Pencemaran air _bunyi_dan_udara

37,015 views

Published on

1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
37,015
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
25
Actions
Shares
0
Downloads
564
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pencemaran air _bunyi_dan_udara

  1. 1. INSTITUT PERGURUAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PENDIDIKAN ALAM SEKITAR TAJUK TUGASAN : PENCEMARAN AIR, BUNYI DAN UDARA DISEDIAKAN OLEH :SITI MUSLIHA BINTI MUHAMMAD 820226-07-5384JEMILAH BINTI AWANG KECHIK 660909-02-5634 DI SEDIAKAN UNTUK : EN. HJ. ANWAR BIN HJ SULAIMAN EN. ABD. RAHMAN BIN SULAIMAN
  2. 2. ISI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat1. Pencemaran Air, Udara dan Bunyi 1.0 Pengenalan 2 1.1 Definisi 32. Pencemaran Air 2.0 Pengenalan 4 2.1 Definisi 5 2.2 Punca 5 2.3 Kesan 73. Pencemaran Bunyi 3.0 Pengenalan 8 3.1 Definisi 9 3.2 Punca 9 3.3 Kesan 10 3.4 Langkah Mengawal Pencemaran Bunyi 124. Pencemaran Udara 4.0 Pengenalan 13 4.1 Definisi 13 4.2 Jenis Pencemaran Udara 15 4.3 Punca 15 4.4 Kesan 165. Langkah Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar 176. Rumusan 197. Bibliografi 20 2
  3. 3. PENCEMARAN AIR, UDARA DAN BUNYI1.0 PengenalanArus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telahmencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrianserta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepadarakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalikkeselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yangboleh memudaratkan kehidupan masyarakat.Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami prosespembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporanmenunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar.Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagidi Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadapseluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlahsuatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkanpelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusiadan alam sekitar.Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapatdengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri beratyang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dankebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk diterutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpamelakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia bolehmengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita.Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negarakita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara. 3
  4. 4. 1.1 DefinisiMenurut Zaini Ujang (2000), alam sekitar ialah gabungan keadaan luaran atau eksternalyang mempengaruhi kehidupan setiap organisma. Keadaan luaran tersebut merangkumiunsur-unsur dan hubungan bukan hidupan atau abiotik. Alam sekitar juga mencakupikeadaan internal atau dalaman khususnya kimia dan biologi yang menjadi teras kepadakehidupan setiap tumbuhan atau haiwan serta manusia.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2003), pencemaran adalah suatuperbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan. Pengotoran alam atau perbuatanmencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.Pencemaran mengikut definisi bermaksud: " merosakkan atau tidak bersih atau kotor”.Definisi ini juga perlu dirujuk kepada kes-kes yang berlaku. Berlakunya pencemaranapabila sesuatu yang mulia, baik, murni, bersih, dan sistematik dicerobohi oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan sistem, moral, tatacara, tabii dan nilai alam. Sikapmanusia yang tidak beretika (melanggar prinsip) akhirnya menyebabkan berlakunyaperubahan dan kerosakan dalam fenomena alam seperti yang disebutkan dalam AlQuran yang mulia: "Telah nyatalah berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan kepada mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk itu supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)" (Surah Al-Rum : 41)Pencemaran dan kerosakan ke atas sesuatu sistem ini perlu dihentikan segera menurutamaran yang terkandung dalam Al Quran yang mulia : Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi setelah Allah memperbaikinya, dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak 4
  5. 5. akan diterima) dan harapan (akan dimakbulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (AI Araaf: 56) PENCEMARAN AIR2.0 PengenalanAir merupakan sumber yang penting bagi kehidupan manusia. Air merupakan sumbersemulajadi kedua terpenting selepas oksigen. Tanpa air dunia akan menjadi sebuahplanet yang tidak bernyawa. 3/4 bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih 2/3 daripadaberat badan manusia adalah air. Pada amnya, seorang manusia menggunakan 1,000liter air setahun sebagai minuman. Air memang mutlak diperlukan dalam kehidupanmanusia dan mahluk hidup lainnya. Tanpa air kehidupan tidak dapat berlangsung.Demikian juga dalam kehidupan kita sehari-hari, air sangat diperlukan untuk berbagaikegiatan di dalam rumah tangga, juga untuk pertanian, pengangkutan serta rekreasi.Di dalam industri, air digunakan antara lain sebagai bahan pengolah, pendingin danjanakuasa tenaga. Air merupakan pelarut yang baik tetapi selalu dicemar dengankandungan berbagai zat terlarut mahupun zat tidak terlarut serta mengandungimikroorganisme. Apabila kandungan berbagai zat mahupun mikroorganisme yangterdapat di dalam air melebihi tahap yang diperbolehkan, maka kualiti air akanterganggu sehingga tidak lagi boleh digunakan untuk kegunaan pelbagai keperluansamada untuk air minum, mandi, mencuci atau keperluan lainya. Air yang terganggukualiti ini dikatakan sebagai air yang tercemar.Sebenarnya, warna dan bau air dapat memberitahu kita apa yang sedang berlakuterhadapnya. Misalnya seperti air berwarna hijau mengambarkan terdapatnya tumbuhankecil yang dinamakan rumpair yang tumbuh di dalamnya. Manakala air berlumpurmenunjukkan terdapat kandungan kelodakan atau mendapan yang tinggi menyebabkanikan sukar bernafas. Air yang mempunyai lapisan berkilau pula memberi gambaranbahawa berlaku tumpahan minyak di permukaan air tersebut. Selain itu, kita juga dapatmelihat kadangkala air itu berbuih dan ini menunjukkan kemungkinan sabun dari rumahatau kilang yang mengalir ke dalamnya. Kita juga sering kali melihat air yang mengalir 5
  6. 6. mempunyai lapisan kuning jingga atau kemerahan dan ini berkemungkinan disebabkanoleh pembuangan bahan pencemar oleh kilang ke dalam sungai.2.1 Definisi Pencemaran AirPencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan danwarna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaranberlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik (Jasiman Ahmad 1996). Pencemaranair bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secarasengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang. MenurutWikipedia Bahasa Melayu pencemaran air adalah seperti kebocoran dan luahan bahankimia ke dalam sumber air atau fenomenon eutrofikasi.Pencemaran air menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atauradioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkanatau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkansuatu keadaan merbahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikanpihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatikserta tumbuh-tumbuhan air.2.2 Punca Pencemaran AirSikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan keuntungan semata-mata telahmembutakan hati dan perasaan manusia terhadap alam sekitar. Pelbagai faktor ataupunca berlakunya pencemaran air. Pengusaha kilang umpamanya, berusahamenjimatkan kos dengan mengambil jalan mudah,membuang sisa kilang ke dalamsungai walaupun menyedari kesannya terhadap persekitaran. Selain itu, kekuranganpengetahuan juga menyebabkan pemilik industri tidak mengambil berat serta cubamengelak piawaian keselamatan yang telah ditetapkan sama ada berhubung dengankeselamatan manusia atau kestabilan alam sekitar. Masalah ini harus dipandang seriuskerana sungai merupakan sumber air yang paling utama. Kepesatan pembangunanindustri, perumahan dan pembukaan tanah baru menyebabkan banyak sungai yang 6
  7. 7. hilang keupayaan untuk memainkan peranan semula jadinya. Sekiranya fenomena iniberterusan, tidak mustahil rangkaian sungai di seluruh negara turut tercemar .Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang dibuang ke dalam sungai oleh pihakyang tidak bertanggungjawab. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidakmemerlukan kos pelupusan.Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisatoksid dibuang ke sungai atau laut. Sesetengah bandar dan kampung mengepampelbagai bahan buangan yang tidak dirawat dan kadang kala kilang juga membuangbahan beracun ke dalam sungai. Baja dan racun perosak kimia yang digunakan olehpetani juga akan dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak sungai. Bahan-bahanini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Sikap individu itu sendiri menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air di negarakita. Pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis sering kalidilakukan oleh sesetengah individu sehingga lupa tanggungjawab dan kepentinganmenjaga alam sekitar. 7
  8. 8. Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanahberlaku dan ini seterusnya akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akanmencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh. Penerokaan juga membantumenyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana penerokaan yang dijalankansudah pasti menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akanmasuk ke dalam sungai lalu mendakan berlaku. Mendakan ini bukan sahaja akanmencetekkan lagi paras air sungai tetapi akan mengakibatkan berlakunya banjir.Hakikatnya pelbagai punca berlakunya pencemaran adalah disebabkan oleh faktormasyarakat kita sendiri mahupun dari pihak-pihak tertentu yang tidak peka padakeadaan sekeliling dan hanya mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira sebabdan akibat yang akan berlaku akibat tindakan mereka itu.2.3 Kesan Pencemaran AirPencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusiabahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalahterhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibatpencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlakuyang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber airtersebut.Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut diperairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyakberlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisanminyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut jugaturut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput,udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisatoksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam airakan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan 8
  9. 9. petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yangmenemui maut. PENCEMARAN BUNYI3.0 PengenalanPencemaran bunyi adalah salah satu daripada pencemaran alam. Jika pencemaranalam sekitar yang lain memberi impak kepada ekologi, ekosistem dan penghuni alam,pencemaran bunyi memberi kesan langsung kepada manusia. Bunyi bising bukanlahsesuatu perkara asing kepada kita. Kebisingan yang berlaku berbeza antara satusumber dengan sumber yang lain. Gangguan yang berlaku juga bergantung kepadapersepsi individu masing-masing sama ada boleh bertoleransi atau tidak.Misalnya ada orang yang cepat melenting jika mendengar bunyi motor yang bising tetapiada orang yang masih boleh bertahan ke suatu tahap yang lebih tinggi. Seperti jugapencemaran air dan udara, bunyi juga boleh dianggap sebagai suatu pencemarankerana ia menyebabkan gangguan. Walau bagaimanapun, pencemaran bunyi inibiasanya tidak mendapat perhatian khusus seperti pencemaran air dan udara keranamungkin disebabkan sifat tidak boleh dilihat serta kehadiran yang biasanya akan lenyapdalam suatu jangka masa yang singkat.Pada masa kini, aktiviti manusia seharian dan perkembangan teknologi telahmenyebabkan paras bunyi menjadi semakin tinggi berbanding zaman dahulu. Sebagaicontoh, bilangan kenderaan di jalan raya telah semakin meningkat, bilangan pendudukyang bertambah menyebabkan aktiviti-aktiviti sosial boleh menghasilkan bunyi bisingserta penciptaan kapal terbang dan jet merupakan antara beberapa contohpertambahan bunyi di persekitaran. Oleh yang demikian, menurut Hamidi Abdul Aziz(2008), pencemaran bunyi pada masa ini telah mula diberi perhatian serius lebih-lebihlagi apabila bunyi dikaitkan dengan kesihatan manusia. Keadaan kesihatan yang 9
  10. 10. dimaksudkan antaranya adalah kerosakan pendengaran pekerja di persekitaran yangbising juga telah memungkinkan standard bunyi diperkenalkan.Menurut OECD (1975), perhatian kurang diberikan kepada bunyi bising berbandingpencemaran lain kerana beberapa faktor antaranya adalah bunyi bising merupakansuatu masalah setempat. Dimana ia berlaku di kawasan yang berhampiran dengansumber bising sahaja. Ia tidak dipindahkan dalam jarak yang jauh sama ada melaluiudara mahu pun melalui air. Selain itu, faktor kesukaran untuk mengenalpasti kesan-kesan kerosakan segera akibat terdedah kepada bunyi bising dalam keadaan normal.Keadaan ini menyebabkan masyarakat kurang sedar akan bahaya pencemaran bisingdan seterusnya kurang memberikan perhatian terhadapnya.3.1 Definisi Pencemaran BunyiTerdapat banyak istilah bising menurut Hamidi (2008), istilah paling mudah bagi bunyibising adalah bunyi yang tidak dikehendaki dan boleh diertikan juga sebagai sebarangbunyi yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang ataukumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dansebagainya. Bunyi ini boleh tersebar melalui medium udara, air dan bahan pepejal yanglain seperti kayu, besi dan sebagainya.Menurut Bugliarello (1976) dan Freeman (1984), tidak terdapat seorang pun pada hariini yang boleh terlepas dari pencemaran bunyi bising. Ini adalah kerana bunyi bisingtelah mengganggu kualiti kehidupan. Ia juga terjadi tanpa mengira batasan politik atausosial. Walau bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai pencemaran didapatipencemaran bunyi bising merupakan pencemaran yang seringkali dilupakan ataudiabaikan berbanding dengan pencemaran lain seperti air dan udara. Keadaan ini terjadimungkin disebabkan pencemaran bunyi bising merupakan suatu pencemaran yang tidakmeninggalkan sisa kepada alam sekitar.3.2 Punca Bunyi BisingSumber utama pencemaran bunyi bising boleh dibahagikan kepada tiga sumber iaitukebisingan pengangkutan, industri dan pembinaan serta kebisingan dari manusia. 10
  11. 11. Kebisingan yang berpunca daripada pengangkutan boleh dibahagikan kepada tigapunca utama iaitu lalulintas, kapal terbang dan keretapi. Lalu lintas merupakan puncautama pencemaran kebisingan komuniti di bandar-bandar utama. Secara umumnyaterdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kebisingan lalu lintas antaranyaadalah permukaan jalan dan jenis jalan, kelajuan kenderaan, nisbah laluan lori,kecerunan dan persimpangan jalan dan keadaan cuaca.Kebisingan kapal terbang amat ketara bagi komuniti yang tinggal berhampiran denganlapangan terbang. Kebisingan kapal terbang bergantung kepada jenisnya, kuasa enjindan keadaan operasi di lapangan terbang. Masalah kebisingan dari sumber keretapilebih ketara di kawasan tertentu sahaja, misalnya di kawasan luar bandar yang biasanyaterdapat landasan keretapi yang melaluinya. Punca utama kebisingan adalah daripadaroda dan landasan keretapi.Kebisingan daripada operasi industri adalah daripada mesin dan peralatannya. Parastekanan bising industri adalah sukar ditentukan disebabkan saiz dan bentuk pelbagaiindustri di samping mempunyai gelombang pelbagai sumber kebisingan. Operasipembinaan pula bersifat sementara, namun untuk projek besar ia akan memakan masayang lama. Kebisingan ini biasanya dihasilkan oleh penggunaan jentera dalam prosespembinaan. Penanaman cerucuk biasanya mengeluarkan bunyi yang kuat keranahentakan besi cerucuk dan enjin mesin hentakan. Kebisingan pembinaan jugadihasilkan oleh mesin pembancuh simen, trak pengangkut dan janakuasa yangdigunakan.Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia juga menyebabkanberlakunya pencemaran bunyi. Kebisingan ini termasuklah berpunca daripada radio,televisyen dan sebagainya serta daripada binatang peliharaan seperti anjing. Kebisinganini amat ketara di kawasan-kawasan perumahan berkepadatan tinggi.3.3 Kesan Pencemaran BunyiApabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesankebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat.Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan 11
  12. 12. kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi sertakesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tigakategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti.Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung ataumelalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio,televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yangmelampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yangnyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalamMulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhankanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejangdan kerosakan buah pinggang.Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguantidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalamkehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidakdiabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukaruntuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifatdan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepadatahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan dayakreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yangberterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkanterjadinya banyak kesilapan.Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta bendayang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai hartabenda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan inihanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke ataspenurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri.Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa sepertiberhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awammungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu 12
  13. 13. nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yanglebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.3.4 Langkah Mengawal Pencemaran BunyiUsaha pengawalan bunyi adalah sukar kerana bunyi memberi makna dan berkaitandengan kehidupan. Bunyi yang kerterlaluan seperti dari kilang-kilang pulamendatangkan kesan tidak baik dan dalam masa yang sama negara menuntutpembangunan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaandiharapkan dapat mewujudkan lebih banyak lagi kawasan dan taman industri yang jauhdari kediaman. Ertinya zon pencemaran bunyi hanya berlaku di kawasan itu sahajasementara itu mewajibkan pengusaha kilang menyediakan alat penghadang bunyikepada pekerja yang sentiasa berada di kawasan bunyi bising.Masyarakat boleh membantu pengurangan kadar bunyi bising walaupun tidak secarakeseluruhannya dengan memperlahankan bunyi radio, muzik karaoke dan bunyimotorsikal yang telah diubah suai. Perkongsian kereta merupakan strategi serampang”tiga” mata iaitu mengurangkan kesesakan lalulintas, mengurangkan kos danmengurangkan pencemaran bunyi. Bunyi empat buah kereta dan ruang jalanraya dantempat letak kereta bagi empat buah kereta telah diisi oleh sebuah kereta. Cara ini jugasangat digalakkan oleh kerajaan dan rakyat harus menyokong dan mempraktikansaranan itu.Penggunaan alat dan jentera canggih dalam pembinaan mengurangkan kadar bunyibising berbanding jentera lama. Penggunaan jentera canggih juga lebihmempercepatkan proses pembinaan terutamanya alat menanam cerucuk danmengerudi. Projek kawasan perumahan berfasa yang memakan masa dan berhampirandengan penduduk yang sedia ada amatlah perlu menggunakan jentera canggihwalaupun iannya dilihat melibatkan kos yang besar. 13
  14. 14. Malaysia kerap menganjurkan kempen-kempen kesedaran contohnya kempen berbudibahasa, kempen anti sumbang mahram dan kempen anti dadah. Kempen kesedaranberkenaan anti pencemaran bunyi juga sangat wajar dianjurkan oleh KementerianSains, Teknologi dan Alam Sekitar. Masyarakat terutama golongan sasar perludiingatkan tentang nilai ”sepasang telinga”. PENCEMARAN UDARA4.0 PengenalanUdara merupakan faKtor yang penting dalam kehidupan, namun dengan meningkatnyapembangunan Bandar-bandar dan pusat industri, kualiti udara telah mengalamiperubahan. Udara yang dulunya segar, kini telah kering dan kotor. Perubahan iniberlaku adalah disebabkan kemasukkan bahan pencemar ke dalam udara. Pencemaran Udara4.1 Definsi Pencemaran UdaraPencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yangterkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau 14
  15. 15. bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatifkepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akanmasuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliranoksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit sepertipenyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia. Habuk, asap, kabus,wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakanpelbagai bentuk pencemaran udara.Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan kehadiran sebarang gasatau zarah yang mengandungi toksik atau radioaktif dalam atmosfera, khususnya yangterhasil menerusi kegiatan manusia. Biasanya pencemaran udara dikaitkan denganpelepasan asap atau bahan-bahan cemar lain daripada ekzos kenderaan, stesenpenjana kuasa, kilang, loji serta pembakaran bahan api fosil secara domestik dikawasan bandar dan industri.Namun demikian, bahan cemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di kawasanpedalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak, perlombongan yangmenghasilkan habuk ataupun amalan pertanian seperti pendebungaan danpenyemburan baja. Pencemaran udara juga boleh terjadi secara tabii menerusipenyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina, letusan gunung berapi, tiupan wapair oleh ombak dan sebagainya.Pencemaran udara dikatakan berlaku apabila sesuatu bahan ataupun kumpulan bahan-bahan dimasukkan ke udara sehinggakan ia dapat mempengaruhi manusia, haiwan,tumbuh-tumbuhan atau bahan lain (Chambers, 1962). Banyak lagi definisi yang bolehdiberikan tentang pencemaran udara ini. Menurut Wark dan Warner (1901), pencemaranudara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan cemar atau gabungannya di dalamatmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang bolehberkecenderungan menyebabkan mudarat kepada kehidupan manusia, tumbuhan atauhaiwan atau harta benda yang akan menganggu suasana kehidupan yang tenteram.Selain itu, pencemaran udara menurut Wikipedia Bahasa Melayu iaitu pelepasan bahankimia berbahaya ke dalam atmosfera. Contoh bahan pencemar termasuk karbonmonoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan 15
  16. 16. oleh kenderaan dan kilang industri. Dalam keadaan tertentu, pencemaran boleh berasaldari sumber-sumber semula jadi seperti gunung berapi, pembakaran hutan ataupun ributdebu. Tetapi pada keseluruhannya sumbangan dari sumber-sumber semula jadi iniadalah kecil jika dibandingkan dengan bahan-bahan pencemaran yang dikeluar ataudigalakkan dari manusia sendiri.4.2 Jenis Pencemaran UdaraPencemaran udara terbahagi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer danpencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer adalah penghasilan sulfurmonoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidaklengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara danmemberi kesan sampingan kepada kesihatan kita. Kebanyakan pencemaran udaraprimer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapurarang atau kayu.Pencemaran udara sekunder pula adalah tindakbalas sulfur dioksida yang bergabungdan membentuk gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup. Sulfur dioksidamemerlukan gas seperti karbon monoksida dan sulfur monoksida untuk membentuk gasyang lain. Sebagai contoh gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akanmenghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gasterampai di atmosfera akan menghasilkan peroksidasetil nitrat (PAN).4.3 Punca Pencemaran UdaraPencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilanbahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaranterbuka di bandar. Selain itu pembakaran hutan yang berleluasa juga akanmenyebabkan pencemaran udara berlaku. Seperti yang kita dapat lihat kejadian jerebuyang berlaku tidak lama dulu. Bahan-bahan sisa bandaran seperti sampah sarap, sisa-sisa makanan dan sebagainya juga menjadi punca kepada pencemaran. Masyarakatjuga menyumbang kepada punca pencemaran berlaku akibat daripada aktiviti 16
  17. 17. membakar sampah, ada juga segelintir masyarakat yang masih memasakmenggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya lagi.4.4 Kesan Pencemaran UdaraAkibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negarakita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesatberbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu. Malangnya kecanggihan teknologipembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnyapencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi.Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranyaterkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melaluipenggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangatberacun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak. 17
  18. 18. LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITARMemandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkahwajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlahtanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Berikutmerupakan beberapa langkah yang boleh diambil oleh semua pihak dalam menanganiisu alam sekitar yang semakin berleluasa di negara kita.Pertama, penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitaradalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkinuntuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan adanya teknologi moden, sisapepejal seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kacadapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yangdisebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.Selain itu, bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahanyang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikanbahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampaskelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan metana. Selain itu, dengan adanyateknologi moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dancerobong asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum jugamerupakan satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkankandungan plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah satuusaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan adanya 18
  19. 19. teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi kurangmencemarkan alam sekitar.Kedua, melalui penerapan Ilmu Pendidikan Alam dalam Kurikulum. Tanggungjawabuntuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh kerajaan tetapipatut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawabkepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupukkesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebabpendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif diriterhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akansedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan. Ini keranamereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan timbul akibat sesuatu perbuatanyang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendahmelalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam mata pelajaran Alam danManusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM), khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi.Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains, Alam Sekitardan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat umum puladisampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan perananyang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat jugaagensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.Ketiga, peranan yang dimainkan oleh pihak Media Massa. Pada hari ini media massamemainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa tentang isu pencemaran,masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakatini, media massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaranialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini contohTV3 dan TV7 tetapi adalah terlalu sedikit ditekankan keutamaanya.Keempat, mengadakan kempen melindungi alam sekitar. Dengan menyertai sesuatukempen untuk melindungi alam sekitar, ia adalah sesuatu yang sihat dan amatdigalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen 19
  20. 20. cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya.Pameran tentang alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberitahu kepadamasyarakat tentang isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannyadan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Pameran sebeginiboleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alamsekitar. KESIMPULANMalaysia sememangnya sebuah negara yang berkembang pesat serta maju dalampelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, ramai yang tidakmenyedari bahawa ia juga membawa kesan sampingan terhadap alam sekitar.Kegiatan-kegiatan perusahan atau perkilangan asap-asap menyebabkan pencemaranudara dan pembuangan toksik menyebabkan pencemaran air. Selain itu,kegiatanpembangunan dan penerokaan hutan telah mengganggu sistem ekologi bumi danmengakibatkan hakisan tanah. Terdapat punca-punca lain yang menyebabkanpencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang mencemarkan udara dan air,kegiatan perladangan dan sebagainya.Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaanberasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkanbumi ini sebagai rumah kita. Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kitadan hidupan lainnya hidup bebas. Perasaan hormat harus diberikan kepada semuabentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakanmanusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormatterhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraanalam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untukmendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkahwajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlahtanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. 20
  21. 21. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalahpencemaran. Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran,sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindungmencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunansains dan teknologi negara di masa akan datang. BIBLIOGRAFIBugliarello,G. et.al, 1976. The Impact of Noise Pollution. New York : Pergamon Press.Chambers L.A, 1962. Classification and Extent of air pollution problems. In Stern. A.C. (ed) Air Pollution, p.3-22.Daryanto. 1995. Masalah Pencemaran. TARSITO, Bandung.Dr. Ir Moestikahadi Soedomo. 1999. Pencemaran Udara. ITB, Jakarta.Freeman, Hugh L. 1984. Mental Health and The Enviroment. Livingstone : Churchill.Hamidi Abdul Aziz. 2008. Pencemaran Bunyi : Teori, Sumber, Perundangan dan Kawalan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Jasiman Ahmad. 1996. Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemar Alam. Eddiplex Sdn.bhd, Kuala Lumpur.Jasman Ahmad dan Siti Razmah Idris. 1996. Pencemaran Udara dan Bunyi. Mikamas.Mansor Ibrahim dan Mohd Asri Abu Bakar. 1997. Pencemaran Bunyi Bising. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. 21
  22. 22. Mulholland, K.A. 1981. Noise Assesment and Control. London : Construction Press.OECD (1975). Reducing Noise in OECD Countries, A Report of The Ad-Hoc Group On Noise Abatement Policies. Paris.Sham Sani. 1982. Pembandaran Iklim Bandar dan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Wark,K. dan Warner,C.F. 1981. Air Pollution : Its Origin and Control. Edisi Kedua. New York : John Wiley and Sons.Zaini Ujang. 2000. Pengenalan Pencemaran Udara. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. 2003._________.2009. Sources Of Water Pollution http://www.doe.gov.my/ms/content/punca-pencemaran-air-sungai. (dilayari 14 Januari 2009)._________. 2008. Wikipedia Bahasa Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran. (dilayari 7 Januari 2009). 22

×