1. PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KRT 3033: PENGANTAR BAHASA M
DISEDIAKAN OLEH:
DISEDIAKAN OLEH:
NORLIDA BT. MOHAMED YUSUF
NORLIDA BT. MOHAMED YUSUF
(D20112054732)
(D20112054732)
PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A16(A121PJJ)
PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A16(A121PJJ)
NAMA PENSYARAH
NAMA PENSYARAH : CIK ASMARA BINTI ALIAS
: CIK ASMARA BINTI ALIAS
2. Hai murid-murid!!
Nama cikgu NORLIDA..
Hari ini cikgu mahu
mengajar secara interaktif.
Marilah merasai
keseronokannya bersama-
sama.
3.
4. MENU UTAMA
INFO UJI MINDA
TARIAN
TARIAN KAUM-KAUM UTAMA TAYANGAN
KAUM DI MALAYSIA VIDEO
MELAYU
TARIAN TARIAN
KAUM KAUM
CINA INDIA
5. INFO
Malaysia merupakan sebuah negara
yang mempunyai rakyat pelbagai kaum
atau dikenali sebagai masyarakat
majmuk.
Setiap kaum di Malaysia mengamalkan
agama, budaya dan adat-resam
masing-masing. Tarian merupakan
salah-satu aspek budaya. Terdapat
pelbagai jenis tarian yang akan kita
pelajari kini.
6. TARIAN MASYARAKAT
MELAYU
MAK YONG MELAYU
KUDA KEPANG
ZAPIN
JOGET
TARIAN LILIN
7. Mak Yong Melayu
Tarian Mak Yong yang berasal
dari Patani di selatan Thailand
dicipta untuk hiburan kerabat
DiRaja wanita, permaisuri serta
puteri sewaktu ketiadaan kerabat
diRaja lelaki. Tarian ini
menggabungkan drama romantis,
serta tarian dan nyanyian
tradisional dengan gaya yang
menawan, yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan
Melayu
8. Kuda Kepang
Tarian Kuda Kepang dibawa
ke Negeri Johor oleh pendatang
dari Jawa. Para penari menggunakan
kuda kepang untuk menggambarkan
kisah kejayaan perjuangan suci
Islam, diiringi paluan gendang,
gong dan angklung.
9. Zapin
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional
Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di
negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan
oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada
mulanya digunakan dalam amalan berzikir
yang bertujuan menyebarkan
pengetahuan mengenai sejarah
tamadun Islam.
10. Joget
•
Tarian yang paling terkenal di
Malaysia ini adalah sebuah tarian
yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang
dipersembahkan oleh pasangan
penari dengan gerak-geri pantas
• yang disulami pelbagai usikan,
berasal dari tarian tradisi Portugis
yang diperkenalkan di Melaka
sewaktu era perdagangan rempah
di situ.
11. Tarian Lilin
Sebuah tarian yang dipersembahkan
oleh penari wanita sambil menatang
lilin di dalam piring kecil di atas telapak
tangan mereka, dan memaparkan
gerak-geri yang penuh dengan
kelembutan.
13. Tarian Naga yang
Naga adalah sejenis haiwan dongeng
melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan,
kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan
dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru
Cina, dan dipercayai membawa tuah dan
kekayaan bagi tahun yang baru. Tarian ini
selalunya memerlukan seramai 60 orang bagi
mempertunjukkan persembahan yang penuh
kepakaran, keanggunan serta penataan gerak
tarian yang tepat.
14. Tarian Singa
Tarian ini, yang lazimnya dipersembahkan ketika
perayaan hari Tahun Baru Cina, adalah merupakan
persembahan yang penuh bertenaga
dan menghiburkan. Menurut lagenda, singa adalah
satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian –
sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang
negara China dan mengorbankan manusia pada hari
sebelum Tahun Baru Cina.
16. INDIA BHARATA NATYAM
Tarian klasik India ini bagaikan sebuah
puisi dalam gerak tari. Tarian yang
dramatik dan bersemangat ini
berdasarkan kisah epik India purba, dan
memaparkan lebih dari 100 gerak tarian
dan gaya badan. Memandangkan tarian
ini memakan masa yang lama untuk
dikuasai, terdapat sesetengah penari
kanak-kanak yang mula berlatih pada
umur semuda lima tahun.
17. BHANGRA
Bhangra memaparkan tarian serta muzik
masyarakat Sikh. Pada mulanya Banghra adalah
sebuah tarian menyambut musim menuai,
tetapi kini ianya memainkan peranan dalam pelbagai
sambutan kemasyarakatan termasuk majlis
perkahwinan dan sambutan Tahun Baru. Tarian ini
lazimnya adalah berdasarkan tema-tema romantis,
di mana nyanyian serta tarian yang diiringi paluan
dholo, iaitu sejenis gendang bermuka dua,
menjadikan tarian Bhangra sangat menghiburkan.
18. Tayangan Video
Tarian Masyarakat Melayu:
Zapin – Siti Nurhaliza
Tarian Masyarakat Cina:
Tarian Singa
Tarian Masyarakat India:
Tarian Bhangra – Shahrukh Khan
23. Pilih jawapan yang betul:
1) Tarian Bhangra merupakan tarian bagi
masyarakat__________?
a) Cina b) India
24. Pilih jawapan yang betul:
2) Tarian Singa selalu dipersembahkan
ketika masyarakat Cina menyambut
__________?
a) Tahun Baru Cina b) Deepavali
25. Pilih jawapan yang betul:
3) Apakah jenis tarian yang dipersembahkan
oleh Siti Nurhaliza di dalam tayangan
video masyarakat Melayu?
a) Joget b) Zapin