1. TUGASAN 6 : INDIVIDU
1) Apakah perasaan anda terhadap program ini ( satu ayat sahaja ).
Perasaan yang sangat seronok kerana berjaya serta dapat bersama adik-adik untuk
memberi sedikit suntikan semangat dan kesedaran bersama walaupun pada mulanya
agak sedikit takut dan gementar terhadap respon mereka.
2) Apakah pengalaman paling menarik yang anda alami dalam program ini.
Pengalaman yang paling menarik yang saya dapat dalam program ini apabila saya
diminta kehadapan untuk membuat sesi “refreshment” bersama sahabat saya. Kami
berjaya membuat adik-adik memberikan focus dengan setiap apa yang mereka lakukan.
Selain itu, cara untuk membuatkan adik-adik memberi fokus iaitu “shower-ssshhhhh”
berjaya dilakukan supaya fokus terhadap apa yang cuba disampaikan.
3) 1 cadangan penambahbaikkan.
Maklumkan kepada ibubapa/penjaga/pemandu van tentang program ini supaya mereka
sedia maklum jika mereka balik sedikit lambat daripada biasa untuk mengelakkan salah
faham.