Teks tersebut membahas tentang pentingnya pendidikan anak-anak pada tahap awal umur yang berdasarkan kurikulum integratif. Ia menjelaskan bahwa pendidikan awal merupakan faktor penting dalam membentuk kepribadian anak dan masa depan bangsa. Teks tersebut juga mendefinisikan kurikulum untuk anak-anak tidak hanya terfokus pada pembelajaran di sekolah, tetapi merangkumi segala pengalaman yang diterima
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
EARLYEDU
1. Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum
yang Integratif
Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Naib Presiden HELWA)
Pendahuluan
Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma
dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan
insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya,
pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu
kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuknya yang
praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu
mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam
kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai
satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan
dengan „ilmu‟ atau kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam
konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang (Department of
Education and Science, 1990).
Dalam erti kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak
dari persekitarannya adalah merupakan satu pendidikan baginya kerana yang nyata
bagi kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang
baik dan yang buruk. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal
ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Apa yang membezakan
ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya
kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlaq perlu diterapkan seiring dengan
penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.
Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras
pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlaq, maka
sudah pastilah nilai penghayatannya kontang dan proses aplikasinya tidak dapat
diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang
dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi
„pencapaian tinggi‟ yang hakikatnya dalam ruang lingkup yang sempit yang hanya
didasarkan kepada ketinggian pencapaian akademik sedangkan dari aspek-aspek
yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. Maka jika inilah yang berlaku
dalam dunia pendidikan pada hari ini, ini bererti pendidikan gagal menjana anjakan
paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang.
Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran
tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari
gagalnya penerapan nilai-nilai akhlaq murni kepada generasi pewaris dan
kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan
Kepentingan Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal dan Cabaran
Pembangunan perindustrian pesat dalam era globalisasi yang berlaku dalam dunia
hari ini telah meningkatkan cabaran membentuk generasi akan datang khasnya bagi
2. ibubapa dan pendidik Muslim. Dalam menempuh alam cyber dan teknologi maklumat
tidak dapat dinafikan pembangunan insan dan pembinaan generasi perlu
dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara. Ini
kerana kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan
ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana
wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang.
Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai
agama sejagat.
Pernyata dari hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio
dunia , dapatan kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah
asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi
wawasan halatuju negara. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya
menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal
yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi
perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di
negara tersebut.
Manakala Jepun, negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan
bom atom, dalam jangkamasa yang tak sampai setengah abad ia mampu bangun
menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik
Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah
disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu membakar
semangat, tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasi
pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca dari keprihatinan dan kepekaan
pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat
Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi
cabaran dari aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus
menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi
semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.
Hakikat yang perlu kita tahu dari fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan
dan psikologi kanak-kanak, diperingkat umur 6 tahun pertama inilah peringkat paling
utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat
atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar
perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh dari
perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun
manakala satu pertiga yang lain sempurna perkembangannya ketika kanak-kanak
berusia 8 tahun.
Dapatan terbaru dari kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa
80—85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama
usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah
diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justru itu boleh
dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seseorang
kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan
datang.
Satu persoalan yang ingin saya kemukakan disini, adakah apa yang kita rancangkan
hari ini pastinya nanti dapat melahirkan generasi rabbani pewaris anbiya‟ dan
3. ulama‟? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut
hati para penyelidik yang membuat kajian , pemerhatian, peka dan prihatin kepada
perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan,
kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak 'advance'?
Kenapa ketrampilan, pemikiran, kewibaan, daya intelek kanak-kanak Islam selalu
dikatakan agak ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak di
negara-negara barat umpamanya?. Mengapakah anak-anak ini meskipun disemai
dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala social yang memalukan
di kala besarnya? Adakah sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan
Islam atau mungkin kekeliruan berlaku dari segi aplikasi? Adakah mungkin kerana ini
yang kita katakan kita memerlukan satu tajdid dan perubahan? Mungkinkah
pendidikan kanak-kanak di peringkat awal berasaskan binaan kurikulum integratif
boleh menjadi salah satu cara penyelesaiannya?Justru itu suatu yang amat wajar
untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini
jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi serba boleh, berketrampilan,
berwawasan , tinggi daya keintelektualan dan utuh imannya.
Definisi Kurikulum untuk Kanak-kanak
Kurikulum seperti yang tercatat dalam Akta Pendidikan Malaysia 1996 dan
Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997 merujuk kepada suatu
program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk
menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan.
Kurikulum pendidikan bila diterjemahkan dalam bentuk aplikasi di sekolah ia adalah
sesuatu yang melibatkan program pembelajaran di dalam atau di luar kelas, aktiviti,
peralatan, perancangan, jadual waktu, tajuk-tajuk bagi sesuatu yang dipelajari dan
juga proses penilaian. Namun perkataan kurikulum bila dikaitkan dengan kanak-
kanak di peringkat awal perkembangan ianya tidak hanya tertumpu kepada sesuatu
yang dikaitkan dengan pengalaman pembelajaran di sekolah tetapi ia merangkumi
segala pengalaman dalam kehidupan hariannya samada di pusat asuhan, di rumah
atau di luar rumah. Para pakar unit kanak-kanak di bawah usia 5 tahun dari National
Children Beaureu , United Kingdom berpandangan bahwa kurikulum untuk kanak-
kanak di peringkat awal umur yang di letakkan di pusat asuhan kanak-kanak adalah
merangkumi perkara-perkara berikut:
Segala peluang perkembangan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-
kanak
Segala aktiviti, sikap dan tingkahlaku samada yang dirancang atau tidak ,
samada digalakkan atau ditegah
Cara bagaimana persekitaran fizikal yang mengelilingi kanak-kanak disusun
dan juga rutin harian yang dilakukan oleh orang dewasa atau kanak-kanak itu
sendiri
Peranan yang dimainkan oleh orang dewasa untuk menyusun atur, mengarah,
mempengaruhi dan turut serta bersama melakukan apa yang dilakukan oleh
kanak-kanak
Penglibatan ibubapa dalam perkara-perkara yang disebutkan (NCB, 1989,
4. p.11)
Bruce dan Meggitt (2005) pula menyifatkan kurikulum kanak-kanak ialah sesuatu
yang dapat membantu kanak-kanak membesar dan belajar yang mana menjadi satu
tanggungjawab kepada pendidik untuk menyediakan pengalaman pembelajaran
yang dapat menyokong, merangsang dan membantu menggarap potensi yang ada
pada seseorang kanak-kanak dan ianya bersesuaian dengan keperluan dan
keupayaan kanak-kanak melakukan atau mempelajarinya (Department for Education
and Science, 1990).
Dalam konteks Islam, kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak khasnya di
peringkat awal perkembangan melibatkan segala pengalaman pembelajaran yang
dididedahkan kepada kanak-kanak samada ianya dirancang ataupun tidak ,secara
langsung atau tidak langsung yang ditimba oleh seseorang kanak-kanak sepanjang
proses mereka membesar. Kurikulum dan pengalaman ini sebenarnya tercetus dari
sikap, nilai dan tatasusila yang ditonjolkan oleh guru, orang dewasa, keluarga dan
masyarakat sekitar
Dalam ertikata lain kurikulum pendidikan bagi seseorang kanak-kanak adalah
merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang disediakan oleh
orang dewasa, segala aktiviti yang ditentu dan difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri,
termasuklah juga bahasa/ teknik berkomunikasi yang diamalkan oleh orang dewasa
dan kanak2 menggunakannya dikalangan rakan sebaya atau orang lain malah
segala apa yang mereka boleh lihat dan dengar dari persekitaran mereka.
Terkadang-kadang kurikulum ini juga boleh jadi sesuatu yang tersembunyi, yang
tidak dirancang tetapi tanpa disedari kanak-kanak mempelajarinya. Sebagai
contohnya masa atau perhatian yang diberikan oleh pengasuh atau pendidik kanak-
kanak terhadap sesuatu aktiviti mungkin menyebabkan kanak-kanak merasakan
sesuatu perkara itu lebih berfaedah dari yang lain walaupun hakikatnya tidak begitu.
Contoh yang paling dekat bila seseorang kanak-kanak kecil meminta ayah
membasuhkan tangannya selepas makan tetapi si ayah sibuk membaca suratkhabar,
maka si anak mungkin akan memahami bahawa membaca suratkhabar itu lebih
penting dari membasuh tangan. Jadi tidak hairanlah kalau si kecil selepas dari
peristiwa itu tidak membasuh tangan selepas makan sebaliknya terus ingin membaca
buku, mungkin kerana ia merasakan yang membaca buku lebih penting dari
membasuh tangan berdasarkan sikap yang ditonjolkan oleh si ayah walaupun pada
hakikatnya bukanlah si ayah bermaksud begitu, namun inilah yang dikatakan
kurikulum yang tersembunyi. Inilah konsep utama yang perlu difahami
Binaan Kurikulum Integratif
Kurikulum integratif mempunyai makna yang subjektif. Integratif di sini boleh
memberi maksud kesepaduan iaitu menekankan perkembangan individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan
kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Kurikulum integratif juga
boleh memberi maksud kesepaduan pelbagai kemahiran dalam satu-satu
pengajaran atau mungkin juga kesepaduan kepelbagaian cabang-cabang ilmu dalam
sesuatu subjek yang di ajar.
5. Dalam kertas kerja ini saya ingin memfokuskan huraian mengenai binaan kurikulum
yang integratif kepada tiga aspek. Pertama, integratif dari segi kesepaduan
maklumat yang disampaikan kepada kanak-kanak. Dalam ertikata lain ilmu
pengetahuan dan pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada kanak-
kanak di peringkat awal usianya perlulah suatu yang komprehensif dan bersepadu
bukannya terpecah-pecah mengikut subjek kerana ini akan menjadikan kanak-kanak
menjadi keliru dan seolah-olah ada „batasan‟ dalam mendalami sesuatu ilmu atau
pengetahuan yang didedahkan kepada mereka. Jika sesuatu pengalaman
pembelajaran yang didedahkan kepada kanak-kanak adalah berasaskan „subjek‟
maka sudah pastinya perasaan dan naluri ingin tahu mereka terbatas dengan
pemfokusan kapada subjek dan mereka akan menjadi „rigid‟ sebaliknya jika
pendedahan pengalaman pembelajaran adalah berasaskan kepada penggarapan
aspek perkembangan dan bersesuaian dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak,
nescaya kanak-kanak akan lebih kreatif, memiliki daya kemahiran berfikir yang tinggi
serta memperolehi kemahiran meyelesaikan masalah yang dapat membentuk
semangat jati diri dan keyakinan yang tinggi. Pendidik kanak-kanak sepatutnya
menggarap potensi kanak-kanak berasaskan apa yang ia tahu kerana ini menjadikan
kanak-kanak lebih berminat untuk mendalami sesuatu perkara. “ Berbicaralah
dengan manusia mengikut kadar kemampuan akalnya” Begitulah pesanan rasul
s.a.w. kepada umatnya.
Dapatan dari kajian ilmiah mendapati kanak-kanak di prasekolah terutamanaya
tadika aliran agama adalah diajar berasaskan subjek dan bukannya berasaskan
penggarapan aspek perkembangan. Mungkin ini adalah satu tajdid atau
pembaharuan yang perlu dilakukan.
Kedua, integratif dari segi kesepaduan aspek-aspek perkembangan dan potensi
yang digarap di peringkat awal. Sememangnya pengalaman pembelajaran
seseorang kanak-kanak di peringkat awal usia mampu memberikan kesan yang
positif atau negatif kepada perkembangannya di masa hadapan samada dari segi
kognitif, emosi, sosial dan aspek-aspek perkembangan yang lain bergantung kepada
cara bagaimana kanak-kanak mendapat pendedahan. Kalau dari awal
perkembangan kerohanian dan sosio-emosi mereka dititikberatkan, hasilnya akan
lahirlah anak-anak yang berwibawa, taqwa, cekal hati, tinggi nilai harga diri,
berketrampilan dan mampu menghadapi cabaran masa hadapan. Tetapi sebaliknya
jika pendedahan awal yang mereka dapat hanya menumpu kepada perkembangan
akademik atau satu aspek perkembangan semata-mata, maka akan pincanglah
aspek perkembangan yang lain malah boleh memberi kesan negatif pula kepada
perkembangan personaliti seseorang kanak-kanak. Setiap aspek perkembangan
kanak-kanak perlu digarap dengan sempurna tanpa melebihkan satu dari yang lain
kerana sekiranya ini berlaku, sel-sel neuron dalam otak yang tidak dirangsang
dengan pendedahan kepada pengalaman pembelajaran yang menjurus kepada
sesuatu aspek, ia akan mati begitu sahaja. Andai ia digarap dari segi intelek tetapi
emosinya tidak terdidik, maka perkembangan sosialnya juga tidak mantap dan sudah
pastinya ia tidak mampu menjadi pemimpin ummah yang baik pada masa yang akan
datang.Alangkah ruginya kita umat Islam mengabaikan nikmat kurniaan Allah begitu
saja sedangkan neuron itulah jika digarap dengan sempurna mungkin menjadi
pemangkin kepada sesuatu perubahan kepada umat manusia. Setiap kanak-kanak
adalah individu yang unik yang perlu dipenuhi hak dan keperluan mereka agar
dengan itu potensi mereka dapat digarap sebaik mungkin kerana mereka adalah
6. aset utama sesebuah negara.
Ketiga, integratif di sini bererti kita menyepadukan antara pendekatan barat dan
Islam dalam mendidik anak-anak. Kita ambil apa yang baik dari barat apa yang boleh
dilihat dengan mata kasar tentang amalan-amalan dan pendekatan-pendekatan
mereka mendidik kanak-kanak dan kita sepadukan dengan pendekatan Islam yang
kaya dengan teori dan khazanah ilmu yang berbagai. Sesuatu program pendidikan
awal kanak-kanak ini perlu dibentuk berdasarkan pandangan dan pendekatan
integratif dan bersepadu gabungan Islam , Barat dan Timur .
Di barat misalnya modul program pengasuhan kanak-kanak dipelopori dengan
pelbagai bentuk kurikulum seperti „Montessori‟, „Reggio Emilio‟, „Early Learning
Goals‟, „High Scope‟ dan sebagainya. Manakala di Timur di Jepun misalnya,
penekanan kurikulum kepada aspek hygiene, kesihatan dan pemakanan sihat
manakala di New Zealand sebagai contoh, „ Te Wariki‟ menekankan kepada
pendidikan yang berkonsepkan kebudayaan dan menghormati tatacara kehidupan
masyarakat Maori.
Dalam sejarah Islam, begitu ramai ilmuan dan cendiakawan yang memberi
sumbangan kepada ilmu pengasuhan perkembangan, dan pendidikan kanak-kanak.
Ibnu Miskawaih misalnya begitu menekankan pentingnya pendidikan akhlaq dan
pembentukan sahsiah yang mulis manakala Imam Al-Ghazali yang banyak
menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi kanak-kanak, begitu menekankan
aspek belajar melalui bermain sebagai asas pengasuhan.
Ibnu Sina juga tidak terkecuali menyumbang dalam bidang ini apabila beliau
membincangkan kepentingan hygiene dan penjagaan kesihatan kerana dua faktor ini
adalah asas kepada pembentukan fizikal yang sihat. Kemampuan kanak-kanak
mendapatkan pengalaman adalah berbeza dari satu individu dengan individu yang
lain telah diketengahkan oleh seorang lagi ilmuan hebat islam iaitu Ibn Khaldun.
Manakala Ibn Jamaah pula mengupas tanggungjawab pendidik dari segi memahami
tingkahlaku kanak-kanak dan menanganinya melalui kaedah pengukuhan.
Falsafah pendiddikan awal kanak-kanak yang berteraskan kepada pendekatan
integratif tersebut jika diteliti secara mendalam adalah didasarkan kepada konsep-
konsep berikut yang disepadukan antara dua pandangan:
1. Pembinaan akhlaq dan pembentukan sahsiah.
2. Bermain adalah tugas utama kanak-kanak.
3. Kanak-kanak adalah individu yang unik dan berbeza antara satu sama lain.
4. Rangsangan neurologi dan deria melalui penglibatan yang aktif dalam setiap
aktiviti.
5. Memberi kebebasan dan ruang kepada kanak-kanak bagi mengenal pasti apa
yang mereka mahu dan mampu lakukan.
6. Memenuhi keseimbangan keperluan rohani, fisiologi, psikologi dan pembesaran
fizikal kanak-kanak.
7. Persekitaran yang kondusif, ceria dan selamat.
8. Keperihatinan terhadap persekitaran dan penyediaan pemakanan yang sihat dan
bersih.
9. Menghormati kepelbagaian dan hak-hak yang sama rata.
7. Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak
mereka kearah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta
berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Semua ibu
bapa pastinya ingin melahirkan generasi yang berfikiran mantap , kritis dan kreatif
dalam setiap aspek kehidupan.
Namun, satu penemuan yang ingin saya ketengahkan di sini setelah menyingkap
fakta dari lipatan sejarah silam. Mungkin selama ini ramai yang beranggapan teori-
teori dan ilmu-ilmu berkaitan perkembangan kanak-kanak, pendidikan keibubapaan
dan pendekatan moden mendidik anak khasnya di peringkat awal usia dipelopori
oleh barat dan tidak releven dengan Islam. Seringkali matapelajaran psikologi atau
subjek perkembangan kanak-kanak yang di ajar di institusi sekolah dan pengajian
tinggi dirujuk kepada penemuan yang diketengahkan oleh barat. Hakikatnya
pendekatan-pendekatan moden yang kita lihat pada hari ini sebenarnya dipelopori
oleh para ilmuan Islam di zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu. Kita sering
menyebut tentang Jean Piaget dan teori Perkembangan kognitif tetapi kita
melupakan Ibnu Sina (370-428 Hijria = 980-1036 AD) yang membicarakan hal yang
sama berkurun-kurun lamanya sebelum Piaget. Dewasa ini kita sibuk membicarakan
tentang Emotional Intelligent yang dipelopori oleh Howard Gadgner tanpa kita sedari
Ibnu Khaldun (733-808 Hijria = 1332-1406 Masehi)telah berabad lamanya mengupas
isu tersebut di dalam kitabnya almuqaddimah. Kita mula menyuarakan tentang
kepentingan memahami perbezaan perkembangan individu di kalangan kanak-kanak
tanpa merujuk penulisan Al-Ghazali dan hujah-hujahnya tentang hal tersebut dalam
membicarakan isu-isu perkembangan sosio-emosi kanak-kanak.
Di sana- sini pendidik kanak-kanak begitu sibuk memperkatakan mengenai
kepentingan bermain melalui belajar sebagai satu pendekatan kurikulum yang paling
bersesuaian dengan kanak-kanak kerana ia merujuk kepada ciri-ciri semulajadi
kanak-kanak yang sememangnya suka bermain. Nama Froebel, Susan Isaacs, Mc
Millan dan pelbagai lagi teori mengenai permainan dari perspektif barat disebut-sebut
dan dijulang. Kiranya ia sudahpun dipelopori oleh begitu ramai tokoh cendikiawan
Islam seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ikhwan Safa dan sebagainya. Malah banyak
hadis-hadis yang menyebut mengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanak-
kanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Namun, hadis-hadis sebegini seperti tidak diberikan
perhatian dan jarang dikupas. Lalu apabila umat Islam berbicara mengenai
perkembangan kanak-kanak sudah pastinya penulisan sarjana barat menjadi rujukan
tanpa menyedari atau mungkin alpa, telah ada usaha sebegini dibukukan dan dihurai
oleh ulamak terdahulu sebagai contohnya Ibn Qayyim Al-Jauziah dalam kitabnya
“tuhfatul maudud fi ahkam almaulud”
Umat Islam yang mempelajari ilmu psikologi pendidikan pada hari ini sudah pastinya
arif tentang teori-teori yang dikemukakan oleh Behaviourist, Social Learning Theory
dan sebagainya. Antara idea utama yang dikemukakan oleh teori ini ialah kanak-
kanak relajar melalui pemerhatian dan mudah meniru apa saja perlakuan. Untuk
mengekalkan tingkahlaku baik yang ditunjukkan oleh seseorang kanak-kanak, maka
perlulah mereka selalu diberi pengukuhan. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam
Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu detail persoalan sebegini
dalam kitabnya Ihya‟ Ulumuddin dan mengemukakan lima aspek utama dalam
8. pendidikan kanak-kanak khasnya di peringkat awal perkembangan: Qudwah (Role
model), Mulahazah wa mutaba‟ah (Observation and imitation), i‟tiyad
(kelaziman/kebiasaan),isu Al-thawab wa al iqab (Reward and punishment) dan
nasihat (advice) sebagai penyelesaian
Imam Al Ghazali begitu menekankan peri pentingnya ibubapa dan pendidik perlu
menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkahlaku yang
ditunjukkan oleh ibubapa sebenarnya adalah kurikulum dalam pendidikan seorang
kanak-kanak. Bersesuaian dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang suka meniru
perilaku atau apa sahaja yang ada di hadapannya, dan seperti yang ditegaskan oleh
Imam Al Ghazali, kanak-kanak belajar melaui pemerhatian yang jika dibiarkan ia
akan menjadi kebiasaan atau I‟tiyad dan sukarlah untuk dibentuk. Dalam menangani
masalah ini ibubapa atau pendidik di beri pilihan antara memberi pengukuhan dan
ganjaran baik atau hukuman. Jalan yang paling terbaik ialah dengan memberi
nasihat yang pendekatannya adalah “mendidik jiwa dengan jiwa atau alhal bilhal.”
Seperti yang tertera dalam kitab karangannya “ ayyuha al-walad”.
Ini adalah antara contoh mengaplikasi teknik mendidik anak-anak di peringkat awal
umur berasaskan kurikulum integratif menampakkan kesepaduan antara pandangan
sarjana barat dan ilmuan Islam dalam menilai dan menyelesaikan masalah
menanangani sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan seorang kanak-kanak.
Pendekatan integratif juga memberi pengertian kesinambungan antara teori dan
praktik, pembuktian antara kepercayaan dan amalan juga kesepaduan antara
amanah yang dijulang dengan perlaksanaan yang perlu dibuktikan.
Hakikatnya, dalam Islam telah nyata dan terserlah segala teorinya namun dari segi
aplikasi, selalunya sarjana barat akan cuba melaksanakan dengan mencubanya
melalui kajian-kajian ilmiah dan melakukan eksperimen yang lebih mendalam lalu
setelah yakin dengan kesannya yang efektif lalu mereka mendabik dada mengatakan
inilah teori baru dan yang untungnya kerana mereka mengamalkannya.! Realitinya,
inilah punca kemunduran umat Islam dalam dunia globalisasi. Tidak ada yang kurang
dan tidak ada cacat celanya agama Islam, tetapi sikap umatnya yang perlu diubah.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka
sendiri mengubahnya...” Sungguh benarlah firman Allah!
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan dari kertaskerja ini, saya ingin membawa perhatian para hadirin
budiman. Perkataan kanak-kanak dalam bahasa arabnya disebut sebagai al-tifl (
١ ) لفطلyang berasal dari perkataan tafula ( ) لفطyang membawa maksud sesuatu
yang lembut, mudah rosak dan sensitif. Di sebalik maksud tersebut ia memberi
pengertian bahawa seseorang kanak-kanak itu perlu dijaga, diasuh dan dididik
dengan rapi, teliti dan sempurna memandangkan sifat semulajadinya yang mudah
terdedah kepada bahaya persekitaran bukan sahaja dibimbangi kerosakan yang
akan menimpa fizikal dan tubuh badan malah aspek-aspek yang lain juga amat perlu
diberikan perhatian.
Dalam memperkatakan mengenai kebaikan yang diamalkan oleh barat, kita sering
melihat atau memang sedar masyarakat barat kebiasaannya menggunakan
pendektan berhemah dalam membentuk perilaku dan mendisiplinkan anak-anak. Ia
9. seperti sudah menjadi budaya mereka, membelai, memeluk dan mencium anak-
anak. Walhal begitu banyak hadis dan saranan ulama‟ yang menyebut tentang peri
pentingnya mendidik anak dengan kesabaran dan kelembutan. Namun realiti yang
berlaku dalam masyarakat Islam hari ini, menghukum anak yang melakukan
kesalahan selalunya dengan emosi dan jauh sekali dari mendidik.
I mam Al-Ghazali Rahimahullah pernah menyebut, “sesungguhnya anak-anak kita
adalah permata”. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara
yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari
jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan
lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar yang dipenuhi rasa kejengkelan
dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah
elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari
cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan
penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut. Apatah lagi bila yang
dihadapan kita itu adalah kanak-kanak yang putih bersih, yang akan belajar apa
sahaja yang ada di persekitarannya melalui pemerhatian, yang akan meniru dari
qudwah yang ditonjolkan seterusnya mengaplikasikan hasil pembelajaran melalui
kebiasaan.
Ini lah juga antara tajdid yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam mendidik anak-
anak. Kembali dan rujuklah amalan Rasulullah s.a.w, para sahabat dan
cendidkiawan Islam dalam membentuk dan mendidik generasi. Pendidikan anak-
anak di peringkat awal usia yang berlandaskan pendekatan integratif seperti yang
disarankan perlu dilaksanakan. Di dalam kitabnya Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun
mengingatkan para pendidik melalui seruannya: “…Sesungguhnya kekerasan dalam
mendidik memberikan kesan yang buruk kepada orang yang dididik lebih-lebih lagi
bagi kanak-kanak.Barangsiapa yang ditarbiah dengan cara kekerasan dan paksaan,
maka akan sempitlah pemikiran dan jiwanya lalu jadilah anak itu hilang
kecerdasannya, malas, terbawa-bawa kepada berbohong dan berkelakuan jahat…