SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

                  35900 TANJUNG MALIM,

                  PERAK DARUL RIDZUAN




TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

                        (SME 3023)




                    PENULISAN ILMIAH

            TAJUK : ISU DALAM PENSIJILAN GURU




                 NAMA                       NO. MATRIK
    ILI SAFURA BINTI MOHAMAD HAWARI        D20091034969
        ATIKAH BINTI ABDUL SAMAT           D20091035050
NAMA PENSYARAH :

                               PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH



                                     ISI KANDUNGAN

                                                                                 M/S

1.0 Pengenalan                                                                    1

2.0 Definisi Guru                                                                 2

3.0 Definisi Pensijilan Guru                                                      3

4.0 Jenis Pendidikan Perguruan Di Malaysia                                        7

5.0 Matlamat Kursus Perguruan
   10

6.0 Isu-isu Pensijilan Guru

        6.1 Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan
           11

        6.2 Isu Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan
           12

           Lepasan Ijazah (DPLI)


        6.3 Isu Guru Luar Bidang
           14

        6.4 Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
           19

        6.5 Isu Guru Interim
           23

7.0 Kesimpulan
   24

8.0 Rujukan
   25
Lampiran
   27




1.0 Pengenalan


       Pendidik memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan aspirasi negara

dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka

telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan

negara. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi

untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada pelajar, masyarakat dan

seterusnya kepada seluruh manusia di bumi. Perpaduan kaum juga dapat dicapai sekiranya guru

menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak

mengira bangsa dan juga agama.


       Sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik

memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan

negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal.

Kalau dahulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini
jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia

melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan

kreatif. Kedudukan perguruan sebagai profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK)

turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru.


       Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan

dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya

menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. Tanpa seorang yang bergelar

guru yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional seperti

doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, saintis dan sebagainya.


2.0 Definisi Guru


       Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang

guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990)

pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling

berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang

perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai

anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai

psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota

masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok

untuk menyelesaikan sesuatu masalah.


       Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar.

Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja.

Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru
yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al-

Mursyid. Al-Mu’allim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula

merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Mu’addib pula bermaksud

mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.


       Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah

memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan

terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus

memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal

pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.


3.0 Definisi Pensijilan Guru


       Menurut Kamus Dewan edisi kedua, pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada

seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi

membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian

sijil kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan

merupakan guru yang berkualiti.


       Kretiria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah memerlukan pelajaran yang tinggi dan

latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan

bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas

yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih

menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah

pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang diajar dan
mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori

pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul.


       Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar

dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Guru diharap

mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk

menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan. Ciri-ciri profesion perguruan adalah

perkhidmatan unik, pengetahuan dan kemahiran, latihan khusus, autonomi, tanggungjawab,

badan profesional dan kod etika.



       Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi

perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan

diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan

memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan personaliti,

kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).

Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai.

Guru tidak hanya penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator),

sebagai ibu bapa, pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh

didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar yang dilatih

untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran.



       Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang

mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang

berpanjangan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru
termasuk:



       t Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan

       t Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge)

       t Pengetahuan kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge)

       t Pengetahuan mengenai kurikulum (iaitu, sukatan pelajaran, bahan pembelajaran,

             alat bantuan mengajar dan sebagainya)

            Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah

            Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah



       Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang

khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang di tawarkan universiti-

universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum

atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda

Pendidikan yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa

Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya. Juga ditawarkan ialah Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda

daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG)

pernah menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun. Walau pun terdapat,

berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat

beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki latihan perguruan.

Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah sekolah dan tidak mempunyai kelayakan

perguruan.
Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad

berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau akuantan boleh menolak dan

memilih pelanggannya (walau pun amalan ini tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih

pelajar yang diajar. Begitu juga dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang

lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. “Bilik darjah seseorang guru

adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara pengajaran dan

mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223).



       Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia,

guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan

kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat

jawatannya kerana sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang

guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat, kecuali atas alasan-

alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah.

       Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan mengawasi

kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan-kesatuan tersebut lebih

mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah

lain. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat

banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang

berbeza.
Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh ‘Ikrar Guru’ dan

‘Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia’. Oleh kerana guru (kecuali guru disektor swasta)

adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui Perintah-Perintah

Am Kerajaan yang memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tindakan yang boleh

dilakukan dengan izin. Perintah-Perintah Am juga memperincikan hukuman yang boleh

dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan.



       Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion.

Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa perguruan ialah

suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai kelayakan perguruan dibenarkan

mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi

profesion perubatan, profesion undang-undang atau profesion kejuruteraan.



       Jadual 1.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih kurang 5.4 juta

pelajar. Adalah dianggarkan terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang mengajar di tadika tajaan

kerajaan dan swasta.




                                         LELAKI             PEREMPUAN
                 RENDAH                  72 266             164 047
                 MENENGAH                55 155             121 252
                 JUMLAH                  127 421            285 299


Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (KPM, 2012)
4.0 Jenis Pendidikan Guru di Malaysia

       Istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981 bagi menggantikan

istilah latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya. Perubahan ini adalah berikutan

penukaran nama Bahagian Latihan Guru (BLG) kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

Seiringan dengan itu, berlaku pula perubahan dalam program pendidikan guru di peringkat

maktab perguruan dengan tempoh berkursus telah dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga

tahun (Laporan Jawatan Kuasa Kabinet, 1979: 61).



       Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam sistem

pendidikan. Kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana

seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat

dan negara. Hal ini adalah kerana kemahiran profesional seseorang guru terletak pada

keupayaannya menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang

betul (Workshop Reports, 1970: 7).



       Peranan guru menjadi semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan

yang begitu pesat sekali. Pendidikan guru di Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran secara

formal kepada setiap bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan atau di pusat-pusat

pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada dalam bilik

darjah nanti. Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah berusaha untuk membentuk

perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian Dasar Pelajaran

Kebangsaan (1956) telah dibentuk bertujuan memberi arah tuju kepada perkembangan
masyarakat negara ini agar hasrat yang dicita-citakan itu tercapai. Selepas negara mencapai

kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan telah mula melaksanakan program pendidikan kepada

masyarakat secara bersungguh-sungguh. Langkah pertama telah diambil pada tahun 1957 ialah

dengan menukarkan sekolah rendah yang sedia ada kepada sekolah kebangsaan. Tindakan ini

telah menyebabkan guru menjalani latihan perguruan yang sama (EPRD,1968: 20).



       Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di Malaysia berlaku ekoran

usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dari

peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Justeru, tumpuan kepada pendidikan

guru secara besar-besaran bermula pada tahun 1956 dan pada tahun 1957 Maktab Perguruan

Harian (DTC) dan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang serta Maktab Perguruan

Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan.



       Secara kronologinya, sejarah pendidikan guru sekolah menengah bermula sejak

penubuhan Jawatankuasa Barnes dan Fenn-Wu pada tahun 1951, Penyata Razak tahun 1956,

Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Abdul Rahman Talib tahun 1960, Akta Pelajaran 1961,

Jawatankuasa Kabinet 1974, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehingga Jawatankuasa

Pendidikan 1981. Seterusnya pada tahun 1987 Akta Pelajaran 1961 telah diadakan semakan

semula bertujuan mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pelajaran 1961

tersebut (Esah Sulaiman, 2003: 146).



       Bagi melaksanakan dasar pendidikan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah

melatih tenaga pengajar untuk mengajar di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan
menengah atas. Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Bahagian Latihan

Guru untuk menyelaraskan program-program di peringkat maktab. Penubuhannya merupakan

usaha kerajaan memberi kepentingan kepada pendidikan guru. Pembinaan beberapa buah maktab

perguruan membuktikan bahawa betapa pentingnya usaha untuk melahirkan guru-guru yang

bertauliah. Hal ini adalah kerana pendidikan guru merupakan satu aspek yang amat penting

dalam menentukan kejayaan polisi kerajaan.



       Sehingga tahun 1963, pendidikan guru bagi guru-guru sekolah menengah telah diadakan

di lima buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Kirkby di England (1952), Maktab

Perguruan Kota Bharu (1954), Maktab Perguruan Briensford Lodge di England (1956), Maktab

Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1957) dan Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur

(1963). Namun begitu, dengan pembangunan negara yang begitu pesat maka bagi memenuhi

tuntutan masyarakat terhadap keperluan pendidikan, sehingga tahun 1986 terdapat sebanyak 29

buah maktab perguruan telah berjaya ditubuhkan oleh kerajaan. Daripada jumlah tersebut

terdapat maktab perguruan yang melatih guru-guru untuk mengajar di sekolah rendah dan ada

maktab yang hanya melatih guru untuk mengajar di sekolah menengah. Namun begitu, terdapat

juga maktab yang melatih guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dan juga di sekolah

menengah. Sekarang maktab lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

yang memperkenalkan program pendidikan guru pra perkhidmatan bagi sekolah menengah dan

sekolah rendah.



       Terdapat juga beberapa isntitusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang pendidikan

seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang mengikuti bidang pendidikan ini para bakal
guru akan mempelajari 3 komponen utama iaitu ikhtisas yakni yang berkaitan dengan profesion

pendidikan dan keguruan seperti psikologi, sosiologi, falsafah, pedagogi dan sejarah pendidikan.

Manakala komponen yang kedua ialah akademik yang mana setiap bakal guru akan mendalami

subjek atau mana-mana mata pelajaran yang bakal mereka ajar di sekolah kelak. Di samping itu

bakal guru juga akan dibekalkan ilmu tentang kaedah pengajaran, pengajaran mikro, membina

bahan pengajaran, dan membina penilaian dan pengukuran bagi sesuatu pengajaran kelak.

Komponen yang ketiga pula melibatkan perkembangan diri seseorang calon guru itu. Guru-guru

diwajibkan untuk menyertai berbagai-bagai kegiatan kokurikulum bagi membina sahsiah dan

perwatakan guru yang berdedikasi, fleksibel dan berhemah tinggi.




5.0 Matlamat Kursus Perguruan


       Matlamat kursus perguruan adalah untuk menghasilkan insan guru yang berwibawa

dalam aspek seperti sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni,

nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru

serta perkembangan teknologi.


       Setiap guru haruslah mempunyai setiap aspek yang dinyatakan di atas bagi mencapai

matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan kepada institusi perguruan di Malaysia. Antara

tujuannya adalah untuk mewujudkan guru yang berkualiti dan bersifat profesional serta cekap,

yakin dan berhemah tinggi.




6.0 Isu-isu Pensijilan Guru
6.1 Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP) dipinggirkan


       Menurut Utusan Malaysia ( 3 November 2011) seramai 5000 mahasiswa Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berdemo untuk mendapatkan jaminan yang sama dengan

penempatan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT). Mengapakah suasana ini berlaku kepada

tempat yang melahirkan guru-guru yang berkualiti dan bitara? Hal ini kerana pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia( KPM) telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan sebagai guru di seluruh

negara selepas menawarkan peluang mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah

(DPLI) dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan guru Malaysia dan Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA).


       Jadi yang menjadi isu terbesar adalah seramai 7000 pelajar lepasan ISMP belum

ditawarkan tempat untuk dipostingkan menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur

kerana sukar mendapat pekerjaan yang sesuai menurut Berita Harian (20 Disember 2011)


       Cadangan    yang   telah   dibincangkan   adalah   Kementerian   Pelajaran   hendaklah

mengeluarkan unjuran yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah

gaduan yang mencukupi. Seterusnya, kerajaan hendaklah memastikan sistem KPLI dan DPLI

diperkemas bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi seseorang guru yang

bukan sekadar memerlukan kerjaya sahaja.




       6.2 Isu Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan

       Lepasan Ijazah (DPLI).
Terdapat empat isu yang melibatkan guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah

minat, jalan mudah mencari pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI dalam

kursus ikhtisas dan menolak hak pelajar ISMP yang layak.


       Bagi isu yang pertama iaitu isu minat, isu ini sentiasa dibangkitkan ialah sama ada calon

guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih adalah benar-benar layak dan ingin menjadi seorang

guru. Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan dengan motif peribadi

seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan pada jangkaan mereka bidang ini mudah

serta tidak mencabar. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam

bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor

yang besar. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka

berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya

( Holland, 1973). Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn-

out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah

ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan

Mohd Zahid Nordin). Maka, tidak hairanlah hasil kajian Trends In International Mathematics

and Science Study ( TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia

berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana

Menteri, 2009)


       Bagi isu yang kedua pula ialah isu mengenai jalan mudah mencari pekerjaan. Ramai yang

menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu

loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang memilih kerjaya

perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang

terakhir. Jadi kebanyakan daripada mereka asalnya gagal bersaing dalam pasaran kerja yang
semakin mencabar membuatkan mereka mengambil inisiatif mudah dengan masuk ke dalam

bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang

dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan Salehudin Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak

53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil Kursus

Pendidikan Lepasan Ijazah.


       Selain itu, isu yang diketengahkan ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI dan

DPLI dalam kursus ikhtisas. Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas

pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan walaupun

ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran

kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen utama. Keadaan ini akan

mendorong Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan guru-guru pelatih KPLI dan

DPLI yang kurang berkemahiran mengajar pedagogi, kurang menguasai bidang pengkhususan

dan kurang mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004).


       Seterusnya, isu menolak hak pelajar ISMP yang layak. Kewujudan guru-guru lepasan

KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah

pendidikan. Hal ini adalah guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar tajaan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini dijamin

penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada kekosongan guru-guru

lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap. Ini sekaligus akan meningkatkan

pengangguran negara. Tujuan utama pelaksanaan KPLI dan DPLI sebelum ini adalah untuk

menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini

menjadi sebaliknya.
Kesan-kesan daripada isu-isu yag disebutkan adalah dengan adanya pengangguran pelajar

ISMP maka ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara. Di samping itu, ia tidak dapat

memartabatkan profesion perguruan maka akan lahirlah modal insan yang tidak berkualiti.


       Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah untuk individu itu sendiri hendaklah

menceburi bidang pendidikan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini

dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Kemudian bagi kerajaan

pula, KPLI dan DPLI hendaklah dibuka hanya apabila ada keperluan bagi menampung

kekosongan yang dilakukan oleh pelajar ISMP. Seterusnya pemilihan dan kelayakan

permohonan untuk masuk ke dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan diperketatkan.




       6.3 Isu Guru Luar Bidang


       Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang

semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang

tidak mempunyai kelayakan      sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini

dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka

mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri

Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa

berlaku masalah kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan

6000 guru (Penempatanguru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa

lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch):

kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai

guru yang mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru luar bidang ini
mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru bukan opsyen.

Kenapa isu guru luar bidang ini timbul dan tiada jalan penyelesaian hingga kini?. Pendidikan di

negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang modal insan dan seimbang.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka beberapa strategi termasuklah melahirkan

graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini

bertujuan untuk melahirkan guru yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk

melaksanakan kurikulum yang telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana-

mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah

kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta

memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan

memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta

menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur

dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang

kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan. Satu situasi pasti akan berlaku,

‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut

dialami apabila seorang pelajar bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan

jawapannya. Oleh itu, guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun

“Soalan ini sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun “ . Terdapat juga situasi

di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak

mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang bijak

dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut. Keadaan ini

bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi

penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal
memenuhi keperluan guru di negara ini?. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting

dalam menggubal pelaksanaan kurikulum yang berkaitan kreadibiliti serta kualiti guru yang

dapat meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Sehingga hari ini guru-guru yang baru

menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru GSTT

masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan

mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari pihak yang dipertanggungjawabkan.

Sekiranya hal ini tidak dipantau dan diselesaikan, ramai guru yang akur untuk mengajar subjek

bukan opsyen, kerana mereka terikat dengan jolokan “Saya yang menurut perintah”.

Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu,

tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan.


       Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini.

Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (20011) iaitu guru terutamanya yang

mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan

dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang




               Rajah 1 : Pengkhususan guru yang mengajar subjek Matematik
mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta

dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang

menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang

diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005).


Analisis data di atas menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata

pelajaran pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan

berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada

17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam

bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka

merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Rajah 1 menunjukkan 10% (2 orang)

daripada mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi,

masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera

Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi,

Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar ketidaksepadanan

bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung

terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


       Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan.

Disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini

hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila , guru tersebut dapat

mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk

menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru

merasa tertekan kernan mereka perlu belajr mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka

menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru
akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan

pengetahuan yan sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru

kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula,

pelajar merasa bosan dengan isi pengajaran guru. Guru tidak menggunakan kaedah pengajaran

yang dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana, guru tidak yakin dengan pengajaran yang

disampaikan. Manakala pelajar pula merasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan

oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang

mengakibatkan keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu,

pelajar menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek

Matematik dengan sepenuhnya. Perkara yang paling merugikan, pelajar akan hilang minat

terhadap Matematik.


       Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula penempatan

guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat

guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya.

Selain itu, untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT)

mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat

kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang

dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikan

peluang kepada guru yang baru.




       6.4 Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Pada masa kini, hangat dengan isu guru sandaran tidak terlatih (GSTT) ini diserap

menjadi guru tetap melalui program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Guru sandaran

tidak terlatih merupakan individu yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai

sebarang sijil dan kelayakan seperti diploma atau ijazah yang berkaitan dengan perguruan.

Mereka Tertakluk dibawah kontrak tertentu dan boleh ditamatkan tempoh perkhidmatan pada

bila-bila masa sahaja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM. Isu ini telah menggugat

kedudukan graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan

selama empat tahun. Hal ini, tidak adil bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pemdidikan (ISMP)

kerana tempoh pelaksanaan kursus DPLI hamya dalam masa yang singkat iaitu satu tahun

setengah sahaja. Sebaliknya bagi graduan ISMP mengambil masa yang lama bagi menamatkan

pengajian. Di petik daripada Rancangan Malaysia Ke-10 dalam “Membangun dan Mengekalkan

Modal Insan Bertaraf Dunia” satu usaha dilaksanakan iaitu Penghapusan Jaminan Penempatan

Guru Pelatih. Usaha ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru

baru. Pada masa kini, guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian

Tinggi Awam (IPTA) dijamin perlantikan mereka sebagai guru tanpa mengambil kira tentang

prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan ini. Oleh itu,

hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian dan prestasi yang terbaik dan berkelayakan

akan ditawarkan jawatan guru. Usaha yang kedua adalah peralihan kepada “Sistem Terbuka”

dalam Latihan Guru. Pelaksanaan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya

daripada IPG dan IPTA. Hal ini, dapat merapatkan jurang antara guru pelatih IPG dan IPTA

dengan graduan IPTS bagi bersaing untuk mendapatkan jawatan guru. Usaha ini akan

meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada “sistem terbuka” bagi menambah

sumber guru pelatih. Dengan penambahan ini, lebih ramai lagi guru pelatih yang cemerlang
dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, dapat meningkatkan

persaingan dalam kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan negara

secara keseluruhannya.


       Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak

Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258

orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai 2011. Bilangan ini

tidak termasuk sebanyak 2,153 orang yang melapor diri selepas menerima surat perlantikan.

Syarat-syarat lantikan berdasarkan syarat berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember

2010 dan berkhidmat tidak kurang dari dua tahun sehingga akhir tahun lalu. Mereka perlu

menerima syarat penempatan yang tidak tertakluk kepada opsyen atau asal dan lokasi yang

dipohon. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, keutamaan telah diberikan untuk

menyokong pelaksanaan dasar-dasar baru KPM, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Penilaian Berasaskan

Sekolah. Selain itu, kaedah perlantikan yang dilaksanakan adalah berdasarkan contract for

service berbanding dahulunya contract of service. Contract for service bermaksud satu perjanjian

untuk menyediakan perkhidmatan kepada sesorang atau sekumpulan orang. Individu yang

menyediakan perkhidmatan adalah bebas daripada apa-apa kawalan dan pemantauan oleh orang

atau kumpulan yang menerima perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk menampung keperluan

semula GSTT di bawah program “one-off” .contract of service pula bermaksud seseorang

bersetuju untuk mengambil seseorang bekerja sebagai seorang pekerja dan seseorang bersetuju

untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja. Tujuannya adalah mengisi

kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih. Kaedah pembayaran

elaun adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2007 bagi perlantikan
secara contract of service. Bagi   kaedah contract for service gaji dibayar berdasarkan gred

jawatan misalnya Gred 41 sebanyak RM 2,331, Gred 29 sebanyak RM 1,610 dan Gred 17

sebanyak RM 1,200 sebulan. Seterusnya, bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah, Iatihan

selama 18 bulan akan dilaksanakan di IPG iaitu program DPLI dan KPLI manakala bagi yang

tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan di IPTA selama 66 bulan di bawah program

ljazah Sarjana Muda Pendidikan.


       Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, seramai 13,000 GSTT

akan diserap sebagai guru tetap di sekolah kerajaan. Beliau berkata "Namun mereka perlu

memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun

berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," . Mereka

ditawarkan kursus DPLI bagi melayakkan diri untuk jawatan yang tetap tanpa melanjutkan

sebarang kontrak. Oleh itu, mereka dihantar ke IPG dan IPTA diseluruh negara untuk

menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. Penyerapan ini bertujuan untuk menghargai

jasa dan sumbangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun di sekolah-sekolah KPM.

Perkara ini amat tidak adil kepada graduan ISMP kerana mereka mempunyai hak yang utama

dalam penempatan guru tetap. Selain itu, mereka juga perlu bersedia untuk ditempatkan di

kawasan yang kekosongan di seluruh negara.


       Isu guru sandaran tidak terlatih ini memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap

graduan ISMP di mana menggugat kedudukan siswazah dari ISMP dan IPG yang baru

menamatkan pengajian. Mereka mempunyai masalah untuk penempatan di sekolah. Ia juga telah

mencabar kreadibiliti mahasiswa yang menceburi bidang pendidikan. Masalah ini berterusan

sehingga berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan guru yang mana graduan ISMP

terpaksa menjadi guru ganti sahaja di sekolah. Kelemahan guru sandaran tidak terlatih ini,
sesetengah daripada mereka kurang pengetahuan dalam isi pengajaran dan pedagogi. Segelintir

juga yang tiada langsung pengetahuan mengenai pedagogi dalam pengajaran. Hal ini dapat

mempengaruhi pengajaran guru sandaran tidak terlatih di sekolah. Mereka hanya mengajar

mengikut pengetahuan sendiri tanpa berpandukan kemahiran dan teknik yang sepatutnya diterap

dan diguna pakai. Selain itu, terdapat juga segelintir GSTT yang mempunyai masalah disiplin

dan juga sahsiah yang kurang memuaskan kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang

etika perguruan. Langkah untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu menyediakan latihan yang

mencukupi kepada GSTT untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan. Latihan yang sedia ada

sekarang tidak cukup untuk menjadikan mereka seorang guru yang ccemerlang dan berkualiti.

Seterusnya, meningkatkan jangka masa untuk latihan perguruan bagi GSTT supaya lebih mahir

dalam bidang pendidikan. Bak kata pepatah “ sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit”, di mana

pengalaman yang kita kumpul dari masa ke semasa, akan menjadi banyak dalam jangka masa

yang lama. Akhir sekali, kerajaan perlu adil dalam mengisi penempatan bagi GSTT dan GST

supaya kerajaan tidak rugi dalam membiayai pengajian graduan ISMP selama empat tahun tanpa

memberikan keutamaan terhadap mereka berbanding GSTT.




       6.5 Isu Guru Interim


       Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru

Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang ditawarkan

pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan

Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM.

Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis
sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan

Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510

graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah

Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan.

Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik

sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan

keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan,

SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat

tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk

pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu

membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in. Oleh itu, setiap pelaksanaan

sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak tertentu. Kesan yang paling ketara

terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut

kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di

dahulukan penempatan daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses

penempatan kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak

lagi mendapat penempatan yang tetap.




7.0 Kesimpulan


       Profesion perguruan adalah satu bidang yang amat mulia dan dipandang tinggi.

Masyarakat tidak perlu pandang rendah terhadap jasa guru yang telah banyak menyumbangkan

ilmu pengetahuan dan mengerah tenaga untuk melahirkan pewaris ketua negara untuk masa
hadapan. Bagi meningkat dan memartabatkan profesion perguruan, pelbagai pihak perlu

memainkan peranan penting untuk menangani isu kelayakan guru. Ianya, bertujuan untuk

melahirkan guru yang dapat menepati saranan KPM supaya mencapai matlamat yang produktif

dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah

satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara.". Saya amat tidak bersetuju sekiranya mayarakat menganggap profesion perguruan ini

sebagai kerjaya terakhir untuk diceburi. Masyarakat harus buka mata dan minda untuk menilai

bebanan yang ditanggung oleh seorang guru dalam mendidikan anak bangsa dan negara.
8.0 Rujukan



Definisi guru ( 1996). Diperoleh pada 26 April 2012 daripada

  http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf

Bilangan Guru Di Malaysia (2012). Diperoleh pada 24 April 2012 daripada

  http://www.moe.gov.my/?id=1&lang=my

Aini Hassan Wan Hasmah Wan Mamat. Mengajar Diluar Bidang Pengkhususan : Sejauh
  Manakah Seriusnya Masalah Ini Di Malaysia?. Jurnal Pendidikn 2007. Jilid 27.

Haika Khazi (2011). 7,079 GSTT Ke Jawatan Tetap. Berita Harian Online. Diperoleh pada 3 Mei
  2012 daripada
  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7_079GSTTkejawatantetap/Article/index_html

13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih Diserap. Berita Harian Online. Diperolehi pada 5 Mei
   2012 daripada
   http://www.bharian.com.my/articles/13_000gurusandarantidakterlatihdiserap/Article/

Pensijilan guru (2012). Diperolehi pada 12 April 2010 daripada
  http://www.slideshare.net/hudaliciouss/pensijilan-guru

Lantikan Semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (2011). Blog Rasmi Kemeterian Pelajaran
  Malaysia. Diperolehi pada 27 April 2012 daripada
  http://buletinkpm.blogspot.com/2011/09/lantikan-semula-guru-sandaran-tidak.html
Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)

More Related Content

What's hot

Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Sherly Jewinly
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integritiAnsar Azman
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiSanitah Yusof
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Gurukrys73
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9Rainne Lee
 
Soalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppSoalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppYvonne Yin
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruAnsar Azman
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 

What's hot (15)

Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
Tugasan 2 EDU3083 (temu bual guru cemerlang/berpengalaman)
 
62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti62300507 konsep-integriti
62300507 konsep-integriti
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyiPenerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
Penerapan nilai dalam kurikulum tersembunyi
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Isu kualiti guru
Isu kualiti guruIsu kualiti guru
Isu kualiti guru
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9nota SPP Bab 9
nota SPP Bab 9
 
Soalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga sppSoalan famous temuduga spp
Soalan famous temuduga spp
 
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guruBab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
Bab 2 kod etika dan akauntabiliti guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 

Similar to Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)

KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru Izawati Saat
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)
 Konsep mengajar sebagai satu profesion (2) Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)
Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)Noor Maslina
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpkTham Mee
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu ProfesionArthur Jupong
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanNur Ashikin Ismahun
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01student malaysia
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_Mozlina
 

Similar to Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru) (20)

KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
KUMPULAN 19 : Kualiti Guru
 
(Group 19) kualiti guru
(Group 19) kualiti guru(Group 19) kualiti guru
(Group 19) kualiti guru
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)
 Konsep mengajar sebagai satu profesion (2) Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)
Konsep mengajar sebagai satu profesion (2)
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Bab 11 guru dan sekolah
Bab 11 guru dan sekolahBab 11 guru dan sekolah
Bab 11 guru dan sekolah
 
Kolaboratif tpk
Kolaboratif tpkKolaboratif tpk
Kolaboratif tpk
 
3. Guru Sebagai Satu Profesion
3. Guru Sebagai  Satu Profesion3. Guru Sebagai  Satu Profesion
3. Guru Sebagai Satu Profesion
 
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip PerakaunanIsu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
Isu Pengajaran Koperatif di dalam matapelajaran Prinsip Perakaunan
 
Zul
ZulZul
Zul
 
Unit 10
Unit 10Unit 10
Unit 10
 
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp013 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
3 gurusebagaisatuprofesion-090610200133-phpapp01
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_
Konsep mengajar sebagai_satu_profesion_
 
EDUP 3083 TOPIK 1_2.pptx
EDUP 3083 TOPIK 1_2.pptxEDUP 3083 TOPIK 1_2.pptx
EDUP 3083 TOPIK 1_2.pptx
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)Modul 3 3 b (1)
Modul 3 3 b (1)
 
10. pensijilan guru
10. pensijilan guru10. pensijilan guru
10. pensijilan guru
 
Pensijilan Guru
Pensijilan GuruPensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Isu 2
Isu 2Isu 2
Isu 2
 

Recently uploaded

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 

Recently uploaded (11)

Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 

Penulisan Ilmiah (Pensijilan Guru)

  • 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023) PENULISAN ILMIAH TAJUK : ISU DALAM PENSIJILAN GURU NAMA NO. MATRIK ILI SAFURA BINTI MOHAMAD HAWARI D20091034969 ATIKAH BINTI ABDUL SAMAT D20091035050
  • 2. NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH ISI KANDUNGAN M/S 1.0 Pengenalan 1 2.0 Definisi Guru 2 3.0 Definisi Pensijilan Guru 3 4.0 Jenis Pendidikan Perguruan Di Malaysia 7 5.0 Matlamat Kursus Perguruan 10 6.0 Isu-isu Pensijilan Guru 6.1 Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Dipinggirkan 11 6.2 Isu Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan 12 Lepasan Ijazah (DPLI) 6.3 Isu Guru Luar Bidang 14 6.4 Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) 19 6.5 Isu Guru Interim 23 7.0 Kesimpulan 24 8.0 Rujukan 25
  • 3. Lampiran 27 1.0 Pengenalan Pendidik memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada pelajar, masyarakat dan seterusnya kepada seluruh manusia di bumi. Perpaduan kaum juga dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama. Sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dahulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini
  • 4. jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru. Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. Tanpa seorang yang bergelar guru yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, saintis dan sebagainya. 2.0 Definisi Guru Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru
  • 5. yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al- Mursyid. Al-Mu’allim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Mu’addib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan. Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran. 3.0 Definisi Pensijilan Guru Menurut Kamus Dewan edisi kedua, pensijilan bermaksud pemberian sijil kepada seseorang atau pihak kerana telah mencapai piawai dan syarat yang ditetapkan bagi membuktikan barangan yang dikeluarkan adalah berkualiti. Pensijilan guru adalah pemberian sijil kepada seorang guru yang telah mencapai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dan merupakan guru yang berkualiti. Kretiria bagi mendapatkan pensijilan guru ialah memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas, kemahiran diiktiraf, lulus peperiksaan profesional, mengutamakan dan bertanggungjawab terhadap pelanggan, mematuhi kod etika dan mempunyai satu badan bebas yang mengawal kualiti. Latihan perguruan bertujuan untuk membolehkan guru pelatih menyesuaikan diri dengan suasana sekolah, mendapat pengalaman dan mencari kaedah pengajaran yang sesuai. Seorang guru bukan sahaja mengajar mata pelajaran yang diajar dan
  • 6. mempunyai ilmu pengetahuan opsyen yang diajar sahaja, tetapi juga perlu mengetahui teori pengajaran dan pembelajaran dan teknik-teknik pengajaran yang betul. Memang tidak dinafikan bahawa perguruan adalah salah satu profesion yang mencabar dan amat mendesak (Noriati Rashid, Boon Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2010). Guru diharap mengetahui serba serbi tingkah laku manusia dan memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan dirinya seorang profesional yang berkesan. Ciri-ciri profesion perguruan adalah perkhidmatan unik, pengetahuan dan kemahiran, latihan khusus, autonomi, tanggungjawab, badan profesional dan kod etika. Pertama ialah Perkhidmatan Unik. Profesion perguruan adalah bidang yang memberi perkhidmatan yang unik dan diperlukan oleh masyarakat. Keunikannya hanya akan dirasai dan diketahui oleh mereka yang terlibat dalam profesion ini. Hanya guru sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat untuk membangankan personaliti, kebolehan mental dan fizikal setiap pelajar (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993). Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), sebagai ibu bapa, pemimpin, pengurus instruksional dan lain-lain. Walau pun kanak-kanak boleh didik oleh ibu bapa mereka, televisyen atau internet, namum guru adalah pakar yang dilatih untuk mewariskan pengetahuan dan kemahiran. Kedua, ialah Pengetahuan dan Kemahiran. Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Mengikut Shulman (1987), pengetahuan yang perlu dikuasai oleh guru
  • 7. termasuk: t Pengetahuan tentang falsafah dan sejarah pendidikan t Pengetahuan isi kandungan mata pelajaran (Content Knowledge) t Pengetahuan kandungan pedagogi (Pedagogical Content Knowledge) t Pengetahuan mengenai kurikulum (iaitu, sukatan pelajaran, bahan pembelajaran, alat bantuan mengajar dan sebagainya) Pengetahuan tentang pengurusan bilik darjah Pengetahuan mengenai pentadbiran dan budaya sekolah Ketiga, ialah Latihan Khusus. Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang di tawarkan universiti- universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih. Program-program Sarjana Muda Pendidikan yang ditawarkan meliputi berbagai-bagai pengkhususan seperti pengajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, sains, matematik, sejarah dan sebaginya. Juga ditawarkan ialah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) untuk mereka yang sudah memiliki ijazah sarjana muda daripada apa jua bidang pun yang ingin dilatih menjadi guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) pernah menawarkan program sijil and diploma pendidikan selama 3 tahun. Walau pun terdapat, berbagai-bagai program latihan guru, masih terdapat beribu-ribu guru yang mengajar di tadika dan prasekolah yang tidak memiliki latihan perguruan. Juga terdapat guru-guru sandaran mengajar di sekolah sekolah dan tidak mempunyai kelayakan perguruan.
  • 8. Keempat, ialah Autonomi. Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Contohnya, seorang peguam atau akuantan boleh menolak dan memilih pelanggannya (walau pun amalan ini tidak digalakkan), guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar. Begitu juga dengan kurikulum yang perlu diajarnya telah ditentukan orang lain tetapi guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. “Bilik darjah seseorang guru adalah mahligainya, kerana di sini ia boleh mencuba berbagai-bagai cara pengajaran dan mempunyai autonomi yang jarang dipersoalkan” (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, h: 223). Kelima, ialah Tanggungjawab. Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Bagaimana pun guru jarang sekali, atau tidak pernah dipecat jawatannya kerana sebahagian murid dalam kelasnya tidak dapat membaca. Setelah seseorang guru disahkan dalam jawatan, memang sukar bagi guru berkenaan dipecat, kecuali atas alasan- alasan jenayah atau kerana hukuman mahkamah. Keenam, ialah Badan Profesional. Mengenai badan atau kesatuan perguruan mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan-kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza.
  • 9. Ketujuh ialah Kod Etika. Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh ‘Ikrar Guru’ dan ‘Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia’. Oleh kerana guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui Perintah-Perintah Am Kerajaan yang memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tindakan yang boleh dilakukan dengan izin. Perintah-Perintah Am juga memperincikan hukuman yang boleh dikenakan bersabit dengan pelanggaran sesuatu peraturan. Pada umumnya, kerjaya perguruan menepati ketujuh-tujuh ciri sesuatu profesion. Bagaimana pun terdapat beberapa kriteria yang kurang meyakinkan bahawa perguruan ialah suatu profesion. Contohnya, mereka yang tidak mempunyai kelayakan perguruan dibenarkan mengajar di sekolah dan di tadika. Keadaan sedemikian tidak akan dibenarkan sama sekali bagi profesion perubatan, profesion undang-undang atau profesion kejuruteraan. Jadual 1.1 menunjukkan bilangan guru di Malaysia yang mengajar lebih kurang 5.4 juta pelajar. Adalah dianggarkan terdapat kira-kira 10,000 guru tadika yang mengajar di tadika tajaan kerajaan dan swasta. LELAKI PEREMPUAN RENDAH 72 266 164 047 MENENGAH 55 155 121 252 JUMLAH 127 421 285 299 Jadual 1.1 Bilangan guru sekolah rendah dan menengah di Malaysia (KPM, 2012)
  • 10. 4.0 Jenis Pendidikan Guru di Malaysia Istilah pendidikan guru mula digunakan secara rasmi pada tahun 1981 bagi menggantikan istilah latihan perguruan yang telah digunakan sebelumnya. Perubahan ini adalah berikutan penukaran nama Bahagian Latihan Guru (BLG) kepada Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Seiringan dengan itu, berlaku pula perubahan dalam program pendidikan guru di peringkat maktab perguruan dengan tempoh berkursus telah dilanjutkan daripada dua tahun kepada tiga tahun (Laporan Jawatan Kuasa Kabinet, 1979: 61). Pendidikan guru merupakan salah satu bahagian yang terpenting dalam sistem pendidikan. Kejayaan pelaksanaan kurikulum dalam pendidikan adalah bergantung sejauh mana seseorang guru dapat membentuk muridnya menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat dan negara. Hal ini adalah kerana kemahiran profesional seseorang guru terletak pada keupayaannya menggunakan ilmu pengetahuan dan dengan itu membentuk sikap dan nilai yang betul (Workshop Reports, 1970: 7). Peranan guru menjadi semakin mencabar berikutan perkembangan bidang pendidikan yang begitu pesat sekali. Pendidikan guru di Malaysia adalah satu tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendedahkan kaedah dan teknik pengajaran secara formal kepada setiap bakal guru, sama ada di maktab-maktab perguruan atau di pusat-pusat pengajian tinggi awam bagi menyesuaikan bakal guru dengan tugas apabila berada dalam bilik darjah nanti. Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah berusaha untuk membentuk perkembangan sistem pendidikannya yang tersendiri. Oleh hal yang demikian Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956) telah dibentuk bertujuan memberi arah tuju kepada perkembangan
  • 11. masyarakat negara ini agar hasrat yang dicita-citakan itu tercapai. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan telah mula melaksanakan program pendidikan kepada masyarakat secara bersungguh-sungguh. Langkah pertama telah diambil pada tahun 1957 ialah dengan menukarkan sekolah rendah yang sedia ada kepada sekolah kebangsaan. Tindakan ini telah menyebabkan guru menjalani latihan perguruan yang sama (EPRD,1968: 20). Perubahan dan perkembangan kurikulum pendidikan guru di Malaysia berlaku ekoran usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Justeru, tumpuan kepada pendidikan guru secara besar-besaran bermula pada tahun 1956 dan pada tahun 1957 Maktab Perguruan Harian (DTC) dan Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang serta Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan. Secara kronologinya, sejarah pendidikan guru sekolah menengah bermula sejak penubuhan Jawatankuasa Barnes dan Fenn-Wu pada tahun 1951, Penyata Razak tahun 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Penyata Abdul Rahman Talib tahun 1960, Akta Pelajaran 1961, Jawatankuasa Kabinet 1974, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 sehingga Jawatankuasa Pendidikan 1981. Seterusnya pada tahun 1987 Akta Pelajaran 1961 telah diadakan semakan semula bertujuan mengkaji semula Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pelajaran 1961 tersebut (Esah Sulaiman, 2003: 146). Bagi melaksanakan dasar pendidikan, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah melatih tenaga pengajar untuk mengajar di peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan
  • 12. menengah atas. Pada tahun 1960, Kementerian Pelajaran telah menubuhkan Bahagian Latihan Guru untuk menyelaraskan program-program di peringkat maktab. Penubuhannya merupakan usaha kerajaan memberi kepentingan kepada pendidikan guru. Pembinaan beberapa buah maktab perguruan membuktikan bahawa betapa pentingnya usaha untuk melahirkan guru-guru yang bertauliah. Hal ini adalah kerana pendidikan guru merupakan satu aspek yang amat penting dalam menentukan kejayaan polisi kerajaan. Sehingga tahun 1963, pendidikan guru bagi guru-guru sekolah menengah telah diadakan di lima buah maktab perguruan iaitu Maktab Perguruan Kirkby di England (1952), Maktab Perguruan Kota Bharu (1954), Maktab Perguruan Briensford Lodge di England (1956), Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (1957) dan Maktab Perguruan Persekutuan Kuala Lumpur (1963). Namun begitu, dengan pembangunan negara yang begitu pesat maka bagi memenuhi tuntutan masyarakat terhadap keperluan pendidikan, sehingga tahun 1986 terdapat sebanyak 29 buah maktab perguruan telah berjaya ditubuhkan oleh kerajaan. Daripada jumlah tersebut terdapat maktab perguruan yang melatih guru-guru untuk mengajar di sekolah rendah dan ada maktab yang hanya melatih guru untuk mengajar di sekolah menengah. Namun begitu, terdapat juga maktab yang melatih guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Sekarang maktab lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) yang memperkenalkan program pendidikan guru pra perkhidmatan bagi sekolah menengah dan sekolah rendah. Terdapat juga beberapa isntitusi pengajian tinggi yang menawarkan bidang pendidikan seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sepanjang mengikuti bidang pendidikan ini para bakal
  • 13. guru akan mempelajari 3 komponen utama iaitu ikhtisas yakni yang berkaitan dengan profesion pendidikan dan keguruan seperti psikologi, sosiologi, falsafah, pedagogi dan sejarah pendidikan. Manakala komponen yang kedua ialah akademik yang mana setiap bakal guru akan mendalami subjek atau mana-mana mata pelajaran yang bakal mereka ajar di sekolah kelak. Di samping itu bakal guru juga akan dibekalkan ilmu tentang kaedah pengajaran, pengajaran mikro, membina bahan pengajaran, dan membina penilaian dan pengukuran bagi sesuatu pengajaran kelak. Komponen yang ketiga pula melibatkan perkembangan diri seseorang calon guru itu. Guru-guru diwajibkan untuk menyertai berbagai-bagai kegiatan kokurikulum bagi membina sahsiah dan perwatakan guru yang berdedikasi, fleksibel dan berhemah tinggi. 5.0 Matlamat Kursus Perguruan Matlamat kursus perguruan adalah untuk menghasilkan insan guru yang berwibawa dalam aspek seperti sahsiah, ilmu pengetahuan, kemahiran ikhtisas, amalan nilai-nilai murni, nilai keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru serta perkembangan teknologi. Setiap guru haruslah mempunyai setiap aspek yang dinyatakan di atas bagi mencapai matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan kepada institusi perguruan di Malaysia. Antara tujuannya adalah untuk mewujudkan guru yang berkualiti dan bersifat profesional serta cekap, yakin dan berhemah tinggi. 6.0 Isu-isu Pensijilan Guru
  • 14. 6.1 Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP) dipinggirkan Menurut Utusan Malaysia ( 3 November 2011) seramai 5000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berdemo untuk mendapatkan jaminan yang sama dengan penempatan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT). Mengapakah suasana ini berlaku kepada tempat yang melahirkan guru-guru yang berkualiti dan bitara? Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia( KPM) telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan sebagai guru di seluruh negara selepas menawarkan peluang mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan guru Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Jadi yang menjadi isu terbesar adalah seramai 7000 pelajar lepasan ISMP belum ditawarkan tempat untuk dipostingkan menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapat pekerjaan yang sesuai menurut Berita Harian (20 Disember 2011) Cadangan yang telah dibincangkan adalah Kementerian Pelajaran hendaklah mengeluarkan unjuran yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah gaduan yang mencukupi. Seterusnya, kerajaan hendaklah memastikan sistem KPLI dan DPLI diperkemas bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi seseorang guru yang bukan sekadar memerlukan kerjaya sahaja. 6.2 Isu Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
  • 15. Terdapat empat isu yang melibatkan guru-guru KPLI dan DPLI ini. Antaranya ialah minat, jalan mudah mencari pekerjaan, penguasaan kemahiran pelajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas dan menolak hak pelajar ISMP yang layak. Bagi isu yang pertama iaitu isu minat, isu ini sentiasa dibangkitkan ialah sama ada calon guru KPLI dan DPLI yang berjaya dipilih adalah benar-benar layak dan ingin menjadi seorang guru. Terdapat sebilangan kecil guru yang memilih profesion perguruan dengan motif peribadi seperti mendapat gaji yang tetap, cuti yang panjang dan pada jangkaan mereka bidang ini mudah serta tidak mencabar. Faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam bentuk kesesuaian jenis personaliti seseorang dengan persekitaran itu merupakan satu faktor yang besar. Apabila jenis personaliti tersebut tidak sepadan dengan persekitarannya, maka berlakulah punca kepada sikap tidak berminat terhadap kerja mahupun perkembangannya ( Holland, 1973). Kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang guru mengenai kejadian burn- out terhadap guru jelas menunjukkan faktor bahawa guru yang seringkali menghadapi masalah ini adalah guru yang kurang berminat sejak dari awal lagi dalam bidang yang diceburi (Wan Mohd Zahid Nordin). Maka, tidak hairanlah hasil kajian Trends In International Mathematics and Science Study ( TIMSS) menunjukkan penurunan dalam pencapaian pelajar Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan (Jabatan Perdana Menteri, 2009) Bagi isu yang kedua pula ialah isu mengenai jalan mudah mencari pekerjaan. Ramai yang menganggap kerjaya perguruan ini merupakan salah satu kerjaya yang diceburi sebagai batu loncatan sahaja. Menurut Daisy Ee (1974) dan Obura (1974), ramai yang memilih kerjaya perguruan ini setelah gagal memasuki bidang-bidang lain dan guru menjadi pilihan mereka yang terakhir. Jadi kebanyakan daripada mereka asalnya gagal bersaing dalam pasaran kerja yang
  • 16. semakin mencabar membuatkan mereka mengambil inisiatif mudah dengan masuk ke dalam bidang pendidikan atas tiket KPLI dan DPLI. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang dilakukan oleh Mahadi Hj. Khalid dan Salehudin Hj. Sabar (2005) yang menunjukkan sebanyak 53.10 peratus pelajar KPLI tiada pilihan lain yang mendorong mereka mengambil Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah. Selain itu, isu yang diketengahkan ialah tahap penguasaan kemahiran palajar KPLI dan DPLI dalam kursus ikhtisas. Penekanan banyak diberikan kepada kursus-kursus ikhtisas pendidikan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus tumpuan kedua kurang diberi penekanan walaupun ianya amat penting bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran kandungan kursus pendidikan teknikal yang menjadi opsyen utama. Keadaan ini akan mendorong Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melahirkan guru-guru pelatih KPLI dan DPLI yang kurang berkemahiran mengajar pedagogi, kurang menguasai bidang pengkhususan dan kurang mahir dalam komunikasi ( Akhbar Utusan Malaysia, 31 Oktober 2004). Seterusnya, isu menolak hak pelajar ISMP yang layak. Kewujudan guru-guru lepasan KPLI dan DPLI sedikit sebanyak telah mengganggu penempatan guru-guru lepasan ijazah pendidikan. Hal ini adalah guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini merupakan pelajar tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Guru-guru lepasan KPLI dan DPLI ini dijamin penempatannya dan ditempatkan terlebih dahulu kemudian sekiranya ada kekosongan guru-guru lepasan ijazah pendidikan pula yang akan diserap. Ini sekaligus akan meningkatkan pengangguran negara. Tujuan utama pelaksanaan KPLI dan DPLI sebelum ini adalah untuk menampung kekurangan guru lepasan pengajian pendidikan namun situasi yang berlaku kini menjadi sebaliknya.
  • 17. Kesan-kesan daripada isu-isu yag disebutkan adalah dengan adanya pengangguran pelajar ISMP maka ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara. Di samping itu, ia tidak dapat memartabatkan profesion perguruan maka akan lahirlah modal insan yang tidak berkualiti. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah untuk individu itu sendiri hendaklah menceburi bidang pendidikan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini dan sanggup berkorban demi kepentingan pendidikan anak bangsa. Kemudian bagi kerajaan pula, KPLI dan DPLI hendaklah dibuka hanya apabila ada keperluan bagi menampung kekosongan yang dilakukan oleh pelajar ISMP. Seterusnya pemilihan dan kelayakan permohonan untuk masuk ke dalam profesion perguruan perlu diperhalusi dan diperketatkan. 6.3 Isu Guru Luar Bidang Sehingga hari ini, isu ini masih tidak dapat diselesaikan dan menjadi satu masalah yang semakin menular di setiap sekolah di seluruh negara. Guru luar bidang bermaksud guru yang tidak mempunyai kelayakan sijil atau major dalam mata pelajaran yang diajar. Guru ini dikehendaki mengajar subjek bukan bidang setelah mendapat penempatan. Penempatan mereka mengikut kekosongan guru subjek yang terlibat. Bekas Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan sebagai reaksi kepada rungutan bahawa berlaku masalah kekurangan guru di negara ini; di sebaliknya beliau melaporkan terdapat lebihan 6000 guru (Penempatanguru tidak seimbang, 2006). Beliau dilaporkan memberitahu bahawa lebihan itu berpunca daripada pengagihan penempatan guru yang tidak seimbang (mismatch): kawasan bandar mempunyai terlalu ramai guru sementara kawasan luar bandar tidak mempunyai guru yang mencukupi. Pelbagai kajian yang menunjukkan isu guru luar bidang ini
  • 18. mempengaruhi profesion perguruan. Guru luar bidang ini sama juga dengan guru bukan opsyen. Kenapa isu guru luar bidang ini timbul dan tiada jalan penyelesaian hingga kini?. Pendidikan di negara ini adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang modal insan dan seimbang. Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan telah merangka beberapa strategi termasuklah melahirkan graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Pendidikan Guru Awam. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan guru yang berilmu, berkualiti dan bertanggungjawab untuk melaksanakan kurikulum yang telah digubal. Terdapat juga masalah yang melanda di mana- mana sekolah satu daerah, di mana terdapat beberapa sekolah masih mengalami masalah kekurangan guru dan guru subjek tertentu, sehingga menyebabkan guru bukan opsyen diminta memikul tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran yang bukan pakar mereka. Hal ini akan memberikan kesan terhadap pelajar kerana guru tidak dapat mengajar dengan sebaiknya serta menyampaikan ilmu pengetahuan dengan sepenuhnya dan berkesan. Guru-guru ini terpaksa akur dengan arahan dan perintah pihak sekolah dan pentadbir untuk menggantikan tempat guru yang kekosongan tanpa memikirkan akibat pada masa hadapan. Satu situasi pasti akan berlaku, ‘pelajar dahagakan ilmu, guru terkejar-kejar mempelajari ilmu terbabit’. Situasi lain juga turut dialami apabila seorang pelajar bertanya mengenai satu soalan, kemudian guru tidak tahu akan jawapannya. Oleh itu, guru akan menjawab “Kita simpan dulu, esok-esok kita bincang” atau pun “Soalan ini sudah berada di luar pengetahuan awak, tidak perlu tahu pun “ . Terdapat juga situasi di mana guru bukan opsyen mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik, guru tersebut tidak mengkaji tahap pencapaian para pelajar yang mana berkemungkinan terdapat pelajar yang bijak dalam subjek tersebut. Akhirnya guru yang akan belajar daripada pelajar tersebut. Keadaan ini bukan saja mengaibkan guru berkenaan, malah menjatuhkan kredibiliti guru untuk menjadi penyampai ilmu dan pelaksana kurikulum yang berkesan. Apakah IPT di negara ini gagal
  • 19. memenuhi keperluan guru di negara ini?. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menggubal pelaksanaan kurikulum yang berkaitan kreadibiliti serta kualiti guru yang dapat meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Sehingga hari ini guru-guru yang baru menamatkan pengajian tidak ditempatkan di atas landasan yang sebenar dan khidmat guru GSTT masih diperlukan. Mungkin masalah ini berpunca daripada pengurusan data di sekolah dan mungkin kurangnya pemantauan terhadap isu ini dari pihak yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya hal ini tidak dipantau dan diselesaikan, ramai guru yang akur untuk mengajar subjek bukan opsyen, kerana mereka terikat dengan jolokan “Saya yang menurut perintah”. Walaubagaimanapun, guru tersebut boleh mengisi kekosongan dan keperluan mata pelajaran itu, tetapi mungkin gagal menyampaikan sesuatu ilmu itu dengan berkesan. Terdapat kajian dari luar Negara dan juga di Malaysia mengenai isu guru luar bidang ini. Berdasarkan kajian di luar negara, menurut Ingersoll (20011) iaitu guru terutamanya yang mengajar di sekolah menengah hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan dan latihan dalam mata pelajaran yang mereka ajar disekolah. Setiap guru perlu mengajar bidang yang Rajah 1 : Pengkhususan guru yang mengajar subjek Matematik
  • 20. mereka pakar untuk menyampaikan pengetahuan dalam bidang tersebut dengan sepenuhnya serta dapat mencapai matlamat dengan berkesan. Selain itu, terdapat juga kajian di Malaysia yang menyatakan Matematik adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah menengah yang diajar oleh guru pelbagai bidang (Intensification of Research in Priority Areas , 2003-2005). Analisis data di atas menunjukkan 41% (18 orang) daripada 42 orang guru mengajar mata pelajaran pengkhususan Matematik sementara yang selebihnya iaitu 59% (24 orang) bukan berpengkhususan Matematik. Menurut data ini juga menunjukkan hanya 27% (5 orang) daripada 17 orang guru yang didapati mengajar mata pelajaran ini mempunyai pengkhususan dalam bidang Sejarah; 73% (12 orang) lagi terdiri daripada guru yang pengkhususan pertama mereka merangkumi pelbagai bidang yang tidak berkaitan. Rajah 1 menunjukkan 10% (2 orang) daripada mereka terdiri daripada guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang Geografi, masing-masing 11% (2 orang) dalam bidang Ekonomi, Bimbingan dan Kaunseling, dan Sastera Melayu, manakala masing-masing seorang (6%) berlatarbelakangkan Perakaunan, Biologi, Bahasa Melayu, Sains Sukan dan Sains Politik. Hal ini, menunjukkan kadar ketidaksepadanan bidang yang tinggi dibimbangi akan mempengaruhi dan memberikan kesan secara langsung terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesannya kepada guru, guru tidak dapat mengajar dengan berkualiti dan berkesan. Disebabkan kandungan isi pelajaran yang tidak lengkap untuk mengajar subjek tersebut. Guru ini hanya pakar dalam bidang pengkhususannya sahaja. Semestinya apabila , guru tersebut dapat mengajar bidang pengkhususannya tiada lagi masalah guru menghadapi kesukaran untuk menyampaikan ilmu pengetahuan yang berguna dan berkualiti. Hal ini, menyebabkan guru merasa tertekan kernan mereka perlu belajr mengenai subjek yang bukan bidang mereka. Mereka menganggap ia satu bebanan tugas bukannya sebagai satu tanggunggjawab. Seterusnya, guru
  • 21. akan menjadi malas untuk belajar mengenai subjek bukan opsyen dan mengajar pelajar dengan pengetahuan yan sedia ada sahaja tanpa menjana idea pelajar. Justeru, ia membuktikan guru kurang berkeyakinan, kompetensi dan komited dalam pengajaran. Kesan kepada pelajar pula, pelajar merasa bosan dengan isi pengajaran guru. Guru tidak menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar. Hal ini kerana, guru tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan. Manakala pelajar pula merasa tidak yakin dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Seterusnya, ia akan melibatkan prestasi pelajar dalam subjek Matematik yang mengakibatkan keputusan peperiksaan subjek Matematik tidak memuaskan. Disebabkan itu, pelajar menganggap mata pelajaran Matematik susah disebabkan tidak boleh menguasai subjek Matematik dengan sepenuhnya. Perkara yang paling merugikan, pelajar akan hilang minat terhadap Matematik. Langkah untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu mengkaji semula penempatan guru mengikut opsyen untuk mengelakkan lebihan guru di sesebuah sekolah. Sekiranya terdapat guru yang bukan opsyen, berikan keadilan dan keutamaan terhadap bidang pengkhususannya. Selain itu, untuk mengelakkan masalah graduan guru daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengalami masalah pengangguran, unjuran kekosongan penempatan guru perlu mendapat kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan IPT. Satu lagi usaha yang dilakukan kerajaan perlu dikaji semula umur persaraan bagi pegawai kerajaan untuk memberikan peluang kepada guru yang baru. 6.4 Isu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
  • 22. Pada masa kini, hangat dengan isu guru sandaran tidak terlatih (GSTT) ini diserap menjadi guru tetap melalui program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). Guru sandaran tidak terlatih merupakan individu yang berminat untuk menjadi guru tetapi tidak mempunyai sebarang sijil dan kelayakan seperti diploma atau ijazah yang berkaitan dengan perguruan. Mereka Tertakluk dibawah kontrak tertentu dan boleh ditamatkan tempoh perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPM. Isu ini telah menggugat kedudukan graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dalam bidang pendidikan selama empat tahun. Hal ini, tidak adil bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pemdidikan (ISMP) kerana tempoh pelaksanaan kursus DPLI hamya dalam masa yang singkat iaitu satu tahun setengah sahaja. Sebaliknya bagi graduan ISMP mengambil masa yang lama bagi menamatkan pengajian. Di petik daripada Rancangan Malaysia Ke-10 dalam “Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia” satu usaha dilaksanakan iaitu Penghapusan Jaminan Penempatan Guru Pelatih. Usaha ini bertujuan memastikan penetapan keperluan kualiti minimum bagi guru baru. Pada masa kini, guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin perlantikan mereka sebagai guru tanpa mengambil kira tentang prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan ini. Oleh itu, hanya guru pelatih yang memperolehi pencapaian dan prestasi yang terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Usaha yang kedua adalah peralihan kepada “Sistem Terbuka” dalam Latihan Guru. Pelaksanaan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Hal ini, dapat merapatkan jurang antara guru pelatih IPG dan IPTA dengan graduan IPTS bagi bersaing untuk mendapatkan jawatan guru. Usaha ini akan meliberalisasikan sistem latihan guru dan beralih kepada “sistem terbuka” bagi menambah sumber guru pelatih. Dengan penambahan ini, lebih ramai lagi guru pelatih yang cemerlang
  • 23. dapat dilantik sebagai guru di sekolah rendah dan menengah. Selain itu, dapat meningkatkan persaingan dalam kalangan guru pelatih dan menambah baik kualiti sistem pendidikan negara secara keseluruhannya. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai 2011. Bilangan ini tidak termasuk sebanyak 2,153 orang yang melapor diri selepas menerima surat perlantikan. Syarat-syarat lantikan berdasarkan syarat berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan berkhidmat tidak kurang dari dua tahun sehingga akhir tahun lalu. Mereka perlu menerima syarat penempatan yang tidak tertakluk kepada opsyen atau asal dan lokasi yang dipohon. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan, keutamaan telah diberikan untuk menyokong pelaksanaan dasar-dasar baru KPM, iaitu Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Penilaian Berasaskan Sekolah. Selain itu, kaedah perlantikan yang dilaksanakan adalah berdasarkan contract for service berbanding dahulunya contract of service. Contract for service bermaksud satu perjanjian untuk menyediakan perkhidmatan kepada sesorang atau sekumpulan orang. Individu yang menyediakan perkhidmatan adalah bebas daripada apa-apa kawalan dan pemantauan oleh orang atau kumpulan yang menerima perkhidmatan. Tujuannya adalah untuk menampung keperluan semula GSTT di bawah program “one-off” .contract of service pula bermaksud seseorang bersetuju untuk mengambil seseorang bekerja sebagai seorang pekerja dan seseorang bersetuju untuk berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja. Tujuannya adalah mengisi kekosongan jawatan sehingga sekolah menerima bekalan guru terlatih. Kaedah pembayaran elaun adalah berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 2007 bagi perlantikan
  • 24. secara contract of service. Bagi kaedah contract for service gaji dibayar berdasarkan gred jawatan misalnya Gred 41 sebanyak RM 2,331, Gred 29 sebanyak RM 1,610 dan Gred 17 sebanyak RM 1,200 sebulan. Seterusnya, bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah, Iatihan selama 18 bulan akan dilaksanakan di IPG iaitu program DPLI dan KPLI manakala bagi yang tidak mempunyai ijazah akan mengikuti latihan di IPTA selama 66 bulan di bawah program ljazah Sarjana Muda Pendidikan. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, seramai 13,000 GSTT akan diserap sebagai guru tetap di sekolah kerajaan. Beliau berkata "Namun mereka perlu memenuhi syarat yang ditetapkan iaitu pernah berkhidmat sebagai GSTT selama dua tahun berturut-turut dan umur mereka tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010," . Mereka ditawarkan kursus DPLI bagi melayakkan diri untuk jawatan yang tetap tanpa melanjutkan sebarang kontrak. Oleh itu, mereka dihantar ke IPG dan IPTA diseluruh negara untuk menyambung pengajian dalam bidang pendidikan. Penyerapan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan sumbangan GSTT yang telah berkhidmat melebihi 2 tahun di sekolah-sekolah KPM. Perkara ini amat tidak adil kepada graduan ISMP kerana mereka mempunyai hak yang utama dalam penempatan guru tetap. Selain itu, mereka juga perlu bersedia untuk ditempatkan di kawasan yang kekosongan di seluruh negara. Isu guru sandaran tidak terlatih ini memberikan kesan yang sangat mendalam terhadap graduan ISMP di mana menggugat kedudukan siswazah dari ISMP dan IPG yang baru menamatkan pengajian. Mereka mempunyai masalah untuk penempatan di sekolah. Ia juga telah mencabar kreadibiliti mahasiswa yang menceburi bidang pendidikan. Masalah ini berterusan sehingga berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan guru yang mana graduan ISMP terpaksa menjadi guru ganti sahaja di sekolah. Kelemahan guru sandaran tidak terlatih ini,
  • 25. sesetengah daripada mereka kurang pengetahuan dalam isi pengajaran dan pedagogi. Segelintir juga yang tiada langsung pengetahuan mengenai pedagogi dalam pengajaran. Hal ini dapat mempengaruhi pengajaran guru sandaran tidak terlatih di sekolah. Mereka hanya mengajar mengikut pengetahuan sendiri tanpa berpandukan kemahiran dan teknik yang sepatutnya diterap dan diguna pakai. Selain itu, terdapat juga segelintir GSTT yang mempunyai masalah disiplin dan juga sahsiah yang kurang memuaskan kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang etika perguruan. Langkah untuk mengatasi masalah ini, kerajaan perlu menyediakan latihan yang mencukupi kepada GSTT untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan. Latihan yang sedia ada sekarang tidak cukup untuk menjadikan mereka seorang guru yang ccemerlang dan berkualiti. Seterusnya, meningkatkan jangka masa untuk latihan perguruan bagi GSTT supaya lebih mahir dalam bidang pendidikan. Bak kata pepatah “ sikit-sikit, lama-lama, jadi bukit”, di mana pengalaman yang kita kumpul dari masa ke semasa, akan menjadi banyak dalam jangka masa yang lama. Akhir sekali, kerajaan perlu adil dalam mengisi penempatan bagi GSTT dan GST supaya kerajaan tidak rugi dalam membiayai pengajian graduan ISMP selama empat tahun tanpa memberikan keutamaan terhadap mereka berbanding GSTT. 6.5 Isu Guru Interim Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis
  • 26. sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in. Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang tetap. 7.0 Kesimpulan Profesion perguruan adalah satu bidang yang amat mulia dan dipandang tinggi. Masyarakat tidak perlu pandang rendah terhadap jasa guru yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan dan mengerah tenaga untuk melahirkan pewaris ketua negara untuk masa
  • 27. hadapan. Bagi meningkat dan memartabatkan profesion perguruan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting untuk menangani isu kelayakan guru. Ianya, bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat menepati saranan KPM supaya mencapai matlamat yang produktif dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.". Saya amat tidak bersetuju sekiranya mayarakat menganggap profesion perguruan ini sebagai kerjaya terakhir untuk diceburi. Masyarakat harus buka mata dan minda untuk menilai bebanan yang ditanggung oleh seorang guru dalam mendidikan anak bangsa dan negara.
  • 28. 8.0 Rujukan Definisi guru ( 1996). Diperoleh pada 26 April 2012 daripada http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saifo.pdf Bilangan Guru Di Malaysia (2012). Diperoleh pada 24 April 2012 daripada http://www.moe.gov.my/?id=1&lang=my Aini Hassan Wan Hasmah Wan Mamat. Mengajar Diluar Bidang Pengkhususan : Sejauh Manakah Seriusnya Masalah Ini Di Malaysia?. Jurnal Pendidikn 2007. Jilid 27. Haika Khazi (2011). 7,079 GSTT Ke Jawatan Tetap. Berita Harian Online. Diperoleh pada 3 Mei 2012 daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/7_079GSTTkejawatantetap/Article/index_html 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih Diserap. Berita Harian Online. Diperolehi pada 5 Mei 2012 daripada http://www.bharian.com.my/articles/13_000gurusandarantidakterlatihdiserap/Article/ Pensijilan guru (2012). Diperolehi pada 12 April 2010 daripada http://www.slideshare.net/hudaliciouss/pensijilan-guru Lantikan Semula Guru Sandaran Tidak Terlatih (2011). Blog Rasmi Kemeterian Pelajaran Malaysia. Diperolehi pada 27 April 2012 daripada http://buletinkpm.blogspot.com/2011/09/lantikan-semula-guru-sandaran-tidak.html