Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
SOALAN BAHAGIAN A
1. Contoh Soalan Kertas Dua Bahagian A
BAHAGIAN A
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]
[10 markah]
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar:
Contoh 1:
Aktiviti / Kata Kerja
- Mengutip
- Mencangkul
- Mencabut
- Membuang
- Menyorong
Contoh 2:
2. Teknik:
- Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.
- Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut
- Nyatakan isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja atau nama
dan kata adjektif yang dicatatkan.
- Nyatakan isi tersirat yang boleh memperluas idea.
- Membina lima ayat.
Contoh 3:
Tuliskan lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.
Teknik:
- Catatkan kata kerja, kata nama dan kata adjektif berdasarkan gambar.
- Nyatakan idea keseluruhan gambar tersebut.
- Nyatakan 4 isi tersurat berdasarkan gambar berpandukan kata kerja,kata
nama dan kata adjektif yang dicatatkan.
- Nyatakan 2 atau 3 isi tersirat yang boleh gambarkan untuk dijadikan predikat
(huraian) dalam ayat yang akan dibina.
- Membina lima ayat.
Mencatatkan Perkataan:
3. Membina lima ayat:
1. Ahmad tekun membaca buku sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
UPSR.
2. Semasa peperiksaan, Ahmad dapat menjawab setiap soalan di dalam
kertas peperiksaan dengan penuh keyakinan.
3. Apabila keputusan peperiksaan diumumkan, Ahmad mendapat keputusan
yang cemerlang.
4. Ahmad berasa gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana usaha yang
bersungguh-sungguh menghasilkan kejayaan.
5. Ahmad mendapat hadiah sebagai pelajar cemerlang dalam pelajaran pada
Hari Penyampaian Hadiah.
4. Gunakan siapa buat apa kata adjektif di mana bagaimana bila atau
mengapa. Contoh Ibu mencedok nasi goreng yang masih panas ke
dalam pinggan untuk kami makan.