SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
MAPPiCXS: BAB 2
_________________________
SIFAT-SIFAT SEORANG
GENIUS
SHAYA’A OTHAMN
Felo Academik/Pengarah Urusan
Pusat Kecemerlangan Global
KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KEDAH
MAPPICXS 2
BAB 2
SIFAT-SIFAT SEORANG
GENIUS
Jika anda tidak dilahirkan sebagai seorang genius, pasti anda
boleh menjadi seorang genius dengan memiliki sifat-sifat
seorang genius.
______________________________________________
Anda mungkin tidak dilahirkan sebagai seorang genius, tetapi
tidak mustahil bagi anda memiliki sifat-sifat yang ada oleh
seorang genius. Anda boleh mengamalkan kesemua atau
sebahagian daripada sifat-sifat yang ada pada seorang genius.
Sebagai contohnya seorang genius mempunyai sifat
menggubal visi [vision] dalam hidupnya. Tidaklah susah bagi
anda mengamalkan sifat seumpama ini. Satu contoh lagi
seorang genius mempunyai sifat mengurus [managing] dalam
semua perkara yang dilakukan. Sifat ini juga boleh anda
amalkan dalam hidup anda seharian.
Sifat - sifat yang penting yang ada kaitannya dengan
MAPPiCXS adalah termasuk sifat Visi [Vision], kebolehan
minda [ Mental literacy], Bayangan [Imagination], dan sifat
Mencipta/Fleksibel [Creativity/Flexibility].
MAPPICXS 3
SENARAI SIFAT-SIFAT SEORANG
GENIUS
Antara sifat-sifat penting yang ada pada seseorang genius
meleputi 20 sifat-sifat sepertimana yang disenaraikan seperti
berikut:
1. Beriman Kepada Allah [Faith to God]
2. Mempunyi Visi Yang Jelas
3. Mempunyai keinginan melakukan perkara yang baik.
[Desire]
4. Kebolehan Mengurus [Managing]
5. Komitmen [Commitment]
6. Ketekunan [Persistent]
7. Belajar Dari Kesilapan [Learning from Mistakes]
8. Cinta Pada Belajar [Love to Learn]
9. Kebolehan Minda [Mental Literacy]
10. Gambaran [Visualization]
11. Fikiran Positif [Postive Attitute]
12. Auto-Cadangan Postif [Postive Auto-Suggestion]
13. Bisikan Hati [Intution]
14. Dalam Kumpulan Intelektual [Intellectual Group]
15. Role-Model Dalam Minda [Role-Model in Mind)
16. Amanah [Honesty]
17. Keberanian [Courage]
18. Kreatif [Creative]
19. Cinta pada Tugas [ Love to Task]
20. Sentiasa Bertenaga [Energetic]
MAPPICXS 4
Dua puluh sifat-sifat yang disenaraikan di atas boleh
dirumuskan dengen bentuk MAPPiCXS seperti dapat dilihat
di Carta 2.1 berikutnya.
Carta 2.1 : Sifat-Sifat Seorang Genius
MAPPICXS 5
1. BERIMAN KEPADA ALLAH
Mungkin ramai daripada anda yang tidak menyangka bahawa
sifat seumpama ini ada pada genius. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah kepercayaan kepada diri sendiri dan bertawakal
kepada Allah. Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi ianya
memberi kefahaman IMAN, kepercayaan kepada Allah atau
dengan kata lain “insyAllah” – bermaksud bahawa, dengan
penuh kepercayaan segala usaha yang diusahakan pasti atau
insyAllah akan berjaya.
Al-Quran, Surah 22, :Ayat 5; Allah s.w.t. Berfirman :
Maksudnya : “Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin
orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus”
Mengenai sebab manusia dicipta, Allah s.w.t Berfirman dalam
Al-Quran, Surah: 51, Ayat 56 :
Maksudnya: “ Dan Aku jadikan manusia dan jin melainkan
untuk menyembah Aku”
MAPPICXS 6
Sebagai contohnya, seorang genius seperti Alhazen,
merupakan seorang ahli sains pertama di dunia yang
membahaskan tentang visi yang berlaku di otak, bukan di
mata, mempunyai keimanan dan kepercayaan kepada Allah
yang amat teguh.
Dalam hal ini sifat keimanan perlu ada pada anda bagi
melengkapkan diri anda ke arah mewujudkan diri anda
mempunyai sifat-sifat genius. Ini tidak mustahil dilakukan.
Dengan adanya IMAN yang teguh pada diri anda,
kepercayaan pada diri anda sendiri untuk membuat sesuatu
dengan jayanya, kejayaan akan tercapai dengan bantuan Allah
SWT.
2. VISI
Genius mempunyai visi dan matlamat utama dalam hidup
mereka [vision of their life’s chief goal]. Genius menggubal
dengan jelas dan terperinci gambar dalaman apa yang mereka
MAPPICXS 7
ingin capai, bagaimana mereka akan melakukannya, dan
kejayaan yang ingin mereka perolehi.
Jika anda ingin melahirkan sifat genius ini, anda perlu
meneliti nilai utama yang ada pada diri anda, tujuan
hidup anda, dan seterusnya menggubal cita-cita anda dan
berusaha ke arah merealisasikannya.
Contohnya seorang pelajar perlu mempunyai visi seperti
berikut:
Visi :
Menjadi Seorang Doktor Pakar Terkenal Di Dunia Yang
Sentiasa Beriman Kepada Allah.
Matlamat :
1. Mendapat Keputusan Cemerlang - 11 A1
2. Mendapat Keputusan Cemerlang - 4 pointers
dalam keputusan Universiti
3. Mendapat Anugerah Cemerlang Dalam Pekerjaan
4. Mengamalkan Rukun Islam Yang Lima
Pakar bidang sains kejayaan mendapati bahawa otak anda
adalah merupakan organisma [organism] yang mencari-
matlamat [goal-seeking]. Apa sahaja matlamat [goal] yang
anda berikan pada minda anda, ianya akan berkerja malam
dan siang ke arah mencapainya.
Anda perlu ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib
anda sehingga anda sendiri berusaha mengubahnya.
MAPPICXS 8
Sepertimana Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah 13,
Ayat 11:
3. BERKEINGINAN
Berkeinginan atau desire merupakan sifat yang penting dan di
beri penekanan istemewa oleh penulis Jack M. Zufelt (2002),
dalam bukunya bertajuk The DNA of Success. Kuatnya
keinginan yang ada pada mereka yang cemerlang, mereka
tidak akan memberi peluang apa sahaja yang cuba
menghalang mereka mencapai matlamat mereka.
Sebagai contoh pereka pertama mentol cahaya lampu [light
bulb], iaitu Thomas Edison, mempunyai komitmen yang
sungguh kuat untuk mereka cipta mentol cahaya ini.
MAPPICXS 9
Kesimpulannya genius mempunyai perasaan keinginan yang
sentiasa menyala untuk berusaha mencapai matlamat mereka.
Cuba anda fikirkan apa yang akan anda capai sekiranya anda
mempunyai KEINGINAN tahap seumpama ini dalam hidup
anda?
Bangunkanlah atau wujudkan sifat genius ini dalam hidup
anda supaya ianya sentiasa menyalakan kecenderungan dan
kemahuan anda. Wujudkan satu momentum sebagai tulang
belakang keinginan anda.
Apa sahaja cita-cita atau matlamat yang ingin anda capai
semuanya kerana Allah SWT. Anda jangan lupa apa yang
anda perakukan tidak kurang dari 5 kali sehari dalam
sembahyang seharian anda membaca doa berikut seperti
dinyatakan dalam Al-Quran Surah 6, Ayat 162:
Bermaksud:
“Sembahyangku, pengorbananku, hidupku, matiku, adalah
semuanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam”
Di samping itu apa yang kita lakukan hendaklah kita
bertawakal kepada Allah SAW, dan Allah SWT berfirman
dalam Al-Quran Sura17, Ayat 19:
MAPPICXS 10
Maksudnya: “Allah cinta kepada sesiapa yang bertawakal
kepadaNya”
4. MENGURUS
Genius merancang segala yang dilakukan dalam hidupnya. Ini
adalah satu sifat yang penting yang ada pada para genius.
Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
terserlah untuk mengurus kehidupan mereka. Genius boleh
membuat perancangan jangka-pendek [short-term planning]
dan perancangan jangka-panjang [long-term planning].
Mereka pandai menyusun [organizing] sumber yang ada pada
mereka - tenaga, masa dan kewangan. Mereka pandai
memimpin (leading) diri mereka sendiri, dan mereka sentiasa
mengawal (controlling) diri mereka supaya dapat maju ke
hadapan sepertimana yang dirancangkan.
Dalam mengurus diri mereka (Merancang, Menyusun,
Memimpin, dan Mengawal], mereka tidak lupa berfikir
supaya apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan
kehendak Allah SWT. Bolehkah anda mempunyai sifat
seumpama ini?.
MAPPICXS 11
Pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus adalah tidak
susah dipelajari. Cuba anda teliti Proses Pengurusan yang
diamalkan oleh para genius dalam bentuk MAPPiCXS
berikut:
Carta 2. 2 MAPPiXCS: Proses Pengurusan
Quran 6:50
Apakah tidak kamu berfikir
MAPPICXS 12
5. KOMITMEN
Genius mempunyai sifat komitmen yang tinggi. Seorang
genius melahirkan satu ketetapan atau keputusan yang kukuh
untuk bertindak mengikut VISI, KEINGINAN dan
KEPERCAYAAN mereka, sepertimana yang telah
diperjelaskan terdahulu. Dalam hal ini genius kebiasaannya
mendedahkan kepada umum di atas hasrat mereka. Ini dengan
sendirinya akan menjadi satu tekenan kepada mereka untuk
melaksanakan hasrat mereka dengan penuh komitmen.
Anda boleh melakukan seumpama yang dilakukan oleh para
genius, dengan mengumumkan kepada orang lain matlamat
[goal] anda. Keadaan seumpama ini akan mewujudkan satu
tekanan tambahan [extra - pressure] kepada anda supaya lebih
komited untuk menjayakan apa yang anda inginkan.
MAPPICXS 13
6. KETEKUNAN [PERSISTENT]
Sifat ketekunan dalam membuat sesuatu usaha adalah satu
sifat yang pasti ada pada para genius. Banyak perkara
yang mereka inginkan, dan mereka tidak mempunyai sifat
membuang masa. Mereka sentiasa berusaha dengan penuh
bertenaga, seolah-olah mereka melekat-kepada- tugas
[stick-to-the action].
Anda semua boleh bersifat begini. Jika anda sentiasa
berusaha lebih dari yang biasa, anda mungkin terperanjat
bahawa anda akan mendapati anda mempunyai sifat
KETEKUNAN. Bolehlah anda katakan bahawa sifat
ketekunan yang ada pada para genius bermaksud sebagai
penumpuan-dalam-perbuatan [concentration-in-action]
kepada apa sahaja usaha yang akan anda lakukan.
Sifat Ketekunan Belajar Mahasiswi INSANIAH : Sifat Genius.
Sifat ketekunan adalah satu sifat yang penting, dan sifat
ini adalah sifat yang mulia dan suruhan Allah SWT
MAPPICXS 14
sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah
AdzDzariyaat. Ayat 55
Bermaksud “Dan tetap tekunlah engkau memberi
peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang
beriman.”
KETEKUNAN bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran
bahakan apa bentuk kerja yang kita buat.
Mahasiswa antarabangsa INSANIAH, mendengar
taklimat supaya tekun membuat kerja amal.
MAPPICXS 15
7. BELAJAR DARI KESILAPAN
Semua manusia termasuk para genius pasti akan mengalami
kesilapan dalam hidup mereka, walaupun perancangan telah
dibuat dengan terperinci.
Para genius menjadikan segala kesilapan atau kegagalan yang
mereka alami atau tempuhi, sebagai satu peluang untuk
mereka memperbaiki usaha mereka untuk menuju kejayaan
yang lebih besar lagi.
Sifat ini perlu anda hayati. Kegagalan adalah merupakan
satu jalan menuju kejayaan yang lebih besar lagi.
Kebanyakan daripada anda berputus asa tatkala menempuh
kegagalan atau kesusahan. Sifat negatif ini perlu anda
kikiskan daripada diri anda.
Sifat ini selaras dengan firman Allah, [Tuhan sekalian alam,]
di dalam Andab Suci Al-Quran dalam Surah 94, Ayat 5 dan
diulangi lagi pada Ayat 6:
Bermaksud: Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya.
Setiap kesusahan itu pasti ada kesenanganya.
8 CINTA PADA BELAJAR
MAPPICXS 16
Para genius mempunyai sifat cinta pada belajar [love to
learn], untuk sentiasa menambahkan ilmu mereka. Para
genius sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan baik dalam
bidang yang khusus, mahupun dalam bidang ilmu dunia yang
luas. Maka tidak membuang masa dalam membaca buku yang
tidak memberi faedah seperti buku-buku khayalan [fiction
books].
Contohnya ialah genius yang terkenal di dunia seperti Ibnu
Sina, bapa kepada ilmu perubatan moden iaitu seorang ahli
sains Islam yang dikenali di kalangan ahli sains barat dengan
nama Avicenna [Abu Ali ai-Hasan ibn Abdullah ibn Sina],
adalah merupakan pengasas pertama menerangkan berbagai
sudut neuropsychiatric, termasuk hallucination, insomnia,
mania, nightmare, melancholia, dementia, epilepsy, par ilmu
selain daripada ilmu perubatan. alysis, stroke, vertigo dan
tremor. Beliau mengawasi berbagai bidang
MAPPICXS 17
Rasulullah SAW. mengatakan: Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid
1. Hadis Nombor 0223
'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka
Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga.
Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana
senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya
orang yang mencari ilmu akan dimintakan keampunan oleh
orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di
air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid -
tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan
terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim
adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu
tidak mewariskan dinar dan dirham, bahawasanya mereka itu
mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya
maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna."
9. KEBOLEHAN MINDA [MENTAL
LITERACY]
Adalah satu sifat para genius mengetahui fungsi otak mereka.
Mereka mengambil berat untuk mengetahui bagaimana otak
berfungsi atau berfikir. Dengan pengetahun ini mereka boleh
menggunakan otak mereka ke tahap yang maksima.
Para genius seperti Alhasan, iatu insan pertama di dunia
mengkaji fungsi otak, dan menemui bahawa otak yang berfikir
bukan hati.
MAPPICXS 18
Pada abad ke 10 seorang genius Muslim bernama Najab ud-din
Muhammad, buat pertama kalinya menerangkan secara terperinci
mengenai beberapa masalah “neurological disorders” , termasuk
agitated depression, neurosis, priapism, impotence, psychosis dan
mania.
Pada abad yang sama juga seorang lagi genius Muslim
bernama Haly Abbas menerangkan mengenai neuroanatomy,
neurobiology dan neurophysiology dalam otak. Beliau
merupakan manusia pertama yang menerangkan mengenai
neurological disorders, termasuk sleeping sickness, memory
MAPPICXS 19
loss, hypochondriasis, coma, hot and cold meningitis, vertigo
epilepsy, love sickness,
Otak manusia terbahagi kepada 3 komponen [Cereberum,
Cerebellum dan Brain Stem] dan 2 bahagian – otak kiri dan
otak kanan. Setiap komponan dan kedua-dua bahagian
masing-masing mempunyai fungsi berlainan.
Fungsi otak ini akan diperjelaskan dengan terperinci pada
Bab- Bab berikutnya. Anda perlu mengetahui fungsi otak anda
sekiranya anda ingin mengamalkan sifat para genius, yang
sentiasa memberi keutamaan mengetahui fungsi otak.
MAPPICXS 20
10.GAMBARAN [VISUALIZTION]
Seorang ahli sains Albert Einstein [Pemenanang Hadiah
Nobal Karia physic] , menulis “Imagination is everything. It is
the preview of life’s coming attraction” Sifat mewujudkan
GAMBARAN yang ingin mereka capaikan adalah satu sifat
yang ada pada para genius.
Gambaran atau visualization adalah merupakan satu
perbuatan mengolah atau membentuk gambaran dalam minda
anda, kepada apa yang anda ingin capaikan. Gambaran
bolehlah dikatakan satu teknik kejayaan [sucess tool] yang
kurang digunakan oleh anda semua. Sifat ini perlu dijadikan
satu sifat anda seharian.
MAPPICXS 21
Contohnya, sebagai pelajar anda menetapkan matlamat anda
untuk mendapat markah A1 dalam semua mata pelajaran. Apa
yang anda perlu buat ialah menggambarkan atau visualize
dalam minda anda bahawa sijil keputusan yang akan anda
terima tercatat A1 dalam semua mata pelajaran anda. Begitu
juga anda gambarkan anda naik ke pentas untuk menerima
Sijil Anugerah Cemerlang dari Pengetua Sekolah anda, atau
dari Rektor Universiti anda.
MAPPICXS 22
11.FIKIRAN POSITIF
Berfikiran positif adalah merupakan sifat para genius.
Mengapa genius mempunyai fikiran positif?. Anda semua
tahu jawapannya. Contohnya jika sekiranya anda mempunyai
sifat fikiran negatif, apa yang ingin anda lakukan semuanya
tidak akan berjaya. Pemikiran “Saya tidak boleh” perlu tidak
ada dalam minda anda. Sebaliknya anda sentiasa mempunyai
pemikiran positif “Saya boleh, insyAllah”.
Daripada kajian yang dibuat, ahli pengkaji otak terkini
menemui bahawa percakapan positif [positive self-talk] dan
gambaran positif [positive visualization] digabungkan dengan
latihan dan tunjuk ajar, seseorang itu boleh belajar membuat
sesuatu, tidak kira apa sahaja
MAPPICXS 23
12.AUTO-CADANGAN [AUTO-SUGGESTION]
Kebanyakan anda mengeluarkan 90% percakapan pada diri
anda [self-talked] yang negatif dan mengalah-diri [self-
defeating]. Berlainan dengan para genius yang mana 90%
daripada percakapan pada diri mereka [self-talk] adalah positif
dan membina [supportive].
Anda boleh melatih diri anda dengan sentiasa bercakap pada
diri anda secara poistif dan membina seperti para genius.
Contohnya cakap pada diri anda sendiri dan tidak
mempedulikan apa rakan anda berkata pada anda:
“SAYA ADALAH SEORANG GENIUS!”
“SAYA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT SEORANG
GENIUS!”
“I am a genius! I have all the characteristics of a genius!”
MAPPICXS 24
13.BISIKAN HATI
Sifat ini sukar difahami. Walau bagaimanapun sifat ini
merupakan satu sifat di mana otak anda menghasilkan satu
pemikiran halus [gerak hati] berdasarkan pengalaman dan
ilmu yang tersimpan. Boleh juga dikatakan bahawa bisikan
hati atau gerak hati merupakan satu ilham [wisdom] yang
dikurniakan oleh Allah pada anda. Ilham yang terbit adalah
berpandukan kepada ilmu dan pengalaman yang dialami
dalam perjalanan hidup seseorang.
Anda boleh mempunyai gerak hati yang positif, sekiranya
otak anda sentiasa dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman.
Anda tidak membuang masa dengan membaca buku-buku
yang tidak mendatangkan faedah [fiction books], membuat
sesuatu yang juga tidak mendatangkan faedah seperti berfoya-
foya, berkhayal dan bercakap kosong di facebook.
MAPPICXS 25
14.BERSAHABAT DENGAN KUMPULAN
TINGGI MINDA
Adalah didapati bahawa para genius mempunyai penasihat-
penasihat, pemimpin-pemimpin, dan kawan-kawan sekeliling
mereka, untuk mendapat nasihat dan menolong mereka
berusaha ke arah mencapai cita-cita mereka. Ini bermakna
bahawa para genius dikelilingi oleh mereka yang mempunyai
minda tinggi [great minds].
Anda boleh mengikuti sifat para genius seumpama ini. Anda
boleh berkawan dengan kumpulan orang yang berilmu, dan
pintar. Program kumpulan usrah bagi pensyarah-pensyarah di
INSANIAH, yang diwujudkan oleh pihak pengurusan adalah
satu contoh minda kumpulan [group mastermind –reality].
Kumpulan Mutu Kerja [KMK] dan Kumpulan Mutu
Pengurusan [KMP], yang biasa diamalkan oleh syarikat-
syarikat pengeluaran atau pembuatan, adalah contoh
seumpama ini.
Sebagai seorang pelajar pula, anda juga boleh mewujudkan
kumpulan seperti seperti ini. Contohnya ialah study group,
atau kumpulan usrah dan sebagainya.
MAPPICXS 26
Di samping itu juga kita perlu berdamping dengan golongan
yang tinggi mindanya. Contohnya jika anda seorang penuntut
anda perlu berdamping rapat dengan pensyarah-pensyarah
anda. Anda perlu sering berjumpa untuk mendapatkan
penerangan atau penjelasan walaupun luar dari bilik
kulliyyah.
Gambar: Profesor dan Pakar-Pakar dari University
aAzahar yang di pinjamkan kepada INSANIAH
Jika anda seorang pengurus di syarikat mahupun anda seorang
awam biasa, anda tidak terhalang untuk mendampingi mereka
yang tinggi mindanya.
Anda boleh menghubungi pusat pengajian tinggi seperti
INSANIAH untuk mendapatkan khidmatkan nasihat, atau
bekerjasama menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti
penyelidikan dan latihan.
MAPPICXS 27
15. MINDA ROLE-MODEL DALAMAN
Para genius mempunyai gambaran seseorang yang dianggap
mereka sebagai role model untuk mereka contohi dalam hidup
mereka. Mereka sentiasa berfikir dalam minda mereka
bagaimana mereka dapat mengikuti sifat-sifat yang ada pada
role model mereka itu.
Dalam hal ini anda boleh menjadikan Nabi Muhammad
[s.a.w.] sebagai role-model yang sentiasa anda fikirkan
mengenai sifat-sifat yang anda cita-cita untuk mengikutinya.
Tidak ada manusia yang lebih baik di dunia ini yang perlu
dijadikan role model selain daripada Nabi Muhammad [s.a.w].
Allah telah berfirman dalam Al-Quran Surah 68 Ayat 4 :
Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau
[Muhammad] mempunyi akhlak yang sangat-sangat mulia”
Michael H. Hart (1999) dalam buku kajiannya bertajuk The
100 A Ranking of The Most Influential Persons in History,
meletakkan Nabi Muhammad SAW yang tertinggi sekali -
”Muhammad is the only man in history who was supremely
successful on both the religious and secular levels”
bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan
hanya seorang dalam sejarah, yang terunggul berjaya dalam
aras kedua-dua agama dan sekular.
MAPPICXS 28
Pengalaman Nabi Muhammad SAW meliputi semua bidang
penting dalam kehidupan manusia. Sebagai contohnya dalam
bidang Agrotech, beliau adalah seorang pengurus ternakan
kambing.
Dalam bidang perniagaan beliau mempunyai pengalaman
dalam bidang perniagaan - bukan sahaja di peringkat domestik
bahkan juga di peringkat antarbangsa.
Beliau seorang pemimpin negarawan yang memimpin bukan
sahaja satu kaum atau agama, bahkan berbagai kaum dan
berbagai agama – di peringkat domestik dan antarabangsa.
Sifat terunggul Nabi Muhammad SAW yang diakui oleh
semua manusia – Islam dan juga bukan Islam, perlu menjadi
role-model kepada semua lapisan manusia – dari seorang
manusia biasa kepada pemimpin dunia.
Sir George Bernard Shaw seorang pemimpin British yang
terkenal memandang tinggi perwatakan Nabi Muhammad
SAW:
MAPPICXS 29
Seorang paderi Kristian Rev. Reginal Bosworth Smith juga
terpaksa mengakui keunggulan Nabi Muhammad SAW ;
Pemimpin dunia yang terkenal seperti Nepolean Bonaparte
dan juga para ilmuan seperti Professor Hugronue di pengajian
tinggi dunia juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai role-
model yang perlu diikuti oleh manusia :
MAPPICXS 30
Tidaklah hairan secara senyap-senyap seseorang genius
menjadikan Nabi Muhammad SAW, sebagi role-model
mereka untuk kejayaan.
Kegagalan manusia dalam semua bidang kejayaan untuk
kebaikan manusia yang berterusan, di dunia dan akhirat, ialah
disebabkan kegagalan kita untuk menjadikan Nabi
Muhammad SAW sebagai role-model.
16.AMANAH
Sifat amanah terdapat pada para genius. Bukan sahaja mereka
amanah pada diri mereka sendiri bahkan juga mereka amanah
kepada orang lain.
Anda pasti boleh bersifat amanah. Amanah pada diri anda
sendiri dan juga kepada yang lain. Sebagai seorang pelajar,
anda diamanahkan oleh ibu bapa anda supaya belajar dan
berjaya dengan cemerlang.
Bagi melaksanakan amanah anda perlu melaksanakannya
dengan penuh komitmen. Sifat amanah ini perlu sentiasa ada
pada anda dalam menjalankan tugas anda di dunia ini,
berjalan menuju ke akhirat.
Dalam melaksanakan sifat amanah yang ada pada para genius,
Allah berfirman di dalam Al-Quran surah al-Anfal ayat 27:
MAPPICXS 31
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah
kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulnya, dan
(janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu,
sedangkan kamu mengatahui salahnya”.
Dalam ayat yang lain, sifat amanah ini, dijelaskan oleh Allah
SWT di dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 283:
Bermaksud; “ Maka tunaikanlah oleh orang-orang yang
diamanahkannya itu akan amanahnya dan bertakwalah
kepada Allah, Tuhannya”.
Jika anda seorang pengurus syarikat, tunaikan amanah anda
menjalankan tugas seorang pengurus – memikir, merancang,
menyusun, memimpin dan mengawal segala sumber-sumber
penting dalam syarikat anda, meliputi – insan, wang, masa,
maklumat dan harta.
Begitu juga jika anda seorang pelajar, jalankan tugas anda
dengan penuh amanah dalam mengurus diri –memikir,
menyusun, memimpin dan mengawal, ke arah kejayaan
pelajaran anda
MAPPICXS 32
17.KEBERANIAN
Sifat berani [courage] untuk menghadapi segala halangan ada
pada para genius, dalam usaha mereka ke arah mencapai cita-
cita mereka. Sikap berani yang ada pada mereka adalah
sungguh luar biasa, di mana mereka akan pasti dapat
mengatasi segala halangan dalam usaha mencapai matlamat
mereka.
Keberanian ini adalah selaras dengan sifat berjihad atau
berjuang habis-habisan dalam usaha anda membuat sesuatu
yang baik [yang diizin oleh Allah] untuk diri anda atau pun
masyarakat amnya.
Jika anda mempunyi sifat keberanian atau jihad, anda bukan
sahaja dapat menguasai duni tetapi juga angkasa lepas
MAPPICXS 33
18. KREATIF
Para genius mempunyai sifat kreatif, di mana mereka
sentiasa berfikir untuk mewujudkan perkara yang baru.
Mereka banyak berfikir untuk mewujudkan idea-idea baru
atau cara-cara baru. Anda boleh mempunyai sifat seumpama
ini dengan menggunakan teknik MAPPiCXS untuk mendapat
idea baru dan sebagainya.
Carta MAPPiCXS berikutnya menerangkan maksud kreatif –
definasi, cara, sekatan dan proses.
MAPPICXS 34
19.CINTA PADA TUGAS
Genius mempunyai satu sifat di mana mereka sungguh cinta pada tugas mereka. Perasaan
cinta pada tugas ini sungguh mendalam, dan mereka merasa satu tanggungjawab untuk
memanjangkan tugas atau pengetahuan yang ada pada mereka kepada orang lain.
Ini adalah satu sifat yang mulia, dan susah bagi anda mengamalnya. Jika anda mempunyai
sesuatu ilmu atau kemahiran, anda perlu berikan atau ajarkan kepada yang lain, supaya ilmu
atau kemahiran anda itu dapat diperluaskan dan memberi manfaat kepada yang lain.
Allah SWT telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran Surah al-Zahalah (Ayat 7 dan
8), kebaikan ataupun kejahatan yang dilakukannya, akan dihisab, walaupun sebesar zarah
(atom):
Bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam
surat amalnya)!”
Bermaksud: “Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam
surat amalnya).”
Anda perlu mencintai apa sahaja tugas yang telah diamanakan kepada anda, baik anada
seorang pelajar di sekolah, mahupun andan seorang profesor di university.
Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [KUIS] cinta pada belajar,
belajar di mana-mana sahaja
MAPPICXS 35
Kejayaan anda sebagai seorang pelajar atau pun seorang pengurus syarikat, mahupun seorang
pemimpin negara, perlu mempunyi satu sifat terpuji, iaitu sifat cinta pada tugas anda.
20. BERTENAGA
Kelihatan lemah dan tidak berupaya bukanlah sifat para genius. Mereka sentiasa penuh
bertenaga dalam melaksanakan apa sahaja tugas yang mereka lakukan. Mereka tidak
mempunyai sikap malas. Hidup mereka penuh bertenaga diisi dengan aktiviti yang berfaedah
kepada diri mereka atau pun kepada yang lain. Tidak seperti anda sibuk dengan tiada kerja.
[Busy doing nothing].
Anda boleh mempunyai sifat seumpama ini – sentiasa penuh bertenaga. Anda perlu buangkan
sikap malas dan bersenam untuk meningkatkan tenaga anda.
Sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran surah al-Barakah, ayat
148:
Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya;
oleh itu berlumba-berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu
berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk
menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Bayangkan anda seorang yang tidak bertenaga – malas, lemah, tidak termaya, bolehkan anda
berjaya dalam hidup anda? Malas bertanya juga satu sifat yang tidak baik. Pepatah Melayu “
Malas Bertanya Sesat Dalam Perjalan” atau dengan perkataan lain “ Malas Belajar Sesat
Dalam Kehidupan” dan “Malas Berkerja Sesat Dalam Kemiskinan”

More Related Content

Viewers also liked

Viewers also liked (6)

Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs
Pandangan Ahli Akademik Mengenai MappicxsPandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs
Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs
 
Buku map
Buku map Buku map
Buku map
 
Progam mappicxs 2010
Progam mappicxs 2010Progam mappicxs 2010
Progam mappicxs 2010
 
Module kursus mappicxs sehari
Module kursus mappicxs sehariModule kursus mappicxs sehari
Module kursus mappicxs sehari
 
Mappicxs Pesentation at University Malaya on World Statistics Day. 20101009
Mappicxs Pesentation at University Malaya on World Statistics Day. 20101009Mappicxs Pesentation at University Malaya on World Statistics Day. 20101009
Mappicxs Pesentation at University Malaya on World Statistics Day. 20101009
 
Mappicxs Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Mappicxs Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi MalaysiaMappicxs Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Mappicxs Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
 

Similar to MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juaraSinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Esa Karima
 
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptxXII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
mirza habibi
 
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisiKewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
Devandy Enda
 
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptxDocumentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
wahyu984374
 
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptxDocumenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
wahyu984374
 
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptxDocument aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
wahyu984374
 

Similar to MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS (20)

The Power of Mind Technology, Be Great Man
The Power of Mind Technology, Be Great ManThe Power of Mind Technology, Be Great Man
The Power of Mind Technology, Be Great Man
 
Langkah Menuju Kecemerlangan
Langkah Menuju KecemerlanganLangkah Menuju Kecemerlangan
Langkah Menuju Kecemerlangan
 
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juaraSinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
Sinopsis - Menyiapkan anak jadi juara
 
Kwh. theresia magdalena. hapzi ali. pengantar kewirausahaan, universitas merc...
Kwh. theresia magdalena. hapzi ali. pengantar kewirausahaan, universitas merc...Kwh. theresia magdalena. hapzi ali. pengantar kewirausahaan, universitas merc...
Kwh. theresia magdalena. hapzi ali. pengantar kewirausahaan, universitas merc...
 
Motivasi Pengajaran dan Pembelajaran
Motivasi Pengajaran dan PembelajaranMotivasi Pengajaran dan Pembelajaran
Motivasi Pengajaran dan Pembelajaran
 
2. kewirausahaan, setya darmawan, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, univer...
2. kewirausahaan, setya darmawan, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, univer...2. kewirausahaan, setya darmawan, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, univer...
2. kewirausahaan, setya darmawan, hapzi ali, pengenalan kewirausahaan, univer...
 
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptxXII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
XII_Gasal_5.-Memaksimalkan-Potensi-Diri_PPT.pptx
 
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisiKewirausahaan kelompok 1 revisi
Kewirausahaan kelompok 1 revisi
 
Brush up yourself
Brush up yourselfBrush up yourself
Brush up yourself
 
Latihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi DiriLatihan Motivasi Diri
Latihan Motivasi Diri
 
Kewirausahaan,Alfina Rolitasari, Hapzi Ali, Pola Pikir, Universitas Mercu Bua...
Kewirausahaan,Alfina Rolitasari, Hapzi Ali, Pola Pikir, Universitas Mercu Bua...Kewirausahaan,Alfina Rolitasari, Hapzi Ali, Pola Pikir, Universitas Mercu Bua...
Kewirausahaan,Alfina Rolitasari, Hapzi Ali, Pola Pikir, Universitas Mercu Bua...
 
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptxDocumentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
Documentaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 3.pptx
 
Personal excellent
Personal excellentPersonal excellent
Personal excellent
 
Document 3 as .pptx
Document 3  as                               .pptxDocument 3  as                               .pptx
Document 3 as .pptx
 
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptxDocumenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
 
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptxDocument aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
Document aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa3.pptx
 
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptxDocumenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
Documenaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat 3.pptx
 
Tips dan trik lulus pegawai
Tips dan trik  lulus pegawaiTips dan trik  lulus pegawai
Tips dan trik lulus pegawai
 
Ebook sukses besar
Ebook sukses besarEbook sukses besar
Ebook sukses besar
 
Ebook Orang sukses
Ebook Orang suksesEbook Orang sukses
Ebook Orang sukses
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
DessyArliani
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 

Recently uploaded (20)

Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024Latihan Soal untuk  US dan Tryout SMP 2024
Latihan Soal untuk US dan Tryout SMP 2024
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 

MAPPICXS: BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS

  • 1. MAPPiCXS: BAB 2 _________________________ SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS SHAYA’A OTHAMN Felo Academik/Pengarah Urusan Pusat Kecemerlangan Global KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KEDAH
  • 2. MAPPICXS 2 BAB 2 SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS Jika anda tidak dilahirkan sebagai seorang genius, pasti anda boleh menjadi seorang genius dengan memiliki sifat-sifat seorang genius. ______________________________________________ Anda mungkin tidak dilahirkan sebagai seorang genius, tetapi tidak mustahil bagi anda memiliki sifat-sifat yang ada oleh seorang genius. Anda boleh mengamalkan kesemua atau sebahagian daripada sifat-sifat yang ada pada seorang genius. Sebagai contohnya seorang genius mempunyai sifat menggubal visi [vision] dalam hidupnya. Tidaklah susah bagi anda mengamalkan sifat seumpama ini. Satu contoh lagi seorang genius mempunyai sifat mengurus [managing] dalam semua perkara yang dilakukan. Sifat ini juga boleh anda amalkan dalam hidup anda seharian. Sifat - sifat yang penting yang ada kaitannya dengan MAPPiCXS adalah termasuk sifat Visi [Vision], kebolehan minda [ Mental literacy], Bayangan [Imagination], dan sifat Mencipta/Fleksibel [Creativity/Flexibility].
  • 3. MAPPICXS 3 SENARAI SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS Antara sifat-sifat penting yang ada pada seseorang genius meleputi 20 sifat-sifat sepertimana yang disenaraikan seperti berikut: 1. Beriman Kepada Allah [Faith to God] 2. Mempunyi Visi Yang Jelas 3. Mempunyai keinginan melakukan perkara yang baik. [Desire] 4. Kebolehan Mengurus [Managing] 5. Komitmen [Commitment] 6. Ketekunan [Persistent] 7. Belajar Dari Kesilapan [Learning from Mistakes] 8. Cinta Pada Belajar [Love to Learn] 9. Kebolehan Minda [Mental Literacy] 10. Gambaran [Visualization] 11. Fikiran Positif [Postive Attitute] 12. Auto-Cadangan Postif [Postive Auto-Suggestion] 13. Bisikan Hati [Intution] 14. Dalam Kumpulan Intelektual [Intellectual Group] 15. Role-Model Dalam Minda [Role-Model in Mind) 16. Amanah [Honesty] 17. Keberanian [Courage] 18. Kreatif [Creative] 19. Cinta pada Tugas [ Love to Task] 20. Sentiasa Bertenaga [Energetic]
  • 4. MAPPICXS 4 Dua puluh sifat-sifat yang disenaraikan di atas boleh dirumuskan dengen bentuk MAPPiCXS seperti dapat dilihat di Carta 2.1 berikutnya. Carta 2.1 : Sifat-Sifat Seorang Genius
  • 5. MAPPICXS 5 1. BERIMAN KEPADA ALLAH Mungkin ramai daripada anda yang tidak menyangka bahawa sifat seumpama ini ada pada genius. Apa yang dimaksudkan di sini ialah kepercayaan kepada diri sendiri dan bertawakal kepada Allah. Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi ianya memberi kefahaman IMAN, kepercayaan kepada Allah atau dengan kata lain “insyAllah” – bermaksud bahawa, dengan penuh kepercayaan segala usaha yang diusahakan pasti atau insyAllah akan berjaya. Al-Quran, Surah 22, :Ayat 5; Allah s.w.t. Berfirman : Maksudnya : “Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus” Mengenai sebab manusia dicipta, Allah s.w.t Berfirman dalam Al-Quran, Surah: 51, Ayat 56 : Maksudnya: “ Dan Aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk menyembah Aku”
  • 6. MAPPICXS 6 Sebagai contohnya, seorang genius seperti Alhazen, merupakan seorang ahli sains pertama di dunia yang membahaskan tentang visi yang berlaku di otak, bukan di mata, mempunyai keimanan dan kepercayaan kepada Allah yang amat teguh. Dalam hal ini sifat keimanan perlu ada pada anda bagi melengkapkan diri anda ke arah mewujudkan diri anda mempunyai sifat-sifat genius. Ini tidak mustahil dilakukan. Dengan adanya IMAN yang teguh pada diri anda, kepercayaan pada diri anda sendiri untuk membuat sesuatu dengan jayanya, kejayaan akan tercapai dengan bantuan Allah SWT. 2. VISI Genius mempunyai visi dan matlamat utama dalam hidup mereka [vision of their life’s chief goal]. Genius menggubal dengan jelas dan terperinci gambar dalaman apa yang mereka
  • 7. MAPPICXS 7 ingin capai, bagaimana mereka akan melakukannya, dan kejayaan yang ingin mereka perolehi. Jika anda ingin melahirkan sifat genius ini, anda perlu meneliti nilai utama yang ada pada diri anda, tujuan hidup anda, dan seterusnya menggubal cita-cita anda dan berusaha ke arah merealisasikannya. Contohnya seorang pelajar perlu mempunyai visi seperti berikut: Visi : Menjadi Seorang Doktor Pakar Terkenal Di Dunia Yang Sentiasa Beriman Kepada Allah. Matlamat : 1. Mendapat Keputusan Cemerlang - 11 A1 2. Mendapat Keputusan Cemerlang - 4 pointers dalam keputusan Universiti 3. Mendapat Anugerah Cemerlang Dalam Pekerjaan 4. Mengamalkan Rukun Islam Yang Lima Pakar bidang sains kejayaan mendapati bahawa otak anda adalah merupakan organisma [organism] yang mencari- matlamat [goal-seeking]. Apa sahaja matlamat [goal] yang anda berikan pada minda anda, ianya akan berkerja malam dan siang ke arah mencapainya. Anda perlu ingat bahawa Allah tidak akan mengubah nasib anda sehingga anda sendiri berusaha mengubahnya.
  • 8. MAPPICXS 8 Sepertimana Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Surah 13, Ayat 11: 3. BERKEINGINAN Berkeinginan atau desire merupakan sifat yang penting dan di beri penekanan istemewa oleh penulis Jack M. Zufelt (2002), dalam bukunya bertajuk The DNA of Success. Kuatnya keinginan yang ada pada mereka yang cemerlang, mereka tidak akan memberi peluang apa sahaja yang cuba menghalang mereka mencapai matlamat mereka. Sebagai contoh pereka pertama mentol cahaya lampu [light bulb], iaitu Thomas Edison, mempunyai komitmen yang sungguh kuat untuk mereka cipta mentol cahaya ini.
  • 9. MAPPICXS 9 Kesimpulannya genius mempunyai perasaan keinginan yang sentiasa menyala untuk berusaha mencapai matlamat mereka. Cuba anda fikirkan apa yang akan anda capai sekiranya anda mempunyai KEINGINAN tahap seumpama ini dalam hidup anda? Bangunkanlah atau wujudkan sifat genius ini dalam hidup anda supaya ianya sentiasa menyalakan kecenderungan dan kemahuan anda. Wujudkan satu momentum sebagai tulang belakang keinginan anda. Apa sahaja cita-cita atau matlamat yang ingin anda capai semuanya kerana Allah SWT. Anda jangan lupa apa yang anda perakukan tidak kurang dari 5 kali sehari dalam sembahyang seharian anda membaca doa berikut seperti dinyatakan dalam Al-Quran Surah 6, Ayat 162: Bermaksud: “Sembahyangku, pengorbananku, hidupku, matiku, adalah semuanya kepada Allah, Tuhan sekalian alam” Di samping itu apa yang kita lakukan hendaklah kita bertawakal kepada Allah SAW, dan Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Sura17, Ayat 19:
  • 10. MAPPICXS 10 Maksudnya: “Allah cinta kepada sesiapa yang bertawakal kepadaNya” 4. MENGURUS Genius merancang segala yang dilakukan dalam hidupnya. Ini adalah satu sifat yang penting yang ada pada para genius. Mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terserlah untuk mengurus kehidupan mereka. Genius boleh membuat perancangan jangka-pendek [short-term planning] dan perancangan jangka-panjang [long-term planning]. Mereka pandai menyusun [organizing] sumber yang ada pada mereka - tenaga, masa dan kewangan. Mereka pandai memimpin (leading) diri mereka sendiri, dan mereka sentiasa mengawal (controlling) diri mereka supaya dapat maju ke hadapan sepertimana yang dirancangkan. Dalam mengurus diri mereka (Merancang, Menyusun, Memimpin, dan Mengawal], mereka tidak lupa berfikir supaya apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan kehendak Allah SWT. Bolehkah anda mempunyai sifat seumpama ini?.
  • 11. MAPPICXS 11 Pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus adalah tidak susah dipelajari. Cuba anda teliti Proses Pengurusan yang diamalkan oleh para genius dalam bentuk MAPPiCXS berikut: Carta 2. 2 MAPPiXCS: Proses Pengurusan Quran 6:50 Apakah tidak kamu berfikir
  • 12. MAPPICXS 12 5. KOMITMEN Genius mempunyai sifat komitmen yang tinggi. Seorang genius melahirkan satu ketetapan atau keputusan yang kukuh untuk bertindak mengikut VISI, KEINGINAN dan KEPERCAYAAN mereka, sepertimana yang telah diperjelaskan terdahulu. Dalam hal ini genius kebiasaannya mendedahkan kepada umum di atas hasrat mereka. Ini dengan sendirinya akan menjadi satu tekenan kepada mereka untuk melaksanakan hasrat mereka dengan penuh komitmen. Anda boleh melakukan seumpama yang dilakukan oleh para genius, dengan mengumumkan kepada orang lain matlamat [goal] anda. Keadaan seumpama ini akan mewujudkan satu tekanan tambahan [extra - pressure] kepada anda supaya lebih komited untuk menjayakan apa yang anda inginkan.
  • 13. MAPPICXS 13 6. KETEKUNAN [PERSISTENT] Sifat ketekunan dalam membuat sesuatu usaha adalah satu sifat yang pasti ada pada para genius. Banyak perkara yang mereka inginkan, dan mereka tidak mempunyai sifat membuang masa. Mereka sentiasa berusaha dengan penuh bertenaga, seolah-olah mereka melekat-kepada- tugas [stick-to-the action]. Anda semua boleh bersifat begini. Jika anda sentiasa berusaha lebih dari yang biasa, anda mungkin terperanjat bahawa anda akan mendapati anda mempunyai sifat KETEKUNAN. Bolehlah anda katakan bahawa sifat ketekunan yang ada pada para genius bermaksud sebagai penumpuan-dalam-perbuatan [concentration-in-action] kepada apa sahaja usaha yang akan anda lakukan. Sifat Ketekunan Belajar Mahasiswi INSANIAH : Sifat Genius. Sifat ketekunan adalah satu sifat yang penting, dan sifat ini adalah sifat yang mulia dan suruhan Allah SWT
  • 14. MAPPICXS 14 sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran Surah AdzDzariyaat. Ayat 55 Bermaksud “Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” KETEKUNAN bukan sahaja tertumpu kepada pembelajaran bahakan apa bentuk kerja yang kita buat. Mahasiswa antarabangsa INSANIAH, mendengar taklimat supaya tekun membuat kerja amal.
  • 15. MAPPICXS 15 7. BELAJAR DARI KESILAPAN Semua manusia termasuk para genius pasti akan mengalami kesilapan dalam hidup mereka, walaupun perancangan telah dibuat dengan terperinci. Para genius menjadikan segala kesilapan atau kegagalan yang mereka alami atau tempuhi, sebagai satu peluang untuk mereka memperbaiki usaha mereka untuk menuju kejayaan yang lebih besar lagi. Sifat ini perlu anda hayati. Kegagalan adalah merupakan satu jalan menuju kejayaan yang lebih besar lagi. Kebanyakan daripada anda berputus asa tatkala menempuh kegagalan atau kesusahan. Sifat negatif ini perlu anda kikiskan daripada diri anda. Sifat ini selaras dengan firman Allah, [Tuhan sekalian alam,] di dalam Andab Suci Al-Quran dalam Surah 94, Ayat 5 dan diulangi lagi pada Ayat 6: Bermaksud: Setiap kesusahan itu pasti ada kesenangannya. Setiap kesusahan itu pasti ada kesenanganya. 8 CINTA PADA BELAJAR
  • 16. MAPPICXS 16 Para genius mempunyai sifat cinta pada belajar [love to learn], untuk sentiasa menambahkan ilmu mereka. Para genius sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan baik dalam bidang yang khusus, mahupun dalam bidang ilmu dunia yang luas. Maka tidak membuang masa dalam membaca buku yang tidak memberi faedah seperti buku-buku khayalan [fiction books]. Contohnya ialah genius yang terkenal di dunia seperti Ibnu Sina, bapa kepada ilmu perubatan moden iaitu seorang ahli sains Islam yang dikenali di kalangan ahli sains barat dengan nama Avicenna [Abu Ali ai-Hasan ibn Abdullah ibn Sina], adalah merupakan pengasas pertama menerangkan berbagai sudut neuropsychiatric, termasuk hallucination, insomnia, mania, nightmare, melancholia, dementia, epilepsy, par ilmu selain daripada ilmu perubatan. alysis, stroke, vertigo dan tremor. Beliau mengawasi berbagai bidang
  • 17. MAPPICXS 17 Rasulullah SAW. mengatakan: Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0223 'Barangsiapa yang melalui jalan seraya mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya kerana senang kepada orang yang mencari ilmu. Sesungguhnya orang yang mencari ilmu akan dimintakan keampunan oleh orang ada di langit dan bumi sehingga ikan-ikan yang ada di air. Sesungguhnya keutamaan seorang alim dibanding abid - tekun ibadah- adalah seperti keutamaan/kelebihan bulan terhadap segala bintang. Sesungguhnya seorang ulama/alim adalah pewaris para nabi. Dan sesungguhnya para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham, bahawasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambilnya maka dia mengambil suatu bahagian yang sempurna." 9. KEBOLEHAN MINDA [MENTAL LITERACY] Adalah satu sifat para genius mengetahui fungsi otak mereka. Mereka mengambil berat untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi atau berfikir. Dengan pengetahun ini mereka boleh menggunakan otak mereka ke tahap yang maksima. Para genius seperti Alhasan, iatu insan pertama di dunia mengkaji fungsi otak, dan menemui bahawa otak yang berfikir bukan hati.
  • 18. MAPPICXS 18 Pada abad ke 10 seorang genius Muslim bernama Najab ud-din Muhammad, buat pertama kalinya menerangkan secara terperinci mengenai beberapa masalah “neurological disorders” , termasuk agitated depression, neurosis, priapism, impotence, psychosis dan mania. Pada abad yang sama juga seorang lagi genius Muslim bernama Haly Abbas menerangkan mengenai neuroanatomy, neurobiology dan neurophysiology dalam otak. Beliau merupakan manusia pertama yang menerangkan mengenai neurological disorders, termasuk sleeping sickness, memory
  • 19. MAPPICXS 19 loss, hypochondriasis, coma, hot and cold meningitis, vertigo epilepsy, love sickness, Otak manusia terbahagi kepada 3 komponen [Cereberum, Cerebellum dan Brain Stem] dan 2 bahagian – otak kiri dan otak kanan. Setiap komponan dan kedua-dua bahagian masing-masing mempunyai fungsi berlainan. Fungsi otak ini akan diperjelaskan dengan terperinci pada Bab- Bab berikutnya. Anda perlu mengetahui fungsi otak anda sekiranya anda ingin mengamalkan sifat para genius, yang sentiasa memberi keutamaan mengetahui fungsi otak.
  • 20. MAPPICXS 20 10.GAMBARAN [VISUALIZTION] Seorang ahli sains Albert Einstein [Pemenanang Hadiah Nobal Karia physic] , menulis “Imagination is everything. It is the preview of life’s coming attraction” Sifat mewujudkan GAMBARAN yang ingin mereka capaikan adalah satu sifat yang ada pada para genius. Gambaran atau visualization adalah merupakan satu perbuatan mengolah atau membentuk gambaran dalam minda anda, kepada apa yang anda ingin capaikan. Gambaran bolehlah dikatakan satu teknik kejayaan [sucess tool] yang kurang digunakan oleh anda semua. Sifat ini perlu dijadikan satu sifat anda seharian.
  • 21. MAPPICXS 21 Contohnya, sebagai pelajar anda menetapkan matlamat anda untuk mendapat markah A1 dalam semua mata pelajaran. Apa yang anda perlu buat ialah menggambarkan atau visualize dalam minda anda bahawa sijil keputusan yang akan anda terima tercatat A1 dalam semua mata pelajaran anda. Begitu juga anda gambarkan anda naik ke pentas untuk menerima Sijil Anugerah Cemerlang dari Pengetua Sekolah anda, atau dari Rektor Universiti anda.
  • 22. MAPPICXS 22 11.FIKIRAN POSITIF Berfikiran positif adalah merupakan sifat para genius. Mengapa genius mempunyai fikiran positif?. Anda semua tahu jawapannya. Contohnya jika sekiranya anda mempunyai sifat fikiran negatif, apa yang ingin anda lakukan semuanya tidak akan berjaya. Pemikiran “Saya tidak boleh” perlu tidak ada dalam minda anda. Sebaliknya anda sentiasa mempunyai pemikiran positif “Saya boleh, insyAllah”. Daripada kajian yang dibuat, ahli pengkaji otak terkini menemui bahawa percakapan positif [positive self-talk] dan gambaran positif [positive visualization] digabungkan dengan latihan dan tunjuk ajar, seseorang itu boleh belajar membuat sesuatu, tidak kira apa sahaja
  • 23. MAPPICXS 23 12.AUTO-CADANGAN [AUTO-SUGGESTION] Kebanyakan anda mengeluarkan 90% percakapan pada diri anda [self-talked] yang negatif dan mengalah-diri [self- defeating]. Berlainan dengan para genius yang mana 90% daripada percakapan pada diri mereka [self-talk] adalah positif dan membina [supportive]. Anda boleh melatih diri anda dengan sentiasa bercakap pada diri anda secara poistif dan membina seperti para genius. Contohnya cakap pada diri anda sendiri dan tidak mempedulikan apa rakan anda berkata pada anda: “SAYA ADALAH SEORANG GENIUS!” “SAYA MEMPUNYAI SIFAT-SIFAT SEORANG GENIUS!” “I am a genius! I have all the characteristics of a genius!”
  • 24. MAPPICXS 24 13.BISIKAN HATI Sifat ini sukar difahami. Walau bagaimanapun sifat ini merupakan satu sifat di mana otak anda menghasilkan satu pemikiran halus [gerak hati] berdasarkan pengalaman dan ilmu yang tersimpan. Boleh juga dikatakan bahawa bisikan hati atau gerak hati merupakan satu ilham [wisdom] yang dikurniakan oleh Allah pada anda. Ilham yang terbit adalah berpandukan kepada ilmu dan pengalaman yang dialami dalam perjalanan hidup seseorang. Anda boleh mempunyai gerak hati yang positif, sekiranya otak anda sentiasa dipenuhi dengan ilmu dan pengalaman. Anda tidak membuang masa dengan membaca buku-buku yang tidak mendatangkan faedah [fiction books], membuat sesuatu yang juga tidak mendatangkan faedah seperti berfoya- foya, berkhayal dan bercakap kosong di facebook.
  • 25. MAPPICXS 25 14.BERSAHABAT DENGAN KUMPULAN TINGGI MINDA Adalah didapati bahawa para genius mempunyai penasihat- penasihat, pemimpin-pemimpin, dan kawan-kawan sekeliling mereka, untuk mendapat nasihat dan menolong mereka berusaha ke arah mencapai cita-cita mereka. Ini bermakna bahawa para genius dikelilingi oleh mereka yang mempunyai minda tinggi [great minds]. Anda boleh mengikuti sifat para genius seumpama ini. Anda boleh berkawan dengan kumpulan orang yang berilmu, dan pintar. Program kumpulan usrah bagi pensyarah-pensyarah di INSANIAH, yang diwujudkan oleh pihak pengurusan adalah satu contoh minda kumpulan [group mastermind –reality]. Kumpulan Mutu Kerja [KMK] dan Kumpulan Mutu Pengurusan [KMP], yang biasa diamalkan oleh syarikat- syarikat pengeluaran atau pembuatan, adalah contoh seumpama ini. Sebagai seorang pelajar pula, anda juga boleh mewujudkan kumpulan seperti seperti ini. Contohnya ialah study group, atau kumpulan usrah dan sebagainya.
  • 26. MAPPICXS 26 Di samping itu juga kita perlu berdamping dengan golongan yang tinggi mindanya. Contohnya jika anda seorang penuntut anda perlu berdamping rapat dengan pensyarah-pensyarah anda. Anda perlu sering berjumpa untuk mendapatkan penerangan atau penjelasan walaupun luar dari bilik kulliyyah. Gambar: Profesor dan Pakar-Pakar dari University aAzahar yang di pinjamkan kepada INSANIAH Jika anda seorang pengurus di syarikat mahupun anda seorang awam biasa, anda tidak terhalang untuk mendampingi mereka yang tinggi mindanya. Anda boleh menghubungi pusat pengajian tinggi seperti INSANIAH untuk mendapatkan khidmatkan nasihat, atau bekerjasama menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti penyelidikan dan latihan.
  • 27. MAPPICXS 27 15. MINDA ROLE-MODEL DALAMAN Para genius mempunyai gambaran seseorang yang dianggap mereka sebagai role model untuk mereka contohi dalam hidup mereka. Mereka sentiasa berfikir dalam minda mereka bagaimana mereka dapat mengikuti sifat-sifat yang ada pada role model mereka itu. Dalam hal ini anda boleh menjadikan Nabi Muhammad [s.a.w.] sebagai role-model yang sentiasa anda fikirkan mengenai sifat-sifat yang anda cita-cita untuk mengikutinya. Tidak ada manusia yang lebih baik di dunia ini yang perlu dijadikan role model selain daripada Nabi Muhammad [s.a.w]. Allah telah berfirman dalam Al-Quran Surah 68 Ayat 4 : Maksudnya: “Dan bahawa sesungguhnya engkau [Muhammad] mempunyi akhlak yang sangat-sangat mulia” Michael H. Hart (1999) dalam buku kajiannya bertajuk The 100 A Ranking of The Most Influential Persons in History, meletakkan Nabi Muhammad SAW yang tertinggi sekali - ”Muhammad is the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels” bermaksud bahawa Nabi Muhammad SAW adalah merupakan hanya seorang dalam sejarah, yang terunggul berjaya dalam aras kedua-dua agama dan sekular.
  • 28. MAPPICXS 28 Pengalaman Nabi Muhammad SAW meliputi semua bidang penting dalam kehidupan manusia. Sebagai contohnya dalam bidang Agrotech, beliau adalah seorang pengurus ternakan kambing. Dalam bidang perniagaan beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan - bukan sahaja di peringkat domestik bahkan juga di peringkat antarbangsa. Beliau seorang pemimpin negarawan yang memimpin bukan sahaja satu kaum atau agama, bahkan berbagai kaum dan berbagai agama – di peringkat domestik dan antarabangsa. Sifat terunggul Nabi Muhammad SAW yang diakui oleh semua manusia – Islam dan juga bukan Islam, perlu menjadi role-model kepada semua lapisan manusia – dari seorang manusia biasa kepada pemimpin dunia. Sir George Bernard Shaw seorang pemimpin British yang terkenal memandang tinggi perwatakan Nabi Muhammad SAW:
  • 29. MAPPICXS 29 Seorang paderi Kristian Rev. Reginal Bosworth Smith juga terpaksa mengakui keunggulan Nabi Muhammad SAW ; Pemimpin dunia yang terkenal seperti Nepolean Bonaparte dan juga para ilmuan seperti Professor Hugronue di pengajian tinggi dunia juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai role- model yang perlu diikuti oleh manusia :
  • 30. MAPPICXS 30 Tidaklah hairan secara senyap-senyap seseorang genius menjadikan Nabi Muhammad SAW, sebagi role-model mereka untuk kejayaan. Kegagalan manusia dalam semua bidang kejayaan untuk kebaikan manusia yang berterusan, di dunia dan akhirat, ialah disebabkan kegagalan kita untuk menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai role-model. 16.AMANAH Sifat amanah terdapat pada para genius. Bukan sahaja mereka amanah pada diri mereka sendiri bahkan juga mereka amanah kepada orang lain. Anda pasti boleh bersifat amanah. Amanah pada diri anda sendiri dan juga kepada yang lain. Sebagai seorang pelajar, anda diamanahkan oleh ibu bapa anda supaya belajar dan berjaya dengan cemerlang. Bagi melaksanakan amanah anda perlu melaksanakannya dengan penuh komitmen. Sifat amanah ini perlu sentiasa ada pada anda dalam menjalankan tugas anda di dunia ini, berjalan menuju ke akhirat. Dalam melaksanakan sifat amanah yang ada pada para genius, Allah berfirman di dalam Al-Quran surah al-Anfal ayat 27:
  • 31. MAPPICXS 31 Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan rasulnya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedangkan kamu mengatahui salahnya”. Dalam ayat yang lain, sifat amanah ini, dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surah al-Baqarah ayat 283: Bermaksud; “ Maka tunaikanlah oleh orang-orang yang diamanahkannya itu akan amanahnya dan bertakwalah kepada Allah, Tuhannya”. Jika anda seorang pengurus syarikat, tunaikan amanah anda menjalankan tugas seorang pengurus – memikir, merancang, menyusun, memimpin dan mengawal segala sumber-sumber penting dalam syarikat anda, meliputi – insan, wang, masa, maklumat dan harta. Begitu juga jika anda seorang pelajar, jalankan tugas anda dengan penuh amanah dalam mengurus diri –memikir, menyusun, memimpin dan mengawal, ke arah kejayaan pelajaran anda
  • 32. MAPPICXS 32 17.KEBERANIAN Sifat berani [courage] untuk menghadapi segala halangan ada pada para genius, dalam usaha mereka ke arah mencapai cita- cita mereka. Sikap berani yang ada pada mereka adalah sungguh luar biasa, di mana mereka akan pasti dapat mengatasi segala halangan dalam usaha mencapai matlamat mereka. Keberanian ini adalah selaras dengan sifat berjihad atau berjuang habis-habisan dalam usaha anda membuat sesuatu yang baik [yang diizin oleh Allah] untuk diri anda atau pun masyarakat amnya. Jika anda mempunyi sifat keberanian atau jihad, anda bukan sahaja dapat menguasai duni tetapi juga angkasa lepas
  • 33. MAPPICXS 33 18. KREATIF Para genius mempunyai sifat kreatif, di mana mereka sentiasa berfikir untuk mewujudkan perkara yang baru. Mereka banyak berfikir untuk mewujudkan idea-idea baru atau cara-cara baru. Anda boleh mempunyai sifat seumpama ini dengan menggunakan teknik MAPPiCXS untuk mendapat idea baru dan sebagainya. Carta MAPPiCXS berikutnya menerangkan maksud kreatif – definasi, cara, sekatan dan proses.
  • 34. MAPPICXS 34 19.CINTA PADA TUGAS Genius mempunyai satu sifat di mana mereka sungguh cinta pada tugas mereka. Perasaan cinta pada tugas ini sungguh mendalam, dan mereka merasa satu tanggungjawab untuk memanjangkan tugas atau pengetahuan yang ada pada mereka kepada orang lain. Ini adalah satu sifat yang mulia, dan susah bagi anda mengamalnya. Jika anda mempunyai sesuatu ilmu atau kemahiran, anda perlu berikan atau ajarkan kepada yang lain, supaya ilmu atau kemahiran anda itu dapat diperluaskan dan memberi manfaat kepada yang lain. Allah SWT telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran Surah al-Zahalah (Ayat 7 dan 8), kebaikan ataupun kejahatan yang dilakukannya, akan dihisab, walaupun sebesar zarah (atom): Bermaksud: “Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalnya)!” Bermaksud: “Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalnya).” Anda perlu mencintai apa sahaja tugas yang telah diamanakan kepada anda, baik anada seorang pelajar di sekolah, mahupun andan seorang profesor di university. Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [KUIS] cinta pada belajar, belajar di mana-mana sahaja
  • 35. MAPPICXS 35 Kejayaan anda sebagai seorang pelajar atau pun seorang pengurus syarikat, mahupun seorang pemimpin negara, perlu mempunyi satu sifat terpuji, iaitu sifat cinta pada tugas anda. 20. BERTENAGA Kelihatan lemah dan tidak berupaya bukanlah sifat para genius. Mereka sentiasa penuh bertenaga dalam melaksanakan apa sahaja tugas yang mereka lakukan. Mereka tidak mempunyai sikap malas. Hidup mereka penuh bertenaga diisi dengan aktiviti yang berfaedah kepada diri mereka atau pun kepada yang lain. Tidak seperti anda sibuk dengan tiada kerja. [Busy doing nothing]. Anda boleh mempunyai sifat seumpama ini – sentiasa penuh bertenaga. Anda perlu buangkan sikap malas dan bersenam untuk meningkatkan tenaga anda. Sepertimana yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran surah al-Barakah, ayat 148: Bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-berlumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Bayangkan anda seorang yang tidak bertenaga – malas, lemah, tidak termaya, bolehkan anda berjaya dalam hidup anda? Malas bertanya juga satu sifat yang tidak baik. Pepatah Melayu “ Malas Bertanya Sesat Dalam Perjalan” atau dengan perkataan lain “ Malas Belajar Sesat Dalam Kehidupan” dan “Malas Berkerja Sesat Dalam Kemiskinan”