SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
TEMA
• Pengalaman seorang pelancong yang suka
melancong serta terjerat dengan pembelian jaket
kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga
hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta
dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-
haiwan yang dilindungi demi kelangsungan
kehidupan moden.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
PERSOALAN
1. Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan
haiwan liar. Contohnya, kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat
dijadikan jaket.
2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi
etika perniagaan. Contohnya, peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul
memaksa seseorang membeli barangannya.
3. Aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan
pengetahuan. Contohnya, penulis banyak memperoleh pengalaman
pahit manis daripada aktiviti pelancongan yang disertainya.
4. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi. Contohnya, hasil
penulisan Mevlina Celaleddin Al-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak
mengandungi pengajaran kepada pembaca dan sewajarnya dicontohi.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Watak dan Perwatakan
1. Watak utama - Mas.
2. Watak sampingan -Lelaki Turki (peniaga),
Encik Yuksel, Kak Chah, Dr. Liza, Hajah
Zalehon, Hajah Normah, Shahmeem, Haji
Helmi, Cikgu Juliah, Mevlana Celaleddin Ar-
Rumi, Nasreddin Hodja, dan sebagainya.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Penulis (Mas)
1. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki.
2. Seorang yang bersopan santun. Contohnya, Mas tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun
menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki.
3. Seorang yang baik hati kerana membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya.
4. Seorang yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, Mas telah membuat perancangan lebih awal
sebelum berbelanja.
5. Mas suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor.
6. Seorang yang sensitif dan perasa. Contohnya, Mas tidak gembira apabila melihat nilai-nilai kasih
sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
7. Seorang yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaket
kepada zoo yang ada kandang kijang.
8. Seorang yang penyabar. Contohnya, Mas tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan
buruk oleh pekedai di Turki.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Lelaki Turki
1. Lelaki ini berniaga di Grand Bazaar, Istanbul.
2. Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan.
3. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga. Contohnya, dia menuduh Mas bukan
wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya.
Shahmeem
1. Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul.
2. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan
dengannya.
3. Seorang yang baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah
daripada harga asal yang dibelinya.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Mevlana Celaleddin Ar-Rumi
1. Beliau berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya.
2. Beliau telah menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya.
3. Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa,
agama, dan negara.
4. Beliau menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya sehingga Islam tersebar.
Nasreddin Hodja
1. Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng.
2. Beliau dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki.
3. Beliau mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris.
4. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan.
5. Jenakanya bersifat intelektual
6. Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Latar
Latar Tempat
1. Istanbul, Turki. Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istanbul, Turki.
2. Grand Bazaar. Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di situ.
3. Sebuah kedai di Grand Bazaar. Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ.
4. Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Al-Rumi and The Whirling Dervishes di
dalam sebuah bas.
Latar Masa
1. Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit
kijang.
2. Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.
3. Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang suka melancong. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya melancong ke Istanbul,
Turki.
2. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Mas membelikan saudara mara dan rakan-rakannya
cenderamata ketika melancong di Turki.
3. Masyarakat peniaga yang tidak beretika. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar memaksa Mas
membeli jaket kulit yang dijualnya.
4. Masyarakat yang suka membaca. Contohnya, Mas gemar membaca hasil karya penulis tersohor.
5. Masyarakat yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan
jaketnya kepada zoo yang ada kandang kijang.
6. Masyarakat yang pandai berpura-pura. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar berpura-pura
baik namun bersikap kasar apabila barangannya tidak dibeli.
7. Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti. Contohnya, hasil
penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan
rujukan masyarakat selepasnya.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Plot
Binaan Plot.
1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.
2. Permulaan atau pengenalan cerpen ini dimulai apabila penulis menyertai
sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis
memerihalkan duit bekalan yang dibawanya dan perancangannya untuk
membeli cenderamata bagi kaum keluarga dan sahabat handainya.
3. Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini
berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand Bazaar. Mereka dinasihati
oleh pemandu pelancong agar lebih berhati-hati kerana tidak mahu mereka
terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
4. Tahap perumitan bermula apabila seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati
terhadap penulis yang tidak membeli jaket yang telah dicubanya. Peniaga
tersebut menuduh penulis sebagai perempuan muslim yang tidak baik selain
mengeluarkan kata-kata kasar.
5. Klimaks cerpen ini adalah apabila penulis ingin menjual jaket tersebut
apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego
pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai.
6. Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis mendermakan wang jualan
jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda
muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia
yang penuh kemodenan.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Teknik Plot
Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan digunakan oleh Maskiah Haji
Masrom untuk mengembangkan plot cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”.
1. Teknik pemerian. Contohnya:
Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket
kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket
tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di katil. Aku hanya
membayar USD 100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada
harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. (hlm. 79)
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
2. Teknik dialog. Teknik ini menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi.
Menerusi dialog antara watak, cerita dikembangkan oleh penulis. Contohnya:
(a) “Nak beli ke?” tanya Kak Chah.
“Macam nak beli. Untuk abang saya. Tak tanya harga lagi. Takut kena tipu,”
jawabku sambil membetul-betulkan tali beg silang di bahu. (hlm. 69)
(b) “Cubalah, Mas,” kata Kak Chah tiba-tiba.
“Yalah, bukan kena bayar. Bila lagi nak rasa? Mahal jaket tu kat Malaysia.
Beribu-ribu ringgit agaknya.” celah Shahmeem pula.
“Pandai juga orang Turki ini. Dia tak suruh kita bertiga cuba. Maklumlah kita
tembam-tembam. Mahu rabak jaket tu,” tambah Hajah Zalehon sambil ketawa
berderai-derai. (hlm. 72)
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
3. Teknik imbas kembali. Contohnya:
Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit
kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima
lawatanku di Turki. Aku sengaja menggunakan
perkataan ‘terbeli’ kerana aku benar-benar tidak
ada niat untuk membelinya. (hlm. 67)
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Gaya Bahasa
1. Dalam aspek diksi atau pemilihan kata, pengarang telah menggunakan beberapa perkataan bahasa
Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris.
2. Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat
panjang. Contoh penggunaan ayat pendek:
(a) “Jangan peduli. Bahaya. Nanti kena rampas polis. Duit lesap, barang tak dapat,” nasihat Kak
Chah yang sentiasa bersikap berhati-hati. (hlm. 78)
(b) Lelaki itu mengangguk. Shahmeem pantas mengira duit. (hlm. 78)
3. Simile. Contohnya:
(a) seperti diri sendiri (hlm. 71)
(b) seperti gaya putera raja (hlm. 73)
(c) bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai (hlm. 73)
(d) seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri (hlm. 80)
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
4. Bahasa Inggeris. Contohnya:
(a) “Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have
many leather jackets. Come in. You want to try?” (hlm. 69)
(b) “Please come in, all Muslim ladies. There are many colours and design inside. I will give all of
you the best price.” Pujuk pekedai Turki itu lagi. (hlm. 69)
5. Perulangan kata. Contohnya:
(a) Kasih sayang sesama insan sepatutnya disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa
bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia perlu dilayan dengan sebaik bicara. (hlm.
76)
(b) Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua jangan berjalan
sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai.
Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. (hlm. 68)
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Nilai
1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata
untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.
2. Nilai berhemat. Contohnya, penulis membuat perancangan lebih awal bagi
mengawal perbelanjaannya.
3. Nilai kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap
tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya
membeli jaket.
4. Nilai mencintai hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan
hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan
sayangnya terhadap hidupan liar.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
5. Nilai kesopanan. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap
sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai.
6. Nilai suka menimba ilmu. Contohnya, penulis minat membaca
terutama hasil karya penulis tersohor.
7. Nilai kemanusiaan. Contohnya, penulis berasa sedih apabila pihak
polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual
barangan pasar gelap.
8. Nilai penghargaan. Contohnya, penulis amat menghargai hasil
tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Pengajaran
1. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan
pengalaman dengan melancong ke luar negara. Contohnya, penulis melancong ke
Istanbul, Turki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.
2. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Contohnya, penulis merancang
perbelanjaan dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli.
3. Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau
menggunakan kekerasan terhadap pelanggan. Contohnya, pekedai di Grand Bazaar
bertindak kasar apabila penulis enggan membeli jaket di kedainya.
4. Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat
pelanggan. Contohnya, pemandu pelancong, Encik Yuksel mengingatkan rombongan
pelancong agar berhati-hati apabila berhadapan dengan peniaga di Istanbul.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
5. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami
kepupusan. Contohnya, penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada mana-
mana zoo yang memiliki kandang kijang.
6. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin. Contohnya,
penulis berasa simpati terhadap wanita tua yang menjual makanan burung di Trafalgar
Square.
7. Kita hendaklah menghargai jasa penulis-penulis dahulu yang banyak mencurahkan
ilmu pengetahuan. Contohnya, penulis menghargai jasa penulis seperti Mevlana
Celaleddin Rumi dan Nasreddin Hodja.
8. Kita perlulah rasional ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak
diperlukan. Contohnya, penulis hanya membeli barangan yang telah dirancang dan
tidak membuat pembelian barangan yang tidak diperlukan.
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
Latihan
1. Mengapakah penulis tidak begitu gembira dengan jaket
kulit yang dibelinya? [2 markah]
2. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil
oleh kerajaan bagi menceriakan industri pelancongan di
negara ini? Kemukakan tiga langkah tersebut. (KBAT)
[3 markah]
3. Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan satu
lagi nilai berdasarkan keseluruhan petikan. [4 markah]
DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI

More Related Content

What's hot

Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifhaniffpotter
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungCpf Chong
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxCheJamil
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)FaFai S.
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfNurSyhzn
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)firo HAR
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan imanzulhilmi94
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk firo HAR
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal firo HAR
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifTuty Erahayu
 

What's hot (20)

Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabungDiftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
Diftong, digraf, vokal berganding, konsonan bergabung
 
Syair
SyairSyair
Syair
 
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptxBM THN 2 KATA DASAR.pptx
BM THN 2 KATA DASAR.pptx
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdfPEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
PEJABAT KARANG MENGARANG &PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR .pdf
 
Nik safiah karim
Nik safiah karimNik safiah karim
Nik safiah karim
 
Syair
Syair Syair
Syair
 
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)Suku kata (Terbuka & Tertutup)
Suku kata (Terbuka & Tertutup)
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
Ayat tunggal
Ayat tunggal Ayat tunggal
Ayat tunggal
 
3. tatabahasa
3. tatabahasa3. tatabahasa
3. tatabahasa
 
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
( Bahasa Melayu ) Kata Kerja
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif
 
Subjek dan predikat
Subjek dan predikatSubjek dan predikat
Subjek dan predikat
 
Tulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawiTulisan kawi dan jawi
Tulisan kawi dan jawi
 

Recently uploaded

AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxSaefAhmad
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptxPPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
PPT PENELITIAN TINDAKAN KELAS MODUL 5.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 

Jaket Kulit Kijang

  • 1. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 2. TEMA • Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan- haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 3. PERSOALAN 1. Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar. Contohnya, kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket. 2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika perniagaan. Contohnya, peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa seseorang membeli barangannya. 3. Aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan. Contohnya, penulis banyak memperoleh pengalaman pahit manis daripada aktiviti pelancongan yang disertainya. 4. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi. Contohnya, hasil penulisan Mevlina Celaleddin Al-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak mengandungi pengajaran kepada pembaca dan sewajarnya dicontohi. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 4. Watak dan Perwatakan 1. Watak utama - Mas. 2. Watak sampingan -Lelaki Turki (peniaga), Encik Yuksel, Kak Chah, Dr. Liza, Hajah Zalehon, Hajah Normah, Shahmeem, Haji Helmi, Cikgu Juliah, Mevlana Celaleddin Ar- Rumi, Nasreddin Hodja, dan sebagainya. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 5. Penulis (Mas) 1. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki. 2. Seorang yang bersopan santun. Contohnya, Mas tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki. 3. Seorang yang baik hati kerana membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya. 4. Seorang yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, Mas telah membuat perancangan lebih awal sebelum berbelanja. 5. Mas suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor. 6. Seorang yang sensitif dan perasa. Contohnya, Mas tidak gembira apabila melihat nilai-nilai kasih sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. 7. Seorang yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang. 8. Seorang yang penyabar. Contohnya, Mas tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 6. Lelaki Turki 1. Lelaki ini berniaga di Grand Bazaar, Istanbul. 2. Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan. 3. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga. Contohnya, dia menuduh Mas bukan wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya. Shahmeem 1. Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul. 2. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya. 3. Seorang yang baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 7. Mevlana Celaleddin Ar-Rumi 1. Beliau berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya. 2. Beliau telah menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya. 3. Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama, dan negara. 4. Beliau menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya sehingga Islam tersebar. Nasreddin Hodja 1. Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng. 2. Beliau dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki. 3. Beliau mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris. 4. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. 5. Jenakanya bersifat intelektual 6. Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 8. Latar Latar Tempat 1. Istanbul, Turki. Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istanbul, Turki. 2. Grand Bazaar. Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di situ. 3. Sebuah kedai di Grand Bazaar. Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ. 4. Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Al-Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas. Latar Masa 1. Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit kijang. 2. Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market. 3. Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 9. Latar Masyarakat 1. Masyarakat yang suka melancong. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya melancong ke Istanbul, Turki. 2. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Mas membelikan saudara mara dan rakan-rakannya cenderamata ketika melancong di Turki. 3. Masyarakat peniaga yang tidak beretika. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar memaksa Mas membeli jaket kulit yang dijualnya. 4. Masyarakat yang suka membaca. Contohnya, Mas gemar membaca hasil karya penulis tersohor. 5. Masyarakat yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaketnya kepada zoo yang ada kandang kijang. 6. Masyarakat yang pandai berpura-pura. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar berpura-pura baik namun bersikap kasar apabila barangannya tidak dibeli. 7. Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti. Contohnya, hasil penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan rujukan masyarakat selepasnya. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 10. Plot Binaan Plot. 1. Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi. 2. Permulaan atau pengenalan cerpen ini dimulai apabila penulis menyertai sekumpulan pelancong dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki. Penulis memerihalkan duit bekalan yang dibawanya dan perancangannya untuk membeli cenderamata bagi kaum keluarga dan sahabat handainya. 3. Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand Bazaar. Mereka dinasihati oleh pemandu pelancong agar lebih berhati-hati kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 11. 4. Tahap perumitan bermula apabila seorang peniaga lelaki tidak berpuas hati terhadap penulis yang tidak membeli jaket yang telah dicubanya. Peniaga tersebut menuduh penulis sebagai perempuan muslim yang tidak baik selain mengeluarkan kata-kata kasar. 5. Klimaks cerpen ini adalah apabila penulis ingin menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya bagi menghilangkan sifat ego pembeli bahawa dia sebenarnya membeli barangan terpakai. 6. Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 12. Teknik Plot Pelbagai teknik plot atau teknik penulisan digunakan oleh Maskiah Haji Masrom untuk mengembangkan plot cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”. 1. Teknik pemerian. Contohnya: Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di katil. Aku hanya membayar USD 100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi. (hlm. 79) DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 13. 2. Teknik dialog. Teknik ini menunjukkan watak dalam cerpen berkomunikasi. Menerusi dialog antara watak, cerita dikembangkan oleh penulis. Contohnya: (a) “Nak beli ke?” tanya Kak Chah. “Macam nak beli. Untuk abang saya. Tak tanya harga lagi. Takut kena tipu,” jawabku sambil membetul-betulkan tali beg silang di bahu. (hlm. 69) (b) “Cubalah, Mas,” kata Kak Chah tiba-tiba. “Yalah, bukan kena bayar. Bila lagi nak rasa? Mahal jaket tu kat Malaysia. Beribu-ribu ringgit agaknya.” celah Shahmeem pula. “Pandai juga orang Turki ini. Dia tak suruh kita bertiga cuba. Maklumlah kita tembam-tembam. Mahu rabak jaket tu,” tambah Hajah Zalehon sambil ketawa berderai-derai. (hlm. 72) DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 14. 3. Teknik imbas kembali. Contohnya: Kisah aku akhirnya ‘terbeli’ jaket kulit kijang dari Istanbul ini bermula pada hari kelima lawatanku di Turki. Aku sengaja menggunakan perkataan ‘terbeli’ kerana aku benar-benar tidak ada niat untuk membelinya. (hlm. 67) DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 15. Gaya Bahasa 1. Dalam aspek diksi atau pemilihan kata, pengarang telah menggunakan beberapa perkataan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris. 2. Dari segi pembinaan ayat, pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang. Contoh penggunaan ayat pendek: (a) “Jangan peduli. Bahaya. Nanti kena rampas polis. Duit lesap, barang tak dapat,” nasihat Kak Chah yang sentiasa bersikap berhati-hati. (hlm. 78) (b) Lelaki itu mengangguk. Shahmeem pantas mengira duit. (hlm. 78) 3. Simile. Contohnya: (a) seperti diri sendiri (hlm. 71) (b) seperti gaya putera raja (hlm. 73) (c) bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai (hlm. 73) (d) seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri (hlm. 80) DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 16. 4. Bahasa Inggeris. Contohnya: (a) “Hello lady! Assalamualaikum. Where are you come from? Singapore? Malaysia? We have many leather jackets. Come in. You want to try?” (hlm. 69) (b) “Please come in, all Muslim ladies. There are many colours and design inside. I will give all of you the best price.” Pujuk pekedai Turki itu lagi. (hlm. 69) 5. Perulangan kata. Contohnya: (a) Kasih sayang sesama insan sepatutnya disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia perlu dilayan dengan sebaik bicara. (hlm. 76) (b) Pertama, jangan beli barangan daripada penjual di tepi jalan. Kedua jangan berjalan sendirian. Ketiga, jangan beritahu negara asal sekiranya ditanya oleh para pekedai. Keempat, jangan naik ke tingkat atas kedai sekiranya dipelawa. (hlm. 68) DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 17. Nilai 1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air. 2. Nilai berhemat. Contohnya, penulis membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya. 3. Nilai kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket. 4. Nilai mencintai hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 18. 5. Nilai kesopanan. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai. 6. Nilai suka menimba ilmu. Contohnya, penulis minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor. 7. Nilai kemanusiaan. Contohnya, penulis berasa sedih apabila pihak polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual barangan pasar gelap. 8. Nilai penghargaan. Contohnya, penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 19. Pengajaran 1. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara. Contohnya, penulis melancong ke Istanbul, Turki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman. 2. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Contohnya, penulis merancang perbelanjaan dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli. 3. Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan. Contohnya, pekedai di Grand Bazaar bertindak kasar apabila penulis enggan membeli jaket di kedainya. 4. Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan. Contohnya, pemandu pelancong, Encik Yuksel mengingatkan rombongan pelancong agar berhati-hati apabila berhadapan dengan peniaga di Istanbul. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 20. 5. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan. Contohnya, penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada mana- mana zoo yang memiliki kandang kijang. 6. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin. Contohnya, penulis berasa simpati terhadap wanita tua yang menjual makanan burung di Trafalgar Square. 7. Kita hendaklah menghargai jasa penulis-penulis dahulu yang banyak mencurahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, penulis menghargai jasa penulis seperti Mevlana Celaleddin Rumi dan Nasreddin Hodja. 8. Kita perlulah rasional ketika berbelanja dan tidak membeli barangan yang tidak diperlukan. Contohnya, penulis hanya membeli barangan yang telah dirancang dan tidak membuat pembelian barangan yang tidak diperlukan. DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI
  • 21. Latihan 1. Mengapakah penulis tidak begitu gembira dengan jaket kulit yang dibelinya? [2 markah] 2. Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menceriakan industri pelancongan di negara ini? Kemukakan tiga langkah tersebut. (KBAT) [3 markah] 3. Jelaskan satu nilai berdasarkan petikan di atas dan satu lagi nilai berdasarkan keseluruhan petikan. [4 markah] DISEDIAKAN OLEH SITI AISHAH MD LADI