SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
PIBG KALI KE-5
TAHUN 2022
SEKOLAH RENDAH ISLAM
HIDAYAH BATU PAHAT
1
ATURCARA PROGRAM
Masa Aturcara
8:45 malam Ketibaan dan Pendaftaran Peserta
9:00 malam Pembukaan Majlis dan Kata Aluan Pengerusi Majlis
9:05 malam
1. Ucapan Aluan YDP PIBG Sesi 2020-2021
2. Ucapan Perasmian Penasihat PIBG (Guru Besar)
3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2020-2021
4. Pembentangan Laporan Kewangan 2020-2021
5. Perbahasan Usul
6. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022
7. Pengumuman pemenang cabutan bertuah
11:00 malam Penangguhan Mesyuarat
2
AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020-2021
Yang Dipertua
En. Abdullah Bin Hj. Mohamad Nawawi
Timbalan Yang Dipertua
Ts. Hj. Mohamad Fauzi Bin Zakaria
Setiausaha
Ts. Mohd Shahril bin Mohd Noor
Penolong Setiausaha
Pn. Siti Afifah Binti Che Ismail
Bendahari
Ts. Dr. Roslinda Binti Seswoya
AJK Akademik
Pn. Mastura Binti Ngademin
AJK DINIAH
Ustaz Mohd Zakaria Bin Mohd Yusaff
AJK Multimedia
Dr. Ramhuzaini bin Abd Rahman
AJK Kebajikan
En. Alrazali Bin Mohamad @ Mansor
AJK Keceriaan
En. Rizal bin Mohd Nor
AJK Tugas Khas
En. Noorhalipi Bin Kamisan
En. Halmi Mashindra bin Saleh
AJK Majlis Ilmu
En. Shazril Bahar bin Abd Manap
Dr. Salawati binti Ahmad
Wakil Guru
Ustazah Miftakhul Ngulum binti Imam Solikhin
Pemeriksa Kira-kira
Pn. Zuhaila Anida Binti Zainal Abidin
En. Muhammad Fauzi Bin Bahar
3
KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2020-2021
Bismillahirrahmanirrrahim,
Alhamdulillahi rabbil alamin, assolatuwassalamu ala rasulilamin, wa ala alihi wa ashabihi ajmain.
Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang dihormati Guru Besar SRIHBP Puan Hajah Rozita binti
Othman, merangkap perasmi MAT kita pada kali ini. Yang berusaha barisan Ahli-ahli Jawatankuasa
PIBG SRIHBP sesi 2020-21, para muallim dan muallimah yang dimuliakan, serta rakan-rakan ibu bapa
serta penjaga yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.r.b.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, kita
dapat bertemu setelah sekian lama, untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRIHBP kali
ke-5 yang diadakan secara atas talian. Biarpun kita masih belum berkesempatan untuk mengadakan
majlis ini secara bersemuka atas kekangan di musim pandemik ini, namun adalah diharapkan semoga
mesyuarat secara maya ini juga dapat mencapai matlamat untuk mewujudkan kemuafakatan antara
ibu bapa dan guru, terutama dalam membina kesefahaman dan tanggungjawab bersama demi
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta tarbiyah anak-anak kita demi melahirkan
generasi Rabbani yang soleh dan musleh seperti motto sekolah.
Untuk makluman hadirin ahli2 PIBG sekalian, MAT kali ke-5 (2021) sepatutnya diadakan dan
sebenarnya telahpun dirancang untuk diadakan pada tahun lepas. Akan tetapi disebabkan oleh situasi
yang tidak mengizinkan serta nasihat dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, MAT telah terpaksa
ditangguhkan dan disatukan dengan MAT tahun 2022 ini. Semua usul yang sepatutnya dibincangkan
pada tahun lepas telah dikumpulkan dan dimasukkan dalam senarai usul yang akan kita bincangkan
sebentar lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Sesungguhnya pandemik Covid-19 yang melanda sejak JK PIBG 2020/21 ini dilantik, telah banyak
memberi kesan terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG. Dari
pengalaman saya sendiri selaku ibu bapa perintis di SRIHBP ini sejak 6 tahun yang lepas, faktor
kekuatan utama sekolah pada awal penubuhannya ialah kesefahaman dan kerjasama erat yang terjalin
di kalangan para guru dan ibu bapa, terutama dalam aspek yang membabitkan penambahbaikan
fasiliti dan kelengkapan pembelajaran di sekolah, demi memastikan anak-anak kita mendapat susasana
pembelajaran yang lebih baik. Kesefahaman dan rasa kebersamaan ini, secara tidak langsung telah
dipupuk melalui penglibatan bersama para guru dan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan
oleh pihak sekolah dan PIBG seperti penganjuran Malam Badar (iaitu aktiviti paling besar dalam
taqwim sekolah kita), penganjuran Hari Sukan Tahunan Sekolah, aktiviti gotong-royong dan
sebagainya. Namun dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dilakukan
secara bersemuka, lantas ianya seakan-akan mewujudkan satu jurang di kalangan para guru dan ibu
bapa mahupun di kalangan sesama ibu bapa itu sendiri.
Di sebalik kekangan yang ada, kami selaku AJK yang dipilih untuk mentadbir PIBG telah berusaha
sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami. Pelbagai
aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Malam Badar Online, gotong-royong kecil-kecilan, program
SRIH Prihatin, penganjuran majlis-majlis ilmu secara online dan lain-lain lagi, (yang akan diperincikan
4
oleh yang berusaha saudara Setiausaha kita selepas ini,) dengan harapan, agar program-program ini
dapat memberikan manfaat serta membantu ibu bapa dan guru terutama dalam menghadapi cabaran
pendidikan anak-anak di era pandemik ini, sekaligus cuba mewujudkan rasa kesefahaman dan
kebersamaan itu semula.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapakan berbanyak-banyak terima kasih kepada para ibu bapa
daan guru yang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak PIBG.
Berdasarkan respon yang kami peroleh, ternyata para ibu bapa yang ada di SRIHBP ini sangat prihatin
dan sangat bermurah hati terutama apabila tabung-tabung khas derma kilat kita adakan untuk tujuan-
tujuan tertentu. Syabas dan jazakumullahu khairan katihra saya ucapkan.
Namun, sudah pasti bukan semua yang kita rancang dan inginkan dapat direalisasikan. Antaranya
seperti rancangan pembinaan sebuah dewan terbuka yang merangkumi gelanggang serbaguna untuk
kegunaan anak menjalankan aktiviti luar kelas terutamanya aktiviti sukan. Untuk pengetahuan tuan-
tuan sekalian, inisiatif untuk membina sebuah dewan terbuka ini telah dimulakan oleh JK PIBG penggal
sebelum ini iaitu JK PIBG 2018-19. Secara kronologinya, pada tahun 2018, JK PIBG pada ketika itu
menyedari kekangan yang dihadapi pihak pentadbiran sekolah, yang perlu memusatkan tumpuan
kepada kerja pembinaan bangunan baru sekolah berbanding fasiliti lain seperti gelanggang sukan, telah
memohon kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah untuk memberikan kebenaran kepada pihak
PIBG memanfaatkan sebidang tanah lapang bersebelahan kawasan parkir sekolah agar dapat
dibangunkan menjadi sebuah gelanggang sukan serbaguna. Sehubungan itu, beberapa kerja
penambakan dan meratakan tanah telah dilakukan. Setelah dilantik pada tahun 2020, usaha ini telah
kami teruskan hasil dari sumbangan-sumbangan yang diperoleh terutamanya dari Ahli Parlimen Batu
Pahat. Dan hasilnya sehingga setakat ini, tapak gelanggang tersebut telah dapat digunakan sementara
untuk dijadikan tempat meletak kenderaan para guru yang ada sekarang. Besar harapan kami agar
pihak AJK baru yang akan dilantik nanti akan dapatkan meneruskan usaha pembinaan gelanggang
serbaguna ini selepas ini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
memohon ribuan kemaafaan bagi pihak diri saya sendiri dan juga bagi pihak Ahli-ahli JK yang lain
sekiranya terdapat kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang kami lakukan semasa memegang
amanah ini. Sesungguhnya kami bukanlah yang terbaik di kalangan kalian namun kami telah mencuba
sedaya upaya untuk meberikan yang terbaik semasa memegang amanah ini. Sekali lagi sepuluh jari
kami susunkan memohon kemaafan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum w.r.b.
ABDULLAH BIN MOHAMAD NAWAWI
YANG DI PERTUA PIBG SRIH PASIRRIS BATU PAHAT
2020-21
5
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH PASSIRIS BATU PAHAT
BIL. 01 TAHUN 2020
Tarikh : 22 Februari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 Pagi – 12:00 Tengahari
Tempat : Musolla Sekolah Rendah Islam Hidayah
Kehadiran :
En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria Pengerusi
En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi Timbalan Pengerusi
En. Mohd Hafizan Bin Johar Setiausaha
Pn. Norina Binti Alwee Penolong Setiausaha
Dr. Roslinda Binti Seswoya Bendahari
Dr. Lutfan Bin Jaes Ahli Jawatankuasa
Pn. Mastura Binti Ngademin Ahli Jawatankuasa
En. Alrazali Bin Mohamad @ Mansor Ahli Jawatankuasa
Dr. Ramhuzaini Bin Abd. Rahman Ahli Jawatankuasa
En. Huzaimi Amir Bin Zainudin Ahli Jawatankuasa
En. Noorhalipi Bin Kamisan Ahli Jawatankuasa
Ustaz Abdul Majeed Bin Zulkipli Wakil Guru
Ustazah Maimunah Binti Ahmad Wakil Guru
Turut Hadir :
Tn. Haji Dr. Mohd Jiwa Ahli Lembaga Pengelola Sekolah
Ustazah Hjh Rozita Binti Othman Guru Besar
Guru – Guru
Ibu Bapa
(Rujuk Lampiran Senarai Kehadiran)
Agenda :
1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG
2.0 Ucapan Aluan Penasihat PIBG (Guru Besar)
3.0 Ucapan Perasmian Ahli LPS
4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019
5.0 Pembentangan Aktiviti PIBG Tahun 2019
6.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2019
7.0 Pembentangan dan Perbincangan Usul
8.0 Ucapan Penangguhan
6
1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG
1.1. YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa.
Makluman
1.2. YDP PIBG mengajak semua untuk rehatkan deria akal dan fikiran untuk bersedia bermesyuarat
dan seterusnya membentangkan agenda.
Makluman
2.0 Ucapan Aluan Penasihat PIBG
2.1 Pn. Hjh Rozita Othman memaklumkan beliau menjadi Guru Besar SRIH BP yang baru
menggantikan Ustazah Normah Sukayat yang kini menguruskan Pentarbiahan Sekolah dan
turut memaklumkan Ustaz Abdul Majeed Zulkipli sebagai Pengetua SMIH BP yang baru.
Makluman
2.2 Guru Besar turut berkongsi berkenaan Pentadbiran Sekolah di bawah Kurikulum IKRAM
Musleh dan memaklumkan anugerah-anugerah yang akan disampaikan nanti.
3.0 Ucapan Perasmian Ahli LPS
3.1 Tn. Hj Dr. Mohd Jiwa memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izin-Nya dapat
bersama-sama dalam MAT PIBG kali ini.
Makluman
3.2 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan PIBG di atas pelbagai program yang telah
dilaksanakan sebelum ini dan berharap agar sumbangan ini dapat diteruskan lagi oleh barisan
PIBG baru yang akan dilantik selepas ini.
Makluman
3.3 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang memberi sokongan
penuh kepada anak-anak di atas pencapaian 91% lulus UPSR dan 95% lulus SPPIM tahun
2019 dan berdoa agar dapat mencapai 96-98% lulus pada tahu ini.
Makluman
3.4 Beliau mengambil kesempatan ini untuk mewakili Ahli LPS untuk memohon maaf jika ada
infrastruktur-infrastruktur yang masih belum siap untuk digunakan dan seterusnya merasmikan
MAT PIBG 2020 ini.
Makluman
4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-2 2018
4.1 YDP PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019 dan meminta cadangan
dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir.
Makluman
4.2 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019 dicadang oleh En. Mokhzani Bin Mohsin dan disokong
oleh En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor.
Makluman
7
5.0 Pembentangan Aktiviti PIBG Tahun 2019
5.1 Setiausaha membentangkan aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan
pengerusi meminta cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir.
Makluman
5.2 Aktiviti PIBG Tahun 2019 dicadang oleh En. Shazril Bahar Bin Abd. Manap dan disokong oleh
En. Muhammad Fauzi Bin Bahar.
Makluman
6.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2018
6.1 Setiausaha membentangkan perbelanjaan – perbelanjaan yang telah dilakukan sepanjang
tahun 2019 dan pengerusi meminta cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir.
Makluman
6.2 Penyata Kewangan Tahun 2019 dicadang oleh En. Shazril Bahar Bin Abd. Manap dan
disokong oleh En. Muhammad Fauzi Bin Bahar.
Makluman
7.0 Pembentangan dan Perbincangan Usul
Usul 1
7.1 YDP PIBG memaklumkan usul ini tidak dibincangkan kerana pencadang En. Mohd Zakaria Bin
Mohd Yusaff tidak hadir di dalam MAT PIBG ini.
Makluman
Usul 2
7.2 Cadangan yang pertama, En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi mencadangkan supaya
perjumpaan IB dan mentor ditambah-baik dengan memberi peluang kepada IB untuk berjumpa/
bertanya secara terus dengan guru-guru subjek tentang prestasi anak selain meneruskan
kaedah yang sedia ada. Yang kedua, beliau mencadangkan supaya Pihak sekolah/ PIBG
disaran melibatkan sukarelawan di kalangan IB yang berkemahiran dan/ atau yang berminat
untuk membantu pihak sekolah melatih/ mengurus/ mengiringi anak2 murid yang mewakili
sekolah ke pertandingan sukan, tilawah dsb yang akan memberi peluang untuk anak2 Hidayah
menyertai lebih banyak pertandingan dsb dan meningkatkan kualiti wakil sekolah melalui
latihan yang dijalankan serta meringankan beban guru-guru yang terlibat.
Tindakan Sekolah dan PIBG
7.3 Guru Besar memaklumkan kebiasaan di sekolah lain IB akan berjumpa dengan guru kelas. Di
SRIH BP, IB akan berjumpa dengan mentor ini kerana setiap minggu anak-anak akan ada
perjumpaan mentor. Pada perjumpaan IB dan mentor tahun ini, IB boleh juga berjumpa dengan
guru-guru subjek jika berminat.
Makluman
7.4 Guru Besar mengucapkan Alhamdulillah sekiranya ada IB boleh sumbang tenaga. Pihak
sekolah dan LPS akan mengedarkan borang soal-selidik di dalam Telegram Sekolah untuk
mengenalpasti IB yang berminat untuk menyumbangkan kepakaran yang ada di dalam
sebarang aktiviti sekolah.
Makluman
7.5 Pn. Marlia Binti Morsin bertanya adakah anak-anak dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku
apa-apa tidak diingini ketika bersukan.
Makluman
8
7.6 YDP PIBG memaklumkan anak-anak tetap diiringi oleh guru sekiranya ada aktiviti sukan di luar
sekolah, IB hanya terlibat ketika melatih anak-anak sahaja.
Makluman
7.7 Guru Besar memaklumkan anak-anak telah dilindungi oleh insuran berkelompok semasa
mendaftar di sekolah ini.
Makluman
Usul 3
7.8 En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria mencadangkan perlantikan AJK PIBG adalah untuk tempoh
satu (1) tahun sahaja supaya momentum kerja dapat diperbaharui setiap tahun.
Tindakan IB
7.9 En. Shazril Bahar Bin Abd Manap cadang diteruskan pemilihan setiap 2 tahun, sekiranya perlu,
buat pertukaran dalaman sahaja.
Tindakan PIBG
7.10 En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi memaklumkan sebarang pindaan perlu kepada sokongan
2/3 daripada ahli mesyuarat. Undian telah dibuat, hanya 2 orang daripada 48 IB yang bersetuju,
usul telah ditolak.
Tindakan IB
Usul 4
7.11 En. Mohd Fahrul Radzi Bin Miskan telah mencadangkan agar waktu ko-kurikulom ditukar ke
hari persekolahan dengan penambahan jam pembelajaran sebanyak 30 minit setiap hari untuk
menggantikan Hari Sabtu yang dikhususkan bagi ko-kurikulum.
Tindakan Sekolah dan LPS
7.12 Ustaz Irfan Bin Hj Masiri memaklumkan pihak sekolah telah menghentikan aktiviti Ko-Kurikulum
pada Hari Sabtu. Bagi tahun 4, 5 dan 6, aktiviti Ko-Kurikulum akan dibuat 2 kali setahun sahaja
iaitu sekali pada Semester Pertama dan sekali pada Semester Kedua. Usul telah ditolak.
Makluman
7.13 Draf Perlembagaan PIBG SRIH BP dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat yang hadir dan turut
dipersetujui persatuan ini tidak didaftarkan dengan Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Makluman
Usul 5
7.14 Cadangan yang pertama, En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor mencadangkan agar CCTV
dipasang di tempat-tempat yang penting untuk tingkatkan tahap keselamatan murid-murid dan
harta benda sekolah. Cadangan yang kedua, beliau mencadangkan agar pihak sekolah
sentiasa memberi peringatan kepada murid terutamanya tahun 1 akan langkah-langkah yang
perlu diambil sekiranya berdepan situasi seperti berhadapan dengan haiwan yang berbahaya di
kelas atau tandas yang mencari tempat berlindung ketika musim panas atau hujan yang
berpanjangan.
Tindakan Sekolah dan LPS
7.15 Guru Besar memaklumkan CCTV sedia ada di sekolah 4 buah yang terletak di pintu pagar
utama, dataran dan pejabat. Sekiranya ada IB ingin menyumbangkan boleh maklumkan kepada
pihak sekolah.
Tindakan IB
9
7.16 En. Ramhuzaini Bin Abd Rahman mencadangkan untuk mewujudkan dana sumbangan dan
dipasang sedikit demi sedikit.
Tindakan PIBG
7.17 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah dan En. Salmi akan sentiasa pantau keadaan kelas
dan tandas bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku.
Tindakan PIBG
Usul 6
7.18 YDP PIBG memaklumkan usul ini tidak dibincangkan kerana pencadang En. Razman Bin
Mohamad tidak hadir di dalam MAT PIBG ini.
Makluman
8.0 Pembubaran AJK PIBG 2018-2019 Dan Perlantikkan AJK PIBG 2020-2021
8.1 YDP PIBG mewakili AJK memohon maaf sekiranya ada amanah-amanah yang tidak terlaksana
dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dan IB di dalam sebarang aktiviti
yang dianjurkan oleh PIBG. YDP PIBG membubarkan jawatankuasa sedia ada dan
menyerahkan kepada Ustaz Abdul Majeed Bin Zulkipli sebagai Pengerusi Sementara.
Makluman
8.2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020 – 2021 dijalankan dengan cadangan dan
persetujuan semua yang hadir. Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru ialah:
YDP En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi
TYDP En. Fauzi Bin Zakaria
Setiausaha En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor
AJK En. Shazril Bahar Bin Abd Manap
AJK Pn. Mastura Binti Ngademin
AJK En. Noor Halipi Bin Kamisan
AJK En. Al Razali Bin Mohamad @ Mansor
AJK Dr. Ramhuzaini Bin Abd Rahman
Pemeriksa Pn. Zuhaila Anida Binti Zainal Abidin
Kira-Kira En. Muhammad Fauzi Bin Bahar
9.0 Ucapan Penangguhan
9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada IB dan Ahli LPS yang hadir, serta pihak sekolah
atas bantuan menyediakan tempat mesyuarat ini.
Makluman
9.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua pihak IB dan guru untuk turut serta dan
memberi komitmen penuh menyokong aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PIBG agar semuanya
berjalan dengan lancar.
Tindakan Ibu Bapa
9.3 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah hadir
pada mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengahari.
Makluman
10
KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 01/2020
BIL NAMA Tandatangan
1. Mohd Hafizan Johar
2. ‘Umayr Sayfurrrahman Ainullotfi
3. Noordin Bunasir
4. Muhamad Fahmy Khalid
5. Mohd Nor Haron
6. Ahmad Shahir Abdul Rahman
7. Muhaini Mahusin
8. Nurazrin Mohd Superi
9. Norhaliza Sapari
10. Siti Zarina Mohd Muji
11. Norilam Ashari
12. Syazwani Mohd Asharuddin
13. Cik Feresa Mohd Foozy
14. Norain Sahari
15. Noor Halipi Kamisan
16. Muhammad Fauzi Bahar
17. Muhammad Fadli Kamaruddin
18. Muhammad Hafizul Amin Jimaain
19. Mohd Fahrul Radzi Miskan
20. Wan Hassan Wan Ahmad
21. Zaid Ahmad
22. Siti Afifah Che Ismail
23. Anita Sahari
24. Noriza Haron
25. Nur Sakinah Norkhair
26 Hamidah Poan
27 Mohd Hanafi Jamat
28 Noor Fauzi Sukaimi
29 Al Razali Mohamad @ Mansor
30 Mohd Shahril Mohd Noor
31 Muhadzir Mat Zin
11
32 Noor Hisham Zakaria
33 Sabran Asmawai
34 Ahmad Nasrull Mohamed
35 Haryati Hussin
36 Aini Nazura Paimin @ Abdul Halim
37 Norina Alwee
38 Herdawatie Abdul Kadir
39 Munirah Ab. Rahman
40 Hemmy Abd Jalal
41 Ramhuzaini Abd. Rahman
42 Lutfan Jaes
43 Mohd Shalahuddin Adnan
44 Mohd Khidzir Mohd Noor
45 Abdullah Mohamad Nawawi
46 Mokhzani Mohsin
47 Abdul Majeed Zulkipli
48 Ahmadi Masnono
49 Shazril Bahar Abd. Manap
50 Roslinda Seswoya
51 Zuhaila Anida Zainal Abidin
52 Mazni Awang
53 Nafisah Hamzah
54 Salawati Ahmad
55 Sanisah Hj Kadiman
56 Ruzanah Shahar
57 Fatimah Abdullah
58 Marlia Morsin
59 Irfan Bin Hj Masiri
60 Hjh Rozita Binti Othman
61 Maimunah Binti Ahmad
62 Emylianisza Md Hushin
63 Noraini Jamaludin
12
Disediakan oleh, Disemak Oleh,
(En. Mohd Hafizan Bin Johar) (En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria)
Setiausaha YDP PIBG
PIBG SRIHBP 2018-2019 PIBG SRIHBP 2018-2019
13
PEMBENTANGAN AKTIVITI DAN KEWANGAN PIBG
2020-2021
1. AKTIVITI PIBG TAHUN 2020-2021
Bil
Nama Aktiviti/
Program
Tarikh Catatan/ Perincian
1. Mesyuarat AJK
PIBG 1/2020
23 Feb 20 Penggubalan Takwim PIBG, pelantikan AJK tambahan
dan penetapan fungsi dan tugas setiap unit.
2. Mesyuarat AJK
PIBG 2/2020
02 Mei 20 Pelaksanaan PDPC ketika PKP, kadar yuran SRIHBP
ketika PKP dan permohonan pemberian diskaun
yuran disebabkan kesan PKP isi rumah.
3. Mesyuarat AJK
PIBG 3/2020
08 Mei 20 Permohonan pengurangan yuran SRIHBP ketika PKP,
cadangan mewujudkan Dana Sumbangan Covid-19
SRIHBP, perbincangan keberkesanan pembelajaran
Google Classroom dan permasalahan pembelajaran
murid ketika PKP.
4. Projek Tanaman
Sayur
28 Mei 20 Projek Tanaman Sayur dibimbing oleh En. Amat
5. Mesyuarat AJK
PIBG 4/2020
18 Jun 20 Makluman Dana Hidayah untuk Qurban & Aqiqah,
perancangan majlis ilmu bulanan, perkembangan
terkini PDPc ketika PKPP dan Persiapan PIBG bertemu
Lembaga Penggelola Sekolah (LPS)
6. Mesyuarat AJK
PIBG 5/2020
27 Ogos 20 Perbincangan Projek Pertanian dengan Tn. Hj. Amat
Perbincangan Dana Hidayah
Perbincangan cadangan pemasangan sengkuap
7. Mesyuarat AJK
PIBG 6/2020
12 Dis 20 Perbincangan membina gelanggang sekolah dan
dewan terbuka
Perkembangan pembinaan bangunan 3 tingkat
Perkembangan projek pertanian sekolah
Hal-hal berkaitan PdPr dan Penilaian Akhir Tahun
Murid
Persiapan pembukaan semula sekolah (yuran
tertunggak, gotong-royang)
8. Gotong-royong 17 Jan 2021 Gotong-royong sempena pembukaan sekolah, pasca
PKP
9. Mesyuarat AJK
PIBG 1/2021
11 Mac 21 Penggubalan Taqwim PIBG 2021
Perancangan Malam Badar 1442H
Penerangan ringkas perjalanan UPKK Tahun 5
Cadangan pembelian alas duduk / pelapik murid
10. Mesyuarat AJK
PIBG 2/2021
12 Jun 21 Perancangan Qurban 2021
Persiapan PDPr 3.0
Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021
14
11. Perkongsian
Ramadan
01 Mei 21 Tazkirah: Jadilah Hamba Allah SWT, bukan Hamba
Ramadan oleh Ust. Pahrol Mohd Juoi
Moderator: Dr. Lutfan Jaes
12. Malam Badar 7 Mei 21 Malam Badar online:
Penceramah jemputan: Ust Abbdullah Al-Amin
Moderator: Tuan Najib Assadok
13. Aktiviti Munjung 12 Mei 21 Aktiviti munjung oleh JK PIBG, guru-guru dan SRIH
Niaga mengedarkan bungkusan makanan ke 5 buah
kampung
14. Perkongsian Ibu
bapa
29 Mei 21 Tips mendidik anak-anak dirumah: Perkongsian ibu
bapa:
Panel: Dr Nurhayati, Ustaz Zakaria & Pn Zakiah
Hanim
Moderator: En. Shahril
15. Mesyuarat AJK
PIBG 3/2021
27 Okt 21 Taklimat pembukaan sekolah oleh Guru Besar SRIHBP
Perancangan gotong-royong
Kutipan minyak masak
Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT PIBG)
16. Mesyuarat AJK
PIBG 4/2021
11 Mac 22 Persiapan pembukaan sekolah
Perancangan gotong-royong
Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT PIBG)
Wakaf buku
15
2. PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2020 - 2021
16
USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022
Usul 1 :
1. Lantikan JK PIBG adalah untuk setahun sahaja dan seorang JK boleh dilantik berturutan untuk dua
penggal sahaja. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai IBM terlibat sebagai
JK PIBG sekaligus bersama-sama menyumbang untuk manfaat anak-anak dan sekolah.
2. Cadangan supaya diwujudkan Bank Buku Teks SRIHBP, bertujuan mengumpulkan Buku Teks
SRIHBP yang diinfaqkan ibu bapa yang sudah tidak menggunakannya lagi (buku dgn versi yang masih
boleh digunakan). Buku ini boleh diberi pinjam kepada ibu bapa yang memerlukan. Bank Buku Teks
ini dikelola oleh PIBG.
Pencadang : Dr. Roslinda binti Seswoya
Usul 2 :
Mohon persetujuan ahli Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRIHBP untuk menyokong agar tempoh
perkhidmatan AJK PIBG dipendekkan dari DUA (2) TAHUN ke SATU (1) TAHUN sahaja supaya
memberi peluang kepada ahli lain untuk berkhidmat dan menyumbangkan idea dengan lebih baik
dalam jangkamasa pendek.
Pencadang : En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria
Usul 3 :
Mohon pihak penyedia makanan tidak meletakkan ajinomoto di dalam makanan yg dijual oleh pihak
sekolah. Sekiranya mmg xletak, Alhamdulillah. Sekiranya letak, mohon maklumkan pada pihak
penyedia makanan.
Pencadang : Pn. Siti Sahara bt Samadun
Usul 4 :
1. Adakan satu waktu dalam seminggu untuk Anak2 baca sebuah buku cerita ke sekolah yang dah habis
dibaca untuk kongsi isi cerita kepada kawan2 mereka dengan pantauan guru. Ini dapat ‘memaksa’
anak2 membaca buku dan memupuk budaya berkongsi Ilmu kepada kawan2.
2. Hari Keusahawanan Bukan Sahaja dibuat dengan cara buka stall dan murid2 dtg membeli, tetapi
juga boleh diadakan dengan cara murid2 bawa beg plastik jualan ke kelas2 dan bertanya adakah
sesiapa ingin dapatkan barang jualan mereka. Ini dapat memupuk sikap berani berniaga di kalangan
Anak2 InshaAllah.
Pencadang : Pn. Nuruliyzah binti Rahiman
Usul 5 :
Untuk tahun akan datang, saya mohon jasa baik pihak sekolah supaya tidak mewajibkan pembelian
buku teks Bahasa Inggeris. Murid sepatutnya boleh menggunakan buku teks abang/ kakak yg masih
elok. Latihan dalam buku teks boleh dibuat dalam buku tulis.
Pencadang : Pn. Siti Hafizah Nor binti Mas'ud
17
Usul 6 :
Cadangan supaya kelas persediaan akademik tahun 6 secara fizikal diadakan, walaupun tiada UPSR.
Pencadang : En. Shazril Bahar Bin Abd Manap
Usul 7 :
Cadangan supaya melibatkan kesemua pelajar berpeluang untuk menonjolkan bakat kepimpinan.
Pencadang : En. Huzaimi Amir bin Zainudin
Usul 8 :
Saya mencadangkan untuk diadakan satu unit / jawatankuasa dalam PIBG berkaitan bakat murid atau
kelab atau kepakaran ibu bapa/ penjaga menawarkan khidmat dan kemahiran mereka. Boleh juga JK
tersebut melantik orang luar dan JK bertindak sebagai pengantara antara pihak ibu bapa dan pihak
sekolah.
Pencadang : Ustazah Miftakhul Ngulum binti Imam Sholikhin
Usul 9 :
Menyimpan buku teks di kelas dalam bekas tertutup bagi meringankan berat beg sekolah.
Pencadang : En. Mohd Fahrul Radzi bin Miskan
Usul 10 :
Memandangkan cuaca ketika ini agak panas terik, mohon pihak sekolah menyediakan air masak
tambahan supaya murid-murid boleh mengisinya jika bekalan air masak murid-murid kehabisan. Jika
memerlukan kos, mohon pertimbangan PIBG untuk mengeluarkan dana bagi tujuan itu.
Pencadang : En. Mohd Shahril bin Mohd Noor
Usul 11 :
Ibu bapa yang mempunyai kepakaran boleh menawarkan khidmat untuk penubuhan kelab bakat
seperti silat, robotik, coding dll. Ibu bapa bertindak sebagai tenaga pengajar atau pengurus manakala
pihak sekolah akan menjadi pemantau atau menyediakan fasiliti tempat sekiranya bersesuaian. Bayaran
dan kos akan ditanggung oleh ibu bapa yang berminat menghantar anak mereka.
Oleh itu, ianya dapat membuka peluang kepada anak-anak untuk belajar dan juga mengurangkan
beban para murobbi bagi menyediakan variasi aktiviti kokurikulum anak-anak.
Pencadang : Dr. Marlia binti Morsin
18
Usul 12 :
Mengadakan kembali kelas mengaji al-Quran selepas tamat waktu persekolahan bagi mengisi masa
anak-anak sebelum dijemput oleh ibu ayah pada jam 5 petang.
Pencadang : Pn. Latifah Binti Md Ariffin
Usul 13 :
Mohon perkemaskinikan jawatankuasa UPKK di peringkat sekolah.
Pencadang : Ustaz Mohd Zakaria bin Mohd Yusaff
19
UCAPAN PENGHARGAAN DARI AJK PIBG 2020-2021
”Pihak AJK PIBG SRIHBP 2020-2021 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan
terima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa, guru – guru dan pihak Lembaga
Pengelola Sekolah (LPS) di atas kerjasama, bimbingan, sokongan dan sumbangan dana
dan tenaga yang tidak berbelah bagi dalam menjadikan Sekolah Rendah Islam Hidayah
BP menjadi pusat pendidikan yang diharap mampu melahirkan generasi
”SOLEH, MUSLEH DAN CEMERLANG” pada masa akan datang.”
”BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT”
”TERIMA KASIH”

More Related Content

Similar to MAT SRIHBP

Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013Azmi Muda
 
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docx
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docxBUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docx
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docxShahrilShahrom
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynMinit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynSiti Watini Jajuli
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013Azmi Muda
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013Azmi Muda
 
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docxminit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docxKhairulNizam442690
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Siti Khajaru'ain
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMChon Seong Hoo
 
Big sem 5 ceramah - minit mesy
Big sem 5   ceramah - minit mesyBig sem 5   ceramah - minit mesy
Big sem 5 ceramah - minit mesyMaryani Hashim
 
Kertas Kerja Jamuan Raya
Kertas Kerja Jamuan RayaKertas Kerja Jamuan Raya
Kertas Kerja Jamuan RayaKakchik Aina
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahKhairie Idris
 
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOTProjek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOTStephanie Unsil
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongEiza Alias
 
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)Mohd Muzlimi Junoh
 
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)Noraini Huzin
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaFatimah Jusoh
 

Similar to MAT SRIHBP (20)

Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013
 
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docx
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docxBUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docx
BUKU PROG MESYUARAT AGUNG PIBG 2021 KALI KE 50 (final)update.docx
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbynMinit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 40sktbyn
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013
 
Buku program ma2013
Buku program ma2013Buku program ma2013
Buku program ma2013
 
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docxminit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
minit ajkpibg 1.17 (2) (3).docx
 
minit ajkpibg 1 2019.docx
minit ajkpibg 1 2019.docxminit ajkpibg 1 2019.docx
minit ajkpibg 1 2019.docx
 
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
Teks ucapan perutusan_tahun_baharu_2017
 
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPMTeks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
Teks Ucapan YB Menteri Pendidikan Sempena Majlis Perutusan Tahun Baharu 2017 KPM
 
Big sem 5 ceramah - minit mesy
Big sem 5   ceramah - minit mesyBig sem 5   ceramah - minit mesy
Big sem 5 ceramah - minit mesy
 
Kertas Kerja Jamuan Raya
Kertas Kerja Jamuan RayaKertas Kerja Jamuan Raya
Kertas Kerja Jamuan Raya
 
Big gotong royong abang
Big gotong royong abangBig gotong royong abang
Big gotong royong abang
 
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shahMinit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
Minit mesyuarat agung pibg kali ke 37 smk tengku idris shah
 
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOTProjek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT
 
Kertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royongKertas kerja gotong royong
Kertas kerja gotong royong
 
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
Minit mesy agung pibg 37 edit tth 7 mac(1)
 
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)
Kertas kerja program indahnya sekolahku terkini(2)
 
Teks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetuaTeks ucapan pengetua
Teks ucapan pengetua
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 
Kertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaranKertas kerja majlis pelancaran
Kertas kerja majlis pelancaran
 

More from Mohd Shahril

Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdf
Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdfBuku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdf
Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdfMohd Shahril
 
Faraid Dalam Islam.pdf
Faraid Dalam Islam.pdfFaraid Dalam Islam.pdf
Faraid Dalam Islam.pdfMohd Shahril
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfMohd Shahril
 
PENTAKSIRAN Multimeter
PENTAKSIRAN MultimeterPENTAKSIRAN Multimeter
PENTAKSIRAN MultimeterMohd Shahril
 

More from Mohd Shahril (7)

Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdf
Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdfBuku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdf
Buku_1000_Sunnah_Dalam_Sehari_Semalam.pdf
 
Faraid Dalam Islam.pdf
Faraid Dalam Islam.pdfFaraid Dalam Islam.pdf
Faraid Dalam Islam.pdf
 
Taklimat
TaklimatTaklimat
Taklimat
 
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdfPengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
Pengenalan Kepada Pendawaian Satu Fasa.pdf
 
PENTAKSIRAN Multimeter
PENTAKSIRAN MultimeterPENTAKSIRAN Multimeter
PENTAKSIRAN Multimeter
 
PB ETE 4023.doc
PB ETE 4023.docPB ETE 4023.doc
PB ETE 4023.doc
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (12)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

MAT SRIHBP

  • 1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-5 TAHUN 2022 SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH BATU PAHAT
  • 2. 1 ATURCARA PROGRAM Masa Aturcara 8:45 malam Ketibaan dan Pendaftaran Peserta 9:00 malam Pembukaan Majlis dan Kata Aluan Pengerusi Majlis 9:05 malam 1. Ucapan Aluan YDP PIBG Sesi 2020-2021 2. Ucapan Perasmian Penasihat PIBG (Guru Besar) 3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG 2020-2021 4. Pembentangan Laporan Kewangan 2020-2021 5. Perbahasan Usul 6. Pemilihan AJK PIBG Sesi 2022 7. Pengumuman pemenang cabutan bertuah 11:00 malam Penangguhan Mesyuarat
  • 3. 2 AHLI JAWATANKUASA PIBG 2020-2021 Yang Dipertua En. Abdullah Bin Hj. Mohamad Nawawi Timbalan Yang Dipertua Ts. Hj. Mohamad Fauzi Bin Zakaria Setiausaha Ts. Mohd Shahril bin Mohd Noor Penolong Setiausaha Pn. Siti Afifah Binti Che Ismail Bendahari Ts. Dr. Roslinda Binti Seswoya AJK Akademik Pn. Mastura Binti Ngademin AJK DINIAH Ustaz Mohd Zakaria Bin Mohd Yusaff AJK Multimedia Dr. Ramhuzaini bin Abd Rahman AJK Kebajikan En. Alrazali Bin Mohamad @ Mansor AJK Keceriaan En. Rizal bin Mohd Nor AJK Tugas Khas En. Noorhalipi Bin Kamisan En. Halmi Mashindra bin Saleh AJK Majlis Ilmu En. Shazril Bahar bin Abd Manap Dr. Salawati binti Ahmad Wakil Guru Ustazah Miftakhul Ngulum binti Imam Solikhin Pemeriksa Kira-kira Pn. Zuhaila Anida Binti Zainal Abidin En. Muhammad Fauzi Bin Bahar
  • 4. 3 KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG 2020-2021 Bismillahirrahmanirrrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, assolatuwassalamu ala rasulilamin, wa ala alihi wa ashabihi ajmain. Terima kasih tuan pengerusi majlis, Yang dihormati Guru Besar SRIHBP Puan Hajah Rozita binti Othman, merangkap perasmi MAT kita pada kali ini. Yang berusaha barisan Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SRIHBP sesi 2020-21, para muallim dan muallimah yang dimuliakan, serta rakan-rakan ibu bapa serta penjaga yang dihormati sekalian. Assalamualaikum w.r.b. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya, kita dapat bertemu setelah sekian lama, untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRIHBP kali ke-5 yang diadakan secara atas talian. Biarpun kita masih belum berkesempatan untuk mengadakan majlis ini secara bersemuka atas kekangan di musim pandemik ini, namun adalah diharapkan semoga mesyuarat secara maya ini juga dapat mencapai matlamat untuk mewujudkan kemuafakatan antara ibu bapa dan guru, terutama dalam membina kesefahaman dan tanggungjawab bersama demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta tarbiyah anak-anak kita demi melahirkan generasi Rabbani yang soleh dan musleh seperti motto sekolah. Untuk makluman hadirin ahli2 PIBG sekalian, MAT kali ke-5 (2021) sepatutnya diadakan dan sebenarnya telahpun dirancang untuk diadakan pada tahun lepas. Akan tetapi disebabkan oleh situasi yang tidak mengizinkan serta nasihat dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, MAT telah terpaksa ditangguhkan dan disatukan dengan MAT tahun 2022 ini. Semua usul yang sepatutnya dibincangkan pada tahun lepas telah dikumpulkan dan dimasukkan dalam senarai usul yang akan kita bincangkan sebentar lagi. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sesungguhnya pandemik Covid-19 yang melanda sejak JK PIBG 2020/21 ini dilantik, telah banyak memberi kesan terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG. Dari pengalaman saya sendiri selaku ibu bapa perintis di SRIHBP ini sejak 6 tahun yang lepas, faktor kekuatan utama sekolah pada awal penubuhannya ialah kesefahaman dan kerjasama erat yang terjalin di kalangan para guru dan ibu bapa, terutama dalam aspek yang membabitkan penambahbaikan fasiliti dan kelengkapan pembelajaran di sekolah, demi memastikan anak-anak kita mendapat susasana pembelajaran yang lebih baik. Kesefahaman dan rasa kebersamaan ini, secara tidak langsung telah dipupuk melalui penglibatan bersama para guru dan ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG seperti penganjuran Malam Badar (iaitu aktiviti paling besar dalam taqwim sekolah kita), penganjuran Hari Sukan Tahunan Sekolah, aktiviti gotong-royong dan sebagainya. Namun dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini, aktiviti-aktiviti ini tidak dapat dilakukan secara bersemuka, lantas ianya seakan-akan mewujudkan satu jurang di kalangan para guru dan ibu bapa mahupun di kalangan sesama ibu bapa itu sendiri. Di sebalik kekangan yang ada, kami selaku AJK yang dipilih untuk mentadbir PIBG telah berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kami. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Malam Badar Online, gotong-royong kecil-kecilan, program SRIH Prihatin, penganjuran majlis-majlis ilmu secara online dan lain-lain lagi, (yang akan diperincikan
  • 5. 4 oleh yang berusaha saudara Setiausaha kita selepas ini,) dengan harapan, agar program-program ini dapat memberikan manfaat serta membantu ibu bapa dan guru terutama dalam menghadapi cabaran pendidikan anak-anak di era pandemik ini, sekaligus cuba mewujudkan rasa kesefahaman dan kebersamaan itu semula. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapakan berbanyak-banyak terima kasih kepada para ibu bapa daan guru yang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak PIBG. Berdasarkan respon yang kami peroleh, ternyata para ibu bapa yang ada di SRIHBP ini sangat prihatin dan sangat bermurah hati terutama apabila tabung-tabung khas derma kilat kita adakan untuk tujuan- tujuan tertentu. Syabas dan jazakumullahu khairan katihra saya ucapkan. Namun, sudah pasti bukan semua yang kita rancang dan inginkan dapat direalisasikan. Antaranya seperti rancangan pembinaan sebuah dewan terbuka yang merangkumi gelanggang serbaguna untuk kegunaan anak menjalankan aktiviti luar kelas terutamanya aktiviti sukan. Untuk pengetahuan tuan- tuan sekalian, inisiatif untuk membina sebuah dewan terbuka ini telah dimulakan oleh JK PIBG penggal sebelum ini iaitu JK PIBG 2018-19. Secara kronologinya, pada tahun 2018, JK PIBG pada ketika itu menyedari kekangan yang dihadapi pihak pentadbiran sekolah, yang perlu memusatkan tumpuan kepada kerja pembinaan bangunan baru sekolah berbanding fasiliti lain seperti gelanggang sukan, telah memohon kebenaran dari pihak pentadbiran sekolah untuk memberikan kebenaran kepada pihak PIBG memanfaatkan sebidang tanah lapang bersebelahan kawasan parkir sekolah agar dapat dibangunkan menjadi sebuah gelanggang sukan serbaguna. Sehubungan itu, beberapa kerja penambakan dan meratakan tanah telah dilakukan. Setelah dilantik pada tahun 2020, usaha ini telah kami teruskan hasil dari sumbangan-sumbangan yang diperoleh terutamanya dari Ahli Parlimen Batu Pahat. Dan hasilnya sehingga setakat ini, tapak gelanggang tersebut telah dapat digunakan sementara untuk dijadikan tempat meletak kenderaan para guru yang ada sekarang. Besar harapan kami agar pihak AJK baru yang akan dilantik nanti akan dapatkan meneruskan usaha pembinaan gelanggang serbaguna ini selepas ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, akhir sekali saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan kemaafaan bagi pihak diri saya sendiri dan juga bagi pihak Ahli-ahli JK yang lain sekiranya terdapat kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang kami lakukan semasa memegang amanah ini. Sesungguhnya kami bukanlah yang terbaik di kalangan kalian namun kami telah mencuba sedaya upaya untuk meberikan yang terbaik semasa memegang amanah ini. Sekali lagi sepuluh jari kami susunkan memohon kemaafan dari pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamu alaikum w.r.b. ABDULLAH BIN MOHAMAD NAWAWI YANG DI PERTUA PIBG SRIH PASIRRIS BATU PAHAT 2020-21
  • 6. 5 MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH PASSIRIS BATU PAHAT BIL. 01 TAHUN 2020 Tarikh : 22 Februari 2020 Hari : Sabtu Masa : 8:00 Pagi – 12:00 Tengahari Tempat : Musolla Sekolah Rendah Islam Hidayah Kehadiran : En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria Pengerusi En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi Timbalan Pengerusi En. Mohd Hafizan Bin Johar Setiausaha Pn. Norina Binti Alwee Penolong Setiausaha Dr. Roslinda Binti Seswoya Bendahari Dr. Lutfan Bin Jaes Ahli Jawatankuasa Pn. Mastura Binti Ngademin Ahli Jawatankuasa En. Alrazali Bin Mohamad @ Mansor Ahli Jawatankuasa Dr. Ramhuzaini Bin Abd. Rahman Ahli Jawatankuasa En. Huzaimi Amir Bin Zainudin Ahli Jawatankuasa En. Noorhalipi Bin Kamisan Ahli Jawatankuasa Ustaz Abdul Majeed Bin Zulkipli Wakil Guru Ustazah Maimunah Binti Ahmad Wakil Guru Turut Hadir : Tn. Haji Dr. Mohd Jiwa Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Ustazah Hjh Rozita Binti Othman Guru Besar Guru – Guru Ibu Bapa (Rujuk Lampiran Senarai Kehadiran) Agenda : 1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG 2.0 Ucapan Aluan Penasihat PIBG (Guru Besar) 3.0 Ucapan Perasmian Ahli LPS 4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019 5.0 Pembentangan Aktiviti PIBG Tahun 2019 6.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2019 7.0 Pembentangan dan Perbincangan Usul 8.0 Ucapan Penangguhan
  • 7. 6 1.0 Ucapan Aluan YDP PIBG 1.1. YDP PIBG mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa. Makluman 1.2. YDP PIBG mengajak semua untuk rehatkan deria akal dan fikiran untuk bersedia bermesyuarat dan seterusnya membentangkan agenda. Makluman 2.0 Ucapan Aluan Penasihat PIBG 2.1 Pn. Hjh Rozita Othman memaklumkan beliau menjadi Guru Besar SRIH BP yang baru menggantikan Ustazah Normah Sukayat yang kini menguruskan Pentarbiahan Sekolah dan turut memaklumkan Ustaz Abdul Majeed Zulkipli sebagai Pengetua SMIH BP yang baru. Makluman 2.2 Guru Besar turut berkongsi berkenaan Pentadbiran Sekolah di bawah Kurikulum IKRAM Musleh dan memaklumkan anugerah-anugerah yang akan disampaikan nanti. 3.0 Ucapan Perasmian Ahli LPS 3.1 Tn. Hj Dr. Mohd Jiwa memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas izin-Nya dapat bersama-sama dalam MAT PIBG kali ini. Makluman 3.2 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada barisan PIBG di atas pelbagai program yang telah dilaksanakan sebelum ini dan berharap agar sumbangan ini dapat diteruskan lagi oleh barisan PIBG baru yang akan dilantik selepas ini. Makluman 3.3 Beliau turut mengucapkan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang memberi sokongan penuh kepada anak-anak di atas pencapaian 91% lulus UPSR dan 95% lulus SPPIM tahun 2019 dan berdoa agar dapat mencapai 96-98% lulus pada tahu ini. Makluman 3.4 Beliau mengambil kesempatan ini untuk mewakili Ahli LPS untuk memohon maaf jika ada infrastruktur-infrastruktur yang masih belum siap untuk digunakan dan seterusnya merasmikan MAT PIBG 2020 ini. Makluman 4.0 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-2 2018 4.1 YDP PIBG membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019 dan meminta cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir. Makluman 4.2 Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-3 2019 dicadang oleh En. Mokhzani Bin Mohsin dan disokong oleh En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor. Makluman
  • 8. 7 5.0 Pembentangan Aktiviti PIBG Tahun 2019 5.1 Setiausaha membentangkan aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2019 dan pengerusi meminta cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir. Makluman 5.2 Aktiviti PIBG Tahun 2019 dicadang oleh En. Shazril Bahar Bin Abd. Manap dan disokong oleh En. Muhammad Fauzi Bin Bahar. Makluman 6.0 Pembentangan Penyata Kewangan Tahun 2018 6.1 Setiausaha membentangkan perbelanjaan – perbelanjaan yang telah dilakukan sepanjang tahun 2019 dan pengerusi meminta cadangan dan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir. Makluman 6.2 Penyata Kewangan Tahun 2019 dicadang oleh En. Shazril Bahar Bin Abd. Manap dan disokong oleh En. Muhammad Fauzi Bin Bahar. Makluman 7.0 Pembentangan dan Perbincangan Usul Usul 1 7.1 YDP PIBG memaklumkan usul ini tidak dibincangkan kerana pencadang En. Mohd Zakaria Bin Mohd Yusaff tidak hadir di dalam MAT PIBG ini. Makluman Usul 2 7.2 Cadangan yang pertama, En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi mencadangkan supaya perjumpaan IB dan mentor ditambah-baik dengan memberi peluang kepada IB untuk berjumpa/ bertanya secara terus dengan guru-guru subjek tentang prestasi anak selain meneruskan kaedah yang sedia ada. Yang kedua, beliau mencadangkan supaya Pihak sekolah/ PIBG disaran melibatkan sukarelawan di kalangan IB yang berkemahiran dan/ atau yang berminat untuk membantu pihak sekolah melatih/ mengurus/ mengiringi anak2 murid yang mewakili sekolah ke pertandingan sukan, tilawah dsb yang akan memberi peluang untuk anak2 Hidayah menyertai lebih banyak pertandingan dsb dan meningkatkan kualiti wakil sekolah melalui latihan yang dijalankan serta meringankan beban guru-guru yang terlibat. Tindakan Sekolah dan PIBG 7.3 Guru Besar memaklumkan kebiasaan di sekolah lain IB akan berjumpa dengan guru kelas. Di SRIH BP, IB akan berjumpa dengan mentor ini kerana setiap minggu anak-anak akan ada perjumpaan mentor. Pada perjumpaan IB dan mentor tahun ini, IB boleh juga berjumpa dengan guru-guru subjek jika berminat. Makluman 7.4 Guru Besar mengucapkan Alhamdulillah sekiranya ada IB boleh sumbang tenaga. Pihak sekolah dan LPS akan mengedarkan borang soal-selidik di dalam Telegram Sekolah untuk mengenalpasti IB yang berminat untuk menyumbangkan kepakaran yang ada di dalam sebarang aktiviti sekolah. Makluman 7.5 Pn. Marlia Binti Morsin bertanya adakah anak-anak dilindungi oleh insuran sekiranya berlaku apa-apa tidak diingini ketika bersukan. Makluman
  • 9. 8 7.6 YDP PIBG memaklumkan anak-anak tetap diiringi oleh guru sekiranya ada aktiviti sukan di luar sekolah, IB hanya terlibat ketika melatih anak-anak sahaja. Makluman 7.7 Guru Besar memaklumkan anak-anak telah dilindungi oleh insuran berkelompok semasa mendaftar di sekolah ini. Makluman Usul 3 7.8 En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria mencadangkan perlantikan AJK PIBG adalah untuk tempoh satu (1) tahun sahaja supaya momentum kerja dapat diperbaharui setiap tahun. Tindakan IB 7.9 En. Shazril Bahar Bin Abd Manap cadang diteruskan pemilihan setiap 2 tahun, sekiranya perlu, buat pertukaran dalaman sahaja. Tindakan PIBG 7.10 En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi memaklumkan sebarang pindaan perlu kepada sokongan 2/3 daripada ahli mesyuarat. Undian telah dibuat, hanya 2 orang daripada 48 IB yang bersetuju, usul telah ditolak. Tindakan IB Usul 4 7.11 En. Mohd Fahrul Radzi Bin Miskan telah mencadangkan agar waktu ko-kurikulom ditukar ke hari persekolahan dengan penambahan jam pembelajaran sebanyak 30 minit setiap hari untuk menggantikan Hari Sabtu yang dikhususkan bagi ko-kurikulum. Tindakan Sekolah dan LPS 7.12 Ustaz Irfan Bin Hj Masiri memaklumkan pihak sekolah telah menghentikan aktiviti Ko-Kurikulum pada Hari Sabtu. Bagi tahun 4, 5 dan 6, aktiviti Ko-Kurikulum akan dibuat 2 kali setahun sahaja iaitu sekali pada Semester Pertama dan sekali pada Semester Kedua. Usul telah ditolak. Makluman 7.13 Draf Perlembagaan PIBG SRIH BP dipersetujui oleh ahli-ahli mesyuarat yang hadir dan turut dipersetujui persatuan ini tidak didaftarkan dengan Pendaftar Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Makluman Usul 5 7.14 Cadangan yang pertama, En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor mencadangkan agar CCTV dipasang di tempat-tempat yang penting untuk tingkatkan tahap keselamatan murid-murid dan harta benda sekolah. Cadangan yang kedua, beliau mencadangkan agar pihak sekolah sentiasa memberi peringatan kepada murid terutamanya tahun 1 akan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berdepan situasi seperti berhadapan dengan haiwan yang berbahaya di kelas atau tandas yang mencari tempat berlindung ketika musim panas atau hujan yang berpanjangan. Tindakan Sekolah dan LPS 7.15 Guru Besar memaklumkan CCTV sedia ada di sekolah 4 buah yang terletak di pintu pagar utama, dataran dan pejabat. Sekiranya ada IB ingin menyumbangkan boleh maklumkan kepada pihak sekolah. Tindakan IB
  • 10. 9 7.16 En. Ramhuzaini Bin Abd Rahman mencadangkan untuk mewujudkan dana sumbangan dan dipasang sedikit demi sedikit. Tindakan PIBG 7.17 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah dan En. Salmi akan sentiasa pantau keadaan kelas dan tandas bagi mengelakkan perkara tidak diingini daripada berlaku. Tindakan PIBG Usul 6 7.18 YDP PIBG memaklumkan usul ini tidak dibincangkan kerana pencadang En. Razman Bin Mohamad tidak hadir di dalam MAT PIBG ini. Makluman 8.0 Pembubaran AJK PIBG 2018-2019 Dan Perlantikkan AJK PIBG 2020-2021 8.1 YDP PIBG mewakili AJK memohon maaf sekiranya ada amanah-amanah yang tidak terlaksana dan mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru dan IB di dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh PIBG. YDP PIBG membubarkan jawatankuasa sedia ada dan menyerahkan kepada Ustaz Abdul Majeed Bin Zulkipli sebagai Pengerusi Sementara. Makluman 8.2 Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020 – 2021 dijalankan dengan cadangan dan persetujuan semua yang hadir. Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru ialah: YDP En. Abdullah Bin Mohamad Nawawi TYDP En. Fauzi Bin Zakaria Setiausaha En. Mohd Shahril Bin Mohd Noor AJK En. Shazril Bahar Bin Abd Manap AJK Pn. Mastura Binti Ngademin AJK En. Noor Halipi Bin Kamisan AJK En. Al Razali Bin Mohamad @ Mansor AJK Dr. Ramhuzaini Bin Abd Rahman Pemeriksa Pn. Zuhaila Anida Binti Zainal Abidin Kira-Kira En. Muhammad Fauzi Bin Bahar 9.0 Ucapan Penangguhan 9.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada IB dan Ahli LPS yang hadir, serta pihak sekolah atas bantuan menyediakan tempat mesyuarat ini. Makluman 9.2 Pengerusi mengharapkan kerjasama daripada semua pihak IB dan guru untuk turut serta dan memberi komitmen penuh menyokong aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh PIBG agar semuanya berjalan dengan lancar. Tindakan Ibu Bapa 9.3 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang telah hadir pada mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 tengahari. Makluman
  • 11. 10 KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG BIL 01/2020 BIL NAMA Tandatangan 1. Mohd Hafizan Johar 2. ‘Umayr Sayfurrrahman Ainullotfi 3. Noordin Bunasir 4. Muhamad Fahmy Khalid 5. Mohd Nor Haron 6. Ahmad Shahir Abdul Rahman 7. Muhaini Mahusin 8. Nurazrin Mohd Superi 9. Norhaliza Sapari 10. Siti Zarina Mohd Muji 11. Norilam Ashari 12. Syazwani Mohd Asharuddin 13. Cik Feresa Mohd Foozy 14. Norain Sahari 15. Noor Halipi Kamisan 16. Muhammad Fauzi Bahar 17. Muhammad Fadli Kamaruddin 18. Muhammad Hafizul Amin Jimaain 19. Mohd Fahrul Radzi Miskan 20. Wan Hassan Wan Ahmad 21. Zaid Ahmad 22. Siti Afifah Che Ismail 23. Anita Sahari 24. Noriza Haron 25. Nur Sakinah Norkhair 26 Hamidah Poan 27 Mohd Hanafi Jamat 28 Noor Fauzi Sukaimi 29 Al Razali Mohamad @ Mansor 30 Mohd Shahril Mohd Noor 31 Muhadzir Mat Zin
  • 12. 11 32 Noor Hisham Zakaria 33 Sabran Asmawai 34 Ahmad Nasrull Mohamed 35 Haryati Hussin 36 Aini Nazura Paimin @ Abdul Halim 37 Norina Alwee 38 Herdawatie Abdul Kadir 39 Munirah Ab. Rahman 40 Hemmy Abd Jalal 41 Ramhuzaini Abd. Rahman 42 Lutfan Jaes 43 Mohd Shalahuddin Adnan 44 Mohd Khidzir Mohd Noor 45 Abdullah Mohamad Nawawi 46 Mokhzani Mohsin 47 Abdul Majeed Zulkipli 48 Ahmadi Masnono 49 Shazril Bahar Abd. Manap 50 Roslinda Seswoya 51 Zuhaila Anida Zainal Abidin 52 Mazni Awang 53 Nafisah Hamzah 54 Salawati Ahmad 55 Sanisah Hj Kadiman 56 Ruzanah Shahar 57 Fatimah Abdullah 58 Marlia Morsin 59 Irfan Bin Hj Masiri 60 Hjh Rozita Binti Othman 61 Maimunah Binti Ahmad 62 Emylianisza Md Hushin 63 Noraini Jamaludin
  • 13. 12 Disediakan oleh, Disemak Oleh, (En. Mohd Hafizan Bin Johar) (En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria) Setiausaha YDP PIBG PIBG SRIHBP 2018-2019 PIBG SRIHBP 2018-2019
  • 14. 13 PEMBENTANGAN AKTIVITI DAN KEWANGAN PIBG 2020-2021 1. AKTIVITI PIBG TAHUN 2020-2021 Bil Nama Aktiviti/ Program Tarikh Catatan/ Perincian 1. Mesyuarat AJK PIBG 1/2020 23 Feb 20 Penggubalan Takwim PIBG, pelantikan AJK tambahan dan penetapan fungsi dan tugas setiap unit. 2. Mesyuarat AJK PIBG 2/2020 02 Mei 20 Pelaksanaan PDPC ketika PKP, kadar yuran SRIHBP ketika PKP dan permohonan pemberian diskaun yuran disebabkan kesan PKP isi rumah. 3. Mesyuarat AJK PIBG 3/2020 08 Mei 20 Permohonan pengurangan yuran SRIHBP ketika PKP, cadangan mewujudkan Dana Sumbangan Covid-19 SRIHBP, perbincangan keberkesanan pembelajaran Google Classroom dan permasalahan pembelajaran murid ketika PKP. 4. Projek Tanaman Sayur 28 Mei 20 Projek Tanaman Sayur dibimbing oleh En. Amat 5. Mesyuarat AJK PIBG 4/2020 18 Jun 20 Makluman Dana Hidayah untuk Qurban & Aqiqah, perancangan majlis ilmu bulanan, perkembangan terkini PDPc ketika PKPP dan Persiapan PIBG bertemu Lembaga Penggelola Sekolah (LPS) 6. Mesyuarat AJK PIBG 5/2020 27 Ogos 20 Perbincangan Projek Pertanian dengan Tn. Hj. Amat Perbincangan Dana Hidayah Perbincangan cadangan pemasangan sengkuap 7. Mesyuarat AJK PIBG 6/2020 12 Dis 20 Perbincangan membina gelanggang sekolah dan dewan terbuka Perkembangan pembinaan bangunan 3 tingkat Perkembangan projek pertanian sekolah Hal-hal berkaitan PdPr dan Penilaian Akhir Tahun Murid Persiapan pembukaan semula sekolah (yuran tertunggak, gotong-royang) 8. Gotong-royong 17 Jan 2021 Gotong-royong sempena pembukaan sekolah, pasca PKP 9. Mesyuarat AJK PIBG 1/2021 11 Mac 21 Penggubalan Taqwim PIBG 2021 Perancangan Malam Badar 1442H Penerangan ringkas perjalanan UPKK Tahun 5 Cadangan pembelian alas duduk / pelapik murid 10. Mesyuarat AJK PIBG 2/2021 12 Jun 21 Perancangan Qurban 2021 Persiapan PDPr 3.0 Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 2021
  • 15. 14 11. Perkongsian Ramadan 01 Mei 21 Tazkirah: Jadilah Hamba Allah SWT, bukan Hamba Ramadan oleh Ust. Pahrol Mohd Juoi Moderator: Dr. Lutfan Jaes 12. Malam Badar 7 Mei 21 Malam Badar online: Penceramah jemputan: Ust Abbdullah Al-Amin Moderator: Tuan Najib Assadok 13. Aktiviti Munjung 12 Mei 21 Aktiviti munjung oleh JK PIBG, guru-guru dan SRIH Niaga mengedarkan bungkusan makanan ke 5 buah kampung 14. Perkongsian Ibu bapa 29 Mei 21 Tips mendidik anak-anak dirumah: Perkongsian ibu bapa: Panel: Dr Nurhayati, Ustaz Zakaria & Pn Zakiah Hanim Moderator: En. Shahril 15. Mesyuarat AJK PIBG 3/2021 27 Okt 21 Taklimat pembukaan sekolah oleh Guru Besar SRIHBP Perancangan gotong-royong Kutipan minyak masak Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT PIBG) 16. Mesyuarat AJK PIBG 4/2021 11 Mac 22 Persiapan pembukaan sekolah Perancangan gotong-royong Perancangan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT PIBG) Wakaf buku
  • 16. 15 2. PENYATA KEWANGAN PIBG TAHUN 2020 - 2021
  • 17. 16 USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 2022 Usul 1 : 1. Lantikan JK PIBG adalah untuk setahun sahaja dan seorang JK boleh dilantik berturutan untuk dua penggal sahaja. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada lebih ramai IBM terlibat sebagai JK PIBG sekaligus bersama-sama menyumbang untuk manfaat anak-anak dan sekolah. 2. Cadangan supaya diwujudkan Bank Buku Teks SRIHBP, bertujuan mengumpulkan Buku Teks SRIHBP yang diinfaqkan ibu bapa yang sudah tidak menggunakannya lagi (buku dgn versi yang masih boleh digunakan). Buku ini boleh diberi pinjam kepada ibu bapa yang memerlukan. Bank Buku Teks ini dikelola oleh PIBG. Pencadang : Dr. Roslinda binti Seswoya Usul 2 : Mohon persetujuan ahli Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SRIHBP untuk menyokong agar tempoh perkhidmatan AJK PIBG dipendekkan dari DUA (2) TAHUN ke SATU (1) TAHUN sahaja supaya memberi peluang kepada ahli lain untuk berkhidmat dan menyumbangkan idea dengan lebih baik dalam jangkamasa pendek. Pencadang : En. Mohamad Fauzi Bin Zakaria Usul 3 : Mohon pihak penyedia makanan tidak meletakkan ajinomoto di dalam makanan yg dijual oleh pihak sekolah. Sekiranya mmg xletak, Alhamdulillah. Sekiranya letak, mohon maklumkan pada pihak penyedia makanan. Pencadang : Pn. Siti Sahara bt Samadun Usul 4 : 1. Adakan satu waktu dalam seminggu untuk Anak2 baca sebuah buku cerita ke sekolah yang dah habis dibaca untuk kongsi isi cerita kepada kawan2 mereka dengan pantauan guru. Ini dapat ‘memaksa’ anak2 membaca buku dan memupuk budaya berkongsi Ilmu kepada kawan2. 2. Hari Keusahawanan Bukan Sahaja dibuat dengan cara buka stall dan murid2 dtg membeli, tetapi juga boleh diadakan dengan cara murid2 bawa beg plastik jualan ke kelas2 dan bertanya adakah sesiapa ingin dapatkan barang jualan mereka. Ini dapat memupuk sikap berani berniaga di kalangan Anak2 InshaAllah. Pencadang : Pn. Nuruliyzah binti Rahiman Usul 5 : Untuk tahun akan datang, saya mohon jasa baik pihak sekolah supaya tidak mewajibkan pembelian buku teks Bahasa Inggeris. Murid sepatutnya boleh menggunakan buku teks abang/ kakak yg masih elok. Latihan dalam buku teks boleh dibuat dalam buku tulis. Pencadang : Pn. Siti Hafizah Nor binti Mas'ud
  • 18. 17 Usul 6 : Cadangan supaya kelas persediaan akademik tahun 6 secara fizikal diadakan, walaupun tiada UPSR. Pencadang : En. Shazril Bahar Bin Abd Manap Usul 7 : Cadangan supaya melibatkan kesemua pelajar berpeluang untuk menonjolkan bakat kepimpinan. Pencadang : En. Huzaimi Amir bin Zainudin Usul 8 : Saya mencadangkan untuk diadakan satu unit / jawatankuasa dalam PIBG berkaitan bakat murid atau kelab atau kepakaran ibu bapa/ penjaga menawarkan khidmat dan kemahiran mereka. Boleh juga JK tersebut melantik orang luar dan JK bertindak sebagai pengantara antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah. Pencadang : Ustazah Miftakhul Ngulum binti Imam Sholikhin Usul 9 : Menyimpan buku teks di kelas dalam bekas tertutup bagi meringankan berat beg sekolah. Pencadang : En. Mohd Fahrul Radzi bin Miskan Usul 10 : Memandangkan cuaca ketika ini agak panas terik, mohon pihak sekolah menyediakan air masak tambahan supaya murid-murid boleh mengisinya jika bekalan air masak murid-murid kehabisan. Jika memerlukan kos, mohon pertimbangan PIBG untuk mengeluarkan dana bagi tujuan itu. Pencadang : En. Mohd Shahril bin Mohd Noor Usul 11 : Ibu bapa yang mempunyai kepakaran boleh menawarkan khidmat untuk penubuhan kelab bakat seperti silat, robotik, coding dll. Ibu bapa bertindak sebagai tenaga pengajar atau pengurus manakala pihak sekolah akan menjadi pemantau atau menyediakan fasiliti tempat sekiranya bersesuaian. Bayaran dan kos akan ditanggung oleh ibu bapa yang berminat menghantar anak mereka. Oleh itu, ianya dapat membuka peluang kepada anak-anak untuk belajar dan juga mengurangkan beban para murobbi bagi menyediakan variasi aktiviti kokurikulum anak-anak. Pencadang : Dr. Marlia binti Morsin
  • 19. 18 Usul 12 : Mengadakan kembali kelas mengaji al-Quran selepas tamat waktu persekolahan bagi mengisi masa anak-anak sebelum dijemput oleh ibu ayah pada jam 5 petang. Pencadang : Pn. Latifah Binti Md Ariffin Usul 13 : Mohon perkemaskinikan jawatankuasa UPKK di peringkat sekolah. Pencadang : Ustaz Mohd Zakaria bin Mohd Yusaff
  • 20. 19 UCAPAN PENGHARGAAN DARI AJK PIBG 2020-2021 ”Pihak AJK PIBG SRIHBP 2020-2021 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutama ibu bapa, guru – guru dan pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) di atas kerjasama, bimbingan, sokongan dan sumbangan dana dan tenaga yang tidak berbelah bagi dalam menjadikan Sekolah Rendah Islam Hidayah BP menjadi pusat pendidikan yang diharap mampu melahirkan generasi ”SOLEH, MUSLEH DAN CEMERLANG” pada masa akan datang.” ”BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT” ”TERIMA KASIH”