Sejarah Malaysia
Tema 4 : Pengisian Kemerdekaan
Bab 13 : Wawasan 2020
Latar Belakang
 Ahli ekonomi
meramalkan Malaysia
sudah berada di
landasan untuk
menjadi sebuah
Negara maju.
Malaysia, Thailand
dan Singapura ketika
itu diberi jolokan
nama “Harimau Asia”
yang bermaksud
Negara perindustrian
baharu.
Perdana Menteri Malaysia ketika itu,
Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku
arkitek pemodenan Malaysia segera
menubuhkan Majlis Perdagangan
Malaysia sebagai sebuah badan
penasihat kerajaan yang dianggotai
oleh para pegawai kanan kerajaan
dan tokoh-tokoh utama sektor
korporat negara. Beliau bertindak
sebagai pengerusi majlis tersebut.
 Semasa pelancaran Majlis
Perdagangan Malaysia pada
28 Februari 1991, Tun Dr.
Mahathir Mohammad telah
membentangkan satu kertas
kerja yang bertajuk
Malaysia : Melangkah
Maju ke Hadapan. Kertas
kerja itu melakarkan
rancangan jangka panjang
negara untuk tempoh 30
tahun mulai tahun itu.
 Kertas kerja tersebut
mengandungi satu
pemikiran dan rangka
tentang arah haluan
pembangunan negara serta
langkah-langkah yang perlu
diambil oleh Malaysia
untuk menjadi sebuah
negara maju menjelang
tahun 2020. Gagasan
pemikiran yang terkandung
dalam kertas kerja itu
dinamakan Wawasan 2020.
Perspektif
 Wawasan 2020
diperkenalkan sebagai garis
panduan dan rangka kerja
tentang pendekatan yang
harus diambil untuk
memulakan langkah bagi
satu perjalanan jauh yang
bakal ditempuh oleh negara
pada masa hadapan.
 Malaysia akan menjadi sebuah
Negara yang benar-benar maju,
bersatu, mampu berdikari,
progresif dan makmur. Rakyat
Malaysia pula berpeluang
menikmati kehidupan yang
lebih sempurna dalam sebuah
masyarakat yang demokratik,
bertolak ansur, bermoral, adil,
mampu bersaing, dinamik serta
mempunyai daya tahan yang
tinggi.
 Wawasan 2020 telah menggariskan hasrat
Malaysia untuk menjadi negara maju
mengikut caranya yang tersendiri tanpa
terikat dengan rupa bentuk negara maju
di Barat. Kemajuan yang ingin dicapai itu
tidak dari sudut fizikal semata-mata,
tetapi kemajuan bersepadu dengan sebuah
masyarakat yang dilengkapi dengan nilai
moral dan etika yang tinggi serta mampu
untuk berdaya saing.
Usaha Menuju Negara Maju
Strategi Pelaksanaan
 Program Latihan
Khidmat Negara
(PLKN) telah
diperkenalkan pada
tahun 2003 untuk
membina dan
mengukuhkan semangat
patriotisme, semangat
perpaduan dan
membentuk perwatakan
positif dalam kalangan
generasi muda.
 Mata pelajaran seperti
Kewarganegaraan,
Pendidikan Moral dan
Pendidikan sivik telah
dijadikan mata
pelajaran wajib
dipelajari oleh murid di
sekolah sebagai usaha
melahirkan generasi
yang bermoral dan
berintegriti.
 Galakan sepenuhmya
diberi kepada usaha-
usaha penyelidikan dan
pembanguan (R&D)
untuk memajukan
bidang sains dan
teknologi supaya
Malaysia tidak terlalu
bergantung kepada
teknologi yang dibawa
masuk dari luar.
Mata pelajaran Teknologi
Maklumat telah
diperkenalkan di peringkat
sekolah menengah pada
tahun 1999 dan dijadikan
salah satu mata pelajaran
dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM)
untuk melahirkan
masyarakat yang mahir
dalam teknologi maklumat.
 Projek infrastruktur mega
seperti Koridor Raya
Moltimedia (MSC) telah
dilaksanakan dengan tujuan
untuk melahirkan
masyarakat saintifik dan
progresif.
1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu
padu
 Sekolah wawasan sebagai perkongsian
kemudahan antara sekolah jenis
kebangsaan.
 Program Khidmat Negara untuk
memupuk semangat patriotik dan cinta
akan Negara dalam kalangan remaja.
2. Membina masyarakat berjiwa bebas dan
berkeyakinan.
 “Malaysia Boleh” diperkenalkan pada
tahun 1990 sebagai cogan kata untuk
meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia.
3. Memupuk masyarakat demokratik yang
matang.
 Majlis Perundingan Ekonomi Negara
(MAPEN) sebagai forum perbincangan
untuk menggubal dasar ekonomi negara.
4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral
dan beretika.
 Subjek Pendidikan Islam dan Moral
ditekankan dalam sitem pembelajaran di
peringkat sekolah.
5. Mewujudkan masyarakat yang matang,
liberal dan bertoleransi.
 Program Citrawarna diadakan setiap
tahun untuk menonjolkan keunikan
kebudayaan setiap kaum dan negeri.
6. Membina masyarakat yang maju dan
saintifik.
 Koridor Raya Multimedia (MSC)
sebagai landasan ke arah menjadi
Negara maju.
 “ Sekolah Bestari” sebagai persediaan
melahirkan masyarakat celik komputer.
 Subjek teknologi Maklumat dimulakan
di peringkat SPM sebagai langkah
melahirkan tenaga mahir dalam bidang
ICT.
 Bidang teknik, vokasional dan
politeknik yang berteraskan kemahiran
ditambah.
7. Mewujudkan masyarakat dan budaya
penyayang.
 Hotline 8003040 untuk membantu
mangsa penganiyaan.
 Akta Keganasan Rumah Tangga, 1995
untuk membantu masalah rumah.
 Yayasan Penyayang Malaysia dan
PERKIM untuk membantu anak yatim.
8. Menjamin masyarakat adil dan saksama
dari segi ekonomi.
 Melahirkan masyarakat perdagangan
dan perindustrian bumiputera untuk
meningkatkan penyertaan bumiputera
dalam kegiatan ekonomi moden.
9. Memupuk dan membina masyarakat
makmur.
 Penggunaan gentian optik oleh Telekom
Malaysia, Sistem LRT, dan Monorel
sebagai langkah untuk meningkatkan
taraf perkhidmatan kepada rakyat.

SEJARAH MALAYSIA STPM : Wawasan 2020

  • 1.
    Sejarah Malaysia Tema 4: Pengisian Kemerdekaan Bab 13 : Wawasan 2020
  • 2.
    Latar Belakang  Ahliekonomi meramalkan Malaysia sudah berada di landasan untuk menjadi sebuah Negara maju. Malaysia, Thailand dan Singapura ketika itu diberi jolokan nama “Harimau Asia” yang bermaksud Negara perindustrian baharu. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad selaku arkitek pemodenan Malaysia segera menubuhkan Majlis Perdagangan Malaysia sebagai sebuah badan penasihat kerajaan yang dianggotai oleh para pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh utama sektor korporat negara. Beliau bertindak sebagai pengerusi majlis tersebut.
  • 3.
     Semasa pelancaranMajlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah membentangkan satu kertas kerja yang bertajuk Malaysia : Melangkah Maju ke Hadapan. Kertas kerja itu melakarkan rancangan jangka panjang negara untuk tempoh 30 tahun mulai tahun itu.  Kertas kerja tersebut mengandungi satu pemikiran dan rangka tentang arah haluan pembangunan negara serta langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan pemikiran yang terkandung dalam kertas kerja itu dinamakan Wawasan 2020.
  • 4.
    Perspektif  Wawasan 2020 diperkenalkansebagai garis panduan dan rangka kerja tentang pendekatan yang harus diambil untuk memulakan langkah bagi satu perjalanan jauh yang bakal ditempuh oleh negara pada masa hadapan.  Malaysia akan menjadi sebuah Negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat Malaysia pula berpeluang menikmati kehidupan yang lebih sempurna dalam sebuah masyarakat yang demokratik, bertolak ansur, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik serta mempunyai daya tahan yang tinggi.
  • 5.
     Wawasan 2020telah menggariskan hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju mengikut caranya yang tersendiri tanpa terikat dengan rupa bentuk negara maju di Barat. Kemajuan yang ingin dicapai itu tidak dari sudut fizikal semata-mata, tetapi kemajuan bersepadu dengan sebuah masyarakat yang dilengkapi dengan nilai moral dan etika yang tinggi serta mampu untuk berdaya saing.
  • 6.
    Usaha Menuju NegaraMaju Strategi Pelaksanaan  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada tahun 2003 untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotisme, semangat perpaduan dan membentuk perwatakan positif dalam kalangan generasi muda.  Mata pelajaran seperti Kewarganegaraan, Pendidikan Moral dan Pendidikan sivik telah dijadikan mata pelajaran wajib dipelajari oleh murid di sekolah sebagai usaha melahirkan generasi yang bermoral dan berintegriti.  Galakan sepenuhmya diberi kepada usaha- usaha penyelidikan dan pembanguan (R&D) untuk memajukan bidang sains dan teknologi supaya Malaysia tidak terlalu bergantung kepada teknologi yang dibawa masuk dari luar.
  • 7.
    Mata pelajaran Teknologi Maklumattelah diperkenalkan di peringkat sekolah menengah pada tahun 1999 dan dijadikan salah satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melahirkan masyarakat yang mahir dalam teknologi maklumat.  Projek infrastruktur mega seperti Koridor Raya Moltimedia (MSC) telah dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan masyarakat saintifik dan progresif.
  • 9.
    1. Membina bangsaMalaysia yang bersatu padu  Sekolah wawasan sebagai perkongsian kemudahan antara sekolah jenis kebangsaan.  Program Khidmat Negara untuk memupuk semangat patriotik dan cinta akan Negara dalam kalangan remaja. 2. Membina masyarakat berjiwa bebas dan berkeyakinan.  “Malaysia Boleh” diperkenalkan pada tahun 1990 sebagai cogan kata untuk meningkatkan keyakinan rakyat Malaysia. 3. Memupuk masyarakat demokratik yang matang.  Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) sebagai forum perbincangan untuk menggubal dasar ekonomi negara. 4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.  Subjek Pendidikan Islam dan Moral ditekankan dalam sitem pembelajaran di peringkat sekolah.
  • 10.
    5. Mewujudkan masyarakatyang matang, liberal dan bertoleransi.  Program Citrawarna diadakan setiap tahun untuk menonjolkan keunikan kebudayaan setiap kaum dan negeri. 6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.  Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai landasan ke arah menjadi Negara maju.  “ Sekolah Bestari” sebagai persediaan melahirkan masyarakat celik komputer.  Subjek teknologi Maklumat dimulakan di peringkat SPM sebagai langkah melahirkan tenaga mahir dalam bidang ICT.  Bidang teknik, vokasional dan politeknik yang berteraskan kemahiran ditambah.
  • 11.
    7. Mewujudkan masyarakatdan budaya penyayang.  Hotline 8003040 untuk membantu mangsa penganiyaan.  Akta Keganasan Rumah Tangga, 1995 untuk membantu masalah rumah.  Yayasan Penyayang Malaysia dan PERKIM untuk membantu anak yatim. 8. Menjamin masyarakat adil dan saksama dari segi ekonomi.  Melahirkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden. 9. Memupuk dan membina masyarakat makmur.  Penggunaan gentian optik oleh Telekom Malaysia, Sistem LRT, dan Monorel sebagai langkah untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kepada rakyat.