SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
LAMPIRAN l
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
SIDANG AKADEMIK 2011/2012
JUL 401 – BAHASA MALAYSIA
SILA AMBIL PERHATIAN:
i. Pilih SATU (1) daripada tajuk di bawah.
ii. Tulisan Times New Roman, Font 12 dan ditaip langkau dua baris.
iii. Panjang karangan antara 500 hingga 600 patah perkataan sahaja.
iv. Tugasan ini mesti SAMPAI DI PPPJJ SEBELUM ATAU PADA 02 Januari
2012.
v. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh ini.
vi. Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama TIDAK diasingkan.
Bahagian A: KARANGAN
ARAHAN:
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah perkataan tentang
satu daripada tajuk di bawah.
(Pemarkahan karangan yang anda tulis akan dinilai berdasarkan isi, organisasi,
bahasa dan ejaan serta gaya keseluruhannya.)
1. Universiti Apex menggemilangkan dunia akademik negara.Bincangkan.
2. Kegemilangan negara bergantung pada kegemilangan rakyatnya yang
seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.
Bincangkan.
3. Bahasa Malaysia memenuhi fungsinya sebagai bahasa pentadbiran negara,
bahasa ilmu, dan bahasa yang menyatupadukan rakyat? Berikan pendapat
anda.
4. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di negara ini
semakin terhakis. Berikan pendapat anda.
5. Mahasiswa pencetus perubahan masyarakat. Paparkan.
LAMPIRAN II
Bahagian B: KEFAHAMAN BACAAN
ARAHAN:
i. Baca petikan di beri dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan ringkas dan tepat.
ii. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan bagi setiap soalan.
iii. Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul
dan tepat.
Setiap kali menjelang musim perayaan,masalah kenaikan harga yang berlebihan
menjadi isu utama yang dibincangkan dalam media massa. Kebiasaannya,
permintaan terhadap sesetengah barang meningkat dengan mendadak, khasnya
bagi bahan makanan yang banyak digunakan sewaktu musim perayaan, seperti
sayur-sayuran, ikan, ayam, dan daging. Mengikut teori ekonomi, peningkatan
permintaan yang berlaku secara berterusan tanpa disertai peningkatan penawaran
akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga. Pengguna pula sewajarnya
mempunyai maklumat yang mencukupi tentang fenomena kenaikan harga barangan
agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan peniaga
yang gemar menangguk di air keruh.
Kenaikan harga barangan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca.
Bencana alam boleh menyebabkan kekurangan bekalan makanan. Dalam situasi
ini, penawaran akan berkurangan manakala kadar permintaan tidak mengalami
perubahan. Kenaikan harga barangan secara semula jadi juga berlaku apabila
penduduk bertambah secara mendadak sedangkan bekalan barangan tidak dapat
diatasi dengan meningkatkan penawaran melalui usaha menambah bekalan
barangan yang mengalami kekurangan.
Faktor manusia turut memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi
kenaikan harga, terutamanya pada masa tertentu. Realiti kehidupan masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah mewujudkan pelbagai perayaan.
Hal ini memberi kesempatan kepada sesetengah peniaga yang tidak
bertanggungjawab untuk menaikkan harga secara berlebihan pada musim perayaan.
Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan skim kawalan harga bagi
menstabilkan harga dan memastikan pengguna tidak menghadapi masalah kenaikan
harga barangan keperluan yang melampau. Pada musim perayaan, kerajaan telah
mewartakan beberapa jenis barangan keperluan sebagai barangan kawalan.
Tindakan ini adalah mengikut Akta Kawalan Harga 1946 yang menetapkan agar
semua barangan kawalan hendaklah dilabelkan dengan tanda harga berwarna
merah jambu sepanjang tempoh penguatkuasaan berkenaan. Tindakan tegas akan
dikenakan ke atas mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
Kejayaan menangani kenaikan harga barangan banyak bergantung kepada tahap
kesedaran pengguna terhadap kuasa beli yang dimiliki oleh mereka. Selain itu,
sebagai ejen utama dalam ekonomi yang mewujudkan permintaan, pengguna perlu
memiliki maklumat yang secukupnya tentang peranan yang harus dimainkan oleh
mereka dalam melengkapkan inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi
membanteras masalah ini. Selain bertindak sebagai pemantau harga, pengguna
seharusnya menyedari hak mereka untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi
dengan membuat laporan dan aduan tentang masalah yang berkaitan kenaikan
harga yang didakwa berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Pengguna juga
tidak seharusnya teragak-agak untuk menyuarakan aduan tentang amalan
perniagaan yang tidak beretika dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak
peniaga. Hak pengguna ini tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999
yang dikuatkuasa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Buletin Perlindungan Pengguna, November 2002)
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna
mampu membendung kenaikan harga barang?
Kuasa beli pengguna bermaksud pengguna mempunyai kuasa penuh dalam
membuat keputusan atau penilaian ketika membuat pembelian barangan.
Pengguna mempunyai kuasa penuh dalam membendung kenaikan harga
barangan ,pengguna seharusnya tidak membuat pembelian barangan sesuka hati tanpa
membuat perbandingan harga dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat
keraguan selain itu pengguna juga mestilah bijak mencari barangan alternatif sekiranya
harga sesuatu barangan itu meningkat kerana pembelian tidak terkawal akan
mengakibatakan harga terus meningkat.
2. Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa ‘Akta
Perlindungan Pengguna 1999’ gagal berfungsi sebagai pelindung hak
pengguna.
Berikan hujahan anda.
Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan bertujuan melindungi hak hak
pengguna agar tidak menjadi mangsa beban kenaikan harga barangan,pada awalnya
sebelum pengwujudan akta ini pengguna tidak ada badan atau agensi yang boleh
membantu sekiranya terdapat penindasan harga ke atas pengguna.
Setelah akta ini diperkenalkan pengguna diberi pembelaan
sepenuhnya,pemantauan dan penguatkusaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan
mengambil tindakan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta
tersebut,penguatkusaan harga barangan khususnya barangan terkawal dengan
menyenaraikan harga barangan semasa sangat bermanafaat,Akta ini mengambil berat
penindasan harga ke atas pengguna sejajar dengan itu Tribunal Tuntutan Pengguna telah
diperkenalkan yang bertujuan menangani masalah pengguna yang mana Tribunal
tersebut berhak mendengar tuntutan yang berjumlah tidak melebihi RM10 ribu dan
pihak pihak berkenaan tidak boleh diwakili oleh mana mana peguamcara atau
peguambela, jelas Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperjuang dan
mempertahankan hak pengguna.

More Related Content

What's hot

Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikro
Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikroMendeskripsikan ekonomi makro dan mikro
Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikroReni9716
 
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokMakalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokKinza_com
 
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2La Ode Sarfila
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Mr. H
 
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikro
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikroRangkuman kesimpulan ekonomi mikro
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikroRetna Rindayani
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Mr. H
 
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016 Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016 Ruhilatul Ilma
 
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...UNESA
 
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768Risky Saputra
 
Ekonomi mikro dan makro
Ekonomi mikro dan makroEkonomi mikro dan makro
Ekonomi mikro dan makroMasni Gunawan
 
Tugas makalah mikro
Tugas makalah mikroTugas makalah mikro
Tugas makalah mikrorizacikgu
 
Makalah Mikroe dan makroe
Makalah Mikroe dan makroeMakalah Mikroe dan makroe
Makalah Mikroe dan makroeTeuku Tik-Tok
 
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan Pasar
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan PasarValue Based Marketing : Pasar & Permintaan Pasar
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan PasarIrwansyah Irwansyahdan
 

What's hot (14)

Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikro
Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikroMendeskripsikan ekonomi makro dan mikro
Mendeskripsikan ekonomi makro dan mikro
 
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokokMakalan kenaikan harga kebutuhan pokok
Makalan kenaikan harga kebutuhan pokok
 
Masalah dan Sistem Ekonomi
Masalah dan Sistem EkonomiMasalah dan Sistem Ekonomi
Masalah dan Sistem Ekonomi
 
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2
Bahan ajar ekonomi X Semsesrer 1 dan 2
 
Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009Sistem Ekonomi Campuran 2009
Sistem Ekonomi Campuran 2009
 
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikro
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikroRangkuman kesimpulan ekonomi mikro
Rangkuman kesimpulan ekonomi mikro
 
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas 2009
 
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016 Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016
Analisis Makro dan Mikro Ekonomi Ruhilatul Ilma 434334032018016
 
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...
Karya Tulis Ilmiah: Pengaruh Peran Perbankan Terhadap UMKM Saat Terjadi Infla...
 
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768
Nama; muhamad riski saputra, npm; 15213768
 
Ekonomi mikro dan makro
Ekonomi mikro dan makroEkonomi mikro dan makro
Ekonomi mikro dan makro
 
Tugas makalah mikro
Tugas makalah mikroTugas makalah mikro
Tugas makalah mikro
 
Makalah Mikroe dan makroe
Makalah Mikroe dan makroeMakalah Mikroe dan makroe
Makalah Mikroe dan makroe
 
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan Pasar
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan PasarValue Based Marketing : Pasar & Permintaan Pasar
Value Based Marketing : Pasar & Permintaan Pasar
 

Viewers also liked

Undang-undang jualan Barang
Undang-undang jualan BarangUndang-undang jualan Barang
Undang-undang jualan BarangWanBK Leo
 
Undang undang kontrak
Undang undang kontrakUndang undang kontrak
Undang undang kontrakAlip Pg
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanMOHD SHAHRIN SN
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 

Viewers also liked (6)

Gst doc
Gst docGst doc
Gst doc
 
Undang-undang jualan Barang
Undang-undang jualan BarangUndang-undang jualan Barang
Undang-undang jualan Barang
 
Pengguna
PenggunaPengguna
Pengguna
 
Undang undang kontrak
Undang undang kontrakUndang undang kontrak
Undang undang kontrak
 
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahanPengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
Pengaruh pengiklanan kepada pengguna (kebaikan dan kelemahan
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 

Similar to Jul401

hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaranhubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaranmandalina landy
 
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi gabrielpanjaitan
 
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016ekho109
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakRozlee Mian
 
Masalah ekonomi dan kebutuhan
Masalah ekonomi dan kebutuhanMasalah ekonomi dan kebutuhan
Masalah ekonomi dan kebutuhanNasruddin Asnah
 
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaMakalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaWarnet Raha
 
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9nelyaarofatin
 
Ekonomika Mikro.pdf
Ekonomika Mikro.pdfEkonomika Mikro.pdf
Ekonomika Mikro.pdfIpheSambas1
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018ZahraKamila4
 
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaMakalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaSeptian Muna Barakati
 
Compilation microeconomis
Compilation microeconomisCompilation microeconomis
Compilation microeconomisdharma dina
 
Kelompok 1 pe mikro (1)
Kelompok 1 pe mikro (1)Kelompok 1 pe mikro (1)
Kelompok 1 pe mikro (1)FaizaMasudiyah
 
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...adeayularassati
 
UAS EKONOMI MANAJERIAL
UAS EKONOMI MANAJERIALUAS EKONOMI MANAJERIAL
UAS EKONOMI MANAJERIALAbiAlayubi
 

Similar to Jul401 (20)

hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaranhubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
hubungkait di antara pengguna, peniaga dan kerajaan di pasaran
 
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi
interaksi manusia dengan lingkungan hidup ekonomi
 
Bab vii perlindungan konsumen
Bab vii perlindungan konsumenBab vii perlindungan konsumen
Bab vii perlindungan konsumen
 
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
(Sindonews.com) Opini ekonomi 5 desember 2015-17 Januari 2016
 
Kepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijakKepentingan pengguna yang bijak
Kepentingan pengguna yang bijak
 
Pengantar ekonomi
Pengantar ekonomiPengantar ekonomi
Pengantar ekonomi
 
Rangkuman ekro
Rangkuman ekroRangkuman ekro
Rangkuman ekro
 
Makalah Ekonomi Mikro II (Resume)
Makalah Ekonomi Mikro II (Resume)Makalah Ekonomi Mikro II (Resume)
Makalah Ekonomi Mikro II (Resume)
 
Masalah ekonomi dan kebutuhan
Masalah ekonomi dan kebutuhanMasalah ekonomi dan kebutuhan
Masalah ekonomi dan kebutuhan
 
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaMakalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
 
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaMakalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
 
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9
PENGANTAR EKONOMI MIKRO KELOMPOK 9
 
Ekonomika Mikro.pdf
Ekonomika Mikro.pdfEkonomika Mikro.pdf
Ekonomika Mikro.pdf
 
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomiHBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
HBSS2203 Perkembangan Ekonomi Asas Topik 2 sistem sistem ekonomi
 
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018
HBL, ZAHRA KAMILA, ARTIKEL HUKUM BISNIS DAN LINGKUNGAN, MERCU BUANA, 2018
 
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasaMakalah perlindungan konsumen atau jasa
Makalah perlindungan konsumen atau jasa
 
Compilation microeconomis
Compilation microeconomisCompilation microeconomis
Compilation microeconomis
 
Kelompok 1 pe mikro (1)
Kelompok 1 pe mikro (1)Kelompok 1 pe mikro (1)
Kelompok 1 pe mikro (1)
 
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...
Hbl, ade ayu larassati, hapzi ali,perlindungan konsumen dan tanggungjawab huk...
 
UAS EKONOMI MANAJERIAL
UAS EKONOMI MANAJERIALUAS EKONOMI MANAJERIAL
UAS EKONOMI MANAJERIAL
 

Jul401

  • 1. LAMPIRAN l PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA SIDANG AKADEMIK 2011/2012 JUL 401 – BAHASA MALAYSIA SILA AMBIL PERHATIAN: i. Pilih SATU (1) daripada tajuk di bawah. ii. Tulisan Times New Roman, Font 12 dan ditaip langkau dua baris. iii. Panjang karangan antara 500 hingga 600 patah perkataan sahaja. iv. Tugasan ini mesti SAMPAI DI PPPJJ SEBELUM ATAU PADA 02 Januari 2012. v. Markah 0 akan diberi jika tugasan sampai selepas tarikh ini. vi. Bahagain A dan B hendaklah dihantar bersama TIDAK diasingkan. Bahagian A: KARANGAN ARAHAN: Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 500-600 patah perkataan tentang satu daripada tajuk di bawah. (Pemarkahan karangan yang anda tulis akan dinilai berdasarkan isi, organisasi, bahasa dan ejaan serta gaya keseluruhannya.) 1. Universiti Apex menggemilangkan dunia akademik negara.Bincangkan. 2. Kegemilangan negara bergantung pada kegemilangan rakyatnya yang seimbang dari segi perkembangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual. Bincangkan. 3. Bahasa Malaysia memenuhi fungsinya sebagai bahasa pentadbiran negara, bahasa ilmu, dan bahasa yang menyatupadukan rakyat? Berikan pendapat anda. 4. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kaum di negara ini semakin terhakis. Berikan pendapat anda. 5. Mahasiswa pencetus perubahan masyarakat. Paparkan.
  • 2. LAMPIRAN II Bahagian B: KEFAHAMAN BACAAN ARAHAN: i. Baca petikan di beri dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan ringkas dan tepat. ii. Panjang jawapan anda TIDAK lebih 50 patah perkataan bagi setiap soalan. iii. Markah diberi berdasarkan hujahan dan penggunaan tatabahasa yang betul dan tepat. Setiap kali menjelang musim perayaan,masalah kenaikan harga yang berlebihan menjadi isu utama yang dibincangkan dalam media massa. Kebiasaannya, permintaan terhadap sesetengah barang meningkat dengan mendadak, khasnya bagi bahan makanan yang banyak digunakan sewaktu musim perayaan, seperti sayur-sayuran, ikan, ayam, dan daging. Mengikut teori ekonomi, peningkatan permintaan yang berlaku secara berterusan tanpa disertai peningkatan penawaran akan menyebabkan berlakunya peningkatan harga. Pengguna pula sewajarnya mempunyai maklumat yang mencukupi tentang fenomena kenaikan harga barangan agar mereka dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan peniaga yang gemar menangguk di air keruh. Kenaikan harga barangan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa punca. Bencana alam boleh menyebabkan kekurangan bekalan makanan. Dalam situasi ini, penawaran akan berkurangan manakala kadar permintaan tidak mengalami perubahan. Kenaikan harga barangan secara semula jadi juga berlaku apabila penduduk bertambah secara mendadak sedangkan bekalan barangan tidak dapat diatasi dengan meningkatkan penawaran melalui usaha menambah bekalan barangan yang mengalami kekurangan. Faktor manusia turut memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi kenaikan harga, terutamanya pada masa tertentu. Realiti kehidupan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah mewujudkan pelbagai perayaan. Hal ini memberi kesempatan kepada sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk menaikkan harga secara berlebihan pada musim perayaan. Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan skim kawalan harga bagi menstabilkan harga dan memastikan pengguna tidak menghadapi masalah kenaikan harga barangan keperluan yang melampau. Pada musim perayaan, kerajaan telah mewartakan beberapa jenis barangan keperluan sebagai barangan kawalan. Tindakan ini adalah mengikut Akta Kawalan Harga 1946 yang menetapkan agar semua barangan kawalan hendaklah dilabelkan dengan tanda harga berwarna merah jambu sepanjang tempoh penguatkuasaan berkenaan. Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka yang melanggar peraturan yang ditetapkan. Kejayaan menangani kenaikan harga barangan banyak bergantung kepada tahap kesedaran pengguna terhadap kuasa beli yang dimiliki oleh mereka. Selain itu, sebagai ejen utama dalam ekonomi yang mewujudkan permintaan, pengguna perlu
  • 3. memiliki maklumat yang secukupnya tentang peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam melengkapkan inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi membanteras masalah ini. Selain bertindak sebagai pemantau harga, pengguna seharusnya menyedari hak mereka untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi dengan membuat laporan dan aduan tentang masalah yang berkaitan kenaikan harga yang didakwa berlaku disebabkan kekurangan bekalan. Pengguna juga tidak seharusnya teragak-agak untuk menyuarakan aduan tentang amalan perniagaan yang tidak beretika dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak peniaga. Hak pengguna ini tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang dikuatkuasa oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buletin Perlindungan Pengguna, November 2002) 1. Pada pendapat anda, bagaimanakah kuasa beli yang dimiliki oleh pengguna mampu membendung kenaikan harga barang? Kuasa beli pengguna bermaksud pengguna mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan atau penilaian ketika membuat pembelian barangan. Pengguna mempunyai kuasa penuh dalam membendung kenaikan harga barangan ,pengguna seharusnya tidak membuat pembelian barangan sesuka hati tanpa membuat perbandingan harga dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat keraguan selain itu pengguna juga mestilah bijak mencari barangan alternatif sekiranya harga sesuatu barangan itu meningkat kerana pembelian tidak terkawal akan mengakibatakan harga terus meningkat. 2. Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa ‘Akta Perlindungan Pengguna 1999’ gagal berfungsi sebagai pelindung hak pengguna. Berikan hujahan anda. Akta Perlindungan Pengguna 1999 diwujudkan bertujuan melindungi hak hak pengguna agar tidak menjadi mangsa beban kenaikan harga barangan,pada awalnya sebelum pengwujudan akta ini pengguna tidak ada badan atau agensi yang boleh membantu sekiranya terdapat penindasan harga ke atas pengguna. Setelah akta ini diperkenalkan pengguna diberi pembelaan sepenuhnya,pemantauan dan penguatkusaan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan mengambil tindakan berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Akta tersebut,penguatkusaan harga barangan khususnya barangan terkawal dengan menyenaraikan harga barangan semasa sangat bermanafaat,Akta ini mengambil berat
  • 4. penindasan harga ke atas pengguna sejajar dengan itu Tribunal Tuntutan Pengguna telah diperkenalkan yang bertujuan menangani masalah pengguna yang mana Tribunal tersebut berhak mendengar tuntutan yang berjumlah tidak melebihi RM10 ribu dan pihak pihak berkenaan tidak boleh diwakili oleh mana mana peguamcara atau peguambela, jelas Akta Perlindungan Pengguna 1999 memperjuang dan mempertahankan hak pengguna.