SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Mohd Hairy Bin Kharauddin
Mhairydin5857@gmail.com
Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Wan Ahmad Ramzi Bin Wan Yusuf
ramzi016@gmail.com
Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Mohd Faroul Rafiq Bin Romli
rafiq@kkmt.edu.my
Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Abstract
Penulisan ini adalah untuk menerangkan secara ringkas sistem semboyan yang terdapat
dalam perkhidmatan keretapi di semenanjung Malaysia. Kita akan melihat sedikit sejarah
perkhidmatan keretapi yang telah wujud di Malaysia dan terus berkembang sehingga
sekarang. Keretapi terdiri daripada beberapa kenderaan menggunakan landasan (rel) yang
bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat
yang lain melalui laluan tertentu. Rangkaian perkhidmatan keretapi penumpang di
semenanjung Malaysia dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekitar
90%, dan selebihnya oleh Prasarana Malaysia Berhad, MRT Corp. dan E-Mas (ERL). Di
Sabah, perkhidmatan rel diuruskan oleh Sabah State Railway. Kereta kabel Bukit Bendera
di Pulau Pinang dioperasikan oleh Penang Hill Railway. Monorel Melaka pula dikendalikan
oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Sistem-sistem yang digunakan adalah
untuk memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi dengan waktu yang telah
ditetapkan. Sistem ini digunakan untuk memastikan landasan dapat digunakan secara
optimum tanpa melibatkan kemalangan yang boleh mendatangkan kerugian nyawa dan
wang ringgit. Hasil daripada penulisan ini akan memberikan input yang berguna kepada
mereka yang berkaitan untuk kajian ilmiah yang lebih mendalam.
Katakunci: Isyarat, blok, ETCS dan CBTC.
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
1.0 Pengenalan
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan mempunyai sistem
pengangkutan yang moden dan besar di rantau ini. Sistem ini meliputi
rangkaian pengangkutan bas, teksi, dan keretapi yang menyediakan laluan
yang mudah untuk perjalanan di sekitar bandaraya dan keluar dari ibu
kota. KL Sentral merupakan hab pengangkutan utama rel Bandaraya Kuala
Lumpur di mana anda boleh menaiki monorel, transit aliran ringan (LRT),
transit aliran massa (MRT), tren komuter dan ETS (KTM) serta bas-bas
RapidKL. Selain itu juga membenarkan proses daftar masuk penumpang
dan bagasi sebelum menggunakan ERL untuk ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Rajah 1: Peta perkhidmatan Keretapi
Sejarah rangkaian keretapi di Semenanjung Malaysia bermula pada
12 Februari 1885 dengan perkhidmatan keretapi yang pertama bermula
dari Taiping ke port Weld. Projek ini telah dibangunkan oleh Sir Hugh Low
yang merupakan residen Perak ke-2. Tujuannya adalah untuk
mempercepatkan pengangkutan biji timah dari kawasan perlombongan ke
pelabuhan. Kemudian perkhidmatan keretapi ini merebak ke utara dan
selatan negara. Keretapi bukan hanya membawa perubahan ekonomi
bahkan perubahan sosial kerana rangkaian yang dibangunkan
menghubungkan kawasan kampung-kampung dengan bandar-bandar
sehingga ia menjadikan pengangkutan utama. Gambarajah 1.2
menunjukkan antara lokomotif pertama yang berkhidmat di Tanah Melayu
yang dikendalikan oleh FMSR sekitar tahun 1922. FMSR sebelum ini
dikenali sebagai Malay State Railway (MSR).
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Rajah 2: Federated Malay State Railways (FMSR), 1922
Teknologi isyarat keretapi amat penting untuk keselamatan
penumpang dan mengurangkan kerugian syarikat keretapi daripada
kemalangan. Isyarat keretapi hari ini menggunakan pelbagai jenis teknologi
yang mengikut rekabentuk dan fungsi dalam memastikan objektifnya
tercapai.
Kaedah yang digunakan untuk membuat kajian ilmiah ini adalah
melalui pembacaan dan tinjuan sistem yang digunakan. Bahan bacaan
yang berkaitan dengan sistem keretapi di Malaysia terlalu sedikit dan
terhad. Oleh itu, diharapkan dengan kewujudan bahan ini membantu
meningkatkan bahan penulisan yang berkaitan untuk rujukan bersama.
Semenanjung Malaysia mempunyai rangkaian landasan sepanjang
1,677 km daripada Stesyen Johor Bahru, Johor ke Stesyen Padang Besar,
Perlis di pantai barat dan Stesyen Tumpat, Kelantan di Pantai Timur.
Laluan yang panjang ini diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad
(KTMB). Pemodenan rangkaian ini telah dinaiktaraf menggunakan elektrik
sejauh 800km antara laluan Gemas, Negeri Simbilan ke Padang Besar,
Perlis mengunakan ETS. Manakala Komuter pula mempunyai 2 laluan dari
Tampin ke Klang dan Tanjung Malim ke Gombak. Sekitar Kuala Lumpur
pula, sistem keretapi menggunakan pelbagai mode, antaranya LRT, MRT,
BRT, Moneral dan ERL yang berhubung melalui satu jaringan bersepadu
untuk memudahkan pengguna. Laluan ini meliputi 700km yang
menghubungkan kebanyakkan daerah dalam negeri Selangor ke kawasan
Kuala Lumpur. Pada masa ini, mempunyai 7 laluan iaitu Laluan LRT
Kelana Jaya ke Gombak, LRT Ampang / Putra Height ke Sentul, LRT
Petaling ke Sentul, MRT Kajang ke Putra Height, Monorel KL Sentral ke
Titiwangsa, ERL KL Sentral ke KLIA 1 dan KLIA 2, dan BRT Bandar
Sunway. Perancangan pembinaan sekarang adalah MRT Putrajaya ke
Sungai Buluh, LRT3, ECRL, RTS dan HSR.
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
2.0 Sistem Kawalan Keretapi
Dalam sistem blok tetap, landasan dibahagikan kepada bahagian
tetap yang dikenali sebagai blok. Keretapi menghampiri satu blok tidak
boleh memasuki blok melainkan jika ia diketahui bahawa blok itu tidak
diduduki oleh keretapi lain. Pemerhati terpaksa mengesahkan secara visual
bahawa kereta api telah keluar dari blok dengan mengamati simbol
istimewa di belakang keretapi. Kemudian keretapi berikut boleh masuk blok
itu. Sistem ini digunakan dalam kendalian oleh KTMB.
(a) Blok tetap. Rajah 3 menunjukkan bagaimana pentakrifan blok tetap
dalam sistem keretapi.
Rajah 3: Blok Tetap (Fixed Block)
(b) Blok bergerak. Rajah 4 menunjukkan blok bergerak dalam pentakrifan
sistem keretapi.
Rajah 4: Blok Bergerak (Moving Block)
Sistem isyarat visual bagi litar semaphore (bar mendatar bermaksud
"berhenti" dan bar melintang menunjukkan "pergi") telah diperkenalkan.
Keretapi boleh memasuki sesuatu blok apabila Isyarat bar semaphore dalam
kedudukan melintang atau “pergi” (blok kosong), keretapi boleh
meneruskan perjalanan sehingga hujung blok atau berjumpa lagi isyarat
bar semaphore seterusnya. Pada masa kini, isyarat menggunakan lampu
telah digunakan untuk menggantikan isyarat semaphore. Dimana isyarat
lampu menunjukkan 3 warna atau keadaan iaitu warna merah untuk
“berhenti”, hijau bermaksud “jalan” dan kuning pula untuk “jalan dengan
berhati-hati”. Isyarat Cab juga biasa digunakan dalam sistem metro bandar
yang bergerak di dalam terowong bawah tanah, menggantikan isyarat visual
yang sukar dilihat. Tujuannya untuk memastikan keselamatan.
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Rajah 5 dan rajah 6 menujukkan penggunaan isyarat sebagai asas
sistem signal dalam kendalian keretapi.
Rajah 5: Pengguna isyarat Semaphore dalam blok
Rajah 6: Pengguna isyarat lampu dalam blok
Sistem keretapi dalam bandar mempunyai lebih tinggi kapasiti
penumpang pada setiap jam daripada keretapi antara bandar, dan perlu
beroperasi dengan jajaran yang pendek dalam tempoh masa yang singkat.
Oleh itu, tidak mungkin dengan menggunakan sistem blok tetap. Laluan
transit pertama di Malaysia adalah laluan Ampang Line yang dirasmikan
pada tahun 1999, tidak menggunakan sistem fixed block tetapi
menggunakan sistem moving block di mana kedudukan keretapi, arah serta
kelajuan dan akan berkomunikasi terus dengan Pusat Pusat Kawalan
(OCC).
Dalam sistem blok yang bergerak (moving block), blok adalah berpusat
mengikut keretapi yang bergerak. Sistem ini mesti mengetahui kedudukan
keretapi yang tepat untuk memantau blok bergerak. Jarak brek yang
selamat, yang mungkin berubah dengan kelajuan keretapi, memisahkan
blok bergerak bersebelahan. Komunikasi tanpa wayar membolehkan
keretapi untuk berkomunikasi secara berterusan dengan OCC untuk
menentukan kedudukan terkini mereka.
Rajah 7: Perbezaan keadaan antara Blok Tetap dan Blok Bergerak
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Rajah 8: Sistem Kawalan Keretapi Automatik (ATC)
Dengan adanya teknologi dan komunikasi keretapi, sistem kawalan
keretapi automatik atau ATC yang boleh membantu atau menggantikannya
pemandu keretapi untuk mengelakkan atau mengurangkan kemalangan
keretapi yang disebabkan oleh kecuaian manusia seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 8.
Kita mengklasifikasikan sistem sedemikian kepada tiga peringkat:
(1) Perlindungan keretapi automatik (ATP):
Peringkat paling asas yang bertujuan untuk menghalang keretapi
berlanggar. Rajah 9 menunjukkan Sistem ATP dalam memantau
kedudukan keretapi, mengawal kelajuan keretapi. Sekiranya terdapat
sebarang kegagalan, sistem brek akan diaktifkan untuk mengelakkan
perlanggaran.
Rajah 9: Sistem ATP
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
(2) Operasi keretapi automatik (ATO):
Peringkat kawalan yang lebih tinggi seterusnya ialah kawalan kelajuan
keretapi dan sistem brek. Sistem ini berfungsi untuk memastikan bahawa
keretapi tidak boleh melangkaui had yang dibenarkan oleh ATP. Rajah 10
menunjukkan alat-alat yang terlibat dalam sistem ATO ini.
Rajah 10: Sistem ATO
(3) Pengawasan kereta automatik (ATS):
Peringkat tertinggi kawalan ialah ATS seperti yang ditunjukkan dalam rajah
11. Sistem ini berfungsi untuk memastikan keretapi berjalan mengikut
jadual yang ditetapkan, membenarkan perubahan jadual seperti yang
dikehendaki dan tahap kesiagaan keretapi untuk beroperasi.
Rajah 11: sistem ATS
Di Malaysia, rangkaian komuter menggunakan Sistem ETCS dalam
perkhidmatan electric train di mainline seperti ETS, Komuter dan ERL.
Dimana ia menggunakan sistem ETCS tahap 1 dan 2. Pada tahap ini,
semua pergerakkan keretapi adalah menggunakan balises dan GSM-R
untuk komunikasi. ETCS tahap 1 dan 2 ini juga menggunapakai peraturan
ETRMS tahap 1 dan 2. Di mana semua prosedur mengikut garis panduan
tersebut.
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Rajah 12: Sistem ETCS
Rajah 13: Sistem ERTMS
CBTC menggunakan komunikasi radio pada band 2.4GHz hingga
5.8GHz yang disambung pada laluan atau ada juga yang menggunakan
band tanpa wayar. Senibina sistem CBTC moden mempunyai tiga
kumpulan komponen:
(1) Peralatan tepi jalan atau jejambat.
(2) Peralatan CBTC.
(3) Pautan komunikasi radio sepanjang jalan.
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
Rajah 14: Sistem CBTC
Kawalan keretapi automatik CBTC atau ATC sistem menggabungkan
subsistem ATP, ATO dan ATS. Berbeza gred automasi (GoA) adalah
mungkin:
• GoA 1, operasi yang dilindungi secara manual.
• GoA 2, operasi separuh automatik.
• GoA 3, operasi kereta tanpa pemandu.
• GoA 4, operasi tanpa pengawasan sepenuhnya.
Di Malaysia CBTC digunakan dalam perkhidmatan rapid transit iaitu
Monorel, LRT dan MRT. Perkhidmatan tanpa pemandu yang menggunakan
sepenuhnya kawalan komunikasi adalah pada tahan CBTC 3. Manakala
monorel yang mempunyai pemandu menggunakan CBTC tahap 2.
3. Kesimpulan
Penulisan ini telah mengambil beberapa contoh penting kepada
pembangunan teknologi semboyan keretapi. Sistem ETCS atau CBTC
memerlukan beberapa peralatan yang lain bagi menyokong kesempurnaan
sistem untuk berfungsi dengan baik. Penggunaan track circuit untuk
menentukan penggunaan blok adalah relatif kepada teknologi semboyan.
Satu lagi ialah penggunaan medan magnet di dalam pengesan gandar (axle)
untuk mengesan jumlah roda keretapi.
Disamping itu juga, terdapat alat yang digunakan untuk menentukan
kedudukan keretapi. Selain dari penggunaan gelombang kuasa
elektromagnet dan prinsip-prinsip magnetoresistance digunakan untuk
memberi kesan yang baik dalam menentukan kelajuan gandar. Teknologi
sistem semboyan keretapi memang telah lama digunakan. Kertas ini telah
menunjukkan bahawa sistem teknologi semboyan moden digunakan
berasaskan perkembangan dan kemajuan dunia pengangkutan berasaskan
rel dan demi keselamatan pengguna, kakitangan dan mengelakkan
kerugian kepada syarikat operasi.
Semoga penulisan ini memberikan maklumat yang dapat digunakan
demi pembangunan teknologi sistem signal dalam perkhidmatan keretapi di
Malaysia.
Rujukan
S. Bradley, The Railways: Nation, Network and People (Profile Books,
London, 2015).
S. Clark, A History of Railway Signalling, IET Professional Development
Course on Railway Signalling and Control Systems (RSCS 2012).
Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020)
D. C. Robinson, Railway Signalling and Maintenance (British Railways,
1919).
J. W. Palmer, The Need for Train Detection, IET Professional Development
Course on Railway Signalling and Control Systems (RSCS 2010).
S. Yasukawa et al., Design Optimization of Magnetic Sensor for Train
Detection, IEEE Trans. Magnet. 51(3), 8103204 (2015).
A. Zamani and A. Mirabadi, Optimization of Sensor Orientation in Railway
Wheel Detector, Using Kriging Method, J. Electromagn. Anal. Appl. 3, 529–
536 (2011).
SGTrains, Signalling systems,https://www.sgtrains.com/technology-
signalling.html (Accessed: 24 November 2018).
Wikipeda, KTMB, https://en.wikipedia.org › wiki › Keretapi_Tanah_Melayu

More Related Content

What's hot

Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikKhairiyah Sulaiman
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAmohd admee
 
(1) Introduction to Malaysia.ppt
(1) Introduction to Malaysia.ppt(1) Introduction to Malaysia.ppt
(1) Introduction to Malaysia.pptSorayaIshak2
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melakanieda79iman
 
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat basUsahawan berjaya dato' sani -syarikat bas
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat basaZea sdn Bhd....
 
Intelligent urban traffic control system
Intelligent urban traffic control systemIntelligent urban traffic control system
Intelligent urban traffic control systemmustafa_talib_yousif
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraHakim Yusof
 
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduanKeberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduanSyirah Malek
 
Bangladesh Railway final
Bangladesh Railway finalBangladesh Railway final
Bangladesh Railway finalNazmul Alam
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsPang Shuen
 
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiipembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiiMuhamad Hafizi Hafizi
 
All about Bangladesh Railway
All about Bangladesh RailwayAll about Bangladesh Railway
All about Bangladesh RailwayNazmul Alam
 
Railway Industrial Training Report
Railway Industrial Training ReportRailway Industrial Training Report
Railway Industrial Training ReportLokesh Parihar
 
Carta organisasi mara
Carta organisasi maraCarta organisasi mara
Carta organisasi maraHariz Amirul
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cinawanarizwan
 
kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017Nabila Azhar
 
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014amarjawa
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 editedzalinabasir
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaAmin Upsi
 

What's hot (20)

Bab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnikBab 4-tiang seri hubungan etnik
Bab 4-tiang seri hubungan etnik
 
kerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyahkerajaan uthmaniyah
kerajaan uthmaniyah
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
(1) Introduction to Malaysia.ppt
(1) Introduction to Malaysia.ppt(1) Introduction to Malaysia.ppt
(1) Introduction to Malaysia.ppt
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
 
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat basUsahawan berjaya dato' sani -syarikat bas
Usahawan berjaya dato' sani -syarikat bas
 
Intelligent urban traffic control system
Intelligent urban traffic control systemIntelligent urban traffic control system
Intelligent urban traffic control system
 
Kerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggaraKerajaan awal di asia tenggara
Kerajaan awal di asia tenggara
 
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduanKeberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
Keberkesanan sistem pendidikan di malaysia bagi memupuk perpaduan
 
Bangladesh Railway final
Bangladesh Railway finalBangladesh Railway final
Bangladesh Railway final
 
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & CivilisationsTITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
TITAS Assignment Report - Trains & Civilisations
 
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iiipembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
pembaharuan ketenteraan pada zaman sultan selim iii
 
All about Bangladesh Railway
All about Bangladesh RailwayAll about Bangladesh Railway
All about Bangladesh Railway
 
Railway Industrial Training Report
Railway Industrial Training ReportRailway Industrial Training Report
Railway Industrial Training Report
 
Carta organisasi mara
Carta organisasi maraCarta organisasi mara
Carta organisasi mara
 
Bab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun CinaBab 5 Tamadun Cina
Bab 5 Tamadun Cina
 
kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017kerja kursus pam sem 2 2017
kerja kursus pam sem 2 2017
 
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
KBAT dalam kertas 2 tingkatan 5 Sejarah SPM 2014
 
Latih tubi graf modul penggal2 edited
Latih tubi graf modul penggal2  editedLatih tubi graf modul penggal2  edited
Latih tubi graf modul penggal2 edited
 
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melakaPENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
PENGAJIAN KENEGARAAN kerajaan melayu melaka
 

Similar to Kajian sistem signal keretapi semenanjung malaysia

Pengangkutan Darat.pdf
Pengangkutan Darat.pdfPengangkutan Darat.pdf
Pengangkutan Darat.pdfLimFC
 
Tugasan: Laporan Bandar Anda
Tugasan: Laporan Bandar AndaTugasan: Laporan Bandar Anda
Tugasan: Laporan Bandar AndaNuraqilahSyamimi
 
Pengangkutan bandar
Pengangkutan bandarPengangkutan bandar
Pengangkutan bandarAdliHaikal2
 
Perkembangan pengangkutan negara malaysia 1.2
Perkembangan  pengangkutan negara malaysia 1.2Perkembangan  pengangkutan negara malaysia 1.2
Perkembangan pengangkutan negara malaysia 1.2fazdrul Durarul Ain
 
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).ppt
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).pptBab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).ppt
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).pptnsshaastie
 
Pengangkutan dalam bandar
Pengangkutan dalam bandarPengangkutan dalam bandar
Pengangkutan dalam bandarAmirulHaziq60
 
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202SarasvathiSivaraman
 
Laporan Bandar Anda
Laporan Bandar Anda Laporan Bandar Anda
Laporan Bandar Anda ArulKumaran74
 
A176378 laporan pengangkutan bandar
A176378 laporan pengangkutan bandarA176378 laporan pengangkutan bandar
A176378 laporan pengangkutan bandarNURINSYAZWANIEBINTIS
 
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)UMMUHANIBINTIHARON
 
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor.
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor. Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor.
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor. fatin sabrina
 
Sistem Pengangkutan di Petaling Jaya
Sistem Pengangkutan di Petaling JayaSistem Pengangkutan di Petaling Jaya
Sistem Pengangkutan di Petaling JayaMUHAMMADMUSTAQIMMOHD3
 

Similar to Kajian sistem signal keretapi semenanjung malaysia (20)

Kajian signal di semenanjung malaysia
Kajian signal di semenanjung malaysiaKajian signal di semenanjung malaysia
Kajian signal di semenanjung malaysia
 
Laporan Bandar Anda
Laporan Bandar AndaLaporan Bandar Anda
Laporan Bandar Anda
 
LMCP2502 : Laporan bandar anda
LMCP2502 : Laporan bandar andaLMCP2502 : Laporan bandar anda
LMCP2502 : Laporan bandar anda
 
Pengangkutan Darat.pdf
Pengangkutan Darat.pdfPengangkutan Darat.pdf
Pengangkutan Darat.pdf
 
Tugasan: Laporan Bandar Anda
Tugasan: Laporan Bandar AndaTugasan: Laporan Bandar Anda
Tugasan: Laporan Bandar Anda
 
A177493 Laporan bandar anda
A177493 Laporan bandar andaA177493 Laporan bandar anda
A177493 Laporan bandar anda
 
Pengangkutan bandar
Pengangkutan bandarPengangkutan bandar
Pengangkutan bandar
 
LMCP 2502 Laporan bandar anda
LMCP 2502 Laporan bandar andaLMCP 2502 Laporan bandar anda
LMCP 2502 Laporan bandar anda
 
Perkembangan pengangkutan negara malaysia 1.2
Perkembangan  pengangkutan negara malaysia 1.2Perkembangan  pengangkutan negara malaysia 1.2
Perkembangan pengangkutan negara malaysia 1.2
 
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).ppt
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).pptBab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).ppt
Bab 5 Pengangkutan di Malaysia (1).ppt
 
Pengangkutan dalam bandar
Pengangkutan dalam bandarPengangkutan dalam bandar
Pengangkutan dalam bandar
 
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202
LMCP2502 Pengangkutan bandar A168202
 
Geografi
GeografiGeografi
Geografi
 
Laporan Bandar Anda
Laporan Bandar Anda Laporan Bandar Anda
Laporan Bandar Anda
 
Topik 2.pptx
Topik 2.pptxTopik 2.pptx
Topik 2.pptx
 
A176378 laporan pengangkutan bandar
A176378 laporan pengangkutan bandarA176378 laporan pengangkutan bandar
A176378 laporan pengangkutan bandar
 
A161964 bahagian 4
A161964 bahagian 4A161964 bahagian 4
A161964 bahagian 4
 
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR (Laporan Bandar Anda)
 
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor.
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor. Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor.
Tugasan Pengangkutan bandar di sungai buloh, selangor.
 
Sistem Pengangkutan di Petaling Jaya
Sistem Pengangkutan di Petaling JayaSistem Pengangkutan di Petaling Jaya
Sistem Pengangkutan di Petaling Jaya
 

Kajian sistem signal keretapi semenanjung malaysia

  • 1. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Mohd Hairy Bin Kharauddin Mhairydin5857@gmail.com Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology Kolej Komuniti Masjid Tanah Wan Ahmad Ramzi Bin Wan Yusuf ramzi016@gmail.com Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology Kolej Komuniti Masjid Tanah Mohd Faroul Rafiq Bin Romli rafiq@kkmt.edu.my Unit Diploma in Rail Signalling and Communication Technology Kolej Komuniti Masjid Tanah Abstract Penulisan ini adalah untuk menerangkan secara ringkas sistem semboyan yang terdapat dalam perkhidmatan keretapi di semenanjung Malaysia. Kita akan melihat sedikit sejarah perkhidmatan keretapi yang telah wujud di Malaysia dan terus berkembang sehingga sekarang. Keretapi terdiri daripada beberapa kenderaan menggunakan landasan (rel) yang bergerak bersama untuk membawa muatan atau penumpang dari satu tempat ke tempat yang lain melalui laluan tertentu. Rangkaian perkhidmatan keretapi penumpang di semenanjung Malaysia dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sekitar 90%, dan selebihnya oleh Prasarana Malaysia Berhad, MRT Corp. dan E-Mas (ERL). Di Sabah, perkhidmatan rel diuruskan oleh Sabah State Railway. Kereta kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang dioperasikan oleh Penang Hill Railway. Monorel Melaka pula dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Sistem-sistem yang digunakan adalah untuk memastikan penumpang selamat sampai ke destinasi dengan waktu yang telah ditetapkan. Sistem ini digunakan untuk memastikan landasan dapat digunakan secara optimum tanpa melibatkan kemalangan yang boleh mendatangkan kerugian nyawa dan wang ringgit. Hasil daripada penulisan ini akan memberikan input yang berguna kepada mereka yang berkaitan untuk kajian ilmiah yang lebih mendalam. Katakunci: Isyarat, blok, ETCS dan CBTC.
  • 2. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) 1.0 Pengenalan Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan mempunyai sistem pengangkutan yang moden dan besar di rantau ini. Sistem ini meliputi rangkaian pengangkutan bas, teksi, dan keretapi yang menyediakan laluan yang mudah untuk perjalanan di sekitar bandaraya dan keluar dari ibu kota. KL Sentral merupakan hab pengangkutan utama rel Bandaraya Kuala Lumpur di mana anda boleh menaiki monorel, transit aliran ringan (LRT), transit aliran massa (MRT), tren komuter dan ETS (KTM) serta bas-bas RapidKL. Selain itu juga membenarkan proses daftar masuk penumpang dan bagasi sebelum menggunakan ERL untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Rajah 1: Peta perkhidmatan Keretapi Sejarah rangkaian keretapi di Semenanjung Malaysia bermula pada 12 Februari 1885 dengan perkhidmatan keretapi yang pertama bermula dari Taiping ke port Weld. Projek ini telah dibangunkan oleh Sir Hugh Low yang merupakan residen Perak ke-2. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan pengangkutan biji timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan. Kemudian perkhidmatan keretapi ini merebak ke utara dan selatan negara. Keretapi bukan hanya membawa perubahan ekonomi bahkan perubahan sosial kerana rangkaian yang dibangunkan menghubungkan kawasan kampung-kampung dengan bandar-bandar sehingga ia menjadikan pengangkutan utama. Gambarajah 1.2 menunjukkan antara lokomotif pertama yang berkhidmat di Tanah Melayu yang dikendalikan oleh FMSR sekitar tahun 1922. FMSR sebelum ini dikenali sebagai Malay State Railway (MSR).
  • 3. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Rajah 2: Federated Malay State Railways (FMSR), 1922 Teknologi isyarat keretapi amat penting untuk keselamatan penumpang dan mengurangkan kerugian syarikat keretapi daripada kemalangan. Isyarat keretapi hari ini menggunakan pelbagai jenis teknologi yang mengikut rekabentuk dan fungsi dalam memastikan objektifnya tercapai. Kaedah yang digunakan untuk membuat kajian ilmiah ini adalah melalui pembacaan dan tinjuan sistem yang digunakan. Bahan bacaan yang berkaitan dengan sistem keretapi di Malaysia terlalu sedikit dan terhad. Oleh itu, diharapkan dengan kewujudan bahan ini membantu meningkatkan bahan penulisan yang berkaitan untuk rujukan bersama. Semenanjung Malaysia mempunyai rangkaian landasan sepanjang 1,677 km daripada Stesyen Johor Bahru, Johor ke Stesyen Padang Besar, Perlis di pantai barat dan Stesyen Tumpat, Kelantan di Pantai Timur. Laluan yang panjang ini diuruskan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Pemodenan rangkaian ini telah dinaiktaraf menggunakan elektrik sejauh 800km antara laluan Gemas, Negeri Simbilan ke Padang Besar, Perlis mengunakan ETS. Manakala Komuter pula mempunyai 2 laluan dari Tampin ke Klang dan Tanjung Malim ke Gombak. Sekitar Kuala Lumpur pula, sistem keretapi menggunakan pelbagai mode, antaranya LRT, MRT, BRT, Moneral dan ERL yang berhubung melalui satu jaringan bersepadu untuk memudahkan pengguna. Laluan ini meliputi 700km yang menghubungkan kebanyakkan daerah dalam negeri Selangor ke kawasan Kuala Lumpur. Pada masa ini, mempunyai 7 laluan iaitu Laluan LRT Kelana Jaya ke Gombak, LRT Ampang / Putra Height ke Sentul, LRT Petaling ke Sentul, MRT Kajang ke Putra Height, Monorel KL Sentral ke Titiwangsa, ERL KL Sentral ke KLIA 1 dan KLIA 2, dan BRT Bandar Sunway. Perancangan pembinaan sekarang adalah MRT Putrajaya ke Sungai Buluh, LRT3, ECRL, RTS dan HSR.
  • 4. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) 2.0 Sistem Kawalan Keretapi Dalam sistem blok tetap, landasan dibahagikan kepada bahagian tetap yang dikenali sebagai blok. Keretapi menghampiri satu blok tidak boleh memasuki blok melainkan jika ia diketahui bahawa blok itu tidak diduduki oleh keretapi lain. Pemerhati terpaksa mengesahkan secara visual bahawa kereta api telah keluar dari blok dengan mengamati simbol istimewa di belakang keretapi. Kemudian keretapi berikut boleh masuk blok itu. Sistem ini digunakan dalam kendalian oleh KTMB. (a) Blok tetap. Rajah 3 menunjukkan bagaimana pentakrifan blok tetap dalam sistem keretapi. Rajah 3: Blok Tetap (Fixed Block) (b) Blok bergerak. Rajah 4 menunjukkan blok bergerak dalam pentakrifan sistem keretapi. Rajah 4: Blok Bergerak (Moving Block) Sistem isyarat visual bagi litar semaphore (bar mendatar bermaksud "berhenti" dan bar melintang menunjukkan "pergi") telah diperkenalkan. Keretapi boleh memasuki sesuatu blok apabila Isyarat bar semaphore dalam kedudukan melintang atau “pergi” (blok kosong), keretapi boleh meneruskan perjalanan sehingga hujung blok atau berjumpa lagi isyarat bar semaphore seterusnya. Pada masa kini, isyarat menggunakan lampu telah digunakan untuk menggantikan isyarat semaphore. Dimana isyarat lampu menunjukkan 3 warna atau keadaan iaitu warna merah untuk “berhenti”, hijau bermaksud “jalan” dan kuning pula untuk “jalan dengan berhati-hati”. Isyarat Cab juga biasa digunakan dalam sistem metro bandar yang bergerak di dalam terowong bawah tanah, menggantikan isyarat visual yang sukar dilihat. Tujuannya untuk memastikan keselamatan.
  • 5. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Rajah 5 dan rajah 6 menujukkan penggunaan isyarat sebagai asas sistem signal dalam kendalian keretapi. Rajah 5: Pengguna isyarat Semaphore dalam blok Rajah 6: Pengguna isyarat lampu dalam blok Sistem keretapi dalam bandar mempunyai lebih tinggi kapasiti penumpang pada setiap jam daripada keretapi antara bandar, dan perlu beroperasi dengan jajaran yang pendek dalam tempoh masa yang singkat. Oleh itu, tidak mungkin dengan menggunakan sistem blok tetap. Laluan transit pertama di Malaysia adalah laluan Ampang Line yang dirasmikan pada tahun 1999, tidak menggunakan sistem fixed block tetapi menggunakan sistem moving block di mana kedudukan keretapi, arah serta kelajuan dan akan berkomunikasi terus dengan Pusat Pusat Kawalan (OCC). Dalam sistem blok yang bergerak (moving block), blok adalah berpusat mengikut keretapi yang bergerak. Sistem ini mesti mengetahui kedudukan keretapi yang tepat untuk memantau blok bergerak. Jarak brek yang selamat, yang mungkin berubah dengan kelajuan keretapi, memisahkan blok bergerak bersebelahan. Komunikasi tanpa wayar membolehkan keretapi untuk berkomunikasi secara berterusan dengan OCC untuk menentukan kedudukan terkini mereka. Rajah 7: Perbezaan keadaan antara Blok Tetap dan Blok Bergerak
  • 6. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Rajah 8: Sistem Kawalan Keretapi Automatik (ATC) Dengan adanya teknologi dan komunikasi keretapi, sistem kawalan keretapi automatik atau ATC yang boleh membantu atau menggantikannya pemandu keretapi untuk mengelakkan atau mengurangkan kemalangan keretapi yang disebabkan oleh kecuaian manusia seperti yang ditunjukkan dalam rajah 8. Kita mengklasifikasikan sistem sedemikian kepada tiga peringkat: (1) Perlindungan keretapi automatik (ATP): Peringkat paling asas yang bertujuan untuk menghalang keretapi berlanggar. Rajah 9 menunjukkan Sistem ATP dalam memantau kedudukan keretapi, mengawal kelajuan keretapi. Sekiranya terdapat sebarang kegagalan, sistem brek akan diaktifkan untuk mengelakkan perlanggaran. Rajah 9: Sistem ATP
  • 7. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) (2) Operasi keretapi automatik (ATO): Peringkat kawalan yang lebih tinggi seterusnya ialah kawalan kelajuan keretapi dan sistem brek. Sistem ini berfungsi untuk memastikan bahawa keretapi tidak boleh melangkaui had yang dibenarkan oleh ATP. Rajah 10 menunjukkan alat-alat yang terlibat dalam sistem ATO ini. Rajah 10: Sistem ATO (3) Pengawasan kereta automatik (ATS): Peringkat tertinggi kawalan ialah ATS seperti yang ditunjukkan dalam rajah 11. Sistem ini berfungsi untuk memastikan keretapi berjalan mengikut jadual yang ditetapkan, membenarkan perubahan jadual seperti yang dikehendaki dan tahap kesiagaan keretapi untuk beroperasi. Rajah 11: sistem ATS Di Malaysia, rangkaian komuter menggunakan Sistem ETCS dalam perkhidmatan electric train di mainline seperti ETS, Komuter dan ERL. Dimana ia menggunakan sistem ETCS tahap 1 dan 2. Pada tahap ini, semua pergerakkan keretapi adalah menggunakan balises dan GSM-R untuk komunikasi. ETCS tahap 1 dan 2 ini juga menggunapakai peraturan ETRMS tahap 1 dan 2. Di mana semua prosedur mengikut garis panduan tersebut.
  • 8. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Rajah 12: Sistem ETCS Rajah 13: Sistem ERTMS CBTC menggunakan komunikasi radio pada band 2.4GHz hingga 5.8GHz yang disambung pada laluan atau ada juga yang menggunakan band tanpa wayar. Senibina sistem CBTC moden mempunyai tiga kumpulan komponen: (1) Peralatan tepi jalan atau jejambat. (2) Peralatan CBTC. (3) Pautan komunikasi radio sepanjang jalan.
  • 9. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) Rajah 14: Sistem CBTC Kawalan keretapi automatik CBTC atau ATC sistem menggabungkan subsistem ATP, ATO dan ATS. Berbeza gred automasi (GoA) adalah mungkin: • GoA 1, operasi yang dilindungi secara manual. • GoA 2, operasi separuh automatik. • GoA 3, operasi kereta tanpa pemandu. • GoA 4, operasi tanpa pengawasan sepenuhnya. Di Malaysia CBTC digunakan dalam perkhidmatan rapid transit iaitu Monorel, LRT dan MRT. Perkhidmatan tanpa pemandu yang menggunakan sepenuhnya kawalan komunikasi adalah pada tahan CBTC 3. Manakala monorel yang mempunyai pemandu menggunakan CBTC tahap 2. 3. Kesimpulan Penulisan ini telah mengambil beberapa contoh penting kepada pembangunan teknologi semboyan keretapi. Sistem ETCS atau CBTC memerlukan beberapa peralatan yang lain bagi menyokong kesempurnaan sistem untuk berfungsi dengan baik. Penggunaan track circuit untuk menentukan penggunaan blok adalah relatif kepada teknologi semboyan. Satu lagi ialah penggunaan medan magnet di dalam pengesan gandar (axle) untuk mengesan jumlah roda keretapi. Disamping itu juga, terdapat alat yang digunakan untuk menentukan kedudukan keretapi. Selain dari penggunaan gelombang kuasa elektromagnet dan prinsip-prinsip magnetoresistance digunakan untuk memberi kesan yang baik dalam menentukan kelajuan gandar. Teknologi sistem semboyan keretapi memang telah lama digunakan. Kertas ini telah menunjukkan bahawa sistem teknologi semboyan moden digunakan berasaskan perkembangan dan kemajuan dunia pengangkutan berasaskan rel dan demi keselamatan pengguna, kakitangan dan mengelakkan kerugian kepada syarikat operasi. Semoga penulisan ini memberikan maklumat yang dapat digunakan demi pembangunan teknologi sistem signal dalam perkhidmatan keretapi di Malaysia. Rujukan S. Bradley, The Railways: Nation, Network and People (Profile Books, London, 2015). S. Clark, A History of Railway Signalling, IET Professional Development Course on Railway Signalling and Control Systems (RSCS 2012).
  • 10. Kajian Sistem Signal Keretapi Di Semenanjung Malaysia Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan (SPSH2020) D. C. Robinson, Railway Signalling and Maintenance (British Railways, 1919). J. W. Palmer, The Need for Train Detection, IET Professional Development Course on Railway Signalling and Control Systems (RSCS 2010). S. Yasukawa et al., Design Optimization of Magnetic Sensor for Train Detection, IEEE Trans. Magnet. 51(3), 8103204 (2015). A. Zamani and A. Mirabadi, Optimization of Sensor Orientation in Railway Wheel Detector, Using Kriging Method, J. Electromagn. Anal. Appl. 3, 529– 536 (2011). SGTrains, Signalling systems,https://www.sgtrains.com/technology- signalling.html (Accessed: 24 November 2018). Wikipeda, KTMB, https://en.wikipedia.org › wiki › Keretapi_Tanah_Melayu