1. Aktiviti 2 :
Baca maklumat " Instructional Media: Selection and Use " dan " Instructional
Media: Chalkboards to Video ". Dalam kumpulan bincangkan apa yang
dimaksudkan media pengajaran dan jenis-jenisnya. Kemudian bersama rakan
dan pensyarah bincangkan apakah kesan dan kepentingan media pengajaran
dalam proses P&P.
Apakah Media?
Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti
filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana. (Heinich,Molenda,
Russell,1981)
Apakah Pengajaran?
Pengajaran adalah proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih
dahulu. (Romiszowaski,1988).
Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk
menghasilkan pembelajaran. (Heinich,Molenda, Russell,1981)
a. Media Pengajaran
Membawa maksud sebagai peralatan atau perkaksan dan bahan (perisian) media
yang telah dikenalpasti (dipilih), dibina atau dipinda untuk menyokong atau
mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran (Yusup,1992).
3. Aktiviti 3:
Secara berpasangan, dengan menggunakan persembahan elektronik bina carta
(pengurusan grafik - contoh ) untuk menunjukkan klasifikasi media pengajaran.
[Dapatkan maklumat dari pelbagai sumber sama ada pusat sumber atau dari
internet]