AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)

20,911 views

Published on

Published in: Education
5 Comments
32 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
20,911
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2,262
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
5
Likes
32
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)

1. 1. POLIBRIGED UNIT SUKAN DAN KO-KURIKULUM POLITEKNIK PORT DICKSON AR101 PENSYARAH : EN. MOHAMMAD MOKHTAR BIN PADELI (JKM) PERTOLONGAN CEMAS
2. 2. FIKIR-FIKIRKAN Video Mr Bean
3. 3. PERTOLONGAN CEMAS Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan Matlamat

untuk menyelamatkan nyawa

mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk

mengurangkan kesakitan

sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh

ambulan atau doktor

4. 4. Tahukah anda?

Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke dalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai 21% sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.

Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen selama tiga minit.

5. 5.

Udara = 21% oksigen + 79% nitrogen

Jumlah oksigen disedut = 21%

Jumlah oksigen yang diperlukan untuk proses respirasi = 5%

Baki oksigen = 16% (hembusan untuk membantu mangsa)

6. 6. PRINSIP ASAS CPR (CARDIOPULMONARY RESUSCITATION) TIADA PERNAFASAN + TIADA NADI A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN B - BREATHING - PERNAFASAN C - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH PRINSIP ASAS E.A.R Expired Air Resuscitation TIADA PERNAFASAN + ADA NADI A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN B - BREATHING - PERNAFASAN Pemulihan Jantung dan Pernafasan
7. 7. Cara Memeriksa Nadi Nadi radial Nadi karotik Nadi brakial
8. 8.

KAEDAH PEMULIHAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT

Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan.

Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.

Buang sebarang benda asing dari mulut.

Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.

Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda.

Tentukan mulutnya terbuka

Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan.

Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.

Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit.

Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan .

Video Open Airway
9. 9. TEKNIK-TEKNIK EAR Video EAR
10. 10. KEDUDUKAN PEMULIHAN (tidak sedar) Video Recovery Position
11. 11. KEDUDUKAN PEMULIHAN (sedar)
12. 12. TEKNIK–TEKNIK CPR Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid). C (Circulation) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut . B (Breathing) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu, makanan dsb. A (Airway)
13. 13. TEKNIK-TEKNIK CPR

DEWASA

2 : 30 Video CPR Dewasa
14. 14. TEKNIK-TEKNIK CPR KANAK-KANAK 2 : 30 Video CPR Child
15. 15. TEKNIK-TEKNIK CPR BAYI 2 : 30 Video CPR Baby
16. 16. Bertindak berdasarkan nilaian anda

1. Tidak sedar diri, tiada nadi atau tidak bernafas – Dail 999 untuk mendapatkan bantuan ambulans. Mulai dan terus lakukan bantuan pernafasan & pemampatan dada.

2. Tidak sedar diri, tidak ada pernafasan tetapi ada denyutan nadi. – beri 12 kali hembusan pernafasan, setiap 5 saat. Dial 999 untuk mendapatkan bantuan, teruskan bantuan pernafasan.

3. Tidak sedar diri, bernafas dan nadi wujud – rawat sebarang kecederaan yang mengancam nyawa mangsa. Letakkan mangsa dalam keadaan pemulihan. Dapatkan bantuan.

4. Sedar, bernafas dan nadi wujud – Rawat mangsa sebagaimana sepatutnya. Dapatkan bantuan jika perlu.

17. 17. Jenis-jenis luka PENDARAHAN KECIL

Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)

Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau

Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai

Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam

Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru

Pendarahan internal ( di bahagian dalam )

Perut – muntah berdarah

Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah

Tali usus – darah pada dubur

Rahim – tumpah darah

Buah pinggang – kencing berdarah

Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung

Pendarahan internal tanpa kesan

Limpa dan hati pecah

Pendarahan dalam otak

18. 18. RAWATAN PENDARAHAN

Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor.

Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka.

Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.

Lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.

Gunakan pembalut untuk memegang pembebat.

Bawa mangsa untuk rawatan selanjutnya..

Balutan luka ada objek Kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek Video Pendarahan
19. 19. PATAH

Prinsip rawatan untuk kecederaan patah

Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.

Jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.

Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.

Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih.

Halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat.

Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat

Andoh besar Andoh tiga segi Patah tulang lengan atas Patah tulang dagu Patah tulang pinggang, peha Video Patah
20. 20. TEKNIK MENGANGKAT Two person carry Lift & roll 4 person straddle
21. 21. MELECUR DAN TERBAKAR

Langkah-langkah rawatan

Baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena tanah.

Dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya. Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotermia).

Semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.

Tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang, jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.

5. Tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan. 6. Rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans . Video Melecur
22. 22.

Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah.

Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.

Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.

Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman panas.

Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih sepenuhnya.

LEMAS Video Lemas
23. 23.

SESAK NAFAS

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

Bercakaplah dengan nada tegas tetapi

lembut dengan mangsa.

Jika boleh bawa mangsa ke tempat

Tenangsupaya ia boleh mengawal

kembali pernafasannya.

Biarkan mangsa bernafas menggunakan

Begplastik atau karung kertas. Tetapi

jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan

lagi keadaan. Beg plastik atau karung

kertas akan menyebabkan mangsa

menggunakan udara yang sama untuk

bernafas. Buka beg plastik sekiranya

mangsa mulai bernafas secara normal.

Jika ketegangan berterusan, biarkan

mangsa menyedut semula udara

hembusannya daripada beg plastik

tersebut

Video Sesak Nafas
24. 24.

LELAH

Langkah rawatan adalah seperti berikut:

tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa.

bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat.

jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan ubat tersebut.

jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan, dapatkan bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya.

25. 25.

TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)

Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC

Periksa nadi dan pernafasan mangsa.

Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut.

Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

Periksa tahap kesedaran

mangsa dengan pantas

26. 26.

KEJUTAN ELEKTRIK

Jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu.

Jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan pemulihan.

Sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan terbakar.

Rawat mangsa dari serangan renjatan.

Video Kejutan Elektrik
27. 27. SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG

Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.

Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit. Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan.

Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung.

Cuci sekeliling tempat kena gigit.

Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.

Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.

Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.

Bawa pesakir terus ke hospital.

Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut.

. Tenteramkan pesakit sambil

mengawasi pernafasannya.

Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujngnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat.

Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.

Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.

Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.

28. 28. GIGITAN BINATANG Video Gigitan Binatang
29. 29. SENGATAN HIDUPAN LAUT

Apabila anda berkelah di tepi laut yang

mempunyai ampai-ampai atau obor-obor,

anda sebenarnya terdedah dengan sengatan

obor-obor tersebut. Sengatan ikan sembilang

juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat

berserta kebengkakan.

Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:

Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.

Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel-sel penyengat.

Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate (serbuk penaik) dan air pada luka.

Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa.

Video Sengatan
30. 30. KERACUNAN

Kes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan yang biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran atau buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan pada kulit seperti racun rumpai atau racun serangga.

Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara atau kekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserap dalam kulit, atau termasuk dalam mata.

Langkah rawatan adalah:

Rehatkan mangsa.

Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber kalium yang amat berguna.

Dapatkan bantuan perubatan

Langkah-langkah rawatan secara am:

Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa

Segera telefon ambulans

Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.

Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan

Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah.

Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak. Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.

Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.

Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.

Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah yang dijumpai berhampiran mangsa.

31. 31. KERACUNAN Video Keracunan
32. 32. Tercokek!!!! Dewaso Bayi Video Dewasa Video Bayi
33. 33. Sekian Terima Kasih
34. 34. KUIZ – TEKA SILANG KATA . MELINTANG 2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10% 5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit 7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau 8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam 9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada mereka yang sihat 10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi KE BAWAH 1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi ada juga orang yang alah dengannya 3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin 4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung kembang dan pergerakan dada yang tersedut 6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC 7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu lakukan tindakan tekanan ini
35. 35. SOALAN 1 P 2 3 4 A 5 6 S 7 H S 8 I 9 10 A D T
36. 36. JAWAPAN P C M U K A L S O R S A F A T E R H I R I S E S A I S C P R I A K A R O T I D T