Laporan ini mengenal pasti Lebuhraya Persekutuan sebagai titik hitam kemalangan di Malaysia. Ia mencadangkan tindakan untuk mengurangkan kemalangan di sana seperti meletakkan papan tanda keselamatan dan had laju yang lebih banyak, menambah kamera perangkap laju dan lampu jalan, menutup jalan berlubang, dan mengenakan saman tinggi terhadap pemandu yang melanggar had laju atau memandu dalam keadaan mabuk
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 5.pdf
Tugasan audit keselamatan jalan raya
1. TUGASAN AUDIT
KESELAMATAN JALAN RAYA
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
SEM 1 2020/2021
PENSYARAH:
PROF DATO IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
NAMA:
AINUR MUNIERA BINTI HAIZULILAIL
(A172139)
2. TUGASAN:
Anda dikehendaki memilih titik hitam
(kawasan jalan raya yang banyak berlaku
kemalangan). Berikan cadangan ringkas
untuk mengurangkan kemalangan. Sertakan
laporan anda dengan gambar-gambar dan
lakaran. Laporan hendaklah dalam bentuk
slide.
3. Lebuhraya persekutuan
8 Disember 2020: Seorang pemandu lori maut,
manakala isterinya cedera dalam kemalangan
membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 30.7
Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah
Alam.
18 Ogos 2019: Kemalangan di Kilometer
17.4 Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam
pagi semalam meragut nyawa dua remaja
selepas motorsikal ditunggang mereka
terbabas melanggar penghadang jalan.
SUMBER: BERITA HARIAN
4. Punca kemalangan berlaku:
Lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan
terkenal dengan bahayanya terhadap
penunggang motosikal. Ianya gelap, sempit,
tidak diselenggarakan dengan baik.
Banyak benda-benda tajam seperti paku berada di
atas jalan tersebut.
Sikap penunggang motosikal juga adalah antara
penyumbang tegar kepada statistik kemalangan.
Pemandu juga sering membawa kenderaan mereka dengan
laju kerana jalan di situ yang lurus.
5. Cadangan ringkas untuk mengurangkan kemalangan:
Pihak berkuasa Jabatan Kerja Raya (JKR)
hendaklah meletakkan papan tanda keselamatan
dengan lebih banyak
Papan tanda had laju juga hendaklah
diperbanyakkan untuk memastikan
pemandu sentiasa mengawal hadlaju
kenderaan mereka.
6. Cadangan ringkas untuk mengurangkan kemalangan:
Kamera perangkap laju juga haruslah
diperbanyakkan supaya dapat mengenalpasti dan
menyaman mereka yang memandu melebihi hadlaju.
Disebabkan terdapat banyak kemalangan
yang berlaku melibatkan motorsikal di
lebuhraya ini kerana jalannya yang
gelap, lampu jalan di bahu jalan
hendaklah ditambah dengan lebih banyak
supaya keselamatan penunggang
motorsikal lebih terjamin.
7. Cadangan ringkas untuk mengurangkan kemalangan:
Jalan di situ juga tidak diselenggara dengan
baik, maka dengan itu semua jalan yang
berlubang hendaklah ditutup dengan tar.
Saman yang tinggi juga haruslah
dikenakan kepada pemandu yang
membawa kenderaan melebihi had
laju dan juga terhadap pemandu
yang mabuk.