Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Tema novel ini ialah
1. Tema novel ini ialah ketabahan dalam menjayakan sesuatu misi atau tugas
tanpa mengenal erti putus asa dan takut.
Perkara ini dibuktikan melalui tindakan Amira yang begitu tabah semasa berada di Gunung Mat
Raya iaitu di tempat ibunya bersama-sama dengan pembantu dan pelajar-pelajarnya menjalankan
aktiviti mencari gali artifak lama tinggalan manusia zaman silam. Pelbagai cabaran dan dugaan
yang dihadapi oleh bukan sahaja Amira tetapi juga dihadapi oleh ibunya sendiri, Jacinta, Itai dan
juga pelajar-pelajar ibunya yang sedang bekerja di tapak kerja lapangan itu. Amira hampir mati
lemas akibat tergelincir di sungai dan dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh Itai. Jacinta
juga menghadapi cabaran iaitu dia pengsan dan sesat di dalam hutan ketika hendak menjejaki
Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Jacinta juga bernasib baik kerana
diselamatkan oleh Tau. Profesor Zaidah juga menghadapi cabaran iaitu dia mendapat kecederaan
iaitu tangannya terseliuh apabila kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias hilang
kawalan kerana breknya mengalami kerosakan.
Tugas mereka hampir-hampir tidak dapat disempurnakan kerana keselamatan mereka bagaikan
terancam dan menyebabkan Dr. Zawawi mencadangkan kerja-kerja cari gali itu ditangguhkan
buat sementara waktu. Walau bagaimanapun, Profesor Zaidah tidak bersetuju dengan cadangan
Dr. Zawawi untuk menangguhkan kerja lapangan itu dan mengatakan kerja itu perlu diteruskan.
Amira tabah semasa melakukan kerja cari gali dan akhirnya dia menjumpai artifak yang berupa
bekas air dan ada yang menjumpai karpus ataupun tulang pergelangan tangan manusia.
Seterusya, Amira tabah menghadapi dugaan semasa hendak menyelamatkan Malique yang
dikurung oleh makhluk yang berbulu (Tau) bersama-sama dengan Itai, Pak Lias, dan Jacinta.
Persoalan
1. Persoalan kegigihan dalam melakukan sesuatu perkara.
Contohnya, Profesor Zaidah, Dr. Zawawi dan pelajar-pelajarnya gigih berusaha untuk mencari
gali artifak di tapak kerja lapangan.
2. Persoalan persahabatan yang erat dalam kehidupan
Contohnya, Amira dan Jacinta bersahabat baik dan menjaga nilai-nilai persahabatan serta saling
menghormati antara satu sama lain.
3. Persoalan tolong-menolong dalam kehidupan
Contohnya, Itai menyelamatkan Amira daripada mati lemas di sungai dan Tau pula
menyelamatkan Jacinta yang tersesat jalan lalu pengsan ketika hendak menjejaki Amira. Ludin
pula merawat Profesor Zaidah yang terseliuh tangannya dengan kaedah perubatan tradisional.
4. Persoalan keberanian dalam menempuh cabaran
Contohnya, Amira, Itai dan Jacinta berani untuk pergi ke Gunung Gua Gajah demi
menyelamatkan Malique. Mereka juga berani berhadapan dengan makhluk berbulu yang mengur