SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Allah tak pernah janji..bercinta akan berakhir ke jinjang pelamin..
Allah tak pernah janji..orang yang kahwin akan dapat anak..
Allah tak pernah janji..orang yang kerja siang malam akan jadi kaya..
TAPI..
Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..!
Siapa yang jaga SOLAT,maka dia adalah orang yang BERJAYA.
Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat KESEMPITAN HIDUP di dunia.
Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat SEKSA KUBUR.
Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan beri BUKU AMAL dengan tangan kanan.
Siapa jaga SOLAT,maka dia akan dapat lintas TITIAN SIRAT dengan sepantas kilat.
Siapa jaga SOLAT,maka dia akan masuk SYURGA tanpa hisab.Lalu...
Janji apakah yang lebih baik dari ini?
Posted by mama ain at 6:53 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Selasa, 18 Jun 2013
Kisah lelaki yang memiliki empat isteri
Yang pertama - Sudah berusia, terlalu jarang diberi perhatian. Kadang-kadang langsung tidak
dipeduli.
Yang kedua - Masih cantik, masih diberi perhatian.
Yang ketiga - Cantik, sentiasa diberi perhatian.
Yang keempat - Paling cantik dan menawan, sentiasa disanjung serta diutamakan, diberikan
lebih perhatian.
Waktu terus berlalu, tibalah saat lelaki tersebut untuk meninggalkan dunia. Lalu dipanggillah
keempat-empat isterinya.
Dipanggil isteri yang keempat, isteri yang paling disayanginya dan ditanya.. " Mahukah kamu
mengikutiku dan menemaniku ke alam kubur?" Si isteri menjawab.. "Sorry, sampai di sini saja
saya bersama kamu."
Dipanggil pula isteri yang ketiga dan bertanya hal yang sama, si isteri menjawab... "Sorry, saya
boleh menemani kamu tapi hanya sebentar saja."
Kemudian dipanggil isteri yang kedua dan ditanya lagi hal sama, isteri tersebut menjawab...
"Baik, saya akan menemani kamu tapi hanya sampai diliang kubur,setelah itu good bye.."
Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu, tapi inilah kehidupan menjelang kematian...
Dan akhir sekali dipanggil isteri yang pertama dan ditanya juga hal yang sama, lalu isteri
pertama menjawab... "Saya akan menemani kamu ke manapun kamu pergi dan sentiasa
mendampingi kamu." Si suami tak menduga isteri yang pertama akan memberi jawapan yang
sebegitu.
Tahukah anda apa dan siapa isteri pertama hingga keempat itu?
Isteri keempat - adalah 'harta dan kekayaan'. Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita
hembuskan nafas terakhir.
Isteri yang ketiga - adalah 'teman-teman' kita. Mereka akan hanya menziarahi dan menghantar
jasad kita hanya sampai di saat disemayamkan.
Isteri yang kedua - adalah 'keluarga'. Saudara mara dan teman terdekat. Mereka akan menghantar
kita sampai dikubur, setelah mayat kita di masukkan kedalam kubur dan ditutupi dengan tanah,
mereka akan meninggalkan kita.
Isteri yang pertama - adalah 'amalan kita' selama kita hidup di dunia. Kerana apa yang kita
taburkan, itulah yang akan dituai. Bekalan untuk dibawa kesana.
Berbuatlah banyak kebaikan selama kita masih hidup di dunia ini agar nanti kita dapat memiliki
bekal untuk dibawa kesana apabila sudah tiba waktunya nanti..
Posted by mama ain at 8:05 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Isnin, 17 Jun 2013
Teruntuk kamu, Muslimah...
Teruntuk kamu, muslimah yang masih " sendiri..."
Cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang,
tanpa diduga ia datang menghampiri.
Cinta boleh membahagiakan tapi sering pula menyakiti, itu hakikat sebuah percintaan. Tapi cinta
itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang layak menerimanya.
Jadi usah terburu-buru membuat pilihan, tenang-tenang dan pilihlah yang terbaik.
Teruntuk kamu, muslimah yang masih ragu dengan pernikahan...
Cinta, tak perlu menuntut yang sempurna,sebab padamu juga kelemahan itu selalu ada tetapi
carilah seseorang yang dapat menyempurnakan dirimu dan saling melengkapi.
Teruntuk kamu, muslimah yang telah berkahwin...
Kalau cinta jangan katakan " Ini salahmu!" tapi "Maafkan aku ya!" Jangan juga katakan "Kau di
mana?" melainkan "Aku di sini, kenapa?" bukan "Mengapa kamu jadi begitu?" tapi "Aku
mengerti..." dan juga bukan "Seandainya kau..." akan tetapi "Terima kasih ya.."
Teruntuk kamu, muslimah yang sedang bertunang...
Ukuran sama ada anda pasangan sesuai bukanlah berapa lamanya waktu yang kalian habiskan
bersama, melainkan betapa baiknya kebersamaan anda berdua.
Teruntuk kamu, muslimah yang patah hatinya...
Sakit patah hati.. Jangan leburkan mimpi, jangan tersungkur mati dan jangan terus terdampar
sepi. Mungkin dia bukan tercipta untukmu. Bangkitlah, apa yang terjadi boleh diambil sebagai
pelajaran dan ada hikmah disebaliknya.. Percayalah Allah tak pernah mengambil apa yang kita
sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik.
Teruntuk kamu, muslimah yang belum berpunya...
Hatimu mungkin tertanya-tanya, bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah tapi jangan
sampai terjerumus. Cinta tak seharus memiliki dan bila bercinta jangan serahkan seluruh hatimu
simpanlah sedikit untukmu, seandainya terputus di pertengahan jalan kau masih punya kekuatan
untuk bangkit kembali. Bersiap-siaplah untuk terluka tapi jangan kau simpan rasa sakitmu jika
itu benar-benar kau alami.
Imam Ibnu Qayyim berkata:
" Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauh dari
cinta-Nya. "
Posted by mama ain at 10:01 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Sabtu, 15 Jun 2013
Kata-kata hikmat SALAHUDIN AL-AYUBI ( Penakluk Mesir dan pembebas
Palestin )
Saya minta KEKUATAN dan
Allah berikan saya KESULITAN
untuk membuatkan saya KUAT.
Saya minta KEMAKMURAN dan
Allah memberikan saya FAKULTI
dan TENAGA untuk bekerja.
Saya bertanya tentang
KEBIJAKSANAAN dan Allah
memberikan saya MASALAH
untuk diselesaikan.
Saya minta KEBERANIAN
dan Dia memberikan saya
BAHAYA untuk diatasi.
Saya meminta CINTA dan Dia
memberikan saya orang-orang
yang bermasalah untuk dibantu.
Saya meminta NIKMAT dan
Dia memberikan saya PELUANG.
Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk
diri saya tapi saya MENERIMA
semua yang saya perlukan.
Posted by mama ain at 8:06 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Selasa, 11 Jun 2013
TAUBATKU..
Sebagai manusia biasa kita takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Sama ada
dalam keadaan sedar atau tidak kerana terleka dengan keindahan dunia yang hanya sementara.
Pernahkah kita terfikir suatu masa kita akan dijemput ke sana dan kita sendiri tidak tahu bila kan
tiba masanya, apa bekal yang akan kita ada untuk di bawa ke sana?
Segala-galanya di dalam tangan kita, samaada untuk terus membutakan hati dan bergelumangan
dengan dosa ataupun segera bertaubat memohon keampunan-Nya. Ada yang berkata belum
sampai seru, tapi bila? Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar
mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah.
Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana
sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
EREN-TAUBATKU
Dalam kesendirianku
Dalam keputus asaku
Dalam penyesalan
Dalam pertaubatanku
Di tengah kedinginan malam
Di atas sejadah yang terbentang
Ku bertafakur bersujud berzikir
PadaMu ya Rabbi
Pesona malam yang dihiasi
Cahaya bulan dan bintang
Menemani kesendirianku
MenghadapMu Ya Rabbi
Aku bersimpuh di hadapanMU
Yang Maha mendengar dan melihat
Semua rintihan hati hamba
Dan kerisauan hati ini
Aku ingin bertaubat kepadaMu
Kembali jadi hambaMu yang beriman
Ya Allah yang Maha pengampun
Maha penyayang
Bagi umatNya yang bertaubat..
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat
kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang
mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan
buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan
syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang
demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan
keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah
cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa.
Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf
dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam
sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang
disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan
setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua
atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu.
Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah
benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan
jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah
Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis
baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu
Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya
tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku
ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai
Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu
melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan
menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia
melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah
dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan
yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa
yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan
Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau
jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat
al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
Posted by mama ain at 10:35 PTG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Ahad, 2 Jun 2013
Antara waktu-waktu doa mustajab
Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan
kesempatan untuk berdoa di waktu itu.
1. Waktu sepertiga malam yang akhir
Sesungguhnya Rasulullah bersabda:
“Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya
berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan
sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari
dan Muslim)
2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR
Ibnu Majah)
3. Doa selepas solat fardhu
“Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.” (HR Al-Tirmizi)
4. Doa di dalam sujud
“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat
untuk dikabulkan.” (HR Muslim)
“Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah
berdoa.” ( HR Muslim )
5. Sesaat pada hari Jumaat
“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba
muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya,
beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” (HR Bukhari dan Muslim)
6. Ketika Lailatulqadar
Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab
Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia
. Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-
Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )
7. Ketika Hari Arafah
Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapanya dari datuknya bahawasanya Nabi
Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)
8. Doa antara Azan dan Iqamah
“Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
9. Ketika Hujan
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang
ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di
awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

More Related Content

What's hot

10 dosa besar dan cara bertaubat
10 dosa besar dan cara bertaubat10 dosa besar dan cara bertaubat
10 dosa besar dan cara bertaubatHIMAKA
 
Kamu sentiasa layak diuji
Kamu sentiasa layak diujiKamu sentiasa layak diuji
Kamu sentiasa layak diujimohdamirudin
 
Aku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaAku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaDeddy Sussantho
 
Renungan Untuk Bidadari Dunia
Renungan Untuk Bidadari DuniaRenungan Untuk Bidadari Dunia
Renungan Untuk Bidadari DuniaMicrosoft
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahImach Zubair
 
Sebuah renungan (aku & surga)
Sebuah renungan (aku & surga)Sebuah renungan (aku & surga)
Sebuah renungan (aku & surga)Sirajuddin Putra
 
Nikmat allah syukurilah dan ujian
Nikmat allah syukurilah dan ujianNikmat allah syukurilah dan ujian
Nikmat allah syukurilah dan ujianHelmon Chan
 
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul sawKetika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul sawRiesky Ferdian
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)guruTika
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaAku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaDian Putriyana
 
Aku dan surga
Aku dan surgaAku dan surga
Aku dan surgatejowati
 
Fadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahFadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahamat sapri
 
Fadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahFadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahamat sapri
 
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allahOperator Warnet Vast Raha
 

What's hot (19)

10 dosa besar dan cara bertaubat
10 dosa besar dan cara bertaubat10 dosa besar dan cara bertaubat
10 dosa besar dan cara bertaubat
 
Kamu sentiasa layak diuji
Kamu sentiasa layak diujiKamu sentiasa layak diuji
Kamu sentiasa layak diuji
 
Aku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surgaAku tidak lebih dulu ke surga
Aku tidak lebih dulu ke surga
 
Renungan Untuk Bidadari Dunia
Renungan Untuk Bidadari DuniaRenungan Untuk Bidadari Dunia
Renungan Untuk Bidadari Dunia
 
Cerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimahCerpen karya nur rochimah
Cerpen karya nur rochimah
 
Ketika derita mengabadikan cinta
Ketika derita mengabadikan cintaKetika derita mengabadikan cinta
Ketika derita mengabadikan cinta
 
Sebuah renungan (aku & surga)
Sebuah renungan (aku & surga)Sebuah renungan (aku & surga)
Sebuah renungan (aku & surga)
 
Nikmat allah syukurilah dan ujian
Nikmat allah syukurilah dan ujianNikmat allah syukurilah dan ujian
Nikmat allah syukurilah dan ujian
 
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul sawKetika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
Ketika iblis terpaksa bertamu kepada rasul saw
 
tajwid
tajwidtajwid
tajwid
 
Lirik Lagu
Lirik LaguLirik Lagu
Lirik Lagu
 
Renungan Kalbu
Renungan KalbuRenungan Kalbu
Renungan Kalbu
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga(1)
 
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surgaAku tidak-lebih-dulu-ke-surga
Aku tidak-lebih-dulu-ke-surga
 
Aku dan surga
Aku dan surgaAku dan surga
Aku dan surga
 
Fadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahFadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehah
 
Kehidupan dan kematian
Kehidupan dan kematianKehidupan dan kematian
Kehidupan dan kematian
 
Fadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehahFadhilah wanita sholehah
Fadhilah wanita sholehah
 
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah
18505831 tiada-yang-lebih-menerima-taubat-melainkan-allah
 

Similar to Solat Jaminan Kejayaan & Kebahagiaan

Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik muAlloh maha besar dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik muYuni Ridaning Wahyu
 
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^Yuni Ridaning Wahyu
 
Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3ahmad sultoni
 
Kata hikmah 1
Kata hikmah 1Kata hikmah 1
Kata hikmah 1kurie1980
 
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"Haris Yuniarsa
 
SURAT CINTA UNTUK ALLAH
SURAT CINTA UNTUK ALLAHSURAT CINTA UNTUK ALLAH
SURAT CINTA UNTUK ALLAHPLANETPINTAR
 
Hadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyHadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyazharichairul
 
Aku tinggalkan cintaku kerana allah
Aku tinggalkan cintaku kerana allahAku tinggalkan cintaku kerana allah
Aku tinggalkan cintaku kerana allahDinar Sarajuddin
 
Menahan rasa ingin maksiat
Menahan rasa ingin maksiatMenahan rasa ingin maksiat
Menahan rasa ingin maksiatMediaSiana
 
Jika kita difitnah dan dizhalimi
Jika kita difitnah dan dizhalimiJika kita difitnah dan dizhalimi
Jika kita difitnah dan dizhalimiHelmon Chan
 
5 kunci mengarungi persoalan hidup
5 kunci mengarungi persoalan hidup5 kunci mengarungi persoalan hidup
5 kunci mengarungi persoalan hidupIbrahym Ullah
 
Mutiara kata pembuka hati
Mutiara kata pembuka hatiMutiara kata pembuka hati
Mutiara kata pembuka hatiRahmat Hidayat
 
Majilis jumat yang dimuliakan allah
Majilis jumat yang dimuliakan allahMajilis jumat yang dimuliakan allah
Majilis jumat yang dimuliakan allahAbhe Aja
 
materi ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxmateri ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxJHoniMNur
 

Similar to Solat Jaminan Kejayaan & Kebahagiaan (20)

Kata kata mutiara
Kata kata mutiaraKata kata mutiara
Kata kata mutiara
 
Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik muAlloh maha besar dgn sgala keagungan milik mu
Alloh maha besar dgn sgala keagungan milik mu
 
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^
Kumpulan kata kata mutiara versi terbaru ^_^
 
Kuasa allah itu ketakjuban
Kuasa allah itu ketakjubanKuasa allah itu ketakjuban
Kuasa allah itu ketakjuban
 
Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3Iman kepada allah sl3
Iman kepada allah sl3
 
Kata hikmah 1
Kata hikmah 1Kata hikmah 1
Kata hikmah 1
 
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"
Lq#2 islam "agama yang rempong deeh"
 
Buletin lds 01
Buletin lds 01Buletin lds 01
Buletin lds 01
 
SURAT CINTA UNTUK ALLAH
SURAT CINTA UNTUK ALLAHSURAT CINTA UNTUK ALLAH
SURAT CINTA UNTUK ALLAH
 
Catatan Akhir Pesantren
Catatan Akhir PesantrenCatatan Akhir Pesantren
Catatan Akhir Pesantren
 
Hadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiyHadza min fadli rabbiy
Hadza min fadli rabbiy
 
Aku tinggalkan cintaku kerana allah
Aku tinggalkan cintaku kerana allahAku tinggalkan cintaku kerana allah
Aku tinggalkan cintaku kerana allah
 
Cinta
CintaCinta
Cinta
 
Jaim Itu Penting
Jaim Itu PentingJaim Itu Penting
Jaim Itu Penting
 
Menahan rasa ingin maksiat
Menahan rasa ingin maksiatMenahan rasa ingin maksiat
Menahan rasa ingin maksiat
 
Jika kita difitnah dan dizhalimi
Jika kita difitnah dan dizhalimiJika kita difitnah dan dizhalimi
Jika kita difitnah dan dizhalimi
 
5 kunci mengarungi persoalan hidup
5 kunci mengarungi persoalan hidup5 kunci mengarungi persoalan hidup
5 kunci mengarungi persoalan hidup
 
Mutiara kata pembuka hati
Mutiara kata pembuka hatiMutiara kata pembuka hati
Mutiara kata pembuka hati
 
Majilis jumat yang dimuliakan allah
Majilis jumat yang dimuliakan allahMajilis jumat yang dimuliakan allah
Majilis jumat yang dimuliakan allah
 
materi ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docxmateri ustd arifin ilham.docx
materi ustd arifin ilham.docx
 

Solat Jaminan Kejayaan & Kebahagiaan

  • 1. Allah tak pernah janji..bercinta akan berakhir ke jinjang pelamin.. Allah tak pernah janji..orang yang kahwin akan dapat anak.. Allah tak pernah janji..orang yang kerja siang malam akan jadi kaya.. TAPI.. Sesungguhnya janji ALLAH itu pasti..! Siapa yang jaga SOLAT,maka dia adalah orang yang BERJAYA. Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat KESEMPITAN HIDUP di dunia. Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan angkat SEKSA KUBUR. Siapa jaga SOLAT,maka Allah akan beri BUKU AMAL dengan tangan kanan. Siapa jaga SOLAT,maka dia akan dapat lintas TITIAN SIRAT dengan sepantas kilat. Siapa jaga SOLAT,maka dia akan masuk SYURGA tanpa hisab.Lalu... Janji apakah yang lebih baik dari ini?
  • 2. Posted by mama ain at 6:53 PG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Selasa, 18 Jun 2013
  • 3. Kisah lelaki yang memiliki empat isteri Yang pertama - Sudah berusia, terlalu jarang diberi perhatian. Kadang-kadang langsung tidak dipeduli. Yang kedua - Masih cantik, masih diberi perhatian. Yang ketiga - Cantik, sentiasa diberi perhatian. Yang keempat - Paling cantik dan menawan, sentiasa disanjung serta diutamakan, diberikan lebih perhatian. Waktu terus berlalu, tibalah saat lelaki tersebut untuk meninggalkan dunia. Lalu dipanggillah keempat-empat isterinya. Dipanggil isteri yang keempat, isteri yang paling disayanginya dan ditanya.. " Mahukah kamu mengikutiku dan menemaniku ke alam kubur?" Si isteri menjawab.. "Sorry, sampai di sini saja saya bersama kamu." Dipanggil pula isteri yang ketiga dan bertanya hal yang sama, si isteri menjawab... "Sorry, saya boleh menemani kamu tapi hanya sebentar saja." Kemudian dipanggil isteri yang kedua dan ditanya lagi hal sama, isteri tersebut menjawab... "Baik, saya akan menemani kamu tapi hanya sampai diliang kubur,setelah itu good bye.." Si suami sungguh kecewa mendengar semua itu, tapi inilah kehidupan menjelang kematian... Dan akhir sekali dipanggil isteri yang pertama dan ditanya juga hal yang sama, lalu isteri pertama menjawab... "Saya akan menemani kamu ke manapun kamu pergi dan sentiasa mendampingi kamu." Si suami tak menduga isteri yang pertama akan memberi jawapan yang sebegitu. Tahukah anda apa dan siapa isteri pertama hingga keempat itu? Isteri keempat - adalah 'harta dan kekayaan'. Mereka akan meninggalkan jasad kita saat kita hembuskan nafas terakhir. Isteri yang ketiga - adalah 'teman-teman' kita. Mereka akan hanya menziarahi dan menghantar jasad kita hanya sampai di saat disemayamkan. Isteri yang kedua - adalah 'keluarga'. Saudara mara dan teman terdekat. Mereka akan menghantar
  • 4. kita sampai dikubur, setelah mayat kita di masukkan kedalam kubur dan ditutupi dengan tanah, mereka akan meninggalkan kita. Isteri yang pertama - adalah 'amalan kita' selama kita hidup di dunia. Kerana apa yang kita taburkan, itulah yang akan dituai. Bekalan untuk dibawa kesana. Berbuatlah banyak kebaikan selama kita masih hidup di dunia ini agar nanti kita dapat memiliki bekal untuk dibawa kesana apabila sudah tiba waktunya nanti.. Posted by mama ain at 8:05 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Isnin, 17 Jun 2013 Teruntuk kamu, Muslimah... Teruntuk kamu, muslimah yang masih " sendiri..." Cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin ia menghindar. Tapi bila dibiarkan ia terbang, tanpa diduga ia datang menghampiri. Cinta boleh membahagiakan tapi sering pula menyakiti, itu hakikat sebuah percintaan. Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan kepada seseorang yang layak menerimanya. Jadi usah terburu-buru membuat pilihan, tenang-tenang dan pilihlah yang terbaik. Teruntuk kamu, muslimah yang masih ragu dengan pernikahan...
  • 5. Cinta, tak perlu menuntut yang sempurna,sebab padamu juga kelemahan itu selalu ada tetapi carilah seseorang yang dapat menyempurnakan dirimu dan saling melengkapi. Teruntuk kamu, muslimah yang telah berkahwin... Kalau cinta jangan katakan " Ini salahmu!" tapi "Maafkan aku ya!" Jangan juga katakan "Kau di mana?" melainkan "Aku di sini, kenapa?" bukan "Mengapa kamu jadi begitu?" tapi "Aku mengerti..." dan juga bukan "Seandainya kau..." akan tetapi "Terima kasih ya.." Teruntuk kamu, muslimah yang sedang bertunang... Ukuran sama ada anda pasangan sesuai bukanlah berapa lamanya waktu yang kalian habiskan bersama, melainkan betapa baiknya kebersamaan anda berdua. Teruntuk kamu, muslimah yang patah hatinya... Sakit patah hati.. Jangan leburkan mimpi, jangan tersungkur mati dan jangan terus terdampar sepi. Mungkin dia bukan tercipta untukmu. Bangkitlah, apa yang terjadi boleh diambil sebagai pelajaran dan ada hikmah disebaliknya.. Percayalah Allah tak pernah mengambil apa yang kita sayang kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik. Teruntuk kamu, muslimah yang belum berpunya... Hatimu mungkin tertanya-tanya, bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah tapi jangan sampai terjerumus. Cinta tak seharus memiliki dan bila bercinta jangan serahkan seluruh hatimu simpanlah sedikit untukmu, seandainya terputus di pertengahan jalan kau masih punya kekuatan untuk bangkit kembali. Bersiap-siaplah untuk terluka tapi jangan kau simpan rasa sakitmu jika itu benar-benar kau alami. Imam Ibnu Qayyim berkata: " Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauh dari cinta-Nya. " Posted by mama ain at 10:01 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Sabtu, 15 Jun 2013 Kata-kata hikmat SALAHUDIN AL-AYUBI ( Penakluk Mesir dan pembebas Palestin )
  • 6. Saya minta KEKUATAN dan Allah berikan saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT. Saya minta KEMAKMURAN dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk bekerja. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN dan Allah memberikan saya MASALAH untuk diselesaikan. Saya minta KEBERANIAN dan Dia memberikan saya BAHAYA untuk diatasi. Saya meminta CINTA dan Dia memberikan saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu. Saya meminta NIKMAT dan Dia memberikan saya PELUANG. Saya TIDAK MEMINTA apa-apa untuk diri saya tapi saya MENERIMA semua yang saya perlukan. Posted by mama ain at 8:06 PG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
  • 7. Selasa, 11 Jun 2013 TAUBATKU.. Sebagai manusia biasa kita takkan pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak kerana terleka dengan keindahan dunia yang hanya sementara. Pernahkah kita terfikir suatu masa kita akan dijemput ke sana dan kita sendiri tidak tahu bila kan tiba masanya, apa bekal yang akan kita ada untuk di bawa ke sana? Segala-galanya di dalam tangan kita, samaada untuk terus membutakan hati dan bergelumangan dengan dosa ataupun segera bertaubat memohon keampunan-Nya. Ada yang berkata belum sampai seru, tapi bila? Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya): “Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
  • 8. EREN-TAUBATKU Dalam kesendirianku Dalam keputus asaku Dalam penyesalan Dalam pertaubatanku Di tengah kedinginan malam Di atas sejadah yang terbentang Ku bertafakur bersujud berzikir PadaMu ya Rabbi Pesona malam yang dihiasi Cahaya bulan dan bintang Menemani kesendirianku MenghadapMu Ya Rabbi Aku bersimpuh di hadapanMU Yang Maha mendengar dan melihat Semua rintihan hati hamba Dan kerisauan hati ini Aku ingin bertaubat kepadaMu Kembali jadi hambaMu yang beriman Ya Allah yang Maha pengampun Maha penyayang Bagi umatNya yang bertaubat.. “Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136). Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda: “Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya
  • 9. tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya) “Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8). Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa: “Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih). Posted by mama ain at 10:35 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest Ahad, 2 Jun 2013 Antara waktu-waktu doa mustajab Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu. 1. Waktu sepertiga malam yang akhir
  • 10. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari dan Muslim) 2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah) 3. Doa selepas solat fardhu “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardhu.” (HR Al-Tirmizi) 4. Doa di dalam sujud “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” (HR Muslim) “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa.” ( HR Muslim ) 5. Sesaat pada hari Jumaat “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” (HR Bukhari dan Muslim) 6. Ketika Lailatulqadar Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku .” (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al- Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi ) 7. Ketika Hari Arafah Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapanya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83) 8. Doa antara Azan dan Iqamah “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah .” (HR Al-Tirmizi)
  • 11. 9. Ketika Hujan Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)