Langkah Menuju Kecemerlangan

7,368 views

Published on

2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
• mohon download & dikongsikan kepada org lain. tq
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
• maklumat berharga
Reply
Are you sure you want to  Yes  No
Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
7,368
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
24
Actions
Shares
0
Downloads
304
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Langkah Menuju Kecemerlangan

1. 1. KECEMERLANGAN BERTERUSAN AZIZUL RAHMAN ABDUL RAHMAN GURU CEMERLANG GRED KHAS C
2. 2. MELAKUKAN SESUATU PERKARA TANPA MATLAMAT ADALAH SEUMPAMA BELAYAR DI LAUTAN YANG LUAS TANPA DESTINASI (Hukama)
3. 3. Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi rimba. “ Setiap anak didik perlu diiktiraf kebolehan dan keupayaan mereka kerana setiap mereka ada peranannya dalam masyarakat dan negara. ” (Raja Nazrin Shah, Raja Muda Perak)
4. 4. 17 LANGKAH MENUJU KECEMERLANGAN
5. 5. 1 MERANGSANG MINDA Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan yang mendalam untuk berjaya. Keinginan merupakan motivasi bagi menggerakkan kita untuk menaruh harapan, merancang, dan merangsang minda untuk mengambil sesuatu tindakan bagi mencapai sesuatu tujuan.
6. 6. Pengetahuan semata-mata tidak akan memberi sebarang kuasa. Kuasa peribadi yang hebat hanya akan tercapai hasil daripada kerjasama yang harmoni antara individu yang mampu untuk menumpukan usaha mereka ke arah pencapaian sesuatu matlamat.
7. 7. Seluruh dunia mengetahui bahawa dalam dua atau tiga tahun pertama perkahwinan, lazimnya terdapat banyak perselisihan faham antara pasangan yang berkahwin. Tahun-tahun ini dianggap sebagai “tahun penyesuaian”.
8. 8. Guru Cemerlang yang akan Berjaya mestilah fleksibel dan berupaya menukarkan cara pemikirannya bersesuaian dengan situasi yang dihadapi serta berupaya untuk mengubah “moodnya” tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda kemarahan atau hilang kawalan diri.
9. 9. 2 MATLAMAT YANG KHUSUS Untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi, kita mestilah mempunyai matlamat dan rancangan yang jelas dan khusus. Sesuatu yang berfaedah tidak akan terlaksana tanpa perancangan yang khusus dan dijalankan secara sistematik dan berterusan dari hari ke hari.
10. 10. 3 KEYAKINAN DIRI Untuk mencapai kejayaan, kita mestilah percaya kepada diri sendiri, percaya kepada kebolehan dan keupayaan diri. Percayalah, individu yang sentiasa ragu-ragu tidak akan mampu mencapai sebarang kejayaan dalam hidup mereka.
11. 11.

Kebimbangan dan ketakutan adalah musuh utama kepada kejayaan diri. Enam ketakutan asas manusia ialah:

Takut dikritik

Takut diserang penyakit

Takut ditimpa kemiskinan

Takut untuk menempuh hari tua

Takut kehilangan orang tersayang

Takut mati

12. 12. 4 PENGIKUT ATAU PEMIMPIN? Secara amnya, manusia boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu pemimpin dan pengikut. Pengikut selalunya tidak pernah mencapai apa-apa kejayaan yang besar dalam kehidupan mereka dan tidak akan berjaya sehinggalah mereka Berjaya melepaskan diri daripada taraf “pengikut” dan mula menjadi “pemimpin”.
13. 13. 5 IMAGINASI Tidak akan wujud sebarang pencapaian, sebarang penciptaan, sebarang rancangan atau sebarang matlamat khusus tanpa menggunakan daya imaginasi manusia. Setiap sesuatu yang pernah dicipta atau dibangunkan oleh manusia adalah berasal daripada bayangan dalam minda manusia menerusi daya imaginasinya.
14. 14. Oleh itu, tidak kiralah siapa kita, apa yang kita lakukan, berapa banyak wang yang kita ada, sekiranya kita mempunyai minda yang sihat dan berupaya menggunakan daya imaginasi kita, lama-kelamaan, kita pasti akan memperoleh kedudukan, penghormatan dan segala kebaikan yang kita inginkan.
15. 15. 6 SEMANGAT DAN KEGAIRAHAN Ingatlah bahawa untuk mendapatkan matlamat, semangat dan keghairahan hendaklah dikawal dan disalurkan ke arah sesuatu matlamat yang jelas. Semangat dan keghairahan yang tidak terkawal, secara amnya, boleh mengundang padah.
16. 16. 7 KAWALAN PERASAAN Individu yang cemerlang adalah individu yang berjaya mengawal dan menyimbangkan emosinya. Emosi yang tidak terkawal akan merosakkan sistem badan malah kadangkala boleh membawa maut. Kegagalan dalam mengawal perasaan telah banyak membawa kekecewaan kepada manusia berbanding faktor-faktor lain.
17. 17. 8 BUATLAH LEBIH DARIPADA YANG SEPATUTNYA Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada sepatutnya, kita akan menggunakan segala kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki dengan sepenuhnya.
18. 18. Dengan memberikan perkhidmatan yang lebih daripada apa yang dibayar, kita akan berada dalam kelompok istimewa. Kita pasti akan menempa nama dalam bidang yang kita ceburi dan akan sentiasa ada pasaran bagi perkhidmatan yang kita tawarkan.
19. 19. 9 KEPERIBADIAN YANG MENYENANGKAN Keperibadian yang menyenangkan adalah keperibadian yang tidak menunjukkan ciri-ciri yang menentang.
20. 20. Memupuk keperibadian yang menyenangkan memerlukan tabiat pengawalan perasaan, kerana kita pasti akan menghadapi berbagai halangan dan dugaan. Ramai orang yang akan mencabar kesabaran kita dan cuba menghancurkan niat baik kita untuk berubah ke arah kebaikan.
21. 21. 10 BERFIKIRAN TEPAT Keputusan mendadak dan anggapan melulu yang cuma bersandarkan pendapat yang tidak berasas fakta adalah tidak bernilai sama sekali. Sesiapa sahaja mampu menjadi seorang pemikir yang berfikiran tepat jika kita sentiasa membuat keputusan atau memberi pendapat hanya setelah kita meniliti fakta-fakta berkaitan yang mampu kita perolehi.
22. 22. 11 PENUMPUAN Individu yang mempu melakukan pelbagai pekerjaan tetapi tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam mana-mana bidang, selalunya tidak akan memperoleh kejayaan dalam erti kata sebenar.
23. 23. Jika kita mengimpikan kejayaan, maka kita perlulah mampu menumpukan masa dan tenaga kita ke arah mencapai matlamat dan tidak terbawa-bawa dengan perkara-perkara yang membazirkan.
24. 24. 12 KERJASAMA Tiada siapa yang ingin bekerjasama dengan seseorang yang berkeperbadian buruk, tidak bersemangat atau tidak dapat mengawal perasaan. Kejayaan akan kita kecapi hasil daripada usaha yang teratur dan kerjasama yang harmoni.
25. 25. 13 KEMENANGAN DALAM KEGAGALAN Kegagalan adalah guru kehidupan yang terbaik. Banyak pengajaran yang perlu dipelajari daripada kegagalan sebelum kita dapat menikmati kejayaan dalam hidup. Kegagalan merupakan satu rahmat yang terselindung.
26. 26. Namun, berjuta manusia membuat kesilapan dengan menganggap bahawa kegagalan adalah sesuatu yang muktamad sedangkan kegagalan hanyalah bersifat sementara.
27. 27. 14 TOLERANSI Sikap tidak bertoleransi datangnya daripada sifat kejahilan dan keangkuhan seseorang. Individu yang berilmu pengetahuan selalunya akan sedar bahawa mereka tidak mungkin mengetahui segala ilmu pengetahuan di dunia dan ini akan menjadikan mereka lebih rendah diri dan tidak akan menilai seseorang mengikut nilai-nilai mereka sendiri.
28. 28. 15 BUAT BAIK DIBALAS BAIK Segala kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan pasti ada balasannya. Jika kita pernah memfitnah, maka tiba masanya kita difitnah. Jika kita memuji seseorang, kita pasti menerima pujian kembali. Jika kita menolong seseorang, sudah pasti kita akan ditolong bila kita memerlukan pertolongan. Yang pasti, kita tuai apa yang kita semai.
29. 29. 16 MEMELIHARA KESIHATAN

yang baik bergantung kepada:

Gabungan makanan dan udara yang segar.

Senaman yang sesuai.

Kesihatan mental.

30. 30. 17 BERTAKWA DAN BERTAWAKAL Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Jika hamba-hambaku bertanya padamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa ketika berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah: 186)
31. 31. BUAT ANAK-ANAK YANG TERSAYANG Ya Allah, Ya Tuhanku … Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, jadikan aku seorang yang jujur, baik hati, adil dan tegas.
32. 32. Ya Allah, Ya Tuhanku … Jauhkan aku daripada bersifat zalim dan kejam ke atas anak-anak muridku, jauhkan aku daripada memalukan, membodoh-bodohkan dan menghina mereka, jauhkan aku daripada mencemarkan pertumbuhan mereka yang sihat.
33. 33. Ya Allah, Ya Tuhanku … Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, berikan aku kekuatan rohani dan jasmani supaya dapat aku memberikan kepada anak-anak muridku, kasih saying dan kebahagian sejati, berikan aku taufik dan hidayah untuk mendidik dan membimbing mereka ke arah keimanan dan Ketuhanan dan disiplin yang tinggi.
34. 34. Ya Allah, Ya Tuhanku.. Layakkan aku menjadi seorang guru yang berhemat dan berdisiplin tinggi,layakkan aku menjadi guru dan boleh dicontohi dan dihormati, Ya Allah, Ya Tuhanku … Perkenankanlah restuku ini. AMIN
35. 35. SEKIAN , TERIMA KASIH