SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
960630-11-536
PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS
BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adat berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu
bersalin di Kampung Sungai Bari dan kesan pengamalan adat tersebut. Kaedah soal selidik,
pemerhatian dan rujukan arkib digunakan untuk melengkapkan kajian ini. 25 responden dipilih
secara rawak terdiri daripada para ibu untuk menjawab soal selidik menggunakan skala Likert
lima mata yang telah disediakan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan ibu berpantang di
Kampung Sungai Bari mengamalkan berbengkung, urutan tradisional, bertungku, minum air akar
kayu dan tidur berlapikkan bantal. Adat yang diamalkan dapat mengecutkan peranakan,
menghilangkan lenguh dan menyegarkan badan. Kesimpulannya, pengamalan adat berpantang
masih diamalkan dan memberi kesan yang baik untuk kesihatan kaum ibu.
960630-11-536
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-
individu yang banyak memberi bantuan semasa menghasil dan menyiapkan PBS STPM
Semester 2 2015 iaitu tajuk Pengamalan Adat Berpantang dalam Kalangan Ibu Selepas Bersalin
di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya
dan tanpa menghadapi masalah yang boleh mengendalakan perjalanan untuk menyiapkan
tugasan ini.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Pengajian Am saya, Pn. Nazrah bt Dollah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar
dan bimbingan kepada saya ketika menghasilkan kerja ini. Dia juga banyak memberitahu
dan menunjukkan kesilapan yang terdapat dalam hasil kerja saya supaya saya
dapat membuat pembetula n dan perubahan dengan segera.
Saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana mereka
telah bayak memberi dorongan dan idea kepada saya ketika menyiapkan kerja ini.Mereka juga
memberi cadangan dan bantuan supaya saya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan
dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada rakan- rakan saya yang telah banyak memberi bantuan dan
sokongan semasa kajian ini dijalankan. Malah, saya juga berterima kasih kepada responden-
responden yang sudi bekerjasama dan memberikan maklumatkepada saya untuk
melengkapkan kerja ini.
Sekian, terima kasih
960630-11-536
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang
dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka
dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu
selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan
amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu
sejak turun temurun lagi.
Kajian yang dijalankan di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu tidak hanya
tertumpu kepada wanita yang baru sahaja melahirkan anak tetapi juga dijalankan terhadap wanita
yang sudah lama bersalin. Ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan untuk mengkaji
bagaimana cara ibu-ibu mengamalkan adat berpantang selepas melahirkan anak.
Kebanyakan wanita muda di Kampung Sungai bari, Setiu Terengganu masih
mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga
kesihatan diri sewaktu berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan
dengan bimbingan orang lebih tua. Kaedahnya pelbagai bergantung kepada keturunan dan
kebudayaan seseorang. Misalnya cara wanita di pantai timur mungkin berbeza dengan orang
utara.Begitu juga wanita yang berketurunan Arab, Jawa, India atau Cina berbeza petua dan rahsia
yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang diamalkan, tujuannya tetap sama iaitu
ingin menyembuhkan luka dan kesakitan si ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.
960630-11-536
Dalam pada itu, terdapat juga perkataan yang sering digunakan dalam kajian ini iaitu adat
ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh
kelompok masyarakat. Dalam bahasa melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau
hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera
Menurut Haliza (1999) pula, berpantang bermaksud pantang larang merupakan larangan
keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian
terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh
kuasa ghaib. Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat. Erti
pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan
larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang
berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama. "melanggar pantang larang" itu lazimnya
dikecam oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.
960630-11-536
OBJEKTIF KAJIAN
PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN
DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU.
Objektif kajian:
1. Mengenal pasti amalan berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu selepas bersalin di
Kampung Sungai Bari.
2. Mengkaji kesan pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu di Kampung Sungai Bari,
Setiu Terengganu.
960630-11-536
Lokasi Kajian
Lokasi kajian bertempat di Kampung Sungai Bari 21450 Setiu Terengganu. Kampung Sungai
Bari ini berada di kawasan Dun Langkap yang terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasi
kajian ini terletak kira-kira 67 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Kampung Sungai Bari
adalah bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Lerek disebelah
utara, Kampung Langkap disebelah barat, Kampung Jelapang disebelah timur dan Kampung
Selamat disebelah selatan Kampung Sungai Bari.
Terdapat beberapa buah institut pendidikan berdekatan dengan lokasi kajian iaitu Sekolah
Kebangsaan Batu 29 dan Tadika Sungai Bari. Pihak kerajaan juga turut menyediakan
kuarters guru di Kampung Sungai Bari untuk kemudahan para guru yang tinggal jauh daripada
sekolah rendah yang terdapat di kampong itu. Selain itu, terdapat kemudahan lampu isyarat yang
dibina hadapan sekolah rendah untuk kemudahan para murid melintas jalan dengan selamat.
Masjid juga turut dibina disebelah selatan Kampung Sungai Bari untuk kemudahan umat Islam
melakukan ibadah kerana 98% penduduk di kampung tersebut penganut agama Islam.
960630-11-536
Foto 1 : Kampung Sungai Bari
960630-11-536
Foto 2 : Kampung Sungai Bari
960630-11-536
5.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian kerja projek ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitif dan kuantitatif.
5.2 Soal selidik
Kajian ini dijalankan dengan membina soalan bagi borang soal selidik yang mengandungi tiga
bahagian utama. Bahagian A merupakan soalan bagi Data Demografi Responden manakala
Bahagian B pula mengandungi soalan bagi pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu
bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu yang telah dibahagikan kepada tiga aspek
iaitu amalan khusus ibu bersalin, amalan pemakanan ketika berpantang dan pantang larang
ketika berpantang. Seterusnya Bahagian C merupakan soalan bagi kesan pengamalan adat
berpantang dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada
(lampiran 1). Kajian ini menghasilkan soalan bagi borang selidik dengan menggunakan skala
likert seperti yang berikut :
Jadual 1 : Skala Tahap Persetujuan
Seterusnya, pengkaji mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada 25 orang responden yang
hanya tertumpu kepada kaum ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu sahaja. Analisis
data kajian bagi adat berpantang dalam kalangan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari,
Setiu Terengganu menunjukkan dengan membuat pengiraan bilangan peratus dan purata untuk
semua bahagaian soalan dalam borang soal selidik.
5.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau
pengumpulan data sehelai daripada soal selidik. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji
dengan membuat pemerhatian sendiri, catatan dan mengambil foto ibu yang sedang berpantang
pada ketika itu pada (lampiran 2). Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan membuat tinjauan
di lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai pengamalan adat berpantang dalam
kalangan ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu dan mengkaji kesan pengamalan adat
berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Pemerhatian ini hanya tertumpu kepada
kaum ibu di kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Kaedah pemerhatian yang dijalankan pada
waktu hujung minggu dan ketika kelapangan. Menerusi kaedah ini, aspek pemerhatian yang
menjadi keutamaan pengkaji ialah cara berbengkung, mengurut, bertungku, jenis air akar kayu
yang diminum oleh ibu ketika berpantang.
1 Sangat kurang setuju
2 Kurang setuju
3 Tidak pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
960630-11-536
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
Umur responden
Umur Peratus
20-29 tahun 32%
(8)
30-39 tahun 32%
(8)
40-49 tahun 20%
(5)
50 tahun ke atas 20%
(5)
Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur
Sumber: Kerja Lapangan 2015
Rajah 1: Peratusan reponden mengikut umur
Sumber: Kerja Lapangan 2015
32%
32%
20%
20%
Umur responden
20-29 tahun
30-39 tahun
40-49 tahun
50 tahun ke atas
960630-11-536
Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Kajian
mendapati bahawa kebanyakkan responden 20-29 dan 30-39 tahun dalam kajian ini dengan
peratusan sebanyak 32% (8 orang) dan diikuti responden 40-49 tahun iaitu 20% (5 orang)
manakala responden berumur 50 tahun ke atas sebanyak 20% (5 orang) dan reponden 30-39
tahun sebanyak 32% (8 orang).
Pekerjaan responden
Pekerjaan Peratus
Bekerja 36%
(9)
Tidak bekerja 64%
(16)
Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan
Sumber: Kerja Lapangan 2015
Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan
Sumber: Kerja Lapangan 2015
64%
36%
Pekerjaan responden
Tidak bekerja
Bekerja
960630-11-536
Jadual 2 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan pekerjaan.
Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bekerja dalam kajian ini dengan
peratusan sebanyak 64% (16 orang) dan diikuti responden bekerja iaitu 36% (9 orang).
Taraf pendidikan responden
Taraf pendidikan Peratus
Sekolah rendah 10%
(8)
Sekolah menengah 19%
(8)
Diploma/Ijazah 33%
(5)
Tidak bersekolah 38%
(5)
Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur
Sumber: Kerja Lapangan 2015
Jadual 3: Peratusan responden mengikut taraf pendidikan
Sumber: Kerja Lapangan 2015
10%
19%
33%
38%
Taraf pendidikanresponden
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Diploma/Ijazah
Tidak bersekolah
960630-11-536
Jadual 3 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan taraf
pendidikan. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bersekolah dalam kajian ini
dengan peratusan sebanyak 38% dan diikuti responden diploma/ijazah iaitu 33% manakala
responden sekolah menengah sebanyak 19% dan reponden sekolah rendah sebanyak 10%.
8.2 AMALAN BERPANTANG DIKALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG
SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU
8.1.1 Amalan Khusus
BIL
PERKARA
Sangat
kurang
setuju
1
Kurang
setuju
2
Tidak
pasti
3
Setuju
4
Sangat
setuju
5
1 Amalan khusus ibu bersalin
i) Berbengkung ketika berpantang 4%
(1)
12%
(3)
20%
(5)
24%
(6)
40%
(10)
ii)Urutan tradisional selepas
bersalin
0%
(0)
4%
(1)
24%
(6)
36%
(9)
36%
(9)
iii)Mandi herba ketika berpantang 4%
(1)
12%
(3)
20%
(5)
40%
(10)
24%
(6)
iv)Bertungku selepas bersalin 0%
(0)
0%
(0)
32%
(8)
36%
(9)
32%
(8)
Jadual 1 :Amalan khusus ibu bersalin
Sumber: Kerja Lapangan 2015
Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah
berbengkung. Seramai 40% (10 orang) responden sangat setuju manakala 24% (6 orang) lagi
bersetuju dengan amalan berbengkung ketika berpantang. Hal ini diperhatikan sendiri oleh
960630-11-536
pengkaji yang mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berbengkung setiap hari selepas
berurut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan, mereka berbengkung menggunakan bengkung
dengan berlapikkan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan
seperti daun pandan atau lengkuas.
Namun demikian terdapat 12% (3 orang) dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju
dengan pengamalan adat ini. Manakala 20% (5 orang) lagi tidak pasti. Menurut Haliza (1999),
cara memakai bengkung ialah pastikan ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah,
tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Sapukan minyak
dengan ramuan rempah dan herba. sapu juga di bahagian belakang.
Sumber : Kerja Lapangan 2015
Selain itu, amalan berurut juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung
Sungai Bari. Terdapat 36% (9 orang) responden setuju manakala 24% (6 orang) responden tidak
pasti dengan amalan berurut selepas bersalin ini. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang
mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berurut setiap hari sebelum berurut. Cara
mengurut wanita bersalin ialah urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat. Kemudian urut
dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit. Semua urutan hendaklah menghala ke
pusat. Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan, diurut dari
bahagian kaki ke peha dan kemudian sapukan param. Namun demikian, 36% (9 orang)
960630-11-536
responden setuju, 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Menurut
Azizan (1993) hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan
dan jari-jemari. Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan
rahim.
Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah
mandi herba. Seramai 24% (6 orang) responden sangat setuju manakala 12% (3 orang)
responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang
mendapati bahawa para ibu akan mandi herba setiap kali selepas berurut. Caranya ialah mulakan
menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang
pada kaki kiri. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama
dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Menurut Hasmah
(1985) daun yang boleh digunakan adalah daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun
pisang kelat, , daun mengkudu dan rempah halba. Namun demikian, 40% (10 orang) responden
setuju, 20% (5 orang) responden tidak pasti, dan 4% (1 orang) responden lagi sangat kurang
setuju. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan
harumannya meresap ke dalam kulit.
Akhir sekali, amalan bertungku juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di
Kampung Sungai Bari. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju manakala 36% (9 orang)
setuju dengan amalan bertungku selepas bersalin. Mengikut pemerhatian yang djalankan sendiri
oleh pengkaji para ibu bertungku setiap kali selepas berbengkung. Amalan ini dilakukan selepas
2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. Caranya ialah tekan perlahan-lahan
sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang
Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam..
Namun demikian, 32% (8 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Batu tungku
dipanaskan dan dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu.
960630-11-536
Sumber : Kerja Lapangan 2015
8.1.2 Amalan Pemakanan
BIL
PERKARA
Sangat
kurang
setuju
1
Kurang
setuju
2
Tidak
pasti
3
Setuju
4
Sangat
setuju
5
2 Amalan pemakanan
i)Minum air akar kayu selepas bersalin 0%
(0)
12%
(3)
20%
(5)
32%
(8)
36%
(9)
ii)Makan ulaman ketika berpantang 12%
(3)
4%
(1)
24%
(4)
36%
(9)
24%
(6)
iii)Makan ikan haruan ketika berpantang 0%
(0)
0%
(0)
20%
(5)
64%
(16)
16%
(4)
iv)Tidak makan makanan sejuk seperti
ais dan labu selepas bersalin
0%
(0)
4%
(1)
28%
(7)
36%
(9)
32%
(8)
Jadual 2 : Amalan pemakanan ibu bersalin
Sumber : Kerja Lapangan 2015
Antara amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah
minum air akar kayu. Terdapat 36% (9 orang) responden sangat setuju manakala 32% (8 orang)
setuju, 20% (5 orang) tidak pasti dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh
pengkaji bahawa kebanyakan para ibu meminum air akar kayu 2 atau 3 kali setiap hari iaitu
kapsul kacip fatimah. Caranya ialah tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri manakala
Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak tiga
kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit serta minum secara senafas agar
tidak terasa mual. Menurut Jazimah (2000) akar kayu ini tidak perlu dibasuh untuk untuk
merebusnya. Caranya rebus akar kayu bersama air sebanyak 2 liter dan biarkan airnya tinggal 1
liter sahaja. Namun demikian,12% (3 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini.
960630-11-536
Sumber : Kerja lapangan 2015
Selain itu, amalan makan ulaman juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di
Kampung Sungai Bari. Seramai 36% (9 orang) responden bersetuju manakala 4% (1 orang)
responden kurang setuju dengan amalan pemakanan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh
pengkaji bahawa kebanyakan para ibu memakan pelbagai jenis ulaman seperti halia, lengkuas
dan serai setiap hari. Menurut Aishah @ Eshah (1998) ulaman ini tidak direbus atau dimasak
sebaliknya hanya dibasuh dan makan begitu sahaja dengan nasi yang panas untuk mengelakkan
kesegaran ulaman itu hilang. Namun demikian, 24% (6 orang) responden sangat setuju, 12% (3
orang) responden sangat kurang setuju dan 24% (6 orang) responden tidak pasti dengan
pengamalan pemakanan ini.
960630-11-536
Sumber : Kerja lapangan 2015
Amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah makan
ikan haruan. Terdapat 64% ( 16 orang) responden setuju manakala 20% (5 orang) responden
tidak pasti dengan amalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri
bahawa kebanyakan para ibu makan ikan haruan setiap hari. Caranya ialah ikan haruan atau belut
direbus dengan halia, garam, bawang dan 2 liter air. Menurut Jazimah (2000) adat orang dahulu
ialah tidak merebus ikan haruan sebaliknya mencari anak ikan haruan sebesar ibu jari tangan dan
sedut anak ikan haruan itu. Namun demikian, 16% (4 orang) responden lagi sangat setuju
dengan pengamalan pemakanan ini.
Akhir sekali, amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai
Bari ialah tidak memakan makanan sejuk. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju
manakala 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan
sendiri oleh pengkaji kebanyakan para ibu tidak mengamalkan makan makanan sejuk seperti ais
dan labu. Mereka lebih mengutamakan makan masakan panas seperti sup, lada hitam dan nasi
panas. Resepi yang para ibu gunakan ialah tumbuk lada hitam bersama ikan masin yang
digoreng tanpa minyak dan makan bersama nasi panas. Namun demikian, seramai 36% (9 orang)
responden bersetuju dan 28% (7 orang) responden tidak pasti dengan pengamalan pemakanan
ini.
960630-11-536
8.1.2 Pantang larang
BIL
PERKARA
Sangat
kurang
setuju
1
Kurang
setuju
2
Tidak
pasti
3
Setuju
4
Sangat
setuju
5
3 Pantang larang ibu bersalin
i)Tidak keluar rumah selama 44 hari
selepas bersalin
0%
(0)
8%
(2)
24%
(6)
40%
(10)
28%
(7)
ii)Tidak melakukan kerja berat selepas
bersalin
0%
(0)
4%
(1)
28%
(7)
36%
(9)
32%
(8)
iii)Tidak bercangkung ketika berpantang 0%
(0)
4%
(1)
20%
(5)
44%
(11)
32%
(8)
iv)Tidur berlapikkan bantal 0%
(0)
8%
(2)
12%
(3)
32%
(8)
48%
(12)
Jadual 3 : Pantang larang ketika berpantang
Sumber : Kerja Lapangan 2015
8.1.3 Pantang larang
Antara pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari
ialah tidak keluar rumah selama 44 hari. Seramai 40% (10 orang) responden bersetuju manakala
24% ( 6 orang) responden tidak pasti dengan pantang larang ini. Hal ini perhatikan sendiri oleh
pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak keluar rumah selama 44 hari seperti keluar bersiar-
siar dan berjalan jauh. Menurut Siti Hasmah, para ibu dilarang keluar rumah selama 44 hari
walaupun hanya untuk menjemur pakaian dan membuang sampah. Namun demikian, 28% (7
orang) responden sangat setuju dan 8% (2 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan
pantang larang ini.
960630-11-536
Pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah
tidak mengangkat berat. Terdapat 36% (9 orang ) responden bersetuju manakala 32% (8 orang)
sangat setuju dengan pantang larang tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh
pengkaji sendiri bahawa kebanyakan para ibu tidak mengangkat berat ketika berpantang. Mereka
dilarang menyapu sampah dan menjemur baju. Menurut Siti Hasmah (1985), para ibu dilarang
melakukan sebarang kerja rumah dan hanya dibenarkan duduk dalam keadaan yang baik. Namun
demikian, 28% (7 orang) responden tidak pasti dan 4% (1 orang) kurang setuju dengan
pengamalan pantang larang ini.
Selain itu, pantang larang yang turut diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari
ialah tidak duduk bercangkung. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 20% (5
orang) responden tidak pasti dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh
pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak duduk bercangkung ketika berpantang. Mereka
dibenarkan duduk di tandas duduk jika hendak membuang air dan kaki perlu dirapatkan
seterusnya membasuh perlahan dengan air suam. Menurut Haliza (1999), para ibu hanya perlu
menjaga langkah ketika hendak berjalan dan tidak berjalan kangkang ketika hendak membuang
air atau mandi. Oleh yang demikian, mereka perlu berwaspada ketika berpantang. Namun
demikian, 4% kurang setuju dengan pengamalan pantang larang ini.
Sumber : Kerja lapangan 2015
960630-11-536
Akhir sekali, antara pantang larang yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah
tidur berlapikkan bantal. Terdapat 48% (12 orang) responden sangat setuju manakala 32% ( 8
orang) bersetuju dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji
bahawa kebanyakan kaum ibu tidur berlapikkan bantal. Mereka tidur berlapikkan bantal sama
ada bantal itu tinggi ataupun rendah. Bantal yang rendah akan disusun tinggi bagi memudahkan
mereka menyusukan anak. Namun demikian, 8% (2 orang) responden kurang bersetuju dan 12%
(3 orang) tidak pasti dengan pengamalan pantang larang ini.
Sumber : Kerja lapangan 2015
960630-11-536
8.3 KESAN AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN DALAM KALANGAN IBU
DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU
BIL
PERKARA
Sangat
kurang
setuju
1
Kurang
setuju
2
Tidak
pasti
3
Setuju
4
Sangat
setuju
5
4 Pemakaian bengkung mengembalikan
bentuk badan ke bentuk asal
12%
(3)
0%
(0)
16%
(4)
20%
(5)
52%
(13)
Bertungku mengecutkan peranakan
selepas bersalin
0%
(0)
12%
(3)
12%
(3)
44%
(11)
32%
(8)
Mengamalkan minum akar kayu
memperbanyakkan susu ibu
0%
(0)
4%
(1)
28%
(7)
44%
(11)
24%
(6)
Urutan tradisional menghilangkan
lenguh selepas bersalin
4%
(1)
8%
(2)
16%
(4)
28%
(7)
44%
(11)
Makan ikan haruan menyembuhkan luka
selepas bersalin
0%
(0)
0%
(0)
20%
(5)
36%
(9)
44%
(11)
Mandi herba menyegarkan badan saya 0%
(0)
4%
(1)
20%
(5)
28%
(7)
48%
(12)
Jadual 4 : Kesan amalan berpantang
Sumber : Kerja Lapangan 2015
960630-11-536
Antara kesan amalan berpantang kepada ibu bersalin di Kampung Sungai bari ialah
pemakaian bengkung mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dan juga untuk
melangsingkan pinggang seperti sediakala.. Terdapat 52% (13 orang) responden sangat setuju
manakala 20% (5 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini
diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu badan kembali langsing dan
cantik setelah mengamalkan amalan berbengkung ini. Menurut http://www.bengkungmama.com
melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal,
mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan. Namun demikian, seramai 12%
(3 orang) responden sangat kurang setuju dan 16% (4 orang) responden tidak pasti dengan kesan
amalan berbengkung ini.
Sumber : Kerja lapangan 2015
960630-11-536
Selanjutnya, kesan pengamalan bertungku terhadap para ibu selepas bersalin ialah
mengecutkan peranakan. Seramai 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 32% ( 8 orang)
responden lagi sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang
diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan kaum ibu menampakkan kesan yang
positif apabila kembali bertenaga setelah mengamalkan amalan tersebut kerana dapat
menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta
memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar
selepas bertungku. Menurut Jazimah (2000), Kesan panas daripada tungku akan meresap ke
dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku. Namun demikian, 12%
( 3 orang) responden sangat kurang setuju dan 12% (3 orang) lagi tidak pasti dengan kesan
pengamalan ini.
Kesan pengamalan minum air akar kayu terhadap para ibu selepas bersalin ialah
mengamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju
manakala 24% (6 orang) responden sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini
diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu yang mengamalkan minum air
akar kayu dapat menyusukan bayi dengan selesa kerana tidak perlu lagi memerah susu dengan
pam susu. Menurut http://www. tipberpantangdanmenyusubayi.com, kesan amalan ini dapat
menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh
berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman
kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.Namun demikian, 28% (7 orang)
responden tidak pasti dan 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan kesan pengamalan ini.
Antara kesan pengamalan urutan tradisional terhadap ibu selepas bersalin di Kampung
Sungai Bari ialah dapat menghilangkan lenguh selepas bersalin. Terdapat 44% (11 orang)
responden sangat setuju manakala 28% (11 orang) responden bersetuju dengan kesan
pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa
kebanyakan para ibu yang mengamalkan urutan tradisional dapat menghilangkan lenguh mereka
akibat banyak menyusukan anak. Urutan yang baik dapat membantu memulihkan aliran darah,
960630-11-536
mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada
tersekat atau tersumbat. Menurut http://www.tipsberpantangdanmenyusu.com, urutan dapat
menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi.
Namun demikian, 16% (4 orang) responden tidak pasti, 8% (2 orang) responden kurang setuju
dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju dengan kesan pengamalan tersebut.
Di samping itu, kesan pengamalan makan ikan haruan terhadap ibu selepas bersalin di
Kampung Sungai Bari ialah menyembuhkan luka selepas bersalin. Seramai 44% (11 orang)
responden sangat setuju manakala 36% (9 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan
tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang mengamalkan
makan ikan haruan, luka mereka sembuh dengan cepat terutama sekali para ibu yang melakukan
pembedahan ketika bersalin. Jahitan sudah boleh dibuka dengan awal sebelum tarikh yang
ditetapkan. Menurut Haliza (1999), ikan haruan yang hidup dalam lumpur mengandungi kahsiat
mineral yang tinggi membantu menyembuhkan luka luar dan dalaman manakala ikan yu
dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu. Namun demikian, 20% (5 orang) responden tidak
pasti dengan kesan pengamalan ini.
Akhir sekali, kesan pengamalan mandi herba terhadap selepas ibu di Kampung Sungai
Bari ialah menyegarkan badan para ibu ketika berpantang. Terdapat 48% (12 orang) responden
sangat manakala 28% (7 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut.
Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang
mengamalkan mandi serum ini kelihatan lebih segar dan wangi kerana dapat membuang angin
dan menghilangkan bau busuk (darah nifas). Serai wangi yang digunakan oleh para ibu sangat
berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan. Namun demikian, 20%
(5 orang) responden tidak dan 4% (1 orang) responden lagi kurang setuju dengan kesan
pengamalan ini.
960630-11-536
RUMUSAN
Setelah menjalankan kajian, pengkaji dapat memahami lebih dalam tentang amalan khusus ibu
selepas bersalin dan kesan pengamalan adat berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu
Terengganu. Hasilnya, para ibu bersalin lebih peka akan amalan khusus kerana dapat memberi
kesan positif yang berpanjangan jika mengamalkan amalan adat berpantang ini.
Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menjadikan msayarakat di Kampung Sungai
Bari lebih mengambil berat dengan pengamalan adat berpantang ini kerana amalan berpantang
sangat memberikan kebaikan kepada si ibu dan amat digalakkan. Faedah jangka masa panjang
sangat baik untuk si ibu kerana proses pemulihan telah disokong dengan teknik rawatan secara
tradisional dan membantu ibu pulih dalam suasana semulajadi tanpa perlukan ubat-ubatan moden
yang mungkin memudaratkan. Ianya menepati citarasa semulajadi si ibu untuk kembali sembuh
seperti sediakala, menyihatkan dan membekalkan tenaga dalaman. Akhir sekali, Jika ibu sihat,
anak ceria, suami pasti bahagia.
960630-11-536
RUJUKAN ARKIB
1. Siti Hasmah Mohd. Ali , 1985. Wanita, Adat dan Kesihatan (Jilid 1 dan 2). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Che’ Wan Jazimah, 2000. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam dan
Sains.
3. Aishah @ Eshah Hj. Mohamed, 1998. “Tabiat Makan dalam Nilai Budaya Masyarakat Desa”
dlm. Wan Hashim Wan The & Ismail Hamid (Ed.), Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis
( Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
4. http://www.bengkungmama.com/
5. https://www/TipUntukIbuHamilBerpantangDanMenyusuBayi.com/

More Related Content

What's hot

KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL NurZahidah22
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarharalhaj
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmnurAkhma
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLim Willy
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Thanushah Soniyasee
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Danialkmal
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Thanushah Soniyasee
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep atmosfera
Konsep atmosferaKonsep atmosfera
Konsep atmosferasahromamin
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasjyejye
 
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)NOOR IZWANA NADIA
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantauKamilah Kam
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 

What's hot (20)

KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
KESAN NEGATIF INTEGRASI NASIONAL
 
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitarAktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
Aktiviti perlombongan dan impak terhadap alam sekitar
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Sejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpmSejarah kampung stpm
Sejarah kampung stpm
 
Lima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunanLima koridor pembangunan
Lima koridor pembangunan
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
Contoh Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) ( JPAM Jasin, M...
 
El nino
El ninoEl nino
El nino
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
Contoh Borang Kaji Selidik Kerja Kursus Pengajian Am Penggal 2 (STPM)
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi NasionalGPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
GPP1063 : Kepentingan Integrasi Nasional
 
SEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIANSEKTOR PERTANIAN
SEKTOR PERTANIAN
 
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMIESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
ESEI PENGAJIAN AM: EKONOMI
 
Model Latih Tubi 1
Model Latih Tubi 1Model Latih Tubi 1
Model Latih Tubi 1
 
Konsep atmosfera
Konsep atmosferaKonsep atmosfera
Konsep atmosfera
 
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panasTingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
Tingkatan 6 - Pulau haba sejuk dan panas
 
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
PENGAJIAN AM PENGGAL 2 (Dasar sukan negara)
 
Kerjasama serantau
Kerjasama serantauKerjasama serantau
Kerjasama serantau
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 

Viewers also liked

Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)RAMLAH BINTI A. RANI
 
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013Josh Lrt
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmAthirah Amalina
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Weiss Lee
 
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1World wide
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PAUpper6
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAAthirah Amalina
 

Viewers also liked (8)

Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
 
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013
STPM PBS Pengajian AM Presentation 2013
 
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian AmContoh Rumusan PBS Pengajian Am
Contoh Rumusan PBS Pengajian Am
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1Kerja Kursus Pengajian Am 1
Kerja Kursus Pengajian Am 1
 
Metodologi kajian PA
Metodologi kajian PAMetodologi kajian PA
Metodologi kajian PA
 
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PAContoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
Contoh pengenalan,objektif kajian,lokasi kajian PBS PA
 

Similar to PBS STPM Pengajian Am 2015

hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...
hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...
hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...tesislisnawati435
 
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxMateri Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxikatjandrakusuma
 
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamil
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamilJurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamil
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamilnrukmana rukmana
 
Study Kualitatif PHBS
Study Kualitatif PHBS Study Kualitatif PHBS
Study Kualitatif PHBS asih gahayu
 
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxPPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxBerliyanaDiani
 
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu Balita
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu BalitaMinipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu Balita
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu BalitaKelvinKatjasungkana1
 
Tugas akhirkuliah
Tugas akhirkuliahTugas akhirkuliah
Tugas akhirkuliahNoor Azizah
 
Nakes teladan 2020 bu angga format baru
Nakes teladan 2020 bu angga format baruNakes teladan 2020 bu angga format baru
Nakes teladan 2020 bu angga format baruanggasarisiringoring
 
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Putri shyafira El - maryam
 
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakat
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakatKelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakat
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakatFaikaAmalia1
 
Contoh proposal penelitian
Contoh proposal penelitianContoh proposal penelitian
Contoh proposal penelitianEkaRiaRahmawati
 
PPT PROPOSAL.pptx
PPT PROPOSAL.pptxPPT PROPOSAL.pptx
PPT PROPOSAL.pptxAlfinFaiz2
 
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang Tua
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang TuaPanduan MKM Bagi Guru dan Orang Tua
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang TuaReza Hendrawan
 
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifas
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifasPengkajian data subyektif Pada ibu nifas
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifaspjj_kemenkes
 
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...Goes Zamizar
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...Muhammad Nasrullah
 

Similar to PBS STPM Pengajian Am 2015 (20)

hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...
hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...
hasil penelitian terhadap gizi balita yang mampu membantu dalam mengurangi an...
 
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptxMateri Presentasi Panduan Orientasi.pptx
Materi Presentasi Panduan Orientasi.pptx
 
2704
27042704
2704
 
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamil
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamilJurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamil
Jurnal pantangan prilaku makan pada ibu hamil
 
Study Kualitatif PHBS
Study Kualitatif PHBS Study Kualitatif PHBS
Study Kualitatif PHBS
 
Bab iii
Bab iiiBab iii
Bab iii
 
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptxPPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
PPT ASKEP ANAK SD KOM 2-1.pptx
 
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu Balita
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu BalitaMinipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu Balita
Minipro Puskesmas Stunting Pengetahuan Ibu Balita
 
Tugas akhirkuliah
Tugas akhirkuliahTugas akhirkuliah
Tugas akhirkuliah
 
Nakes teladan 2020 bu angga format baru
Nakes teladan 2020 bu angga format baruNakes teladan 2020 bu angga format baru
Nakes teladan 2020 bu angga format baru
 
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
Hubungan Karakteristik Anak, Karakteristik Orang tua, Pola Makan, Aktivitas F...
 
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakat
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakatKelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakat
Kelompok 14 KKL-PPM.pptx pengabdian pada masyarakat
 
Contoh proposal penelitian
Contoh proposal penelitianContoh proposal penelitian
Contoh proposal penelitian
 
PPT PROPOSAL.pptx
PPT PROPOSAL.pptxPPT PROPOSAL.pptx
PPT PROPOSAL.pptx
 
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang Tua
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang TuaPanduan MKM Bagi Guru dan Orang Tua
Panduan MKM Bagi Guru dan Orang Tua
 
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifas
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifasPengkajian data subyektif Pada ibu nifas
Pengkajian data subyektif Pada ibu nifas
 
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...
18455 id-faktor-faktor-yang-berhubungan-dengan-buang-air-besar-di-jamban-di-d...
 
PPG FIX - Copy
PPG FIX - CopyPPG FIX - Copy
PPG FIX - Copy
 
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
KAJIAN TAHAP PENGETAHUAN MENGENAI KADAR PENGAMBILAN KALORI YANG DIPERLUKAN DA...
 
PPT Prikk.pdf
PPT Prikk.pdfPPT Prikk.pdf
PPT Prikk.pdf
 

Recently uploaded

materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptx
materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptxmateri konsep dan Model TRIASE Bencana.pptx
materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptxZullaiqahNurhali2
 
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MA
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MAMateri Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MA
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MAmasqiqu340
 
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptxAbidinMaulana
 
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda 2024.pptx
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda  2024.pptxBimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda  2024.pptx
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda 2024.pptxjannenapitupulu18
 
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanacontoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanaNhasrul
 
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIF
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIFPPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIF
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIFFPMJ604FIKRIRIANDRA
 
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...buktifisikskp23
 
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdfsonyaawitan
 
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesia
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa IndonesiaSalinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesia
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesiasdn4mangkujayan
 
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdfTaufikTito
 
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogor
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogorundang undang penataan ruang daerah kabupaten bogor
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogorritch4
 
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdf
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdfAlur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdf
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdfPemdes Wonoyoso
 
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdshKISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdshDosenBernard
 
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerja
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerjaContoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerja
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerjaIniiiHeru
 
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.ppt
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.pptKeracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.ppt
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.pptDIGGIVIO2
 
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppT
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppTPERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppT
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppTYudaPerwira5
 
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptx
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptxPPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptx
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptxAprianiMy
 

Recently uploaded (20)

Abortion pills in Kuwait salmiyah [+966572737505 ] Get Cytotec in Kuwait city...
Abortion pills in Kuwait salmiyah [+966572737505 ] Get Cytotec in Kuwait city...Abortion pills in Kuwait salmiyah [+966572737505 ] Get Cytotec in Kuwait city...
Abortion pills in Kuwait salmiyah [+966572737505 ] Get Cytotec in Kuwait city...
 
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec AsliJual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
Jual Pil Penggugur Kandungan 085225524732 Obat Aborsi Cytotec Asli
 
materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptx
materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptxmateri konsep dan Model TRIASE Bencana.pptx
materi konsep dan Model TRIASE Bencana.pptx
 
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MA
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MAMateri Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MA
Materi Pajak Untuk BOS tahun 2024 untuk madrasah MI,MTS, dan MA
 
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx
514034136-Tugas-Modul-4-5-Komputer-Dan-Media-Pembelajaran.pptx
 
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda 2024.pptx
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda  2024.pptxBimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda  2024.pptx
Bimbingan Teknis Penyusunan Soal Pilihan Berganda 2024.pptx
 
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjanacontoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
contoh judul tesis untuk mahasiswa pascasarjana
 
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIF
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIFPPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIF
PPT SIDANG UJIAN KOMPREHENSIF KUALITATIF
 
Abortion pills in Jeddah+966543202731/ buy cytotec
Abortion pills in Jeddah+966543202731/ buy cytotecAbortion pills in Jeddah+966543202731/ buy cytotec
Abortion pills in Jeddah+966543202731/ buy cytotec
 
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
Telaah Kurikulum dan Buku Teks Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar ...
 
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf
4. PENGELOLAAN ALAT MEDIS BEKAS PAKAIhbnbbv PPI DASAR (1).pdf
 
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesia
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa IndonesiaSalinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesia
Salinan PPT TATA BAHASA Bahasa Indonesia
 
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf
15_Contoh_Surat_Lamaran_Kerja_Lengkap_de.pdf
 
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogor
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogorundang undang penataan ruang daerah kabupaten bogor
undang undang penataan ruang daerah kabupaten bogor
 
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdf
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdfAlur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdf
Alur Pengajuan Surat Keterangan Pindah (Individu) lewat IKD.pdf
 
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdshKISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
KISI-KISI USEK PJOK TA 2023-2024 anans ajaja jaja hdsh
 
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerja
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerjaContoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerja
Contoh laporan K3 perusahaan pada tahun 2023 dgn analisis beban kerja
 
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.ppt
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.pptKeracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.ppt
Keracunan bahan kimia,ektasi,opiat,makanan.ppt
 
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppT
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppTPERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppT
PERTEMUAN 4 himpunan dan fungsi logika fuzzy.ppT
 
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptx
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptxPPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptx
PPT PROFESI KEPENDIDIKAN kelompok 7.pptx
 

PBS STPM Pengajian Am 2015

  • 1. 960630-11-536 PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU. ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengetahui adat berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari dan kesan pengamalan adat tersebut. Kaedah soal selidik, pemerhatian dan rujukan arkib digunakan untuk melengkapkan kajian ini. 25 responden dipilih secara rawak terdiri daripada para ibu untuk menjawab soal selidik menggunakan skala Likert lima mata yang telah disediakan. Kajian mendapati bahawa kebanyakan ibu berpantang di Kampung Sungai Bari mengamalkan berbengkung, urutan tradisional, bertungku, minum air akar kayu dan tidur berlapikkan bantal. Adat yang diamalkan dapat mengecutkan peranakan, menghilangkan lenguh dan menyegarkan badan. Kesimpulannya, pengamalan adat berpantang masih diamalkan dan memberi kesan yang baik untuk kesihatan kaum ibu.
  • 2. 960630-11-536 PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu- individu yang banyak memberi bantuan semasa menghasil dan menyiapkan PBS STPM Semester 2 2015 iaitu tajuk Pengamalan Adat Berpantang dalam Kalangan Ibu Selepas Bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada tempoh yang telah ditetapkan dengan jayanya dan tanpa menghadapi masalah yang boleh mengendalakan perjalanan untuk menyiapkan tugasan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran Pengajian Am saya, Pn. Nazrah bt Dollah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya ketika menghasilkan kerja ini. Dia juga banyak memberitahu dan menunjukkan kesilapan yang terdapat dalam hasil kerja saya supaya saya dapat membuat pembetula n dan perubahan dengan segera. Saya juga ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya kerana mereka telah bayak memberi dorongan dan idea kepada saya ketika menyiapkan kerja ini.Mereka juga memberi cadangan dan bantuan supaya saya dapat menghasilkan kerja yang lebih berkualiti dan dapat menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan- rakan saya yang telah banyak memberi bantuan dan sokongan semasa kajian ini dijalankan. Malah, saya juga berterima kasih kepada responden- responden yang sudi bekerjasama dan memberikan maklumatkepada saya untuk melengkapkan kerja ini. Sekian, terima kasih
  • 3. 960630-11-536 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Kajian yang dijalankan di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu tidak hanya tertumpu kepada wanita yang baru sahaja melahirkan anak tetapi juga dijalankan terhadap wanita yang sudah lama bersalin. Ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan untuk mengkaji bagaimana cara ibu-ibu mengamalkan adat berpantang selepas melahirkan anak. Kebanyakan wanita muda di Kampung Sungai bari, Setiu Terengganu masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang lebih tua. Kaedahnya pelbagai bergantung kepada keturunan dan kebudayaan seseorang. Misalnya cara wanita di pantai timur mungkin berbeza dengan orang utara.Begitu juga wanita yang berketurunan Arab, Jawa, India atau Cina berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang diamalkan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan si ibu ketika bersalin dan selepas bersalin.
  • 4. 960630-11-536 Dalam pada itu, terdapat juga perkataan yang sering digunakan dalam kajian ini iaitu adat ialah kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera Menurut Haliza (1999) pula, berpantang bermaksud pantang larang merupakan larangan keras terhadap suatu tindakan berdasarkan kepercayaan bahawa tindakan sedemikian terlalu suci atau terlalu terkutuk untuk dilakukan oleh orang biasa, dengan ugutan hukuman oleh kuasa ghaib. Larangan-larangan sedemikian wujud dalam rata-rata semua masyarakat. Erti pantang larang juga sedikit sebanyak diluaskan dalam bidang sains sosial untuk memaksudkan larangan keras terhadap sebarang bidang kegiatan manusia atau adat yang suci atau terlarang berasaskan penilaian akhlak dan kepercayaan agama. "melanggar pantang larang" itu lazimnya dikecam oleh masyarakat pada umumnya, tidak sekadar sebahagian dalam budaya.
  • 5. 960630-11-536 OBJEKTIF KAJIAN PENGAMALAN ADAT BERPANTANG DALAM KALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU. Objektif kajian: 1. Mengenal pasti amalan berpantang yang diamalkan dalam kalangan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari. 2. Mengkaji kesan pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu.
  • 6. 960630-11-536 Lokasi Kajian Lokasi kajian bertempat di Kampung Sungai Bari 21450 Setiu Terengganu. Kampung Sungai Bari ini berada di kawasan Dun Langkap yang terletak di daerah Setiu, Terengganu. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 67 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu. Kampung Sungai Bari adalah bersempadan dengan Kampung Sungai Pinang dan Kampung Sungai Lerek disebelah utara, Kampung Langkap disebelah barat, Kampung Jelapang disebelah timur dan Kampung Selamat disebelah selatan Kampung Sungai Bari. Terdapat beberapa buah institut pendidikan berdekatan dengan lokasi kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Batu 29 dan Tadika Sungai Bari. Pihak kerajaan juga turut menyediakan kuarters guru di Kampung Sungai Bari untuk kemudahan para guru yang tinggal jauh daripada sekolah rendah yang terdapat di kampong itu. Selain itu, terdapat kemudahan lampu isyarat yang dibina hadapan sekolah rendah untuk kemudahan para murid melintas jalan dengan selamat. Masjid juga turut dibina disebelah selatan Kampung Sungai Bari untuk kemudahan umat Islam melakukan ibadah kerana 98% penduduk di kampung tersebut penganut agama Islam.
  • 7. 960630-11-536 Foto 1 : Kampung Sungai Bari
  • 8. 960630-11-536 Foto 2 : Kampung Sungai Bari
  • 9. 960630-11-536 5.0 KAEDAH KAJIAN Kajian kerja projek ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitif dan kuantitatif. 5.2 Soal selidik Kajian ini dijalankan dengan membina soalan bagi borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian utama. Bahagian A merupakan soalan bagi Data Demografi Responden manakala Bahagian B pula mengandungi soalan bagi pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu yang telah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu amalan khusus ibu bersalin, amalan pemakanan ketika berpantang dan pantang larang ketika berpantang. Seterusnya Bahagian C merupakan soalan bagi kesan pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu pada (lampiran 1). Kajian ini menghasilkan soalan bagi borang selidik dengan menggunakan skala likert seperti yang berikut : Jadual 1 : Skala Tahap Persetujuan Seterusnya, pengkaji mengedarkan borang soal selidik tersebut kepada 25 orang responden yang hanya tertumpu kepada kaum ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu sahaja. Analisis data kajian bagi adat berpantang dalam kalangan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu menunjukkan dengan membuat pengiraan bilangan peratus dan purata untuk semua bahagaian soalan dalam borang soal selidik. 5.2 Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data sehelai daripada soal selidik. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji dengan membuat pemerhatian sendiri, catatan dan mengambil foto ibu yang sedang berpantang pada ketika itu pada (lampiran 2). Pengkaji menggunakan kaedah ini dengan membuat tinjauan di lokasi kajian bagi mendapatkan maklumat mengenai pengamalan adat berpantang dalam kalangan ibu di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu dan mengkaji kesan pengamalan adat berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Pemerhatian ini hanya tertumpu kepada kaum ibu di kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Kaedah pemerhatian yang dijalankan pada waktu hujung minggu dan ketika kelapangan. Menerusi kaedah ini, aspek pemerhatian yang menjadi keutamaan pengkaji ialah cara berbengkung, mengurut, bertungku, jenis air akar kayu yang diminum oleh ibu ketika berpantang. 1 Sangat kurang setuju 2 Kurang setuju 3 Tidak pasti 4 Setuju 5 Sangat setuju
  • 10. 960630-11-536 8.0 DAPATAN KAJIAN 8.1 DEMOGRAFI RESPONDEN Umur responden Umur Peratus 20-29 tahun 32% (8) 30-39 tahun 32% (8) 40-49 tahun 20% (5) 50 tahun ke atas 20% (5) Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur Sumber: Kerja Lapangan 2015 Rajah 1: Peratusan reponden mengikut umur Sumber: Kerja Lapangan 2015 32% 32% 20% 20% Umur responden 20-29 tahun 30-39 tahun 40-49 tahun 50 tahun ke atas
  • 11. 960630-11-536 Jadual 1 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan umur. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden 20-29 dan 30-39 tahun dalam kajian ini dengan peratusan sebanyak 32% (8 orang) dan diikuti responden 40-49 tahun iaitu 20% (5 orang) manakala responden berumur 50 tahun ke atas sebanyak 20% (5 orang) dan reponden 30-39 tahun sebanyak 32% (8 orang). Pekerjaan responden Pekerjaan Peratus Bekerja 36% (9) Tidak bekerja 64% (16) Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan Sumber: Kerja Lapangan 2015 Jadual 2: Peratusan responden mengikut pekerjaan Sumber: Kerja Lapangan 2015 64% 36% Pekerjaan responden Tidak bekerja Bekerja
  • 12. 960630-11-536 Jadual 2 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan pekerjaan. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bekerja dalam kajian ini dengan peratusan sebanyak 64% (16 orang) dan diikuti responden bekerja iaitu 36% (9 orang). Taraf pendidikan responden Taraf pendidikan Peratus Sekolah rendah 10% (8) Sekolah menengah 19% (8) Diploma/Ijazah 33% (5) Tidak bersekolah 38% (5) Jadual 1: Peratusan responden mengikut umur Sumber: Kerja Lapangan 2015 Jadual 3: Peratusan responden mengikut taraf pendidikan Sumber: Kerja Lapangan 2015 10% 19% 33% 38% Taraf pendidikanresponden Sekolah rendah Sekolah menengah Diploma/Ijazah Tidak bersekolah
  • 13. 960630-11-536 Jadual 3 menunjukkan bilangan responden yang dipilih secara rawak berdasarkan taraf pendidikan. Kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden tidak bersekolah dalam kajian ini dengan peratusan sebanyak 38% dan diikuti responden diploma/ijazah iaitu 33% manakala responden sekolah menengah sebanyak 19% dan reponden sekolah rendah sebanyak 10%. 8.2 AMALAN BERPANTANG DIKALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU 8.1.1 Amalan Khusus BIL PERKARA Sangat kurang setuju 1 Kurang setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 1 Amalan khusus ibu bersalin i) Berbengkung ketika berpantang 4% (1) 12% (3) 20% (5) 24% (6) 40% (10) ii)Urutan tradisional selepas bersalin 0% (0) 4% (1) 24% (6) 36% (9) 36% (9) iii)Mandi herba ketika berpantang 4% (1) 12% (3) 20% (5) 40% (10) 24% (6) iv)Bertungku selepas bersalin 0% (0) 0% (0) 32% (8) 36% (9) 32% (8) Jadual 1 :Amalan khusus ibu bersalin Sumber: Kerja Lapangan 2015 Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah berbengkung. Seramai 40% (10 orang) responden sangat setuju manakala 24% (6 orang) lagi bersetuju dengan amalan berbengkung ketika berpantang. Hal ini diperhatikan sendiri oleh
  • 14. 960630-11-536 pengkaji yang mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berbengkung setiap hari selepas berurut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan, mereka berbengkung menggunakan bengkung dengan berlapikkan kain buruk supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas. Namun demikian terdapat 12% (3 orang) dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Manakala 20% (5 orang) lagi tidak pasti. Menurut Haliza (1999), cara memakai bengkung ialah pastikan ia dipakai secara betul, iaitu bermula dari bawah, tutupkan semua abdomen, dan ikat sampai ke bahagian di bawah payudara. Sapukan minyak dengan ramuan rempah dan herba. sapu juga di bahagian belakang. Sumber : Kerja Lapangan 2015 Selain itu, amalan berurut juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari. Terdapat 36% (9 orang) responden setuju manakala 24% (6 orang) responden tidak pasti dengan amalan berurut selepas bersalin ini. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang mendapati bahawa kebanyakan ibu bersalin akan berurut setiap hari sebelum berurut. Cara mengurut wanita bersalin ialah urut perut bermula dari ulu hati menuju ke pusat. Kemudian urut dari kanan ke kiri perut sambil bertungku selama 30 minit. Semua urutan hendaklah menghala ke pusat. Urut di bahagian tangan , dengan mengurut dari bahagian ketiak ke jari tangan, diurut dari bahagian kaki ke peha dan kemudian sapukan param. Namun demikian, 36% (9 orang)
  • 15. 960630-11-536 responden setuju, 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Menurut Azizan (1993) hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari-jemari. Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim. Antara amalan khusus yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah mandi herba. Seramai 24% (6 orang) responden sangat setuju manakala 12% (3 orang) responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji yang mendapati bahawa para ibu akan mandi herba setiap kali selepas berurut. Caranya ialah mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. Proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Menurut Hasmah (1985) daun yang boleh digunakan adalah daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, , daun mengkudu dan rempah halba. Namun demikian, 40% (10 orang) responden setuju, 20% (5 orang) responden tidak pasti, dan 4% (1 orang) responden lagi sangat kurang setuju. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Akhir sekali, amalan bertungku juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju manakala 36% (9 orang) setuju dengan amalan bertungku selepas bersalin. Mengikut pemerhatian yang djalankan sendiri oleh pengkaji para ibu bertungku setiap kali selepas berbengkung. Amalan ini dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. Caranya ialah tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam.. Namun demikian, 32% (8 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini. Batu tungku dipanaskan dan dibalut dengan beberapa lapisan kain yang telah diletakkan daun mengkudu.
  • 16. 960630-11-536 Sumber : Kerja Lapangan 2015 8.1.2 Amalan Pemakanan BIL PERKARA Sangat kurang setuju 1 Kurang setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 2 Amalan pemakanan i)Minum air akar kayu selepas bersalin 0% (0) 12% (3) 20% (5) 32% (8) 36% (9) ii)Makan ulaman ketika berpantang 12% (3) 4% (1) 24% (4) 36% (9) 24% (6) iii)Makan ikan haruan ketika berpantang 0% (0) 0% (0) 20% (5) 64% (16) 16% (4) iv)Tidak makan makanan sejuk seperti ais dan labu selepas bersalin 0% (0) 4% (1) 28% (7) 36% (9) 32% (8) Jadual 2 : Amalan pemakanan ibu bersalin Sumber : Kerja Lapangan 2015 Antara amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah minum air akar kayu. Terdapat 36% (9 orang) responden sangat setuju manakala 32% (8 orang) setuju, 20% (5 orang) tidak pasti dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu meminum air akar kayu 2 atau 3 kali setiap hari iaitu kapsul kacip fatimah. Caranya ialah tekan ibu jari kaki kanan dengan ibu jari kaki kiri manakala Tangan kiri digunakan untuk mengampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat sebanyak tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut agar perut tidak buncit serta minum secara senafas agar tidak terasa mual. Menurut Jazimah (2000) akar kayu ini tidak perlu dibasuh untuk untuk merebusnya. Caranya rebus akar kayu bersama air sebanyak 2 liter dan biarkan airnya tinggal 1 liter sahaja. Namun demikian,12% (3 orang) kurang setuju dengan pengamalan adat ini.
  • 17. 960630-11-536 Sumber : Kerja lapangan 2015 Selain itu, amalan makan ulaman juga diamalkan dalam kalangan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari. Seramai 36% (9 orang) responden bersetuju manakala 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan amalan pemakanan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu memakan pelbagai jenis ulaman seperti halia, lengkuas dan serai setiap hari. Menurut Aishah @ Eshah (1998) ulaman ini tidak direbus atau dimasak sebaliknya hanya dibasuh dan makan begitu sahaja dengan nasi yang panas untuk mengelakkan kesegaran ulaman itu hilang. Namun demikian, 24% (6 orang) responden sangat setuju, 12% (3 orang) responden sangat kurang setuju dan 24% (6 orang) responden tidak pasti dengan pengamalan pemakanan ini.
  • 18. 960630-11-536 Sumber : Kerja lapangan 2015 Amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah makan ikan haruan. Terdapat 64% ( 16 orang) responden setuju manakala 20% (5 orang) responden tidak pasti dengan amalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri bahawa kebanyakan para ibu makan ikan haruan setiap hari. Caranya ialah ikan haruan atau belut direbus dengan halia, garam, bawang dan 2 liter air. Menurut Jazimah (2000) adat orang dahulu ialah tidak merebus ikan haruan sebaliknya mencari anak ikan haruan sebesar ibu jari tangan dan sedut anak ikan haruan itu. Namun demikian, 16% (4 orang) responden lagi sangat setuju dengan pengamalan pemakanan ini. Akhir sekali, amalan pemakanan yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah tidak memakan makanan sejuk. Terdapat 32% (8 orang) responden sangat setuju manakala 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan amalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji kebanyakan para ibu tidak mengamalkan makan makanan sejuk seperti ais dan labu. Mereka lebih mengutamakan makan masakan panas seperti sup, lada hitam dan nasi panas. Resepi yang para ibu gunakan ialah tumbuk lada hitam bersama ikan masin yang digoreng tanpa minyak dan makan bersama nasi panas. Namun demikian, seramai 36% (9 orang) responden bersetuju dan 28% (7 orang) responden tidak pasti dengan pengamalan pemakanan ini.
  • 19. 960630-11-536 8.1.2 Pantang larang BIL PERKARA Sangat kurang setuju 1 Kurang setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 3 Pantang larang ibu bersalin i)Tidak keluar rumah selama 44 hari selepas bersalin 0% (0) 8% (2) 24% (6) 40% (10) 28% (7) ii)Tidak melakukan kerja berat selepas bersalin 0% (0) 4% (1) 28% (7) 36% (9) 32% (8) iii)Tidak bercangkung ketika berpantang 0% (0) 4% (1) 20% (5) 44% (11) 32% (8) iv)Tidur berlapikkan bantal 0% (0) 8% (2) 12% (3) 32% (8) 48% (12) Jadual 3 : Pantang larang ketika berpantang Sumber : Kerja Lapangan 2015 8.1.3 Pantang larang Antara pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah tidak keluar rumah selama 44 hari. Seramai 40% (10 orang) responden bersetuju manakala 24% ( 6 orang) responden tidak pasti dengan pantang larang ini. Hal ini perhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak keluar rumah selama 44 hari seperti keluar bersiar- siar dan berjalan jauh. Menurut Siti Hasmah, para ibu dilarang keluar rumah selama 44 hari walaupun hanya untuk menjemur pakaian dan membuang sampah. Namun demikian, 28% (7 orang) responden sangat setuju dan 8% (2 orang) responden kurang setuju dengan pengamalan pantang larang ini.
  • 20. 960630-11-536 Pantang larang yang diamalkan ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah tidak mengangkat berat. Terdapat 36% (9 orang ) responden bersetuju manakala 32% (8 orang) sangat setuju dengan pantang larang tersebut. Mengikut pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri bahawa kebanyakan para ibu tidak mengangkat berat ketika berpantang. Mereka dilarang menyapu sampah dan menjemur baju. Menurut Siti Hasmah (1985), para ibu dilarang melakukan sebarang kerja rumah dan hanya dibenarkan duduk dalam keadaan yang baik. Namun demikian, 28% (7 orang) responden tidak pasti dan 4% (1 orang) kurang setuju dengan pengamalan pantang larang ini. Selain itu, pantang larang yang turut diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah tidak duduk bercangkung. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 20% (5 orang) responden tidak pasti dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu tidak duduk bercangkung ketika berpantang. Mereka dibenarkan duduk di tandas duduk jika hendak membuang air dan kaki perlu dirapatkan seterusnya membasuh perlahan dengan air suam. Menurut Haliza (1999), para ibu hanya perlu menjaga langkah ketika hendak berjalan dan tidak berjalan kangkang ketika hendak membuang air atau mandi. Oleh yang demikian, mereka perlu berwaspada ketika berpantang. Namun demikian, 4% kurang setuju dengan pengamalan pantang larang ini. Sumber : Kerja lapangan 2015
  • 21. 960630-11-536 Akhir sekali, antara pantang larang yang diamalkan ibu bersalin di Kampung Sungai Bari ialah tidur berlapikkan bantal. Terdapat 48% (12 orang) responden sangat setuju manakala 32% ( 8 orang) bersetuju dengan pantang larang tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan kaum ibu tidur berlapikkan bantal. Mereka tidur berlapikkan bantal sama ada bantal itu tinggi ataupun rendah. Bantal yang rendah akan disusun tinggi bagi memudahkan mereka menyusukan anak. Namun demikian, 8% (2 orang) responden kurang bersetuju dan 12% (3 orang) tidak pasti dengan pengamalan pantang larang ini. Sumber : Kerja lapangan 2015
  • 22. 960630-11-536 8.3 KESAN AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN DALAM KALANGAN IBU DI KAMPUNG SUNGAI BARI, SETIU TERENGGANU BIL PERKARA Sangat kurang setuju 1 Kurang setuju 2 Tidak pasti 3 Setuju 4 Sangat setuju 5 4 Pemakaian bengkung mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal 12% (3) 0% (0) 16% (4) 20% (5) 52% (13) Bertungku mengecutkan peranakan selepas bersalin 0% (0) 12% (3) 12% (3) 44% (11) 32% (8) Mengamalkan minum akar kayu memperbanyakkan susu ibu 0% (0) 4% (1) 28% (7) 44% (11) 24% (6) Urutan tradisional menghilangkan lenguh selepas bersalin 4% (1) 8% (2) 16% (4) 28% (7) 44% (11) Makan ikan haruan menyembuhkan luka selepas bersalin 0% (0) 0% (0) 20% (5) 36% (9) 44% (11) Mandi herba menyegarkan badan saya 0% (0) 4% (1) 20% (5) 28% (7) 48% (12) Jadual 4 : Kesan amalan berpantang Sumber : Kerja Lapangan 2015
  • 23. 960630-11-536 Antara kesan amalan berpantang kepada ibu bersalin di Kampung Sungai bari ialah pemakaian bengkung mengembalikan bentuk badan ke bentuk asal dan juga untuk melangsingkan pinggang seperti sediakala.. Terdapat 52% (13 orang) responden sangat setuju manakala 20% (5 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu badan kembali langsing dan cantik setelah mengamalkan amalan berbengkung ini. Menurut http://www.bengkungmama.com melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal, mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan. Namun demikian, seramai 12% (3 orang) responden sangat kurang setuju dan 16% (4 orang) responden tidak pasti dengan kesan amalan berbengkung ini. Sumber : Kerja lapangan 2015
  • 24. 960630-11-536 Selanjutnya, kesan pengamalan bertungku terhadap para ibu selepas bersalin ialah mengecutkan peranakan. Seramai 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 32% ( 8 orang) responden lagi sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan kaum ibu menampakkan kesan yang positif apabila kembali bertenaga setelah mengamalkan amalan tersebut kerana dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Menurut Jazimah (2000), Kesan panas daripada tungku akan meresap ke dalam daun, sekali gus merawat bahagian badan ketika proses bertungku. Namun demikian, 12% ( 3 orang) responden sangat kurang setuju dan 12% (3 orang) lagi tidak pasti dengan kesan pengamalan ini. Kesan pengamalan minum air akar kayu terhadap para ibu selepas bersalin ialah mengamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu. Terdapat 44% (11 orang) responden bersetuju manakala 24% (6 orang) responden sangat setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu yang mengamalkan minum air akar kayu dapat menyusukan bayi dengan selesa kerana tidak perlu lagi memerah susu dengan pam susu. Menurut http://www. tipberpantangdanmenyusubayi.com, kesan amalan ini dapat menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran kaum ibu sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan.Namun demikian, 28% (7 orang) responden tidak pasti dan 4% (1 orang) responden kurang setuju dengan kesan pengamalan ini. Antara kesan pengamalan urutan tradisional terhadap ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah dapat menghilangkan lenguh selepas bersalin. Terdapat 44% (11 orang) responden sangat setuju manakala 28% (11 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan para ibu yang mengamalkan urutan tradisional dapat menghilangkan lenguh mereka akibat banyak menyusukan anak. Urutan yang baik dapat membantu memulihkan aliran darah,
  • 25. 960630-11-536 mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Menurut http://www.tipsberpantangdanmenyusu.com, urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Namun demikian, 16% (4 orang) responden tidak pasti, 8% (2 orang) responden kurang setuju dan 4% (1 orang) responden sangat kurang setuju dengan kesan pengamalan tersebut. Di samping itu, kesan pengamalan makan ikan haruan terhadap ibu selepas bersalin di Kampung Sungai Bari ialah menyembuhkan luka selepas bersalin. Seramai 44% (11 orang) responden sangat setuju manakala 36% (9 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Hal ini diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang mengamalkan makan ikan haruan, luka mereka sembuh dengan cepat terutama sekali para ibu yang melakukan pembedahan ketika bersalin. Jahitan sudah boleh dibuka dengan awal sebelum tarikh yang ditetapkan. Menurut Haliza (1999), ikan haruan yang hidup dalam lumpur mengandungi kahsiat mineral yang tinggi membantu menyembuhkan luka luar dan dalaman manakala ikan yu dipercayai dapat memperbanyakkan susu ibu. Namun demikian, 20% (5 orang) responden tidak pasti dengan kesan pengamalan ini. Akhir sekali, kesan pengamalan mandi herba terhadap selepas ibu di Kampung Sungai Bari ialah menyegarkan badan para ibu ketika berpantang. Terdapat 48% (12 orang) responden sangat manakala 28% (7 orang) responden bersetuju dengan kesan pengamalan tersebut. Mengikut pemerhatian yang diperhatikan sendiri oleh pengkaji bahawa kebanyakan ibu yang mengamalkan mandi serum ini kelihatan lebih segar dan wangi kerana dapat membuang angin dan menghilangkan bau busuk (darah nifas). Serai wangi yang digunakan oleh para ibu sangat berkhasiat melegakan sakit kepala dan melegakan lenguh-lenguh badan. Namun demikian, 20% (5 orang) responden tidak dan 4% (1 orang) responden lagi kurang setuju dengan kesan pengamalan ini.
  • 26. 960630-11-536 RUMUSAN Setelah menjalankan kajian, pengkaji dapat memahami lebih dalam tentang amalan khusus ibu selepas bersalin dan kesan pengamalan adat berpantang di Kampung Sungai Bari, Setiu Terengganu. Hasilnya, para ibu bersalin lebih peka akan amalan khusus kerana dapat memberi kesan positif yang berpanjangan jika mengamalkan amalan adat berpantang ini. Di samping itu, melalui kajian ini juga akan dapat menjadikan msayarakat di Kampung Sungai Bari lebih mengambil berat dengan pengamalan adat berpantang ini kerana amalan berpantang sangat memberikan kebaikan kepada si ibu dan amat digalakkan. Faedah jangka masa panjang sangat baik untuk si ibu kerana proses pemulihan telah disokong dengan teknik rawatan secara tradisional dan membantu ibu pulih dalam suasana semulajadi tanpa perlukan ubat-ubatan moden yang mungkin memudaratkan. Ianya menepati citarasa semulajadi si ibu untuk kembali sembuh seperti sediakala, menyihatkan dan membekalkan tenaga dalaman. Akhir sekali, Jika ibu sihat, anak ceria, suami pasti bahagia.
  • 27. 960630-11-536 RUJUKAN ARKIB 1. Siti Hasmah Mohd. Ali , 1985. Wanita, Adat dan Kesihatan (Jilid 1 dan 2). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Che’ Wan Jazimah, 2000. Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam dan Sains. 3. Aishah @ Eshah Hj. Mohamed, 1998. “Tabiat Makan dalam Nilai Budaya Masyarakat Desa” dlm. Wan Hashim Wan The & Ismail Hamid (Ed.), Kajian Etnografi di Wang Kelian, Perlis ( Jilid 1). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 4. http://www.bengkungmama.com/ 5. https://www/TipUntukIbuHamilBerpantangDanMenyusuBayi.com/