SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
BANK SOALAN
PERDAGANGAN DAN
KEWANGAN ANTARABANGSA
BAB
5
BAHAGIAN A
	 1	 Jadual di bawah ini menunjukkan pengeluaran perabot dan tayar oleh seorang buruh
di negara X dan negara Y.
Negara Perabot (unit) Tayar (unit)
X
Y
250
200
500
450
	 	 Penyataan yang manakah benar tentang jadual di atas?
A	 Negara X akan mengkhusus dalam pengeluaran tayar
B	 Jumlah pengeluaran tayar selepas pengkhususan ialah 1 000 unit
C	 Negara Y mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran perabot dan tayar
D	 Kadar pertukaran boleh berlaku pada kadar 1 unit perabot sama dengan 2.1 unit
tayar
	 2	 Jadual yang berikut menunjukkan imbangan pembayaran sesebuah ekonomi pada tahun
2012 dan tahun 2013.
Butiran 2012 (RM juta) 2013 (RM juta)
Eksport barangan
Import barangan
Perkhidmatan
Pendapatan
Pindahan semasa
Akaun kewangan
Kesilapan dan ketinggalan
	 493 110
	 368 789
	 –8 993
	 –21 003
	 –13 168
	 –37 101
	 –19 005
	 574 626
	 405 190
	 4 343
	 –18 996
	 –10 129
	 	 –29 110
	 	 –18 613
	 	 Penyataan yang manakah benar tentang imbangan pembayaran tersebut?
A	 Aset rizab semakin berkurang
B	 Imbangan perkhidmatan mengalami penurunan
C	 Imbangan akaun semasa mencapai lebihan yang meningkat
D	 Imbangan pembayaran mengalami defisit yang semakin meningkat
2
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
	 3	 Gambar rajah yang berikut menunjukkan keluk permintaan terhadap Yen Jepun (DD)
dan keluk penawaran Yen Jepun (SS).
RM/100 Yen
Kuantiti Yen
3.85
3.78
D0
D0
D1
Q1
Q2
D1
S
S
	 	 Perubahan nilai 100 Yen daripada RM3.85 kepada RM3.78 berlaku kerana
A	 pelancong Jepun kurang melancong ke Malaysia
B	 pelaburan rakyat Malaysia di Jepun merosot
C	 pelajar Malaysia ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran meningkat
D	 permintaan terhadap barang Malaysia oleh rakyat Jepun berkurang
	 4	 Dalam gambar rajah di bawah ini, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk
penawaran bagi pasaran kain dalam negeri di negara X.
Harga (RM)
0 800 1200 2000 2800
10.00
15.00
Keluaran
negara benar
D
D
S
S
	 	 Jika harga kain di pasaran dunia ialah RM10.00 per meter dan tarif yang dikenakan
oleh kerajaan ialah RM5.00 per meter, maka
A	 import berkurang daripada 2 000 meter kepada 800 meter
B	 penggunaan dalam negeri berkurang daripada 2 800 meter kepada 800 meter
C	 pengeluaran dalam negeri meningkat daripada 2 000 meter kepada 2 800 meter
D	 pengeluaran dalam negeri meningkat sebanyak 500 meter dan import berkurang
sebanyak 1 200 meter
	 5	 Yang manakah bukan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa?
A	 Perbezaan iklim	
B	 Perbezaan teknologi	
C	 Perbezaan anugerah alam
D	 Perbezaan kadar pertukaran asing
3
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
	 6	 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran GH dan GK
bagi negara R dan S masing-masing.
0 H
G
K
Beras (unit)
Getah (unit)
	 	 Jika 0G = 600 unit, 0H = 300 unit dan 0K = 500 unit, berapakah kos lepas seunit getah
bagi negara S?
A	 0.50 unit beras
B	 0.83 unit beras
C	 1.20 unit beras
D	 2.00 unit beras
	 7	 Yang manakah syarat kejayaan dasar perlindungan melalui tarif?
A Permintaan terhadap barang import adalah anjal
B Negara berkenaan telah mencapai guna tenaga penuh
C Rakan dagang tidak mengenakan tarif pada masa yang sama
D Kedua-dua negara yang berdagang perlu menikmati faedah berbanding
	 8	 Keluk permintaan terhadap Dolar Amerika Syarikat beralih ke kiri disebabkan
A	 kesan inflasi yang wujud di Amerika Syarikat
B	 kenaikan tingkat harga bagi barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat
C	 peningkatan jumlah import barangan oleh penduduk Malaysia dari Amerika Syarikat
D	 peningkatan cita rasa penduduk Malaysia terhadap barangan yang diimport dari
Amerika Syarikat
	 9	 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan terhadap Pound Sterling
(£) oleh rakyat Malaysia.
RM/£
Kuantiti Pound Sterling
D1
D1
D0
D0
0
4
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
	 	 Keluk permintaan terhadap Pound Sterling beralih dari D0
D0
ke D1
D1
kerana
A	 nilai mata wang Pound Sterling mengalami susut nilai
B	 semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke United Kingdom
C	 eksport barang Malaysia semakin berkurang ke United Kingdom
D	 pembayaran pendapatan pelaburan semakin berkurang ke United Kingdom
	10	 Jadual di bawah ini menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara.
Butiran RM juta
Eksport barang
Import barang
Eksport perkhidmatan
Import perkhidmatan
Pindahan bersih
Pendapatan
20
15
6
8
–3
5
	 	 Berapakah imbangan akaun semasa?
A	 RM3 juta	
B	 RM5 juta	
C	 RM31 juta
D	 RM51 juta
	11	 Defisit imbangan pembayaran Malaysia akan menyebabkan
A	 import Malaysia menurun
B	 nilai Ringgit Malaysia meningkat
C	 rizab antarabangsa Malaysia menurun
D	 aliran keluar mata wang Malaysia berkurang
BAHAGIAN B
	 1	 Terangkan lima alat kawalan import yang boleh digunakan untuk mengurangkan defisit
dalam imbangan pembayaran sesebuah negara. [10]
	2	(a)	 Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing?[2]
(b)	 Bagaimanakah kadar pertukaran tetap ditentukan di pasaran? [8]
	 3	 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan kemelesetan ekonomi Amerika
Syarikat terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM). [10]
	 4	 Terangkan bagaimana devaluasi dapat membaiki defisit akaun semasa dan masalah
pengangguran di Malaysia. [10]
5
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
BAHAGIAN C
	 1	 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran Malaysia dari tahun 2013
hingga tahun 2015 (RM juta).
	 Tahun
Butiran
2013 2014 2015
Eksport
Import
Pengangkutan
Perjalanan
Urus niaga kerajaan
Perkhidmatan lain
Pendapatan
Pindahan (bersih)
Akaun kewangan
Kesilapan dan ketinggalan
Imbangan keseluruhan
	 100 910
	 92 311
	 –4 502
	657
	54
	 –1 900
	 –7 920
	337
	 10 328
	–877
	 16 744
	 118 366
	 110 173
	 –5 116
	906
	–10
	 –2 557
	 –8 174
	409
	 14 415
	 7 242
	 29 239
	 144 607
	 138 730
	 –6 442
	976
	18
	 –3 257
	 –9 036
	207
	 20 923
	 –5 000
	 5 266
(a)	 Apakah maksud imbangan dagangan? Hitung imbangan dagangan dari tahun 2013
hingga tahun 2015. [3]
(b)	 Hitung imbangan perkhidmatan dan imbangan akaun semasa dari tahun 2013
hingga tahun 2015. [3]
(c)	Terangkan arah aliran imbangan dagangan, imbangan perkhidmatan, dan
imbangan akaun semasa dari tahun 2013 hingga tahun 2015. [3]
(d)	 Mengapakah imbangan keseluruhan pada tahun 2015 semakin merosot? [1]
	 2	 Jadual di bawah ini menunjukkan kadar pertukaran asing, eksport dan import antara
Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2012.
Tahun
Kadar pertukaran asing bagi
US$100
Eksport
(RM juta)
Import
(RM juta)
2009
2010
2011
2012
319.90
327.18
330.06
334.45
40 287
44 352
48 672
53 106
26 348
28 944
30 938
34 817
(a)	 Apakah maksud kadar pertukaran asing?[1]
(b)	 Adakah Ringgit Malaysia mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan
Dolar Amerika Syarikat? Terangkan. [2]
(c)	 (i)	Huraikan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap arah
aliran eksport dan import Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2012. [2]
	 (ii)	 Adakah arah aliran eksport dan import tersebut selaras dengan teori ekonomi?
[2]
(d)	 (i)	 Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2012. [2]
	 (ii)	Adakah kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport bersih
selaras dengan teori ekonomi? [1]
6
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
	 3	 Jadual di bawah ini menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) terhadap
100 unit Dolar Singapura dan Peso Filipina serta eksport bersih Malaysia ke Singapura
dan Filipina dari tahun 2010 hingga tahun 2013.
Tahun
Dolar Singapura
(100 unit)
Peso Filipina
(100 unit)
Eksport bersih Malaysia (RM)
Ke Singapura Ke Filipina
2010
2011
2012
2013
216.86
218.87
223.42
232.58
7.36
7.15
6.84
6.77
21 291
24 284
25 503
27 699
–2 095
–4 794
–6 376
–3 348
(a)	 Adakah RM mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Dolar
Singapura? Mengapa? [2]
(b)	 Adakah RM mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Peso Filipina?
Mengapa?[2]
(c)	 Apakah maksud eksport bersih?[1]
(d)	 Jelaskan hubungan antara kadar pertukaran RM dengan Dolar Singapura terhadap
eksport bersih. Adakah hubungan tersebut selaras dengan teori ekonomi? [3]
(e)	 Jelaskan hubungan antara kadar pertukaran RM dengan Peso Filipina terhadap
eksport bersih. Adakah hubungan tersebut selaras dengan teori ekonomi? [2]
7
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
BAHAGIAN A
	1	D	2	
C	 3	 B	 4	 A	 5	 D	 6	A	 7	A	 8	A	9	D	 10	B	 11	C
Jalan pengiraan
	10	 Imbangan akaun semasa
		= (20 – 15) + (6 – 8) + (–3) + 5
		= 5 – 2 – 3 + 5
		= RM5 juta
BAHAGIAN B
	 1	 Alat kawalan import yang boleh digunakan untuk mengurangkan defisit dalam imbangan
pembayaran sesebuah negara termasuklah tarif, kuota, embargo, devaluasi, dan kawalan
pertukaran mata wang asing.
	 	 	 Tarif, iaitu cukai ke atas barang import. Apabila tarif dikenakan, harga barang
import akan meningkat. Oleh itu, permintaan terhadap barang import berkurang.
Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang.
	 	 	 Kuota, iaitu mengehadkan kuantiti barang yang diimport. Tindakan ini akan
menyebabkan nilai import berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit
imbangan pembayaran berkurang.
	 	 	 Embargo, iaitu kerajaan melarang 100% import. Misalnya, Malaysia melaksanakan
embargo terhadap semua barangan dari negara Israel. Oleh itu, import ke Malaysia
akan berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran
berkurang.
	 	 	 Devaluasi, iaitu bank pusat menurunkan nilai mata wang negara. Penurunan nilai
mata wang menyebabkan harga barangan import menjadi relatif lebih mahal. Oleh
itu, import akan berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan
pembayaran berkurang.
	 	 	 Kawalan pertukaran mata wang asing, iaitu kerajaan mengehadkan pertukaran
mata wang untuk tujuan import. Oleh itu, import akan berkurang. Kesannya, eksport
bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang.
	2	(a)	 Kadar pertukaran asing menunjukkan harga mata wang sesebuah negara yang
dinyatakan dalam sebutan mata wang negara lain. Misalnya, US$1.00 sama dengan
RM3.80.
(b)	 Kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan
di pasaran. Kerajaan boleh menetapkan kadar pertukaran pada kadar yang lebih
tinggi atau lebih rendah daripada kadar pertukaran di pasaran.
JAWAPAN CADANGAN
8
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
S
3.00
3.20
4.00
S
D
D
Kuantiti Dolar US
Kadar tukaran tetap
(RM terlebih nilai)
Kadar tukaran tetap
(RM terkurang nilai)
Lebihan penawaran
Harga mata wang
USD/RM
0 Q3 Q1 Q0 Q2 Q4
Lebihan permintaan
	 	 	 Kadar pertukaran asing antara Malaysia dengan Amerika di pasaran berlaku apabila
keluk DD terhadap Dolar US sama dengan keluk SS terhadap Dolar US pada kadar
US$1 = RM3.20, pada kuantiti Dolar US berjumlah Q0
.
	 	 	 Andaikan kerajaan Malaysia campur tangan dengan menetapkan kadar pertukaran
yang pada US$1.00 = RM3.00. Oleh itu, kuantiti mata wang asing akan mengalami
lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q1
Q2
. Dalam keadaan ini, mata wang Ringgit
telah mengalami “terlebih nilai”. Untuk mempertahankan kadar pertukaran ini, kerajaan
harus menjual lebihan yang wujud, iaitu sebanyak Q1
Q2
Dolar US.
	 	 	 Sebaliknya, jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada US$1.00 = RM4.00,
maka kuantiti mata wang asing akan mengalami lebihan penawaran Dolar US sebanyak
Q3
Q4
. Dalam keadaan ini, mata wang Ringgit telah mengalami “terkurang nilai”. Untuk
mempertahankan kadar pertukaran ini, kerajaan harus membeli lebihan penawaran
yang wujud, iaitu sebanyak Q3
Q4
Dolar US.
	 3	 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat
terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM).
	 	
	
0
$0.40
$0.38
Q0
Q1
E1
E0
D0
D0
S
S D1
D1
A
Kuantiti RM
USD/RM
9
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
			 Keseimbangan kadar pertukaran asing asal berlaku apabila D0
D0
= SS di titik E0
pada kadar pertukaran RM1.00 = USD$0.40.
	 	 	 Kemelesetan ekonomi menyebabkan Amerika Syarikat mengurangkan import terhadap
barangan Malaysia. Keadaan ini menyebabkan DD terhadap RM berkurang dan keluk
permintaanterhadapRMberalihkekirikeD1
D1
.PadakadarpertukaranRM1.00=USD$0.40,
berlaku lebihan penawaran RM sebanyak AE0
. Lebihan penawaran RM menyebabkan kadar
pertukaran turun hingga mencapai keseimbangan baharu apabila D1
D1
= SS di titik E1
pada
kadar pertukaran RM1.00 = USD$0.38. Kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat
menyebabkan RM mengalami susut nilai, iaitu daripada RM1.00 = USD$0.40 kepada
RM1.00 = USD$0.38.
	 4	 Devaluasi merupakan dasar kerajaan menurunkan nilai mata wang negaranya berbanding
dengan negara lain. Misalnya, kerajaan Malaysia menurunkan nilai RM berbanding dengan
USD.
	 	 	 Apabila kerajaan menjalankan devaluasi, harga barangan Malaysia secara relatif lebih
murah berbanding dengan Amerika Syarikat. Oleh itu, permintaan terhadap barangan
Malaysia oleh rakyat Amerika Syarikat meningkat, maka eksport Malaysia ke Amerika
Syarikat meningkat. Pada masa yang sama, harga barangan Amerika Syarikat secara
relatif lebih mahal berbanding dengan Malaysia. Oleh itu, permintaan terhadap barangan
Amerika Syarikat oleh rakyat Malaysia berkurang menyebabkan import berkurang.
Peningkatan eksport dan pengurangan import barangan menyebabkan imbangan
dagangan Malaysia bertambah baik dan defisit akaun semasa semakin berkurang.
	 	 	 Dasar devaluasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia juga menggalakkan
pelancong Amerika Syarikat mengunjung ke Malaysia, tetapi mengakibatkan rakyat
Malaysia kurang melancong ke Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan imbangan
perkhidmatan Malaysia bertambah baik dan defisit akaun semasa semakin berkurang.
	 	 	 Dasar devaluasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia juga menggalakkan
perkembangan industri berorientasikan eksport dengan mengeluarkan barang eksport
untuk memenuhi permintaan dari luar negara. Pada masa yang sama, pengurangan import
menyebabkan permintaan terhadap barangan tempatan meningkat dan industri penggantian
import berkembang. Peningkatan permintaan terhadap eksport dan permintaan domestik
menyebabkan permintaan terhadap buruh dan bahan mentah meningkat. Oleh sebab
itu, peluang pekerjaan semakin meningkat menyebabkan guna tenaga meningkat dan
pengangguran berkurang.
BAHAGIAN C
	1	(a)	 Imbangan dagangan ialah perbezaan antara nilai eksport barang dengan nilai
import barang pada suatu tempoh tertentu.
Tahun Imbangan Dagangan (RM juta)
2013
2014
2015
100 910 – 92 311 = 8 599
8 193
5 877
10
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(b) Butir 2013 (RM juta) 2014 (RM juta) 2015 (RM juta)
Pengangkutan
Perjalanan
Urus niaga kerajaan
Perkhidmatan lain
	 –4 502
	657
	54
	 –1 900
	 –5 116
	906
	–10
	 –2 557
	 –6 442
	976
	18
	 –3 257
Imbangan Perkhidmatan 	 –5 691 	 –6 777 	 –8 705
Butir 2013 (RM juta) 2014 (RM juta) 2015 (RM juta)
Barangan
Perkhidmatan
Pendapatan
Pindahan bersih
	 8 599
	 –5 691
	 –7 920
	337
	 8 193
	 –6 777
	 –8 174
	409
	 5 877
	 –8 705
	 –9 036
	207
Imbangan Akaun Semasa 	 –4 675 	 –6 349 	 –11 657
(c)	 Imbangan dagangan mengalami lebihan yang semakin merosot, iaitu daripada
RM8 599 juta pada tahun 2013 kepada RM5 877 juta pada tahun 2015.
	 Imbangan perkhidmatan mengalami kurangan yang semakin meningkat, iaitu
daripada –RM5 691 juta pada tahun 2013 kepada –RM8 705 juta pada tahun 2015.
	 Imbangan akaun semasa mengalami kurangan yang semakin meningkat, iaitu
daripada –RM4 675 juta pada tahun 2013 kepada –RM11 657 juta pada tahun
2015.
(d)	 Sebab imbangan keseluruhan pada tahun 2015 semakin merosot:
	 • 
Defisit yang semakin besar dalam imbangan perkhidmatan terutamanya
pengangkutan dan perkhidmatan lain
	 •  Defisit yang semakin besar dalam pendapatan
	 •  Lebihan imbangan dagangan yang semakin menurun
	2	(a)	 Kadar pertukaran asing ialah harga seunit mata wang sesebuah negara yang dinilai
dalam mata wang negara lain.
(b)	RM mengalami susut nilai kerana semakin banyak RM diperlukan untuk
memperoleh US$100.
(c)	 (i)	 RM mengalami susut nilai menyebabkan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat
semakin meningkat daripada RM40 287 juta kepada RM53 106 juta dan import
Malaysia dari Amerika Syarikat juga meningkat daripada RM26 348 juta kepada
RM34 817 juta.
	 (ii)	Arah aliran eksport selaras dengan teori ekonomi kerana apabila RM susut
nilai, permintaan terhadap barang-barang Malaysia meningkat di Amerika
Syarikat. Oleh itu, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat.
			 Arah aliran import tidak selaras dengan teori ekonomi kerana apabila
RM susut nilai, import Malaysia dari Amerika Syarikat semakin meningkat,
sepatutnya import menurun.
11
ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2
© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
(d)	(i) Tahun Eksport bersih (RM juta)
2009
2010
2011
2012
40 287 – 26 348 = 13 939
15 408
17 734
18 289
	 (ii)	 RM mengalami susut nilai dari tahun 2009 hingga tahun 2012 menyebabkan
eksport bersih semakin meningkat. Ia selaras dengan teori ekonomi.
	3	(a)	RM mengalami susut nilai kerana semakin banyak RM diperlukan untuk
mendapatkan S$100.
(b)	RM mengalami naik nilai kerana semakin sedikit RM diperlukan untuk
mendapatkan 100 Peso.
(c)	 Eksport bersih merupakan perbezaan antara nilai eksport dengan nilai import.
(d)	 RM mengalami susut nilai dan eksport bersih Malaysia ke Singapura meningkat.
Hubungan ini selaras dengan teori ekonomi kerana susut nilai RM menyebabkan
harga barangan Malaysia secara relatif lebih murah, maka permintaan terhadap
barangan Malaysia ke Singapura meningkat (eksport meningkat). Susut nilai
RM juga menyebabkan harga barangan Singapura secara relatif lebih mahal,
maka permintaan terhadap barangan Singapura berkurang di Malaysia (import
turun). Peningkatan eksport dan penurunan import menyebabkan eksport bersih
meningkat.
(e)	 RM mengalami naik nilai dan eksport bersih Malaysia ke Filipina menurun atau
mengalami nilai negatif. Hubungan ini selaras dengan teori ekonomi kerana naik
nilai RM menyebabkan harga barangan Malaysia secara relatif lebih mahal, maka
permintaan terhadap barangan Malaysia ke Filipina berkurang (eksport menurun).
Naik nilai RM juga menyebabkan harga barangan Filipina secara relatif lebih
murah, maka permintaan terhadap barangan Filipina meningkat di Malaysia
(import meningkat). Penurunan eksport dan peningkatan import menyebabkan
eksport bersih menurun.

More Related Content

Similar to AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf

bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayarangrace anzelletha
 
Ekonomi t4 ppt k2 2018
Ekonomi t4 ppt k2 2018Ekonomi t4 ppt k2 2018
Ekonomi t4 ppt k2 2018Danum Vall
 
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...fairus84
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaSazaki Salleh
 
Ea kertas 1 latihan spm
Ea  kertas 1 latihan spmEa  kertas 1 latihan spm
Ea kertas 1 latihan spmkhairul ajmain
 
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Jeya Kumar
 
Ea kertas 2 latihan spm
Ea  kertas 2 latihan spmEa  kertas 2 latihan spm
Ea kertas 2 latihan spmkhairul ajmain
 
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perakSaravanan Manian
 
Soalan hot ekonomi 2014
Soalan hot ekonomi 2014Soalan hot ekonomi 2014
Soalan hot ekonomi 2014khairul ajmain
 
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdfEdmund75
 
8 perakaunan pendapatan negara
8  perakaunan pendapatan negara8  perakaunan pendapatan negara
8 perakaunan pendapatan negaraNur Az
 
Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Sree Suntheri
 
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptx
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptxBAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptx
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptxMUHAMMADFARISASHRAFB1
 
Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1ruzi Idris
 

Similar to AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf (16)

Pk1 makro 2013
Pk1 makro  2013Pk1 makro  2013
Pk1 makro 2013
 
Makro smkbk 2011
Makro smkbk 2011Makro smkbk 2011
Makro smkbk 2011
 
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaranbab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
bab 3 : perdagangan antarabangsa dan imbangan pembayaran
 
Ekonomi t4 ppt k2 2018
Ekonomi t4 ppt k2 2018Ekonomi t4 ppt k2 2018
Ekonomi t4 ppt k2 2018
 
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
169455617 trial-negeri-sembilan-ekonomi-asas-pra-spm-2013-set-1-k1-k2-soalan-...
 
Bab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsaBab 6 perdagangan antara bangsa
Bab 6 perdagangan antara bangsa
 
Ea kertas 1 latihan spm
Ea  kertas 1 latihan spmEa  kertas 1 latihan spm
Ea kertas 1 latihan spm
 
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
Solan kuiz (keseimbangan pendapatan negara)
 
Ea kertas 2 latihan spm
Ea  kertas 2 latihan spmEa  kertas 2 latihan spm
Ea kertas 2 latihan spm
 
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
[Ms children]ekonomi asas kertas 1, 2 percubaan spm 2012 perak
 
Soalan hot ekonomi 2014
Soalan hot ekonomi 2014Soalan hot ekonomi 2014
Soalan hot ekonomi 2014
 
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf
[AKAUN] JOH Kulai Set1 SKEMA K1&K2.pdf
 
8 perakaunan pendapatan negara
8  perakaunan pendapatan negara8  perakaunan pendapatan negara
8 perakaunan pendapatan negara
 
Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)Eco2043 macroeconomics (1)
Eco2043 macroeconomics (1)
 
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptx
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptxBAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptx
BAHAN_CERAMAH_PA_2015__ABK_Analisis_.pptx
 
Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1Ekon ppt ting 5 k1
Ekon ppt ting 5 k1
 

AA_Makroekon_P2_BankSoalan_Bab 5_2PP DONE.pdf

  • 1. 1 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 BANK SOALAN PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA BAB 5 BAHAGIAN A 1 Jadual di bawah ini menunjukkan pengeluaran perabot dan tayar oleh seorang buruh di negara X dan negara Y. Negara Perabot (unit) Tayar (unit) X Y 250 200 500 450 Penyataan yang manakah benar tentang jadual di atas? A Negara X akan mengkhusus dalam pengeluaran tayar B Jumlah pengeluaran tayar selepas pengkhususan ialah 1 000 unit C Negara Y mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran perabot dan tayar D Kadar pertukaran boleh berlaku pada kadar 1 unit perabot sama dengan 2.1 unit tayar 2 Jadual yang berikut menunjukkan imbangan pembayaran sesebuah ekonomi pada tahun 2012 dan tahun 2013. Butiran 2012 (RM juta) 2013 (RM juta) Eksport barangan Import barangan Perkhidmatan Pendapatan Pindahan semasa Akaun kewangan Kesilapan dan ketinggalan 493 110 368 789 –8 993 –21 003 –13 168 –37 101 –19 005 574 626 405 190 4 343 –18 996 –10 129 –29 110 –18 613 Penyataan yang manakah benar tentang imbangan pembayaran tersebut? A Aset rizab semakin berkurang B Imbangan perkhidmatan mengalami penurunan C Imbangan akaun semasa mencapai lebihan yang meningkat D Imbangan pembayaran mengalami defisit yang semakin meningkat
  • 2. 2 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3 Gambar rajah yang berikut menunjukkan keluk permintaan terhadap Yen Jepun (DD) dan keluk penawaran Yen Jepun (SS). RM/100 Yen Kuantiti Yen 3.85 3.78 D0 D0 D1 Q1 Q2 D1 S S Perubahan nilai 100 Yen daripada RM3.85 kepada RM3.78 berlaku kerana A pelancong Jepun kurang melancong ke Malaysia B pelaburan rakyat Malaysia di Jepun merosot C pelajar Malaysia ke Jepun untuk melanjutkan pelajaran meningkat D permintaan terhadap barang Malaysia oleh rakyat Jepun berkurang 4 Dalam gambar rajah di bawah ini, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran bagi pasaran kain dalam negeri di negara X. Harga (RM) 0 800 1200 2000 2800 10.00 15.00 Keluaran negara benar D D S S Jika harga kain di pasaran dunia ialah RM10.00 per meter dan tarif yang dikenakan oleh kerajaan ialah RM5.00 per meter, maka A import berkurang daripada 2 000 meter kepada 800 meter B penggunaan dalam negeri berkurang daripada 2 800 meter kepada 800 meter C pengeluaran dalam negeri meningkat daripada 2 000 meter kepada 2 800 meter D pengeluaran dalam negeri meningkat sebanyak 500 meter dan import berkurang sebanyak 1 200 meter 5 Yang manakah bukan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa? A Perbezaan iklim B Perbezaan teknologi C Perbezaan anugerah alam D Perbezaan kadar pertukaran asing
  • 3. 3 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 6 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran GH dan GK bagi negara R dan S masing-masing. 0 H G K Beras (unit) Getah (unit) Jika 0G = 600 unit, 0H = 300 unit dan 0K = 500 unit, berapakah kos lepas seunit getah bagi negara S? A 0.50 unit beras B 0.83 unit beras C 1.20 unit beras D 2.00 unit beras 7 Yang manakah syarat kejayaan dasar perlindungan melalui tarif? A Permintaan terhadap barang import adalah anjal B Negara berkenaan telah mencapai guna tenaga penuh C Rakan dagang tidak mengenakan tarif pada masa yang sama D Kedua-dua negara yang berdagang perlu menikmati faedah berbanding 8 Keluk permintaan terhadap Dolar Amerika Syarikat beralih ke kiri disebabkan A kesan inflasi yang wujud di Amerika Syarikat B kenaikan tingkat harga bagi barangan yang dieksport ke Amerika Syarikat C peningkatan jumlah import barangan oleh penduduk Malaysia dari Amerika Syarikat D peningkatan cita rasa penduduk Malaysia terhadap barangan yang diimport dari Amerika Syarikat 9 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan keluk permintaan terhadap Pound Sterling (£) oleh rakyat Malaysia. RM/£ Kuantiti Pound Sterling D1 D1 D0 D0 0
  • 4. 4 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 Keluk permintaan terhadap Pound Sterling beralih dari D0 D0 ke D1 D1 kerana A nilai mata wang Pound Sterling mengalami susut nilai B semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke United Kingdom C eksport barang Malaysia semakin berkurang ke United Kingdom D pembayaran pendapatan pelaburan semakin berkurang ke United Kingdom 10 Jadual di bawah ini menunjukkan data imbangan pembayaran sebuah negara. Butiran RM juta Eksport barang Import barang Eksport perkhidmatan Import perkhidmatan Pindahan bersih Pendapatan 20 15 6 8 –3 5 Berapakah imbangan akaun semasa? A RM3 juta B RM5 juta C RM31 juta D RM51 juta 11 Defisit imbangan pembayaran Malaysia akan menyebabkan A import Malaysia menurun B nilai Ringgit Malaysia meningkat C rizab antarabangsa Malaysia menurun D aliran keluar mata wang Malaysia berkurang BAHAGIAN B 1 Terangkan lima alat kawalan import yang boleh digunakan untuk mengurangkan defisit dalam imbangan pembayaran sesebuah negara. [10] 2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertukaran asing?[2] (b) Bagaimanakah kadar pertukaran tetap ditentukan di pasaran? [8] 3 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM). [10] 4 Terangkan bagaimana devaluasi dapat membaiki defisit akaun semasa dan masalah pengangguran di Malaysia. [10]
  • 5. 5 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 BAHAGIAN C 1 Jadual di bawah menunjukkan data imbangan pembayaran Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2015 (RM juta). Tahun Butiran 2013 2014 2015 Eksport Import Pengangkutan Perjalanan Urus niaga kerajaan Perkhidmatan lain Pendapatan Pindahan (bersih) Akaun kewangan Kesilapan dan ketinggalan Imbangan keseluruhan 100 910 92 311 –4 502 657 54 –1 900 –7 920 337 10 328 –877 16 744 118 366 110 173 –5 116 906 –10 –2 557 –8 174 409 14 415 7 242 29 239 144 607 138 730 –6 442 976 18 –3 257 –9 036 207 20 923 –5 000 5 266 (a) Apakah maksud imbangan dagangan? Hitung imbangan dagangan dari tahun 2013 hingga tahun 2015. [3] (b) Hitung imbangan perkhidmatan dan imbangan akaun semasa dari tahun 2013 hingga tahun 2015. [3] (c) Terangkan arah aliran imbangan dagangan, imbangan perkhidmatan, dan imbangan akaun semasa dari tahun 2013 hingga tahun 2015. [3] (d) Mengapakah imbangan keseluruhan pada tahun 2015 semakin merosot? [1] 2 Jadual di bawah ini menunjukkan kadar pertukaran asing, eksport dan import antara Malaysia dengan Amerika Syarikat dari tahun 2009 hingga tahun 2012. Tahun Kadar pertukaran asing bagi US$100 Eksport (RM juta) Import (RM juta) 2009 2010 2011 2012 319.90 327.18 330.06 334.45 40 287 44 352 48 672 53 106 26 348 28 944 30 938 34 817 (a) Apakah maksud kadar pertukaran asing?[1] (b) Adakah Ringgit Malaysia mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat? Terangkan. [2] (c) (i) Huraikan kesan perubahan kadar pertukaran asing tersebut terhadap arah aliran eksport dan import Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2012. [2] (ii) Adakah arah aliran eksport dan import tersebut selaras dengan teori ekonomi? [2] (d) (i) Hitung eksport bersih Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2012. [2] (ii) Adakah kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap eksport bersih selaras dengan teori ekonomi? [1]
  • 6. 6 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3 Jadual di bawah ini menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) terhadap 100 unit Dolar Singapura dan Peso Filipina serta eksport bersih Malaysia ke Singapura dan Filipina dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Tahun Dolar Singapura (100 unit) Peso Filipina (100 unit) Eksport bersih Malaysia (RM) Ke Singapura Ke Filipina 2010 2011 2012 2013 216.86 218.87 223.42 232.58 7.36 7.15 6.84 6.77 21 291 24 284 25 503 27 699 –2 095 –4 794 –6 376 –3 348 (a) Adakah RM mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Dolar Singapura? Mengapa? [2] (b) Adakah RM mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Peso Filipina? Mengapa?[2] (c) Apakah maksud eksport bersih?[1] (d) Jelaskan hubungan antara kadar pertukaran RM dengan Dolar Singapura terhadap eksport bersih. Adakah hubungan tersebut selaras dengan teori ekonomi? [3] (e) Jelaskan hubungan antara kadar pertukaran RM dengan Peso Filipina terhadap eksport bersih. Adakah hubungan tersebut selaras dengan teori ekonomi? [2]
  • 7. 7 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 BAHAGIAN A 1 D 2 C 3 B 4 A 5 D 6 A 7 A 8 A 9 D 10 B 11 C Jalan pengiraan 10 Imbangan akaun semasa = (20 – 15) + (6 – 8) + (–3) + 5 = 5 – 2 – 3 + 5 = RM5 juta BAHAGIAN B 1 Alat kawalan import yang boleh digunakan untuk mengurangkan defisit dalam imbangan pembayaran sesebuah negara termasuklah tarif, kuota, embargo, devaluasi, dan kawalan pertukaran mata wang asing. Tarif, iaitu cukai ke atas barang import. Apabila tarif dikenakan, harga barang import akan meningkat. Oleh itu, permintaan terhadap barang import berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang. Kuota, iaitu mengehadkan kuantiti barang yang diimport. Tindakan ini akan menyebabkan nilai import berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang. Embargo, iaitu kerajaan melarang 100% import. Misalnya, Malaysia melaksanakan embargo terhadap semua barangan dari negara Israel. Oleh itu, import ke Malaysia akan berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang. Devaluasi, iaitu bank pusat menurunkan nilai mata wang negara. Penurunan nilai mata wang menyebabkan harga barangan import menjadi relatif lebih mahal. Oleh itu, import akan berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang. Kawalan pertukaran mata wang asing, iaitu kerajaan mengehadkan pertukaran mata wang untuk tujuan import. Oleh itu, import akan berkurang. Kesannya, eksport bersih meningkat dan defisit imbangan pembayaran berkurang. 2 (a) Kadar pertukaran asing menunjukkan harga mata wang sesebuah negara yang dinyatakan dalam sebutan mata wang negara lain. Misalnya, US$1.00 sama dengan RM3.80. (b) Kadar pertukaran tetap ialah kadar pertukaran yang ditentukan oleh kerajaan di pasaran. Kerajaan boleh menetapkan kadar pertukaran pada kadar yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada kadar pertukaran di pasaran. JAWAPAN CADANGAN
  • 8. 8 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 S 3.00 3.20 4.00 S D D Kuantiti Dolar US Kadar tukaran tetap (RM terlebih nilai) Kadar tukaran tetap (RM terkurang nilai) Lebihan penawaran Harga mata wang USD/RM 0 Q3 Q1 Q0 Q2 Q4 Lebihan permintaan Kadar pertukaran asing antara Malaysia dengan Amerika di pasaran berlaku apabila keluk DD terhadap Dolar US sama dengan keluk SS terhadap Dolar US pada kadar US$1 = RM3.20, pada kuantiti Dolar US berjumlah Q0 . Andaikan kerajaan Malaysia campur tangan dengan menetapkan kadar pertukaran yang pada US$1.00 = RM3.00. Oleh itu, kuantiti mata wang asing akan mengalami lebihan permintaan Dolar US sebanyak Q1 Q2 . Dalam keadaan ini, mata wang Ringgit telah mengalami “terlebih nilai”. Untuk mempertahankan kadar pertukaran ini, kerajaan harus menjual lebihan yang wujud, iaitu sebanyak Q1 Q2 Dolar US. Sebaliknya, jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran pada US$1.00 = RM4.00, maka kuantiti mata wang asing akan mengalami lebihan penawaran Dolar US sebanyak Q3 Q4 . Dalam keadaan ini, mata wang Ringgit telah mengalami “terkurang nilai”. Untuk mempertahankan kadar pertukaran ini, kerajaan harus membeli lebihan penawaran yang wujud, iaitu sebanyak Q3 Q4 Dolar US. 3 Gambar rajah di bawah ini menunjukkan kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM). 0 $0.40 $0.38 Q0 Q1 E1 E0 D0 D0 S S D1 D1 A Kuantiti RM USD/RM
  • 9. 9 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 Keseimbangan kadar pertukaran asing asal berlaku apabila D0 D0 = SS di titik E0 pada kadar pertukaran RM1.00 = USD$0.40. Kemelesetan ekonomi menyebabkan Amerika Syarikat mengurangkan import terhadap barangan Malaysia. Keadaan ini menyebabkan DD terhadap RM berkurang dan keluk permintaanterhadapRMberalihkekirikeD1 D1 .PadakadarpertukaranRM1.00=USD$0.40, berlaku lebihan penawaran RM sebanyak AE0 . Lebihan penawaran RM menyebabkan kadar pertukaran turun hingga mencapai keseimbangan baharu apabila D1 D1 = SS di titik E1 pada kadar pertukaran RM1.00 = USD$0.38. Kesan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat menyebabkan RM mengalami susut nilai, iaitu daripada RM1.00 = USD$0.40 kepada RM1.00 = USD$0.38. 4 Devaluasi merupakan dasar kerajaan menurunkan nilai mata wang negaranya berbanding dengan negara lain. Misalnya, kerajaan Malaysia menurunkan nilai RM berbanding dengan USD. Apabila kerajaan menjalankan devaluasi, harga barangan Malaysia secara relatif lebih murah berbanding dengan Amerika Syarikat. Oleh itu, permintaan terhadap barangan Malaysia oleh rakyat Amerika Syarikat meningkat, maka eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat. Pada masa yang sama, harga barangan Amerika Syarikat secara relatif lebih mahal berbanding dengan Malaysia. Oleh itu, permintaan terhadap barangan Amerika Syarikat oleh rakyat Malaysia berkurang menyebabkan import berkurang. Peningkatan eksport dan pengurangan import barangan menyebabkan imbangan dagangan Malaysia bertambah baik dan defisit akaun semasa semakin berkurang. Dasar devaluasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia juga menggalakkan pelancong Amerika Syarikat mengunjung ke Malaysia, tetapi mengakibatkan rakyat Malaysia kurang melancong ke Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan imbangan perkhidmatan Malaysia bertambah baik dan defisit akaun semasa semakin berkurang. Dasar devaluasi yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia juga menggalakkan perkembangan industri berorientasikan eksport dengan mengeluarkan barang eksport untuk memenuhi permintaan dari luar negara. Pada masa yang sama, pengurangan import menyebabkan permintaan terhadap barangan tempatan meningkat dan industri penggantian import berkembang. Peningkatan permintaan terhadap eksport dan permintaan domestik menyebabkan permintaan terhadap buruh dan bahan mentah meningkat. Oleh sebab itu, peluang pekerjaan semakin meningkat menyebabkan guna tenaga meningkat dan pengangguran berkurang. BAHAGIAN C 1 (a) Imbangan dagangan ialah perbezaan antara nilai eksport barang dengan nilai import barang pada suatu tempoh tertentu. Tahun Imbangan Dagangan (RM juta) 2013 2014 2015 100 910 – 92 311 = 8 599 8 193 5 877
  • 10. 10 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 (b) Butir 2013 (RM juta) 2014 (RM juta) 2015 (RM juta) Pengangkutan Perjalanan Urus niaga kerajaan Perkhidmatan lain –4 502 657 54 –1 900 –5 116 906 –10 –2 557 –6 442 976 18 –3 257 Imbangan Perkhidmatan –5 691 –6 777 –8 705 Butir 2013 (RM juta) 2014 (RM juta) 2015 (RM juta) Barangan Perkhidmatan Pendapatan Pindahan bersih 8 599 –5 691 –7 920 337 8 193 –6 777 –8 174 409 5 877 –8 705 –9 036 207 Imbangan Akaun Semasa –4 675 –6 349 –11 657 (c) Imbangan dagangan mengalami lebihan yang semakin merosot, iaitu daripada RM8 599 juta pada tahun 2013 kepada RM5 877 juta pada tahun 2015. Imbangan perkhidmatan mengalami kurangan yang semakin meningkat, iaitu daripada –RM5 691 juta pada tahun 2013 kepada –RM8 705 juta pada tahun 2015. Imbangan akaun semasa mengalami kurangan yang semakin meningkat, iaitu daripada –RM4 675 juta pada tahun 2013 kepada –RM11 657 juta pada tahun 2015. (d) Sebab imbangan keseluruhan pada tahun 2015 semakin merosot: •  Defisit yang semakin besar dalam imbangan perkhidmatan terutamanya pengangkutan dan perkhidmatan lain •  Defisit yang semakin besar dalam pendapatan •  Lebihan imbangan dagangan yang semakin menurun 2 (a) Kadar pertukaran asing ialah harga seunit mata wang sesebuah negara yang dinilai dalam mata wang negara lain. (b) RM mengalami susut nilai kerana semakin banyak RM diperlukan untuk memperoleh US$100. (c) (i) RM mengalami susut nilai menyebabkan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat semakin meningkat daripada RM40 287 juta kepada RM53 106 juta dan import Malaysia dari Amerika Syarikat juga meningkat daripada RM26 348 juta kepada RM34 817 juta. (ii) Arah aliran eksport selaras dengan teori ekonomi kerana apabila RM susut nilai, permintaan terhadap barang-barang Malaysia meningkat di Amerika Syarikat. Oleh itu, eksport Malaysia ke Amerika Syarikat meningkat. Arah aliran import tidak selaras dengan teori ekonomi kerana apabila RM susut nilai, import Malaysia dari Amerika Syarikat semakin meningkat, sepatutnya import menurun.
  • 11. 11 ACE AHEAD Makroekonomi Semester 2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 (d) (i) Tahun Eksport bersih (RM juta) 2009 2010 2011 2012 40 287 – 26 348 = 13 939 15 408 17 734 18 289 (ii) RM mengalami susut nilai dari tahun 2009 hingga tahun 2012 menyebabkan eksport bersih semakin meningkat. Ia selaras dengan teori ekonomi. 3 (a) RM mengalami susut nilai kerana semakin banyak RM diperlukan untuk mendapatkan S$100. (b) RM mengalami naik nilai kerana semakin sedikit RM diperlukan untuk mendapatkan 100 Peso. (c) Eksport bersih merupakan perbezaan antara nilai eksport dengan nilai import. (d) RM mengalami susut nilai dan eksport bersih Malaysia ke Singapura meningkat. Hubungan ini selaras dengan teori ekonomi kerana susut nilai RM menyebabkan harga barangan Malaysia secara relatif lebih murah, maka permintaan terhadap barangan Malaysia ke Singapura meningkat (eksport meningkat). Susut nilai RM juga menyebabkan harga barangan Singapura secara relatif lebih mahal, maka permintaan terhadap barangan Singapura berkurang di Malaysia (import turun). Peningkatan eksport dan penurunan import menyebabkan eksport bersih meningkat. (e) RM mengalami naik nilai dan eksport bersih Malaysia ke Filipina menurun atau mengalami nilai negatif. Hubungan ini selaras dengan teori ekonomi kerana naik nilai RM menyebabkan harga barangan Malaysia secara relatif lebih mahal, maka permintaan terhadap barangan Malaysia ke Filipina berkurang (eksport menurun). Naik nilai RM juga menyebabkan harga barangan Filipina secara relatif lebih murah, maka permintaan terhadap barangan Filipina meningkat di Malaysia (import meningkat). Penurunan eksport dan peningkatan import menyebabkan eksport bersih menurun.