Pesta Pantun diadakan oleh sekolah Tok Bok untuk memberi pendedahan kepada murid tentang keindahan pantun dan teknik berpantun dengan sebutan dan intonasi yang betul. Aktiviti ini bertujuan melatih kreativiti dan kemahiran berfikir kritis murid.
1. PANTUN
PENGENALAN
Pantun merupakan hasil sastera yang pada mulanya berbentuk lisan dan seterusnya
berkembang secara tulisan dengan mengekalkan keasliannya. Ini merupakan puisi rakyat
yang harus dipertahankan dan dihidupsuburkan sebagai khazanah bangsa Melayu yang tidak
ternilai harganya. Tradisi berpantun dengan menggunakan bahasa halus, segar dan berseni
menggambarkan ketinggian Tamandun bangsa.
Pesta Pantun yang dianjurkan oleh sekolah Kebangsaan Tok Bok adalah julung kali diadakan.
Pesta Pantun ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mempelajari keindahan
pantun dengan lebih mendalam dan dapat mempelajari teknik berpantun dengan sebutan dan
intonasi. Usaha ini dapat melatih murid-murid. Pesta Pantun yang diadakan bertemakan
Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Demokrasi.
RASIONAL
1.
Murid didedah tentang teknik, kaedah dan cara menghasilkan pantun yang betul dan
terkini.
2. Kaedah cara menghasilkan pantun merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sangat
penting dan berkesan.
3. Aktiviti berpantun dapat mengasah bakat, minat, minda agar lebih kritis dan kreatif.
4. Kecekapan mengaitkan tema dengan bahasa dengan tepat dan cepat.
OBJEKTIF
1. Menarik minat murid supaya berminat dalam penulisan kreatif
2. Memahami kaedah dan cara penciptaan pantun.
3. Penulisan kreatif dapat membantu pelajar meningkatkan proses pembelajaran.