1. BUDAYA LEPAK
Zaman remaja adalah suatu jangkamasa yang sangat berharga bagi setiap daripada kita.
Pelbagai cabaran dankeghairahan yang menanti kita sewaktu kita melalui proses evolusi umur
antara zaman kanak-kanak dan dewasa. Jesteru ,usia remaja bukanlah suatu tiket untuk kita
mengabaikan tanggungjawab samada terhadap diri,keluarga,lebih-lebih lagi agama.Banyak
kejanggalan perilaku yang dikaitkan dengan kehidupan remaja kita. Antara penyakit sosial yang
seringdiperkatakan sejak sekian lama ialah budaya lepak. Gejala ini seolah-olah telah menjadi
lumrah,dan kita dapat melihatremaja kita berpeleseran dipusat-pusat membeli belah, pusat-pusat
hiburan, panggung wayang dan sebagainya.Secara purata remaja di negara kita membazirkan
masa mereka kira-kira 16.3 jam seminggu atai kira-kira 847.6 jamsebulan.Biar apapun yang
diperkatakan oleh semua pihak berkaitan dengan soal ini, namun yang pasti gejala ini terus
berlarutan Dalam hal ini, tindakan kita menuding jari terhadap golongan remaja dengan
menyalahkan mereka adalah suatutindakan yang tidak resional. Sebenarnya jika diperhalusi
banyak faktor yang membantu kepada berkembang suburnya budaya lepak ini. Faktor
persekitaran contohnya keadaan fizikal rumah yang sempit serta hubungan kekeluargaanyang
rapuh mendorong remaja kita keluar rumah dengan alasan mencari ketenangan. Ditambah
dengan pengaruhrakan-rakan serta pelbagai bentuk hiburan yang sedia menunggu di luar rumah,
jesteru itu tidak menghairankan jika iamendorong remaja kita terlibat dalam aktiviti
tersebut.Disamping itu faktor ketandusan ilmu agama di kalangan remaja juga dilihat sebagai
elemen yang bertanggungjawabmenyuburkan budaya ini. Hal sedemikian tidak menghairankan
kerana ramai di kalangan ibubapa hari ini yang gagalmemberikan didikan agama yang terbaik
buat anak-anak mereka. Kegagalan ibubapa memainkan peranan merekamenjadikan golongan
remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Mereka merasa jiwa
merekakosong dan terbiar, lalu mereka memilih jalan mudah untuk melarikan diri dari kemelut
yang dihadapi.Masalah lepak juga menjadi pemangkin kepada penyuburan pelbagai penyakit
sosial yang sedang kita hadapi sekarang.Statistik memperlihatkan peningkatan jumlah golongan
muda yang terjebak dalam kebejatan sosial dari tahun ke tahun.Gejala-gejala ini tidak sekadar
menyerang mereka yang tinggal di bandar-bandar, malah turut merebak ke kawasankampung
dan juga kawasan Felda.
Rujuk statistik di bawah:
1.13% - kes buang bayi
40% - menonton bahan lucah
16% - judi
70% - merokok
14% - Penyalahgunaan dadah
25% - minuman keras
18 % - seks bebas
Berdasarkan kajian yang dilakukan, umumnya mereka yang terlibat dalam gejala melepak ini
terdiri daripadagolongan yang lemah pelajaran dan kerjaya. Mereka ini mempunyai ikatan yang
kukuh dengan rakan sebaya yangterlibat dalam aktiviti ini. Golongan ini memandang mudah soal
tanggungjawad terhadap diri,keluarga, agama danmasyarakat. Apa yag malang,mereka seolah-
olah tiada cita-cita yang keinginan merancang kejayaan hidup mereka pada masa
mendatang.Hiburan adalah menifestasi mereka untuk melepaskan diri dan fikiran dari soal-soal
kehidupan.Tekanan yang diberikan oleh masyarakat ke atas mereka memungkinkan golongan ini
memberontak kerana engganmenerima sesuatu yang berbentuk paksaan.Sebenarnya apa yang
berlaku menuntut penyertaan semua masyarakat tanpa mengira status sosial mereka.Sebagai
asetremaja untuk meneruskan kelangsungan pembangunan negara,perlu bagi kita memastikan
golongan berada pada landasan yang sebenar dalam hidup mereka.Menjelang 2020, 42.7
peratus rakyat Malaysia adalah terdiri daripadamereka yang berumur 13 hingga 39 tahun.
Golongan ini dilihat sebagai berpotensi untuk terlibat dalam pelbagai kebejatan sosial. Pada
1995,kira-kira 7300 orang disahkan positif dengan HIV.Pada 1994 pula,kira-kira 325 remaja
2. perempuan dilapurkan terlibat denga maksiat dan jumlah ini meningkat secara mendadak kepada
8509 pada 1995 yang lalu.Sekiranya perkara ini berterusan,pastinya ia melumpuhkan institusi
keluarga dan masyarakat pada masa akan datang Program pencegahan dan pemulihan perlu
dilakukan secara terancang dan digerakkan dengan lebih efektif lagi. Semua pihak harus
memainkan peranan mereka samada secara individu,lebih-lebih lagi secara
individu,keluarga,masyarakat bahkan institusi yang ditubuhkan khusus bersepakat dalam
menangani masalah ini. Sekarang bukanlah masa untuk menghasilkan slogan yang muluk-muluk
atau menuding jari mencari kesalahan orang lain. Sebaliknya sekarang adalah masa untuk
bekerja mencari penyelesaian terhadp soal ini. Ada baiknya mencegah sebelum penyakit ini
menjadi barah masyarakat yang sukar untuk disembuhkan. Namun semua usaha yang dijalankan
ini tidak akan lengkap dan berjaya sekiranya individu itu sendiri tidak mahu berubah. Tidak
dinafikan zaman remaja adalah suatu zaman yang serba indah dan menarik. Namun adalah tidak
wajar untuk kita meracuni zaman yang seketika itu dengan aktiviti-aktiviti yang menjerumuskan
kita ke lembah yangmenghancurkan. Dalam hal ini,apa yang penting perlunya kita
bermuhasabah diri dan menginsafi diri dengan keterlanjuran yang berlaku.
Rujukan : Majalah Siti , Bil 4 , Ogos 2001/Jamidulawal 1422