1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DARULAMAN
Bil. Fasa BIG
Tajuk BIG
Tarikh Program
Lokasi pelaksanaan
Nama Pelajar
Nombor Kumpulan
Nama Mata Pelajaran
Kod Mata Pelajaran
Nama Kelas
Nama Mentor
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
BIG Fasa 1
Perkhemahan 1
14 November 2012
SK Jerlun, 06150 Jitra, Kedah.
Fadhlina binti Ahmad Basri
9 (KOHOT 2)
Bina Insan Guru
WAJ 3114
PPG (Feb 2012) – Sains
En. Teh Kah Ho
2. KERTAS KERJA
BIODATA DIRI PELAJAR
NAMA : FADHLINA BT AHMAD BASRI
TARIKH LAHIR : 20.08.1978
NO. K/ PENGENALAN : 780820-02-5802
ALAMAT : 148,LORONG BERLIAN
INDAH 5/1 , TAMAN
BERLIAN INDAH, 08000
SUNGAI PETANI.
KEDAH DARUL AMAN.
SEKOLAH : SK JERLUN, 06150 JITRA,
Email : fadhlinaahmadbasri@gmail.com
3. KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
1. Rasional:
Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum
di sekolah. Ia dirancangkan supaya dapat melatih murid-murid menyesuaikan diri
mereka dengan pelbagai situasi kehidupan. Murid-murid juga akan didedahkan
dengan kehidupan yang lebih mencabar dalam kelompok masyarakat.
Kesedaran tentang pentingnya semangat bekerjasama, tolong-menolong akan
wujud dalam diri setiap murid-murid. Aktiviti ini juga mendedahkan para peserta
kepada cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan
semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping memberi
kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.
Seterusnya, aktiviti yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara
langsung akan mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan
kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Misalnya, dengan
menjalani aktiviti mendirikan khemah, membuat ikatan dan balutan, murid-murid
dapat mengetahui bagaimana cara untuk mengaplikasikannya apabila diperlukan
walaupun mereka hanya menjalani aktiviti itu di padang sekolah sahaja.
Aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisma juga turut
menyumbang kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.
Apatah lagi apabila aktiviti-aktiviti itu dilaksanakan secara bersama dan integratif.
4. 2. Latar Belakang:
Selaras dengan rasional di atas, kami pihak pelajar dari IPG Kampus Darul
Aman (Program PPG) akan menganjurkan Perkhemahan Unit Beruniform
(Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah dan Puteri
Islam) di Sekolah Kebangsaan Jerlun dengan hasrat untuk memberi peluang
kepada pelajar tahun 5 menyertai perkhemahan secara terancang.
Program ini diadakan pada 14 November 2012 bertempat di padang Sekolah
Kebangsaan Jerlun, 06150, Jitra, Kedah Darul Aman.
Penganjuran program perkhemahan ini adalah sejajar dengan cita-cita
melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Program ini juga diharapkan akan dapat membina dan memupuk integrasi di
kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran
membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara
pelbagai kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan
bersatu padu. Harapan ini akan direalisasikan melalui aktiviti-aktiviti yang
berunsurkan pendidikan dan semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
5. 3. Matlamat:
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, serta berpotensi untuk memberi
sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat,
agama, bangsa dan Negara.
Dalam konteks perkhemahan dan kem kecemerlangan ini, aktiviti-aktiviti yang
dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan
potensi diri masing-masing dalam bidang kokurikulum khususnya dari segi
kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuh disiplin kendiri, semangat
bekerjasama, dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka perlaksanaan
perkhemahan dan kem kecemerlangan ini adalah juga bertujuan untuk
melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif,
berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah
dan pancaroba hidup seterusnya dengan cemerlang.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, adalah dihasratkan agar para peserta
memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi ke arah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai
keindahan dan keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing,
berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-
nilai budaya warisan bangsa yang releven dengan perkembangan semasa.
6. Justeru itu, unsur-unsur keriangan dan keseronokan yang disepadukan dalam
aktiviti yang akan dijalankan, ini diharap akan menimbulkan kesedaran tentang
hakikat bahawa keriangan dan keseronokan juga adalah sebahagian daripada
kehidupan yang perlu dijana secara berdisiplin dan berhemah berpandukan etika
dan budaya bangsa.
4. Objektif:
1. Memberi pengalaman berkhemah kepada murid-murid
2. Melahirkan murid yang mempunyai jati diri yang kuat serta mampu
menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah.
4. Melahirkan murid yang berani menghadapi dugaan, tabah menempuh
rintangan dan yakin tentang kebolehan (kepimpinan) diri masing-masing.
4. Mewujudkan semangat bekerjasama dalam diri setiap murid semasa
menjalankan aktiviti dalam kumpulan.
5. Menggalakkan murid-murid berdikari terhadap tugas yang diamanahkan
kepada mereka oleh ketua atau pemimpin kumpulan.
6. Membantu pelajar dalam aspek sosial.
7. Melatih murid berdikari dan bekerjasama
8. Menepati masa dan selalu bersedia
9. Membentuk murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum mahupun
kokurikulum.
10.Meningkatkan konsep kendiri menerusi pelbagai insur seperti kepercayaan,
membina matlamat pengalaman, keseronokan dan sebagainya melalui
perkongsian pengalaman.
7. 5. Penglibatan murid
Murid yang terlibat adalah semua murid tahun 5 seramai 75 orang dan mereka
perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan kepada mereka.
6. Penglibatan pelajar PPG
Seramai 10 orang pelajar PPG dari Institut Perguruan Darul Aman terlibat
menyertai program ini dan perlu menjalankan tugas yang telah diberikan kepada
mereka. Pelajar-pelajar PPG dibahagikan kepada beberapa tugas iaitu bahagian
pendaftaran, aktiviti, makanan, keagamaan, persiapan dewan, keselamatan dan
peralatan, cenderamata dan siaraya.
8. 7. Kos terlibat
SUMBER KEWANGAN
BIL SUMBER KEWANGAN RM
1 Tabung KoKurikulum RM637.50
2 Kutipan Pelajar PPG RM200.00
JUMLAH RM837.50
BELANJAWAN PERKHEMAHAN
BIL PERKARA PERBELANJAAN
1 ABM Murid RM 5 X 75 RM 307.50
2 Makan dan minum Minum pagi/kudapan
(RM 1 X 85)
Makan Tengahari
(RM3.00 X 85)
Minum Petang
(RM 1 X 85)
RM 85.00
RM 255.00
RM 85.00
3 Hadiah RM 12 X 7 hamper RM 84.00
4 Bahan dan alatan Tali, bahan gajet RM 21.00
9. JUMLAH RM 837.50
8. JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : En. Mohd. Basri b. Baharom (Guru Besar)
Pengerusi : En. Saeidin b. Bakar (PK KoKurikulum)
N. Pengerusi 1 : En Mahazir b. Adnan (PK Pentadbiran)
N. Pengerusi 11 : En. Md. Nasir b. Md. Saman (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. Rosnita bt. Zainon
N/Setiausaha : Pn. Faridah bt Junoh
Bendahari : Pn. Yuhaidawati bt. Yusoff
Kem Komandan : Pn. Ku Syaharom bt. Ku Said
Pen K. Komandan : Pn. Noryusni bt. Mohd. Yusoff
AKTIVITI
1. Ice Breaking
Pn. Ku Syaharom bt. Ku Said
Pn. Rosnita bt. Zainon
2. Mendirikan Khemah dan Pemeriksaan Khemah
Pn. Faridah
Pn. Noryusni
3. Balutan
Pn. Asma
Pn. Ruzaini
4. Ikatan
Pn. Yuhaidawati bt. Yusoff
Pn. Fadhlina
5. Gajet
Pn. Noriza
11. Senarai Jawatankuasa Kerja dan Butiran Tanggungjawab
Setiausaha
a) Mengadakan surat panggilan mesyuarat dan surat kebenaran waris
b) Menulis minit mesyuarat
c) Membuat kertas kerja
d) Menyediakan jadual perkhemahan
e) Menulis laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
f) Menyediakan buku program/brosur
Naib Setiausaha
a) Mengedar surat panggilan mesyuarat dan surat kebenaran waris
b) Mengedar minit mesyuarat seminggu selepas mesyuarat diadakan
c) Mengedar jadual perkhemahan kepada semua prserta
Bendahari
a) Mengumpul wang dari peserta pelatih PPG
b) Mengurus kewangan dengan berhemah
Kem Komandan dan Penolong Kem Komandan
a) Memberi arahan dan membuat tunjuk cara memasang khemah dengan
betul
b) Memberi arahan dan memastikan murid melakukan kawad kaki dengan
betul
c) Memastikan murid mematuhi peraturan dan disiplin perkhemahan
sepanjang aktiviti
12. Jawatankuasa Pendaftaran:
a) Pelajar PPG yang bertugas berada di meja pendaftaran ketika waktu
pendaftaran bermula.
b) Menanda kehadiran murid yang hadir.
c) Memberi buku aktiviti yang akan digunakan untuk program bagi murid
yang sudah mendaftar.
d) Mengenalpasti jumlah kehadiran murid.
Jawatankuasa Aktiviti:
a) Ketua membahagikan tugas kepada guru-guru bagi setiap aktiviti yang
akan dijalankan.
b) Setiap AJK mencari bahan untuk dimasukkan ke dalam fail murid-murid.
c) Membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan setiap
kumpulan mendapat bimbingan daripada dua orang fasilitator/pelajar
PPG.
d) Memastikan semua fasilitator berada di tempat aktiviti semasa aktiviti
dijalankan.
e) Menyediakan barang-barang atau alatan keperluan yang perlu ada bagi
sesuatu aktiviti sebelum ia dijalankan.
f) Memastikan semua murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang
diadakan.
g) Memastikan keselamatan murid-murid semasa sesuatu aktiviti sedang
dijalankan.
Jawatankuasa keselamatan dan peralatan:
a) Memastikan murid memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan
b) Memastikan murid tidak membawa peralatan atau bahan yang
membahayakan
c) Memastikan murid mengikut peraturan yang telah ditetapkan
d) Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap
13. e) Memastikan kawasan perkhemahan berada dalam situasi yang selamat
f) Menyediakan peralatan yang lengkap sesuai dengan aktiviti yang
dijalankan.
Jawatankuasa makanan:
a) Mengurus dan mengelolakan makanan kepada peserta perkhemahan
b) Memastikan pengagihan makanan kepada semua murid mencukupi dan
mengikut masa yang ditetapkan.
c) Menjaga murid-murid ketika mereka beratur untuk mengambil makanan
dengan tertib dan teratur.
Jawatankuasa keagamaan:
a) Menyediakan tempat untuk menunaikan solat dalam keadaan bersih iaitu
di surau sekolah.
b) Membahagikan tugasan imam kepada murid-murid yang ditetapkan.
c) Memastikan semua murid berada di surau dan bersedia untuk
menunaikan solat berjemaah.
Jawatankuasa cendemata dan hadiah:
a) Menyediakan hadiah dan sijil seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Penganjur melalui Urusetia Pengelola.
b) Menyusun atur hadiah di meja yang ditentukan supaya hadiah dapat
disampaikan dengan mudah selepas sesuatu pertandingan tamat.
c) Menyediakan senarai hadiah yang telah disusun atur kepada Urusetia
Pengelola dan Juruacara.
d) Menyerahkan Skrip Penyampaian Hadiah kepada Juruacara.
Jurufoto
a) Membuat rakaman setiap aktiviti bagi tujuan membuat laporan
b) Membuat suntingan rakaman
14. c) Memastikan rakaman dapat ditonton dan memenuhi masa yang
ditetapkan
Jawatankuasa siaraya:
a) Menyediakan dan memastikan alatan PA sistem dalam keadaan baik.
Harapan
Sebagai aktiviti perkhemahan yang berkonsepkan pendidikan, maka program
Unit Beruniform ini amat bergantung kepada kesediaan dan keasanggupan
semua pihak, khususnya Ahli Jawatankuasa Pengelola dan guru-guru berusaha
dan bekerja dengan bersungguh-sungguh, tekun dan teliti melaksanakan tugas
dan tanggungjawab masing-masing. Kejayaan program ini juga adalah
bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada peserta dan
juga guru-guru. Dalam pada itu sokongan, kerjasama dan bantuan daripada ibu
bapa, para dermawan, syarikat-syarikat swasta dan agensi-agensi kerajaan
amatlah diharap-harapkan.
Melalui program ini, diharapkan dapat menimbulkan rasa minat murid-murid dan
bergiat aktif dalam unit kokurikulum yang mereka sertai di sekolah.
Penutup:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga, sokongan dan bantuan ihsan dari semua pihak akan secara
langsung turut menyumbang kepada kejayaan program ini.
15. PERANCANGAN AKTIVITI
ALIRAN PERLAKSANAAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JERLUN
Tarikh : 14 November 2012
Tempat : Padang SK Jerlun
Masa : 07.30 pagi – 06.00 petang
Masa Aktiviti
Tindakan
07.30 pagi Peserta mendafar diri dan terus menuju ke
dewan
Taklimat oleh Pengerusi Perkhemahan dan
Penolong Kanan Kokurikulum
AJK
Pendaftaran
Kem komandan,
PKKoKurikulum
08.30 pagi Peserta memulakan Aktiviti Dalaman iaitu Ice
Breaking yang di kendalikan oleh fasilitator
yang ditugaskan
AJK Aktiviti
(Ice Breaking)
09.30 pagi Peserta dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan diberi taklimat berkaitan cara
AJK Aktiviti
(Perkhemahan)
16. memasang khemah yang betul dan
pemilihan tempat perkhemahan yang
selamat serta tunjukcara mendirikan khemah
bagi panduan murid memasang khemah
masing-masing.
10.30 pagi Rehat/ kudapan AJK makanan
11.00 pagi Peserta mempelajari cara membuat balutan
dan memberi pertolongan cemas yang
dikendalikan oleh guru Persatuan Bulan
Sabit Merah
AJK Aktiviti
(Balutan)
12.30 tgh Makan tengahari dan bersiap-siap untuk
solat zohor berjemaah
AJK Makanan
dan AJK
Agama
02.00
petang
Peserta diajar Sistem Base iaitu aplikasi tali,
membuat pelbagai jenis simpulan dan ikatan
menggunakan tali yang disediakan
AJK aktiviti
(Ikatan)
03.00
petang
Peserta diajar membuat pelbagai jenis gajet
menggunakan peralatan yang disediakan.
AJK aktiviti
(Gajet)
04.30
petang
Minum petang/ solat asar AJK Makanan
dan AJK
Agama
17. 05.00
petang
Peserta menurunkan khemah
Peserta beratur dalam barisan untuk
membuat perbarisan
Pemeriksaan perbarisan oleh kem kom
GB merasmikan majlis penutup hari
perkhemahan unit beruniform
Penyampaian hadiah dan sijil kepada
pemenang dan peserta perkhemahan.
Semua AJK
AJK aktiviti
(Kawad)
AJK aktiviti
(Hadiah)
06.00
petang
Bersurai.