SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Soalan 1A
Pengenalan
Rancangan Pelajaran Harian(RPH) boleh didifinisikan sebagai satu rancangan
pelajaran yang disediakan untuk beberapa waktu pelajaran sahaja.Ianya mengandungi unsurunsur seperti pengetahuan sedia ada pada murid, objektif pelajaran, alat bantu mengajar,
kaedah dan teknik mengajar, set induksi, perkembangan,penilaian dan penutup bagi kerja
kursus kali ini saya memilih tajuk ikan hiasan dan sub tajuk ialah penyediaan akuarium.
Pemilihan tajuk ini ialah disebabkan tajuk ini mengandungi aktiviti amali dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5
Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

Kelas :

5 Akasia

Tarikh :

12 Mac 2012

Masa :

8.45 – 9.45 pagi

Bilangan pelajar

30

Tajuk :

Ikan Hiasan

Sub Tajuk :

Penyediaan Akuarium

Kemahiran :

Pelajar dapat memilih akuarium dan aksesori yang sesuai
serta menyedia dan menghias akuarium. Selain itu kemahiran
meletak dan menyusun atur aksesori untuk mendapatkan
suasana yang cantik dan damai alam akuatik.

Pengetahuan Sedia ada : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan mengenal
bahagian bahagian luar ikan .
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat:
1.Menyebut 5 daripada 7 aksesori bekas akuarium dengan betul.
2.Menyatakan 5 daripada 6 langkah-langkah menyedia dan
menghias bekas akuarium dengan tepat
3.Menyusun dengan betul
3 Langkah dan teknik memasukan ikan hiasan ke dalam akuarium dengan bantuan
pengurusan grafik.
4.Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan aksesori yang dibekalkan dengan
sekurang- kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul.
Nilai-nilai Murni : Kerjasama, Bersih, Bertanggungjawab, Jimatkan Air, Menyayangi
haiwan peliharaan, dan Estetika
1
Kemahiran Berfikir : Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental,
mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan.
Bahan Bantu Mengajar:Video , power point, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir,
tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium,
ikan hiasan papan tulis, marker pen, pensildan pemadam
Pendidikan Alam Sekitar: Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku
Mengakibatk hidupan dalam air mati.
Kajian Masa Depan: Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan
sampingan.
Langkah/ masa

Isi pelajaran

Set induksi
5minit

Pengenalan kepada
tajuk penyediaan
bekas/ akuarium

Langkah 1
(10 minit)

Aktiviti p&p

Memilih aksesori
bekas/ akuarium

Catatan

1.Murid melihat
rakaman video
mengenai situasi dalam
sebuah akuarium yang
dipenuhi dengan batu
karang dan ikan hiasan
yang berwarna-warni.

BBM:
Video
KBKK:
Membuat
inferens,
menjana idea
Nilai-nilai
Murni:
2.Guru membuat sesi
Menyayangi
sumbangsaran dengan
haiwan
murid tentang bahaya
peliharaan,
tumpahan minyan
PAS:
kepada hidupan
Tumpahan
akuatik.
minyak dan
pencemaran
3.Gurumemperkenalkan
yang sering
tajuk pengajaran hari
berlaku
ini “Penyediaan
mengakibatkan
bekas/akuarium”
hidupan air mati

1.Guru menunjukan
aksesori asas dan
aksesori tambahan
1. Aksesori akuarium akuarium
asas:
2.Murid melihat
i) pam
tayangan power point
ii) penapis
sambil mendengar
penerangan guru
2. Aksesori tambahan
mengenai langkah
:
penyediaan bekas/
iii) batu
akuarium ikan hiasan.
iv) pasir
.
v) tumbuhan akuatik
vi) kayu buruk
2

BBM:
Power point,
pam, penapis,
batu, pasir,
tumbuhan
akuatik, kayu
buruk, poster,
model, lampu
akuarium
KBKK:
Membuat
gambaran
mental,
vii) poster
viii) model
ix) lampu akuarium
Langkah 2
(15 minit)

mengingat
kembali

1.Wakil kumpulan akan
Langkah-langkah
mengambil segala
menyedia dan
peralatan dan aksesori
menghias bekas
akuarium yang akan
akuarium
i) Membersihkan dan dipasang di meja kerja
membilas akuarium kumpulan mereka.
dan meletakkan 2. Murid mengikuti
poster di
langkah penyediaan
belakangnya.
bekas akuarium secara
ii) Masukkan batu
amali di dalam
dan pasi di dasar
kumpulan setelah
akuariumr.
diterangkan oleh
iii)Letakkan hiasan
guru.
seperti kayu buruk, 3. Murid diingatkan
tumbuhan akuatik tentang keselamatan
dan batu kecil di
dan kerjasama
dasar akuarium.
berkumpulan
iv) masukkan batu,
pasir dan kayu
buruk
v) Pasangkan alat
penapis air yang
terdiri dari pada
gegelang bio,span
tapis, arang
diaktifkan, palung
penapis, pam air,
tiup, pam udara
dan tranfomer.
vi)Memasukan air,
-letakkan bekas
-Isikan air
mengikut
kesesuaian
akuarium
-Masukan anti
klorin mengikut
kesesuaian.
ix) masukkan ikan
Pemilihan aksesori
bergantung kepada
spesis ikan yang
hendak dipelihara

BBM:
Ikan hiasan, bekas
akuarium,
tumbuhan
akuatik
KBKK:
Menyusun
mengikut
keutamaan,
membuat
gambaran
mental
Nilai-nilai
murni:
Kerjasama,
jimatkan air,
estetika, bersih,
bertanggungjaw
ab

3
Langkah 3
(15minit)

Teknik memasukan1. 1.Murid melihat
tayangan video dan
ikan hiasan ke dalam melaksanakan kerja
bekas/kolam
amali selepas tayangan
i)letakkan beg ikan
berkenaan.
hiasan ke dalam 3. 2.Murid memasukkan
akuarium/kolam
ikan ke dalam akuarium
selama 20 hingga 30 dan melabelkannya.
minit
ii)masukkan sedikit
air akuarium/
kolam dalam beg
plastik
iii)biarkan ikan
keluar bersama
air daripada beg
plastik

Penilaian
(10 minit)

Kuiz Berkumpulan

Penutup
(5 minit)

Rumusan:
1. Murid dibimbing
1.Penyediaan bekas/
untuk membuat
akuarium
rumusan.
a. Memilih aksesori2. 2.Murid melihat
yang sesuai untuk
tayangan video ikan
bekas/akuarium
hiasan sambil
b.Langkah-langkah
bersoalpenyediaan bekasjawab dengan guru.
akuarium

1. Setiap kumpulan
diberikan papantulis,
marker pen dan
pemadam.
2. 2. Murid diberi taklimat
mengenai syarat
pertandingan, masa
menjawab ialah 15
saat.
3. 3.Murid dikehendaki
menjawab secara
bertulis dengan
memaparkan jawapan
pada papan tulis.
4.Murid diberikan
gula-gula apabila
jawapan betul.
5 Kumpulan yang
menang akan
menerima hadiah
daripada guru

4

Nilai-nilai
murni:
Kerjasama
BBM:
Papan tulis,
pemadam,
marker pen,
power point,
gula-gula dan
pensil

Kemahiran
Berfikir:
membuat
rumusan
Kajian Masa
Depan:
Komersialkan
pemeliharaan
c.Teknikmemasukkan
ikan hiasan ke dalam
bekas/kolam

Tugasan susulan:
Murid dikehendaki
melakar akuarium yang
canggih pada masa
hadapan.

ikan hiasan
sebagai punca
pendapatan
sampingan

Rancangan Mengajar Harian RPH mempunyai beberapa kepentingan kepentingan
antaranya ialah menentukan objektif pelajaran tercapai, menentukan isi yang cukup untuk
disampaikan dalam masa-masa tertentu,Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan
kebolehan murid, merancang alat bantu mengajar yang akan digunakan, merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian dan meyakinkan guru semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Soalan 1C
Pengenalan
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran berbentuk
pra-vokasional yang dijalankan secara teori dan amali. Kerja-kerja amali dijalankan di dalam
bengkel yang telah disediakan di sekolah. Bengkel perlu sentiasa kemas, teratur dan selesa
agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankandengan sempurna. Pengurusan
bengkel seringkali menimbulkan masalah kepada guru-guru KHB di sekolah.
Dalam tajuk ikan hiasan ini kerja amali yang dijalankan untuk menyediakan dan
menghias akuarium ini kaedah penilaian yang paling sesuai ialah kaedah penilaian melalui
pemerhatian paling sesuai digunakan.
Cara ini adalah sesuai untuk mengukur sesuatu kemahiran. Biasanya, dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup ujian pemerhatian penting untuk mengukur kemahiran
menggunakan alatan dan kemahiran menguasai sesuatu topik.
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu
yang diperlukan/ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian meliputi aspek kognitif, afektif dan
psikomotor. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak,
Rekod Anekdot atau Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan
pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masingDalam tajuim ikan hiasan ini
kaedahb yang paling sesuai ialah kaedah pemerhatian iaitu Kaedah Senarai semak, Rekod
anekdot dan skala kadar.

5
1.Senarai Semak
Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan
dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada, aktiviti amali yang berlaku, aktiviti amali dapat diperhatikankekerapan , aktiviti
amali itu berlaku dengan menandakan ( /) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak.
2.Rekod anekdot
1. Maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan bolehdisambung oleh guru
lain, melalui pemerhatian terus, mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah,
catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran, pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat
aktiviti amali murid yang wujud pada masa pemerhatian, mencatat perubahan yang berlaku dalam
aktiviti murid, membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa.
2. Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai satu aktiviti amali kemahiran hidup
murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anedot ditulis secara objektif
menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.Catatan ringkas ini akan membantu guru
memahami murid berkenaan.Kaedah Merekod Naratif / cerita
3. Rekod anekdot adalah rekod mengenai aktiviti amali kemahiran hidup. Ia merupakan
satucatatan ringkas yang merekod tentang aktiviti amali yang penting sahaja. Rekod anekdot
menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa,dan siapa secara objektif sesuatu
aktiviti amali itu berjalan . Guru boleh menerangkan aktiviti yang berlaku atau insiden dengan
perkataan atau menggunakan gambar.Oleh itu guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan
diletakkan padatempat yangmudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama
kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, aktiviti yang berlaku, ulasanguru dan cadangan atau
tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu
murid tersebut.
Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot. Membuat
pemerhatian terhadap aktiviti amali yang berlaku walaupun tidak dirancang. Murid yang hendak
diperhatikan tidak perlu ditentukan., Mengenalpasti aktiviti itu penting dan signifikan kepada
aspek perkembangan murid. Tuliskan apa yang dilihat secara objektif. Aktiviti-aktiviti yang
ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan pengusaan
amali murid dalam sub tajuk ikan hiasan.

6
3. Rekod Skala Kadar
Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clanpencapaian sesuatu tingkah
laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalanmurid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh
dinyatakan secara angkaatau gred.

Soalan 2
Pengenalan
Bengkel Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan
pembelajaran Kemahiran Hidup (KH). Di dalam setiap makmal terdapat peraturan-peraturan
tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat
berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan
sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup
terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran.
Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta
membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah.
Di samping itu juga guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar
terhadap mata pelajaran KH, dengan adanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik
ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta
terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta
pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan.
Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
diagihkan kepada 3 organisasi yang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusanurusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjamin kelancaran proses P&P yang
merangkumi

teori

dan

amali

ini

berjalan

dengan

bersistematik,

selamat

dan

memberangsangkan.
Saya Khirrulnizam bin Abdullah Guru Kemahiran Hidup dari S K Putrajaya Presint
8(2) telah membuat kajian ke atas bengkel S K Putrajaya Presint 16(2) iaitu guru Kemahiran
hidupnya ialah Cik Deepa Pilai yang banyak memberi kerjasama dalam pengkajian saya
tentang bengkel kemahiran hidup sekolahnya.
Aspek pertama dalam kajian saya ialah pengurusan ruang kerja. Di sekolah ini
ruang kerja untuk murid membuat amali agak luas. Bengkel kemahiran hidup di sekolah ini
besar. Jumlah murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dimuat 36 orang
7
pelajar. Meja di dalam bengkel ini besar dan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kemahiran hidup. Satu meja boleh menampung 6 orang pelajar dalam bengkel
ini ada 6 meja besar.
Pelajar bebas bergerak disebabkan ruang benglel ini memang luas, masih ada ruang di
bahagian belakang bengkel yang tidak digunakan. Cadangan dari saya di bahagian belakang
bengkel itu mesti ada sudut jahitan atau kawasan untuk pembelajaran yang dijalankan secara

Teori. Ruang belakang masih belum digunakan.
Lantai bengkel ini sesuai kerana mengunakan lantai yang tahan lasak, lantai bengkel
ini menampung habuk kerana lantai ini jenis kasar tidak mudah dibersihkan, lantai jenis ini
tidak licin.Di bengkel ini lantai nya tidak sesuai kerana menampung habuk

8
Tingkap di bengkel ini memang sesuai tapi ada jendela yang menutup aliran udara
dan cahaya dari masuk. Cadangan dari saya adalah baiknya jendela itu sepatutnya tidak di
pasang di bengkel kemahiran hidup hanya sesuai di pasang di pusat sumber.
Pintu di bengkel hanya jenis satu daun sahaja. Dari pandangan saya bengkel
Kemahiran hiudup mestilah mempunyai daun pintu yang besar atau dua daun pintu.
Dari segi bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan bekalan
air siap dengan pili dan sinki untuk pencucian bengkel ini sesuai dan semuanya lengkap dan
sesuai digunakan pada bila-bila masa dan juga keadaan.
Dari segi stor atau bilik untuk penyimpanan bahan-bahan alatan dan projek, bengkel
ini tidak mempunyai stor yang khusus untuk menyimpan alatan dan bahan. Alatan dan bahan
hanya di simpan pada almari yang ada di dalam bengkel ini sahaja. Cadangan dari saya
haruslah diberi stor khas untuk menyimpan alatan dan bahan.
Aspek kedua yang hendak dikaji ialah penyusunan atau penyimpanan alatan dan
bahan.

Kita hendaklah memerhatikan susun atur bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan
kritiria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja
dapat dijalankan dengan sempurna dan
mengalakan daripada berlakunya kemalangan diri dan kerosakan harta benda.

9
Di sekolah ini rak-rak panel alatan dan kelengkapan ada yang di pamerkan di rak
penel dan ada yang diletakkan pada rak besi. Ini kurang sesuai kerana seharusnya disimpan
dalam stor hanya sedikit sahaja yang dipamerkan.
Rak-rak simpanan bahan binaan projek hanya diletakkan di atas almari sahaja seperti
gambar di bawah ini. Kita boleh lihat hasilan murid dipamerkan di atas almari
sahaja.Cadangan saya harus ada almari khas untuk hasilan murid yang terbaik.

Rak-rak bahan bantuan mengajar tidak ada bahan sepertu mesin jahit di letakkan di
atas meja sahaja, seperti akuarium dalam gambar di bawah ini ianya sesuai diletakkan di atas
meja. Cadangan dari saya ialah supaya diadakan rak khas untuk meletakkan peralatan dan
bahan bantu mengajar.

10
Dari segi memudahan untuk kerja kerja penyelengaraan di bengkel ini amat lemah
sekali kerana alat ban bahan tidak ada tempat yang sesuai untuk di simpan. Ini adalah kerana
bengkel ini tidak ada stor khas untuk menyimpan alat dan bahan dalam bengkel ini. Cadangan
dari saya haruslah disediakan stor atau rak yang sesuai untuk menyimpan alatan dan bahan
bantu mengajar dalam bengkel ini
Aspek yang terakhir ialah langkah-langkah keselamatan yang diamalkan di
bengkel sekolah ini. “UTAMAKAN KESELAMATAN” menjadi teras amalan kita semua
bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala aktiviti dapat
berjalan dengan lancar dan selamat.
Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan mengunakan cat merah,
hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat tidak ada di dalam bengkel ini.
Cadangan dari saya perludiadakan petak kerja dengan garisan mengunakan cat merah, hijau
atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat supaya boleh menjadi penanda aras bagi
murid semasa menjalankan aktiviti amali,
Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi
muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambutdan kaki tidak ada di bengkel
ini. Saya mencadangkan supaya membeli apron untuk melindingi baju dari terkena habuk dan
juga sepihan projek semasa menjalankan kerja amali,

11
Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan. Dapat diperhatikan ada satu
peti pertolongan cemas di bengkel ini. Cadangan dari saya adalah perlu ditambah lagi peti
pertolongan cemas di dalam bengkel ini.

Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi di dalam bengkel ini terdapat satu alat
pemadam api jenis debu. Cadangan dari saya perlu ditambah bilangan alat pemadam api di
bengkel ini supaya langkag keselamatan lebih dititik beratkan.
Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba,
Ambulan, Polis dan lain-lain tiada di bengkel ini.Sebagai persediaan perlulah di paparkan
carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis di dalam
bengkel ini supaya sesiapa saja dapar bertindak sekiranya berlaku kemalangan dalam bengkel.

12
Rumusan
Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk
membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan
keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan
cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja yang baik.
Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam
kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran
asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan
yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan
ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.
Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara
bijak, kreatif, dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik
diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat
diwujudkan.

BIBLIOGRAFI
David A. Williams (1999). Using out-of-class time in educationally purposeful ways. Journal
of Music Teacher Education. Reston: Fall
Delores R. Gauthier (2005). Children’s Literature in the Classroom: Finding the Within
docators.Reston: Jan
Merriam, Sharan B. and Associates. (2002). Qualitative Research in Pratice – Examples for
Discussion and Analysis. San Francisco: Jossey-Bass
Mok Song Sang & Lee Shok Mee (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap I Kuala
Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.
Patricia Scehan Campbell (2002). Music Education in a Time of Cultural Transformation.
Music Educators Journal: Reston.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pendidikan KH Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: PPK
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pendidikan KH Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: PPK

2674 patah perkataan.

13

More Related Content

What's hot

Buku Biologi SMA Kelas X Ari Sulistyorini
Buku Biologi SMA Kelas X Ari SulistyoriniBuku Biologi SMA Kelas X Ari Sulistyorini
Buku Biologi SMA Kelas X Ari SulistyoriniRian Maulana
 
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrina
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrinaSMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrina
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrinasekolah maya
 
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  XBUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS XMOSES HADUN
 
Kelas11 kimia budiutami
Kelas11 kimia budiutamiKelas11 kimia budiutami
Kelas11 kimia budiutamiKang Ama
 
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawaty
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawatyKelas01 senang belajar-ipa-rositawaty
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawatyandikarakhma
 
Buku guru kimia 10
Buku guru kimia 10Buku guru kimia 10
Buku guru kimia 10Susy Harahap
 
Hidrokarbon dan minyak_bumi
Hidrokarbon dan minyak_bumiHidrokarbon dan minyak_bumi
Hidrokarbon dan minyak_bumisunarko47
 
materi IPA kelas 2 MI
materi IPA kelas 2 MImateri IPA kelas 2 MI
materi IPA kelas 2 MIhidayah06
 
SD-MI kelas04 ipa poppy sri
SD-MI kelas04 ipa poppy sriSD-MI kelas04 ipa poppy sri
SD-MI kelas04 ipa poppy srisekolah maya
 

What's hot (14)

Kelas10 kimia ari
Kelas10 kimia ariKelas10 kimia ari
Kelas10 kimia ari
 
Buku Biologi SMA Kelas X Ari Sulistyorini
Buku Biologi SMA Kelas X Ari SulistyoriniBuku Biologi SMA Kelas X Ari Sulistyorini
Buku Biologi SMA Kelas X Ari Sulistyorini
 
Kelas11 kimia2 siti_poppy
Kelas11 kimia2 siti_poppyKelas11 kimia2 siti_poppy
Kelas11 kimia2 siti_poppy
 
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrina
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrinaSMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrina
SMK-MAK kelas10 smk budidaya ikan gusrina
 
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  XBUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS  X
BUKU FISIKA SMA TERPADU, KELAS X
 
Kelas11 kimia budiutami
Kelas11 kimia budiutamiKelas11 kimia budiutami
Kelas11 kimia budiutami
 
Kimia kelas 10
Kimia kelas 10Kimia kelas 10
Kimia kelas 10
 
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawaty
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawatyKelas01 senang belajar-ipa-rositawaty
Kelas01 senang belajar-ipa-rositawaty
 
4
 4 4
4
 
Buku guru kimia 10
Buku guru kimia 10Buku guru kimia 10
Buku guru kimia 10
 
12. b2 analisis kimia dasar
12. b2 analisis kimia dasar12. b2 analisis kimia dasar
12. b2 analisis kimia dasar
 
Hidrokarbon dan minyak_bumi
Hidrokarbon dan minyak_bumiHidrokarbon dan minyak_bumi
Hidrokarbon dan minyak_bumi
 
materi IPA kelas 2 MI
materi IPA kelas 2 MImateri IPA kelas 2 MI
materi IPA kelas 2 MI
 
SD-MI kelas04 ipa poppy sri
SD-MI kelas04 ipa poppy sriSD-MI kelas04 ipa poppy sri
SD-MI kelas04 ipa poppy sri
 

Viewers also liked

Brochure shana hotel
Brochure   shana hotelBrochure   shana hotel
Brochure shana hotelOlivier Sandi
 
Dave mustaine
Dave mustaineDave mustaine
Dave mustainetonkedo
 
Tramite de audiencia asociaciones de consumidores
Tramite de audiencia asociaciones de consumidoresTramite de audiencia asociaciones de consumidores
Tramite de audiencia asociaciones de consumidoresUnionConsumidoresMalaga
 
Future Of Media Report2008
Future Of Media Report2008Future Of Media Report2008
Future Of Media Report2008...
 
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi Adami
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi AdamiBenefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi Adami
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi AdamiCYQ
 
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione Collettiva
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione CollettivaDVD DANTHEA corso Add Ristorazione Collettiva
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione CollettivaSilvia Nascetti
 
Roca gallery_20120919_dossier_xina
Roca gallery_20120919_dossier_xinaRoca gallery_20120919_dossier_xina
Roca gallery_20120919_dossier_xinacoacnet
 
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012Dehesa la moheda presentación y precios 20122012
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012dehesalamoheda
 
Convergencia de redacciones
Convergencia de redaccionesConvergencia de redacciones
Convergencia de redaccionesJesus Fernandez
 
Nordea CSR Report 2013
Nordea CSR Report 2013Nordea CSR Report 2013
Nordea CSR Report 2013Nordea Bank
 
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraude
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraudeAplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraude
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraudePECB
 

Viewers also liked (20)

Hsp kh y5
Hsp kh y5Hsp kh y5
Hsp kh y5
 
Penapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filterPenapis udara / Air filter
Penapis udara / Air filter
 
Brochure shana hotel
Brochure   shana hotelBrochure   shana hotel
Brochure shana hotel
 
Dave mustaine
Dave mustaineDave mustaine
Dave mustaine
 
Tramite de audiencia asociaciones de consumidores
Tramite de audiencia asociaciones de consumidoresTramite de audiencia asociaciones de consumidores
Tramite de audiencia asociaciones de consumidores
 
Future Of Media Report2008
Future Of Media Report2008Future Of Media Report2008
Future Of Media Report2008
 
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi Adami
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi AdamiBenefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi Adami
Benefits Of EHFA Accreditation - FIAF - Mimi Adami
 
Antònia i Regina Opisso
Antònia i Regina OpissoAntònia i Regina Opisso
Antònia i Regina Opisso
 
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione Collettiva
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione CollettivaDVD DANTHEA corso Add Ristorazione Collettiva
DVD DANTHEA corso Add Ristorazione Collettiva
 
Roca gallery_20120919_dossier_xina
Roca gallery_20120919_dossier_xinaRoca gallery_20120919_dossier_xina
Roca gallery_20120919_dossier_xina
 
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012Dehesa la moheda presentación y precios 20122012
Dehesa la moheda presentación y precios 20122012
 
Convergencia de redacciones
Convergencia de redaccionesConvergencia de redacciones
Convergencia de redacciones
 
Glade
Glade Glade
Glade
 
Comunicación
Comunicación Comunicación
Comunicación
 
Clasificacion electrodos gtaw
Clasificacion electrodos gtawClasificacion electrodos gtaw
Clasificacion electrodos gtaw
 
Nordea CSR Report 2013
Nordea CSR Report 2013Nordea CSR Report 2013
Nordea CSR Report 2013
 
Informe de diagnostico dra
Informe de diagnostico draInforme de diagnostico dra
Informe de diagnostico dra
 
Taller de Negocios: Análisis situacional
Taller de Negocios: Análisis situacionalTaller de Negocios: Análisis situacional
Taller de Negocios: Análisis situacional
 
Hsp kh f3a
Hsp kh f3aHsp kh f3a
Hsp kh f3a
 
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraude
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraudeAplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraude
Aplicación de la norma ISO 31000 a la gestión del riesgo de fraude
 

Similar to 760106075177 hbls pengenalan kepada kemahiran hidup khirrulnizam

6. Modul Mulok-3.docx
6. Modul Mulok-3.docx6. Modul Mulok-3.docx
6. Modul Mulok-3.docxssuser43182a
 
Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8 Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8 kasoke
 
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covidRpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covidDesty Erni
 
RPP Prakarya BAB III terbaru
RPP Prakarya BAB III terbaruRPP Prakarya BAB III terbaru
RPP Prakarya BAB III terbaruNovri Yansyah
 
Rpp revisi 2017 pkwu budidaya kelas 9 smp
Rpp revisi 2017 pkwu   budidaya kelas 9 smpRpp revisi 2017 pkwu   budidaya kelas 9 smp
Rpp revisi 2017 pkwu budidaya kelas 9 smpDiva Pendidikan
 
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdfangkengjani65
 
6. Modul Mulok-2.docx
6. Modul Mulok-2.docx6. Modul Mulok-2.docx
6. Modul Mulok-2.docxssuser43182a
 
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docx
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docxSISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docx
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docxRestiana8
 
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxRPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxVinisha Rajagopal
 
762633-1674191577 (3).docx
762633-1674191577 (3).docx762633-1674191577 (3).docx
762633-1674191577 (3).docxmasnaeni05
 
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.sajidinbulu
 
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...sajidinbulu
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfHADIANNAS
 
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi Pendidikan
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi PendidikanPengembangan Bahan Ajar |Teknologi Pendidikan
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi PendidikanAditya Pratama
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]Abdiera
 

Similar to 760106075177 hbls pengenalan kepada kemahiran hidup khirrulnizam (20)

6. Modul Mulok-3.docx
6. Modul Mulok-3.docx6. Modul Mulok-3.docx
6. Modul Mulok-3.docx
 
Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8 Rpp budidaya kelas 8
Rpp budidaya kelas 8
 
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covidRpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
Rpp prakarya 9 pengolahan 1 covid
 
RPP Prakarya BAB III terbaru
RPP Prakarya BAB III terbaruRPP Prakarya BAB III terbaru
RPP Prakarya BAB III terbaru
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Rpp revisi 2017 pkwu budidaya kelas 9 smp
Rpp revisi 2017 pkwu   budidaya kelas 9 smpRpp revisi 2017 pkwu   budidaya kelas 9 smp
Rpp revisi 2017 pkwu budidaya kelas 9 smp
 
Rph bm en roslan
Rph bm en roslanRph bm en roslan
Rph bm en roslan
 
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf
1. MODUL AJAR PPL2 AKTIVITAS MANUSIA DALAM KEGIATAN EKONOMI OK.pdf
 
6. Modul Mulok-2.docx
6. Modul Mulok-2.docx6. Modul Mulok-2.docx
6. Modul Mulok-2.docx
 
CONTOH-FAIL-PBPPP.pdf
CONTOH-FAIL-PBPPP.pdfCONTOH-FAIL-PBPPP.pdf
CONTOH-FAIL-PBPPP.pdf
 
Rancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harianRancangan pengajaran harian
Rancangan pengajaran harian
 
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docx
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docxSISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docx
SISWA FORMAT MODUL AJAR SMPIT PER 1 PRK SEM 2 (8).docx
 
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxRPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 4 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
 
762633-1674191577 (3).docx
762633-1674191577 (3).docx762633-1674191577 (3).docx
762633-1674191577 (3).docx
 
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.
Rpp 1.1.mendeskripsikan besaran pokok dan besaran turunan beserta satuannya.
 
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...
Rpp IPA - Fisika- SMP Kelas 7 Semester 1 K.D-1.1.mendeskripsikan besaran poko...
 
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdfMODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
MODUL AJAR PJOK 2 BAB 8 (perilaku hidup sehat).pdf
 
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi Pendidikan
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi PendidikanPengembangan Bahan Ajar |Teknologi Pendidikan
Pengembangan Bahan Ajar |Teknologi Pendidikan
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 3 [abdiera.com]
 
Daftar isi
Daftar isiDaftar isi
Daftar isi
 

760106075177 hbls pengenalan kepada kemahiran hidup khirrulnizam

  • 1. Soalan 1A Pengenalan Rancangan Pelajaran Harian(RPH) boleh didifinisikan sebagai satu rancangan pelajaran yang disediakan untuk beberapa waktu pelajaran sahaja.Ianya mengandungi unsurunsur seperti pengetahuan sedia ada pada murid, objektif pelajaran, alat bantu mengajar, kaedah dan teknik mengajar, set induksi, perkembangan,penilaian dan penutup bagi kerja kursus kali ini saya memilih tajuk ikan hiasan dan sub tajuk ialah penyediaan akuarium. Pemilihan tajuk ini ialah disebabkan tajuk ini mengandungi aktiviti amali dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Kelas : 5 Akasia Tarikh : 12 Mac 2012 Masa : 8.45 – 9.45 pagi Bilangan pelajar 30 Tajuk : Ikan Hiasan Sub Tajuk : Penyediaan Akuarium Kemahiran : Pelajar dapat memilih akuarium dan aksesori yang sesuai serta menyedia dan menghias akuarium. Selain itu kemahiran meletak dan menyusun atur aksesori untuk mendapatkan suasana yang cantik dan damai alam akuatik. Pengetahuan Sedia ada : Pelajar telah mengetahui jenis-jenis ikan hiasan dan mengenal bahagian bahagian luar ikan . Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran, pelajar dapat: 1.Menyebut 5 daripada 7 aksesori bekas akuarium dengan betul. 2.Menyatakan 5 daripada 6 langkah-langkah menyedia dan menghias bekas akuarium dengan tepat 3.Menyusun dengan betul 3 Langkah dan teknik memasukan ikan hiasan ke dalam akuarium dengan bantuan pengurusan grafik. 4.Melakukan amali penyediaan bekas ikan hiasan dengan aksesori yang dibekalkan dengan sekurang- kurangnya 80% pencapaian lengkap dengan betul. Nilai-nilai Murni : Kerjasama, Bersih, Bertanggungjawab, Jimatkan Air, Menyayangi haiwan peliharaan, dan Estetika 1
  • 2. Kemahiran Berfikir : Membuat Inferens, menjana idea, membuat gambaran mental, mengingat kembali, menyusun ikut keutamaan dan membuat rumusan. Bahan Bantu Mengajar:Video , power point, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium, ikan hiasan papan tulis, marker pen, pensildan pemadam Pendidikan Alam Sekitar: Tumpahan minyak dan pencemaran air yang sering berlaku Mengakibatk hidupan dalam air mati. Kajian Masa Depan: Komersialkan pemeliharaan ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan. Langkah/ masa Isi pelajaran Set induksi 5minit Pengenalan kepada tajuk penyediaan bekas/ akuarium Langkah 1 (10 minit) Aktiviti p&p Memilih aksesori bekas/ akuarium Catatan 1.Murid melihat rakaman video mengenai situasi dalam sebuah akuarium yang dipenuhi dengan batu karang dan ikan hiasan yang berwarna-warni. BBM: Video KBKK: Membuat inferens, menjana idea Nilai-nilai Murni: 2.Guru membuat sesi Menyayangi sumbangsaran dengan haiwan murid tentang bahaya peliharaan, tumpahan minyan PAS: kepada hidupan Tumpahan akuatik. minyak dan pencemaran 3.Gurumemperkenalkan yang sering tajuk pengajaran hari berlaku ini “Penyediaan mengakibatkan bekas/akuarium” hidupan air mati 1.Guru menunjukan aksesori asas dan aksesori tambahan 1. Aksesori akuarium akuarium asas: 2.Murid melihat i) pam tayangan power point ii) penapis sambil mendengar penerangan guru 2. Aksesori tambahan mengenai langkah : penyediaan bekas/ iii) batu akuarium ikan hiasan. iv) pasir . v) tumbuhan akuatik vi) kayu buruk 2 BBM: Power point, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster, model, lampu akuarium KBKK: Membuat gambaran mental,
  • 3. vii) poster viii) model ix) lampu akuarium Langkah 2 (15 minit) mengingat kembali 1.Wakil kumpulan akan Langkah-langkah mengambil segala menyedia dan peralatan dan aksesori menghias bekas akuarium yang akan akuarium i) Membersihkan dan dipasang di meja kerja membilas akuarium kumpulan mereka. dan meletakkan 2. Murid mengikuti poster di langkah penyediaan belakangnya. bekas akuarium secara ii) Masukkan batu amali di dalam dan pasi di dasar kumpulan setelah akuariumr. diterangkan oleh iii)Letakkan hiasan guru. seperti kayu buruk, 3. Murid diingatkan tumbuhan akuatik tentang keselamatan dan batu kecil di dan kerjasama dasar akuarium. berkumpulan iv) masukkan batu, pasir dan kayu buruk v) Pasangkan alat penapis air yang terdiri dari pada gegelang bio,span tapis, arang diaktifkan, palung penapis, pam air, tiup, pam udara dan tranfomer. vi)Memasukan air, -letakkan bekas -Isikan air mengikut kesesuaian akuarium -Masukan anti klorin mengikut kesesuaian. ix) masukkan ikan Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis ikan yang hendak dipelihara BBM: Ikan hiasan, bekas akuarium, tumbuhan akuatik KBKK: Menyusun mengikut keutamaan, membuat gambaran mental Nilai-nilai murni: Kerjasama, jimatkan air, estetika, bersih, bertanggungjaw ab 3
  • 4. Langkah 3 (15minit) Teknik memasukan1. 1.Murid melihat tayangan video dan ikan hiasan ke dalam melaksanakan kerja bekas/kolam amali selepas tayangan i)letakkan beg ikan berkenaan. hiasan ke dalam 3. 2.Murid memasukkan akuarium/kolam ikan ke dalam akuarium selama 20 hingga 30 dan melabelkannya. minit ii)masukkan sedikit air akuarium/ kolam dalam beg plastik iii)biarkan ikan keluar bersama air daripada beg plastik Penilaian (10 minit) Kuiz Berkumpulan Penutup (5 minit) Rumusan: 1. Murid dibimbing 1.Penyediaan bekas/ untuk membuat akuarium rumusan. a. Memilih aksesori2. 2.Murid melihat yang sesuai untuk tayangan video ikan bekas/akuarium hiasan sambil b.Langkah-langkah bersoalpenyediaan bekasjawab dengan guru. akuarium 1. Setiap kumpulan diberikan papantulis, marker pen dan pemadam. 2. 2. Murid diberi taklimat mengenai syarat pertandingan, masa menjawab ialah 15 saat. 3. 3.Murid dikehendaki menjawab secara bertulis dengan memaparkan jawapan pada papan tulis. 4.Murid diberikan gula-gula apabila jawapan betul. 5 Kumpulan yang menang akan menerima hadiah daripada guru 4 Nilai-nilai murni: Kerjasama BBM: Papan tulis, pemadam, marker pen, power point, gula-gula dan pensil Kemahiran Berfikir: membuat rumusan Kajian Masa Depan: Komersialkan pemeliharaan
  • 5. c.Teknikmemasukkan ikan hiasan ke dalam bekas/kolam Tugasan susulan: Murid dikehendaki melakar akuarium yang canggih pada masa hadapan. ikan hiasan sebagai punca pendapatan sampingan Rancangan Mengajar Harian RPH mempunyai beberapa kepentingan kepentingan antaranya ialah menentukan objektif pelajaran tercapai, menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa-masa tertentu,Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid, merancang alat bantu mengajar yang akan digunakan, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penutup dan penilaian dan meyakinkan guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Soalan 1C Pengenalan Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) adalah mata pelajaran berbentuk pra-vokasional yang dijalankan secara teori dan amali. Kerja-kerja amali dijalankan di dalam bengkel yang telah disediakan di sekolah. Bengkel perlu sentiasa kemas, teratur dan selesa agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankandengan sempurna. Pengurusan bengkel seringkali menimbulkan masalah kepada guru-guru KHB di sekolah. Dalam tajuk ikan hiasan ini kerja amali yang dijalankan untuk menyediakan dan menghias akuarium ini kaedah penilaian yang paling sesuai ialah kaedah penilaian melalui pemerhatian paling sesuai digunakan. Cara ini adalah sesuai untuk mengukur sesuatu kemahiran. Biasanya, dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ujian pemerhatian penting untuk mengukur kemahiran menggunakan alatan dan kemahiran menguasai sesuatu topik. Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ditentukan, bagi membantu guru mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan penggunaan Senarai Semak, Rekod Anekdot atau Rekod Profil. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi terhadap prestasi masing-masingDalam tajuim ikan hiasan ini kaedahb yang paling sesuai ialah kaedah pemerhatian iaitu Kaedah Senarai semak, Rekod anekdot dan skala kadar. 5
  • 6. 1.Senarai Semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan.Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada, aktiviti amali yang berlaku, aktiviti amali dapat diperhatikankekerapan , aktiviti amali itu berlaku dengan menandakan ( /) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. 2.Rekod anekdot 1. Maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan bolehdisambung oleh guru lain, melalui pemerhatian terus, mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah, catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran, pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat aktiviti amali murid yang wujud pada masa pemerhatian, mencatat perubahan yang berlaku dalam aktiviti murid, membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa. 2. Rekod anekdot ialah satu catatan ringkas mengenai satu aktiviti amali kemahiran hidup murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Anedot ditulis secara objektif menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.Kaedah Merekod Naratif / cerita 3. Rekod anekdot adalah rekod mengenai aktiviti amali kemahiran hidup. Ia merupakan satucatatan ringkas yang merekod tentang aktiviti amali yang penting sahaja. Rekod anekdot menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa,dan siapa secara objektif sesuatu aktiviti amali itu berjalan . Guru boleh menerangkan aktiviti yang berlaku atau insiden dengan perkataan atau menggunakan gambar.Oleh itu guru perlu sediakan buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan padatempat yangmudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, aktiviti yang berlaku, ulasanguru dan cadangan atau tindakan guru. Guru dapat mengambil tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu murid tersebut. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis Rekod Anekdot. Membuat pemerhatian terhadap aktiviti amali yang berlaku walaupun tidak dirancang. Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan., Mengenalpasti aktiviti itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid. Tuliskan apa yang dilihat secara objektif. Aktiviti-aktiviti yang ditulis dalam rekod anekdot ialah yang menggambarkan tentang perkembangan pengusaan amali murid dalam sub tajuk ikan hiasan. 6
  • 7. 3. Rekod Skala Kadar Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan clanpencapaian sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalanmurid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angkaatau gred. Soalan 2 Pengenalan Bengkel Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup (KH). Di dalam setiap makmal terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. Di samping itu juga guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran KH, dengan adanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja yang mudah dijalankan serta terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventori serta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan. Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diagihkan kepada 3 organisasi yang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusanurusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjamin kelancaran proses P&P yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan bersistematik, selamat dan memberangsangkan. Saya Khirrulnizam bin Abdullah Guru Kemahiran Hidup dari S K Putrajaya Presint 8(2) telah membuat kajian ke atas bengkel S K Putrajaya Presint 16(2) iaitu guru Kemahiran hidupnya ialah Cik Deepa Pilai yang banyak memberi kerjasama dalam pengkajian saya tentang bengkel kemahiran hidup sekolahnya. Aspek pertama dalam kajian saya ialah pengurusan ruang kerja. Di sekolah ini ruang kerja untuk murid membuat amali agak luas. Bengkel kemahiran hidup di sekolah ini besar. Jumlah murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dimuat 36 orang 7
  • 8. pelajar. Meja di dalam bengkel ini besar dan sesuai untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup. Satu meja boleh menampung 6 orang pelajar dalam bengkel ini ada 6 meja besar. Pelajar bebas bergerak disebabkan ruang benglel ini memang luas, masih ada ruang di bahagian belakang bengkel yang tidak digunakan. Cadangan dari saya di bahagian belakang bengkel itu mesti ada sudut jahitan atau kawasan untuk pembelajaran yang dijalankan secara Teori. Ruang belakang masih belum digunakan. Lantai bengkel ini sesuai kerana mengunakan lantai yang tahan lasak, lantai bengkel ini menampung habuk kerana lantai ini jenis kasar tidak mudah dibersihkan, lantai jenis ini tidak licin.Di bengkel ini lantai nya tidak sesuai kerana menampung habuk 8
  • 9. Tingkap di bengkel ini memang sesuai tapi ada jendela yang menutup aliran udara dan cahaya dari masuk. Cadangan dari saya adalah baiknya jendela itu sepatutnya tidak di pasang di bengkel kemahiran hidup hanya sesuai di pasang di pusat sumber. Pintu di bengkel hanya jenis satu daun sahaja. Dari pandangan saya bengkel Kemahiran hiudup mestilah mempunyai daun pintu yang besar atau dua daun pintu. Dari segi bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa dan bekalan air siap dengan pili dan sinki untuk pencucian bengkel ini sesuai dan semuanya lengkap dan sesuai digunakan pada bila-bila masa dan juga keadaan. Dari segi stor atau bilik untuk penyimpanan bahan-bahan alatan dan projek, bengkel ini tidak mempunyai stor yang khusus untuk menyimpan alatan dan bahan. Alatan dan bahan hanya di simpan pada almari yang ada di dalam bengkel ini sahaja. Cadangan dari saya haruslah diberi stor khas untuk menyimpan alatan dan bahan. Aspek kedua yang hendak dikaji ialah penyusunan atau penyimpanan alatan dan bahan. Kita hendaklah memerhatikan susun atur bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan kritiria-kriteria tertentu supaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengalakan daripada berlakunya kemalangan diri dan kerosakan harta benda. 9
  • 10. Di sekolah ini rak-rak panel alatan dan kelengkapan ada yang di pamerkan di rak penel dan ada yang diletakkan pada rak besi. Ini kurang sesuai kerana seharusnya disimpan dalam stor hanya sedikit sahaja yang dipamerkan. Rak-rak simpanan bahan binaan projek hanya diletakkan di atas almari sahaja seperti gambar di bawah ini. Kita boleh lihat hasilan murid dipamerkan di atas almari sahaja.Cadangan saya harus ada almari khas untuk hasilan murid yang terbaik. Rak-rak bahan bantuan mengajar tidak ada bahan sepertu mesin jahit di letakkan di atas meja sahaja, seperti akuarium dalam gambar di bawah ini ianya sesuai diletakkan di atas meja. Cadangan dari saya ialah supaya diadakan rak khas untuk meletakkan peralatan dan bahan bantu mengajar. 10
  • 11. Dari segi memudahan untuk kerja kerja penyelengaraan di bengkel ini amat lemah sekali kerana alat ban bahan tidak ada tempat yang sesuai untuk di simpan. Ini adalah kerana bengkel ini tidak ada stor khas untuk menyimpan alat dan bahan dalam bengkel ini. Cadangan dari saya haruslah disediakan stor atau rak yang sesuai untuk menyimpan alatan dan bahan bantu mengajar dalam bengkel ini Aspek yang terakhir ialah langkah-langkah keselamatan yang diamalkan di bengkel sekolah ini. “UTAMAKAN KESELAMATAN” menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalian ketukangan supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan selamat. Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan mengunakan cat merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat tidak ada di dalam bengkel ini. Cadangan dari saya perludiadakan petak kerja dengan garisan mengunakan cat merah, hijau atau kuning bagi menandakan kawasan kerja selamat supaya boleh menjadi penanda aras bagi murid semasa menjalankan aktiviti amali, Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka dan mata, pernafasan, badan dan lengan, tangan, rambutdan kaki tidak ada di bengkel ini. Saya mencadangkan supaya membeli apron untuk melindingi baju dari terkena habuk dan juga sepihan projek semasa menjalankan kerja amali, 11
  • 12. Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan. Dapat diperhatikan ada satu peti pertolongan cemas di bengkel ini. Cadangan dari saya adalah perlu ditambah lagi peti pertolongan cemas di dalam bengkel ini. Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi di dalam bengkel ini terdapat satu alat pemadam api jenis debu. Cadangan dari saya perlu ditambah bilangan alat pemadam api di bengkel ini supaya langkag keselamatan lebih dititik beratkan. Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain tiada di bengkel ini.Sebagai persediaan perlulah di paparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis di dalam bengkel ini supaya sesiapa saja dapar bertindak sekiranya berlaku kemalangan dalam bengkel. 12
  • 13. Rumusan Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja yang baik. Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologi dan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif, dan inventif. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. BIBLIOGRAFI David A. Williams (1999). Using out-of-class time in educationally purposeful ways. Journal of Music Teacher Education. Reston: Fall Delores R. Gauthier (2005). Children’s Literature in the Classroom: Finding the Within docators.Reston: Jan Merriam, Sharan B. and Associates. (2002). Qualitative Research in Pratice – Examples for Discussion and Analysis. San Francisco: Jossey-Bass Mok Song Sang & Lee Shok Mee (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah Tahap I Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Patricia Scehan Campbell (2002). Music Education in a Time of Cultural Transformation. Music Educators Journal: Reston. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pendidikan KH Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: PPK Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan Pendidikan KH Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: PPK 2674 patah perkataan. 13