SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
KURSUS            : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

SEMESTER          : SEMESTER 2

INSTITUT          : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

SUBJEK            : MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103)

TAJUK             : TEORI BEHAVIORIS




John Broadus Watson                                 Ivan Petrorich Pavlov
    (1878 – 1958)                                       (1849 – 1936)



                             TOKOH PELOPOR




Burrhus Frederic Skinner                                Edward Lee Thorndike
     (1904 – 1990)                                         (1874 – 1949)




           Tingkah laku                            Pelaziman Klasik (Emosi)




                                 Unsur Berkaitan



           Pengukuhan
                                                    Pelaziman Operan (Tabiat)


                                   Cuba – ralat
Teori Pembelajaran Behavioral




             Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku




  Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran




      Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar
                               dapat respons dan diberi pengukuhan




                               Pelaziman Klasik Pavlov

Sebelum Pelaziman                Proses Pelaziman                 Selepas Pelaziman


   Rangsangan tak terlazim       Eksperimen                           Rangsangan tak terlazim
         (Makanan)
                                    1. Bunyi loceng                         (makanan)

                                    2. Tunggu sementara
   Gerak balas tak terlazim
                                    3. Diberikan makanan              Gerak balas tak terlazim
       (perembesan)
                                                                          (perembesan)
                                    4. Proses berulang-ulang
           TETAPI
                                                                               DAN
     Rangsangan neutral
                                                                       Rangsangan Terlazim
        (bunyi loceng)
                                                                          (bunyi loceng)


      Tiada gerak balas
                                                                       Gerak balas terlazim
     (tiada perembesan)
                                                                           (perembesan)
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip
pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah:


                                               Generalisasi




    Pembelajaran                             KONSEP LAIN                              Diskriminasi
      Semula                                   PAVLOV




                                             Penghapusan



GENERALISASI

    Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.
    Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali
    ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara
    satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan
    kepada satu mata pelajaran (biologi).
Diskriminasi

    Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu
    sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut
    hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain
    daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa
    Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata
    pelajaran sains.

Penghapusan

    Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan
    tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim
    (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut
    untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai
    penghapusan.



RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV
Thorndike


                                   Teori Pelaziman Operan Thorndike



                            Kajian : haiwan – ayam, kucing, anjing, monyet



                                        Eksperimen : kotak ajaib




                                     Eksperimen Kotak Ajaib




           Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar




       Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar – Kaedah cuba jaya




                  Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka




Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.
HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE




Hukum Kesediaan
  Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan,
  maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan
  menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan
  pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan
  dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan
  dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan
  kesediaan kognitif.



Hukum Latihan

  Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui
  latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan.
  Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya
  dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan
  melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai
  digunakan bagi latihan hafalan.



Hukum Kesan

   Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran
   yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas
   gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika
   terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara
   R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik
   apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai
   motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia
   akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.
Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah
   menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi
   pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru
   ialah:

       Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
       menyeronokkan.
       Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
       Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
       Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar.
       Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif,
       fizikal dan afektif.




                                           SKINNER



  Perlakuan harus diperhatikan dalam
    jangka masa yang panjang dan
 membentuk perlakuan yang kompleks                                  Kajian : Skinner Box
   daripada perlakuan yang mudah.



SKINNER BOX

       Tingkah laku binatang dalam kotak                     Kajian ini membawa beliau kepada
       boleh dikawal dan gerak balasnya                     penggunaan teori pelaziman operan
        boleh diperhatikan dan direkod.                     dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah




                                       Teori pelaziman operan boleh
                                       diperkuat dan dihapuskan jika
                                    diberikan peneguhan sebaik sahaja
                                         gerakbalas itu ditunjukkan
Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991),
pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan
tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif
dan pengukuhan negatif.


Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif,
dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.



Pengukuhan Positif
     Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan
     perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai
     salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif
     yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan
     sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan
     sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.



                                                Pengukuhan Positif


                   Tingkah Laku          Kesan/Akibat                Tingkah laku
                                                                     Masa Hadapan
              Pelajar kemukakan       Guru memuji         Pelajar kemukakan lebih banyak
              soalan dengan baik      pelajar             soalan yang baik.

    Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
    Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu
    diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan.

    Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah

    (a) memuji secara ikhlas,

    (b) memuji dengan cepat,

    (c) memuji tanpa pilih kasih,

    (d) memuji usaha dan cuba jaya,

    (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan

    (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.
Pengukuhan Negatif
      Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan
      selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak
      membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak
      tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada
      rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan
      negatif.

                                               Pengukuhan Negatif



                   Tingkah Laku           Kesan/Akibat               Tingkah laku
                                                                    Masa Hadapan
           Pelajar tidak              Guru menegur pelajar     Pelajar akan menyiapkan
           menyiapkan tugasan                                  tugasan yang seterusnya tepat
                                                               pada waktunya
           tepat pada waktunya


  Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh
  digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan,
  pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan
  berkala nisbah berubah.

                                            Jadual Pengukuhan


  Pengukuhan             Maksud          Contoh              Bentuk Gerak                 Tindakan apabila
                                                                Balas                        peneguhan
                                                                                            diberhentikan

                     Peneguhan diberi Menonton           Cepat memberi             Kurang ketekunan dan
Peneguhan
                     selepas setiap   televisyen         kesan.                    kehilangan tindak balas
berterusan.
                     gerak balas.                                                  dengan cepat.

Peneguhan            Peneguhan diberi Kuiz
berkala tetap        selepas satu     mingguan          Tahap gerak balas          Menunjukkan sedikit
(fixed-interval)     jangka masa                        meningkat apabila          ketekunan dan penurunan
                     yang ditetapkan.                   diberi peneguhan           pada kadar yang pantas
                                                        tetapi menurun             dalam gerak balas apabila
                                                        selepas peneguhan          masa peneguhan berlalu.
                                                        diberikan.
Peneguhan             Peneguhan            Pop kuiz       Pelajar akan lambat     Ketekunan masih tinggi
berkala               selepas jangka                      memberi gerak balas;    dan kadar penurunan
berubah               masa berubah-                       berhenti seketika       gerak balas yang
(variable -           ubah.                               selepas peneguhan.      perlahan.
interval)

Peneguhan                                  Kerja yang     Cepat memberi gerak
                      Peneguhan                                                   Tiada nilai peneguhan
berkala                                    dibayar        balas; berhenti
                      selepas bilangan                                            dimana peneguhan hilang
nisbah tetap                               mengikut       seketika selepas
                      set gerak balas                                             nilainya bila kerap
(fixed-ratio)                              kadar.         peneguhan.
                      yang telah                                                  diberikan peneguhan yang
                      ditetapkan.                                                 sama.


                                                                                  Kekal tinggi.
                      Peneguhan
                      selepas                             Gerak balas yang
                      beberapa                            sangat tinggi dan
                                           Mesin yang
                      bilangan                            masih menunjukkan
Peneguhan                                  mengeluarkan
                      gerak- balas                        gerak balas walau pun
berkala                                    tiket dengan
                      yang                                peneguhan tidak
nisbah                                     memasukkan
                      berubah-                            diberikan.
berubah                                    wang ke
                      ubah.
(variableratio)                            dalamnya.



  Dendaan

        Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya
        tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada
        pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi
        contoh dendaan.



                  Tingkah Laku                  Kesan/Akibat           Tingkah laku
                                                                      Masa Hadapan
                  Pelajar membuat bising    Gurumemberi amaran      Pelajar berhenti membuat
                  dalam kelas               kepada pelajar          bising dalam kelas
Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan
   kedua dendaan penyingkiran (Jenis II).


              Dendaan Persembahan                                  Dendaan Penyingkiran



                                                       Dendaan penyingkiran (removal punishment)
   Dendaan persembahan (presentation
                                                       berkaitan dengan penyingkiran rangsangan.
   punishment) berlaku apabila sesuatu
                                                       Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak
   rangsangan menyebabkan berlakunya
                                                       memberi kemudahan apabila seseorang pelajar
   perubahan dalam tingkah laku diri pelajar
                                                       tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan
   tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan
                                                       dendaan penyingkiran ialah seperti tidak
   fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar.
                                                       membenarkan mereka menonton televisyen
   Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru
                                                       dalam tempoh seminggu, sebab mereka
   memberi kerja tambahan.
                                                       tidak membuat kerja rumah Matematik.




Prinsip Premack

      Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti
      yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip
      Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh
      keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh
      menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik
      darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata
      pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.



Pelupusan
   Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya.
   Keadaan ini dapat di atasi jika:

       Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.
       Peneguhan itu tidak lagi digunakan.
      Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang
      dengan serta merta.
JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)



          Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.


                   Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.


                      Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.


        Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk


      Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi
                       pengalaman pembelajaran murid.


Watson ‘Little Albert Experiment’


Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning)


Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman
Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan
terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).


Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut
pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.




Kesimpulannya,

                            Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
PROSES PELAZIMAN


                        Gerakbalas Semulajadi

      Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim )         ketakutan

                     (Gerakbalas Tidak Terlazim)




                         Proses Berpasangan

  Tikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim



                Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim)




                      Berlakunya Pembelajaran

Tikus (Ransangan Terlazim )           ketakutan (Gerakbalas Terlazim)
LATIHAN UJI MINDA



1.   Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang
     dinyatakan oleh Pavlov dalam bentuk peta minda.
     - Generalisasi
     - Diskriminasi
     - Penghapusan
     - Pembelajaran semula



2.   Senaraikan      kajian/eksperimen   yang   digunakan   oleh
     keempat-empat tokoh behaviorisme beserta nama tokoh
     terbabit.
     - Pavlov : Ujikaji Anjing
     - Thorndike : Kotak Ajaib
     - Skinner : Skinner Box
     - Watson : Little Albert



3.   Melalui eksperimen Little Albert, Thorndike berpendapat
     bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan
     antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response
     (gerak      balas).   Thorndike     menyarankan   bahawa
     pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang
disebut sebagai hukum pembelajaran. Nyatakan hukum-
     hukum tersebut.
     - Hukum Kesediaan
     - Hukum Latihan
     - Hukum Kesan



4.   Menurut     teori   pelaziman    operan   Skinner,   Skinner
     membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu
     pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Jelaskan
     kedua-dua pengukuhan yang telah dinyatakan dalam teori
     beliau.
     - Pengukuhan Positif : Merujuk kepada peningkatan
       berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan pemberian
       sesuatu     rangsangan      berikutan   gerakbalas   yang
       ditunjukkan.
     - Pengukuhan Negatif : Merujuk kepada peningkatan
       berlakunya        sesuatu     tingkah   laku   disebabkan
       penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan
       gerakbalas yang ditunjukkan.
DISEDIAKAN OLEH

        FATIN BINTI ITHNIN

NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI

  SITI ZULAIHA BINTI ABD RAHMAN

   PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL

            SEMESTER 2

IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Mabbehave

More Related Content

Similar to Mabbehave

Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Kamal Khalid
 
Assign bk
Assign bkAssign bk
Assign bkkhairma
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piagetSattia Wathy
 
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISTEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISAmelia Jaminkhiri
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingHidayah Saufi
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitiffiro HAR
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifikIlyanie Hasan
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Rph pj t4 kelenturan 4 m
Rph pj t4 kelenturan   4 mRph pj t4 kelenturan   4 m
Rph pj t4 kelenturan 4 mNurfaten Ismail
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifikmas5344
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasShikin Shukri
 

Similar to Mabbehave (20)

Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
Teoribehaviorisme050908 091012092929-phpapp02
 
Present
PresentPresent
Present
 
Present
PresentPresent
Present
 
teori pembelajaran
teori pembelajaranteori pembelajaran
teori pembelajaran
 
Assign bk
Assign bkAssign bk
Assign bk
 
PEMBELAJARAN
PEMBELAJARANPEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
 
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
88073882 ujian-konservasi-jean-piaget
 
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISTEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
 
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan KaunselingTeori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
Teori behavioris dalam Bimbingan dan Kaunseling
 
Peneguhan positif
Peneguhan positifPeneguhan positif
Peneguhan positif
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Rph pj t4 kelenturan 4 m
Rph pj t4 kelenturan   4 mRph pj t4 kelenturan   4 m
Rph pj t4 kelenturan 4 m
 
1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik1.kriteria kajian saintifik
1.kriteria kajian saintifik
 
Jasmine
JasmineJasmine
Jasmine
 
Proses Pembelajaran
Proses PembelajaranProses Pembelajaran
Proses Pembelajaran
 
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khasaudiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
audiologi dan terapi cara kerja pendidikan khas
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Mabbehave

  • 1. KURSUS : PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER : SEMESTER 2 INSTITUT : IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN SUBJEK : MURID DAN ALAM BELAJAR (EDU 3103) TAJUK : TEORI BEHAVIORIS John Broadus Watson Ivan Petrorich Pavlov (1878 – 1958) (1849 – 1936) TOKOH PELOPOR Burrhus Frederic Skinner Edward Lee Thorndike (1904 – 1990) (1874 – 1949) Tingkah laku Pelaziman Klasik (Emosi) Unsur Berkaitan Pengukuhan Pelaziman Operan (Tabiat) Cuba – ralat
  • 2. Teori Pembelajaran Behavioral Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan Pelaziman Klasik Pavlov Sebelum Pelaziman Proses Pelaziman Selepas Pelaziman Rangsangan tak terlazim Eksperimen Rangsangan tak terlazim (Makanan) 1. Bunyi loceng (makanan) 2. Tunggu sementara Gerak balas tak terlazim 3. Diberikan makanan Gerak balas tak terlazim (perembesan) (perembesan) 4. Proses berulang-ulang TETAPI DAN Rangsangan neutral Rangsangan Terlazim (bunyi loceng) (bunyi loceng) Tiada gerak balas Gerak balas terlazim (tiada perembesan) (perembesan)
  • 3. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov. Konsep tersebut ialah: Generalisasi Pembelajaran KONSEP LAIN Diskriminasi Semula PAVLOV Penghapusan GENERALISASI Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).
  • 4. Diskriminasi Dikriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau ujian sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains. Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan. RUMUSAN DAPATAN KAJIAN PAVLOV
  • 5. Thorndike Teori Pelaziman Operan Thorndike Kajian : haiwan – ayam, kucing, anjing, monyet Eksperimen : kotak ajaib Eksperimen Kotak Ajaib Kucing diletakkan di dalam sangkar dan makanan diletakkan di luar sangkar Kucing melakukan beberapa percubaan untuk keluar dari sangkar – Kaedah cuba jaya Pelbagai reaksi : apabila terpijak selak pintu, sangkar itu terbuka Kucing tersebut akan melakukan kaedah cuba jaya sekiranya ia dikurung semula ke dalam sangkar itu.
  • 6. HUKUM PEMBELAJARAN THORNDIKE Hukum Kesediaan Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusannya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada, sebelum individu itu bertindak, iaitu belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama, iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Hukum Latihan Menurut Thorndike, perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika pelajar selalu mengulangkaji rumus matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan. Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. Kesan yang meyakitkan akan melemahkan pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike, kucing tersebut mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan, ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap.
  • 7. Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukan oleh Thorndike, maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah: Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul. Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran. Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar. Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati pelajar bersedia dari aspek kognitif, fizikal dan afektif. SKINNER Perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks Kajian : Skinner Box daripada perlakuan yang mudah. SKINNER BOX Tingkah laku binatang dalam kotak Kajian ini membawa beliau kepada boleh dikawal dan gerak balasnya penggunaan teori pelaziman operan boleh diperhatikan dan direkod. dalam aktiviti P&P dalam bilik darjah Teori pelaziman operan boleh diperkuat dan dihapuskan jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerakbalas itu ditunjukkan
  • 8. Pengukuhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. Pengukuhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif. Pengukuhan Positif Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar kemukakan Guru memuji Pelajar kemukakan lebih banyak soalan dengan baik pelajar soalan yang baik. Peneguhan positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a) memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha dan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.
  • 9. Pengukuhan Negatif Pengukuhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Jadual dibawah menunjukkan satu lagi contoh peneguhan negatif. Pengukuhan Negatif Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar tidak Guru menegur pelajar Pelajar akan menyiapkan menyiapkan tugasan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya tepat pada waktunya Pengukuhan boleh dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Jadual menunjukkan jadual pengukuhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual pengukuhan ini meliputi pengukuhan berterusan, pengukuhan berkala tetap, pengukuhan berkala berubah, pengukuhan berkala nisbah tetap dan pengukuhan berkala nisbah berubah. Jadual Pengukuhan Pengukuhan Maksud Contoh Bentuk Gerak Tindakan apabila Balas peneguhan diberhentikan Peneguhan diberi Menonton Cepat memberi Kurang ketekunan dan Peneguhan selepas setiap televisyen kesan. kehilangan tindak balas berterusan. gerak balas. dengan cepat. Peneguhan Peneguhan diberi Kuiz berkala tetap selepas satu mingguan Tahap gerak balas Menunjukkan sedikit (fixed-interval) jangka masa meningkat apabila ketekunan dan penurunan yang ditetapkan. diberi peneguhan pada kadar yang pantas tetapi menurun dalam gerak balas apabila selepas peneguhan masa peneguhan berlalu. diberikan.
  • 10. Peneguhan Peneguhan Pop kuiz Pelajar akan lambat Ketekunan masih tinggi berkala selepas jangka memberi gerak balas; dan kadar penurunan berubah masa berubah- berhenti seketika gerak balas yang (variable - ubah. selepas peneguhan. perlahan. interval) Peneguhan Kerja yang Cepat memberi gerak Peneguhan Tiada nilai peneguhan berkala dibayar balas; berhenti selepas bilangan dimana peneguhan hilang nisbah tetap mengikut seketika selepas set gerak balas nilainya bila kerap (fixed-ratio) kadar. peneguhan. yang telah diberikan peneguhan yang ditetapkan. sama. Kekal tinggi. Peneguhan selepas Gerak balas yang beberapa sangat tinggi dan Mesin yang bilangan masih menunjukkan Peneguhan mengeluarkan gerak- balas gerak balas walau pun berkala tiket dengan yang peneguhan tidak nisbah memasukkan berubah- diberikan. berubah wang ke ubah. (variableratio) dalamnya. Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual 6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan. Tingkah Laku Kesan/Akibat Tingkah laku Masa Hadapan Pelajar membuat bising Gurumemberi amaran Pelajar berhenti membuat dalam kelas kepada pelajar bising dalam kelas
  • 11. Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (Jenis II). Dendaan Persembahan Dendaan Penyingkiran Dendaan penyingkiran (removal punishment) Dendaan persembahan (presentation berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. punishment) berlaku apabila sesuatu Contohnya, ibu bapa atau guru-guru tidak rangsangan menyebabkan berlakunya memberi kemudahan apabila seseorang pelajar perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh mengenakan tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan dendaan penyingkiran ialah seperti tidak fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. membenarkan mereka menonton televisyen Contohnya, larian padang, sistem demerit, guru dalam tempoh seminggu, sebab mereka memberi kerja tambahan. tidak membuat kerja rumah Matematik. Prinsip Premack Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
  • 12. JOHN BROADUS WATSON (1878-1958) Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”. Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov. Perbezaan antara manusia ialah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid. Watson ‘Little Albert Experiment’ Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning) Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi. Kesannya Albert terkejut dan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul). Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. Kesimpulannya, Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
  • 13. PROSES PELAZIMAN Gerakbalas Semulajadi Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim ) ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim) Proses Berpasangan Tikus (Ransangan Neutral ) + Bunyi kuat (Ransangan Tidak Terlazim Ketakutan (Gerakbalas Tidak Terlazim) Berlakunya Pembelajaran Tikus (Ransangan Terlazim ) ketakutan (Gerakbalas Terlazim)
  • 14. LATIHAN UJI MINDA 1. Senaraikan prinsip-prinsip pembelajaran seperti yang dinyatakan oleh Pavlov dalam bentuk peta minda. - Generalisasi - Diskriminasi - Penghapusan - Pembelajaran semula 2. Senaraikan kajian/eksperimen yang digunakan oleh keempat-empat tokoh behaviorisme beserta nama tokoh terbabit. - Pavlov : Ujikaji Anjing - Thorndike : Kotak Ajaib - Skinner : Skinner Box - Watson : Little Albert 3. Melalui eksperimen Little Albert, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu, yang
  • 15. disebut sebagai hukum pembelajaran. Nyatakan hukum- hukum tersebut. - Hukum Kesediaan - Hukum Latihan - Hukum Kesan 4. Menurut teori pelaziman operan Skinner, Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu pengukuhan positif dan pengukuhan negatif. Jelaskan kedua-dua pengukuhan yang telah dinyatakan dalam teori beliau. - Pengukuhan Positif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan pemberian sesuatu rangsangan berikutan gerakbalas yang ditunjukkan. - Pengukuhan Negatif : Merujuk kepada peningkatan berlakunya sesuatu tingkah laku disebabkan penghapusan sesuatu rangsangan aversif berikutan gerakbalas yang ditunjukkan.
  • 16. DISEDIAKAN OLEH FATIN BINTI ITHNIN NUR AMELIA SYIREEN BINTI JAMINKHIRI SITI ZULAIHA BINTI ABD RAHMAN PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEMESTER 2 IPGM KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN