SlideShare a Scribd company logo
1 of 22
Download to read offline
KANDUNGAN KEMAHIRAN
PENDIDIKAN KESELAMATAN
   JALAN RAYA DALAM
   BAHASA MALAYSIA
          Tahun 1 - 6

            Program bersama
    Kementerian Pengangkutan Malaysia
                   dan
      Kementerian Pelajaran Malaysia
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara
satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran
negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang akan
mengunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip
yang berikut:




                   KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
              KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
                  KELUHURAN PERLEMBANGAAN
                  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
                   KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                                    1
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha ber ter usan ke arah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan Negara.

            PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa
panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi
baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab,
berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan
generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada
keharmonian, kemakmuran dan pembangunan Negara.




                                     2
GARIS PANDUAN
             PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
                  DALAM BAHASA MALAYSIA

Pengenalan

Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mencapai pembangunan
sosioekonomi yang amat memberangsangkan. Mulai tahun 1996, dalam
tempoh 10 tahun populasi penduduk Malaysia telah meningkat daripada 21.2
juta kepada 26.4 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan sebanyak
2.5 peratus setahun. Bilangan kenderaan berdaftar juga meningkat dari 7.7 juta
pada tahun 1996 ke 14.8 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan
sebanyak 9.3 peratus setahun. Peningkatan yang dinikmati dalam bidang
sosioekonomi telah memperlihatkan pertambahan jumlah kes kemalangan
jalan raya, iaitu daripada 189,109 kes pada tahun 1996 ke 328,268 kes
pada tahun 2005, iaitu peningkatan pada kadar 74 peratus. Oleh sebab itu,
satu pelan tindakan telah dirangka khas untuk mengatasi masalah ini.

Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 – 2010 telah dirangka khusus untuk
dijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program
keselamatan jalan raya di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9).
Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh dengan
pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan
raya berdasarkan konsep 4 E iaitu kejuruteraan, pendidikan, penguatkuasaan
dan alam sekitar (engineering, education, enforcement and environment). Di
samping koordinasi, peruntukan kewangan dan mekanisma lain yang terlibat
dalam perlaksanaan strategi serta keutamaan dalam merealisasikan matlamat
kerajaan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya hingga tahun 2010.

Pendidikan keselamatan jalan raya ialah asas dan pemangkin bagi mendokong
segala program yang boleh membawa kepada perubahan yang diinginkan
terhadap tingkah laku, kemahiran dan sikap pemandu. Tanpa program pendidikan
Keselamatan jalan raya yang berkesan, langkah pencegahan yang lain akan
menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan dalam mencapai matlamat dan sasaran
yang diingini.

                                      3
Tujuan pendidikan keselamatan jalan raya adalah mendidik pemandu dan
pengguna jalan yang lain supaya mereka tidak mengambil risiko di jalan raya
dan memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian.
Dengan latihan yang sesuai dan efektif, risiko yang tidak diingini boleh dielakkan.
Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti penunggang
motosikal, pemandu dan pejalan kaki perlu diberikan latihan pendidikan
Keselamatan jalan raya secukupnya melalui program pendidikan yang direka
khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah.

Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang
hayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi program
bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah
hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya
menjadi sebahagian daripada budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak
di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah
diluluskan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kabinet Mengenai Keselamatan
Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri
pada 15 Mei 2006.

Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak-
kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan
yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya.

Matlamat

Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah bermatlamat untuk
memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya
bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid
dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara
keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain.




                                        4
Objektif Khusus

Pada akhir pembelajaran Tahap 1 murid akan dapat:
- menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya
- mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika
  berada di jalan raya
- memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat
- mampu untuk melintas di jalan raya dengan bantuan dan selamat

Pada akhir pembelajaran Tahap 2 murid akan dapat:
- memahami konsep keselamatan jalan raya
- mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika
  berada di jalan raya
- mampu melintas di jalan raya dengan selamat secara bersendirian
- memahami kegunaan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar,
  permantul cahaya) dan kepentingan penyelenggaraan basikal

Kanak-kanak dan Keselamatan Jalan Raya

Punca utama kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak di jalan
raya ialah mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai
keselamatan di jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya perlu
dibangunkan secara bersesuaian, berterusan dan berperingkat-peringkat dari
tahap prasekolah hingga tahap dua sekolah rendah.

Kanak-kanak memerlukan penyeliaan aktif dan rapi apabila berada di jalan
raya. Perkara ini melibatkan kanak-kanak berumur hingga 12 tahun. Kadar
kemalangan yang tinggi dalam kalangan pejalan kaki yang melibatkan kanak-
kanak berumur 5 hingga 12 tahun disebabkan oleh peningkatan mobiliti
kanak-kanak tersebut. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penyeliaan atau
belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk berada dengan selamat di
jalan raya sebagai pejalan kaki, pembonceng dan penunggang basikal.




                                     5
Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad
menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di
jalan raya. Perkembangan yang terhad ini menyebabkan mereka:
- tidak dapat mengenal pasti tempat melintas yang selamat tetapi mereka
    berpendapat bahawa mereka boleh melintas bersendirian
- tidak dapat menentukan kelajuan dan jarak kenderaan dengan tepat
- tidak dapat mengenal pasti arah bunyi
- tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan lalu lintas
    di jalan raya
- tidak dapat memahami perkara-perkara abstrak berkaitan keselamatan
    di jalan raya
- lebih suka menumpukan perhatian kepada satu aspek pada satu masa
    mudah hilang tumpuan
- berkelakuan tidak konsisten ketika di jalan raya
- sukar dilihat oleh pemandu kenderaan disebabkan oleh saiz mereka
    yang kecil

Organisasi Kandungan

Kandungan sukatan pelajaran keselamatan jalan raya sekolah rendah digubal
dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu diamalkan
oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan pengetahuan dan pemahaman,
kemahiran, amalan serta sikap dan nilai. Hasil pembelajaran ini berdasarkan
konsep “Cermat, Tiba Selamat” serta empat tema utama.




                                    6
Tema

I. Sikap dan tanggungjawab
   Sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di
   jalan raya. Membolehkan murid mengetahui dan menyedari bahawa
   mereka bertanggungjawab untuk menentukan tahap Keselamatan mereka
   di jalan raya.

II. Persekitaran
    Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan yang berlainan dalam
    memastikan keselamatan diri ketika berjalan. Murid harus memahami
    tahap penglihatan berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Murid
    mesti menggunakan pakaian yang sesuai agar sentiasa selamat.

III. Kenal pasti bahaya
     Mengenal pasti keadaan berbahaya yang terdapat di jalan raya dan
     mempelajari cara-cara mengatasinya. Perkembangan mental, fizikal dan
     psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah
     kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya.

IV. Melintas dengan selamat
    Cara yang baik dan betul untuk melintasi jalan raya secara selamat dalam
    pelbagai keadaan lalu lintas. Murid harus memahami bahawa setiap
    keadaan lalu lintas adalah berlainan, cara berjalan dan melintas jalan tidak
    semestinya sama dalam semua keadaan.

Berdasarkan tema di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran digubal
agar merangkumi perkara seperti di bawah. Pada tahap satu, pelajar akan
didedahkan dengan kemahiran asas keselamatan jalan raya. Pada tahap dua
pula, pelajar akan mula diajar dengan kemahiran keselamatan jalan raya yang
lebih kompleks dan mendalam.




                                       7
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahap satu akan tertumpu kepada tajuk
satu hingga lima, manakala aktiviti untuk tahap dua akan meliputi semua tajuk
tetapi pengajaran dan pembelajaran akan lebih tertumpu kepada tajuk enam
dan tujuh. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
a. melintas dengan selamat
b. gunakan tempat yang selamat untuk melintas
c. melintas dengan orang dewasa
d. memahami persekitaran di jalan raya (termasuk bahagian jalan dan
   cara-cara perjalanan)
e. kenal pasti bahaya
f. keselamatan ketika menunggang basikal dan membonceng motosikal
g. keselamatan penumpang bas dan kereta

Kata Kunci Keselamatan Jalan Raya

Sepanjang aktiviti pengajaran, murid akan diperkenalkan dengan pelbagai
kata kunci yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Murid akan
didedahkan dengan maksud dan penggunaan kata kunci tersebut dalam
kehidupan seharian.

•   Pejalan kaki                      •   Lampu isyarat
•   Penunggang basikal                •   Merah
•   Pemandu                           •   Kuning
•   Kenderaan                         •   Hijau
•   Lintasan pejalan kaki             •   Simpang
•   Jejantas                          •   Bulatan
•   Lorong pejalan kaki               •   Perhentian bas
•   Bahaya                            •   Berwaspada
•   Orang hijau                       •   Peka
•   Orang merah                       •   Halangan di hadapan
•   Bahu jalan                        •   Letak kereta (parkir)
•   Penunggang motosikal              •   Klinik
•   Jalan raya                        •   Laluan dua arah
•   Pengawal lalu lintas



                                     8
Tema atau         Fokus             Hasil Pembelajaran
Tingkah laku                        Pada akhir pelajaran,
Penggunaan                          pelajar sekolah rendah akan:
Jalan Raya

1. Persekitaran   1.1 Jenis-jenis   1.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalah tempat
jalan raya        jalan raya        yang kompleks dan berbahaya.

                                    1.1.2 Mendefinisikan lalu lintas dalam bahasa
                                    mereka sendiri.

                                    1.1.3 Mengkasifikasikan jalan dalam istilah:
                                    • senyap
                                    • sibuk
                                    • lebar
                                    • sempit

                                    1.1.4 Menerangkan bahawa terdapat hierarki jalan
                                    di Malaysia dan kenderaan bergerak pada kelajuan
                                    yang berbeza di setiap jenis jalan.

                                    1.1.5 Mengenal pasti elemen persekitaran
                                    pengangkutan yang:
                                    • membantu kita menjadi lebih selamat
                                    • membahayakan kita apabila berjalan atau berbasikal

                  1.2 Bahagian-     1.2.1 Mengenal pasti bahagian tertentu jalan raya
                  bahagian jalan    yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai
                  raya              pejalan kaki atau penunggang basikal.

                                    1.2.2 Mengenal pasti bahagian jalan raya yang boleh
                                    meningkat keselamatan mereka sebagai pejalan kaki
                                    atau penunggang basikal, seperti:
                                    • laluan kaki
                                    • bebendul jalan
                                    • lintasan pejalan kaki (contohnya: lintasan belang,
                                      lintasan undan, lintasan sekolah, lintasan di
                                      persimpangan)
                                    • jejambat
                                    • pelindung pejalan kaki
                                    • garis median
                                    • bonggol jalan
                                    • hentian bas
                                    • penghadang dan pagar jalan
                                    • lorong sikal

                                    1.2.3 Menerangkan bagaimana bahagian tertentu
                                    jalan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal
                                    digunakan bagi meningkatkan keselamatan.



                                           9
1.3 Perabot          1.3.1 Mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan
jalan raya           perabot jalan raya. Contohnya, pagar, rel adang, lampu
                     jalan, pasu bunga, batas kebun, dll.

                     1.3.2 Mengenal pasti perabot jalan yang berlainan
                     jenis dan impaknya ke atas keselamatan mereka yang
                     berjalan kaki dan berbasikal.

1.4 Isyarat jalan    1.4.1 Memahami bahawa isyarat jalan raya, tanda
raya, tanda jalan    jalan dan isyarat trafik digunakan untuk mengawal lalu
dan isyarat trafik   lintas dan mesti dipatuhi untuk meningkat
                     keselamatan.

                     1.4.2 Mengenal pasti isyarat jalan asas yang
                     menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan
                     penunggang basikal.

                     1.4.3 Mengenal pasti tanda jalan asas yang
                     menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan
                     penunggang basikal.

                     1.4.4 Menerangkan ciri-ciri isyarat trafik, seperti
                     lampu isyarat.

                     1.4.5 Menerangkan urutan isyarat trafik dan
                     tingkah laku yang diperlukan oleh pengguna jalan raya.

                     1.4.6 Mengklasifikasikan tanda jalan mengikut
                     tujuan utamanya.

                     1.4.7 Mengenal pasti isyarat jalan asas dan
                     menerangkan impak kepada keselamatan pejalan kaki
                     dan penunggang basikal.

                     1.4.8 Membincangkan peraturan dan tingkah laku
                     jalan raya yang berkenaan dengan isyarat jalan raya
                     asas.

                     1.4.9 Mengenal pasti isyrat dan tanda jalan yang
                     lebih kompleks, dan menerangkan impak ke atas
                     keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal.

                     1.4.10 Menerangkan kemungkinan yang akan berlaku
                     akibat mengingkari isyarat jalan raya, tanda jalan dan
                     isyarat trafik.




                            10
1.5 Aliran lalu      1.5.1 Kenal pasti arah dari mana datangnya lalu lintas.
lintas - Arah lalu
lintas               1.5.2 Memberikan penerangan ringkas tentang
                     bagaimana isyarat dan tanda jalan yang berlainan
                     mengawal aliran lalu lintas, termasuk pejalan kaki
                     dan penunggang basikal.

                     1.5.3 Menerangkan bagaimana waktu/masa boleh
                     mempengaruhi kesesakan trafik dan keselamatan
                     pejalan kaki.

1.6 Laluan kaki      1.6.1 Mentakrifkan kegunaan laluan kaki dan/atau
dan laluan kongsi    laluan kongsi (termasuk juga bahu jalan terbuka).
untuk pejalan
kaki dan             1.6.2 Menerangkan sifat tipikal laluan kaki dan/atau
penunggang           laluan kongsi di kawasan mereka serta bagaimana
basikal              ia meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan
                     penunggang basikal.

                     1.6.3 Mengenal pasti pengguna jalan raya yang mana
                     mungkin berkongsi laluan, secara sah atau tidak sah,
                     serta kemungkinan bahayanya kepada pejalan kaki
                     dan penunggang basikal.

                     1.6.4 Membandingkan antara penggunaan dengan
                     bertanggungjawab dan bertimbang rasa laluan kaki
                     dan/atau laluan kongsi dengan kemungkinan
                     berlakunya aktiviti berbahaya dan berisiko.

                     1.6.5 Membangunkan strategi untuk mengelakkan
                     atau menguruskan risiko dan bahaya di laluan kaki
                     dan/atau laluan kongsi.

1.7 Pengguna         1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis pengguna jalan raya
jalan raya           yang berbeza, contohnya
                     • pejalan kaki
                     • penumpang
                     • pembonceng
                     • penumpang pengangkutan awam
                     • pemandu
                     • penunggang motosikal
                     • penunggang basikal
                     • pengguna kerusi roda – sama ada bermotor atau tidak
                     • pengguna permainan beroda (Papan selaju, kasut roda)

                     1.7.2 Memahami bahawa semua pengguna jalan raya
                     ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dalam setiap
                     perjalanan, dan kemahiran keselamat pejalan kaki
                     adalah penting.



                            11
2. Kenderaan   2.1 Jenis dan       2.1.1 Mengenal pasti jenis kenderaan yang berbeza,
               ciri-ciri kenderaan contohnya:
                                   • kereta         • LRT / kereta api
                                   • bas            • kenderaan kecemasan
                                   • lori           • ambulans
                                   • basikal        • kereta polis
                                   • motosikal      • kenderaan bomba

                                   2.1.2 Mengenal pasti kenderaan sebagai:
                                   • laju           • menghampiri
                                   • perlahan       • menjauh
                                   • dekat          • mengundur
                                   • jauh           • membelok

                                   2.1.3 Menyenaraikan bahaya oleh kenderaan kepada
                                   pejalan kaki dan penunggang basikal.

                                   2.1.4 Mengenali cirri-ciri keselamatan pada
                                   kenderaan untuk pejalan kaki, penunggan basikal,
                                   penumpang dan pemandu serta menerangkan
                                   fungsinya.

                                   2.1.5 Menceritakan faktor yang menghalang
                                   pemandangan pemandu ke jalan dan pejalan kaki.

                                   2.1.6 Memahami apa yang dimaksudkan dengan titik
                                   buta serta impaknya kepada pejalan kaki dan
                                   penunggang basikal.

                                   2.1.7 Membandingkan dan membezakan antara masa
                                   dengan jarak berhenti kenderaan yang berbeza.

3. Peraturan   3.1 Mengetahui      3.1.1 Menerangkan mengapa peraturan dan undang-
dan undang-    tentang peraturan   undang jalan raya itu perlu untuk keselamatan semua
undang jalan   dan undang-         pengguna jalan raya.
raya           undang jalan
               raya serta          3.1.2 Mengenal pasti perbezaan antara peraturan
               menggunakannya      dengan undang-undang jalan raya.

                                   3.1.3 Menghuraikan bagaimana dan mengapa peraturan
                                   dan undang-undang jalan raya diaplikasikan kepada:
                                   • pejalan kaki           • penunggang basikal
                                     – terutama apabila     • pemandu
                                       melintas jalan       • penunggang motosikal
                                   • penumpang

                                   3.1.4 Mengenal pasti peraturan jalan raya, undang-
                                   undang jalan raya, dan lain-lain prosedur keselamatan,
                                   paling relevan kepada mereka di persekitaran mereka.



                                         12
3.1.5 Menceritakan kemungkinan akibat apabila
                                 peraturan dan undang-undang jalan raya dilanggar atau
                                 tidak diendahkan.

                                 3.1.6 Mereka dan menilai kod tingkah laku untuk:
                                 • pejalan kaki
                                 • penunggang basikal
                                 • pengguna pengangkutan awam

4. Sebagai     4.1 Sokongan    4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya atau
pejalan kaki   daripada orang  berdekatan jalan raya adalah lebih selamat apabila
               dewasa dan yang bersama orang dewasa atau yang lebih tua.
               lebih tua

               4.2 Arah yang     4.2.1 Menerangkan kenapa berjalan menghadap lalu
               paling selamat    lintas adalah lebih selamat daripada berjalan mengikut
               untuk berjalan    arah yang sama dengan kenderaan.
               kaki

               4.3 Darjah        4.3.1 Menunjukkan kesedaran kesan daripada saiz
               penglihatan       badan mereka yang kecil terhadap keselamatan mereka.

                                 4.3.2 Menunjukkan kefahaman keatas kaitan antara
                                 berada dalam keadaan selamat dan boleh dilihat.

                                 4.3.3 Menerangkan bagaimana keadaan cuaca tertentu
                                 dan pencahayaan boleh memberi kesan terhadap
                                 keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal.

                                 4.3.4 Menilai kebolehpantulan sesuatu benda atau
                                 pakaian dan alat tambahan kepada kasut dan beg yang
                                 dapat meningkatkan darjah penglihatan pejalan kaki.

5. Sebagai     5.1 Berbasikal    5.1.1 Memahami bahawa menunggang basikal di jalan
penunggang     dengan selamat    raya di bawah umur 10 tahun adalah berbahaya.
basikal
                                 5.1.2 Menerangkan bagaimana topi keledar
                                 melindungi penunggang jika berlaku nahas, dan
                                 kenapa penting untuk memakainya dengan betul.

                                 5.1.3 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan
                                 betul.

                                 5.1.4 Melakukan penyelenggaraan mudah ke atas
                                 basikal dan topi keledar mereka.

                                 5.1.5 Menunjukkan cara untuk bertanggungjawab
                                 terhadap keselamatan mereka sendiri apabila
                                 menunggang basikal.



                                       13
5.1.6 Mengambarkan dan menerangkan pelbagai jenis
                                pakaian yang boleh meningkatkan darjah penglihatan
                                penunggang basikal dalam keadaan cuaca dan masa
                                yang berbeza

                                5.1.7 Belajar dan menunjukkan kemahiran asas
                                menunggang basikal.

                                5.1.8 Menunjukkan kebolehan untuk mengimbas
                                apabila menunggang basikal untuk menilai dan
                                menguruskan kebarangkalian risiko.

                                5.1.9 Menunjukkan kebolehan untuk menunggang
                                dengan yakin di jalan raya, laluan kaki, laluan sikal
                                dan laluan kongsi.

6. Sebagai   6.1 Tingkat laku   6.1.1 Menerangkan kepentingan untuk menjadi
penumpang    yang selamat       penumpang yang selamat dan bertanggungjawab.
             dan bertanggung-
             jawab seseorang    6.1.2 Menyenaraikan cara penumpang boleh
             penumpang          menyumbang kepada keselamatan orang lain.

                                6.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat
                                dalam kenderaan untuk kanak-kanak di bawah umur
                                10 tahun melakukan perjalanan.

             6.2 Penggunaan     6.2.1 Mendefinisikan alat penahan
             alat penahan       • tali pinggang keledar     • tempat duduk kereta
                                • tali pinggang riba        • kapsul bayi
                                • abah-abah kanak-kanak

                                6.2.2 Menyenaraikan dan membincangkan pelbagai
                                jenis alat penahan untuk penumpang berlainan usia
                                dan menerangkan kenapa setiap satunya bersesuaian.

                                6.2.3 Menunjukkan bagaimana alat penahan yang
                                bersesuaian dikancingkan dan dilaraskan supaya muat
                                kepada pemakainya.

                                6.2.4 Membincangkan tanggungjawab undang-undang
                                oleh penumpang supaya memakai tali pinggang keledar
                                dengan betul.

                                6.2.5 Membandingkan situasi sama ada alat penahan
                                digunakan atau tidak serta membuat kesimpulan
                                tentang alat penahan dan keselamatan.

                                6.2.6 Menerangkan akibat kepada penumpang dan
                                objek di dalam kenderaan apabila kenderaan tersebut
                                membelok dengan tajam atau melanggar objek.

             6.3 Penggunaan     6.3.1 Membincangkan kepentingan pemakaian topi
             topi keledar       keledar dengan betul.



                                       14
6.3.2 Menerangkan kepentingan topi keledar
                                 melindungi penunggang jika berlaku kemalangan.

                                 6.3.3 Membandingkan situasi dimana topi keledar
                                 digunakan atau tidan serta membuat kesimpulan
                                 tentang topi keledar dan keselamatan.

                                 6.3.4 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan
                                 betul.

                                 6.3.5 Menunjukkan kepekaan tentang kepentingan
                                 dan strategi untuk membuat orang lain peka tentang
                                 penggunaan topi keledar dengan betul.

               6.4 Memasuki      6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang selamat
               dan keluar dari   untuk memasuki dan keluar dari kenderaan.
               kenderaan
               dengan selamat    6.4.2 Menerangkan kenapa adalah lebih selamat
               – kereta dan      untuk memasuki dan keluar dari kenderaan dari
               motorsikal        sebelah bebendul jalan.

                                 6.4.3 Menerangkan dan menunjukkan tingkah laku
                                 yang bersesuaian untuk memasuki dan keluar dari
                                 kenderaan.

7. Melintas    7.1 Memilih       7.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalah
jalan dengan   tempat yang       berbahaya, melintas jalan adalah kompleks dan orang
selamat        selamat untuk     dewasa boleh membantu kanak-kanak untuk melintas
               melintas          jalan dengan selamat.

                                 7.1.2 Mengenal pasti dan menerangkan bahagian-
                                 bahagian persekitaran jalan raya yang dapat meningkatkan
                                 keselamatan sewaktu melintas, contohnya:
                                 • lintasan pejalan kaki (sekolah, belang, undan,
                                   persimpangan)
                                 • jejambat
                                 • pelindung pejalan kaki
                                 • lampu isyarat (dengan pancaran orang merah/hijau)

                                 7.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat
                                 untuk melintas jalan, contohnya:
                                 • tempat melintas yang ditentukan
                                 • tempat melintas atau persimpangan yang diselia
                                   atau dikawal
                                 • blok tengah apabila kelihatan pemandangan trafik
                                   yang jelas
                                 • jejambat pejalan kaki
                                 • di mana-mana apabila pemandangan trafik dari
                                   setiap arah kelihatan dengan jelas



                                        15
7.1.4 Mengenal pasti tempat yang berbahaya untuk
                 melintas.

                 7.1.5 Membincangkan kelebihan dan keburukan dari
                 aspek keselamatan jika menggunakan atau tidak
                 menggunakan tempat melintas yang ditentukan.

                 7.1.6 Mengenal pasti dan membincangkan pengaruh
                 yang selamat dan tidak selamat dalam pemilihan
                 tempat melintas.

                 7.1.7 Mengenal pasti faktor-faktor (manusia dan
                 persekitaran) yang boleh membuatkan melintas jalan sukar.

                 7.1.8 Membangunkan dan melaksanakan strategi
                 keselamatan untuk menguruskan lintasan yang susah
                 atau rumit.

7.2 Prosedur     7.2.1 Memahami bahawa melintas jalan adalah lebih
yang selamat     selamat apabila langkah tertentu diambil untuk
untuk melintas   menyempurnakan tugas tersebut.
• Berhenti
• Lihat          7.2.2 Mengetahui lima langkah untuk menyempurnakan
• Dengar         tugas melintas jalan dengan selamat.
• Fikir
• Berhati-hati   7.2.3 Menggambarkan Prosedur melintas dan
                 menerangkan setiap langkah.

                 7.2.4 Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran
                 (perkataan dan fizikal) lima langkah yang terlibat dalam
                 melintas jalan dengan selamat – dalam situasi yang
                 dikawal dan diselia.

                 7.2.5 Menerangkan bagaimana tingkah laku melintas
                 jalan mereka menjejaskan keselamatan mereka dan
                 orang lain.

                 7.2.6 Menggunakan pelbagai kemahiran dan
                 pancaindera mereka untuk mengumpl maklumat
                 mengenai lalu lintas. Contohnya:
                 • menggunakan kemahiran kinestesis untuk berhenti
                   di kawasan yang selamat di pinggir jalan
                 • menggunakan petunjuk visual untuk menentukan
                   jalan tidak berhalang
                 • menggunakan kemahiran auditori untuk menentukan
                   arah dan kelajuan lalu lintas
                 • menggunakan kemahiran kognitif untuk menentukan
                   keselamatan peribadi dan komuniti berkaitan
                   dengan melintas jalan



                        16
7.2.7 Menunjukkan Prosedur melintas jalan yang betul
                   dalam pelbagai situasi. Contohnya:
                   • di lampu isyarat
                   • di lintasan sekolah
                   • di lintasan belang atau undan
                   • persimpangan yang tidak dikawal

7.3 Pemilihan      7.3.1 Memahami apa yang dimaksudkan dengan
ruang dan          mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan
pengimbasan        bahaya.

                   7.3.2 Memahami apa yang dimaksudkan dengan
                   pemilihan masa dan ruang serta impak ke atas
                   keselamatan.

                   7.3.3 Di bawah seliaan orang dewasa, menunjukkan
                   berbagai-bagai kemahiran berkaitan dengan melintas
                   dengan selamat dalam situasi yang berbeza-beza,
                   termasuk:
                   • mendemonstrasikan teknik mengimbas untuk
                      mengoptimumkan keselamatan semasa melintas
                   • mempraktikkan anggaran masa ruang
                   • menunjukkan kesedaran penglihatan periferal
                      yang terbatas
                   • menunjukkan kesedaran pembatasan berkaitan
                      pengesanan bunyi lalu lintas
                   • mengaitkan reaksi masa dengan keselamatan
                      diri sendiri
                   • mengagak masa dan jarak ketibaan dan berhenti
                      kenderaan

7.4 Lebih          7.4.1 Membincangkan factor/pengaruh yang melibatkan
banyak keputusan   keputusan mengenai situasi melintas yang selamat
mengenai           dan tidak selamat.
melintas dengan
selamat            7.4.2 Mengenal pasti keputusan pemandu dan
                   penunggang motosikal yang boleh meletakkan pejalan
                   kaki dan penunggang basikal dalam bahaya.

                   7.4.3 Menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan
                   dan strategi untuk membuatkan orang lain sedar
                   perlunya mengikut prosedur melintas jalan yang
                   selamat.

7.5 Memilih        7.5.1 Mengenal pasti jalan dan kawasan yang selamat
jalan yang         dan bahaya di persekitaran mereka.
selamat
                   7.5.2 Membincangkan pertimbangan untuk memilih
                   jalan yang selamat. Contohnya, mudah, masa, jarak.



                         17
7.5.3 Memetakan jalan selamat ke sekolah dan
                                 menjelaskan sebabnya.

                                 7.5.4 Menilai jalan biasa yang diambil dan
                                 menerangkan kenapa dan di mana keadaan adalah
                                 selamat dan/atau berbahaya.

                                 7.5.5 Menerangkan dan mengikut jalan yang
                                 mempunyai tanda arah.

8. Bermain     8.1 Tempat yang 8.1.1 Menerangkan akibat yang bakal berlaku jika
               selamat untuk   bermain di jalan raya atau berdekatan jalan raya.
               bermain
                               8.1.2 Mengenal pasti kawasan bermain yang
                               selamat dan tidak.

               8.2 Kenderaan     8.2.1 Menyenaraikan jenis permainan rekresi beroda
               rekreasi          yang berbeza. Contohnya;
                                 • papan selaju        • skuter
                                 • kasut beroda        • skuter bermotor

                                 8.2.2 Mengenal pasti peralatan perlindungan yang
                                 boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan
                                 mereka yang menggunakan kenderaan rekreasi.
                                 Contohnya,
                                 • topi keledar         • pad siku
                                 • pad lutut

                                 8.2.3 Menerangkan peraturan jalan raya yang terpakai
                                 kepada pengguna kenderaan rekreasi.

9. Kenderaan   9.1 Bas, LRT      9.1.1 Mendefinisikan kenderaan awam dan
awam           dan kereta api    memberikan contoh.

                                 9.1.2 Menyelidik pilihan pengangkutan awam di
                                 kawasan tempatan, dan kelebihan dan kekurangan
                                 menggunakannya.

                                 9.1.3 Membincangkan dan membangunkan prosedur
                                 yang selamat untuk menunggu, menaiki, melakukan
                                 perjalanan, dan turun/keluar dari kenderaan awam.

                                 9.1.4 Mengenal pasti tindakan yang menyumbang
                                 kepada budi bahasa dan tingkah laku penumpang
                                 yang selamat.

                                 9.1.5 Menyelidik dan menilai penggunaan
                                 pengangkutan awam untuk perjalanan tertentu.




                                       18
9.1.6 Di bawah pengawasan orang dewasa, rancang
                                      dan lakukan perjalanan dengan pengangkutan awam.

                                      9.1.7 Mendemonstrasikan prosedur yang selamat
                                      apabila menggunakan pengangkutan awam.

10. Tingkah        10.1 Kesan         10.1.1 Membincangkan bahaya ke atas keselamatan
laku yang          daripada tingkah   diri atau orang lain apabila bertindak mengikut gerak
berisiko apabila   laku yang          hati atau perhatian teralih semasa atau berdekatan
melakukan          berisiko           jalan raya.
perjalanan
                                      10.1.2 Mengenal pasti bagaimana tingkah laku tidak
                                      terduga atau antisosial boleh mengkompromi
                                      keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

                                      10.1.3 Mengenal pasti tingkah laku pengguna jalan
                                      raya yang bertanggungjawab.

                                      10.1.4 Menunjukkan kefahaman tangungjawab
                                      sebagai seorang model pegguna jalan raya yang
                                      selamat kepada rakan sebaya dan yang lebih muda.

                                      10.1.5 Menunjukkan kesedaran tentang apa yang
                                      perlu dilakukan semasa kecemasan.

                                      10.1.6 Meramalkan apa yang perlu diketahui dan buat
                                      untuk menjadi seorang pengembara yang selamat dan
                                      bertanggungjawab pada masa hadapan.

                                      10.1.7 Mengenal pasti kemungkinan sebab atau
                                      factor yang menyumbang kepada nahas jalan raya.

                                      10.1.8 Membangunkan dan mendemonstrasikan
                                      kemahiran dan strategi untuk menangani pengaruh negatif
                                      dari rakan sebaya berkaitan keselamatan jalan raya.

                                      10.1.9 Membincangkan pembabitan tingkah laku yang
                                      berisiko terhadap diri sendiri dan orang lain.

                                      10.1.10 Mengenal pasti strategi untuk menguruskan
                                      tingkah laku yang berisiko orang lain.

11. Pengaruh       11.1 Memikirkan 11.1.1 Mengenal pasti pesanan tersembunyi berkaitan
media dan          tentang         keselamatan dan antikeselamatan dalam media.
budaya popular
dalam                                 11.1.2 Menggambarkan beberapa teknik yang
keselamatan                           digunakan oleh pihak media untuk mempengaruhi
jalan raya                            pemikiran kita berkaitan keselamatan.

                                      11.1.3 Membangunkan dan menggunakan konsep
                                      pengiklanan bagi mencipta kempen keselamatan jalan
                                      raya mereka sendiri.




                                            19
NOTA




 20
Disediakan oleh




Kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

More Related Content

Viewers also liked (13)

Pkjr
PkjrPkjr
Pkjr
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Huraian garis panduan pkjr
Huraian garis panduan pkjrHuraian garis panduan pkjr
Huraian garis panduan pkjr
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocx
 
nota panduan keselamatan jalan raya
nota panduan keselamatan jalan rayanota panduan keselamatan jalan raya
nota panduan keselamatan jalan raya
 
Kpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razaliKpd 3026 rosliza razali
Kpd 3026 rosliza razali
 
Sekolah selamat pergi&balik
Sekolah selamat pergi&balikSekolah selamat pergi&balik
Sekolah selamat pergi&balik
 
Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah
Apakah aktiviti yang diadakan di sekolahApakah aktiviti yang diadakan di sekolah
Apakah aktiviti yang diadakan di sekolah
 
keselamatan
keselamatankeselamatan
keselamatan
 
Sekolah selamat
Sekolah selamatSekolah selamat
Sekolah selamat
 
01 pelan tindakan program sekolah selamat
01 pelan tindakan program sekolah selamat01 pelan tindakan program sekolah selamat
01 pelan tindakan program sekolah selamat
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
Panduan menjawab soalan ringkasan karangan
Panduan menjawab soalan ringkasan karanganPanduan menjawab soalan ringkasan karangan
Panduan menjawab soalan ringkasan karangan
 

Similar to Hsp pkjr

Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
WaddaHaruna
 
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Ribut Taufan
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
Pratheep Regah
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Safiah Sulaiman
 

Similar to Hsp pkjr (20)

Program penting bagi road safety subdit dikmas
Program penting bagi road safety subdit dikmasProgram penting bagi road safety subdit dikmas
Program penting bagi road safety subdit dikmas
 
SEMINAR AKTUALISASI 27 Nov 2018.pptx
SEMINAR AKTUALISASI 27 Nov 2018.pptxSEMINAR AKTUALISASI 27 Nov 2018.pptx
SEMINAR AKTUALISASI 27 Nov 2018.pptx
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Permuafakatan KPM Dan PDRM
 
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docxTahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
Tahap 1 - Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sek Rendah.docx
 
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap iMaster modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
Master modul pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
Kertas kerja program lawatan ke akademi bomba dan penyelamat malaysia 0
 
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
2 modul exemplar pendidikan sivik sek rendah tahap i
 
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdfSIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
SIVIK MODUL TAHAP 1.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdfMODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
MODUL PENDIDIKAN SIVIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH.pdf
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Teks ucapan menteri
Teks ucapan menteriTeks ucapan menteri
Teks ucapan menteri
 
2. pedagogi
2. pedagogi2. pedagogi
2. pedagogi
 
Elemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogiElemen KBAT dalam pedagogi
Elemen KBAT dalam pedagogi
 
005 panduan pendidikan kewangan(1)
005 panduan pendidikan kewangan(1)005 panduan pendidikan kewangan(1)
005 panduan pendidikan kewangan(1)
 
Hsp moral y1
Hsp moral y1Hsp moral y1
Hsp moral y1
 
Laporan Program
Laporan ProgramLaporan Program
Laporan Program
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4Dsk pendidikan jasmani thn 4
Dsk pendidikan jasmani thn 4
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 

Recently uploaded

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 

Recently uploaded (20)

Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptxTEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
TEKNIK MENJAWAB RUMUSAN SPM 2022 - UNTUK MURID.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMAE-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
E-modul Materi Ekosistem untuk kelas X SMA
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 

Hsp pkjr

  • 1. KANDUNGAN KEMAHIRAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIA Tahun 1 - 6 Program bersama Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia
  • 2. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang akan mengunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBANGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN 1
  • 3. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha ber ter usan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara. PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) adalah satu inisiatif jangka masa panjang yang bermula dari peringkat kanak-kanak bagi melahirkan generasi baru pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat, beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha pembentukan bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah boleh menyumbang kepada keharmonian, kemakmuran dan pembangunan Negara. 2
  • 4. GARIS PANDUAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA DALAM BAHASA MALAYSIA Pengenalan Sejak kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah mencapai pembangunan sosioekonomi yang amat memberangsangkan. Mulai tahun 1996, dalam tempoh 10 tahun populasi penduduk Malaysia telah meningkat daripada 21.2 juta kepada 26.4 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan sebanyak 2.5 peratus setahun. Bilangan kenderaan berdaftar juga meningkat dari 7.7 juta pada tahun 1996 ke 14.8 juta pada tahun 2005 dengan purata peningkatan sebanyak 9.3 peratus setahun. Peningkatan yang dinikmati dalam bidang sosioekonomi telah memperlihatkan pertambahan jumlah kes kemalangan jalan raya, iaitu daripada 189,109 kes pada tahun 1996 ke 328,268 kes pada tahun 2005, iaitu peningkatan pada kadar 74 peratus. Oleh sebab itu, satu pelan tindakan telah dirangka khas untuk mengatasi masalah ini. Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 – 2010 telah dirangka khusus untuk dijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program keselamatan jalan raya di Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pelan tindakan tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh dengan pendekatan yang seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya berdasarkan konsep 4 E iaitu kejuruteraan, pendidikan, penguatkuasaan dan alam sekitar (engineering, education, enforcement and environment). Di samping koordinasi, peruntukan kewangan dan mekanisma lain yang terlibat dalam perlaksanaan strategi serta keutamaan dalam merealisasikan matlamat kerajaan bagi menangani masalah keselamatan jalan raya hingga tahun 2010. Pendidikan keselamatan jalan raya ialah asas dan pemangkin bagi mendokong segala program yang boleh membawa kepada perubahan yang diinginkan terhadap tingkah laku, kemahiran dan sikap pemandu. Tanpa program pendidikan Keselamatan jalan raya yang berkesan, langkah pencegahan yang lain akan menjadi lebih sukar untuk dilaksanakan dalam mencapai matlamat dan sasaran yang diingini. 3
  • 5. Tujuan pendidikan keselamatan jalan raya adalah mendidik pemandu dan pengguna jalan yang lain supaya mereka tidak mengambil risiko di jalan raya dan memperlengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran yang bersesuaian. Dengan latihan yang sesuai dan efektif, risiko yang tidak diingini boleh dielakkan. Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti penunggang motosikal, pemandu dan pejalan kaki perlu diberikan latihan pendidikan Keselamatan jalan raya secukupnya melalui program pendidikan yang direka khas bermula dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah. Pendidikan keselamatan jalan raya merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula di peringkat sekolah rendah, merangkumi program bagi mengajarkan amalan keselamatan lalu lintas dari seawal sekolah rendah hingga ke sekolah menengah supaya pendidikan keselamatan jalan raya menjadi sebahagian daripada budaya dan amalan bagi setiap kanak-kanak di Malaysia. Justeru, Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatan kuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 15 Mei 2006. Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dalam kalangan kanak- kanak dan ibu bapa mengenai bahaya semasa berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai seorang pejalan kaki dan pengguna jalan raya. Matlamat Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah rendah bermatlamat untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya bagi melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, murid dapat memahami, menghayati serta mengamalkan langkah-langkah memelihara keselamatan diri dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. 4
  • 6. Objektif Khusus Pada akhir pembelajaran Tahap 1 murid akan dapat: - menunjukkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya - mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya - memahami bahagian jalan dan persekitaran yang selamat - mampu untuk melintas di jalan raya dengan bantuan dan selamat Pada akhir pembelajaran Tahap 2 murid akan dapat: - memahami konsep keselamatan jalan raya - mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya - mampu melintas di jalan raya dengan selamat secara bersendirian - memahami kegunaan alat keselamatan (topi keledar, tali pinggang keledar, permantul cahaya) dan kepentingan penyelenggaraan basikal Kanak-kanak dan Keselamatan Jalan Raya Punca utama kecederaan dan kematian dalam kalangan kanak-kanak di jalan raya ialah mereka tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai keselamatan di jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan raya perlu dibangunkan secara bersesuaian, berterusan dan berperingkat-peringkat dari tahap prasekolah hingga tahap dua sekolah rendah. Kanak-kanak memerlukan penyeliaan aktif dan rapi apabila berada di jalan raya. Perkara ini melibatkan kanak-kanak berumur hingga 12 tahun. Kadar kemalangan yang tinggi dalam kalangan pejalan kaki yang melibatkan kanak- kanak berumur 5 hingga 12 tahun disebabkan oleh peningkatan mobiliti kanak-kanak tersebut. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya penyeliaan atau belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk berada dengan selamat di jalan raya sebagai pejalan kaki, pembonceng dan penunggang basikal. 5
  • 7. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya. Perkembangan yang terhad ini menyebabkan mereka: - tidak dapat mengenal pasti tempat melintas yang selamat tetapi mereka berpendapat bahawa mereka boleh melintas bersendirian - tidak dapat menentukan kelajuan dan jarak kenderaan dengan tepat - tidak dapat mengenal pasti arah bunyi - tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan lalu lintas di jalan raya - tidak dapat memahami perkara-perkara abstrak berkaitan keselamatan di jalan raya - lebih suka menumpukan perhatian kepada satu aspek pada satu masa mudah hilang tumpuan - berkelakuan tidak konsisten ketika di jalan raya - sukar dilihat oleh pemandu kenderaan disebabkan oleh saiz mereka yang kecil Organisasi Kandungan Kandungan sukatan pelajaran keselamatan jalan raya sekolah rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu diamalkan oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan pengetahuan dan pemahaman, kemahiran, amalan serta sikap dan nilai. Hasil pembelajaran ini berdasarkan konsep “Cermat, Tiba Selamat” serta empat tema utama. 6
  • 8. Tema I. Sikap dan tanggungjawab Sikap positif dan kelakuan baik yang harus diamalkan ketika berada di jalan raya. Membolehkan murid mengetahui dan menyedari bahawa mereka bertanggungjawab untuk menentukan tahap Keselamatan mereka di jalan raya. II. Persekitaran Waktu dan keadaan cuaca memerlukan pendekatan yang berlainan dalam memastikan keselamatan diri ketika berjalan. Murid harus memahami tahap penglihatan berubah mengikut waktu dan keadaan cuaca. Murid mesti menggunakan pakaian yang sesuai agar sentiasa selamat. III. Kenal pasti bahaya Mengenal pasti keadaan berbahaya yang terdapat di jalan raya dan mempelajari cara-cara mengatasinya. Perkembangan mental, fizikal dan psikomotor kanak-kanak yang terhad menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dan bahaya ketika berada di jalan raya. IV. Melintas dengan selamat Cara yang baik dan betul untuk melintasi jalan raya secara selamat dalam pelbagai keadaan lalu lintas. Murid harus memahami bahawa setiap keadaan lalu lintas adalah berlainan, cara berjalan dan melintas jalan tidak semestinya sama dalam semua keadaan. Berdasarkan tema di atas, aktiviti pengajaran dan pembelajaran digubal agar merangkumi perkara seperti di bawah. Pada tahap satu, pelajar akan didedahkan dengan kemahiran asas keselamatan jalan raya. Pada tahap dua pula, pelajar akan mula diajar dengan kemahiran keselamatan jalan raya yang lebih kompleks dan mendalam. 7
  • 9. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran tahap satu akan tertumpu kepada tajuk satu hingga lima, manakala aktiviti untuk tahap dua akan meliputi semua tajuk tetapi pengajaran dan pembelajaran akan lebih tertumpu kepada tajuk enam dan tujuh. Tajuk-tajuk yang dimaksudkan adalah seperti berikut: a. melintas dengan selamat b. gunakan tempat yang selamat untuk melintas c. melintas dengan orang dewasa d. memahami persekitaran di jalan raya (termasuk bahagian jalan dan cara-cara perjalanan) e. kenal pasti bahaya f. keselamatan ketika menunggang basikal dan membonceng motosikal g. keselamatan penumpang bas dan kereta Kata Kunci Keselamatan Jalan Raya Sepanjang aktiviti pengajaran, murid akan diperkenalkan dengan pelbagai kata kunci yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. Murid akan didedahkan dengan maksud dan penggunaan kata kunci tersebut dalam kehidupan seharian. • Pejalan kaki • Lampu isyarat • Penunggang basikal • Merah • Pemandu • Kuning • Kenderaan • Hijau • Lintasan pejalan kaki • Simpang • Jejantas • Bulatan • Lorong pejalan kaki • Perhentian bas • Bahaya • Berwaspada • Orang hijau • Peka • Orang merah • Halangan di hadapan • Bahu jalan • Letak kereta (parkir) • Penunggang motosikal • Klinik • Jalan raya • Laluan dua arah • Pengawal lalu lintas 8
  • 10. Tema atau Fokus Hasil Pembelajaran Tingkah laku Pada akhir pelajaran, Penggunaan pelajar sekolah rendah akan: Jalan Raya 1. Persekitaran 1.1 Jenis-jenis 1.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalah tempat jalan raya jalan raya yang kompleks dan berbahaya. 1.1.2 Mendefinisikan lalu lintas dalam bahasa mereka sendiri. 1.1.3 Mengkasifikasikan jalan dalam istilah: • senyap • sibuk • lebar • sempit 1.1.4 Menerangkan bahawa terdapat hierarki jalan di Malaysia dan kenderaan bergerak pada kelajuan yang berbeza di setiap jenis jalan. 1.1.5 Mengenal pasti elemen persekitaran pengangkutan yang: • membantu kita menjadi lebih selamat • membahayakan kita apabila berjalan atau berbasikal 1.2 Bahagian- 1.2.1 Mengenal pasti bahagian tertentu jalan raya bahagian jalan yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai raya pejalan kaki atau penunggang basikal. 1.2.2 Mengenal pasti bahagian jalan raya yang boleh meningkat keselamatan mereka sebagai pejalan kaki atau penunggang basikal, seperti: • laluan kaki • bebendul jalan • lintasan pejalan kaki (contohnya: lintasan belang, lintasan undan, lintasan sekolah, lintasan di persimpangan) • jejambat • pelindung pejalan kaki • garis median • bonggol jalan • hentian bas • penghadang dan pagar jalan • lorong sikal 1.2.3 Menerangkan bagaimana bahagian tertentu jalan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal digunakan bagi meningkatkan keselamatan. 9
  • 11. 1.3 Perabot 1.3.1 Mendefinisikan apa yang dimaksudkan dengan jalan raya perabot jalan raya. Contohnya, pagar, rel adang, lampu jalan, pasu bunga, batas kebun, dll. 1.3.2 Mengenal pasti perabot jalan yang berlainan jenis dan impaknya ke atas keselamatan mereka yang berjalan kaki dan berbasikal. 1.4 Isyarat jalan 1.4.1 Memahami bahawa isyarat jalan raya, tanda raya, tanda jalan jalan dan isyarat trafik digunakan untuk mengawal lalu dan isyarat trafik lintas dan mesti dipatuhi untuk meningkat keselamatan. 1.4.2 Mengenal pasti isyarat jalan asas yang menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.3 Mengenal pasti tanda jalan asas yang menggalakkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.4 Menerangkan ciri-ciri isyarat trafik, seperti lampu isyarat. 1.4.5 Menerangkan urutan isyarat trafik dan tingkah laku yang diperlukan oleh pengguna jalan raya. 1.4.6 Mengklasifikasikan tanda jalan mengikut tujuan utamanya. 1.4.7 Mengenal pasti isyarat jalan asas dan menerangkan impak kepada keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.8 Membincangkan peraturan dan tingkah laku jalan raya yang berkenaan dengan isyarat jalan raya asas. 1.4.9 Mengenal pasti isyrat dan tanda jalan yang lebih kompleks, dan menerangkan impak ke atas keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.4.10 Menerangkan kemungkinan yang akan berlaku akibat mengingkari isyarat jalan raya, tanda jalan dan isyarat trafik. 10
  • 12. 1.5 Aliran lalu 1.5.1 Kenal pasti arah dari mana datangnya lalu lintas. lintas - Arah lalu lintas 1.5.2 Memberikan penerangan ringkas tentang bagaimana isyarat dan tanda jalan yang berlainan mengawal aliran lalu lintas, termasuk pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.5.3 Menerangkan bagaimana waktu/masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik dan keselamatan pejalan kaki. 1.6 Laluan kaki 1.6.1 Mentakrifkan kegunaan laluan kaki dan/atau dan laluan kongsi laluan kongsi (termasuk juga bahu jalan terbuka). untuk pejalan kaki dan 1.6.2 Menerangkan sifat tipikal laluan kaki dan/atau penunggang laluan kongsi di kawasan mereka serta bagaimana basikal ia meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.6.3 Mengenal pasti pengguna jalan raya yang mana mungkin berkongsi laluan, secara sah atau tidak sah, serta kemungkinan bahayanya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 1.6.4 Membandingkan antara penggunaan dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa laluan kaki dan/atau laluan kongsi dengan kemungkinan berlakunya aktiviti berbahaya dan berisiko. 1.6.5 Membangunkan strategi untuk mengelakkan atau menguruskan risiko dan bahaya di laluan kaki dan/atau laluan kongsi. 1.7 Pengguna 1.7.1 Mengenal pasti jenis-jenis pengguna jalan raya jalan raya yang berbeza, contohnya • pejalan kaki • penumpang • pembonceng • penumpang pengangkutan awam • pemandu • penunggang motosikal • penunggang basikal • pengguna kerusi roda – sama ada bermotor atau tidak • pengguna permainan beroda (Papan selaju, kasut roda) 1.7.2 Memahami bahawa semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dalam setiap perjalanan, dan kemahiran keselamat pejalan kaki adalah penting. 11
  • 13. 2. Kenderaan 2.1 Jenis dan 2.1.1 Mengenal pasti jenis kenderaan yang berbeza, ciri-ciri kenderaan contohnya: • kereta • LRT / kereta api • bas • kenderaan kecemasan • lori • ambulans • basikal • kereta polis • motosikal • kenderaan bomba 2.1.2 Mengenal pasti kenderaan sebagai: • laju • menghampiri • perlahan • menjauh • dekat • mengundur • jauh • membelok 2.1.3 Menyenaraikan bahaya oleh kenderaan kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.1.4 Mengenali cirri-ciri keselamatan pada kenderaan untuk pejalan kaki, penunggan basikal, penumpang dan pemandu serta menerangkan fungsinya. 2.1.5 Menceritakan faktor yang menghalang pemandangan pemandu ke jalan dan pejalan kaki. 2.1.6 Memahami apa yang dimaksudkan dengan titik buta serta impaknya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal. 2.1.7 Membandingkan dan membezakan antara masa dengan jarak berhenti kenderaan yang berbeza. 3. Peraturan 3.1 Mengetahui 3.1.1 Menerangkan mengapa peraturan dan undang- dan undang- tentang peraturan undang jalan raya itu perlu untuk keselamatan semua undang jalan dan undang- pengguna jalan raya. raya undang jalan raya serta 3.1.2 Mengenal pasti perbezaan antara peraturan menggunakannya dengan undang-undang jalan raya. 3.1.3 Menghuraikan bagaimana dan mengapa peraturan dan undang-undang jalan raya diaplikasikan kepada: • pejalan kaki • penunggang basikal – terutama apabila • pemandu melintas jalan • penunggang motosikal • penumpang 3.1.4 Mengenal pasti peraturan jalan raya, undang- undang jalan raya, dan lain-lain prosedur keselamatan, paling relevan kepada mereka di persekitaran mereka. 12
  • 14. 3.1.5 Menceritakan kemungkinan akibat apabila peraturan dan undang-undang jalan raya dilanggar atau tidak diendahkan. 3.1.6 Mereka dan menilai kod tingkah laku untuk: • pejalan kaki • penunggang basikal • pengguna pengangkutan awam 4. Sebagai 4.1 Sokongan 4.1.1 Menerangkan bahawa berjalan di jalan raya atau pejalan kaki daripada orang berdekatan jalan raya adalah lebih selamat apabila dewasa dan yang bersama orang dewasa atau yang lebih tua. lebih tua 4.2 Arah yang 4.2.1 Menerangkan kenapa berjalan menghadap lalu paling selamat lintas adalah lebih selamat daripada berjalan mengikut untuk berjalan arah yang sama dengan kenderaan. kaki 4.3 Darjah 4.3.1 Menunjukkan kesedaran kesan daripada saiz penglihatan badan mereka yang kecil terhadap keselamatan mereka. 4.3.2 Menunjukkan kefahaman keatas kaitan antara berada dalam keadaan selamat dan boleh dilihat. 4.3.3 Menerangkan bagaimana keadaan cuaca tertentu dan pencahayaan boleh memberi kesan terhadap keselamatan pejalan kaki dan penunggang basikal. 4.3.4 Menilai kebolehpantulan sesuatu benda atau pakaian dan alat tambahan kepada kasut dan beg yang dapat meningkatkan darjah penglihatan pejalan kaki. 5. Sebagai 5.1 Berbasikal 5.1.1 Memahami bahawa menunggang basikal di jalan penunggang dengan selamat raya di bawah umur 10 tahun adalah berbahaya. basikal 5.1.2 Menerangkan bagaimana topi keledar melindungi penunggang jika berlaku nahas, dan kenapa penting untuk memakainya dengan betul. 5.1.3 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan betul. 5.1.4 Melakukan penyelenggaraan mudah ke atas basikal dan topi keledar mereka. 5.1.5 Menunjukkan cara untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka sendiri apabila menunggang basikal. 13
  • 15. 5.1.6 Mengambarkan dan menerangkan pelbagai jenis pakaian yang boleh meningkatkan darjah penglihatan penunggang basikal dalam keadaan cuaca dan masa yang berbeza 5.1.7 Belajar dan menunjukkan kemahiran asas menunggang basikal. 5.1.8 Menunjukkan kebolehan untuk mengimbas apabila menunggang basikal untuk menilai dan menguruskan kebarangkalian risiko. 5.1.9 Menunjukkan kebolehan untuk menunggang dengan yakin di jalan raya, laluan kaki, laluan sikal dan laluan kongsi. 6. Sebagai 6.1 Tingkat laku 6.1.1 Menerangkan kepentingan untuk menjadi penumpang yang selamat penumpang yang selamat dan bertanggungjawab. dan bertanggung- jawab seseorang 6.1.2 Menyenaraikan cara penumpang boleh penumpang menyumbang kepada keselamatan orang lain. 6.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat dalam kenderaan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun melakukan perjalanan. 6.2 Penggunaan 6.2.1 Mendefinisikan alat penahan alat penahan • tali pinggang keledar • tempat duduk kereta • tali pinggang riba • kapsul bayi • abah-abah kanak-kanak 6.2.2 Menyenaraikan dan membincangkan pelbagai jenis alat penahan untuk penumpang berlainan usia dan menerangkan kenapa setiap satunya bersesuaian. 6.2.3 Menunjukkan bagaimana alat penahan yang bersesuaian dikancingkan dan dilaraskan supaya muat kepada pemakainya. 6.2.4 Membincangkan tanggungjawab undang-undang oleh penumpang supaya memakai tali pinggang keledar dengan betul. 6.2.5 Membandingkan situasi sama ada alat penahan digunakan atau tidak serta membuat kesimpulan tentang alat penahan dan keselamatan. 6.2.6 Menerangkan akibat kepada penumpang dan objek di dalam kenderaan apabila kenderaan tersebut membelok dengan tajam atau melanggar objek. 6.3 Penggunaan 6.3.1 Membincangkan kepentingan pemakaian topi topi keledar keledar dengan betul. 14
  • 16. 6.3.2 Menerangkan kepentingan topi keledar melindungi penunggang jika berlaku kemalangan. 6.3.3 Membandingkan situasi dimana topi keledar digunakan atau tidan serta membuat kesimpulan tentang topi keledar dan keselamatan. 6.3.4 Memakai dan mengetatkan topi keledar dengan betul. 6.3.5 Menunjukkan kepekaan tentang kepentingan dan strategi untuk membuat orang lain peka tentang penggunaan topi keledar dengan betul. 6.4 Memasuki 6.4.1 Membincangkan tingkah laku yang selamat dan keluar dari untuk memasuki dan keluar dari kenderaan. kenderaan dengan selamat 6.4.2 Menerangkan kenapa adalah lebih selamat – kereta dan untuk memasuki dan keluar dari kenderaan dari motorsikal sebelah bebendul jalan. 6.4.3 Menerangkan dan menunjukkan tingkah laku yang bersesuaian untuk memasuki dan keluar dari kenderaan. 7. Melintas 7.1 Memilih 7.1.1 Memahami bahawa jalan raya adalah jalan dengan tempat yang berbahaya, melintas jalan adalah kompleks dan orang selamat selamat untuk dewasa boleh membantu kanak-kanak untuk melintas melintas jalan dengan selamat. 7.1.2 Mengenal pasti dan menerangkan bahagian- bahagian persekitaran jalan raya yang dapat meningkatkan keselamatan sewaktu melintas, contohnya: • lintasan pejalan kaki (sekolah, belang, undan, persimpangan) • jejambat • pelindung pejalan kaki • lampu isyarat (dengan pancaran orang merah/hijau) 7.1.3 Mengenal pasti tempat yang paling selamat untuk melintas jalan, contohnya: • tempat melintas yang ditentukan • tempat melintas atau persimpangan yang diselia atau dikawal • blok tengah apabila kelihatan pemandangan trafik yang jelas • jejambat pejalan kaki • di mana-mana apabila pemandangan trafik dari setiap arah kelihatan dengan jelas 15
  • 17. 7.1.4 Mengenal pasti tempat yang berbahaya untuk melintas. 7.1.5 Membincangkan kelebihan dan keburukan dari aspek keselamatan jika menggunakan atau tidak menggunakan tempat melintas yang ditentukan. 7.1.6 Mengenal pasti dan membincangkan pengaruh yang selamat dan tidak selamat dalam pemilihan tempat melintas. 7.1.7 Mengenal pasti faktor-faktor (manusia dan persekitaran) yang boleh membuatkan melintas jalan sukar. 7.1.8 Membangunkan dan melaksanakan strategi keselamatan untuk menguruskan lintasan yang susah atau rumit. 7.2 Prosedur 7.2.1 Memahami bahawa melintas jalan adalah lebih yang selamat selamat apabila langkah tertentu diambil untuk untuk melintas menyempurnakan tugas tersebut. • Berhenti • Lihat 7.2.2 Mengetahui lima langkah untuk menyempurnakan • Dengar tugas melintas jalan dengan selamat. • Fikir • Berhati-hati 7.2.3 Menggambarkan Prosedur melintas dan menerangkan setiap langkah. 7.2.4 Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran (perkataan dan fizikal) lima langkah yang terlibat dalam melintas jalan dengan selamat – dalam situasi yang dikawal dan diselia. 7.2.5 Menerangkan bagaimana tingkah laku melintas jalan mereka menjejaskan keselamatan mereka dan orang lain. 7.2.6 Menggunakan pelbagai kemahiran dan pancaindera mereka untuk mengumpl maklumat mengenai lalu lintas. Contohnya: • menggunakan kemahiran kinestesis untuk berhenti di kawasan yang selamat di pinggir jalan • menggunakan petunjuk visual untuk menentukan jalan tidak berhalang • menggunakan kemahiran auditori untuk menentukan arah dan kelajuan lalu lintas • menggunakan kemahiran kognitif untuk menentukan keselamatan peribadi dan komuniti berkaitan dengan melintas jalan 16
  • 18. 7.2.7 Menunjukkan Prosedur melintas jalan yang betul dalam pelbagai situasi. Contohnya: • di lampu isyarat • di lintasan sekolah • di lintasan belang atau undan • persimpangan yang tidak dikawal 7.3 Pemilihan 7.3.1 Memahami apa yang dimaksudkan dengan ruang dan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan pengimbasan bahaya. 7.3.2 Memahami apa yang dimaksudkan dengan pemilihan masa dan ruang serta impak ke atas keselamatan. 7.3.3 Di bawah seliaan orang dewasa, menunjukkan berbagai-bagai kemahiran berkaitan dengan melintas dengan selamat dalam situasi yang berbeza-beza, termasuk: • mendemonstrasikan teknik mengimbas untuk mengoptimumkan keselamatan semasa melintas • mempraktikkan anggaran masa ruang • menunjukkan kesedaran penglihatan periferal yang terbatas • menunjukkan kesedaran pembatasan berkaitan pengesanan bunyi lalu lintas • mengaitkan reaksi masa dengan keselamatan diri sendiri • mengagak masa dan jarak ketibaan dan berhenti kenderaan 7.4 Lebih 7.4.1 Membincangkan factor/pengaruh yang melibatkan banyak keputusan keputusan mengenai situasi melintas yang selamat mengenai dan tidak selamat. melintas dengan selamat 7.4.2 Mengenal pasti keputusan pemandu dan penunggang motosikal yang boleh meletakkan pejalan kaki dan penunggang basikal dalam bahaya. 7.4.3 Menunjukkan kesedaran mengenai kepentingan dan strategi untuk membuatkan orang lain sedar perlunya mengikut prosedur melintas jalan yang selamat. 7.5 Memilih 7.5.1 Mengenal pasti jalan dan kawasan yang selamat jalan yang dan bahaya di persekitaran mereka. selamat 7.5.2 Membincangkan pertimbangan untuk memilih jalan yang selamat. Contohnya, mudah, masa, jarak. 17
  • 19. 7.5.3 Memetakan jalan selamat ke sekolah dan menjelaskan sebabnya. 7.5.4 Menilai jalan biasa yang diambil dan menerangkan kenapa dan di mana keadaan adalah selamat dan/atau berbahaya. 7.5.5 Menerangkan dan mengikut jalan yang mempunyai tanda arah. 8. Bermain 8.1 Tempat yang 8.1.1 Menerangkan akibat yang bakal berlaku jika selamat untuk bermain di jalan raya atau berdekatan jalan raya. bermain 8.1.2 Mengenal pasti kawasan bermain yang selamat dan tidak. 8.2 Kenderaan 8.2.1 Menyenaraikan jenis permainan rekresi beroda rekreasi yang berbeza. Contohnya; • papan selaju • skuter • kasut beroda • skuter bermotor 8.2.2 Mengenal pasti peralatan perlindungan yang boleh digunakan untuk meningkatkan keselamatan mereka yang menggunakan kenderaan rekreasi. Contohnya, • topi keledar • pad siku • pad lutut 8.2.3 Menerangkan peraturan jalan raya yang terpakai kepada pengguna kenderaan rekreasi. 9. Kenderaan 9.1 Bas, LRT 9.1.1 Mendefinisikan kenderaan awam dan awam dan kereta api memberikan contoh. 9.1.2 Menyelidik pilihan pengangkutan awam di kawasan tempatan, dan kelebihan dan kekurangan menggunakannya. 9.1.3 Membincangkan dan membangunkan prosedur yang selamat untuk menunggu, menaiki, melakukan perjalanan, dan turun/keluar dari kenderaan awam. 9.1.4 Mengenal pasti tindakan yang menyumbang kepada budi bahasa dan tingkah laku penumpang yang selamat. 9.1.5 Menyelidik dan menilai penggunaan pengangkutan awam untuk perjalanan tertentu. 18
  • 20. 9.1.6 Di bawah pengawasan orang dewasa, rancang dan lakukan perjalanan dengan pengangkutan awam. 9.1.7 Mendemonstrasikan prosedur yang selamat apabila menggunakan pengangkutan awam. 10. Tingkah 10.1 Kesan 10.1.1 Membincangkan bahaya ke atas keselamatan laku yang daripada tingkah diri atau orang lain apabila bertindak mengikut gerak berisiko apabila laku yang hati atau perhatian teralih semasa atau berdekatan melakukan berisiko jalan raya. perjalanan 10.1.2 Mengenal pasti bagaimana tingkah laku tidak terduga atau antisosial boleh mengkompromi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 10.1.3 Mengenal pasti tingkah laku pengguna jalan raya yang bertanggungjawab. 10.1.4 Menunjukkan kefahaman tangungjawab sebagai seorang model pegguna jalan raya yang selamat kepada rakan sebaya dan yang lebih muda. 10.1.5 Menunjukkan kesedaran tentang apa yang perlu dilakukan semasa kecemasan. 10.1.6 Meramalkan apa yang perlu diketahui dan buat untuk menjadi seorang pengembara yang selamat dan bertanggungjawab pada masa hadapan. 10.1.7 Mengenal pasti kemungkinan sebab atau factor yang menyumbang kepada nahas jalan raya. 10.1.8 Membangunkan dan mendemonstrasikan kemahiran dan strategi untuk menangani pengaruh negatif dari rakan sebaya berkaitan keselamatan jalan raya. 10.1.9 Membincangkan pembabitan tingkah laku yang berisiko terhadap diri sendiri dan orang lain. 10.1.10 Mengenal pasti strategi untuk menguruskan tingkah laku yang berisiko orang lain. 11. Pengaruh 11.1 Memikirkan 11.1.1 Mengenal pasti pesanan tersembunyi berkaitan media dan tentang keselamatan dan antikeselamatan dalam media. budaya popular dalam 11.1.2 Menggambarkan beberapa teknik yang keselamatan digunakan oleh pihak media untuk mempengaruhi jalan raya pemikiran kita berkaitan keselamatan. 11.1.3 Membangunkan dan menggunakan konsep pengiklanan bagi mencipta kempen keselamatan jalan raya mereka sendiri. 19
  • 22. Disediakan oleh Kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia