SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
Ruj. Kami   :   KP.S(TT)0163/5/(      )

                                            Tarikh      :        Zulhijjah 1427
                                                                 Disember 2006

Semua Ketua Bahagian / Jabatan
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pengarah Institusi Perguruan
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi
Semua Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
Semua Pegawai Pendidikan Daerah/Gabungan/Bahagian
Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,


SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
                          BIL. 1 TAHUN 2006


         GARIS PANDUAN KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR
         SEBAGAI GURU TUISYEN ATAU TENAGA PENGAJAR SAMBILAN


TUJUAN

1.     Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan adalah untuk memberi
garis panduan yang terperinci mengenai pengendalian dan syarat-syarat, khusus
kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan, bagi
anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.

LATARBELAKANG

2.     Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mengeluarkan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pekerjaan Luar . Menerusi surat
tersebut Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan kepada mereka yang berkenaan. Namun begitu, sejak kebelakangan
ini banyak aduan yang telah diterima dan dibangkitkan samada di media cetak
mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru
tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan samada mereka telah diberi kebenaran
atau tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki
yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan institusi
pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan dalam mempromosi khidmat
tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi.




                                       1
3.    Pada dasarnya seseorang pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan
pekerjaan luar yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan
samada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan
Kementerian terhadap keperluan para pelajar dalam mendalami ilmu dan menguasai
pembelajaran tambahan, Kementerian telah membenarkan para pendidik untuk
membimbing pelajar melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan
swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan
kepentingan dirinya sebagai penjawat awam. Kebenaran bersyarat ini adalah
sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan aktiviti tersebut selaras dengan
kehendak      Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.


SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN
DAN TENAGA PENGAJAR SAMBILAN

4.     Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai
guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan :-

      4.1   pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai              Perkhidmatan
            Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan;

      4.2   permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan
            sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar
            secara sambilan bermula;

      4.3   pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan
            hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu;

      4.4   pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi
            iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;

      4.5   pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di
            dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli
            keluarga termasuk suami / isteri / ibu / bapa / adik beradik / saudara
            mara yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;

      4.6   pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat
            tuisyen / ‘home tuition’ atau seumpama dengannya, dengan sebarang
            bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada
            pelajar;

      4.7   pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi
            khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan
            Pelajaran Negeri masing-masing;

      4.8   khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi
            pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat;




                                       2
4.9    pemohon tidak digalakkan memberi khidmat mengajar di luar stesyen /
            kawasan tempat beliau bertugas (luar stesyen bermaksud jarak lokasi
            tempat khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan dengan
            pejabat tidak lebih daripada 25 km);

     4.10   pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat
            untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan;

     4.11   tempoh pemohon memegang jawatan sebagai guru tuisyen atau
            tenaga pengajar sambilan dihadkan satu (1) tahun, tetapi boleh
            dilanjutkan dengan menggunakan permohonan seperti kali pertama;

     4.12   pemohon hendaklah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing-
            masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan perkhidmatan.
            Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak sesuatu
            permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang
            tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
            Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;

     4.13   kuasa untuk meluluskan permohonan pemohon terletak kepada budi
            bicara Pihak Berkuasa Meluluskan dan keputusan adalah muktamad;
            dan

     4.14   Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik kelulusan yang
            telah diberikan jika didapati pemohon melanggar mana-mana syarat
            yang telah ditetapkan.

TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN

5.    Pegawai dan kakitangan yang bercadang melakukan tuisyen atau sebagai
tenaga pengajar sambilan hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan
dokumen berikut:-

            i.     dua (2) salinan borang seperti di Lampiran A
            ii.    salinan buku rekod perkhidmatan
            iii.   jadual waktu mengajar di sekolah
            iv.    lesen pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran
                   Negeri (bagi Pusat Tuisyen Swasta)
            v.     surat tawaran pelantikan sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga
                   Pengajar Sambilan
            vi.    jadual waktu mengajar sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga
                   Pengajar Sambilan

PERANAN KETUA JABATAN

6.    Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi penerangan serta
nasihat yang sewajarnya mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada
pegawai dan kakitangan yang terlibat.




                                      3
7.      Ketua Jabatan juga adalah dinasihatkan supaya meneliti semua permohonan
agar menepati syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang di tetapkan di butiran 3
pekeliling ini dan syarat-syarat Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu pekerjaan luar itu:-

      i.     tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai dikehendaki
             menjalankan tugas rasminya;

      ii.    tidak dengan apa cara menjejaskan kegunaan pegawai sebagai
             penjawat awam; dan

      ii.    tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan
             atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai
             seorang pegawai awam.

PIHAK BERKUASA MELULUSKAN

8.    Pihak Berkuasa Meluluskan yang dimaksudkan dalam Surat Pekeliling ini
adalah Ketua Setiausaha bagi pemohon yang terdiri dari pegawai dalam Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 dan
keatas.

9.     Pihak Berkuasa Meluluskan bagi pemohon dari Gred 44 dan 41 dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan adalah Ketua
Jabatan di bawah bidang kuasa masing-masing. Walaubagaimanapun Pihak
Berkuasa Meluluskan permohonan di peringkat sekolah-sekolah ialah Pengarah
Pelajaran Negeri sementara permohonan di peringkat Institut Perguruan ialah
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. Manakala permohonan di peringkat Kolej
Matrikulasi ialah Pengarah Bahagian Matrikulasi dan Pengarah Bahagian
Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi Sekolah Menengah Teknik dan
Vokasional.

10.   Manakala, Pihak Berkuasa Meluluskan bagi anggota Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ditempatkan di lain-lain Kementerian atau Agensi Kerajaan samada
secara pentadbiran, pinjaman, pertukaran sementara atau kader yang mana Pihak
Berkuasa Meluluskan bagi pegawai yang berkenaan ialah Ketua Jabatan masing-
masing.

11.     Semasa Pihak Berkuasa Meluluskan menimbangkan sesuatu permohonan
sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan, penglibatan pemohon dengan
aktiviti lain selain dari tugas rasmi serta kekerapan dan tempoh masa yang
digunakan hendaklah diambilkira bagi memastikan bahawa khidmat tuisyen atau
mengajar secara sambilan yang dipohon tidak akan menambah beban kerja di
sekolah atau pejabat. Pihak Berkuasa Meluluskan hendaklah memastikan perkara
yang dinyatakan ini diperiksa balas seperti mana yang diperturunkan di dalam setiap
ruangan format borang permohonan yang disertakan ini.




                                        4
TINDAKAN TATATERTIB

12.    Bagi memudahkan urusan pemantauan dan kawalan di peringkat pusat,
Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan sesalinan surat keputusan pegawai yang
telah diluluskan / tidak diluluskan dengan pekerjaan luar mengikut jenis pekerjaan ke
Kementerian untuk tujuan rekod. Contoh surat keputusan seperti di Lampiran B.

13.    Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengawasi pegawai dan
kakitangan dari semasa ke semasa yang didapati melakukan pekerjaan luar sebagai
guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan tanpa kebenaran ataupun pegawai dan
kakitangan yang telah diberi kelulusan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.

14.    Tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pegawai yang melakukan
pekerjaan luar tanpa kebenaran atau telah melanggar mana-mana syarat
sepertimana di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993.

15.    Tindakan Tatatertib juga boleh dikenakan kepada mana-mana Ketua Jabatan
yang didapati cuai menyelia aktiviti pekerjaan luar di kalangan bawahannya atau
tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

LAPORAN BERKALA MENGENAI STATUS PERMOHONAN MELAKUKAN
PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN TENAGA PENGAJAR
SAMBILAN

16.    Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan kepada Kementerian laporan
status guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan yang diluluskan di bawah
tanggungan masing-masing 6 bulan sekali pada setiap tahun dengan menggunakan
borang seperti di Lampiran C. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke
alamat berikut:

                    Ketua Setiausaha
                    Kementerian Pelajaran Malaysia
                    Bahagian Sumber Manusia
                    Aras 1-5, Blok E12
                    Kompleks Kerajaan Parcel E
                    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                    62604 PUTRAJAYA
                    (u.p: Setiausaha Bahagian)

TARIKH KUATKUASA DAN PEMAKAIANNYA

17.    Surat Pekeliling ini tidak terpakai kepada guru yang terlibat dengan Skim
Baucer Tuisyen (SBT) di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.
Walaubagaimanapun, guru berkenaan tidak digalakkan memberi khidmat tuisyen
persendirian / swasta atau mengajar secara sambilan di mana-mana di institusi
pendidikan swasta mahupun universiti kerana dikhuatiri akan menambah beban
kerja di sekolah atau pejabat serta mengganggu konsentrasi dan prestasi tugas
hakiki pegawai disamping terlibat dalam Skim Baucer Tuisyen. Sehubungan dengan


                                         5
itu, Ketua Jabatan hendaklah memantau dan meneliti prestasi pegawai sebelum
meluluskan sebarang permohonan.

18.   Pekeliling ini turut terpakai kepada anggota Kementerian Pelajaran Malaysia
yang ditempatkan di lain-lain Kementerian atau Agensi Kerajaan samada secara
pentadbiran, pinjaman, pertukaran sementara atau kader yang mana Pihak
Berkuasa Meluluskan bagi pegawai yang berkenaan ialah Ketua Jabatan masing-
masing.

19.    Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya
dikeluarkan manakala Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 masih
digunapakai bagi lain-lain jenis pekerjaan luar yang dibenarkan.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”



( DATUK Dr. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG )
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

        Disember 2006


s.k :
KPPA
KPPM
Semua TKSU
Semua TKPPM
TKPP (Jabatan Teknikal)
TKPP (Jabatan Sekolah)
TKPP (Jabatan Swasta)
TKPP (Jabatan Khas)
TKPP (Jabatan JAPIM)
SUSK YB Menteri
SUSK YB Timbalan Menteri
SUSK YB Setiausaha Parlimen
Ketua Jabatan kepada Pegawai-pegawai Pinjaman (Seperti di Lampiran I)




                                       6
LAMPIRAN A

            PERMOHONAN UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN
      LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN / TENAGA PENGAJAR SAMBILAN



Bahgian 1 : Butir-butir Pemohon


1.   Nama Penuh (Huruf Besar) ………………………………………………………

2.   Nombor Kad Pengenalan ………………………………………………………..

3.   (i)     Tarikh Lahir ………………………………………………………………...

     (ii)    Umur Pada Tarikh Memohon …………………………………………….

4.   (I)     Nama Jawatan Yang Disandang Sekarang …………………………….

     (ii)    Gred Jawatan Hakiki ……………………………………………………...

     (iii)   Skim Perkhidmatan ………………………………………………………...

5.   (i)     Alamat Penuh Tempat Betugas    ………………………………………..

               ………………………………………………………………………………

6.   (i)     Tarikh Lantikan Dalam Perkhidmatan Sekarang ………………...

     (ii)    Tarikh Pengesahan Jawatan ……………………………………………..

     (iii)   Taraf Perkhidmatan :   Tetap / Percubaan / Kontrak / Sementara *

7.   (i)     Gaji Bulanan RM …………………………………………………………..

     (ii)    Elaun-elaun RM …………………………………………………………..

8.   Sila nyatakan mata pelajaran dan kelas yang diajar :

     Jenis Mata Pelajaran                          Kelas

     …………………………………………                       ………………………………………..

     ………………………………………..                       …………………………………………

     ………………………………………..                       …………………………………………

     ………………………………………..                       ………………………………………..



                                       7
9.    Nyatakan Kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum yang dipertanggungjawabkan di
      sekolah :


      Jenis Aktiviti Ko-Kurikulum      Kekerapan Dalam Seminggu        Tempoh
                                       (Berapa kali)                   (Jam)


      i) ………………………………                   …………………………………                  …………

      ii) ………………………………                  …………………………………                  …………

      iii) ……………………………..                …………………………………                  ………….


10.   Jawatan-jawatan lain yang dipegang di sekolah (sebutkan nama jawatan) :

      ………………………………………………………………………………………..

           ………………………………………………………………………………………

11.   Nyatakan markah Penilaian Prestasi Tahun bagi 3 tahun yang terkini :

      i)     Tahun ……………….                    Markah …………………

      ii)    Tahun ……………….                    Markah …………………

      iii)   Tahun ………………..                   Markah ………………….



Bahagian II :    Keterangan Mengenai Pekerjaan Luar sebagai Guru Tuisyen /
                 Tenaga Pengajar Sambilan Yang Ingin Dipohon Kebenaran


1.    Matapelajaran yang diajar :   i) ………………………………………..

                                     ii) ……………………………………….


2.    Tempat :
                 ………………………………………………………………………………
                 ….

3.    Jika Pusat tuisyen, sila nyatakan No. Pendaftaran :
      ………………………………..




                                        8
4.    Tempoh Kelulusan dipohon mulai ………………….. hingga
      ………………………...


6.    Masa :    Dalam waktu pejabat                Di luar waktu pejabat


      ( Tandakan      dalam kotak yang berkenaan )


7.    Tempoh masa (jam) dalam seminggu
      …………………………………………………..

8.    Kekerapan dalam seminggu
      ……………………………………………………………..

9.    Bayaran yang diterima sebulan RM
      ……………………………………………………

10.   Sama ada menggunakan kemudahan pejabat atau tidak :        Ya / Tidak *

11.   Adakah pernah diluluskan melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen /
      tenaga pengajar sambilan :

      Ya / Tidak *

12.   Jika Ya, sila penuhi maklumat di bawah :

      Nama pekerjaan luar               No. rujukan surat kelulusan dan tarikh

      ……………………………….                      ………………………………………

      ……………………………….                      ………………………………………

      ……………………………….                      ………………………………………




                                        9
Bahagian III :   Perakuan Pegawai

Saya ………………………………………………… mengaku bahawa butir-butir yang
dinyatakan di atas adalah benar.

2.   Dengan ini saya memohon kelulusan untuk melakukan pekerjaan luar seperti di
Bahagian II dan berjanji akan mematuhi syarat yang dikenakan.



Tarikh : …………………………

                                              …………………………………………….
                                                 ( Tandatangan Pegawai )

Bahagian V : Perakuan Ketua Jabatan

1.     Saya mengesahkan bahawa :

          i)     Semua maklumat yang diberikan oleh pegawai di atas adalah benar.

          ii)    Pekerjaan ini * menjejaskan / tidak menjejaskan kegiatan kurikulum
                 dan
                 Ko-kurikulum di jabatan / bahagian / maktab / sekolah.

2.     Ulasan nilaian prestasi semasa pegawai secara ringkas :

       …………………………………………………………………………………………….

       …………………………………………………………………………………………….

3.     Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai atas sebab-sebab
       berikut:-

       ……………………………………………………………………………………………..

       ……………………………………………………………………………………………..


     Tarikh ……………………….                                ……………………………………..
                                                       Tandatangan Ketua Jabatan


                                                      ……………………………………
                                                          ( Nama Penuh )

                                                      ……………………………………
                                                     Cop Jabatan/Bahagian/Maktab/
                                                                 Sekolah



                                        10
Bahagian VI :    Untuk Pertimbangan Bagi Permohonan Gred 44 dan Ke Bawah
                 (Ulasan dan Keputusan Pengarah Pelajaran Negeri / Bahagian
                 PendidikanGuru)


1.   Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini atas sebab-
     sebab berikut:-

     ……………………………………………………………………………………....

     ………………………………………………………………………………………



2.   Keputusan

     Tidak diluluskan


     Diluluskan tertakluk kepada
     syarat-syarat yang ditetapkan


     ( Tandakan (       ) mana yang berkenaan )


Tarikh ……………….
                                                 …………………………………….
                                                 Tandatangan Pengarah
                                              Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian
                                                        Pendidikan Guru )


                                                  …………………………………….
                                                      ( Nama Penuh )


                                                  ……………………………………
                                                    Cop Jabatan / Bahagian




                                       11
Bahagian VI :     Untuk Pertimbangan Bagi Permohonan Gred 48 dan ke atas
                  (Ulasan Pengarah Pelajaran Negeri / Bahagian Pendidikan Guru)


3.    Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini atas sebab-
      sebab berikut:-


     …………………………………………………………………………………….............


     ……………………………………………………………………………………………..



                                                  ……………………………………….
                                                      Tandatangan Pengarah
                                               *(Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian
                                                          Pendidikan Guru)

                                                   ………………………………………….
                                                        ( Nama Penuh )

                                                   …………………………………………
                                                      Cop Jabatan/Bahagian

4.    Keputusan Ketua Setiausaha Kementerian


      Tidak diluluskan


      Diluluskan tertakluk kepada
      syarat-syarat yang ditetapkan


      ( Tandakan (       ) mana yang berkenaan )

                                                          …………………………………
                                                              (Tandatangan )

                                                          …………………………………
                                                              ( Nama Penuh )

                                                          …………………………………
                                                              (Cop Jawatan)

* Potong yang mana tidak berkenaan.




                                        12
LAMPIRAN B1


Melalui dan salinan:



( Sila catatkan kebenaran ini dalam Buku Perkhidmatan pegawai )

Tuan / Puan,

Kebenaran Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen / Tenaga
Pengajar Sambilan
Nama:
No. K/P:
Jawatan dan Gred:


Saya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan / puan untuk melakukan
pekerjaan luar sebagai *Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar Sambilan di
_________________ adalah diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut:

      (i)      tempoh memegang jawatan dihadkan satu (1) tahun mulai dari
               _________ hingga ___________ . Sebarang perlanjutan tempoh
               hendaklah mengemukakan permohonan yang baru;

      (ii)     *Khidmat tuisyen / mengajar secara sambilan itu tidak mengganggu
               tugas rasmi pegawai sebagai pegawai awam dan dijalankan di luar
               waktu pejabat;

      (iii)    pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan
               hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu;

      (iv)     pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan itu
               tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan
               atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai
               pegawai awam;

      (v)      Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik mana-mana
               kelulusan yang telah diberikan jika didapati tuan / puan melanggar
               mana-mana syarat yang telah ditetapkan dan keputusan adalah
               muktamad.

               *Sila potong yang tidak berkenaan




                                         13
Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia.

s.k   :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Tatatertib)




                                     14
LAMPIRAN B2



Melalui dan Salinan :



(Sila catatkan kebenaran ini dalam Buku Perkhidmatan beliau)

Tuan/Puan,

Kebenaran Melakuan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar
Sambilan
Nama :
No. K/P :
Jawatan dan Gred :


Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.     Setelah dikaji dengan teliti asas-asas permohonan tuan/puan untuk membuat
pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan
di________________________________,            dukacita   dimaklumkan     bahawa
permohonan tuan/puan tidak diluluskan untuk kali ini. Permohonan tersebut tidak
memenuhi syrat-syarat yang telah ditetapkan sepertimana di bawah Surat Perkeliling
Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2006.

3.    Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa melakukan pekerjaan
luar tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar
Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Kuasa yang meluluskan permohonan ini adalah tertakluk kepada budibicara Pihak
Berkuasa Meluluskan dan permohon tidak berhak mempertikaikan keputusan
tersebut.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia

*Sila potong yang tidak berkenaan



                                       15
s.k   :

Setiausaha Bahagian
Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3-5, Blok E12
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Tatatertib)




                                     16
17
LAMPIRAN C

                            LAPORAN PERMOHONAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR
                            SEBAGAI GURU TUISYEN / TENAGA PENGAJAR SAMBILAN
                           MULAI JANUARI TAHUN _____ SEHINGGA JUN TAHUN ______ /
                            JULAI TAHUN _____ SEHINGGA DISEMBER TAHUN ______

                                    JABATAN / BAHAGIAN : __________________

BIL.   NAMA      NO. K/P    JAWATAN     GRED      KEPUTUSAN      TARIKH    TARIKH   TEMPAT         MASALAH
                                        (SSM)     (LULUS /       LULUS     TAMAT    KERJA LUAR     (Sila
                                                  TIDAK                             DIJALANKAN     nyatakan)
                                                  LULUS)




   •   MASALAH
       Sama ada pegawai :
       - pernah dikenakan amaran / tindakan tatatertib
       - pernah menerima aduan daripada mana-mana pihak termasuk ibu bapa, pelajar mahupun guru-guru lain.
       - pernah menerima surat layang
       - maklumat lain sila nyatakan


                                                          18
19
20

More Related Content

What's hot

Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifHamidah Budi
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibNorain Binti Jaafar
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)fazrul
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMHafiz Zakaria
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarHafiz Zakaria
 
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Yatie Sufri
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJAsri Mohad
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamDalila Syakireen
 
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa MelayuBahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa MelayuNeeta Fhadzilla Yaacob
 
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015   Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015 hajerjilani
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapanfiro HAR
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Afiq Izzudin
 
komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talianpian umt
 
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'Tajwid lesson 1 Hukum Ra'
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'mhr191
 

What's hot (20)

Taktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang EfektifTaktik Pemimpin Yang Efektif
Taktik Pemimpin Yang Efektif
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 
Ayat transformasi
Ayat transformasiAyat transformasi
Ayat transformasi
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
LARANGAN TATATERTIB (INTEGRITI-1)
 
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIMFIIL MUTA'ADDI & LAZIM
FIIL MUTA'ADDI & LAZIM
 
Fi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori AmarFi'il Madhi Mudhori Amar
Fi'il Madhi Mudhori Amar
 
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
Penggunaan Tulisan Jawi dalam pembelajaran di Negara Brunei Darussalam
 
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJTOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
TOKOH: TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ
 
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam IslamKonsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
Konsep Ibadah dan Bersuci dalam Islam
 
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAHKERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
KERAJAAN TURKI UTHMANIYYAH
 
Kenyataan perkhidmatan
Kenyataan perkhidmatanKenyataan perkhidmatan
Kenyataan perkhidmatan
 
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa MelayuBahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Pengurusan - Isu Bahasa Melayu
 
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015   Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015
Contoh PBS Bahasa Arab STPM 2015
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)Bab 1 (islam & konsep asas)
Bab 1 (islam & konsep asas)
 
komunikasi dalam talian
komunikasi dalam taliankomunikasi dalam talian
komunikasi dalam talian
 
Plagiarisme
PlagiarismePlagiarisme
Plagiarisme
 
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'Tajwid lesson 1 Hukum Ra'
Tajwid lesson 1 Hukum Ra'
 
Taharah (bersuci)
Taharah (bersuci)Taharah (bersuci)
Taharah (bersuci)
 

Viewers also liked

Contoh format surat pengesahan majikan (2)
Contoh format surat pengesahan majikan (2)Contoh format surat pengesahan majikan (2)
Contoh format surat pengesahan majikan (2)Jaya Ramalingam
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusaneilamiera
 
Surat lantikan ajk
Surat lantikan ajkSurat lantikan ajk
Surat lantikan ajkAnand Revo
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuanSo GoOd
 
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ips
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ipsBorang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ips
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ipsHariana Hashim
 
Surat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanSurat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanZatil Nabilah
 
Contoh surat tawaran pembiayaan PPG
Contoh surat tawaran pembiayaan PPGContoh surat tawaran pembiayaan PPG
Contoh surat tawaran pembiayaan PPGfptekuthm
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Chon Seong Hoo
 
Borang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaruBorang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaruAlai Imran
 
Surat keizinan suami
Surat keizinan suamiSurat keizinan suami
Surat keizinan suamiLiyana Diniy
 
Surat lantikan pentaksir
Surat lantikan pentaksirSurat lantikan pentaksir
Surat lantikan pentaksirAthirah Budiman
 
Manual Perolehan Perunding 2006
Manual Perolehan Perunding 2006Manual Perolehan Perunding 2006
Manual Perolehan Perunding 2006hadypower
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)Naveen Segaran
 
Surat lantikan guru ict media
Surat   lantikan  guru ict  mediaSurat   lantikan  guru ict  media
Surat lantikan guru ict mediaKamal Sabaruddin
 
Surat kuasa pengambilan BSM 2011
Surat kuasa pengambilan BSM 2011Surat kuasa pengambilan BSM 2011
Surat kuasa pengambilan BSM 2011Prabu Pakidulan
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Zam Scar
 

Viewers also liked (20)

Contoh format surat pengesahan majikan (2)
Contoh format surat pengesahan majikan (2)Contoh format surat pengesahan majikan (2)
Contoh format surat pengesahan majikan (2)
 
Pengesahan majikan
Pengesahan majikanPengesahan majikan
Pengesahan majikan
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusan
 
Surat pelantikan
Surat pelantikanSurat pelantikan
Surat pelantikan
 
Surat lantikan ajk
Surat lantikan ajkSurat lantikan ajk
Surat lantikan ajk
 
Surat akuan
Surat akuanSurat akuan
Surat akuan
 
Jpk Li 01
Jpk Li 01Jpk Li 01
Jpk Li 01
 
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ips
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ipsBorang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ips
Borang pm (1)-(m) ~ permohonan permit guru ips
 
Surat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanSurat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahan
 
Contoh surat tawaran pembiayaan PPG
Contoh surat tawaran pembiayaan PPGContoh surat tawaran pembiayaan PPG
Contoh surat tawaran pembiayaan PPG
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
 
Borang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaruBorang pendaftaranpelajarbaru
Borang pendaftaranpelajarbaru
 
Surat keizinan suami
Surat keizinan suamiSurat keizinan suami
Surat keizinan suami
 
Surat lantikan pentaksir
Surat lantikan pentaksirSurat lantikan pentaksir
Surat lantikan pentaksir
 
Manual Perolehan Perunding 2006
Manual Perolehan Perunding 2006Manual Perolehan Perunding 2006
Manual Perolehan Perunding 2006
 
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
contoh surat permohonan kerja kosong (assignment insaniah)
 
Surat lantikan guru ict media
Surat   lantikan  guru ict  mediaSurat   lantikan  guru ict  media
Surat lantikan guru ict media
 
Surat kuasa pengambilan BSM 2011
Surat kuasa pengambilan BSM 2011Surat kuasa pengambilan BSM 2011
Surat kuasa pengambilan BSM 2011
 
Format & contoh esei pbs bm
Format & contoh esei  pbs bmFormat & contoh esei  pbs bm
Format & contoh esei pbs bm
 
Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906Garis panduan tamat kontrak 290906
Garis panduan tamat kontrak 290906
 

Similar to Garis panduantusyen

Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibElyna Wong
 
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005Mas Na
 
01 Pensyarah Ipg Iklan
01 Pensyarah Ipg Iklan01 Pensyarah Ipg Iklan
01 Pensyarah Ipg Iklanmadina73
 
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianBahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianHanim Zabidi
 
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti KokuPanduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokuguesta1c1ec
 
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti KokuPanduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Kokuguesta1c1ec
 
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docx
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docxFAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docx
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docxckin79
 
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptxmuhamadyani12
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010Hafiz Yahya
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Mohd Basri Abdullah
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppmAnum Aksan
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Nazura Ain
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Brenda Rachel Marie
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahnoli dina
 

Similar to Garis panduantusyen (20)

Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajibKes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
Kes halaman 1,2 & 3 tugasan wajib
 
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
Pekeliling perbendaharaan bilangan 2 tahun 2005
 
01 Pensyarah Ipg Iklan
01 Pensyarah Ipg Iklan01 Pensyarah Ipg Iklan
01 Pensyarah Ipg Iklan
 
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
jan 2013
jan 2013jan 2013
jan 2013
 
Pekeliling
PekelilingPekeliling
Pekeliling
 
kit_cbbp.docx
kit_cbbp.docxkit_cbbp.docx
kit_cbbp.docx
 
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah HarianBahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
Bahagian kpm- Pengurusan Sekolah Harian
 
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti KokuPanduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
 
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti KokuPanduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
Panduan Pelaksanaan Aktiviti Koku
 
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docx
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docxFAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docx
FAIL-MEJA-PENOLONG-KANAN-KOKURIKULUM.docx
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010
Surat pekeliling ikhtisas bil.15.2010
 
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
Ucapan pengetua untuk mesyuarat akhir tahun 2014
 
Pekeliling ppm
Pekeliling ppmPekeliling ppm
Pekeliling ppm
 
Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996Akta pendidikan-1996
Akta pendidikan-1996
 
lm
lmlm
lm
 
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
Pengajian Malaysia: Cp c 240613 101940
 
Peraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolahPeraturan tetap sekolah
Peraturan tetap sekolah
 

Garis panduantusyen

  • 1. Ruj. Kami : KP.S(TT)0163/5/( ) Tarikh : Zulhijjah 1427 Disember 2006 Semua Ketua Bahagian / Jabatan Semua Pengarah Pelajaran Negeri Semua Pengarah Institusi Perguruan Semua Pengarah Kolej Matrikulasi Semua Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Semua Pegawai Pendidikan Daerah/Gabungan/Bahagian Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BIL. 1 TAHUN 2006 GARIS PANDUAN KELULUSAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN ATAU TENAGA PENGAJAR SAMBILAN TUJUAN 1. Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci mengenai pengendalian dan syarat-syarat, khusus kepada pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan, bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia. LATARBELAKANG 2. Kementerian Pelajaran Malaysia pernah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pekerjaan Luar . Menerusi surat tersebut Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat pemantauan kepada mereka yang berkenaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan dibangkitkan samada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan samada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi. 1
  • 2. 3. Pada dasarnya seseorang pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan luar yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau keuntungan samada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas keprihatinan Kementerian terhadap keperluan para pelajar dalam mendalami ilmu dan menguasai pembelajaran tambahan, Kementerian telah membenarkan para pendidik untuk membimbing pelajar melalui kelas persendirian di mana-mana institusi pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan kepentingan dirinya sebagai penjawat awam. Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. SYARAT-SYARAT MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN DAN TENAGA PENGAJAR SAMBILAN 4. Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan :- 4.1 pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan; 4.2 permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula; 4.3 pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu; 4.4 pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya; 4.5 pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk suami / isteri / ibu / bapa / adik beradik / saudara mara yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi; 4.6 pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen / ‘home tuition’ atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar; 4.7 pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing; 4.8 khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat; 2
  • 3. 4.9 pemohon tidak digalakkan memberi khidmat mengajar di luar stesyen / kawasan tempat beliau bertugas (luar stesyen bermaksud jarak lokasi tempat khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan dengan pejabat tidak lebih daripada 25 km); 4.10 pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan; 4.11 tempoh pemohon memegang jawatan sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan dihadkan satu (1) tahun, tetapi boleh dilanjutkan dengan menggunakan permohonan seperti kali pertama; 4.12 pemohon hendaklah mendapat sokongan Ketua Jabatan masing- masing tertakluk kepada prestasi kerja dan keperluan perkhidmatan. Dalam menimbangkan untuk menyokong atau tidak sesuatu permohonan, Ketua Jabatan hendaklah mengambil perhatian tentang tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; 4.13 kuasa untuk meluluskan permohonan pemohon terletak kepada budi bicara Pihak Berkuasa Meluluskan dan keputusan adalah muktamad; dan 4.14 Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik kelulusan yang telah diberikan jika didapati pemohon melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan. TATACARA MEMBUAT PERMOHONAN 5. Pegawai dan kakitangan yang bercadang melakukan tuisyen atau sebagai tenaga pengajar sambilan hendaklah memohon kebenaran dengan mengemukakan dokumen berikut:- i. dua (2) salinan borang seperti di Lampiran A ii. salinan buku rekod perkhidmatan iii. jadual waktu mengajar di sekolah iv. lesen pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (bagi Pusat Tuisyen Swasta) v. surat tawaran pelantikan sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan vi. jadual waktu mengajar sebagai Guru Tuisyen atau Tenaga Pengajar Sambilan PERANAN KETUA JABATAN 6. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk memberi penerangan serta nasihat yang sewajarnya mengenai syarat-syarat yang telah ditetapkan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat. 3
  • 4. 7. Ketua Jabatan juga adalah dinasihatkan supaya meneliti semua permohonan agar menepati syarat-syarat melakukan pekerjaan luar yang di tetapkan di butiran 3 pekeliling ini dan syarat-syarat Peraturan 5(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu pekerjaan luar itu:- i. tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai dikehendaki menjalankan tugas rasminya; ii. tidak dengan apa cara menjejaskan kegunaan pegawai sebagai penjawat awam; dan ii. tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai seorang pegawai awam. PIHAK BERKUASA MELULUSKAN 8. Pihak Berkuasa Meluluskan yang dimaksudkan dalam Surat Pekeliling ini adalah Ketua Setiausaha bagi pemohon yang terdiri dari pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 48 dan keatas. 9. Pihak Berkuasa Meluluskan bagi pemohon dari Gred 44 dan 41 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan adalah Ketua Jabatan di bawah bidang kuasa masing-masing. Walaubagaimanapun Pihak Berkuasa Meluluskan permohonan di peringkat sekolah-sekolah ialah Pengarah Pelajaran Negeri sementara permohonan di peringkat Institut Perguruan ialah Pengarah Bahagian Pendidikan Guru. Manakala permohonan di peringkat Kolej Matrikulasi ialah Pengarah Bahagian Matrikulasi dan Pengarah Bahagian Pengurusan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. 10. Manakala, Pihak Berkuasa Meluluskan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditempatkan di lain-lain Kementerian atau Agensi Kerajaan samada secara pentadbiran, pinjaman, pertukaran sementara atau kader yang mana Pihak Berkuasa Meluluskan bagi pegawai yang berkenaan ialah Ketua Jabatan masing- masing. 11. Semasa Pihak Berkuasa Meluluskan menimbangkan sesuatu permohonan sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan, penglibatan pemohon dengan aktiviti lain selain dari tugas rasmi serta kekerapan dan tempoh masa yang digunakan hendaklah diambilkira bagi memastikan bahawa khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan yang dipohon tidak akan menambah beban kerja di sekolah atau pejabat. Pihak Berkuasa Meluluskan hendaklah memastikan perkara yang dinyatakan ini diperiksa balas seperti mana yang diperturunkan di dalam setiap ruangan format borang permohonan yang disertakan ini. 4
  • 5. TINDAKAN TATATERTIB 12. Bagi memudahkan urusan pemantauan dan kawalan di peringkat pusat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan sesalinan surat keputusan pegawai yang telah diluluskan / tidak diluluskan dengan pekerjaan luar mengikut jenis pekerjaan ke Kementerian untuk tujuan rekod. Contoh surat keputusan seperti di Lampiran B. 13. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengawasi pegawai dan kakitangan dari semasa ke semasa yang didapati melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan tanpa kebenaran ataupun pegawai dan kakitangan yang telah diberi kelulusan tetapi tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. 14. Tindakan tatatertib hendaklah diambil terhadap pegawai yang melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran atau telah melanggar mana-mana syarat sepertimana di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 15. Tindakan Tatatertib juga boleh dikenakan kepada mana-mana Ketua Jabatan yang didapati cuai menyelia aktiviti pekerjaan luar di kalangan bawahannya atau tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. LAPORAN BERKALA MENGENAI STATUS PERMOHONAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN TENAGA PENGAJAR SAMBILAN 16. Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan kepada Kementerian laporan status guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan yang diluluskan di bawah tanggungan masing-masing 6 bulan sekali pada setiap tahun dengan menggunakan borang seperti di Lampiran C. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut: Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Sumber Manusia Aras 1-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p: Setiausaha Bahagian) TARIKH KUATKUASA DAN PEMAKAIANNYA 17. Surat Pekeliling ini tidak terpakai kepada guru yang terlibat dengan Skim Baucer Tuisyen (SBT) di bawah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, guru berkenaan tidak digalakkan memberi khidmat tuisyen persendirian / swasta atau mengajar secara sambilan di mana-mana di institusi pendidikan swasta mahupun universiti kerana dikhuatiri akan menambah beban kerja di sekolah atau pejabat serta mengganggu konsentrasi dan prestasi tugas hakiki pegawai disamping terlibat dalam Skim Baucer Tuisyen. Sehubungan dengan 5
  • 6. itu, Ketua Jabatan hendaklah memantau dan meneliti prestasi pegawai sebelum meluluskan sebarang permohonan. 18. Pekeliling ini turut terpakai kepada anggota Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditempatkan di lain-lain Kementerian atau Agensi Kerajaan samada secara pentadbiran, pinjaman, pertukaran sementara atau kader yang mana Pihak Berkuasa Meluluskan bagi pegawai yang berkenaan ialah Ketua Jabatan masing- masing. 19. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai dari tarikh ianya dikeluarkan manakala Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 masih digunapakai bagi lain-lain jenis pekerjaan luar yang dibenarkan. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” ( DATUK Dr. ZULKURNAIN BIN HAJI AWANG ) Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2006 s.k : KPPA KPPM Semua TKSU Semua TKPPM TKPP (Jabatan Teknikal) TKPP (Jabatan Sekolah) TKPP (Jabatan Swasta) TKPP (Jabatan Khas) TKPP (Jabatan JAPIM) SUSK YB Menteri SUSK YB Timbalan Menteri SUSK YB Setiausaha Parlimen Ketua Jabatan kepada Pegawai-pegawai Pinjaman (Seperti di Lampiran I) 6
  • 7. LAMPIRAN A PERMOHONAN UNTUK MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN / TENAGA PENGAJAR SAMBILAN Bahgian 1 : Butir-butir Pemohon 1. Nama Penuh (Huruf Besar) ……………………………………………………… 2. Nombor Kad Pengenalan ……………………………………………………….. 3. (i) Tarikh Lahir ………………………………………………………………... (ii) Umur Pada Tarikh Memohon ……………………………………………. 4. (I) Nama Jawatan Yang Disandang Sekarang ……………………………. (ii) Gred Jawatan Hakiki ……………………………………………………... (iii) Skim Perkhidmatan ………………………………………………………... 5. (i) Alamat Penuh Tempat Betugas ……………………………………….. ……………………………………………………………………………… 6. (i) Tarikh Lantikan Dalam Perkhidmatan Sekarang ………………... (ii) Tarikh Pengesahan Jawatan …………………………………………….. (iii) Taraf Perkhidmatan : Tetap / Percubaan / Kontrak / Sementara * 7. (i) Gaji Bulanan RM ………………………………………………………….. (ii) Elaun-elaun RM ………………………………………………………….. 8. Sila nyatakan mata pelajaran dan kelas yang diajar : Jenis Mata Pelajaran Kelas ………………………………………… ……………………………………….. ……………………………………….. ………………………………………… ……………………………………….. ………………………………………… ……………………………………….. ……………………………………….. 7
  • 8. 9. Nyatakan Kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum yang dipertanggungjawabkan di sekolah : Jenis Aktiviti Ko-Kurikulum Kekerapan Dalam Seminggu Tempoh (Berapa kali) (Jam) i) ……………………………… ………………………………… ………… ii) ……………………………… ………………………………… ………… iii) …………………………….. ………………………………… …………. 10. Jawatan-jawatan lain yang dipegang di sekolah (sebutkan nama jawatan) : ……………………………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………………………… 11. Nyatakan markah Penilaian Prestasi Tahun bagi 3 tahun yang terkini : i) Tahun ………………. Markah ………………… ii) Tahun ………………. Markah ………………… iii) Tahun ……………….. Markah …………………. Bahagian II : Keterangan Mengenai Pekerjaan Luar sebagai Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar Sambilan Yang Ingin Dipohon Kebenaran 1. Matapelajaran yang diajar : i) ……………………………………….. ii) ………………………………………. 2. Tempat : ……………………………………………………………………………… …. 3. Jika Pusat tuisyen, sila nyatakan No. Pendaftaran : ……………………………….. 8
  • 9. 4. Tempoh Kelulusan dipohon mulai ………………….. hingga ………………………... 6. Masa : Dalam waktu pejabat Di luar waktu pejabat ( Tandakan dalam kotak yang berkenaan ) 7. Tempoh masa (jam) dalam seminggu ………………………………………………….. 8. Kekerapan dalam seminggu …………………………………………………………….. 9. Bayaran yang diterima sebulan RM …………………………………………………… 10. Sama ada menggunakan kemudahan pejabat atau tidak : Ya / Tidak * 11. Adakah pernah diluluskan melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan : Ya / Tidak * 12. Jika Ya, sila penuhi maklumat di bawah : Nama pekerjaan luar No. rujukan surat kelulusan dan tarikh ………………………………. ……………………………………… ………………………………. ……………………………………… ………………………………. ……………………………………… 9
  • 10. Bahagian III : Perakuan Pegawai Saya ………………………………………………… mengaku bahawa butir-butir yang dinyatakan di atas adalah benar. 2. Dengan ini saya memohon kelulusan untuk melakukan pekerjaan luar seperti di Bahagian II dan berjanji akan mematuhi syarat yang dikenakan. Tarikh : ………………………… ……………………………………………. ( Tandatangan Pegawai ) Bahagian V : Perakuan Ketua Jabatan 1. Saya mengesahkan bahawa : i) Semua maklumat yang diberikan oleh pegawai di atas adalah benar. ii) Pekerjaan ini * menjejaskan / tidak menjejaskan kegiatan kurikulum dan Ko-kurikulum di jabatan / bahagian / maktab / sekolah. 2. Ulasan nilaian prestasi semasa pegawai secara ringkas : ……………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………. 3. Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai atas sebab-sebab berikut:- …………………………………………………………………………………………….. …………………………………………………………………………………………….. Tarikh ………………………. …………………………………….. Tandatangan Ketua Jabatan …………………………………… ( Nama Penuh ) …………………………………… Cop Jabatan/Bahagian/Maktab/ Sekolah 10
  • 11. Bahagian VI : Untuk Pertimbangan Bagi Permohonan Gred 44 dan Ke Bawah (Ulasan dan Keputusan Pengarah Pelajaran Negeri / Bahagian PendidikanGuru) 1. Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini atas sebab- sebab berikut:- …………………………………………………………………………………….... ……………………………………………………………………………………… 2. Keputusan Tidak diluluskan Diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan ( Tandakan ( ) mana yang berkenaan ) Tarikh ………………. ……………………………………. Tandatangan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian Pendidikan Guru ) ……………………………………. ( Nama Penuh ) …………………………………… Cop Jabatan / Bahagian 11
  • 12. Bahagian VI : Untuk Pertimbangan Bagi Permohonan Gred 48 dan ke atas (Ulasan Pengarah Pelajaran Negeri / Bahagian Pendidikan Guru) 3. Saya * menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai ini atas sebab- sebab berikut:- ……………………………………………………………………………………............. …………………………………………………………………………………………….. ………………………………………. Tandatangan Pengarah *(Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian Pendidikan Guru) …………………………………………. ( Nama Penuh ) ………………………………………… Cop Jabatan/Bahagian 4. Keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Tidak diluluskan Diluluskan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan ( Tandakan ( ) mana yang berkenaan ) ………………………………… (Tandatangan ) ………………………………… ( Nama Penuh ) ………………………………… (Cop Jawatan) * Potong yang mana tidak berkenaan. 12
  • 13. LAMPIRAN B1 Melalui dan salinan: ( Sila catatkan kebenaran ini dalam Buku Perkhidmatan pegawai ) Tuan / Puan, Kebenaran Melakukan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar Sambilan Nama: No. K/P: Jawatan dan Gred: Saya diarah memaklumkan bahawa permohonan tuan / puan untuk melakukan pekerjaan luar sebagai *Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar Sambilan di _________________ adalah diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut: (i) tempoh memegang jawatan dihadkan satu (1) tahun mulai dari _________ hingga ___________ . Sebarang perlanjutan tempoh hendaklah mengemukakan permohonan yang baru; (ii) *Khidmat tuisyen / mengajar secara sambilan itu tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai pegawai awam dan dijalankan di luar waktu pejabat; (iii) pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu; (iv) pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan itu tidak dengan apa-apa cara bercanggah dengan kepentingan jabatan atau menjadi tidak sejajar dengan kedudukan pegawai sebagai pegawai awam; (v) Pihak Berkuasa Meluluskan berhak menarik balik mana-mana kelulusan yang telah diberikan jika didapati tuan / puan melanggar mana-mana syarat yang telah ditetapkan dan keputusan adalah muktamad. *Sila potong yang tidak berkenaan 13
  • 14. Sekian. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. s.k : Setiausaha Bahagian Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Tatatertib) 14
  • 15. LAMPIRAN B2 Melalui dan Salinan : (Sila catatkan kebenaran ini dalam Buku Perkhidmatan beliau) Tuan/Puan, Kebenaran Melakuan Pekerjaan Luar Sebagai Guru Tuisyen / Tenaga Pengajar Sambilan Nama : No. K/P : Jawatan dan Gred : Saya diarah merujuk kepada perkara di atas. 2. Setelah dikaji dengan teliti asas-asas permohonan tuan/puan untuk membuat pekerjaan luar sebagai *guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan di________________________________, dukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan tidak diluluskan untuk kali ini. Permohonan tersebut tidak memenuhi syrat-syarat yang telah ditetapkan sepertimana di bawah Surat Perkeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2006. 3. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa melakukan pekerjaan luar tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Kuasa yang meluluskan permohonan ini adalah tertakluk kepada budibicara Pihak Berkuasa Meluluskan dan permohon tidak berhak mempertikaikan keputusan tersebut. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia *Sila potong yang tidak berkenaan 15
  • 16. s.k : Setiausaha Bahagian Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 3-5, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Tatatertib) 16
  • 17. 17
  • 18. LAMPIRAN C LAPORAN PERMOHONAN MELAKUKAN PEKERJAAN LUAR SEBAGAI GURU TUISYEN / TENAGA PENGAJAR SAMBILAN MULAI JANUARI TAHUN _____ SEHINGGA JUN TAHUN ______ / JULAI TAHUN _____ SEHINGGA DISEMBER TAHUN ______ JABATAN / BAHAGIAN : __________________ BIL. NAMA NO. K/P JAWATAN GRED KEPUTUSAN TARIKH TARIKH TEMPAT MASALAH (SSM) (LULUS / LULUS TAMAT KERJA LUAR (Sila TIDAK DIJALANKAN nyatakan) LULUS) • MASALAH Sama ada pegawai : - pernah dikenakan amaran / tindakan tatatertib - pernah menerima aduan daripada mana-mana pihak termasuk ibu bapa, pelajar mahupun guru-guru lain. - pernah menerima surat layang - maklumat lain sila nyatakan 18
  • 19. 19
  • 20. 20