1. PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM
Pengenalan
Pendidikan dalam sesebuah negara sama ada formal atau pun tidak formal memainkan
peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana dari pendidikanlah
sesebuah negara itu dapat menaik-tarafkan kehidupan seseorang itu dalam membentuk
dirinya menjadi cemerlang, berwawasan dan produktif di mata masyarakat amnya.
Seperti juga pendapat John Dewey1, bahawa pendidikan adalah sebagai proses dalam
membentuk kecenderungan-kecenderungan asas yang berupa akliah dan perasaan
terhadap alam manusia. Manakala, menurut perspektif Islam pula, pendidikan adalah
suatu proses mendidik dan melatih akal, jasmani serta moral manusia yang berasaskan
Al-Quran dan Hadis supaya menjadi manusia yang bertakwa2 (Hj Asbol, 2010).
Kini, setelah 28 tahun negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaannya pada
1 Januari, 1984 yang lalu, pendidikan di negara ini telah mengalami banyak perubahan
dan pengubahsuaian beberapa dasar, matlamat dan keperluan negara serta perkembangan
sosioekonomi diperingkat serantau dan antarabangsa dalam membentuk dan
mengukuhkan pembangunan rakyat dari segi pendidikan serta demi mengelakkan
kewujudan pelbagai masalah sosial masyarakat seperti yang dihasratkan oleh Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Begawan Sultan Haji
Omar Ali Saifuddien (Pg Hjh Hairani, 2004).
Bagi merealisasikan kehendak kerajaan dalam menangani arus globalisasi,
pendidikan memainkan peranan yang amat penting ............ download @
http://www.scribd.com/doc/126792083/Essay-Hjh-Norhaidah-11b8272
1
Salah seorang pakar pendidikan dan ahli falsafah Amerika, Buku: Sejarah Perkembangan
Pendidikan Di Brunei 1950-1985.
2
Awang Had Salleh, Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had Salleh, Fajar Bakti Sdn Bhd,
Petaling Jaya, 1985, h.2-3; Abd. Halim El-Muhammady, Pendidikan Islam, Falsafah, Disiplin dan
Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Islam, Selangor, 1991, h.2; Seogarda Poerbakawatja dan H.A.H
Harahap (peny.), Ensiklopedia Pendidikan, PT Gunung Agung, Jakarta, 1982, h. 75-76 dan 255.
1