinan
sesama kaum. Anak-anak ini memerlukan kekuatan dan imaginasi yang lebih bagi
menyeimbangkan dan menyanjungi dua budaya berlainan. Kebanyakan rakyat Amerika
Syarikat menganggap diri mereka sebagai idealis dan tidak prejudis. Mereka tidak kisah
dengan idea perkahwinan campur, namun apabila melibatkan anak-anak hasil perkahwinan
tersebut, isu itu berubah sama sekali. Kebiasaannya, orang ramai akan mengkategorikan
anak-anak hasil eksogami kepada kelas tertentu sama ada kulit hitam atau kulit putih.
Impaknya, anak-anak akan mengalami krisis kekeliruan identiti. Sedangkan yang sepatutnya
berlaku ialah mereka perlu hidup dalam persekitaran di mana mereka boleh merasai
pengalaman budaya kedua-dua ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak kira kulit putih
atau hitam turut membantah sekiranya anak-anak mereka berkahwin campur. Bagi mereka,
individu yang berkahwin campur cuba menafikan atau menyangkal warisan keluarga dan
akan kehilangan budaya serta identiti. Ibu bapa juga melihat proses asimilasi itu sebagai
sesuatu perkara yang boleh mengundang tumpuan masyarakat terhadap keluarga mereka.
Golongan Afrika Amerika turut menentang perkahwinan seumpama itu disebabkan
kekurangan lelaki kulit hitam yang layak berkahwin. Perkara terpenting yang perlu ada dalam
perkahwinan campur adalah kefahaman di mana hubungan yang dibina merupakan satu
pertalian yang unik, iaitu sikap toleransi dan persefahaman. Sehubungan itu, perlu ada sikap
saling membantu dan pasangan harus menyokong antara satu sama lain.
Di Malaysia, peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan beberapa impak positif dan negatif
dalam jiwa setiap anak bangsa yang lahir di Tanah Melayu apabila berlaku rusuhan dan
pergolakan perpaduan kaum utama di Malaysia. Walau bagaimanapun, atas dasar
persefahaman dan kesedaran yang tinggi antara semua kaum, dipertemukan dengan akal budi,
kewarasan dan kasih sayang, beberapa masalah dapat diselesaikan dengan baik dengan
wujudnya masyarakat Malaysia yang harmoni sehingga ke hari ini. Walaupun berbeza kaum,
23
berlainan warna kulit, berbeza pegangan agama dan kepercayaan, bertutur dalam bahasa
ibunda yang berlainan akhirnya disatukan dalam integriti kaum yang majmuk. Kewujudan
rukun tetangga sedikit sebanyak berjaya menyatukan tiga kaum utama di Malaysia. Namun,
pergolakan dalaman masih wujud apabila isu-isu agama dan sejarah 13 Mei dibangkitkan.
Keutamaan darjat, keturunan dan sensitiviti agama menjadi penyebab utama kepada isu
perkauman.
Kesimpulannya, kehangatan isu perkauman tiada kesudahannya selagi cara pemikiran
masyarakat di seluruh dunia dalam membangkitkan segala isu perkauman dilakukan melalui
saluran yang betul tanpa menimbulkan kepincangan kepada mana-mana pihak. Melalui gaya
pemikiran yang positif, isu perkauman tidak akan timbul langsung apabila tiada kepincangan
yang berlaku dan bukan bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu untuk mengambil
kesempatan terhadap isu perkauman dalam mencapai keamanan sejagat.
4. APLIKASI TEORI “GUESS WHO’S COMING TO DINNER”
4.0 Teori Cultural Marxism
Secara umumnya, teori cultural marxism berperanan dalam memanipulasi sebuah
masyarakat untuk mencapai tujuan tertentu. Teori cultural marxism mengandungi elemen
kekeluargaan, jantina, bangsa, dan identiti budaya dalam masyarakat setempat. Jika teori ini
diaplikasikan dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ia dapat dijadikan sebagai alat
analisis untuk mengkaji ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini. Hal ini demikian
kerana, filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengandungi elemen kekeluargaan dan identiti
budaya yang cuba disampaikan melalui jalan cerita dan naratif filem. Ideologi yang cuba
disampaikan melalui filem ini lebih kepada aspek positif kepada masyarakat setempat. Ia
berperanan dalam menghapuskan ideologi negatif yang terdapat di barat pada masa itu, iaitu
perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ideologi
mengenai perbezaan identiti budaya dan etnik dapat dikikis secara beransur-ansur.
24
4.1 Teori Cultural Marxism dalam aspek hubungan sosial
Filem Guess Who‟s Comming to Dinner merupakan sebuah filem yang mengandungi
unsur perkauman. Skop unsur perkauman dalam filem ini diperkecilkan lagi dengan melihat
kepada aspek isu sosial masyarakat barat sekitar tahun 60-an iaitu isu perkahwinan campur.
Filem ini mengandungi dua identiti bangsa yang berbeza iaitu keluarga wanita berkulit putih
dan keluarga lelaki berkulit hitam yang berasal dari Amerika. Ideologi perbezaan bangsa
dalam filem ini disampaikan melalui perbezaan ciri fizikal, yang dilihat dari segi perbezaan
warna kulit dan etnik. Teori cultural marxism dikemukakan oleh cendiakawan barat apabila
berlaku pengkelasan terhadap hubungan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, ia
bertujuan untuk mengkaji pengkelasan masyarakat yang dikategorikan mengikut
kekeluargaan, jantina, bangsa dan identiti budaya. Hal ini demikian kerana terdapat satu
undang-undang yang cuba untuk mengharamkan perkahwinan campur di barat sekitar tahun
1960. Undang-undang berkenaan cuba untuk mengehadkan hubungan sosial masyarakat
kerana perbezaaan identiti budaya.
Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan kedalam filem Guess Who‟s
Coming to Dinner, ia menjadikan masyarakat setempat untuk berfikir secara terbuka dan
kreatif dalam menangani isu perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem ini, ia cuba
untuk menghapuskan dan membuat masyarakat setempat lupa akan undang-undang
pengharaman untuk berkahwin campur. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan
campur di barat adalah untuk menjaga identiti sesuatu bangsa. Jika dilihat dalam filem Guess
Who‟s Coming to Dinner, wanita berkulit putih mendapat tentangan keras dari ayahnya
kerana ayahnya tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki berkulit hitam.
Hal ini demikian kerana, timbul satu isu bagi menentukan identiti bangsa seseorang anak, jika
wanita itu melahirkan anak hasil dari perkahwinan campur wanita berkulit putih dan lelaki
berkulit hitam.
4.2 Teori Cultural Marxism dalam penganalisaan bentuk-bentuk budaya
Teori cultural marxism turut berperanan dalam menganalisis bentuk-bentuk budaya.
Dalam konteks ini, budaya masyarakat barat yang berkulit putih dan masyarakat barat yang
berkulit hitam tidak memiliki banyak perbezaan. Sekiranya dilihat dalam filem Guess Who‟s
25
Coming to Dinner, wanita berkulit putih dan lelaki berkilit hitam masih menggunakan bahasa
pertuturan yang sama dan mengamalkan budaya yang sama. Perbezaan antara kedua-dua
kaum tersebut dinilai berdasarkan perbezaan fizikal iaitu perbezaan warna kulit yang menjadi
identiti sesuatu bangsa. Namun, wanita berkulit putih akhirnya berkahwin dengan lelaki
berkulit hitam dan mengetepikan isu identiti bangsa kerana mereka mengamalkan budaya
yang hampir sama. Dalam konteks ini, ia memberi impak dan pengaruh yang besar kepada
penonton dan kehidupan sosial masyarakat setempat.
Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner dan aplikasi teori cultural marxism,
ianya dapat digunakan sebagai satu alat untuk mendominasi masyarakat setempat. Dalam
konteks ini, ideologi pengharaman perkahwinan campur di barat sekitar tahun 60-an dapat
dilupuskan secara beransur-ansur apabila masyarakat setempat tidak lagi melihat pada
perbezaan identiti bangsa untuk menjalin hubungan sosial. Filem ini secara fizikalnya berjaya
mendominasi masyarakat setempat untuk tidak terpengaruh dengan undang-undang
pengharaman perkahwinan campur. Dalam masa yang sama, undang-undang pengharaman
perkahwinan campur turut menggugat hak asasi kebebasan seseorang individu untuk
bersosial. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan campur menjadikan
masyarakat barat pada ketika itu terpisah antara masyarakat yang berkulit putih dan berkulit
hitam. Keadaan ini menjadikan isu perkauman di barat bertambah runcing kerana perbezaan
warna kulit.
Filem hasil arahan Stanley Kramer, merupakan sebuah filem yang cuba untuk
menghakis satu ideologi yang terdapat di barat pada tahun 1960 iaitu penentuan identiti anak
yang dilahirkan hasil perkahwinan campur. Dalam konteks ini, sekiranya pasangan itu
berkahwin campur (lelaki berkulit hitam dan wanita berkulit putih dan sebaliknya) maka anak
yang dilahirkan itu tidak dapat ditentukan identiti bangsanya, sama ada berketurunan kulit
putih atau kulit hitam. Keadaan ini membawa kepada pengharaman perkahwinan campur
pada sekitar tahun 60-an di barat. Melalui filem ini, ia dapat menyedarkan masyarakat
setempat tentang tindakan penubuhan undang-undang pengharaman perkahwinan campur
yang tidak wajar. Dalam konteks ini, identiti seseorang anak yang dilahirkan akan ditentukan
kepada negara kelahirannya dan bukan ditentukan oleh perbezaan identiti budaya dan fizikal.
Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan ke dalam filem Guess Who‟s Coming to
Dinner, ianya mampu menerangkan ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini kepada
masyarakat setempat.
26
5. RUMUSAN
5.0 Rumusan
Kesimpulannya, festival filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada segenap
lapisan masyarakat mengenai isu-isu perkauman yang begitu meluas dalam konteks dunia
hari ini. Festival filem yang bertemakan racism ini menyingkap isu mengenai perkahwinan
campur antara orang kulit putih dan orang kulit hitam yang berbeza dari segi warna kulit,
budaya, adat dan etnik. Melalui filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” ini, diharap dapat
menangkis dan mengubah tanggapan mengenai isu perkauman kepada tahap yang positif
dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya.
27
Rujukan
BUKU
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics,
Prentice-Hall: New Jersey.
Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics,
Prentice-Hall: New Jersey.
Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.
Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.
Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas Sosiologi,
DBP: Kuala Lumpur.
WEB
Don Willmott, 2001. Guess Who‟s Coming to Dinner. Daripada
http://www.filmcritic.com/reviews/1967/guess-whos-coming-to-dinner/. Dilayari pada 20
March 2012.
The Internet Movie Database (IMDb). Awards for Guess Who‟s Coming to Dinner (1967).
Daripada Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012.
The Internet Movie Database (IMDb).Guess Who‟s Coming to Dinner (1967). Daripada
Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012.
Alicia, F. C. & Florence G. D. (1999). Racial and ethnic identity and development: new
directions for adult and continuing education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.
Ismail.I. (2011).Jahiliah Moden Sautu Kupasan. AkedemiTarbiyahDewanPemuda Pas
Malaysia. Retreived March 29, 2012 from http://tarbawi .my/
John, L. (2012) Sistem pendidikan di Malaysia – punca masalah perkauman?.Retrieved April
1, 2012 fromwww.projectmalaysia.org/
Konflik Etnik dan Ras.(2012). Kertas Kerja Seminar Pembangunan &Isu-Isu Global.
Retreived April 5, 2012, from http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
28
Raymond, W. (2000). Guess Who‟s Coming to Dinner (drama/comedy) (1967).
Shamsiah, Z. ( 2009). Keluarga-Perkahwinan Campur Cetus Konflik di AS. Kuala Lumpur:
Utusan Malaysia.
Yaacob, H. (2012). Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat:Perubahan dan Konflik Nilai:
(Tumpuan dalam Bidang Kekeluargaan), Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Retreived April
5, 2012 from http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc11.htm

More Related Content

Similar to Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1razali1982
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2vincentraj74
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaAQILAHARIF
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notesanepsaaid
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasiFatin Nur Athirah
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnikCt Hussen
 
Cont. chap 5 tamadun cina chapter 6 isu masa depan
Cont. chap 5    tamadun cina   chapter 6 isu masa depanCont. chap 5    tamadun cina   chapter 6 isu masa depan
Cont. chap 5 tamadun cina chapter 6 isu masa depanEst
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaankhatijah1889
 
Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)
 Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)
Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)Lestari Moerdijat
 
Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Hui Nee Han
 

Similar to Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967) (17)

Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2Minoriti mendominsi majority2
Minoriti mendominsi majority2
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
6510075 bab-6-hegemoni-barat-dan-globalisasi
 
Titas 6
Titas 6Titas 6
Titas 6
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
Cont. chap 5 tamadun cina chapter 6 isu masa depan
Cont. chap 5    tamadun cina   chapter 6 isu masa depanCont. chap 5    tamadun cina   chapter 6 isu masa depan
Cont. chap 5 tamadun cina chapter 6 isu masa depan
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969
 
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaanHubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
Hubungan etnik di era penjajahan hingga kemerdekaan
 
Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)
 Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)
Pasal 1-5 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM)
 
Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)Presentation1 (BM)
Presentation1 (BM)
 

Kertas Kerja Seminar Filem Guess Who’s Coming to Dinner (1967)

  • 1. 1 1. FESTIVAL FILEM 1.0 Tema festival filem Tema festival filem yang dipilih adalah racism iaitu perkauman. Filem yang bertemakan perkauman dipilih kerana konflik etnik dan ras merupakan cemuhan terhadap peradaban manusia. Setiap kaum berbangga dengan keunikan fizikal masing-masing telah dijadikan punca perbalahan antara kaum, sungguhpun konflik etnik dan ras telah pun wujud sejak awal kewujudan manusia, namun ia masih berlarutan sehingga hari ini. Pada hari ini, konflik etnik dan ras tetap wujud di setiap pelusuk dunia. Oleh yang demikian, tema festival filem ini iaitu racism menyingkap isu-isu perkauman dalam konteks yang luas iaitu perkahwinan. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih tema ini disebabkan isu-isu perkauman masih menjadi isu yang paling serius dalam konteks dunia hari ini. Kami berharap agar melalui festival filem ini, ianya akan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya penyatuan kaum dalam kalangan masyarakat dunia. Ternyata, konflik yang berpunca dari ketidakadilan dan rasa tidak puas hati antara manusia disebabkan oleh perbezaan warna kulit dan budaya yang masih ketara. Konflik yang berlaku di negara-negara bekas Persekutuan Soviet, Eropah Timur, negara-negara Bahkan, Palestin, negara Afrika seperti Rwanda, juga di negara maju seperti Amerika Syarikat dan baru-baru ini di negara jiran kita Indonesia telah membuktikan kepada manusia sejagat bahawa ketegangan suku kaum telah membawa kepada keganasan dan konfrontasi. Dari segi definisi, Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain. Menurut Academic American Encyclopedia (Volume 16:37), ras boleh didefinisikan sebagai teori atau falsafah yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri seperti warna kulit, rupa bentuk, warna rambut, tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual. Pengertian
  • 2. 2 sedemikian menyebabkan sesetengah manusia mengangggap kaum mereka adalah lebih unggul daripada kaum lain. Penyalahgunaan konsep ras dalam konteks ini menyebabkan berlakunya prasangka dan diskriminasi di antara golongan tertentu di dalam dunia. Walau bagaimanapun, pengertian ini telah disangkal oleh Encyclopedia of Religion. Sebaliknya, menurut Encyclopedia of Religion (Volume 12:184), manusia tidak sepatutnya di kelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara. Tiada manusia yang lebih baik atau lebih handal dari yang lain semata-mata kerana perbezaan warna kulit, rupa bentuk dan sebagainya. Etnik (ethnic) pula tidak dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan Bosnia secara fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya, ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan, konsep “kelompok etnik” digunakan bagi merujuk kepada golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, agama dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dari segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadang-kala menjadi kabur dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia, di mana kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan tertentu. Oleh yang demikian, konsep racism dalam masyarakat hari ini masih menjadi duri dalam daging. Keharmonian sejagat tidak akan tercapai sekiranya masih ada segelintir kaum yang memandang remeh terhadap isu perkauman ini. Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip yang masih wujud haruslah dihapuskan demi mewujudkan penyatuan kaum dalam konteks dunia.
  • 3. 3 1.1 Cadangan dalam festival filem Filem-filem yang bertemakan perkauman banyak memberi pendedahan mengenai wujudnya jurang antara sesebuah negara ataupun masyarakat. Terdapat pelbagai filem dibuat yang menjadi cadangan di dalam filem festival ini seperti The Great White Hope (1970), To Fill A Mockingbird (1962), American History X (1998), Remember The Titans (2000), Do The Right Things (1989), Boy In The Hood (1991), Song of the Southc (1946), dan Guess Who‟s Coming to Dinner (1967). Filem-filem yang dipilih banyak yang mengetengahkan mengenai diskriminasi kulit dan ras. Amerika Syarikat, diskriminasi ras mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem perhambaan yang wujud di negara itu pada kurun ke-18 dan ke-19. Walaupun perhambaan telah dihapuskan, tetapi tidak bererti ketidaksamaan di antara kaum telah dihapuskan. Sehingga kini, masyarakat Amerika umumnya masih menuntut ke arah pembentukan “American Creed” (cita-cita kebangsaan Amerika untuk mencapai kesamaan, demokrasi, kebebasan, keadilan dan lain-lain) dan mengecam sebarang bentuk diskriminasi dan prasangka ras dalam sebarang bentuk. Meskipun begitu, filem-filem yang telah dipilih ini menyingkap isu-isu perkauman dari pelbagai perspektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada filem- filem ini membawa fenomena rusuhan kaum dan perpecahan antara kaum. Isu-isu ini kelihatan serius dan sering kali terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Selain itu, terdapat juga isu yang mendedahkan isu perkauman dalam konteks sejarah sesuatu kaum yang membenci kaum lain. Selain itu, terdapat juga filem-filem yang berkonsepkan propaganda disusuli dengan aspek politik yang melampau. Isu-isu ini sudah terlalu biasa untuk diperkatakan dan dibincangkan secara umum. Kebanyakan filem-filem yang telah kumpulan kami bincangkan lebih banyak membawa impak negatif berbanding impak positif. Oleh yang demikian, kumpulan kami telah berbincang untuk memilih satu filem yang mengetengahkan isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur. Manakala skop isu perkauman ini pula mendedahkan mengenai perkahwinan campur antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Barat, khususnya. Dan, filem yang akan kami tayangkan ini akan membawa impak positif dari segi tema dan persoalan yang disampaikan dalam filem ini. Hal
  • 4. 4 ini demikian kerana konsep perkahwinan campur yang banyak terjadi telah membawa kepada kesan positif dan juga kesan negatif dalam usaha menyatupadukan kaum di dunia ini. Hal ini dapat dilihat melalui perkahwinan campur antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Barat, sungguhpun kesamarataan hak di antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam pernah diperjuangkan oleh Dr. Martin Luther King pada awal sejarah Amerika Syarikat, namun rusuhan kaum di Los Angeles pada tahun 1992 telah membuktikan kepada dunia bahawa walaupun setelah lebih daripada dua abad Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan, namun hubungan antara ras masih begitu rapuh. Peristiwa hitam 1992 tercetus akibat daripada kes kekasaran ke atas Rodney King oleh dua anggota polis kaum kulit putih, ia telah menyebabkan kemarahan kaum kulit hitam (Associated Press, 3 Mac. 1998). Ekoran daripada itu, rusuhan kaum telah dilancarkan secara besar-besaran di seluruh bandaraya Los Angeles. Seluruh bandaraya Los Angeles menjadi lumpuh akibat daripada rusuhan pada ketika itu. Namun, tidak banyak yang berubah sejak itu. Sentimen kebencian masih menebal di antara ras dan etnik. Pada hakikatnya, diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata masih berterusan di Amerika Syarikat. Sungguhpun wujudnya idea mengenai individualisme (individualisme) dan kebebasan hak, masyarakat Amerika rata-rata masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Kaum kulit putih diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum bukan kulit putih dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum kulit hitam. Ramai antara mereka masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai “ghettoes”. Konflik ras dan etnik di Amerika Syarikat juga dipengaruhi oleh fenomena “Hate crime” iaitu jenayah yang bermotifkan unsur perkauman terhadap seseorang atau harta bendanya (Macionis, 1998: 141). Hal ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan James Byrd Jr. di Texas baru-baru ini. Dalam kes tersebut, James, seorang kaum kulit hitam telah diikat pada trak dan diheret sehingga mati oleh sekumpulan kaum kulit putih yang dipercayai anti kaum kulit hitam (New Strait Times, 11 Jun. 1998).
  • 5. 5 Di Amerika Syarikat, media penyebaran juga mempunyai kesan yang mendalam terhadap konflik ras dan etnik. Sering kali isu ketidakpuasan individu atau segelintir masyarakat diperbesar-besarkan serta dikaitkan dengan politik dan perkauman sehinggakan mewujudkan ketegangan antara kaum atau etnik. Ini dapat dilihat dalam kes pembunuhan terhadap O. J. Simpson, di mana perbicaraan ini telah mendapat liputan meluas media penyebaran (Macionis, 1998:220). Keputusan mahkamah telah dicabar dan didakwa berat sebelah dalam menjatuhkan hukuman kepada kaum kulit hitam. Isu individu dalam soal ini telah dikaitkan dengan ketidakadilan terhadap kaum kulit hitam. 1.2 Cadangan Akhir dan pemilihan filem yang ditayangkan dalam festival filem Filem yang dipilih selepas beberapa cadangan filem yang telah diketengahkan ialah Guess Who‟s Coming to Dinner. Filem ini dipilih kerana, lebih mengetengahkan unsur permasalahan perkauman dalam filem terbabit dan dapat memberi sesuatu yang positif kepada penonton apabila menonton filem ini. Di dalam filem ini, ianya mengetengahkan unsur rasicm atau rasisme merupakan suatu masalah rumit yang dihadapi oleh dunia masa kini. Beberapa percubaan telah dibuat untuk menerangkan asal-usul fenomena ini. Ahli psikologi cuba untuk mencari punca rasisme dari personaliti individu, dan dikaitkan dengan soal kekecewaan atau authoritarian personality dan penguasaan individu dominan ke atas yang lemah (Macionis, 1998:48). Bagi ahli sosiologi yang berhaluan Marxism pula, rasisme lebih merupakan sebahagian dari ideologi kaum Bourgeasie (golongan kelas atasan) untuk mempertahankan eksploitasi dan penindasan ke atas kaum bukan kulit putih dalam zaman penjajahan, perhambaan dan imperialisme (Macionis, 1998:220). Walau bagaimanapun, dua syarat perlu dipenuhi sebelum masalah rasisme wujud. Syarat yang pertama ialah kewujudan dua atau lebih kelompok yang berbeza dari segi fizikal supaya mereka dapat dibahagikan ke dalam beberapa kategori. Kedua, kelompok-kelompok
  • 6. 6 tadi perlu juga berbeza dari segi kebudayaan dan berada dalam keadaan ketidaksamaan yang institutionalized (Ting Chew Peh, 1983:91). Oleh yang demikian, filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” yang bergenre drama/romantis ini menyingkap isu perkauman dalam konteks perkahwinan campur antara kaum kulit putih dengan kaum kulit hitam di Amerika pada sekitar 60-an. Filem ini akhirnya dipilih untuk mengetengahkan isu yang paling popular dan menarik untuk dibincangkan iaitu mengenai perkahwinan. Filem ini membawa mesej perkauman secara halus dan penuh simbolik dalam setiap babak yang ditunjukkan. Oleh yang demikian, festival filem kali ini diharap dapat memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat mengenai penyatuan kaum dalam konteks yang lebih luas.
  • 7. 7 1.3 Reka bentuk logo, poster, tiket wayang dan penanda buku
  • 8. 8 a) Poster Dalam festival filem ini, kumpulan kami telah menggunakan konsep „colourful‟ atau warna-warni dalam menyampaikan tema „Racism‟ itu sendiri. Hal ini demikian kerana kami mendapati bahawa tema „racism‟ ini sangat berkait rapat dengan perbezaan budaya dan etnik dalam sesebuah kaum. Perbezaan yang dinilai dari pelbagai perspektif itu menjadi sumber inspirasi pada kami untuk memberi penjelasan mengenai perbezaan sesebuah kaum. Oleh yang demikian, kami telah menggunakan konsep warna bagi menyatakan tema dan isu-isu yang akan dibangkitkan melalui festival filem ini. Warna kelabu dan hitam pada latar belakang poster ini menyampaikan makna tersirat bagi menunjukkan sikap segelintir kaum yang prejudis terhadap kaum lain dan tidak mahu menerima budaya sesuatu kaum itu. b) Logo Logo yang direka sempena festival filem ini adalah diilhamkan daripada „puzzle‟ yang merupakan alat permainan moden yang bertujuan menyelesaikan masalah yang diberikan. Selain itu, puzzle yang berwarna-warni melambangkan penyatuan antara kaum tanpa mengira warna kulit, budaya, adat dan kaum. Tanpa penyatuan kaum ini, keharmonian antara kaum tidak akan tercapai. Sama seperti puzzle yang tidak lengkap, ianya akan mencacatkan puzzle tersebut kerana salah satu daripadanya telah hilang.
  • 9. 9 c) Tiket wayang Untuk tiket wayang, kumpulan kami telah memilih untuk mengambil contoh daripada tiket wayang yang sebenar bagi menarik perhatian penonton. Hal ini demikian kerana kami ingin menonjolkan tiket wayang yang di inovasi daripada tiket wayang yang biasa dikeluarkan. d) Penanda buku Bahan kreatif tambahan yang dipilih adalah penanda buku. Dari segi reka bentuk dan warna, kami telah membuat beberapa jenis penanda buku yang mempunyai pelbagai jenis warna seperti merah jambu, kelabu, hijau dan biru untuk menggambarkan variasi identiti, warna dan mood. Selain itu, kata-kata hikmat dan nasihat yang terdapat dalam penanda buku ini juga sedikit sebanyak menggambarkan filem yang telah kami pilih
  • 10. 10 untuk ditayangkan dalam festival filem ini. Walau bagaimanapun, penanda buku ini sebenarnya bertujuan untuk memberi penghargaan dan kerjasama yang diberikan oleh audiens sepanjang festival filem ini diadakan. 1.4 Slot ruangan soal jawab Di dalam slot ini, audiens akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Slot soal jawab ini akan membantu audiens mengaplikasikan dan memberi pandangan peribadi terhadap filem yang telah ditonton. Dalam laporan penulisan ini, kami juga menyediakan set soalan dan disertakan dengan jawapan sebagai rujukan umum. Dalam slot ini, terdapat 10 soalan yang akan dikemukakan merangkumi: Soalan 1 Pada pendapat anda, adakah berlaku banyak perubahan dari segi tanggapan masyarakat terhadap perkahwinan campur sejak tahun 1967? Adakah perkahwinan antara orang kulit putih dan orang kulit hitam masih menjadi halangan bagi masyarakat di Amerika Syarikat? Dan bagaimana dengan di negara kita, Malaysia? Jawapan Berdasarkan pandangan penonton. Soalan 2 Siapakah nama pengarah bagi filem “Guess Who‟s Coming to Dinner”? A. Stanley Kremer B. Stanley Kramer C. Stanley Creamer D. Stanley Cremer Jawapan: B. Stanley Kramer
  • 11. 11 Soalan 3 Menurut pemahaman anda, adakah terdapat unsur-unsur simbolik yang menyatakan tentang isu perkauman? Nyatakan unsur simbolik tersebut. Jawapan Berdasarkan pandangan penonton. Soalan 4 Apakah reaksi ibu bapa Joanna apabila mengetahui anaknya ingin berkahwin dengan John? A. Terkejut B. Serba Salah C. Gelisah D. Sedih E. Semua di atas Jawapan: D. Semua di atas Soalan 5 Pada pendapat anda, mengapakah keluarga Joanna mengambil Tillie (orang berkulit hitam) sebagai orang gaji dalam keluarga mereka? Jawapan Berdasarkan pandangan penonton. Soalan 6 Matt Drayton (ayah Joanna) bukanlah seorang yang bersifat perkauman, tetapi beliau amat prihatin tentang kesukaran yang bakal dihadapi oleh John dan Joanna. Adakah ini satu kebimbangan yang sah? Adakah ayah Joanna wajar untuk menentang perkahwinan itu atas alasan itu sahaja? Jawapan Berdasarkan pandangan penonton.
  • 12. 12 Soalan 7 Tahun berapakah filem ini ditayangkan? A. 1967 B. 1968 C. 1969 D. 1989 Jawapan: A. 1967 Soalan 8 Apakah tujuan Joanna membawa John pulang ke San Francisco? A. Untuk makan malam bersama keluarganya B. Untuk melancong bersama C. Untuk merasmikan galeri seni ibunya D. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin E. Semua di atas Jawapan: E. Untuk memberitahu tentang rancangan mereka untuk berkahwin Soalan 9 Apakah perbezaan watak dan perwatakan antara Joanna dan Ayahnya? Jawapan Berdasarkan pandangan penonton. Soalan 10 Jika anda menjadi Joanna, adakah anda akan berkahwin dengan John walaupun terdapatnya perbezaan dari segi warna kulit, budaya, adat dan etnik? A. Ya B. Tidak Jawapan Berdasarkan pandangan penonton.
  • 13. 13 2. LATAR BELAKANG FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER” 2.0 Sinopsis filem Filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengisahkan tentang Joanna Drayton iaitu wanita muda warga Amerika (berkulit putih) membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna. Filem yang berlatarkan satu hari yang sibuk di rumah Drayton, di mana berlakunya sesi perbualan di antara Dr. John Prentice dengan ibu bapa Joanna Drayton dan pada hari itu juga, di rumah Joanna Drayton satu majlis makan malam yang akan di hadiri oleh ibu bapa Dr. John Prentice yang terbang dari Los Angeles, ibu bapa Joanna Drayton dan seorang paderi yang merupakan kawan lama keluarga Drayton. Oleh yang demikian, tajuk filem ini ialah Guess Who‟s Coming to Dinner. 2.1 Naratif filem Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan filem yang berlatarkan satu hari yang sibuk di rumah Drayton. Filem ini menceritakan kisah Joanna Drayton iaitu wanita muda warga Amerika (berkulit putih) yang membawa tunangnya, Dr. John Prentice iaitu lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam), ke rumahnya di San Francisco untuk makam malam bersama-sama dengan ibu bapa Joanna Drayton serta bertemu dengan ibu bapanya iaitu Christine Drayton dan Matt Drayton yang bekerja sebagai pemilik seni galeri kecil dan penerbit akhbar di San Francisco. Tujuan Joanna Drayton membawa tunangnya bertemu dengan ibu bapanya adalah bagi memberitahu rancangan mereka untuk berkahwin dan tinggal di Switzerland. Joanna Drayton dan Dr. John Prentice bertemu semasa bercuti di Hawai. Joanna Drayton terlalu yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan mereka, kerana ibu bapa Joanna Drayton telah mengajarnya untuk mempercayai bahawa kulit hitam dan putih adalah sama dan bahawa mana-mana jenis intoleransi antara kaum yang ada tidak boleh diterima. Walau bagaimanapun, semasa Joanna Drayton memperkenalkan tunangnya, Dr. John Prentice, kepada ibu bapanya iaitu Christine Drayton dan Matt Drayton, mereka amat terkejut dan tidak tahu apa yang harus di katakana kerana perkara ini berlaku dengan pantasnya dan bapa Joanna Drayton tidak menyukai lelaki pilihan
  • 14. 14 anaknya kerana Dr. John Prentice adalah lelaki muda yang berkulit hitam. Walaupun Dr. John Prentice merupakan seorang yang dihormati di peringkat antarabangsa dalam bidang perubatan, dan dia seorang yang baik dan bersopan santun, kacak, berpendidikan dan keluarganya amat dihormati di California, tetapi itu tidak dapat diterima oleh bapa Joanna Drayton. Hal ini kerana Matt Drayton risau akan masa depan anak dan cucunya sekiranya Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur antara orang berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu tidak diterima oleh masyarakat. Manakala ibu Joanna Drayton, sentiasa menyokong anaknya walaupun dia sendiri tidak menyukai pilihan anaknya itu. Tanpa pengetahuan Joanna Drayton, Dr. John Prentice telah pergi berjumpa dengan ayah Joanna Drayton iaitu Matt Drayton di bilik bacaannya bagi membincangkan perkahwinan mereka dan Dr. John Prentice telah meletakkan syarat ke atas perkahwinan mereka dimana perkahwinan mereka bergantung kepada persetujuan Matt Drayton. Hal ini telah menyebabkan Matt Drayton menjadi serba salah kerana dia mengenali anak perempuannya, sekiranya Joanna Drayton inginkan sesuatu dia akan lakukan walaupun dihalang oleh ibu bapanya dan Matt Drayton tidak mahu menyakiti hati anaknya itu. Semasa mereka semua berada di dalam rumah ketika itu, Cecil Kellaway yang melakonkan watak Monsignor Ryan yang merupakan seorang paderi dan kawan lama keluarga Drayton telah datang melawat mereka sekeluarga dan Monsignor Ryan menerima pilihan Joanna Drayton dengan hati terbuka serta merestui perhubungan mereka. Selain daripada itu, Monsignor Ryanjuga telah menasihati ibu bapa Joanna Drayton untuk menerima pilihan anak perempuan mereka. Watak Hilary St. George yang di lakonkan oleh Virginia Christine merupakan pengurus galeri seni Christine Drayton datang untuk berjumpa dengannya dan dia juga amat terkejut apabila Joanna Drayton memperkenalkan Dr. John Prentice sebagai tunangnya kerana Hilary St. George tidak menyukai perkahwinan campur antara kaum kulit hitam dan kulit putih. Selepas itu, Christine Drayton telah meminta Hilary St. George pulang dan Christine Drayton telah memecat Hilary St. George dari pekerjaannya itu dan meminta Hilary St. George jangan lagi muncul di hadapannya. Pada masa itu, Dr. John Prentice telah mendapat satu panggilan dari ibu bapanya yang berada di Los Angeles dan Joanna Drayton telah mengajak ibu bapa Dr. John Prentice iaitu Mrs. Prentice dan Mr. Prentice untuk makan malam bersama-sama dengan mereka. Mrs. Prentice dan Mr. Prentice bersetuju dan meminta Dr. John Prentice menjemputnya di lapangan terbang. Joanna Drayton telah memberitahu ibunya bahawa ibu bapa Dr. John
  • 15. 15 Prentice akan bersama-sama mereka untuk makan malam nanti dan ibu bapa Joanna Drayton terkejut kerana risau akan penerimaan ibu bapa Dr. John Prentice terhadap keluarganya nanti. Ibu bapa Joanna Drayton telah keluar jalan-jalan bagi memikirkan hubungan antara Joanna Drayton dengana tunangnya itu. Manakala di rumah Drayton, Joanna Drayton telah meminta Tillie iaitu pembantu rumahnya untuk menyediakan air mandian kerana Dr. John Prentice ingin mandi. Semasa Dr. John Prentice berada di dalam bilik, Tillie telah masuk dan memberi amaran kepada Dr. John Prentice sekiranya dia mempunyai niat jahat ke atas Joanna Drayton, Dr. John Prentice akan menyesal dan Tillie akan memastikan Dr. John Prentice mendapat balasannya. Semasa Christine Drayton dan Matt Drayton keluar jalan-jalan, mereka telah berhenti di sebuah restoran kerana Matt Drayton ingin makan aiskrim, manakala Christine Drayton hanya mahu minum kopi. Semasa mereka ingin pulang Drayton dan Matt Drayton telah terlibat dalam satu kemalangan tetapi mereka tidak mengalami sebarang kecederaan. Mereka telah membayar kerugian akibat kemalangan dan pulang ke rumah untuk bersiap-siap kerana ibu bapa Dr. John Prentice akan datang ke rumah mereka untuk makan malam bersama-sama. Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah keluar untuk berjumpa dengan kawan Joanna Drayton. Joanna Drayton memperkenalkan tunangnya dan memberitahu rancangan mereka untuk berkahwin dan kawan Joanna Drayton amat gembira mendengar khabar gembira itu dan merestui hubungan Joanna Drayton dan tunangnya. Selepas itu, Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah pergi ke lapangan terbang untuk menjemput ibu bapa Dr. John Prentice.Ibu bapa Dr. John Prentice terbang dari Los Angeles untuk majlis makan malam di rumah Draytons tetapi mereka tidak tahu bahawa Joanna Draytons adalah wanita muda warga Amerika yang berkulit putih sehinggalah mereka bertemu di lapangan terbang. Ibu bapa Dr. John Prentice amat terkejut dengan gadis pilihan anaknya dan tidak tahu apa yang harus di katakan. Bapa Dr. John Prentice tidak menyukai gadis pilihan anaknya kerana dia juga seperti ayah Joanna Draytons yang risau akan masa depan anak dan cucunya sekiranya Joanna Drayton dan Dr. John Prentice berkahwin kerana perkahwinan campur antara orang berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika pada masa itu tidak diterima oleh masyarakat. Joanna Drayton, Dr. John Prentice dan ibu bapa Dr. John Prentice terus bergerak ke rumah Joanna Drayton untuk makan malam bersama-sama. Setibanya mereka di rumah Joanna Drayton, ibu bapa Dr. John Prentice di sambut dengan mesra oleh ibu Joanna Drayton. Pada masa yang sama paderi yang merupakan kawan baik keluarga Drayton lebih awal sampai ke rumah Drayton. Ibu bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah
  • 16. 16 meminta masa seketika untuk mereka berbincang. Bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah pergi ke bilik bacaan manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah pergi ke laman rumah mereka untuk berbincang mengenai anak mereka. Bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice telah menyatakan ketidaksetujuan mereka mengenai perhubungan anak-anak mereka manakala ibu Joanna Drayton dan Dr. John Prentice mempunyai pandangan yang sama dan berharap suami mereka merestui perhubungan anak- anak mereka. Selepas beberapa lama mereka berbincang, akhirnya ibu bapa Joanna Drayton dan Dr. John Prentice terpaksa juga merestui perhubungan di antara Joanna Drayton dan Dr. John Prentice demi kebahagiaan dan kegembiraan anak-anak mereka. Selepas itu, mereka semua menuju ke ruang makan dan makan malam bersama-sama dengan gembiranya. 2.2 Isu-isu yang ditimbulkan Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) merupakan sebuah filem yang dihasilkan berdasarkan perkahwinan campur antara orang berkulit hitam dengan orang berkulit putih di negara Amerika. Perkahwinan antara kaum masih diharamkan di 17 buah negeri di Amerika sehingga musim panas 1967. Selain daripada itu, filem ini menggambarkan reaksi di antara keluarga dan rakan-rakan berkaitan dengan perkahwinan campur di Amerika pada tahun 1967. Filem ini juga menyentuh isu perkauman di antara kaum kulit hitam dengan kulit hitam yang lain, di mana kita dapat lihat pada watak Tillie, warga Amerika Afrika (berkulit hitam) iaitu pembantu rumah keluarga Joanna Drayton yang tidak menyukai perhubungan diantara Joanna Drayton dengan tunangnya Dr. John Prentice, lelaki muda warga Amerika Afrika (berkulit hitam). Apabila filem Guess Who‟s Coming to Dinner mula-mula di tayangkan, filem ini telah mendapat kritikan yang hebat daripada kedua-dua spektrum budaya iaitu orang berkulit hitam dan orang yang berkulit putih, dimana filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana hanya meneroka subjek kahwin campur antara kaum. Selain itu, filem ini terlalu ringkas dan seolah-olah kurang kesungguhan untuk menghasilkan filem ini. Filem Guess Who‟s Coming To Dinner membincangkan isu-isu perkauman yang berlaku di Amerika pada pertengahan tahun 1960 yang masih lagi tidak di terima oleh masyarakat. Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) juga merupakan salah satu filem klasik yang bertemakan perkauman. Pengarah bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah
  • 17. 17 Stanley Kramer dan penulis skrip bagi filem Guess Who‟s Coming to Dinner ialah William Rose. Manakala barisan pelakon di dalam filem ini ialah Spencer Tracy sebagai Matt Drayton, Sidney Poitier sebagai John Prentice, Katharine Hepburn sebagai Christina Drayton, Katharine Houghton sebagai Joanna Drayton, Beah Richards sebagai Mrs. Prentice, Roy Glenn sebagai Mr. Prentice, Cecil Kellaway sebagai Monsignor Ryan, Isabel Sanford sebagai Tillie, Virginia Christine sebagai Hilary St. George, Alexandra Hay sebagai Carhop, Barbara Randolph sebagai Dorothy, D'Urville Martin sebagai Frankie, Tom Heaton sebagai Peter, Grace Gaynor sebagai Judith dan Skip Martin sebagai Delivery Boy. 2.3 Anugerah yang dimenangi Filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) telah banyak menerima anugerah setelah filem ini menemui penonton di pawagam. Antara anugerah yang dimenangi ialah anugerah Oscar di dalam kategori Best Actress in a Leading Role dan Best Writing, Story and Screenplay. Manakala bagi anugerah BAFTA Film Award, filem ini telah memenangi kategori Best Actor dan Best Actress. Bagi anugerah David filem ini telah memenangi kategori Best Foreign Actor, Best Foreign Actress dan Best Foreign Production. Selain itu, filem ini juga telah memenangi anugerah Fotogramas de Plata bagi ketegori Best Foreign Performer dan mendapat tempat ketiga di dalam anugerah Golden Laurel bagi kategori Comedy. Dicalonkan untuk beberapa Anugerah Akademi, filem Guess Who‟s Coming to Dinner (1967) ini telah mencapai status klasik kerana beberapa sebab. Sebab yang pertama dan yang paling jelas ialah penerokaan awal perkahwinan antara kaum di Amerika Syarikat di mana ianya masih tertakluk kepada pengharaman perkahwinan antara kaum pada masa itu dan pada masa itu juga telah berlaku rusuhan kaum yang ganas di bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat. Pengarah filem ini, Stanley Kramer pada masa itu dipanggil untuk mendedahkan isu-isu sosial yang serius di dalam filem-filem arahan beliau. Dalam peranan terakhir Spencer Tracy sebagai Matt Drayton di dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner beliau telah menyampaikan monolog kepada Katherine Hepburn yang melakonkan watak Christine Drayton di dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner tentang kegigihan mempertahankan sebuah cinta yang suci supaya bertahan lama di mana akan membuka hati mereka untuk menerima percintaan mereka yang sebenar.
  • 18. 18 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan di dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner. Antara kelemahan filem ini ialah skor muzik yang tidak sesuai yang dihasilkan oleh Frank De Vol yang tanpa henti menggunakan lagu popular "Glory of Love." Seterusnya adalah kelemahan aspek penyuntingan yang mengelirukan pada pertengahan filem dimana ianya telah mengganggu penonton untuk melihat watak Matt Drayton yang dilakonkan oleh Spencer Tracy, yang kelihatan begitu sihat di dalam kebanyakan babak. Hal ini kerana selepas dua minggu filem Guess Who‟s Coming to Dinner selesai penggambaran, Spencer Tracy telah meninggal dunia. 3. HUBUNGKAIT FILEM “GUESS WHO’S COMING TO DINNER” TERHADAP SEJARAH ISU PERKAUMAN DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT HARI INI 3.0 Semangat perkauman di Barat Stereotaip dan perkauman di dalam filem ini cuba dirungkaikan dari sudut pandangan yang positif apabila wujudnya filem berbentuk perkauman bagi menyedarkan semua masyarakat. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak telah dipupuk dengan cara pergaulan yang boleh mempengaruhi pemikiran mereka sehingga dewasa melalui pengaruh rakan, ibu bapa dan persekitaran masyakakat. Maka, terhasillah tanggapan tersendiri terhadap perkauman dari sudut pandangan sendiri. Guess Who‟s Coming to Dinner adalah sebuah filem kisah klasik yang menceritakan tentang kehidupan gadis bernama Joanna yang berpewatakan muda, menarik dan seorang yang baik hati. Joanna telah jatuh cinta dengan seorang doktor berkulit hitam; John dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Filem ini cuba menunjukkan kepada penonton bagaimana reaksi dan tanggapan masyarakat sekeliling mereka termasuklah ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan terhadap perkahwinan campur antara orang kulit hitam dan orang kulit putih. Di dalam filem ini, Joanna yakin bahawa ibu bapanya tidak mempunyai halangan dengan perkahwinan campur yang berbeza dari segi warna kulit dan kaum. Hal ini demikian kerana mereka sering didedahkan dengan kepercayaan supaya bertoleransi dengan masyarakat lain yang berbeza dari segi warna kulit, budaya, adat dan kaum. Kesedaran yang
  • 19. 19 telah ditekankan oleh ibubapa Joanna dapat dikaitkan dengan pendidikan dari awal kanak- kanaknya di mana keterbukaan cara pemikiran keluarganya telah menemukan jodoh Joanna dengan orang kulit hitam. Walau bagaimanapun, apabila ibu Joanna mendengar tentang rancangan perkahwinan anaknya dengan John, reaksi ibunya kelihatan agak terkejut, manakala ayahnya tidak menyokong tindakan Joanna. Apabila Joanna menyatakan tujuannya untuk berkahwin dengan orang kulit hitam, persepsi terhadap perkahwinan campur telah mengubah pandangan ibu bapanya. Idealisme-idealisme yang bertentangan dengan perkauman seperti orang kulit putih yang paling konservatif memberi cabaran kepada Joanna ketika itu, di mana perkahwinan campur adalah diharamkan. Sifat berprasangka atau prejudis yang telah menjadi akar-umbi segala bentuk perkauman. Prasangka adalah satu pandangan yang buruk terhadap individu atau kelompok manusia lain dengan hanya merujuk kepada ciri-ciri tertentu seperti ras, agama, pekerjaan, jantina atau kelas. Walau bagaimanapun, filem Guess Who‟s Coming to Dinner cuba membawa mesej yang positif kepada penonton bahawa dengan mudahnya seseorang yang lahir dari kaum yang berbeza dapat menerima kaum lain melalui pendekatan yang amat mudah, sekaligus mengubah tanggapan negatif terhadap perkahwinan campur. 3.1 Definisi dan isu perkauman dalam konteks sosial Merujuk kepada filem Guess Who‟s Coming to Dinner yang telah diterbitkan pada 1967, kaum didefinisikan sebagai suatu kumpulan manusia berdasarkan konstruk sosial, sifat fizikal, daripada kontijen yang sama dan daripada nenek moyang yang sama. Secara ideologinya, perkauman dinilai melalui ciri-ciri fizikal yang berbeza melibatkan personaliti, mental dan tingkah laku moral yang berkaitan dengan bangsa tertentu. Kecanggihan teknologi sains biologi telah membuktikan bahawa manusia boleh mempengaruhi pemikiran melalui perkauman dan kebanyakannya memberikan tanggapan yang buruk terhadap terhadap isu perkahwinan campur. Dengan mengaitkan ciri-ciri perkauman kepada perbezaan biologi dan menegaskan pada hubungan antara faktor dan ciri-ciri sosial, sains dan ketamadunan ke dalam bentuk keadaan yang kekal. Sejarah telah membuktikan bahawa isu perkauman ini telah berlaku pada zaman masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab apabila amalan sistem kabilah telah mendatangkan kesan negatif dalam masyarakat Arab jahiliah. Kesannya, muncul semangat Assabiyah atau semangat kesukuan yang
  • 20. 20 melampau. Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain sering terjadi di dalam masyarakat Arab Jahiliah. 3.2 Sejarah Awal Amerika Syarikat dalam konteks Perkahwinan Campur Begitu juga dengan sejarah Amerika Syarikat, apabila suatu masa dulu beberapa negara Barat pernah mengharamkan atau menyekat perkahwinan campur termasuklah Jerman semasa zaman pemerintahan Nazi, Afrika Selatan sewaktu dasar apartheid dan begitu juga di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat. Perkahwinan campur yang dimaksudkan adalah penyatuan dua bangsa berlainan yang boleh dilihat dalam satu perspektif yang lebih luas iaitu percampuran bangsa. Pandangan masyarakat Amerika Syarikat terhadap perkahwinan campur berbeza-beza mengikut umur dan generasi dan ianya terbahagi kepada dua iaitu golongan egalitarianisme iaitu fahaman yang memandang semua orang sama rata walaupun berbeza keturunan, bangsa serta agama dan golongan konservatif budaya iaitu terlalu mementingkan dan mempertahankan budaya, adat dan nilai. Egalitarianisme lazimnya melibatkan golongan muda, yang melihat perkahwinan campur sebagai satu fenomena yang boleh diterima, sementara golongan konservatif menyifatkan ia sebagai satu larangan dan tidak boleh diterima dari segi sosial. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut hanyalah pandangan masyarakat yang berfikiran sempit. Biarpun 40 tahun lalu eksogami dianggap sebagai satu larangan di Amerika Syarikat, segalanya berubah pada 12 Jun 1967 apabila mahkamah agung Amerika Syarikat memansuhkan undang-undang yang melarang perkahwinan antara golongan kulit putih dengan bangsa lain. Keputusan itu turut dilaksanakan di 15 buah negeri lain. Berikutan peristiwa penting yang membenarkan penyatuan bangsa berbeza melalui perkahwinan itu, bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat dilaporkan semakin meningkat. Sejak tahun 1960, jumlah pasangan suami isteri yang berbeza bangsa di Amerika Syarikat dilaporkan bertambah lebih sepuluh kali ganda, termasuk perkahwinan dengan bangsa Amerika Latin (Shamsiah Zulkafli, 2009). Menurut laporan badan kajian Gallop Poll, bilangan perkahwinan campur di Amerika Syarikat meningkat daripada 150,000 pasangan pada tahun 1970 kepada 1.1 juta pasangan pada tahun 1994. Bilangan anak hasil perkahwinan itu juga naik mendadak daripada 460,300 orang pada 1970 kepada 1.9 juta pada 1994 (Shamsiah Zulkafli, 2009). Menggunakan formula pemfaktoran dengan mengambil kira kombinasi semua kaum, pakar sosiologi dari Universiti Stanford, Michael
  • 21. 21 Rosenfeld mendapati, lebih 7 peratus daripada 59 juta rakyat Amerika yang telah berkahwin mengamalkan eksogami pada 2005 berbanding hanya 2 peratus pada 1970. Statistik itu jelas menunjukkan tabu tersebut sudah semakin diterima oleh masyarakat Amerika Syarikat dengan hati terbuka. Biarpun masih ramai rakyat Amerika Syarikat berpandangan konservatif terhadap isu ini, realitinya mereka tetap mengakui kehebatan Obama, anak hasil perkahwinan campur yang kini mencatat sejarah apabila diangkat sebagai presiden pertama berketurunan Afrika Amerika. Ibunya merupakan wanita kulit putih dari Kansas, sementara bapanya pula warga kulit hitam dari Kenya. Pelantikan Obama sebagai presiden berkulit hitam telah membuktikan bahawa penerimaan masyarakat Amerika Syarikat terhadap kaum lain mula diterima oleh orang ramai. Berbicara mengenai perkahwinan campur, masyarakat tidak boleh mengelak daripada mengaitkannya dengan isu perbezaan kaum. Tidak dinafikan, perkahwinan sedemikian sedikit sebanyak boleh mengurangkan jurang antara kaum. Begitu pun masih ramai yang memandang skeptikal perkahwinan campur. Mungkin disebabkan itu, masih ada segelintir rakyat Amerika Syarikat sendiri enggan atau tidak dapat menerima langsung eksogami. Aura dan perjuangan Obama untuk menghakis perbezaan kaum, nampaknya masih tidak mengubah pendirian golongan tersebut. 3.3 Isu Perkahwinan Campur Biarpun undang-undang AS telah mengiktiraf perkahwinan jenis itu, sama seperti perkahwinan lain, ia tetap ada halangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana pasangan suami isteri daripada perkahwinan campur masih sukar diterima sebagai pasangan berkahwin yang lain disebabkan perbezaan latar belakang, budaya dan warna kulit. Cabaran yang mendatang dalam perkahwinan ini dilihat lebih hebat berbanding perkahwinan sesama kaum. Antara kerumitan yang mungkin dihadapi pasangan kahwin campur adalah perbezaan budaya, sosial, latar belakang keluarga, komunikasi dan pengurusan hidup. Pada permulaan perkahwinan, kebanyakan pasangan berlainan kaum tidak melihat perbezaan tersebut sebagai masalah, namun disebabkan kesulitan komunikasi seharian, ia akhirnya membawa kepada pertelingkahan apabila pasangan masing-masing kurang memahami antara satu sama lain. Perbezaan kaum dan budaya meletakkan tekanan dalam hubungan pasangan seumpama ini. Dengan dua budaya berlainan, keluarga terlibat dengan eksogami perlu menyedari perbezaan- perbezaan tertentu agar dapat memahami sesama mereka.
  • 22. 22 Sesetengah pasangan mengambil keputusan berkahwin dengan pasangan berlainan kaum hanya kerana memberontak, lari daripada kenyataan hidup atau sebab-sebab negatif lain. Kebanyakan ibu bapa mahu anak mereka gembira, namun sebaliknya bagi anak-anak hasil perkahwinan campur. Satu lagi masalah nyata yang timbul daripada perkahwinan ini adalah, masyarakat Amerika Syarikat tidak menerima kewujudan anak-anak daripada perkahwinan campur kerana tidak tahu bagaimana untuk melayan mereka kecuali keluarga eksogami yang tinggal di kawasan bandar di mana perkahwinan campur menjadi satu kebiasaan, anak-anak akan berdepan cabaran tidak seperti anak-anak daripada perkahwinan sesama kaum. Anak-anak ini memerlukan kekuatan dan imaginasi yang lebih bagi menyeimbangkan dan menyanjungi dua budaya berlainan. Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat menganggap diri mereka sebagai idealis dan tidak prejudis. Mereka tidak kisah dengan idea perkahwinan campur, namun apabila melibatkan anak-anak hasil perkahwinan tersebut, isu itu berubah sama sekali. Kebiasaannya, orang ramai akan mengkategorikan anak-anak hasil eksogami kepada kelas tertentu sama ada kulit hitam atau kulit putih. Impaknya, anak-anak akan mengalami krisis kekeliruan identiti. Sedangkan yang sepatutnya berlaku ialah mereka perlu hidup dalam persekitaran di mana mereka boleh merasai pengalaman budaya kedua-dua ibu bapa mereka. Kebanyakan ibu bapa tidak kira kulit putih atau hitam turut membantah sekiranya anak-anak mereka berkahwin campur. Bagi mereka, individu yang berkahwin campur cuba menafikan atau menyangkal warisan keluarga dan akan kehilangan budaya serta identiti. Ibu bapa juga melihat proses asimilasi itu sebagai sesuatu perkara yang boleh mengundang tumpuan masyarakat terhadap keluarga mereka. Golongan Afrika Amerika turut menentang perkahwinan seumpama itu disebabkan kekurangan lelaki kulit hitam yang layak berkahwin. Perkara terpenting yang perlu ada dalam perkahwinan campur adalah kefahaman di mana hubungan yang dibina merupakan satu pertalian yang unik, iaitu sikap toleransi dan persefahaman. Sehubungan itu, perlu ada sikap saling membantu dan pasangan harus menyokong antara satu sama lain. Di Malaysia, peristiwa 13 Mei 1969 menyaksikan beberapa impak positif dan negatif dalam jiwa setiap anak bangsa yang lahir di Tanah Melayu apabila berlaku rusuhan dan pergolakan perpaduan kaum utama di Malaysia. Walau bagaimanapun, atas dasar persefahaman dan kesedaran yang tinggi antara semua kaum, dipertemukan dengan akal budi, kewarasan dan kasih sayang, beberapa masalah dapat diselesaikan dengan baik dengan wujudnya masyarakat Malaysia yang harmoni sehingga ke hari ini. Walaupun berbeza kaum,
  • 23. 23 berlainan warna kulit, berbeza pegangan agama dan kepercayaan, bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan akhirnya disatukan dalam integriti kaum yang majmuk. Kewujudan rukun tetangga sedikit sebanyak berjaya menyatukan tiga kaum utama di Malaysia. Namun, pergolakan dalaman masih wujud apabila isu-isu agama dan sejarah 13 Mei dibangkitkan. Keutamaan darjat, keturunan dan sensitiviti agama menjadi penyebab utama kepada isu perkauman. Kesimpulannya, kehangatan isu perkauman tiada kesudahannya selagi cara pemikiran masyarakat di seluruh dunia dalam membangkitkan segala isu perkauman dilakukan melalui saluran yang betul tanpa menimbulkan kepincangan kepada mana-mana pihak. Melalui gaya pemikiran yang positif, isu perkauman tidak akan timbul langsung apabila tiada kepincangan yang berlaku dan bukan bertujuan untuk kepentingan pihak tertentu untuk mengambil kesempatan terhadap isu perkauman dalam mencapai keamanan sejagat. 4. APLIKASI TEORI “GUESS WHO’S COMING TO DINNER” 4.0 Teori Cultural Marxism Secara umumnya, teori cultural marxism berperanan dalam memanipulasi sebuah masyarakat untuk mencapai tujuan tertentu. Teori cultural marxism mengandungi elemen kekeluargaan, jantina, bangsa, dan identiti budaya dalam masyarakat setempat. Jika teori ini diaplikasikan dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ia dapat dijadikan sebagai alat analisis untuk mengkaji ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini. Hal ini demikian kerana, filem Guess Who‟s Coming to Dinner mengandungi elemen kekeluargaan dan identiti budaya yang cuba disampaikan melalui jalan cerita dan naratif filem. Ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini lebih kepada aspek positif kepada masyarakat setempat. Ia berperanan dalam menghapuskan ideologi negatif yang terdapat di barat pada masa itu, iaitu perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ideologi mengenai perbezaan identiti budaya dan etnik dapat dikikis secara beransur-ansur.
  • 24. 24 4.1 Teori Cultural Marxism dalam aspek hubungan sosial Filem Guess Who‟s Comming to Dinner merupakan sebuah filem yang mengandungi unsur perkauman. Skop unsur perkauman dalam filem ini diperkecilkan lagi dengan melihat kepada aspek isu sosial masyarakat barat sekitar tahun 60-an iaitu isu perkahwinan campur. Filem ini mengandungi dua identiti bangsa yang berbeza iaitu keluarga wanita berkulit putih dan keluarga lelaki berkulit hitam yang berasal dari Amerika. Ideologi perbezaan bangsa dalam filem ini disampaikan melalui perbezaan ciri fizikal, yang dilihat dari segi perbezaan warna kulit dan etnik. Teori cultural marxism dikemukakan oleh cendiakawan barat apabila berlaku pengkelasan terhadap hubungan sosial dalam masyarakat. Dalam konteks ini, ia bertujuan untuk mengkaji pengkelasan masyarakat yang dikategorikan mengikut kekeluargaan, jantina, bangsa dan identiti budaya. Hal ini demikian kerana terdapat satu undang-undang yang cuba untuk mengharamkan perkahwinan campur di barat sekitar tahun 1960. Undang-undang berkenaan cuba untuk mengehadkan hubungan sosial masyarakat kerana perbezaaan identiti budaya. Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan kedalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ia menjadikan masyarakat setempat untuk berfikir secara terbuka dan kreatif dalam menangani isu perbezaan identiti budaya dan etnik. Melalui filem ini, ia cuba untuk menghapuskan dan membuat masyarakat setempat lupa akan undang-undang pengharaman untuk berkahwin campur. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan campur di barat adalah untuk menjaga identiti sesuatu bangsa. Jika dilihat dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, wanita berkulit putih mendapat tentangan keras dari ayahnya kerana ayahnya tidak membenarkan anaknya berkahwin dengan seorang lelaki berkulit hitam. Hal ini demikian kerana, timbul satu isu bagi menentukan identiti bangsa seseorang anak, jika wanita itu melahirkan anak hasil dari perkahwinan campur wanita berkulit putih dan lelaki berkulit hitam. 4.2 Teori Cultural Marxism dalam penganalisaan bentuk-bentuk budaya Teori cultural marxism turut berperanan dalam menganalisis bentuk-bentuk budaya. Dalam konteks ini, budaya masyarakat barat yang berkulit putih dan masyarakat barat yang berkulit hitam tidak memiliki banyak perbezaan. Sekiranya dilihat dalam filem Guess Who‟s
  • 25. 25 Coming to Dinner, wanita berkulit putih dan lelaki berkilit hitam masih menggunakan bahasa pertuturan yang sama dan mengamalkan budaya yang sama. Perbezaan antara kedua-dua kaum tersebut dinilai berdasarkan perbezaan fizikal iaitu perbezaan warna kulit yang menjadi identiti sesuatu bangsa. Namun, wanita berkulit putih akhirnya berkahwin dengan lelaki berkulit hitam dan mengetepikan isu identiti bangsa kerana mereka mengamalkan budaya yang hampir sama. Dalam konteks ini, ia memberi impak dan pengaruh yang besar kepada penonton dan kehidupan sosial masyarakat setempat. Melalui filem Guess Who‟s Coming to Dinner dan aplikasi teori cultural marxism, ianya dapat digunakan sebagai satu alat untuk mendominasi masyarakat setempat. Dalam konteks ini, ideologi pengharaman perkahwinan campur di barat sekitar tahun 60-an dapat dilupuskan secara beransur-ansur apabila masyarakat setempat tidak lagi melihat pada perbezaan identiti bangsa untuk menjalin hubungan sosial. Filem ini secara fizikalnya berjaya mendominasi masyarakat setempat untuk tidak terpengaruh dengan undang-undang pengharaman perkahwinan campur. Dalam masa yang sama, undang-undang pengharaman perkahwinan campur turut menggugat hak asasi kebebasan seseorang individu untuk bersosial. Hal ini demikian kerana, pengharaman perkahwinan campur menjadikan masyarakat barat pada ketika itu terpisah antara masyarakat yang berkulit putih dan berkulit hitam. Keadaan ini menjadikan isu perkauman di barat bertambah runcing kerana perbezaan warna kulit. Filem hasil arahan Stanley Kramer, merupakan sebuah filem yang cuba untuk menghakis satu ideologi yang terdapat di barat pada tahun 1960 iaitu penentuan identiti anak yang dilahirkan hasil perkahwinan campur. Dalam konteks ini, sekiranya pasangan itu berkahwin campur (lelaki berkulit hitam dan wanita berkulit putih dan sebaliknya) maka anak yang dilahirkan itu tidak dapat ditentukan identiti bangsanya, sama ada berketurunan kulit putih atau kulit hitam. Keadaan ini membawa kepada pengharaman perkahwinan campur pada sekitar tahun 60-an di barat. Melalui filem ini, ia dapat menyedarkan masyarakat setempat tentang tindakan penubuhan undang-undang pengharaman perkahwinan campur yang tidak wajar. Dalam konteks ini, identiti seseorang anak yang dilahirkan akan ditentukan kepada negara kelahirannya dan bukan ditentukan oleh perbezaan identiti budaya dan fizikal. Melalui teori cultural marxism yang diaplikasikan ke dalam filem Guess Who‟s Coming to Dinner, ianya mampu menerangkan ideologi yang cuba disampaikan melalui filem ini kepada masyarakat setempat.
  • 26. 26 5. RUMUSAN 5.0 Rumusan Kesimpulannya, festival filem ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat mengenai isu-isu perkauman yang begitu meluas dalam konteks dunia hari ini. Festival filem yang bertemakan racism ini menyingkap isu mengenai perkahwinan campur antara orang kulit putih dan orang kulit hitam yang berbeza dari segi warna kulit, budaya, adat dan etnik. Melalui filem “Guess Who‟s Coming to Dinner” ini, diharap dapat menangkis dan mengubah tanggapan mengenai isu perkauman kepada tahap yang positif dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya.
  • 27. 27 Rujukan BUKU Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey. Dollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey. Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey. Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur. Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur. WEB Don Willmott, 2001. Guess Who‟s Coming to Dinner. Daripada http://www.filmcritic.com/reviews/1967/guess-whos-coming-to-dinner/. Dilayari pada 20 March 2012. The Internet Movie Database (IMDb). Awards for Guess Who‟s Coming to Dinner (1967). Daripada Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012. The Internet Movie Database (IMDb).Guess Who‟s Coming to Dinner (1967). Daripada Daripada http://www.imdb.com.Dilayari pada 20 March 2012. Alicia, F. C. & Florence G. D. (1999). Racial and ethnic identity and development: new directions for adult and continuing education. San Francisco: Jossey-Bass Publishers. Ismail.I. (2011).Jahiliah Moden Sautu Kupasan. AkedemiTarbiyahDewanPemuda Pas Malaysia. Retreived March 29, 2012 from http://tarbawi .my/ John, L. (2012) Sistem pendidikan di Malaysia – punca masalah perkauman?.Retrieved April 1, 2012 fromwww.projectmalaysia.org/ Konflik Etnik dan Ras.(2012). Kertas Kerja Seminar Pembangunan &Isu-Isu Global. Retreived April 5, 2012, from http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
  • 28. 28 Raymond, W. (2000). Guess Who‟s Coming to Dinner (drama/comedy) (1967). Shamsiah, Z. ( 2009). Keluarga-Perkahwinan Campur Cetus Konflik di AS. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia. Yaacob, H. (2012). Masyarakat Melayu dan Pengaruh Barat:Perubahan dan Konflik Nilai: (Tumpuan dalam Bidang Kekeluargaan), Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Retreived April 5, 2012 from http://members.multimania.co.uk/nabirz/soc11.htm