2. Untuk melihat spesifikasi laptop ataupun spek komputer bukanlah
suatu perkara yang mudah khususnya bagi seorang yang tidak biasa
mendengar istilah komputer seperti CPU, RAM, VGA, Storage, Hardisk,
dan Operating system.
Spesifikasi bererti mengetahui hardware dan software yang ada di
dalam laptop/komputer tersebut. walaupun untuk memeriksa spec
komputer itu sangat mudah namun yang “susah" adalah memahami
maksud spesifikasi tersebut kerana setiap hardware dalam sebuah
komputer mempunyai fungsi yang berbeza, untuk itu anda harus
mengetahui fungsi dan kelebihan yang dimiliki oleh hardware tersebut.
3. Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan dalam memasang komputer
adalah tujuan komputer dipasang, jenis kualiti yang dikehendaki dan
berapa banyak kos yang perlu disediakan.
Didalam pemasangan juga boleh dibahagikan kepada beberapa keperluan:
keperluan untuk komputer multimedia, Pejabat, reka bentuk grafik dan
gamer.
Selepas memahami keperluan komputer untuk digunakan, langkah
seterusnya ialah membuat senarai peranti yang akan dibeli.
Dalam kes ini sebagai contoh, memasang komputer untuk multimedia,
anggaran yang dikeluarkan adalah jelas lebih besar daripada komputer
untuk pejabat
4. Penerangan :
Core i3-330M 2.13 Ghz
Ini adalah jenis prosesor yang digunakan. Banyak jenis yang berada di
pasaran. Core i3-330M adalah jenis prosesornya. Disini digunakan Prosesor
Core i3 dari Intel. Ini merupakan prosesor baru yang dimiliki oleh Intel. Ada
juga prosesor Phenom X4 dari perusahaan AMD.
2.13 Ghz adalah kecepatan yang dimiliki dari prosesor tersebut. Semakin
tinggi kecepatannya maka semakin cepat pemprosesan data berlaku. Tapi
semakin cepat panas juga laptop atau Motherboard PC anda.
VGA GMA 4500
Ini merupakan jenis VGA (Video Graphic Adapter/ Kartu Video). VGA jenis ini
biasa digunakan pada standard Laptop dan Netbook. Kalau anda ingin
mencari VGA Card yang hebat, anda boleh memilih VGA Card
dari ATI atau NVIDIA. Contohnya Nvidia GT 220 1Gb. 1Gb adalah memori
yang dimiliki oleh VGA Card. Semakin baru jenis VGA Card anda, maka
semakin bagus kualiti Grafik dari laptop atau PC anda.
contoh Laptop Acer 4740 :
Core i3-330M 2.13 Ghz
VGA GMA 4500
RAM 1 Gb
HDD 320 Gb
Display 14"
DVD RW, Wi-Fi
Windows 7 Starter
5. RAM 1Gb
RAM (Random Acces Memory) adalah memori pada laptop dan PC anda. Memori
digunakan untuk menyimpan data dan pemprosesan sementara. Semakin tinggi
kapasiti yang dimiliki memori, maka semakin mudah anda membuka banyak
dan pemprosesan. Tapi, kapasiti memori harus seimbang dengan spesifikasi
prosesor. Contohnya prosesor Pentium 4 dengan RAM 4 Gb. Jika tidak seimbang,
maka proses kerja prosesor akan terganggu.
HDD 320 Gb
HDD (Hard Disk Drive) adalah media penyimpanan. Hard Disk dengan kapasiti
besar, membolehkan anda menyimpan data lebih banyak. Perlu diperhatikan juga
kecepatan RPM (Read Per Minute/ kecepatan baca) dan buffer memori.
6. Display 14"
Ini merupakan ukuran skrin yang dimiliki dari laptop dan monitor PC. 14"
dibaca 14 inchi. Semakin besar ukurannya tentunya semakin luas anda
melihat skrin laptop atau monitor PC anda.
DVD-RW dan Wi-Fi
DVD-RW adalah Disc Drive (Optical Drive/ untuk memasukkan CD). Disini,
DVD-RW merupakan standar Disc Drive yang ada di laptop dan PC. Ada
juga CD-R, CD-RW, DVD-R, DVD-RW, dan Blue Ray. Huruf R dan W pada
Disc Drive, merupakan singkatan dari Read (R) dan Write (W). Jika ada
kedua huruf tersebut pada Disc Drive anda, bererti Disc Drive anda boleh
menulis dan membaca Disc/CD.
7. Wi-Fi merupakan wireless untuk internet tanpa kabel .Terdapat jenis-jenis
Wi-Fi. Contohnya 802.11 b/g. Ini merupakan kecepatan atau jangkauan
signal Wi-Fi yang boleh dibaca oleh Laptop anda.
Windows 7 Starter
Ini adalah sistem operasi yang digunakan oleh laptop atau PC anda.
Terdapat jenis sistem operasi yang digunakan. contohnya Windows 7,
Windows XP, dan lain-lain. Tulisan Starter merupakan jenis dari Windows 7
tersebut. Terdapat perbezaan dari setiap Windows 7. Contohnya Windows
7 Ultimate, Windows 7 home dan sebagainya
8. Sebenarnya untuk memahami lebih tentang pengertian spesifikasi komputer
sendiri terbahagi kepada : low end, mid end, dan high end.
Low – End
Komputer low-end harganya murah namun penggunaanya / fungsinya hanya
sekadar untuk menaip data dan pemrosesan data. Contoh spesifikasinya
adalah:
Dual Core E5400
ECS G41T-M5
VISI-ON 1GB PC 6400
WDC SATA II 160GB 8MB
Speedpower AX-500-S 500W
9. Mid – End
Komputer mid-end harganya sedikit mahal namun penggunaanya / fungsinya lebih tinggi
dari komputer low-end. Komputer mid-end dapat digunakan untuk aplikasi pengolahan
grafik yang sederhana. Contoh spesifikasinya adalah:
Core i5 750 Box (8M Cache, 2.66 Ghz)
Biostar T5XE
G.SKILL F3-12800CL7D-4GBRM WDC SATA II 500Gb 32Mb Green
MSI GTX 275 Twin Frozer OC 896Mb 448Bit DDR3
Speedpower AX-550-S 550W
Lite On DVDRW Sata 24x
10. High– End
Komputer high-end harganya mahal namun penggunanya / fungsinya paling bagus dibandingkan dengan komputer
end dan low-end. Contoh spesifikasinya adalah:
Core i5 750
Biostar T5XE
G.SKILL 4GB DDR3 1600 Mh
WDC 500GB SATA II 32mb
HIS HD 5850 Cypress Pro 1Gb 256Bit DDR5
DELL 20 Inch S2009W+DVI 1600x900
Speedpower AX-600-S 600W
Lite On DVDRW Sata 24x
ALTEC Lansing BXR-1221 2.1 by the user by the user COMPUTER SPECIFICATIONS AND FUNCTIONS
14. SOALAN TUGASAN :
Periksa spesifikasi komputer/laptop anda, tunjukkan langkah untuk
anda memeriksa spesifikasi komputer/laptop anda
Berikan penerangan spesifikasi komputer/laptop dari segi
manufacture, processor, RAM, jenis system, jenis OS, skrin, dan skrin