SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Produk/ Perkhidmatan 
High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe 
Alamat 
1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor 
Kisah dan Pengalaman 
SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di 
sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak 
berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal 
putus asa berbayar semula.Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 
tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai 
pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar 
produk makanan ke arena global. 
Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula? 
Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan 
pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari -cari kerja apa 
yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.Saya mula dengan membuat nasi lemak, 
bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung 
untuk berkembang pesat.Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih 
tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa 
hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih. 
Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih kepada 14 
hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan 
bantuan 14 pekerja.Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai 
kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian 
dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan.Saya ubah cara 
perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan 
yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman 
menyiapkan tempahan yang diterima. 
Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. 
Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua 
biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. 
Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama 
kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. 
Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh 
diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. 
Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s 
Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut -biskut kepada pasar raya, pasar malam dan 
pasar Ramadan.
Beralih 
Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama kami ialah di 
Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s Fresh Bake. Tapak kedua 
dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya menambah menu sepert i roti jala, aneka 
laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia bertukar menjadi kafe kecil. 
Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk 
antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. 
Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada 
serbuk. Idea ini saya dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah 
dan segera serta sedap. Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa 
menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan kerana niat seorang 
ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab halal di sana. 
Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez Norsham, 27, pulang 
dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya terima pelawaan tersebut. Jadi pada 
September 2006 anak saya yang sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke 
sana sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan 
antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di 
Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan 
haji, anak pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka 
sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup meninggalkan bidang 
kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga. 
Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang memfokus kepada produk 
rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar 
di Ijok yang ditanam dengan serai, lengkuas dan beberapa lagi. Menerusi cerita puan di atas sudah 
pastinya bukan calang-calang orang berani mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan 
serta kelebihan puan untuk terus bertahan? Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan 
berkat kerja keras yang tidak kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran 
yang melanda alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. Ini semuanya tidak 
diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu 
telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan 
minat dan kemahiran memasak.Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya
dengan kerja-kerja di dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan 
tahun, sedikit sebanyak membina keyakinan diri. 
Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa dengan tugasan 
sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa tetapi mereka 
berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila mana ada kenduri kendara, merekalah yang 
dipanggil untuk memasak. Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna 
berkaitan ilmu memasak.Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak 
kecil dan yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun pada masa 
itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan dan kepercayaan inilah yang 
banyak membentuk saya seperti sekarang. 
Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah antaranya dan 
bagaimana puan menghadapinya? 
Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya memang kami tidak 
dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya kita sukar untuk maju. Cabaran 
berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta 
tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah saya alami, itu memang cukup 
mencabar.Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan 
pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya 
Allah tempat kami menyerah.Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu 
memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru. 
Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman 
suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan 
itu.Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di 
sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya. 
Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah perancangan puan pada masa 
hadapan? 
Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, selagi ada 
peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini adalah bisnes keluarga, 
jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya.Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan 
daripada anak pertama dan kedua yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, 
menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan 
kami. 
Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah boleh 
difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, Seremban, Negeri 
Sembilan. Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk yang 
perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kami juga telah mendapat 
kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus 
berkembang kukuh. Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu 
yang perlu dibanggakan. 
Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang menceburi bidang ini? 
Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal 
bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak 
bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta
sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima 
kemahiran berkomunikasi. 
Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd. 
Profil Syarikat 
Pengasas 
Noraini Ahmad 
Jenis Bisnes 
Manufacturer 
Produk/ Perkhidmatan 
High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe 
Alamat 
1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor 
Pekerja 
51-100 people 
Tahun ditubuhkan 
2004 
Pemilik Syarikat 
Hezir Effez Norsham 
Pasaran 
North America, South America, Western Europe, Eastern Europe, 
Eastern Asia, Southeast Asia, Mid East, Africa, Oceania 
Pendapatan 
US$1 Million
Kisah dan Pengalaman 
SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada 
hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada 
awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, 
akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula. 
Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, 
sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui 
pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s 
sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global. 
Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula? 
Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah 
berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan 
pembantu rumah, saya tercari-cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari 
sumber pendapatan. 
Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa 
ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat. 
Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional 
saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang 
beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih. 
Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih 
kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan 
di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja. 
Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai 
kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari 
penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih 
diteruskan. 
Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, 
saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, 
saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima. 
Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba 
membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih 
mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis 
biskut yang dihasilkan.
Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat 
kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih 
Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. 
Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah 
yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama. 
Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar 
raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise 
Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar 
malam dan pasar Ramadan. 
Beralih 
Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama 
kami ialah di Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s 
Fresh Bake. Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya 
menambah menu seperti roti jala, aneka laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia 
bertukar menjadi kafe kecil. 
Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan 
menghasilkan 11 produk antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka 
laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar 
produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya 
dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan 
segera serta sedap. 
Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa 
menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan 
kerana niat seorang ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab 
halal di sana. 
Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez 
Norsham, 27, pulang dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya 
terima pelawaan tersebut. Jadi pada September 2006 anak saya yang sanggup 
melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke sana sehinggalah 
sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan 
antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. 
Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ 
kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan haji, anak 
pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka 
sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup 
meninggalkan bidang kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga. 
Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang 
memfokus kepada produk rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah 
rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam dengan serai, 
lengkuas dan beberapa lagi.
Menerusi cerita puan di atas sudah pastinya bukan calang-calang orang berani 
mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan serta kelebihan puan 
untuk terus bertahan? 
Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan berkat kerja keras yang tidak 
kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran yang melanda 
alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. 
Ini semuanya tidak diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya 
daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu telah membawa saya sehingga ke tahap ini. 
Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan minat dan kemahiran 
memasak. 
Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya dengan kerja-kerja di 
dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan tahun, 
sedikit sebanyak membina keyakinan diri. 
Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa 
dengan tugasan sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah 
sepenuh masa tetapi mereka berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila 
mana ada kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk memasak. 
Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu 
memasak. 
Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak kecil dan 
yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun 
pada masa itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan 
dan kepercayaan inilah yang banyak membentuk saya seperti sekarang. 
Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah 
antaranya dan bagaimana puan menghadapinya? 
Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya 
memang kami tidak dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya 
kita sukar untuk maju. 
Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang 
sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah 
saya alami, itu memang cukup mencabar. 
Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan 
pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang 
tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah. 
Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta 
sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru.
Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta 
persefahaman suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan 
keteguhan seseorang ahli perniagaan itu. 
Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada 
hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya. 
Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah 
perancangan puan pada masa hadapan? 
Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, 
selagi ada peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini 
adalah bisnes keluarga, jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya. 
Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan daripada anak pertama dan kedua 
yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, menjadi pemangkin 
semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan 
kami. 
Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah 
boleh difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban 
Parade, Seremban, Negeri Sembilan. 
Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk 
yang perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. 
Kami juga telah mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia 
adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus berkembang kukuh. 
Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu 
yang perlu dibanggakan. Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang 
menceburi bidang ini? 
Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, 
bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus. 
Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan 
tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa 
mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima 
kemahiran berkomunikasi. 
Corporate Info 
Shareholders : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad 
: Dr. Helmee Effendee Norsham, MD 
: Mr. Hezir Effez Norsham
: Mr. Hezlee Ezha Norsham 
Board Of Directors : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad 
: Dr. Helmee Effendee Norsham, MD 
: Mr. Hezlee Ezha Norsham 
HQ Address : Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd 
No 21, 23, 25, 27 
Jalan Marikh U5/174 
Seksyen U5 
40150 Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan 
Malaysia. 
MOF Ref. No : 
Contact No : +603-78471276 
Fax No : +603-78471423 
E-mail : sales@norainis.com.my 
Website : www.norainis.com.my 
Selamat Datang 
Perjalanan ini bermula pada tahun 1984, Apabila sekumpulan kumpulan suri rumah bersama-sama 
untuk membuat baik mencari cookies buatan sendiri sangat lazat dan menarik di dapur Puan 
Noraini. 
Dari cookies buatan tangan tradisional ke berjuta kemudahan membuat kuki, telah berkembang 
menjadi sebuah jenama Malaysia untuk cookies premium. 
Selain cookies, Sekarang juga menawarkan pelbagai produk seperti rempah (premix), makanan beku 
dan kek. 
Oats & Walnuts Cookies 
A light and crunchy biscuits combined with rich creamy butter and mixed with walnuts. Its perfect for those 
looking for healthy and yet delicous biscuits. 
Product Description : 
Name : 
Oats and Walnuts 
Cookies 
Bar Code : 9556 8806 01031 
Brand : Noraini's 
Nett weight : 84g 
Oat & Kenari Cookies
Lampu dan biskut rangup digabungkan dengan mentega berkrim yang kaya dan dicampur dengan 
walnut. Yang sempurna untuk Mereka mencari biskut sihat yet delicous dan. 
Penerangan Produk: 
Nama: Oat dan Kenari Cookies Kod Bar: 9556 8806 01031 
Jenama: Noraini ini 
Berat bersih: 84g 
Danish Majestics Butter Cookies 
Product Description : 
Name : 
Danish Majestic 
Butter Cookies 
Bar Code : 9556 8806 01031 
Brand : Noraini's Carton dimension : 
W400 X L405 X 
H60 
Packaging : Tin 
Carton / 20 ft 
container : 
800 
Nett weight 
: 
454g 
Unit/Carton 
: 
12 
Denmark Butter Cookies Majestics 
Penerangan Produk: 
Nama: Denmark Butter Cookies Majestic Bar Kod: 9556 8806 01031 
Jenama: Noraini ini Carton dimensi: L405 X W400 X H60 
Pembungkusan: Carton Tin / 20 bekas kaki: 800 
Berat bersih: 454g 
Unit / karton 12 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd (648344-T) 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd produces premium cookies, specializing in manufacturing homemade recipe 
festive cookies. There are huge potential market within that desire high-quality, stylish traditional goods. 
It is the firm's intention to produce and market its products to the rest of the world and make Norai ni's Cookies the 
number one selling premium homemade recipe cookies in Malaysia. To do this the company's long term goals 
are to achieve high standard quality control, build brand image and brand equity through effective marketing, 
achieve sustainable supplies to the market and to produce dozens types of cookies in order to cover various 
market segment. 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd is a privately-held Malaysian corporation. Production takes place in Shah 
Alam. Currently, sales and marketing are focused on hypermarkets and supermarkets in Malaysia. Now we can 
find Noraini's products in almost every Hypermarket and Supermarket (Tesco, Jaya Jusco, Giant, Carrefour, 
Bintang, Mydin, Uda Ocean and others). At the same time, Noraini's products are sold in Duba i, Vietnam, 
Singapore and United Kingdom. 
The company produces up to 15 types of custom made festive cookies which are guaranteed to be homemade
quality recipes. 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd ( 648344 -T) 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd menghasilkan cookies premium, mengkhususkan diri dalam 
pembuatan buatan sendiri cookies perayaan resipi. Terdapat potensi pasaran yang besar Dalam 
Itulah keinginan yang berkualiti tinggi, barangan tradisional bergaya. 
Adalah menjadi hasrat firma untuk menghasilkan dan memasarkan produknya ke seluruh dunia dan 
membuat Cookies Noraini ini nombor satu jualan resipi premium cookies buatan sendiri di Malaysia. 
Untuk melakukan ini matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk Mencapai kawalan kualiti 
standard yang tinggi , membina imej jenama dan ekuiti jenama melalui pemasaran berkesan , 
mampan Mencapai bekalan kepada pasaran dan untuk menghasilkan berpuluh-puluh jenis biskut 
untuk meliputi pelbagai segmen pasaran. 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia milik persendirian . 
Pengeluaran berlaku di Shah Alam. Pada masa ini, jualan dan pemasaran tertumpu kepada pasar 
raya besar dan pasar raya di Malaysia. Sekarang kita boleh mencari produk Noraini dalam hampir 
setiap Hypermarket dan Supermarket ( Tesco, Jaya Jusco , Giant , Carrefour, Bintang, Mydin, Uda 
Ocean dan lain-lain ). Pada masa yang sama , produk Noraini adalah dijual di Dubai , Vietnam , 
Singapura dan United Kingdom. 
Syarikat ini mengeluarkan sehingga 15 jenis biskut perayaan adat dibuat Yang dijamin resipi buatan 
sendiri yang berkualiti. 
Noraini Farm House Sdn. Bhd 
Noraini Farm House Sdn. Bhd. was incorporated in December 2006. The company is formed in order to develop 
Malaysia's agricultural sector as well as adding more varieties to Malaysia's agricultural products. 
Thus, Noraini's Farm House Sdn. Bhd. is incorporated to produce products based on spices and herbs. Varieties 
of laksa premix and other spices are produced to add more varieties to the existing spices in the market. 
Noraini's Laksa Paradise is a premix that offer varieties of noodles and laksa spice from different states of 
Malaysia. 
The development of Noraini Farm House Sdn. Bhd. begins with a piece of land in Selangor, that was planted with 
varieties of plants which then will be dried and processed into spice powder. Currently, selected raw materials in 
the form of powder are obtained from suppliers which then will be mixed according to secret recipe of Noraini's 
family. 
Our dream is to make Noraini Farm House Sdn. Bhd. an excellent company with dedicated management and 
ISO certified factory. Most of the raw materials such as lemongrass, galingales, wild ginger buds, dried 
polygonums, curry leaves and chillies are planted in Noraini Farm House Sdn. Bhd. plantation.
Noraini Farm House Sdn. Bhd 
Noraini Farm House Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada Disember 2006. Syarikat itu ditubuhkan bagi 
Membangunkan sektor pertanian Malaysia, dan juga menambah lebih banyak jenis untuk produk 
pertanian Malaysia. 
Malthus, Noraini Farm House Sdn. Bhd diperbadankan untuk menghasilkan produk berasaskan herba 
dan rempah ratus. Jenis premix laksa dan rempah lain dihasilkan untuk menambah lebih banyak 
jenis untuk rempah sedia ada di pasaran. Noraini ini Laksa Paradise adalah premix yang menawarkan 
jenis mi dan rempah laksa dari negeri-negeri yang berlainan di Malaysia . 
Pembangunan Noraini Farm House Sdn. Bhd bermula dengan sebidang tanah di Selangor, Yang telah 
ditanam dengan jenis tumbuh-tumbuhan yang akan dikeringkan dan diproses menjadi serbuk 
rempah . Pada masa ini, beberapa bahan mentah dalam bentuk serbuk yang didapati dari pembekal 
akan kemudian dicampur Mengikut resipi rahsia keluarga Noraini ini . 
Impian kami adalah untuk membuat Noraini Farm House Sdn. Bhd sebuah syarikat yang sangat baik 
dengan pengurusan yang berdedikasi dan kilang bertaraf ISO . Kebanyakan bahan-bahan mentah 
Seperti serai, galingales , tunas halia liar, polygonums kering , daun kari dan cili yang ditanam di 
dalam Noraini Farm House Sdn. Bhd perladangan. 
Kuala Lumpur, (Bernama) - Dua puluh enam tahun lalu Noraini Ahmad merupakan seorang 
petugas firma insurans di siang hari dan menguruskan perniagaan bakeri Noraini's Cookies di 
rumahnya pada sebelah malam. 
Beliau mengupah suri-suri rumah di kawasan kejiranannya untuk membantu membuat pelbagai 
kuih-muih tradisional Melayu dan konfeksi yang beliau kemudian bekalkan kepada kafeteria 
serta kantin sekolah. 
Perniagaan sampingan ini membolehkan beliau meraih purata pendapatan RM4,000 sebulan. 
Bakat beliau dalam membuat kuih menarik perhatian seorang chef hotel yang kemudian 
menempah kuih-muihnya untuk hotel itu. 
Selepas itu, hotel-hotel utama lain, restoran serta pasar raya turut ikut serta. Produk Noraini 
juga menjadi juadah di konvensyen tahunan Umno di PWTC. 
Pada masa itu beliau mendapat pulangan sehingga RM20,000 sebulan. 
Apabila beliau mula menerima tempahan bagi kuih-muih Melayu dan biskut untuk sambutan 
Hari Raya, Noraini membuat keputusan berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh 
masa kepada perniagaan. 
Pada 1994 Noraini melabur RM25,000 untuk memperbadankan Noraini Enterprise Sdn Bhd, 
yang membuat kuih-muih dan biskut khusus untuk musim perayaan di sebuah rumah kedai
berdekatan pasar malam Paya Jaras di Sungai Buloh. 
Produknya boleh dikatakan dibekalkan kepada hampir semua penjual tepi jalan di Jalan Chow 
Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman setiap Ramadan. Syarikat ini mencatatkan pulangan 
sebanyak RM70,000 di musim perayaan pertamanya. 
Perniagaan beliau terus meningkat maju dan pada 1997 kilang syarikatnya berpindah ke 
Kampung Sungai Pelong di daerah Petaling. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian 
perniagaannya dilanda musibah akibat kegawatan ekonomi. Jualan merudum teruk. 
Noraini terpaksa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan perniagaannya tetapi akhirnya 
operasi syarikat terhenti sementara. Bagaimanapun, di sebalik musibah ini muncul pula peluang 
baru. Untuk mencari rezeki hidup, Noraini membuka sebuah gerai di Plaza Angsana di Johor 
Baharu yang menjual kuih muih dan konfeksi. 
Usaha beliau ini menerima sambutan baik dengan hasil jualannya mencecah hampir RM1,000 
setiap hari. Selama empat tahun yang berikut perniagaannya itu terus meningkat maju dan ia 
turut membabitkan sebuah restoran khusus menjual pelbagai jenis laksa dan masakan Melayu 
tradisional. 
Sementara itu, kilang biskutnya di Selangor kembali beroperasi. Kedua-dua perniagaan 
berkembang pesat – kilang ini menyaksikan pulangan RM150,000 setiap musim sementara 
perniagaan di Johor Baharu diperluas kepada 17 buah gerai meliputi seluruh Lembah Klang 
dan juga sehingga Ipoh. 
Bagaimanapun hasil bulanannya tidak lagi meningkat memandangkan pasaran tempatan sudah 
tepu. Beliau kemudian memutuskan untuk menceburi perniagaan di luar negara. 
Pada 2004 beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan menjenamakan 
produknya selain memasarkannya dalam bungkusan yang lebih menarik bersama logo rasmi 
syarikat. Pihak pengurusan syarikat mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan, dan 
kempen promosi perniagaan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi kerajaan 
seperti Mara, MeCD, Fama, dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn 
Bhd (Komita). 
Syarikat ini turut menyertai pameran antarabangsa seperti MAHA, MIHAS dan acara yang 
dianjurkan oleh Malaysia Trading House di United Kingdom, produk beliau menembusi pasaran 
Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, United Kingdom, Mauritius, Afrika, 
Nigeria, Mahgribi dan Dubai. 
Nasib menyebelahi usahawan yang bertekad tinggi ini, dan pada sesi sepadanan perniagaan 
MIHAS 2006, seorang perwakilan dari Kazakhstan menunjukkan minat untuk menjalin 
usahasama. 
Ini membawa kepada sebuah usahasama dikenali sebagai Atamekent Noraini, yang 
mempunyai pelaburan dalam pengeluaran makanan, ladang tenusu dan gandum, serta 
perniagaan hotel dan restoran di Kazakhstan. 
Restoran Astana Nura menawarkan pelbagai laksa Malaysia kepada warga Kazakh. Sementara 
itu, berbalik ke Malaysia, jualan bermusim mencecah RM1.5 juta pada 2007 dan seterusnya 
meningkat kepada RM2 juta pada musim berikutnya. 
Banyak tempahan baru dan tempahan berulang diterima yang bermakna pengeluaran perlu 
dipertingkat dan memerlukan sebuah permis perniagaan yang lebih besar serta peralatan yang 
lebih baik. 
Oleh itu pada 2008, Worldwide Cookies milik Noraini memperoleh sebuah lot kilang dua tingkat 
dan sebuah ketuhar automatik sepenuhnya.
Noraini’s Cookies bakal ke tiga negara lagi 
SITI ZUBAIDAH MAT ISA 
27 Januari 2014 
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0 
 Noraini 
menunjukkan produk keluaran syarikatnya. 
< 1 / 1 > 
Kerjayanya bermula sebagai kerani akaun namun beliau mengambil keputusan berhenti kerja demi 
keluarga. Bagaimana pun, insan yang sudah biasa bekerja, tidak betah duduk diam, sering mencari 
peluang menambah pendapatan. 
Di sinilah bermulanya pahit manis kerjaya seorang ahli perniagaan Bumiputera, juga pemilik syarikat 
Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd, Noraini Ahmad, 58. 
Segalanya bermula daripada perniagaan yang dijalankan di dapur kecil di belakang rumah. Bermula 
dengan membuat dan memasarkan kuih Melayu ke hotel-hotel sekitar 1984 selama 14 tahun, 
perniagaannya semakin rancak sehinggalah masalah timbul apabila dia sukar menggaji pekerja tetap. 
“Pekerja datang dan pergi. Susah hendak mencari pekerja apatah lagi perniagaan seperti ini 
memerlukan komitmen masa yang cukup tinggi. Malang sekali tiada siapa sanggup bekerja sehingga 
waktu malam, dan sukarela bekerja pada Hari Raya Aidilfitri. 
“Walaupun ada jiran yang membantu, tetapi tidak semua mampu menyediakannya dalam satu 
kuantiti yang besar. Akhirnya setelah berfikir panjang saya buat keputusan berhenti dan 
menyerahkan perniagaan kepada pekerja yang setia dengan saya. 
Perniagaannya tidak terhenti setakat itu, malah peluang memasarkan kuih Melayu di Pasar Raya 
Jaya Jusco (kini dikenali sebagai Aeon) di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur memberi peluang 
perniagaan baru apabila ditawarkan untuk mengedarkan kuih raya. 
Peluang itu tidak dilepaskan apatah lagi beliau merupakan usahawan Bumiputera pertama menjual 
kuih raya di Jaya Jusco. Jualan pada tahun pertama, Noraini berjaya meraih RM40,000 dan
meningkat sehingga RM60,000 pada tahun kedua berniaga. 
Selain Jaya Jusco, kuih rayanya turut dipasarkan di beberapa pasar raya lain seperti Pasar raya 
Ocean di Klang dan Bintang. Kini jenamanya boleh didapati di pasar raya besar seperti Giant dan 
Tesco. 
Langit tidak selalunya cerah 
Mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, begitu jugalah yang berlaku 
kepada perniagaan biskut rayanya. Dek kerana tidak mengerti apa itu krisis ekonomi, perniagaan 
Noraini terjejas. Hasil jualan menurun. Ada ketika separuh daripada biskut yang dibuat tidak terjual. 
“Krisis ekonomi berlaku pada 1997, namun kesannya terasa pada 1998. Kerana kurang peka 
terhadap krisis yang berlaku, syarikat masih membuat pengeluaran dengan jumlah yang sama. 
“Masa ini saya dapati hasil jualan menurun, tapi beranggapan kerugian berpunca daripada sambutan 
Hari Raya Aidilfitri dan orang ramai membeli kuih raya di kampung. 
“Masuk 1999, saya masih lagi buat pengeluaran dengan kuantiti yang sama. Masa inilah syarikat 
mengalami kerugian besar di mana separuh daripada kuih tidak terjual. Perniagaan tidak 
menghasilkan keuntungan sebaliknya, hasil diperoleh sekadar mampu menampung modal pusingan,” 
katanya. 
Sikap tidak pernah mengenal erti putus asa, Noraini menerima ajakan seorang teman untuk 
menyertai ekspo di Angsana Johor Bahru. Merasakan ia peluang terbaik, Noraini menggunakan 
kesempatan untuk menjual kuih bahulu. 
Noraini bersama suaminya, Mohd Shamshy Ariffin, 61, berjaya meraih sehingga RM12,000 
keuntungan dalam tempoh empat hari berniaga. Tahun berikutnya, Noraini masih menyertai ekspo 
sama dan berjaya meraih jualan sehingga RM13,500. 
Noraini perluas pasaran eksport biskut 
Nama Noraini tidaklah begitu menarik atau dengan kata mudah tiada nilai komersial untuk dijadikan 
sebuah jenama. 
Namun, kepercayaan dan prinsip menjadikan jenama Noraini bualan di setiap bibir penggemar biskut 
Noraini’s sehingga ke hari ini. 
“Saya percaya, saya juga boleh berjaya seperti orang lain. Saya tidak nampak kekurangan 
menggunakan nama sendiri yang dikatakan tiada nilai komersial. Malah saya yakin kejayaan pasti 
akan datang,” katanya. 
Hampir 30 tahun dalam dunia perniagaan, Noraini yang terkenal dengan produk Noraini’s Cookies 
terus mengorak langkah dan bakal menerokai tiga negara lagi bagi pasaran eksport biskutnya iaitu 
Jepun, Jeddah dan Afrika. 
“Sehingga ini kami mengeksport biskut ke 10 buah negara, antaranya Singapura, Brunei, China, 
Dubai, Papua New Guinea, Maldives, China dan Kemboja. 
“Walaupun terdapat beberapa buah negara lain yang menawarkan minat terhadap produk kami, 
tumpuan hanya diberikan kepada syarikat yang benar-benar serius menjalinkan hubungan 
perniagaan,” katanya. 
Selain daripada perniagaan biskut, Noraini turut perluaskan jenamanya dengan memperkenalkan 
beberapa produk lain termasuk bubur segera dan kopi dan pes masakan.
Tidak lokek bantu usahawan 
Pengalaman, kejayaan dan jatuh bangunnya perniagaan diusahakan Noraini, turut dikongsi bersama 
usahawan yang lain. 
Bahkan Noraini sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat nasihatnya. 
“Saya sentiasa mengadakan perbincangan mengenai perniagaan secara keseluruhannya, bertukar 
pendapat dan berkongsi pengalaman. Ada kalanya saya menjenguk perniagaan rakan lain yang 
memerlukan nasihat dan tunjuk ajar. 
“Di sini (syarikat) saya juga menerima kunjungan lawatan dari pelajar sekolah, penuntut universiti 
juga kalangan profesional yang ingin berkongsi cerita perniagaan saya. 
“Matlamat saya hanya satu, ingin membantu usahawan terutama golongan Bumiputera untuk sama - 
sama mengecap kejayaan,” katanya.

More Related Content

Similar to Produk

Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
BPBD Provonsi DKI Jakarta
 
10 rahsia perniagaan aiskrim yang bakal buat anda tekejut
10 rahsia perniagaan aiskrim yang  bakal buat anda tekejut10 rahsia perniagaan aiskrim yang  bakal buat anda tekejut
10 rahsia perniagaan aiskrim yang bakal buat anda tekejut
Muhamad Juzaili
 
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejatiPanduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Agus Witono
 
Tugas kewirausahaan fitra sani
Tugas kewirausahaan fitra saniTugas kewirausahaan fitra sani
Tugas kewirausahaan fitra sani
Fitra Sani
 
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejatiPanduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
PT Mitra Shapphire Sejahtera
 
Laporan penelitian home industri bolu kukus
Laporan penelitian home industri bolu kukusLaporan penelitian home industri bolu kukus
Laporan penelitian home industri bolu kukus
Firdika Arini
 

Similar to Produk (20)

MOTIVASI PELAJAR TRANSFORM 3A+ (v2)
MOTIVASI PELAJAR TRANSFORM 3A+ (v2)MOTIVASI PELAJAR TRANSFORM 3A+ (v2)
MOTIVASI PELAJAR TRANSFORM 3A+ (v2)
 
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
Buku Menjadi pegawaiprenuer sukses
 
Minggu ke 2 motivasi menjadi pengusaha sukses
Minggu ke 2   motivasi menjadi pengusaha suksesMinggu ke 2   motivasi menjadi pengusaha sukses
Minggu ke 2 motivasi menjadi pengusaha sukses
 
10 rahsia perniagaan aiskrim yang bakal buat anda tekejut
10 rahsia perniagaan aiskrim yang  bakal buat anda tekejut10 rahsia perniagaan aiskrim yang  bakal buat anda tekejut
10 rahsia perniagaan aiskrim yang bakal buat anda tekejut
 
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejatiPanduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
 
Enterpreuner
EnterpreunerEnterpreuner
Enterpreuner
 
tugas kewirausahaan
tugas kewirausahaantugas kewirausahaan
tugas kewirausahaan
 
Kuli Bangunan Jadi Juragan (Ebook Motivasi Menjadi Pengusaha) by Jumadi Subur...
Kuli Bangunan Jadi Juragan (Ebook Motivasi Menjadi Pengusaha) by Jumadi Subur...Kuli Bangunan Jadi Juragan (Ebook Motivasi Menjadi Pengusaha) by Jumadi Subur...
Kuli Bangunan Jadi Juragan (Ebook Motivasi Menjadi Pengusaha) by Jumadi Subur...
 
CREATE YOUR HOKI AND SUCCESS
CREATE YOUR HOKI AND SUCCESSCREATE YOUR HOKI AND SUCCESS
CREATE YOUR HOKI AND SUCCESS
 
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
5 Kunci untuk Rahasia Kesuksesan Sejati
 
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses AkheratPresentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
Presentasi Meraih Sukses Sejati - Sukses Dunia, Sukses Akherat
 
Tugas kewirausahaan fitra sani
Tugas kewirausahaan fitra saniTugas kewirausahaan fitra sani
Tugas kewirausahaan fitra sani
 
Proposal bisnis
Proposal bisnisProposal bisnis
Proposal bisnis
 
Proposal bisnis
Proposal bisnisProposal bisnis
Proposal bisnis
 
Panduan inspiratif 5 kunci untuk menguak rahasia kesuksesan sejati
Panduan inspiratif 5 kunci untuk menguak rahasia kesuksesan sejati Panduan inspiratif 5 kunci untuk menguak rahasia kesuksesan sejati
Panduan inspiratif 5 kunci untuk menguak rahasia kesuksesan sejati
 
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejatiPanduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
Panduan inspiratif-5-kunci-untuk-menguak-rahasia-kesuksesan-sejati
 
Mentalitas wirausahawan by kiman siregar
Mentalitas wirausahawan by kiman siregarMentalitas wirausahawan by kiman siregar
Mentalitas wirausahawan by kiman siregar
 
Laporan penelitian home industri bolu kukus
Laporan penelitian home industri bolu kukusLaporan penelitian home industri bolu kukus
Laporan penelitian home industri bolu kukus
 
Startup Mindset (Free book preview - Chapter 1)
Startup Mindset (Free book preview - Chapter 1)Startup Mindset (Free book preview - Chapter 1)
Startup Mindset (Free book preview - Chapter 1)
 
Kel. 1
Kel. 1Kel. 1
Kel. 1
 

Recently uploaded

Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang 082223109953 Cytotec Asli Serang
 
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
jaanualu31
 
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotecAbortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Riyadh +966572737505 get cytotec
 
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
BagaimanaCaraMenggug
 

Recently uploaded (17)

Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get CytotecAbortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
Abortion pills in Jeddah |+966572737505 | Get Cytotec
 
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
Jual Obat Aborsi Serang wa 082223109953 Klinik Jual Obat Penggugur Kandungan ...
 
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh CityAbortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
Abortion Pills For Sale in Jeddah (+966543202731))Get Cytotec in Riyadh City
 
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptxMODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE LEAST COST.pptx
 
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdfKemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
Kemenkop LAPORAN KEUANGAN KOPERASI- SAK EP (25042024).pdf
 
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptxMETODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
METODE TRANSPORTASI NORTH WEST CORNERWC.pptx
 
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptxTEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
TEORI DUALITAS TENTANG (PRIM AL-DUAL).pptx
 
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
1. PERMENDES 15 TH 2021 SOSIALISASI.pptx
 
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptxMODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
MODEL TRANSPORTASI METODE VOGEL APPROXIMATIONAM.pptx
 
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
K5-Kebijakan Tarif & Non Tarif kelompok 5
 
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.pptKarakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
Karakteristik dan Produk-produk bank syariah.ppt
 
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotecAbortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
Abortion pills in Dammam (+966572737505) get cytotec
 
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.pptPresentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
Presentasi Pengertian instrumen pasar modal.ppt
 
kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121kasus audit PT KAI 121212121212121212121
kasus audit PT KAI 121212121212121212121
 
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsungSaham dan hal-hal yang berhubungan langsung
Saham dan hal-hal yang berhubungan langsung
 
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
5 CARA MENGGUGURKAN KANDUNGAN DAN Jual Obat ABORSI + obat PENGGUGUR KANDUNGAN...
 
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptxPEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
PEREKONIMIAN EMPAT SEKTOR (PEREKONOMIAN TERBUKA).pptx
 

Produk

  • 1. Produk/ Perkhidmatan High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe Alamat 1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor Kisah dan Pengalaman SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula.Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global. Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula? Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari -cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan.Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat.Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih. Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja.Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan.Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima. Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama.Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut -biskut kepada pasar raya, pasar malam dan pasar Ramadan.
  • 2. Beralih Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama kami ialah di Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s Fresh Bake. Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya menambah menu sepert i roti jala, aneka laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia bertukar menjadi kafe kecil. Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan segera serta sedap. Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan kerana niat seorang ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab halal di sana. Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez Norsham, 27, pulang dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya terima pelawaan tersebut. Jadi pada September 2006 anak saya yang sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke sana sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan haji, anak pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup meninggalkan bidang kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga. Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang memfokus kepada produk rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam dengan serai, lengkuas dan beberapa lagi. Menerusi cerita puan di atas sudah pastinya bukan calang-calang orang berani mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan serta kelebihan puan untuk terus bertahan? Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan berkat kerja keras yang tidak kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran yang melanda alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. Ini semuanya tidak diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan minat dan kemahiran memasak.Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya
  • 3. dengan kerja-kerja di dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan tahun, sedikit sebanyak membina keyakinan diri. Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa dengan tugasan sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa tetapi mereka berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila mana ada kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk memasak. Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu memasak.Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak kecil dan yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun pada masa itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan dan kepercayaan inilah yang banyak membentuk saya seperti sekarang. Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah antaranya dan bagaimana puan menghadapinya? Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya memang kami tidak dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya kita sukar untuk maju. Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah saya alami, itu memang cukup mencabar.Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah.Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru. Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan itu.Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya. Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah perancangan puan pada masa hadapan? Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, selagi ada peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini adalah bisnes keluarga, jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya.Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan daripada anak pertama dan kedua yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan kami. Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah boleh difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, Seremban, Negeri Sembilan. Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk yang perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kami juga telah mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus berkembang kukuh. Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan. Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang menceburi bidang ini? Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus.Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta
  • 4. sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi. Noraini Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Profil Syarikat Pengasas Noraini Ahmad Jenis Bisnes Manufacturer Produk/ Perkhidmatan High quality butter cookies using Malaysian homemade recipe Alamat 1 Jalan Suria S U5/S, Taman Pinggiran Subang, Selangor Pekerja 51-100 people Tahun ditubuhkan 2004 Pemilik Syarikat Hezir Effez Norsham Pasaran North America, South America, Western Europe, Eastern Europe, Eastern Asia, Southeast Asia, Mid East, Africa, Oceania Pendapatan US$1 Million
  • 5. Kisah dan Pengalaman SIAPA sangka keputusan nekad berhenti kerja selepas kelahiran anak ketiga ada hikmah di sebaliknya. Wanita kelahiran Sungai Manggis, Banting, Selangor ini pada awalnya juga tidak berkeyakinan tetapi kerana dirinya tidak betah duduk diam, akhirnya kerja keras tanpa mengenal putus asa berbayar semula. Kini, Pengarah Urusan Noraini’s Group of Companies, Noraini Ahmad, 52 tahun, sudah boleh menarik nafas lega serta tersenyum puas kerana selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis, beliau berjaya membina jenama Noraini’s sebagai sebuah empayar produk makanan ke arena global. Bagaimanakah penglibatan puan dalam dunia perniagaan bermula? Saya sebenarnya bermula secara kecil-kecil. Semasa bekerja lagi saya sudah berniaga kain ela dan pinggan mangkuk. Selepas berhenti kerana ketiadaan pembantu rumah, saya tercari-cari kerja apa yang boleh dilakukan untuk mencari sumber pendapatan. Saya mula dengan membuat nasi lemak, bihun goreng dan kuih-muih untuk dibawa ke pejabat suami. Pada masa itu tidak terlintas langsung untuk berkembang pesat. Semuanya bermula selepas seorang teman suami memberi rasa kuih tradisional saya kepada seorang chef di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Selang beberapa hari, chef tersebut mahu saya bawa beberapa contoh kuih. Pada 1984, Noraini’s Enterprise ditubuhkan dan syarikat kami membekalkan kuih-muih kepada 14 hotel sekitar Lembah Klang. Semua proses pada masa itu dilakukan di belakang rumah dengan bantuan 14 pekerja. Apabila masuk tahun ke 10, timbul rasa penat ditambah pula dengan pelbagai kerenah pekerja baik yang tempatan mahupun pekerja asing. Saya cuba mencari penyelesaian dengan mencari alternatif lain. Pada masa itu penjualan kain masih diteruskan. Saya ubah cara perniagaan dengan menjual kuih raya pada 1992. Tahun pertama, saya sudah nampak pendapatan yang diperoleh tetapi apabila masuk tahun kedua, saya sudah nampak ketidakmampuan teman menyiapkan tempahan yang diterima. Bila saya nampak suasana semakin serius, saya ajak empat pekerja untuk cuba membuatnya sendiri. Alhamdulillah, rupa-rupanya biskut yang kami buat lebih mendapat sambutan. Bermula dengan dua biskut, lama-kelamaan berjenis-jenis biskut yang dihasilkan.
  • 6. Dari situlah terfikir biskut menjadi pilihan. Apatah lagi, risikonya tidaklah sehebat kalau kita berniaga kuih basah ataupun dikenali dengan nama kuih nyonya atau kuih Melayu. Walaupun ia bermusim tetapi kepuasan dan penatnya berbaloi. Kuantiti yang dibuat pula bergantung kepada tempahan, berbeza dengan kuih basah yang tidak boleh diagak pengeluarannya serta tidak tahan lama. Mulai saat itulah saya berhijrah kepada bisnes biskut. Jadi untuk masuk ke pasar-pasar raya serta membina keyakinan pelanggan saya daftarkan Noraini’s Enterprise Sdn. Bhd. Syarikat kami mula bekalkan biskut-biskut kepada pasar raya, pasar malam dan pasar Ramadan. Beralih Bila gawat melanda negara, saya beralih jual kuih baulu, kek dan tapak pertama kami ialah di Angsana, Johor Bahru pada akhir 1998 dengan menubuhkan Noraini’s Fresh Bake. Tapak kedua dibuka di Plaza Masalam pada akhir 2000. Di sini saya menambah menu seperti roti jala, aneka laksa, mee, nasi lemak dan akhirnya ia bertukar menjadi kafe kecil. Bermula dari situ saya diilhamkan pula Noraini’s Laksa Paradise dengan menghasilkan 11 produk antaranya; asam pedas, kari ikan, sambal tumis, aneka laksa, rendang, mee bandung dan mee kari. Tahun lepas, syarikat kami menghantar produk ke Jepun dan diubahsuai dalam bentuk pes kepada serbuk. Idea ini saya dapat semasa di Mekah kerana mahu menikmati pelbagai juadah secara mudah dan segera serta sedap. Pada 2004, saya tubuhkan Noraini’s Cookies Worldwide Sdn. Bhd. Semasa menyertai pameran Mihas 2006, saya dipelawa membuka kilang di Kazakhtan kerana niat seorang ahli perniagaan dari negara itu ialah dia mahu memulakan hab halal di sana. Pada masa itu, saya tidak berapa yakin, tetapi apabila anak kedua, Hezir Effez Norsham, 27, pulang dari negara itu dan memberitahu kesungguhan mereka. Saya terima pelawaan tersebut. Jadi pada September 2006 anak saya yang sanggup melepaskan bidang kejuruteraan komputer berangkat ke sana sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, kini terdapat enam kilang di sana yang menyediakan antaranya; sosej, spagetti, mee segera dan piza. Apabila anak kedua menguruskan perniagaan di Kazakhtan, saya ‘patah tangan’ kerana tidak ada sesiapa membantu. Namun semasa menunaikan haji, anak pertama memberitahu keputusannya untuk serius dalam dunia perniagaan. Maka sekarang, saya dibantu Dr. Helmee Effendee Norsham, 31, yang sanggup meninggalkan bidang kedoktoran demi memantapkan bisnes keluarga. Pada Mei 2007, saya tubuhkan pula Noraini’s Farm House Sdn. Bhd. yang memfokus kepada produk rempah campuran. Penghasilan produk ini bertambah rancak dengan adanya ladang seluas tiga ekar di Ijok yang ditanam dengan serai, lengkuas dan beberapa lagi.
  • 7. Menerusi cerita puan di atas sudah pastinya bukan calang-calang orang berani mengusahakannya. Di manakah puan rasa kekuatan serta kelebihan puan untuk terus bertahan? Kejayaan ini semuanya dengan kehendak Allah dan berkat kerja keras yang tidak kenal putus asa. Saya bersyukur, walaupun dengan pelbagai cabaran yang melanda alhamdulillah kami berjaya mengharunginya sebaik mungkin. Ini semuanya tidak diduga, mungkin ilham-ilham yang diperoleh itu datangnya daripada Yang Maha Esa. Anugerah itu telah membawa saya sehingga ke tahap ini. Maklumlah pada masa itu kekuatan hanya bersandarkan minat dan kemahiran memasak. Selain itu, mungkin sikap ibu yang tegas dalam mendidik saya dengan kerja-kerja di dapur serta menguasai bidang masakan yang diterapkan seawal usia lapan tahun, sedikit sebanyak membina keyakinan diri. Lebih-lebih lagi, sebagai anak perempuan tunggal, menjadikan saya terbiasa dengan tugasan sebegini. Sungguhpun ayah seorang pendidik dan emak suri rumah sepenuh masa tetapi mereka berdua adalah pakar dalam bidang masakan. Bila mana ada kenduri kendara, merekalah yang dipanggil untuk memasak. Berkemungkinan juga dari situ saya mendapat tunjuk ajar berguna berkaitan ilmu memasak. Hakikatnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga yang dipikul sejak kecil dan yang paling mencabar, sewaktu kedua-dua ibu bapa menunaikan haji walaupun pada masa itu kami adik-beradik ditemani nenek. Kalau difikir-fikirkan, pendedahan dan kepercayaan inilah yang banyak membentuk saya seperti sekarang. Puan mengatakan di atas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi, apakah antaranya dan bagaimana puan menghadapinya? Kalau dibandingkan dari mula-mula menapak sehinggalah sekarang, cabarannya memang kami tidak dapat lari. Namun bagi saya, cabaran itu perlu kerana tanpanya kita sukar untuk maju. Cabaran berhadapan dengan kegawatan ekonomi apatah pula, dengan suami yang sudah berhenti kerja serta tidak ada pengaliran wang tunai di tangan yang pernah saya alami, itu memang cukup mencabar. Bayangkan bagaimana perasaan pada masa itu apabila kita sudah biasa dengan pendapatan mencecah ribuan ringgit ditambah pula dengan kontena biskut yang tidak terjual, hanya Allah tempat kami menyerah. Pun begitu, saya tidak berputus asa. Selagi ada kudrat dan ilmu memasak serta sentiasa dikurniakan ilham dan idea, saya bentuk perniagaan baru.
  • 8. Semua ini tidak akan berjaya tanpa kekuatan mental dan fizikal dan kerjasama serta persefahaman suami isteri. Tanpanya, saya rasa boleh goyah pendirian dan keteguhan seseorang ahli perniagaan itu. Namun, saya percaya setiap yang berlaku itu ada sebabnya dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Kita sahaja yang tidak berkeyakinan dengan-Nya. Adakah puan sudah puas dengan pencapaian sekarang dan apakah perancangan puan pada masa hadapan? Alhamdulillah, saya gembira dengan pencapaian sekarang, Walau bagaimanapun, selagi ada peluang atau idea untuk mengembangkan lagi perniagaan apatah lagi, ini adalah bisnes keluarga, jadi saya mahu sama-sama mengusahakannya. Buat masa ini, dengan sokongan dan bantuan daripada anak pertama dan kedua yang sanggup meninggalkan bidang profesional masing-masing, menjadi pemangkin semangat untuk terus berjuang bersama mereka membina empayar perniagaan kami. Kalau sebelum ini menerusi Noraini’s Fresh Bake yang berkonsep kiosk kini sudah boleh difrancaiskan. Terbaru, kami telah membuka Noraini’s Cafe di Seremban Parade, Seremban, Negeri Sembilan. Malah dari semasa ke semasa kami akan cuba perbaiki mana aspek dari produk yang perlu agar ia terus menepati kehendak pelanggan dan zaman. Kami juga telah mendapat kepercayaan daripada sebuah syarikat luar negara. Ia adalah petanda positif, jenama Noraini’s terus berkembang kukuh. Pengalaman melebihi 20 tahun dalam dunia perniagaan merupakan sesuatu yang perlu dibanggakan. Mungkin ada kata nasihat puan kepada mereka yang menceburi bidang ini? Ramai yang beranggapan bahawa untuk berniaga memerlukan modal yang besar, bagi saya modal bukanlah segala-galanya tetapi kalau ada ia satu bonus. Pun begitu, dalam bisnes kita kena banyak bersabar, kreatif dan fokus dengan tugasan. Kalau boleh, pilihlah perniagaan yang kurang risiko serta sentiasa mantapkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan, pengurusan, pemasaran, waima kemahiran berkomunikasi. Corporate Info Shareholders : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad : Dr. Helmee Effendee Norsham, MD : Mr. Hezir Effez Norsham
  • 9. : Mr. Hezlee Ezha Norsham Board Of Directors : Mdm Hajah. Noraini Binti Ahmad : Dr. Helmee Effendee Norsham, MD : Mr. Hezlee Ezha Norsham HQ Address : Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd No 21, 23, 25, 27 Jalan Marikh U5/174 Seksyen U5 40150 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia. MOF Ref. No : Contact No : +603-78471276 Fax No : +603-78471423 E-mail : sales@norainis.com.my Website : www.norainis.com.my Selamat Datang Perjalanan ini bermula pada tahun 1984, Apabila sekumpulan kumpulan suri rumah bersama-sama untuk membuat baik mencari cookies buatan sendiri sangat lazat dan menarik di dapur Puan Noraini. Dari cookies buatan tangan tradisional ke berjuta kemudahan membuat kuki, telah berkembang menjadi sebuah jenama Malaysia untuk cookies premium. Selain cookies, Sekarang juga menawarkan pelbagai produk seperti rempah (premix), makanan beku dan kek. Oats & Walnuts Cookies A light and crunchy biscuits combined with rich creamy butter and mixed with walnuts. Its perfect for those looking for healthy and yet delicous biscuits. Product Description : Name : Oats and Walnuts Cookies Bar Code : 9556 8806 01031 Brand : Noraini's Nett weight : 84g Oat & Kenari Cookies
  • 10. Lampu dan biskut rangup digabungkan dengan mentega berkrim yang kaya dan dicampur dengan walnut. Yang sempurna untuk Mereka mencari biskut sihat yet delicous dan. Penerangan Produk: Nama: Oat dan Kenari Cookies Kod Bar: 9556 8806 01031 Jenama: Noraini ini Berat bersih: 84g Danish Majestics Butter Cookies Product Description : Name : Danish Majestic Butter Cookies Bar Code : 9556 8806 01031 Brand : Noraini's Carton dimension : W400 X L405 X H60 Packaging : Tin Carton / 20 ft container : 800 Nett weight : 454g Unit/Carton : 12 Denmark Butter Cookies Majestics Penerangan Produk: Nama: Denmark Butter Cookies Majestic Bar Kod: 9556 8806 01031 Jenama: Noraini ini Carton dimensi: L405 X W400 X H60 Pembungkusan: Carton Tin / 20 bekas kaki: 800 Berat bersih: 454g Unit / karton 12 Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd (648344-T) Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd produces premium cookies, specializing in manufacturing homemade recipe festive cookies. There are huge potential market within that desire high-quality, stylish traditional goods. It is the firm's intention to produce and market its products to the rest of the world and make Norai ni's Cookies the number one selling premium homemade recipe cookies in Malaysia. To do this the company's long term goals are to achieve high standard quality control, build brand image and brand equity through effective marketing, achieve sustainable supplies to the market and to produce dozens types of cookies in order to cover various market segment. Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd is a privately-held Malaysian corporation. Production takes place in Shah Alam. Currently, sales and marketing are focused on hypermarkets and supermarkets in Malaysia. Now we can find Noraini's products in almost every Hypermarket and Supermarket (Tesco, Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Bintang, Mydin, Uda Ocean and others). At the same time, Noraini's products are sold in Duba i, Vietnam, Singapore and United Kingdom. The company produces up to 15 types of custom made festive cookies which are guaranteed to be homemade
  • 11. quality recipes. Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd ( 648344 -T) Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd menghasilkan cookies premium, mengkhususkan diri dalam pembuatan buatan sendiri cookies perayaan resipi. Terdapat potensi pasaran yang besar Dalam Itulah keinginan yang berkualiti tinggi, barangan tradisional bergaya. Adalah menjadi hasrat firma untuk menghasilkan dan memasarkan produknya ke seluruh dunia dan membuat Cookies Noraini ini nombor satu jualan resipi premium cookies buatan sendiri di Malaysia. Untuk melakukan ini matlamat jangka panjang syarikat adalah untuk Mencapai kawalan kualiti standard yang tinggi , membina imej jenama dan ekuiti jenama melalui pemasaran berkesan , mampan Mencapai bekalan kepada pasaran dan untuk menghasilkan berpuluh-puluh jenis biskut untuk meliputi pelbagai segmen pasaran. Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd adalah sebuah syarikat Malaysia milik persendirian . Pengeluaran berlaku di Shah Alam. Pada masa ini, jualan dan pemasaran tertumpu kepada pasar raya besar dan pasar raya di Malaysia. Sekarang kita boleh mencari produk Noraini dalam hampir setiap Hypermarket dan Supermarket ( Tesco, Jaya Jusco , Giant , Carrefour, Bintang, Mydin, Uda Ocean dan lain-lain ). Pada masa yang sama , produk Noraini adalah dijual di Dubai , Vietnam , Singapura dan United Kingdom. Syarikat ini mengeluarkan sehingga 15 jenis biskut perayaan adat dibuat Yang dijamin resipi buatan sendiri yang berkualiti. Noraini Farm House Sdn. Bhd Noraini Farm House Sdn. Bhd. was incorporated in December 2006. The company is formed in order to develop Malaysia's agricultural sector as well as adding more varieties to Malaysia's agricultural products. Thus, Noraini's Farm House Sdn. Bhd. is incorporated to produce products based on spices and herbs. Varieties of laksa premix and other spices are produced to add more varieties to the existing spices in the market. Noraini's Laksa Paradise is a premix that offer varieties of noodles and laksa spice from different states of Malaysia. The development of Noraini Farm House Sdn. Bhd. begins with a piece of land in Selangor, that was planted with varieties of plants which then will be dried and processed into spice powder. Currently, selected raw materials in the form of powder are obtained from suppliers which then will be mixed according to secret recipe of Noraini's family. Our dream is to make Noraini Farm House Sdn. Bhd. an excellent company with dedicated management and ISO certified factory. Most of the raw materials such as lemongrass, galingales, wild ginger buds, dried polygonums, curry leaves and chillies are planted in Noraini Farm House Sdn. Bhd. plantation.
  • 12. Noraini Farm House Sdn. Bhd Noraini Farm House Sdn. Bhd yang ditubuhkan pada Disember 2006. Syarikat itu ditubuhkan bagi Membangunkan sektor pertanian Malaysia, dan juga menambah lebih banyak jenis untuk produk pertanian Malaysia. Malthus, Noraini Farm House Sdn. Bhd diperbadankan untuk menghasilkan produk berasaskan herba dan rempah ratus. Jenis premix laksa dan rempah lain dihasilkan untuk menambah lebih banyak jenis untuk rempah sedia ada di pasaran. Noraini ini Laksa Paradise adalah premix yang menawarkan jenis mi dan rempah laksa dari negeri-negeri yang berlainan di Malaysia . Pembangunan Noraini Farm House Sdn. Bhd bermula dengan sebidang tanah di Selangor, Yang telah ditanam dengan jenis tumbuh-tumbuhan yang akan dikeringkan dan diproses menjadi serbuk rempah . Pada masa ini, beberapa bahan mentah dalam bentuk serbuk yang didapati dari pembekal akan kemudian dicampur Mengikut resipi rahsia keluarga Noraini ini . Impian kami adalah untuk membuat Noraini Farm House Sdn. Bhd sebuah syarikat yang sangat baik dengan pengurusan yang berdedikasi dan kilang bertaraf ISO . Kebanyakan bahan-bahan mentah Seperti serai, galingales , tunas halia liar, polygonums kering , daun kari dan cili yang ditanam di dalam Noraini Farm House Sdn. Bhd perladangan. Kuala Lumpur, (Bernama) - Dua puluh enam tahun lalu Noraini Ahmad merupakan seorang petugas firma insurans di siang hari dan menguruskan perniagaan bakeri Noraini's Cookies di rumahnya pada sebelah malam. Beliau mengupah suri-suri rumah di kawasan kejiranannya untuk membantu membuat pelbagai kuih-muih tradisional Melayu dan konfeksi yang beliau kemudian bekalkan kepada kafeteria serta kantin sekolah. Perniagaan sampingan ini membolehkan beliau meraih purata pendapatan RM4,000 sebulan. Bakat beliau dalam membuat kuih menarik perhatian seorang chef hotel yang kemudian menempah kuih-muihnya untuk hotel itu. Selepas itu, hotel-hotel utama lain, restoran serta pasar raya turut ikut serta. Produk Noraini juga menjadi juadah di konvensyen tahunan Umno di PWTC. Pada masa itu beliau mendapat pulangan sehingga RM20,000 sebulan. Apabila beliau mula menerima tempahan bagi kuih-muih Melayu dan biskut untuk sambutan Hari Raya, Noraini membuat keputusan berhenti kerja dan menumpukan perhatian sepenuh masa kepada perniagaan. Pada 1994 Noraini melabur RM25,000 untuk memperbadankan Noraini Enterprise Sdn Bhd, yang membuat kuih-muih dan biskut khusus untuk musim perayaan di sebuah rumah kedai
  • 13. berdekatan pasar malam Paya Jaras di Sungai Buloh. Produknya boleh dikatakan dibekalkan kepada hampir semua penjual tepi jalan di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman setiap Ramadan. Syarikat ini mencatatkan pulangan sebanyak RM70,000 di musim perayaan pertamanya. Perniagaan beliau terus meningkat maju dan pada 1997 kilang syarikatnya berpindah ke Kampung Sungai Pelong di daerah Petaling. Bagaimanapun, tidak sampai setahun kemudian perniagaannya dilanda musibah akibat kegawatan ekonomi. Jualan merudum teruk. Noraini terpaksa bertungkus-lumus untuk menyelamatkan perniagaannya tetapi akhirnya operasi syarikat terhenti sementara. Bagaimanapun, di sebalik musibah ini muncul pula peluang baru. Untuk mencari rezeki hidup, Noraini membuka sebuah gerai di Plaza Angsana di Johor Baharu yang menjual kuih muih dan konfeksi. Usaha beliau ini menerima sambutan baik dengan hasil jualannya mencecah hampir RM1,000 setiap hari. Selama empat tahun yang berikut perniagaannya itu terus meningkat maju dan ia turut membabitkan sebuah restoran khusus menjual pelbagai jenis laksa dan masakan Melayu tradisional. Sementara itu, kilang biskutnya di Selangor kembali beroperasi. Kedua-dua perniagaan berkembang pesat – kilang ini menyaksikan pulangan RM150,000 setiap musim sementara perniagaan di Johor Baharu diperluas kepada 17 buah gerai meliputi seluruh Lembah Klang dan juga sehingga Ipoh. Bagaimanapun hasil bulanannya tidak lagi meningkat memandangkan pasaran tempatan sudah tepu. Beliau kemudian memutuskan untuk menceburi perniagaan di luar negara. Pada 2004 beliau menubuhkan Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd dan menjenamakan produknya selain memasarkannya dalam bungkusan yang lebih menarik bersama logo rasmi syarikat. Pihak pengurusan syarikat mengambil bahagian dalam pelbagai program latihan, dan kempen promosi perniagaan tempatan dan antarabangsa yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Mara, MeCD, Fama, dan Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani Sdn Bhd (Komita). Syarikat ini turut menyertai pameran antarabangsa seperti MAHA, MIHAS dan acara yang dianjurkan oleh Malaysia Trading House di United Kingdom, produk beliau menembusi pasaran Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, United Kingdom, Mauritius, Afrika, Nigeria, Mahgribi dan Dubai. Nasib menyebelahi usahawan yang bertekad tinggi ini, dan pada sesi sepadanan perniagaan MIHAS 2006, seorang perwakilan dari Kazakhstan menunjukkan minat untuk menjalin usahasama. Ini membawa kepada sebuah usahasama dikenali sebagai Atamekent Noraini, yang mempunyai pelaburan dalam pengeluaran makanan, ladang tenusu dan gandum, serta perniagaan hotel dan restoran di Kazakhstan. Restoran Astana Nura menawarkan pelbagai laksa Malaysia kepada warga Kazakh. Sementara itu, berbalik ke Malaysia, jualan bermusim mencecah RM1.5 juta pada 2007 dan seterusnya meningkat kepada RM2 juta pada musim berikutnya. Banyak tempahan baru dan tempahan berulang diterima yang bermakna pengeluaran perlu dipertingkat dan memerlukan sebuah permis perniagaan yang lebih besar serta peralatan yang lebih baik. Oleh itu pada 2008, Worldwide Cookies milik Noraini memperoleh sebuah lot kilang dua tingkat dan sebuah ketuhar automatik sepenuhnya.
  • 14. Noraini’s Cookies bakal ke tiga negara lagi SITI ZUBAIDAH MAT ISA 27 Januari 2014 Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services0  Noraini menunjukkan produk keluaran syarikatnya. < 1 / 1 > Kerjayanya bermula sebagai kerani akaun namun beliau mengambil keputusan berhenti kerja demi keluarga. Bagaimana pun, insan yang sudah biasa bekerja, tidak betah duduk diam, sering mencari peluang menambah pendapatan. Di sinilah bermulanya pahit manis kerjaya seorang ahli perniagaan Bumiputera, juga pemilik syarikat Noraini Cookies Worldwide Sdn Bhd, Noraini Ahmad, 58. Segalanya bermula daripada perniagaan yang dijalankan di dapur kecil di belakang rumah. Bermula dengan membuat dan memasarkan kuih Melayu ke hotel-hotel sekitar 1984 selama 14 tahun, perniagaannya semakin rancak sehinggalah masalah timbul apabila dia sukar menggaji pekerja tetap. “Pekerja datang dan pergi. Susah hendak mencari pekerja apatah lagi perniagaan seperti ini memerlukan komitmen masa yang cukup tinggi. Malang sekali tiada siapa sanggup bekerja sehingga waktu malam, dan sukarela bekerja pada Hari Raya Aidilfitri. “Walaupun ada jiran yang membantu, tetapi tidak semua mampu menyediakannya dalam satu kuantiti yang besar. Akhirnya setelah berfikir panjang saya buat keputusan berhenti dan menyerahkan perniagaan kepada pekerja yang setia dengan saya. Perniagaannya tidak terhenti setakat itu, malah peluang memasarkan kuih Melayu di Pasar Raya Jaya Jusco (kini dikenali sebagai Aeon) di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur memberi peluang perniagaan baru apabila ditawarkan untuk mengedarkan kuih raya. Peluang itu tidak dilepaskan apatah lagi beliau merupakan usahawan Bumiputera pertama menjual kuih raya di Jaya Jusco. Jualan pada tahun pertama, Noraini berjaya meraih RM40,000 dan
  • 15. meningkat sehingga RM60,000 pada tahun kedua berniaga. Selain Jaya Jusco, kuih rayanya turut dipasarkan di beberapa pasar raya lain seperti Pasar raya Ocean di Klang dan Bintang. Kini jenamanya boleh didapati di pasar raya besar seperti Giant dan Tesco. Langit tidak selalunya cerah Mengharapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari, begitu jugalah yang berlaku kepada perniagaan biskut rayanya. Dek kerana tidak mengerti apa itu krisis ekonomi, perniagaan Noraini terjejas. Hasil jualan menurun. Ada ketika separuh daripada biskut yang dibuat tidak terjual. “Krisis ekonomi berlaku pada 1997, namun kesannya terasa pada 1998. Kerana kurang peka terhadap krisis yang berlaku, syarikat masih membuat pengeluaran dengan jumlah yang sama. “Masa ini saya dapati hasil jualan menurun, tapi beranggapan kerugian berpunca daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri dan orang ramai membeli kuih raya di kampung. “Masuk 1999, saya masih lagi buat pengeluaran dengan kuantiti yang sama. Masa inilah syarikat mengalami kerugian besar di mana separuh daripada kuih tidak terjual. Perniagaan tidak menghasilkan keuntungan sebaliknya, hasil diperoleh sekadar mampu menampung modal pusingan,” katanya. Sikap tidak pernah mengenal erti putus asa, Noraini menerima ajakan seorang teman untuk menyertai ekspo di Angsana Johor Bahru. Merasakan ia peluang terbaik, Noraini menggunakan kesempatan untuk menjual kuih bahulu. Noraini bersama suaminya, Mohd Shamshy Ariffin, 61, berjaya meraih sehingga RM12,000 keuntungan dalam tempoh empat hari berniaga. Tahun berikutnya, Noraini masih menyertai ekspo sama dan berjaya meraih jualan sehingga RM13,500. Noraini perluas pasaran eksport biskut Nama Noraini tidaklah begitu menarik atau dengan kata mudah tiada nilai komersial untuk dijadikan sebuah jenama. Namun, kepercayaan dan prinsip menjadikan jenama Noraini bualan di setiap bibir penggemar biskut Noraini’s sehingga ke hari ini. “Saya percaya, saya juga boleh berjaya seperti orang lain. Saya tidak nampak kekurangan menggunakan nama sendiri yang dikatakan tiada nilai komersial. Malah saya yakin kejayaan pasti akan datang,” katanya. Hampir 30 tahun dalam dunia perniagaan, Noraini yang terkenal dengan produk Noraini’s Cookies terus mengorak langkah dan bakal menerokai tiga negara lagi bagi pasaran eksport biskutnya iaitu Jepun, Jeddah dan Afrika. “Sehingga ini kami mengeksport biskut ke 10 buah negara, antaranya Singapura, Brunei, China, Dubai, Papua New Guinea, Maldives, China dan Kemboja. “Walaupun terdapat beberapa buah negara lain yang menawarkan minat terhadap produk kami, tumpuan hanya diberikan kepada syarikat yang benar-benar serius menjalinkan hubungan perniagaan,” katanya. Selain daripada perniagaan biskut, Noraini turut perluaskan jenamanya dengan memperkenalkan beberapa produk lain termasuk bubur segera dan kopi dan pes masakan.
  • 16. Tidak lokek bantu usahawan Pengalaman, kejayaan dan jatuh bangunnya perniagaan diusahakan Noraini, turut dikongsi bersama usahawan yang lain. Bahkan Noraini sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak yang memerlukan khidmat nasihatnya. “Saya sentiasa mengadakan perbincangan mengenai perniagaan secara keseluruhannya, bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman. Ada kalanya saya menjenguk perniagaan rakan lain yang memerlukan nasihat dan tunjuk ajar. “Di sini (syarikat) saya juga menerima kunjungan lawatan dari pelajar sekolah, penuntut universiti juga kalangan profesional yang ingin berkongsi cerita perniagaan saya. “Matlamat saya hanya satu, ingin membantu usahawan terutama golongan Bumiputera untuk sama - sama mengecap kejayaan,” katanya.