F T ra n sf o                                                                                                          F T...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                           F ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
F T ra n sf o                                                                                                             ...
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Unit 5: Pengurusan & Jatidiri
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Unit 5: Pengurusan & Jatidiri

11,898 views

Published on

Published in: Education, Sports
0 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,898
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
589
Comments
0
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit 5: Pengurusan & Jatidiri

  1. 1. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 1 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c UNIT 5 PENGURUSAN DAN JATI DIRI OBJEKTIF Objektif am : · Mengetahui pengurusan diri dan jati diri · Memahami kaedah-kaedah komunikasi berkesan · Aplikasi kemahiran perkhemahan jati diri Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø menyatakan jenis-jenis komunikasi Ø mengenal kaedah-kaedah komunikasi dan kepentingannya Ø mengetahui tatacara perkhemahan dan cara memasang khemah
  2. 2. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 2 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c INPUT 5.1 K ONSEP PENGURUSAN DIRI Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat perancangan, perkara- perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan matlamat dan objektif serta pembentukan strategi dan dasar. Di peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti menstruktur hierarki pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan tatacara bekerja. Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan dan motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-tiga proses di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan. Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda. Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda mungkin menjadi cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, anda merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu melihat diri anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
  3. 3. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 3 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c 5.2 PENGURUSAN KENDIRI Pengurusan kendiri bolehlah dikatakan sebagai satu proses di mana anda menganggap diri anda sendiri sebagai sebuah organisasi yang harus anda rancang, arahkan dan kawal dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Pengurusan masa Tidak dinafikan bahawa alam persekolahan adalah alam yang amat menyeronokkan. Jadi tidaklah menghairankan apabila ramai di antara mereka yang telah berjaya di peringkat tinggi atau telah bekerja, ingin belajar lagi. Namun demikian, keseronokan belajar semasa usia muda dan semasa usia yang telah meningkat agak berlainan sekali. Cabaran dan saingan di alam pembelajaran amatlah menyukarkan. Ada diantara rakan anda merasakan diri mereka tidak boleh menyaingi anda yang lebih pandai daripada mereka, ada yang sukar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah, suka berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Keadaan ini akan wujud sikap 'rendah diri' dalam diri rakan anda terhadap masalah yang rakan anda timbulkan. Bagi mengelakkan sikap rendah diri ini terjadi pada anda, anda sepatutnya bertanyakan pada diri anda: · mengapa saya ke politeknik? · apa yang aku mahu dapat di politeknik? · pentingkah aku ke politeknik? · adakah aku seronok di politeknik? · apa yang ada di politeknik yang menyeronokkan aku?
  4. 4. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 4 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c · sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan sahsiah aku? · adakah aku ke politeknik untuk lulus peperiksaan semata-mata? · adakah aku ke politeknik kerana terpaksa? · adakah politeknik membosankan aku? · adakah politeknik membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum? Setelah anda menjawab soalan di atas, adakah cukup hanya sekadar dimulut sahaja atau anda perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasinya. Oleh itu, untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda sebagai pelajar seharusnya tahu bagaimana cara menguruskan disiplin masa di samping mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan. Setiap manusia diperuntukkan dengan 24 jam sehari untuk menguruskan kehidupan hariannya. Anda juga tidak terkecuali dalam urusan untuk menguruskan masa 24 jam sehari ini dalam kehidupan seharian anda sebagai seorang pelajar. Malahan proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Antara yang perlu anda fikirkan adalah: · adakah anda mempunyai jadual waktu harian dan mingguan · berapakah peruntukkan masa anda untuk belajar dalam waktu harian atau mingguan · bilakah masanya untuk anda bersukan atau beriadah · bagaimana dengan aktiviti bersama keluarga anda
  5. 5. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 5 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c · adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan Contoh jadual pengurusan masa seorang pelajar: Masa Aktiviti 6.00 pagi Bangun, mandi, bersiap untuk solat/bersenam, bersiap untuk ke politeknik 7.30 pagi Aktiviti pelajaran di politeknik. -Kuliah, sarapan, bengkel, perpustakaan, makan tengahari 4.30 petang Berehat, mandi dan solat. Membuat kerja rumah atau mengkaji semula pelajaran hari ini 5.30 petang Aktiviti riadah / sukan bersama rakan-rakan anda 6.30 petang Berehat di rumah, mengemas,berkebun, riadah lain-lain di rumah seperti menonton televisyen,mandi,solat dan makan malam 8.30 malam Solat, menonton televisyen program tertentu, belajar, membuat tugasan, ulangkaji pelajaran 11.30 malam Tidur. Semua aktiviti hendaklah direkodkan bermula dari bangun tidur pagi hinggalah sampai waktu tidur di sebelah malam. Catatkan aktiviti setiap 30 minit hingga 1 jam. Segala perkara mustahak hendaklah diambil perhatian. Masa yang memberi faedah dan tidak bermanfaat hendaklah direkodkan. Buat latihan ini selama beberapa hari. Anda juga membuat perancangan ini untuk seminggu.
  6. 6. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 6 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda lakukan. Anda perlu jumlahkan semua masa yang telah anda gunakan dalam masa seminggu tersebut. Kenal pasti gangguan masa yang disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian anda atau gangguan di luar pengawalan,dugaan dan jangkaan. Contoh carta aktiviti dalam masa seminggu yang telah direkodkan : Aktiviti Masa digunakan Baki dari 168 jam Tidur 50 jam 118 jam Mandi 3 jam 115 jam Berpakaian 3 jam 112 jam Menonton televisyen 3 jam 109 jam Bersama rakan/hobi/riadah 24 jam 85 jam Membaca majalah/akhbar 10 jam 75 jam Perjalanan 47 jam 28 jam Belajar 10 jam 18 jam Solat 5 jam 13 jam Membeli belah Ulangkaji matapelajaran Dari jumlah masa yang telah digunakan, semaklah dengan menggunakan penyataan berikut : 1. Adakah taburan keseluruhan masa adalah sesuai dengan matlamat dan keperluan anda ? 2. Masa untuk kerja utama adalah dirancang dengan teliti 3. Banyakkah masa yang terbuang, bila dan bagaimana ia berlaku
  7. 7. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 7 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c 4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal. Setelah itu lakukan pindaan jadual untuk minggu berikutnya agar matlamat anda dapat dicapai dari masa ke semasa. Pengurusan diri Dalam mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman serba moden ini, selain dari kita merancang pengurusan masa yang berkesan, pengurusan diri kita juga tidak harus diabaikan. Dahulu semasa zaman kanak-kanak, makan, minum, pakaian dan kebersihan diuruskan oleh ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa, semua itu sepatutnya ditanggung oleh diri kita sendiri. Adalah tidak wajar untuk kita bergantung kepada ibubapa dan penjaga kita untuk menguruskan semua hal yang membabitkan pengurusan diri kita. Pengurusan diri yang terancang adalah penting bagi menjamin agar kita sentiasa dalam keadaan sihat, bersih, kemas, bertenaga dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi kehidupan harian. 1. Kebersihan diri. Jagalah kebersihan diri seperti memotong kuku dan jangan biarkan ianya panjang dan kotor. Jangan biarkan rambut anda kotor dan tidak terurus kerana rambut yang kotor mudah dihinggapi kutu. Bersihkan badan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Cucilah tangan
  8. 8. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 8 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan. Pakailah pakaian yang bersih dan kemas. 2. Senaman. Senaman adalah aktiviti yang berkait rapat dengan pencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, bertenaga. Ini juga satu keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah dihinggapi penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan emosi. Senaman yang teratur juga membolehkan kita memperolehi tidur yang lebih lena, penumpuan yang lebih baik dan perasaan kegembiraan serta emosi yang stabil. Luangkan masa anda untuk bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari. Anda tidak perlu untuk melakukan senaman yang begitu memenatkan, memandai jika anda melakukan aktiviti berjalan cepat selama 20 minit sehari. 3. Pengambilan makanan seimbang. Salah satu cara yang berkesan untuk penjagaan kesihatan diri ialah dengan mengambil makanan yang seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang boleh menghindar kita dari pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Setiap makanan yang kita sediakan mestilah mempunyai zat-zat seperti karbohidrat, protien, lemak, vitamin dan juga garam galian. Setiap kita mempunyai
  9. 9. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 9 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan anda dari masa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana kedua-duanya kaya dengan vitamin, galian dan serat. Bijirin, roti, sayuran berkacang, pis, jenis-jenis kekacang, buah-buahan adalah antara makanan yang banyak mengandungi serat yang penting untuk kesihatan yang baik. Kekurangan serat dalam diet boleh menyebabkan sembelit, kanser perut serta gangguan usus lain. Lebihkan pengambilan ikan dari daging kerana ikan mengandungi protein, beberapa zat yang perlu, vitamin dan bahan galian. Keistimewaan ikan adalah ia tidak mengandungi lemak tepu yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung. Air juga penting dalam pengambilan diet anda. Minumlah sekurang-kurangnya enam gelas air sehari. Sebaiknya minumlah air kosong dan bukannya minuman ringan atau yang berperisa. Pengambilan makanan yang seimbang dapat membekalkan kita dengan tenaga yang mencukupi bagi melakukan pergerakan badan, aktiviti harian dan memelihara suhu badan. Ia juga dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan membantu pertumbuhan tisu- tisu yang baru serta mempertahankan badan daripada serangan penyakit. 4. Kebersihan tempat tinggal. Anda juga hendaklah menjaga kebersihan persekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari. Jangan biarkan rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap kawasan rumah sentiasa bersih seperti dapur, tempat tidur, tandas, stor dan bilik mandi.
  10. 10. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 10 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c Penyelesaian masalah Sebagai manusia kita sering dibebani dengan persoalan-persoalan kehidupan seperti kerja, perbelanjaan, rakan-rakan, aktiviti sosial, pelajaran, soal cinta dan sebagainya yang perlu ditangani. Anda sebagai pengurus diri anda tidak dapat lari daripada bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah anda buat, sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik ataupun sebaliknya. Kadangkala membuat keputusan ini memang mudah, hanya sekelip mata sahaja. Kadangkala ia menyebabkan anda tidak dapat tidur memikirkannya apakah perkara sebaiknya yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang timbul. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan soal wang ringgit atau soal perasaan. Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, anda hendaklah membuat keputusan yang rasional. Penentuan masalah, analisa masalah dan pemilihan alternatif yang paliing sesuai hendaklah dibuat dengan teliti dan berpandukan kepada faktor-faktor pengalaman, kepakaran, pertimbangan dan keyakinan anda. Keputusan yang dibuat secara rasional memerlukan analisis maklumat dan ramalan tentang implikasi dan kesan daripada pemilihan alternatif. Keputusan yang anda ambil sebenarnya adalah terbatas dan mungkin boleh dipertikaikan oleh pihak lain kerana : i. terdapatnya perbezaan dari segi pengalaman anda dan orang lain ii. perbezaan dari segi kemahiran iii. maklumat yang anda perolehi tidak mencukupi iv. pengetahuan anda yang terbatas v. dipengaruhi perasaan diri dan emosi.
  11. 11. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 11 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c Proses membuat keputusan Terdapat enam langkah yang penting dalam proses membuat keputusan yang efektif seperti dalam rajah di bawah : Kenalpasti keperluan, situasi dan masalah Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah Membentuk alternatif jawapan yang mungkin Pemilihan alternatif Perlaksanaan alternatif Penilaian dan maklumbalas
  12. 12. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 12 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c 1. Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah Ia merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, anda bolehlah menggunakan kriteria berikut: a) Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah tersebut dan penyelesaiannya? b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut. c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian. d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut. e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan. Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang selanjutnya. 2. Diagnosis & Analisis Data Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan. 3. Pembentukan Alternatif Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru. Adalah dicadangkan supaya berwaspada dengan alternatif yang tersedia. Juga dicadangkan supaya pertimbangan dibuat tentang batasan dan peluang
  13. 13. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 13 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama. 4. Pemilihan Alternatif Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria berikut: a) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita? b) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut? c) Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya (manusia, wang, peralatan, dsb)? d) Faedah: Adakah ia berfaedah? e) Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya? f) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya? 5. Perlaksanaan Alternatif Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan: a) Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh anda tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh anda tunjukkan faedah tersebut? b) Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh anda jangka kepada alternatif ini? Bagaimanakah patut anda mengatasinya?
  14. 14. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 14 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c c) Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain? d) Lokasi: Di manakah patut anda laksanakan alternatif ini? e) Masa: Bagaimanakah boleh anda mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini? f) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesanan alternatif ini? 6. Penilaian & Maklum Balas Semasa pelaksanaan, anda patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut, anda haruslah fikirkan: a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan? b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan maklumat? c) Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan anda awasi untuk melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan anda menilai keputusannya? d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah anda menjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif anda berkesan?
  15. 15. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 15 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c 5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad kepada perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan dan penulisan malah ia juga melibatkan, percetakan dan elektronik. Biarpun begitu komunikasi antara manusia masih merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan kekurangan dalam hidup kita. Komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Komunikasi juga melibatkan pengirim, penerima, media, mesej, maklum balas dan kawalan. 5.3.1 Definisi Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu communication. Yang berasal daripada istilah Latin iaitu "Communcare" yang bermaksud "to make comman" atau mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Dengan itu, takrifan mereka terhadap komunikasi juga dipengaruhi bidang-bidang mereka. Komunikasi yang ingin dibincangkan dalam unit ini merupakan satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Di dalam konteks bilik darjah
  16. 16. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 16 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c komunikasi boleh terjadi dalam bentuk percakapan atau gerak geri diantara pensyarah dan pelajar atau sebaliknya Komunikasi berkesan berlaku apabila maklumat atau mesej yang hendak disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 5.3.2 Jenis-jenis komunikasi Komunikasi secara umumnya terdiri dari dua jenis iaitu i. Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar- pelajar dengan cara syarahan. ii. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.
  17. 17. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 17 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis . a) Komunikasi Antara Individu Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat. b) Komunikasi Awam Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Bolehlah kita rumuskan bahawa komunikasi awam adalah i. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yang ramai. ii. Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam iii. Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendah c) Komunikasi Massa Dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan media. Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah atau buku. Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :-
  18. 18. F T ra n sf o F T ra n sf o PD rm PD rm Y Y Y Y er er ABB ABB y y bu bu 2.0 2.0 to to re re R1001 / UNIT 5/ 18 he he k k lic lic PENGURUSAN DAN JATI DIRI C C w om w om w w w. w. A B B Y Y.c A B B Y Y.c i. adanya perantaraan media di antara sumber dan penerima maklumat ii. komunikasi massa terdiri daripada individu-individu yang berbagai-bagai jenis dan ragam iii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah berjauhan iv. sumber tidak mengenali siapakah individu-individu yang menerima maklumat v. komunikasi berlaku secara formal vi. penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai-bagai individu d) Komunikasi Tanpa Lisan Komunikasi tanpa lisan boleh juga berlaku secara sendirian. Lazimnya, komunikasi berlaku sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi yang telah dibincangkan tadi. Maklumat yang diterima daripada komunikasi adalah melalui isyarat tanpa lisan. Antara isyarat tanpa lisan adalah nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, atau gerak tangan. Komunikasi jenis ini bolehlah digunakan sebagai:- i. Pelangkap kepada komunikasi lisan atau tulisan ii. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi individu dan lazimnya menunjukkan perasaan yang sebenar. iii. Komunikasi lisan akan lebih berkesan sekiranya diiringi oleh komunikasi tanpa lisan 5.3.3 Kaedah komunikasi Kaedah atau model kommunikasi mula diperkenalkan pada akhir tahun 1940-an. Kaedah-kaedah komunikasi yang dibentuk pada tahun-tahun

×