1. Lampiran 3
Secara berpasangan, dengar bacaan rakan kamu
Razak budak yang sihat. Dia selalu jaga diri
supaya bersih. Hari-hari dia mandi tiga kali sehari.
Dia mandi guna sabun supaya badannya tidak
ada kuman. Razak gosok badan agar hilang daki.
Selepas mandi, Razak lap badan supaya
kering. Dia sapu bedak pada badannya supaya
rasa segar. Dia juga pakai baju yang bersih.
Razak selalu nampak kemas.