SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
6 perkara jamin puasa sempurna zahir, batin
DOSA yang bermula daripada mulut yang bercakap sia-sia atau mengeluarkan perkataan tidak
baik pada Ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin sampai ke tahap membatalkan pahala
puasa.
Perkara ini merujuk hadis oleh at-Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal
dengannya, maka tiada apa yang diharapkan oleh Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan
makan dan minumnya (berpuasa).” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada
disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat
dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:
 Memejamkan mata daripada membuat maksiat
 Memelihara lidah daripada membuat maksiat
 Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat
 Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat
 Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa
 Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya.
Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata kotor dan
lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut
orang lain.
Rasulullah dalam pendidikan Baginda mengambil berat persoalan supaya tidak membalas
kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan, malah lebih
memburukkan keadaan.
Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada
orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini
berpuasa.”
Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan
antara dua pihak saudara Islam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan.
Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga
anggota pancaindera ketika berpuasa.
Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan.
Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata.
Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama
ada solat fardu atau , sunat Tarawih pada Ramadan.
Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia.
Segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera.
Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah bermula daripada kejahatan
lidah, Islam menyarankan mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi
memastikan dosa lidah tidak berlaku.
Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia.
Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika
membabitkan hubungan dengan orang lain.
Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan
dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya.
Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur
hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan
ini.

More Related Content

Viewers also liked

Волшебный мир сенсорной комнаты
Волшебный мир сенсорной комнатыВолшебный мир сенсорной комнаты
Волшебный мир сенсорной комнаты
rimma_buh
 

Viewers also liked (13)

Экономика знаний. Часть 2.
Экономика знаний. Часть 2.Экономика знаний. Часть 2.
Экономика знаний. Часть 2.
 
The advantages of solar shades
The advantages of solar shadesThe advantages of solar shades
The advantages of solar shades
 
Come fare i test zte
Come fare i test zteCome fare i test zte
Come fare i test zte
 
Siena II
Siena IISiena II
Siena II
 
MMDs Chapter 9
MMDs Chapter 9MMDs Chapter 9
MMDs Chapter 9
 
Golos 45
Golos 45Golos 45
Golos 45
 
SEM 3 HR SUMMER 2014 ASSIGNMENTS
SEM 3 HR SUMMER 2014 ASSIGNMENTSSEM 3 HR SUMMER 2014 ASSIGNMENTS
SEM 3 HR SUMMER 2014 ASSIGNMENTS
 
Волшебный мир сенсорной комнаты
Волшебный мир сенсорной комнатыВолшебный мир сенсорной комнаты
Волшебный мир сенсорной комнаты
 
Ak 1 ke 4
Ak 1 ke 4Ak 1 ke 4
Ak 1 ke 4
 
Виталий Колосов, ClickFrog "Арбитраж тизерного трафика"
Виталий Колосов, ClickFrog "Арбитраж тизерного трафика"Виталий Колосов, ClickFrog "Арбитраж тизерного трафика"
Виталий Колосов, ClickFrog "Арбитраж тизерного трафика"
 
Ave you tube
Ave  you tubeAve  you tube
Ave you tube
 
Ja
JaJa
Ja
 
Алена Мельон, Unisender "Зачем интернет-магазину подписка на рассылку - как п...
Алена Мельон, Unisender "Зачем интернет-магазину подписка на рассылку - как п...Алена Мельон, Unisender "Зачем интернет-магазину подписка на рассылку - как п...
Алена Мельон, Unisender "Зачем интернет-магазину подписка на рассылку - как п...
 

Similar to 6 perkara jamin puasa sempurna zahir

2. bahaya lisan
2. bahaya lisan2. bahaya lisan
2. bahaya lisan
Moh Holili
 
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insaniRamadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Mohd Syahir Ismail
 
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insaniRamadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Mohd Syahir Ismail
 
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
misyaain
 
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
umma Indonesia
 
Perkara yang membatalkan puasa
Perkara yang membatalkan puasaPerkara yang membatalkan puasa
Perkara yang membatalkan puasa
Cikgu Garage
 

Similar to 6 perkara jamin puasa sempurna zahir (14)

2. bahaya lisan
2. bahaya lisan2. bahaya lisan
2. bahaya lisan
 
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insaniRamadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
 
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insaniRamadhan tranformasi keharmonian insani
Ramadhan tranformasi keharmonian insani
 
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
risalah ramadhan (Adab di bulan puasa)
 
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
uMagazine by umma vol 4 (Melepas Jerat Resesi)
 
Adab berbicara
Adab berbicaraAdab berbicara
Adab berbicara
 
Impak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap MuslimImpak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap Muslim
 
Adab pergaulan
Adab pergaulanAdab pergaulan
Adab pergaulan
 
Adab pergaulan
Adab pergaulanAdab pergaulan
Adab pergaulan
 
Adab pergaulan
Adab pergaulanAdab pergaulan
Adab pergaulan
 
Perkara yang membatalkan puasa
Perkara yang membatalkan puasaPerkara yang membatalkan puasa
Perkara yang membatalkan puasa
 
Sinar ramadhan 2
Sinar ramadhan 2Sinar ramadhan 2
Sinar ramadhan 2
 
Sinar ramadhan 2
Sinar ramadhan 2Sinar ramadhan 2
Sinar ramadhan 2
 
Puasa pengertian (2)
Puasa pengertian (2)Puasa pengertian (2)
Puasa pengertian (2)
 

6 perkara jamin puasa sempurna zahir

  • 1. 6 perkara jamin puasa sempurna zahir, batin DOSA yang bermula daripada mulut yang bercakap sia-sia atau mengeluarkan perkataan tidak baik pada Ramadan boleh mengurangkan, malah mungkin sampai ke tahap membatalkan pahala puasa. Perkara ini merujuk hadis oleh at-Tirmizi bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan daripada berkata-kata sia-sia dan selalu beramal dengannya, maka tiada apa yang diharapkan oleh Allah walaupun ketika itu dia meninggalkan makan dan minumnya (berpuasa).” (Hadis riwayat Abu Hurairah) Dalam kitab Bahr al-Mazi yang menghimpunkan hadis dikeluarkan Imam at-Tirmizi ada disebutkan enam perkara yang boleh menjamin kesempurnaan puasa, semuanya berkait rapat dengan anggota zahir dan batin manusia iaitu:  Memejamkan mata daripada membuat maksiat  Memelihara lidah daripada membuat maksiat  Menjauhkan telinga daripada membuat maksiat  Menegah tangan dan kaki daripada membuat maksiat  Jangan terlalu banyak makan ketika berbuka puasa  Hati yang bergantung kepada Allah antara mengharap dan perasaan takut kepada-Nya. Orang yang berpuasa bukan sekadar dikehendaki menjaga mulutnya daripada berkata kotor dan lucah serta melampau, malah dituntut mengawal mulutnya daripada membalas kejahatan mulut orang lain. Rasulullah dalam pendidikan Baginda mengambil berat persoalan supaya tidak membalas kejahatan dengan kejahatan kerana ia tidak akan menyelesaikan permasalahan, malah lebih memburukkan keadaan. Dalam hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jika ada orang berkata-kata kotor kepadanya, maka katakan kepada orang itu bahawasanya aku ini berpuasa.” Hikmah Rasulullah menyarankan demikian untuk mengelakkan perkelahian dan perbalahan antara dua pihak saudara Islam pada bulan mulia ini demi menjaga kesucian Ramadan. Ulama ada menyebut bahawa antara punca hilangnya pahala disebabkan kegagalan menjaga anggota pancaindera ketika berpuasa. Sedekah hanya dapat dilakukan oleh anggota tangan. Bacaan dan tadarus al-Quran adalah gabungan hubungan antara lidah, mulut dan mata. Kaki pula akan sentiasa mendorong manusia melangkah ke rumah Allah untuk beribadat sama ada solat fardu atau , sunat Tarawih pada Ramadan. Ini menunjukkan fungsi serampang dua mata anggota pancaindera manusia.
  • 2. Segala amalan dalam Ramadan akan terhapus angkara perbuatan pancaindera. Sebagai langkah mengelakkan daripada pelakuan tidak berfaedah bermula daripada kejahatan lidah, Islam menyarankan mengambil langkah berdiam diri dan mengunci mulutnya bagi memastikan dosa lidah tidak berlaku. Umat Islam diminta mengawal lidah daripada bercakap yang sia-sia. Asal saja mahu bertutur, pastikan bahawa ia tidak akan membawa kepada mudarat, terutama jika membabitkan hubungan dengan orang lain. Malah, ada kalanya lebih baik seseorang itu tidur bagi menjaga pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat, tetapi dalam kadar yang ada batasannya. Semoga kecemerlangan puasa yang dimulakan dengan niat suci itu terpelihara mulai dari sahur hingga tiba waktu berbuka dan diteruskan hingga ke malamnya, seterusnya sepanjang Ramadan ini.