SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Pendahuluan



           Qadianisme merupakan salah satu ajaran sesat dan salah satu ancaman dan

krisis yang dihadapi umat islam pada zaman moden. Penyokong-penyokong ajaran

qadiani ini mengakui diri mereka sebagai orang Islam yang mana akan mengelirukan

umat-umat islam yang lain. Ajaran ini dikatakan masih lagi wujud sehingga kini

walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras dari tersebar. Sebenarnya,

tujuan ajaran itu dicipta adalah tidak lain melainkan untuk menghapuskan ajaran Islam

yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w daripada hati nurani umat islam dan sekaligus

dengan itu membasmi perpaduan umat serta melemahkan keyakinan mereka terhadap

Allah S.W.T.1


           Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad

Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam

dan terkeluar dari agama Islam. Perkataan Qadiani adalah diambil dari nama kampung

atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India. Dengan

demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani

bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza. Ajaran ini telah tersebar

hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh-

mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya

tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.


Latar Belakang Pengasas Ajaran Qadiani/Qadianisme
1
    Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989. Hlm 9
                                                           1
Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan pada tahun 1839 di Qadian, Gurdaspur

dan berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian,

beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi.

Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan

menetap di Qadian. Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad bermula di rumah iaitu

dengan pengajian Al-Quran dan membaca beberapa buah buku Parsi. Ketika berumur

10 tahun, beliau telah mendalami bahasa Arab. Seterusnya ketik aberusia 17 tahun,

beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantik dan falsafah secara berguru. Beliau juga

mempelajari ilmu perubatan darpada ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu

agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima

pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah.



      Mirza pernah bertugas sebagai seorang kerani di bawah Penolong Pesuruhjaya

Sialkot dengan gaji yang kecil iaitu 15 rupee selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa

ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil

peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan

pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya

ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith.




      Pada peringkat awalnya, beliau hidup dalam kemiskinan, namun setelah


                                          2
dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian masyarakat,            beliau mula hidup mewah.

Mirza pernah dua kali berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dengan isteri

pertama dan 3 anak lelaki dengan isteri kedua. Ketika muda beliau seringkali diserang

hysteria dan juga kencing manis. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar

serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya.



          Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan pada

tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901. Bertitik tolak dari dakwaan beliau

inilah,    maka    ulama-ulama   Islam   mula   menyangkal     dakwaannya     itu   serta

mengecamnya. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, yang

merupakan pengarang buku Ahli-Hadith. Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan

lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara

lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada

masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak

akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih

hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al-

Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat

lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit

yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih

hidup sebagai bukti saya ini pembohong”. Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb.

Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga,

beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei,

1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di


                                           3
malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau

mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu

saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan

nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang

sekarang ini di dalam negara Pakistan.




Dakwaan dan Penyelewengan Dalam Ajaran Qadianisme




                                         4
Permulaan penyelewengan Mirza adalah pada tahun 1885, di mana Mirza

Ghulam Ahmad mengistiharkan dirinya sebagai seorang mujaddid 2 diikuti pada tahun

1891, beliau mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu kemudian

beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang

dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Manakala pada tahun 1901

beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Bukan itu sahaja, pada 1904, beliau juga telah

mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna untuk orang-orang Hindu di samping

sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian.


        Dakwaan mengenai kedatangan Iman Mhadi bukan sahaja berlaku semasa

Mirza Ghulam Ahmad, malahan sebelum ini, golongan-golongan Syiah telah terlebih

dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Dan

golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing.

Dengan demikian, oleh itu tidak mustahil jika Mirza Ghulam Ahmad juga turut

mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi.


        Dakwaan seterusnya, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa

a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari

Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa

tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, dan

diturunkan dalam keadaan cedera dan kononnya telah melarikan diri ke Kashmir

apabila beliau sedar dari pengsan. Mirza berpendapat bahawa Nabi Isa a.s hanya




2
 Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah
Alam. 2010. Hlm 8
                                                      5
meninggal dunia di Kashmir setelah Berjaya melarikan diri daripada musuhnya di

Palestine.3


           Di atas desakan rakannya Nuruddin, pada tahun 1891, Mirza mendakwa dirinya

sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-

Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari

kalangan penganut agama Islam yang juga pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi

ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama

dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Oleh itu, menurutnya beliau sendiri

yang telah menggantikan Al-Masih. Malahan menurutnya lagi, bahawa Isa ibn Mariam

itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan

hidup dan turun ke dunia lagi. Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya,

antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram 'Izalah Al-Awhan.


           Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad

berkata: "Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari

daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan

kepadaku". Katanya lagi, "Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada

Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu dengan

pertolongan dan wahyu Kami". Malahan menurut beliau juga, beliau mendakwa bahawa

apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya

sendiri. Ini sudah tentulah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.




3
    M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 78.
                                                          6
Pengakuannya sebagai nabi yang terakhir merupakan yang paling merbahaya

dan menggugat ajaran Islam adalah beliau mendakwa dirinya adalah nabi terakhir

sekali. Ini kerana beliau mendakwa dirinya telah menerima wahyu terus dari Allah

bukannya dari Malaikat Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang

mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar dengan mengatakan "Demi Allah

yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya

Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang

jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti". Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan

nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : "Sayalah Muhammad Rasul Allah".


      Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa dan mengaku mempunyai mukjizat

seperti mana nabi-nabi sebelumnya di samping menerima wahyu yang dianggap

setaraf dengan kitab suci al-Quran. Menurut Mirza juga "Nabi Allah itu telah

menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta". Dalam

risalah 'Ikjaz Ahmadi' katanya: "Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya,

masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya".


      Sebenarnya, Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan

menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya 'Shahadatul-

Quran' edisi keenam, atas tajuk "Untuk Perhatian Segera Pemerintah", beliau menulis :

"Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini

mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada

pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta

mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris". Beliau menambah:


                                          7
"Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris,

malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu

menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat

bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris". Dan Mirza menambah

lagi: "Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya,

maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya

sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu". Mirza

mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-

ayat Al-Quran. Ini terbukti apabila beliau mengatakan bahawa, menghapuskan hokum

jihad dengan bersenjata,4 semua peperangan dalam menegakkan agama adalah

diharamkan sama sekali dan mengubah dan menyeleweng ayat-ayat suci al-Quran.


           Penyelewengan ayat               al-Quran merupakan kesalahan yang paling besar

dilakukan oleh ajaran qadiani. Ini kerana beliau telah mengubah ayat-ayat suci al-Quran

dengan         mengubahdan           meminda        bentu      dan    kedudukan         ayat-ayat       al-Quran.

Pengubahan yang lebih dikenali sebagai                        'Tahrif Al-Quran' bererti mengubah atau

meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang

sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah

merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di

luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif. Antara contoh-contoh

tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah

Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza




4
    M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 77.
                                                          8
Terdapat beberapa lagi dakwaan beliau yang menjadikan ajaran Qadiani

menjadikan satu ajaran sesat seperti mngatakan bahawa Malaikat sebagai pancaindera

tuhan seperti dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, mengerjakan ibadat haji di

Qadian kerana dianggap suci selain Makkah dan Madinah. Ini boleh dilihat di dalam 'Al-

Fadhl' bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut: "Sesiapa yang menziarahi

menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya

ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah

menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di

Qadian". Dalam Harian 'Al-Fadhl' Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya: "Apa

yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah

Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka

menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya".

Dalam 'Bigam Sulhi' Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi 'Cawangan Lahore' menyebut:

"Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan

kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak

menunaikan fardhunya".




                                          9
Kesimpulan


        Tidak cukup dengan segala kegilaan yang telah beliau isytiharkan itu, Mirza juga

turut menegaskan bahawa dalam satu agama baru yang beliau asaskan, itu adalah

haram bagi para pengikutnya untuk mewujudkan sebarang hubungan suami isteri

dengan kaum Muslimin serta mendirikan solat jemaah bersama mereka biarpun solat

jenazah.5 Sebenarnya banyak lagi penyelewengan yang terdapat dalam ajaran qadiani

yang bertetangan dengan agama Islam. Ajaran Qadiani ini bukan sahaja hanya

meibatkan Pakistan dan Benua India sahaja. Golongan-golongan ini aktif menyebarkan

dakyah-dakyah mereka di negara-negara Islam Asia Barat dan kebiasaanya bergerak

secara sulit. Ajaran-ajaran yang bawa oleh Mirza ini bukan berkembang setakat Asia

Barat sahaja, malah mengjangkaui Asia Tenggara. Ini terbukti ajaran ini turut terdapat

di Indonesia dan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah melarang ajaran Qadiani kerana

kepercayaannya adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Namun demikian masih

lagi terdapat ajaran ini diamalkan oleh beberapa kawasan di Selangor dan juga Sabah.

Kehidupan masyarakat qadiani di negara kita juga terasing dari masyarakat islam yang

lain.




5
 Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah
Alam. 2010. Hlm 10.
                                                      10
Bibliografi



Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, Kuala
Lumpur, Bewan Bahasa dan Pustaka. 1987.

Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Ajaran Qadyani : Satu Ajaran Sesat, Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.Kuala Lumpur. 1983

Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma
Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 2010.

Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989.


M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung,
1991

Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah, Islam akidah dan kerohanian, Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996




                                          11

More Related Content

What's hot

BioGRAFI NABI MUHAMMAD
BioGRAFI NABI MUHAMMADBioGRAFI NABI MUHAMMAD
BioGRAFI NABI MUHAMMAD
MIRIFAIYAH1959
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammad
Erman Hidayat
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Myrna Muchiah Muchiah
 
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al bannaMengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
Iskandar Muda
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Firdika Arini
 

What's hot (19)

BioGRAFI NABI MUHAMMAD
BioGRAFI NABI MUHAMMADBioGRAFI NABI MUHAMMAD
BioGRAFI NABI MUHAMMAD
 
Kisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammadKisah kelahiran nabi muhammad
Kisah kelahiran nabi muhammad
 
Bab xii
Bab xiiBab xii
Bab xii
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 12
 
Aku ingin pintar vb
Aku ingin pintar vbAku ingin pintar vb
Aku ingin pintar vb
 
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyahBedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
Bedah buku biografi 60 sahabat nabi Myrna muchiah & novi anwar ardiansyah
 
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al bannaMengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
Mengenang 63 tahun gugurnya imam asyahid hasan al banna
 
Penceritaan
Penceritaan Penceritaan
Penceritaan
 
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammadSejarah singkat kehidupan nabi muhammad
Sejarah singkat kehidupan nabi muhammad
 
Bunga
BungaBunga
Bunga
 
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAWSejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sejarah Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Kelahiran nabi
Kelahiran nabiKelahiran nabi
Kelahiran nabi
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 11
 
Sejarah Nabi
Sejarah NabiSejarah Nabi
Sejarah Nabi
 
sejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islamsejarah kebudayaan islam
sejarah kebudayaan islam
 
2. Siroh Nabawiyah: sejak kelahiran hingga kenabian
2. Siroh Nabawiyah: sejak kelahiran hingga kenabian2. Siroh Nabawiyah: sejak kelahiran hingga kenabian
2. Siroh Nabawiyah: sejak kelahiran hingga kenabian
 
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
Kelas 07 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Siswa Bab 5
 
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoniSirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
Sirah nabawiyah al hafizh abdul ghoni
 
Contoh Kultum
Contoh KultumContoh Kultum
Contoh Kultum
 

Similar to Jms 316 e qadianisme

Dakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad sDakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad s
Laksmana Recka
 
Tadhkirah
TadhkirahTadhkirah
Tadhkirah
muzaffertahir9
 
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUKRATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
Audah1
 
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
Ltfltf
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
ladychandrakasih Charsy
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
azhar am
 

Similar to Jms 316 e qadianisme (20)

Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Dakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad sDakwah nabi muhammad s
Dakwah nabi muhammad s
 
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iiiSejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
Sejarah kebudayaan islam kelas 7 bab iii
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).docx
 
Tadhkirah
TadhkirahTadhkirah
Tadhkirah
 
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
3. mk s.p.i bab iii [sejarah peradaban islam periode makkah [610 622 m]
 
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptxUlasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
Ulasan Kitab Fiqh al-Sirah (Farhan Jamil).pptx
 
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUKRATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
RATU PERIODE KLASIK YANG KERAJAAN MAMLUK
 
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
Khulafaur rasyidin dan peran kontribusi terhadap islam setelah wafatnya nabi ...
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
 
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
Peradaban islam pada masa abu bakar. cover 2
 
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & RasulMuhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
Muhammad dan Beriman Kepada Nabi & Rasul
 
Kisah nabi muhammad
Kisah nabi muhammadKisah nabi muhammad
Kisah nabi muhammad
 
Barahini Ahmadiyah
Barahini Ahmadiyah Barahini Ahmadiyah
Barahini Ahmadiyah
 
AHMADIYAH (QADIYANIYAH)
AHMADIYAH (QADIYANIYAH)AHMADIYAH (QADIYANIYAH)
AHMADIYAH (QADIYANIYAH)
 
Perkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran IslamPerkembangan Pemikiran Islam
Perkembangan Pemikiran Islam
 
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
Pemerintahan zaman Khulafa’ Ar-Rasydin, prinsip pemerintahan dan penyebaran i...
 
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negaraBentangkan kekuatan dan kelemahan  teori negara
Bentangkan kekuatan dan kelemahan teori negara
 
Review tafsir al manar
Review tafsir al manarReview tafsir al manar
Review tafsir al manar
 
Kisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad SawKisah Nabi Muhammad Saw
Kisah Nabi Muhammad Saw
 

Jms 316 e qadianisme

  • 1. Pendahuluan Qadianisme merupakan salah satu ajaran sesat dan salah satu ancaman dan krisis yang dihadapi umat islam pada zaman moden. Penyokong-penyokong ajaran qadiani ini mengakui diri mereka sebagai orang Islam yang mana akan mengelirukan umat-umat islam yang lain. Ajaran ini dikatakan masih lagi wujud sehingga kini walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membanteras dari tersebar. Sebenarnya, tujuan ajaran itu dicipta adalah tidak lain melainkan untuk menghapuskan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w daripada hati nurani umat islam dan sekaligus dengan itu membasmi perpaduan umat serta melemahkan keyakinan mereka terhadap Allah S.W.T.1 Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam. Perkataan Qadiani adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza. Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga sekarang oleh mubaligh- mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri. Latar Belakang Pengasas Ajaran Qadiani/Qadianisme 1 Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989. Hlm 9 1
  • 2. Mirza Ghulam Ahmad telah dilahirkan pada tahun 1839 di Qadian, Gurdaspur dan berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India dan menetap di Qadian. Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad bermula di rumah iaitu dengan pengajian Al-Quran dan membaca beberapa buah buku Parsi. Ketika berumur 10 tahun, beliau telah mendalami bahasa Arab. Seterusnya ketik aberusia 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantik dan falsafah secara berguru. Beliau juga mempelajari ilmu perubatan darpada ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke peringkat menengah. Mirza pernah bertugas sebagai seorang kerani di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot dengan gaji yang kecil iaitu 15 rupee selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal. Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-buku Tafsir dan Hadith. Pada peringkat awalnya, beliau hidup dalam kemiskinan, namun setelah 2
  • 3. dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian masyarakat, beliau mula hidup mewah. Mirza pernah dua kali berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki dengan isteri pertama dan 3 anak lelaki dengan isteri kedua. Ketika muda beliau seringkali diserang hysteria dan juga kencing manis. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901. Bertitik tolak dari dakwaan beliau inilah, maka ulama-ulama Islam mula menyangkal dakwaannya itu serta mengecamnya. Antara mereka termasuklah Maulana Sana’ullah Amritsari, yang merupakan pengarang buku Ahli-Hadith. Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana Sana’ullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: “Jika saya ini pembohong dan penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan juga sebagai Al- Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong”. Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir. Mengikut bapa mertuanya: ‘Di 3
  • 4. malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: “Tuan sahib, saya ini diserang penyakit tuan”. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia menghembuskan nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam”. Beliau dikuburkan di Qadian yang sekarang ini di dalam negara Pakistan. Dakwaan dan Penyelewengan Dalam Ajaran Qadianisme 4
  • 5. Permulaan penyelewengan Mirza adalah pada tahun 1885, di mana Mirza Ghulam Ahmad mengistiharkan dirinya sebagai seorang mujaddid 2 diikuti pada tahun 1891, beliau mendakwa dirinya adalah Imam Mahadi yang ditunggu-tunggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Manakala pada tahun 1901 beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Bukan itu sahaja, pada 1904, beliau juga telah mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna untuk orang-orang Hindu di samping sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian. Dakwaan mengenai kedatangan Iman Mhadi bukan sahaja berlaku semasa Mirza Ghulam Ahmad, malahan sebelum ini, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, oleh itu tidak mustahil jika Mirza Ghulam Ahmad juga turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi. Dakwaan seterusnya, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, dan diturunkan dalam keadaan cedera dan kononnya telah melarikan diri ke Kashmir apabila beliau sedar dari pengsan. Mirza berpendapat bahawa Nabi Isa a.s hanya 2 Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 2010. Hlm 8 5
  • 6. meninggal dunia di Kashmir setelah Berjaya melarikan diri daripada musuhnya di Palestine.3 Di atas desakan rakannya Nuruddin, pada tahun 1891, Mirza mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al- Masih yang akan turun itu adalah Isa ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam yang juga pengikut Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-peranan yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Oleh itu, menurutnya beliau sendiri yang telah menggantikan Al-Masih. Malahan menurutnya lagi, bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi. Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-Maram 'Izalah Al-Awhan. Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata: "Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku". Katanya lagi, "Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit taun supaya aku membuat perahu dengan pertolongan dan wahyu Kami". Malahan menurut beliau juga, beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah bukan daripadanya sendiri. Ini sudah tentulah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar. 3 M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 78. 6
  • 7. Pengakuannya sebagai nabi yang terakhir merupakan yang paling merbahaya dan menggugat ajaran Islam adalah beliau mendakwa dirinya adalah nabi terakhir sekali. Ini kerana beliau mendakwa dirinya telah menerima wahyu terus dari Allah bukannya dari Malaikat Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi yang sebenar dengan mengatakan "Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi … dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti". Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau menyatakan : "Sayalah Muhammad Rasul Allah". Bukan itu sahaja, beliau turut mendakwa dan mengaku mempunyai mukjizat seperti mana nabi-nabi sebelumnya di samping menerima wahyu yang dianggap setaraf dengan kitab suci al-Quran. Menurut Mirza juga "Nabi Allah itu telah menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta". Dalam risalah 'Ikjaz Ahmadi' katanya: "Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya". Sebenarnya, Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya 'Shahadatul- Quran' edisi keenam, atas tajuk "Untuk Perhatian Segera Pemerintah", beliau menulis : "Saya telah menerangkan beberapa kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris". Beliau menambah: 7
  • 8. "Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris, malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris". Dan Mirza menambah lagi: "Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu". Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat- ayat Al-Quran. Ini terbukti apabila beliau mengatakan bahawa, menghapuskan hokum jihad dengan bersenjata,4 semua peperangan dalam menegakkan agama adalah diharamkan sama sekali dan mengubah dan menyeleweng ayat-ayat suci al-Quran. Penyelewengan ayat al-Quran merupakan kesalahan yang paling besar dilakukan oleh ajaran qadiani. Ini kerana beliau telah mengubah ayat-ayat suci al-Quran dengan mengubahdan meminda bentu dan kedudukan ayat-ayat al-Quran. Pengubahan yang lebih dikenali sebagai 'Tahrif Al-Quran' bererti mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja, penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan jelas adalah juga dipanggil tahrif. Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh Mirza 4 M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991, hlm 77. 8
  • 9. Terdapat beberapa lagi dakwaan beliau yang menjadikan ajaran Qadiani menjadikan satu ajaran sesat seperti mngatakan bahawa Malaikat sebagai pancaindera tuhan seperti dalam buku ‘Hamamah Al-Busyra’ halaman 98, mengerjakan ibadat haji di Qadian kerana dianggap suci selain Makkah dan Madinah. Ini boleh dilihat di dalam 'Al- Fadhl' bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut: "Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah. Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di Qadian". Dalam Harian 'Al-Fadhl' Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya: "Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya". Dalam 'Bigam Sulhi' Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi 'Cawangan Lahore' menyebut: "Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan fardhunya". 9
  • 10. Kesimpulan Tidak cukup dengan segala kegilaan yang telah beliau isytiharkan itu, Mirza juga turut menegaskan bahawa dalam satu agama baru yang beliau asaskan, itu adalah haram bagi para pengikutnya untuk mewujudkan sebarang hubungan suami isteri dengan kaum Muslimin serta mendirikan solat jemaah bersama mereka biarpun solat jenazah.5 Sebenarnya banyak lagi penyelewengan yang terdapat dalam ajaran qadiani yang bertetangan dengan agama Islam. Ajaran Qadiani ini bukan sahaja hanya meibatkan Pakistan dan Benua India sahaja. Golongan-golongan ini aktif menyebarkan dakyah-dakyah mereka di negara-negara Islam Asia Barat dan kebiasaanya bergerak secara sulit. Ajaran-ajaran yang bawa oleh Mirza ini bukan berkembang setakat Asia Barat sahaja, malah mengjangkaui Asia Tenggara. Ini terbukti ajaran ini turut terdapat di Indonesia dan Malaysia. Kerajaan Malaysia telah melarang ajaran Qadiani kerana kepercayaannya adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Namun demikian masih lagi terdapat ajaran ini diamalkan oleh beberapa kawasan di Selangor dan juga Sabah. Kehidupan masyarakat qadiani di negara kita juga terasing dari masyarakat islam yang lain. 5 Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 2010. Hlm 10. 10
  • 11. Bibliografi Abdul Rahman Hj. Abdullah, Pemikiran Islam Masa Kini: Sejarah dan Aliran, Kuala Lumpur, Bewan Bahasa dan Pustaka. 1987. Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, Ajaran Qadyani : Satu Ajaran Sesat, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.Kuala Lumpur. 1983 Fadlullah Jamil, Islam dan Idealisme zaman Moden: Krisis dan Ancaman, Karisma Publications Sdn Bhd, Shah Alam. 2010. Intifadah: Kebangkitan Islam Palestine, Pernerbitan Hizbi, Kuala Lumpur, 1989. M.Riza Sihbudi, Islam, Dunia Arab, Iran: Bara Timur Tengah,Penerbit Mizan, Bandung, 1991 Zakaria Stapa & Mohamed Asin Dollah, Islam akidah dan kerohanian, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1996 11