SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Pengenalan kepada Pengukuran Kebulatan
( Roundness Measurement)
Disediakan oleh: Khalid bin Sukhairi
( Penolong Jurutera, Makmal Metrologi, FKM UTM Skudai, Johor )
Seminar Perkonsian TACIT Knowledge Staf Makmal 2014 – ( 22-23 Dis 2014 )
Abstraks
• Pengukuran Ketepatan Geometri Kebulatan adalah
merupakan antara pengukuran yang sangat penting di dalam
bidang kejuruteraan Industri pembuatan khususnya
Automotif, Perubatan, Elektronik, Optik & Lens kerana
kebanyakan komponen yang dihasilkan adalah dalam bentuk
bulat. Antara contoh aplikasinya adalah seperti kegunaan
pengalas (bearing), giar, piston, kebuk enjin, orthopeadik
Implant, Injap jantung dan lain-lain lagi. Oleh itu penggunaan
mesin Pengukuran Ketepatan Geometri Kebulatan ini dapat
memastikan kejituan sesuatu produk sentiasa menepati
spesifikasi yang dikehendaki . Seterusnya dapat mengawal
piawai serta kualiti untuk sesuatu produk pengeluaran.
Mesin Menguji Pengukuran Kebulatan jenama Rank Taylor Hobsan model
Talyrond 30 dari tahun 1995 dilokasi Makmal Metrologi, FKM
Pengenalan
• Di dalam kehidupan seharian, hampir setiap hari kita akan
menemui objek geometri yang berbentuk bulat disekeliling
kita secara sedar atau tanpa kita sedar. Geometri yang
berbentuk bulat ini boleh ditransformasikan kepada
beberapa geometri bentuk bulat yang lain contohnya
seperti bentuk spiar, tiub, kon, lonjong, selinder padu, jejari
dan lain-lain lagi. Namun hakikatnya geometri bentuk juga
mempunyai keralatannya tersendiri. Persoalannya adakah
pernah kita pasti objek bentuk bulat yang kita lihat itu
sebenarnya benar-benar bulat? Maka di sinilah lahir
Teknologi Pengukuran Kebulatan, bermula untuk menguji
ketepatan geometri kebulatan sebenar.
Kaedah-Kaedah Penilaian Kebulatan
• Kebanyakan mesin Pengukuran masakini menggunakan
kaedah jejari (Radius Method) untuk menentukan
kebulatan sesuatu bendakerja.
• Berdasarkan kepada kaedah jejari, kebulatan
ditentukan daripada perbezaan diantara jejari maksima
dan jejari Minima bagi susuk dari pusatnya. (P +V)
• Untuk menentukan pengukuran jarak ini, pusat bagi
bulatan rujukan perlulah dikenalpasti dahulu.
• Terdapat 4 kaedah untuk menentukan pusat bagi
sesuatu susuk kebulatan bendakerja mengikut
kesesuaian aplikasinya.
Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua Terkecil
(LSC- Least Square Circle)
Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua
Terkecil (LSC) adalah merupakan bulatan
rujukan yang paling kerap digunakan.
Pusat Bulatan Rujukan diperolehi secara
pengiraan Matematik seterusnya Bulatan
Rujukan terbentuk diantara titik puncak
tertinggi dengan titik lembah terendah
Aplikasinya sesuai kepada komponen yang
ada kaitan dengan fungsi “best-fit”
contohnya seperti Aci dengan Galas,
piston dengan selinder Blok, orthopeadik
Implant dan lain-lain lagi
Contoh penggunaan aplikasi Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua kecil (LSC)
digunakan dalam kajian bidang Perubatan Ortopedic Implant di dalam tesis
pelajar PHD bagi kajian PROXIMAL HUMERUS REPLACEMENT
Di bawah menunjukkan bahan sampel Kajian Ortopedik Implant dengan Pengukuran
Ketepatan geometri kebulatan diuji untuk perbandingan hasil pemotongan
menggunakan mesin vertical milling dalam dua posisi berlainan arah pemotongan
secara Spiral Outward (S3) dan pemotongan secara Zig-Zag (S2)
Gambar menunjukkan operasi pengukuran sedang
dijalankan menggunakan mesin menguji TALYROND 30
Keputusan Pengukuran Ketepatan Kebulatan pemontongan
secara Spiral Outward (S3) mendapat bacaan 14.35 mm
Keputusan Pengukuran Ketepatan Kebulatan pemontongan
secara Zig-Zag (S2) mendapat bacaan 15.40 mm
Kaedah Bulatan Rujukan Zon Minimum
(Minimum Zone Circle)
Kaedah Bulatan Rujukan Zon Minimum
ini menentukan Pusat Bulatan Rujukan
dengan kaedah menggunakan 2 Bulatan
Rujukan yang sepusat yang membentuk
bulatan gores ukur minimum dan gores
ukur maksimum yang menghasilkan jarak
nilai sepadan terkecil
Aplikasi kaedah ini banyak digunakan
khursus untuk menguji kelurusan sesuatu
selinder yang padat atau holo. Di mana
sekurang-kurangnya 3 bacaan kebulatan
di ambil dari 3 ketinggian yang berbeza
bagi menentukan keselinderannya
sebenar.
Contoh: Pengukuran Keselinderan sebenar
Kaedah Bulatan Rujukan Gores-Ukur Maksimum
(MIC – Maximum Inscribed Cicrle)
Pusat Bulatan Rujukan Gores Ukur
Maksimum dibentuk hasil dari
mengembangan Bulatan Rujukan dari
dalam susuk benda kerja sehingga
sekurang-kurangnya 3 titik maksima
menyentuh pada dinding dalam susuk
benda kerja seterusnya membentuk
Bulatan Rujukan Gores-Ukur Maksimum
Aplikasi Bulatan Rujukan Gores-Ukur
Maksimum ini dikhususkan untuk
pengujian Piawaian Tentukuran
(Calibration ) bagi peralatan Tolok Palam
sahaja.(Plug Gauge)
Contoh: Peralatan Tolok Palam
(Plug gauge)
Kaedah Bulatan Rujukan Gores-Ukur Minimum
MCC- (Minimum Circumscribed Circle)
Pusat Bulatan Rujukan Gores Ukur
Minimum dibentuk hasil dari
menguncupan Bulatan Rujukan dari luar
ke arah dalam susuk benda kerja
sehingga sekurang-kurangnya 3 titik
maksimum menyentuh pada dinding
luar susuk benda kerja seterusnya
membentuk Bulatan Rujukan Gores -
Ukur Minimum
Aplikasi Bulatan Rujukan Gores-Ukur
Minimum ini dikhususkan untuk
pengujian Piawaian Tentukuran
(Calibration ) bagi peralatan Tolok Gelang
sahaja. (Ring Gauge)
Contoh: Peralatan Tolok Gelang
(RingGauge)
Fasa Baru dalam Teknologi Pengukuran
Kebulatan
Untuk makluman hadirin perkembangan terkini Teknologi
Pengukuran Kebulatan telah masuk fasa baru dimana
aplikasinya tidak lagi setakat menguji produk yang telah siap
sahaja malah mengesan masalah ketidak bulatan ini dari
peringkat seawal sebelum permulaan proses memotong lagi.
Teknologi Kebulatan fasa baru mengambil langsung pengujian
pergerakan sebenar pusingan spindle mesin sebelum proses
pemotongan supaya dapat memastikan tiada ralat spindle
pada pergerakan pusingan bulatnya sekiranya dapat dikesan
ralat maka kerja-kerja penjajaran pada mesin perlu dibaiki dulu
dengan ini secara automatik hasil pengeluaran akan lebih
produktif.
.
Contoh: Pengujian Spindle Mesin dilakukan
seawal sebelum proses memotong.
Terima Kasih atas perhatian anda,
Insya Allah ada rezeki kita sembang lagi.
Disediakan oleh: Khalid bin Sukhairi
( Penolong Jurutera Makmal Metrologi,FKM UTM Skudai, Johor )

More Related Content

Similar to Pengenalan kepada Pengukuran Kebulatan

Prosedur Mendirisiap Teodolit
Prosedur Mendirisiap TeodolitProsedur Mendirisiap Teodolit
Prosedur Mendirisiap TeodolitIzam Lukman
 
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1Ina Rahmatika Fajri
 
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
 Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaiklessytania
 
Ukur terabas teodolit
Ukur terabas teodolitUkur terabas teodolit
Ukur terabas teodolitNik M Farid
 
Analisis getaran pompa
Analisis getaran pompaAnalisis getaran pompa
Analisis getaran pompaibnu_hajar
 
Makalah Perencanaan Bengkel Pengukuran
Makalah Perencanaan Bengkel PengukuranMakalah Perencanaan Bengkel Pengukuran
Makalah Perencanaan Bengkel PengukuranDewi Izza
 
Jenis jenis-pengukuran-2
Jenis jenis-pengukuran-2Jenis jenis-pengukuran-2
Jenis jenis-pengukuran-2Arief Efendi
 
Metrologi pengukuran
Metrologi pengukuranMetrologi pengukuran
Metrologi pengukuranartyudy
 
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLAB
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLABAplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLAB
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLABIsa Rachman
 
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses enginering
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses engineringALIGNMENT COUPLING PUMP proses enginering
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses engineringapipmustopa3
 
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGA
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGABAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGA
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGAAmrih Prayogo
 
metrologi-industri-12120409101
metrologi-industri-12120409101metrologi-industri-12120409101
metrologi-industri-12120409101anggah12
 
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat UkurPenggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat UkurAhmad Faozi
 
Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Agung O
 
Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Agung O
 

Similar to Pengenalan kepada Pengukuran Kebulatan (20)

torsi.pdf
torsi.pdftorsi.pdf
torsi.pdf
 
Prosedur Mendirisiap Teodolit
Prosedur Mendirisiap TeodolitProsedur Mendirisiap Teodolit
Prosedur Mendirisiap Teodolit
 
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1
F 22-ina rahmatika fajri-39142-tugas 1
 
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
 Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
Mikrometer - Fungsi, Jenis, dan Contoh Mikrometer Terbaik
 
Ukur terabas teodolit
Ukur terabas teodolitUkur terabas teodolit
Ukur terabas teodolit
 
Sst, tools & alat ukur
Sst, tools & alat ukurSst, tools & alat ukur
Sst, tools & alat ukur
 
Analisis getaran pompa
Analisis getaran pompaAnalisis getaran pompa
Analisis getaran pompa
 
Makalah Perencanaan Bengkel Pengukuran
Makalah Perencanaan Bengkel PengukuranMakalah Perencanaan Bengkel Pengukuran
Makalah Perencanaan Bengkel Pengukuran
 
Jenis jenis-pengukuran-2
Jenis jenis-pengukuran-2Jenis jenis-pengukuran-2
Jenis jenis-pengukuran-2
 
Metrologi pengukuran
Metrologi pengukuranMetrologi pengukuran
Metrologi pengukuran
 
96 107 wiwik
96 107 wiwik96 107 wiwik
96 107 wiwik
 
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLAB
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLABAplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLAB
Aplikasi Bentangan Belokan Pipa dengan MATLAB
 
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses enginering
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses engineringALIGNMENT COUPLING PUMP proses enginering
ALIGNMENT COUPLING PUMP proses enginering
 
Mesin larik
Mesin larikMesin larik
Mesin larik
 
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGA
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGABAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGA
BAB II PENGUKURAN RODA GIGI DAN PLAT SEGITIGA
 
metrologi-industri-12120409101
metrologi-industri-12120409101metrologi-industri-12120409101
metrologi-industri-12120409101
 
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat UkurPenggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
Penggunaan dan Pemeliharaan Alat Ukur
 
Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )
 
Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )Cmm ( coordinate measuring machine )
Cmm ( coordinate measuring machine )
 
SST, TOOLS & ALAT UKUR.ppt
SST, TOOLS & ALAT UKUR.pptSST, TOOLS & ALAT UKUR.ppt
SST, TOOLS & ALAT UKUR.ppt
 

Pengenalan kepada Pengukuran Kebulatan

  • 1. Pengenalan kepada Pengukuran Kebulatan ( Roundness Measurement) Disediakan oleh: Khalid bin Sukhairi ( Penolong Jurutera, Makmal Metrologi, FKM UTM Skudai, Johor ) Seminar Perkonsian TACIT Knowledge Staf Makmal 2014 – ( 22-23 Dis 2014 )
  • 2. Abstraks • Pengukuran Ketepatan Geometri Kebulatan adalah merupakan antara pengukuran yang sangat penting di dalam bidang kejuruteraan Industri pembuatan khususnya Automotif, Perubatan, Elektronik, Optik & Lens kerana kebanyakan komponen yang dihasilkan adalah dalam bentuk bulat. Antara contoh aplikasinya adalah seperti kegunaan pengalas (bearing), giar, piston, kebuk enjin, orthopeadik Implant, Injap jantung dan lain-lain lagi. Oleh itu penggunaan mesin Pengukuran Ketepatan Geometri Kebulatan ini dapat memastikan kejituan sesuatu produk sentiasa menepati spesifikasi yang dikehendaki . Seterusnya dapat mengawal piawai serta kualiti untuk sesuatu produk pengeluaran.
  • 3. Mesin Menguji Pengukuran Kebulatan jenama Rank Taylor Hobsan model Talyrond 30 dari tahun 1995 dilokasi Makmal Metrologi, FKM
  • 4. Pengenalan • Di dalam kehidupan seharian, hampir setiap hari kita akan menemui objek geometri yang berbentuk bulat disekeliling kita secara sedar atau tanpa kita sedar. Geometri yang berbentuk bulat ini boleh ditransformasikan kepada beberapa geometri bentuk bulat yang lain contohnya seperti bentuk spiar, tiub, kon, lonjong, selinder padu, jejari dan lain-lain lagi. Namun hakikatnya geometri bentuk juga mempunyai keralatannya tersendiri. Persoalannya adakah pernah kita pasti objek bentuk bulat yang kita lihat itu sebenarnya benar-benar bulat? Maka di sinilah lahir Teknologi Pengukuran Kebulatan, bermula untuk menguji ketepatan geometri kebulatan sebenar.
  • 5. Kaedah-Kaedah Penilaian Kebulatan • Kebanyakan mesin Pengukuran masakini menggunakan kaedah jejari (Radius Method) untuk menentukan kebulatan sesuatu bendakerja. • Berdasarkan kepada kaedah jejari, kebulatan ditentukan daripada perbezaan diantara jejari maksima dan jejari Minima bagi susuk dari pusatnya. (P +V) • Untuk menentukan pengukuran jarak ini, pusat bagi bulatan rujukan perlulah dikenalpasti dahulu. • Terdapat 4 kaedah untuk menentukan pusat bagi sesuatu susuk kebulatan bendakerja mengikut kesesuaian aplikasinya.
  • 6. Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua Terkecil (LSC- Least Square Circle) Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua Terkecil (LSC) adalah merupakan bulatan rujukan yang paling kerap digunakan. Pusat Bulatan Rujukan diperolehi secara pengiraan Matematik seterusnya Bulatan Rujukan terbentuk diantara titik puncak tertinggi dengan titik lembah terendah Aplikasinya sesuai kepada komponen yang ada kaitan dengan fungsi “best-fit” contohnya seperti Aci dengan Galas, piston dengan selinder Blok, orthopeadik Implant dan lain-lain lagi
  • 7. Contoh penggunaan aplikasi Kaedah Bulatan Rujukan Kuasa Dua kecil (LSC) digunakan dalam kajian bidang Perubatan Ortopedic Implant di dalam tesis pelajar PHD bagi kajian PROXIMAL HUMERUS REPLACEMENT
  • 8. Di bawah menunjukkan bahan sampel Kajian Ortopedik Implant dengan Pengukuran Ketepatan geometri kebulatan diuji untuk perbandingan hasil pemotongan menggunakan mesin vertical milling dalam dua posisi berlainan arah pemotongan secara Spiral Outward (S3) dan pemotongan secara Zig-Zag (S2)
  • 9. Gambar menunjukkan operasi pengukuran sedang dijalankan menggunakan mesin menguji TALYROND 30
  • 10. Keputusan Pengukuran Ketepatan Kebulatan pemontongan secara Spiral Outward (S3) mendapat bacaan 14.35 mm
  • 11. Keputusan Pengukuran Ketepatan Kebulatan pemontongan secara Zig-Zag (S2) mendapat bacaan 15.40 mm
  • 12. Kaedah Bulatan Rujukan Zon Minimum (Minimum Zone Circle) Kaedah Bulatan Rujukan Zon Minimum ini menentukan Pusat Bulatan Rujukan dengan kaedah menggunakan 2 Bulatan Rujukan yang sepusat yang membentuk bulatan gores ukur minimum dan gores ukur maksimum yang menghasilkan jarak nilai sepadan terkecil Aplikasi kaedah ini banyak digunakan khursus untuk menguji kelurusan sesuatu selinder yang padat atau holo. Di mana sekurang-kurangnya 3 bacaan kebulatan di ambil dari 3 ketinggian yang berbeza bagi menentukan keselinderannya sebenar.
  • 14. Kaedah Bulatan Rujukan Gores-Ukur Maksimum (MIC – Maximum Inscribed Cicrle) Pusat Bulatan Rujukan Gores Ukur Maksimum dibentuk hasil dari mengembangan Bulatan Rujukan dari dalam susuk benda kerja sehingga sekurang-kurangnya 3 titik maksima menyentuh pada dinding dalam susuk benda kerja seterusnya membentuk Bulatan Rujukan Gores-Ukur Maksimum Aplikasi Bulatan Rujukan Gores-Ukur Maksimum ini dikhususkan untuk pengujian Piawaian Tentukuran (Calibration ) bagi peralatan Tolok Palam sahaja.(Plug Gauge)
  • 15. Contoh: Peralatan Tolok Palam (Plug gauge)
  • 16. Kaedah Bulatan Rujukan Gores-Ukur Minimum MCC- (Minimum Circumscribed Circle) Pusat Bulatan Rujukan Gores Ukur Minimum dibentuk hasil dari menguncupan Bulatan Rujukan dari luar ke arah dalam susuk benda kerja sehingga sekurang-kurangnya 3 titik maksimum menyentuh pada dinding luar susuk benda kerja seterusnya membentuk Bulatan Rujukan Gores - Ukur Minimum Aplikasi Bulatan Rujukan Gores-Ukur Minimum ini dikhususkan untuk pengujian Piawaian Tentukuran (Calibration ) bagi peralatan Tolok Gelang sahaja. (Ring Gauge)
  • 17. Contoh: Peralatan Tolok Gelang (RingGauge)
  • 18. Fasa Baru dalam Teknologi Pengukuran Kebulatan Untuk makluman hadirin perkembangan terkini Teknologi Pengukuran Kebulatan telah masuk fasa baru dimana aplikasinya tidak lagi setakat menguji produk yang telah siap sahaja malah mengesan masalah ketidak bulatan ini dari peringkat seawal sebelum permulaan proses memotong lagi. Teknologi Kebulatan fasa baru mengambil langsung pengujian pergerakan sebenar pusingan spindle mesin sebelum proses pemotongan supaya dapat memastikan tiada ralat spindle pada pergerakan pusingan bulatnya sekiranya dapat dikesan ralat maka kerja-kerja penjajaran pada mesin perlu dibaiki dulu dengan ini secara automatik hasil pengeluaran akan lebih produktif. .
  • 19. Contoh: Pengujian Spindle Mesin dilakukan seawal sebelum proses memotong.
  • 20. Terima Kasih atas perhatian anda, Insya Allah ada rezeki kita sembang lagi. Disediakan oleh: Khalid bin Sukhairi ( Penolong Jurutera Makmal Metrologi,FKM UTM Skudai, Johor )