Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
BETULKAN NIAT
1. [BETULKAN NIAT DULU]
Saya masih teringat pada zaman permulaan bisness online saya dahulu, saya mulakan
dengan "menjual" cheese powder. Saya promosi kaw2 di Facebook, tag orang sampai kena
marah, siap buat group mesej kepada 100 orang untuk "menjual" cheese powder semata-
mata ingin mendapat jualan pada waktu tersebut.
Apabila tiada seorang pun confirm beli, saya jadi stress, dan melipatgandakan usaha dengan
tag orang, post di group Facebook dan macam-maca lagi usaha yang saya buat.
Betul kata pepatah ini, "Man Jadda, Wa Jadda". Siapa yang berusaha, dia pasti berjaya.
Namun saya telah puas berusaha dan sampai masa berputus asa dan kembali mahu mencari
kerja tetap.
Ini semua berkait rapat dengan niat saya pada waktu itu yang tidak betul. Dulu saya
berniaga untuk menerima sesuatu daripada orang yang membeli barang kita. Ya, itu saya
dulu. Adakah kita pun berniat sedemikian? Kita berniaga mengharapkan orang beli dengan
kita, maka percayalah cakap saya, lambat sikitlah orang nak membeli dengan kita.
Betulkan niat kita, banyakan MEMBERI dahulu, beri dari sudut apa? Sedekah, solat, istigfar,
selawat dan senyum. Percayalah, Allah akan datangkan rezeki dari sumber yang tak tahu
dari mana.
Jangan bila mula sahaja berniaga, bila satu hari tak ada orang beli barang kita, kita gelabah.
Itu maknanya, cable kita tak kuat dengan Maha Pencipta, goyang dan rapuh. Betulkan line
cable kita dulu, baru semuanya akan dipermudahkan.
Bagi Isteri yang mula berniaga, perkara penting yang anda mesti tahu adalah, minta restu
dari SUAMI yang anda telah mula berniaga. Jika suami kita tidak redha, sekuat mana kita
berusaha, pasti akan langgar dinding juga. Jika ada di antara kita yang pernah buat salah
pada seseorang, kutuk-kutuk orang, lebih baik mohon ampun pada beliau, kerana doa
mereka amat makbul sehingga kemaafan telah lahir dari mulut beliau.
Carilah dengan berkat, barakah akan datang.