SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
PEMARKAHAN




           PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

      KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALYSIA:
                      FALSAFAH DAN DASAR


                       TAJUK ESEI ILMIAH


          PERTERJEMAH KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES
         PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN
                              OPSYEN



                         DISEDIAKAN OLEH
                   NAMA                           NO. MATRIK
             MISRIAH BINTI SALIM                  D20112053785

PUSAT PEMELAJARAN: ELST 01
NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HAMIDAH BINTI YUSOF
TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012


ISI KANDUNGAN

                                   1
1. Abstrak……………………………………………………..                                                     3

   2. Pengenalan…………………………………………………                                                     3

   3. Dokumen Sukatan Pelajaran Tahunan Tahun 3…………...                                  4

   4. Elemen Pengetahuan………………………………………                                                 5

   5. Elemen Kemahiran…………………………………………                                                  6

   6. Nilai-nilai murni……………………………………………                                                7

   7. Elemen Merentas Kurikulum………………………………                                             8

   8. Peta Minda…………………………………………………                                                     9

   9. Ciri-ciri Pembangunan Insan………………………………                                           10

   10. Langkah-langkah Aplikasi Dalam Pengajaran…………….                                  12

   11. Penutup…………………………………………………….                                                     15

   12. Rujukan……………………………………………………                                                      16




1.Abstrak
Murid murid yang dididik masa kini akan menjadi pewaris bangsa. Mereka perlu dibimbing dan
dididik sebaik-baiknya agar menjadi manusia yang berguna di masa akan datang. Untuk
mencapai tujuan tersebut mereka harus dididik sejak kecil. Kurikulum dalam pendidikan telah
dibentuk untuk berdasarkan Falsafah Pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang
seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini amat penting kerana murid
murid dididik sekarang ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Dalam usaha
membina insan yang cemerlang, maka hendaklah dihubungkait            ilmu pengetahuan dengan
pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berterusan akan mewujudkan manusia yang
mempunyai peradaban tinggi. Menurut Muhd Nur Manuty (1984 ), Pendidikan amat penting

                                               2
untuk penyambungan, penerusan, survival mana-mana umat. Pendidikan juga merupakan alat
terpenting agi seseuah masyarakat bagi mencapai pelbagai matlamat. Dalam proses ini
membentuk murid yang cemerlang peranan pihak berwajib iaitu sekolah dan ibu-bapa harus
saling berkerjasama bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan sebaik mungkin.


2. Pengenalan.

Dalam Akta Pendidikan 1996 Kurikulum Kebangsaan adalah program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Kurikulum
Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Perkara-perkara yang
penting yang harus ada dalam Kurikulum adalah:

   1. Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang
       piawaia (standard) iaitu kurikulum kebangsaan seperti yang diperuntukkan di dalam
       seksyen 18
   2. Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan telahpun berubah selaras dengan
       perlaksanaan Akta Pendidikan 1996

   3. Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan
       kebangsaan telah bertambah dan bidang kuasa untuk bertindak juga kini lebih meluas.

   Merujuk laman Web di Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha
menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris.




                                              3
KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan
pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan
ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard
Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan.




   3. DOKUMEN SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN TAHUN 3 KSSR



Bidang / Tajuk      Standard kandungan         Standard Pembelajaran  Standard Prestasi
                                               3.1.1       Menyatakan B1D6E1
   3. Aqidah        3.1 Memahami Dan
                                               pengertian Kitab Allah
                    Meyakini konsep                                        Menyatakan
                    beriman kepada Kitab       3.1.2         Menyatakan pengertian          Kitab
                    Allah                      maksud beriman kepada Allah
                                               Kitab Allah
                                                                           B1D6E2
                                               3.1.3 Menyatakan hu
                                                                           Menyatakan maksud
                                               kum     beriman    kepada dan hukum beriman
                                               kitab                       kepada Kitab Allah.

                                               3.1.4Membaca dalil naqli B1D6E1
                                               beriman   kepada    Kitab
                                                                           4Membaca dalil naqli
                                               Allah dan pengertiannya.
                                                                           beriman kepada Kitab
                                                                           Allah             dan
                                                                           pengertiannya.




   4. PENGETAHUAN


                                                4
4.1 Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran Pengkhususan.

       Saya telah mengambil Sukatan KSSR tahun 3 bahagian Aqidah tajuk beriman Kepada
Kitab Allah. Dalam bidang pengetahuan tajuk ini akan memperkenalkan apa yang dimaksud
dengan kita Allah yang telah diturunkan kepada Rasul yang telah terpilih. Konsep Kitab itu
sendiri, nama –nama kitab dan kepada siapa Allah turunkan kitab tersebut. Dalam bab ini
pengetahuan khusus iaitu berkaitan dengan rukun Islam kerana beriman kepada Kitab Allah
adalah rukun Iman yang kedua. Maka wajar bagi murid mengetahui berkaitan dengan rukun
Iman sebelum memasuki bab yang lebih mendalam lagi berkaitan dengan tajuk ini. Selepas itu
maksud beriman dengan Kitab Allah. Cara bagaimana hendak beriman dengan Kitab Allah

       Manakala yang ketiga menyatakan hukum beriman kepada Kitab Allah. Pengetahuan
dalam mempercayai adanya kitab yang Allah turunkan kepada para RasulNya. Kita sebagai
manusia yang beriman wajib mempercayai bahawa adanya kitab-kitab Allah. Disinilah akan
dijelaskan kenapa seseorang Islam harus mempercayai Kitab-kitab Allah. Disertai lagi dengan
dalil yang terkandung dalam Al-Quran bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada sesesiapa
dikehendakiNya. Penekanan dalam tajuk ini ialah pengetahuan tentang konsep, hukum dan dalil
Beriman kepada Kitab-Kitab Allah. Sekurang-kurang murid boleh menyatakan konsep Kitab
Allah, Hukum mempercayai Kitab-kitab Allah dan menyatakan juga tentang bukti berdasarkan
nas-nas yang terkandung dalam Al-quran.




4.2 Pengetahuan Yang Diterap Dari Mata Pelajaran Lain.

Berdasarkan tajuk ini, Beriman kepada Kitab Allah mata pelajaran yang yang oleh diterapkan
dari mata pelajaran lain ialah mata pelajaran matematik. Penekanan dalam topik ini berkaitan
dengan jumlah kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya. Daripada 25 orang Rasul Allah
hanya 4 orang Rasul Allah sahaja yang menerima Kitab. Perkiraan dalam tajuk menunjuk
berhubung kait dengan mata pelajaran matematik. Kefahaman murid tentang nama Rasul yang
menerima Kitab Allah dan berapakah jumlah Rasul yang wajib dilantik Allah dan jumlah Rasul

                                             5
wajib diketahui. Penilaian boleh diambil kira melalui jumlah Kitab yang Allah turunkan pada
RasulNya dan kepada siapa kitab tersebut.

Selain itu juga mata pelajaran bahasa Melayu juga boleh diterapkan tajuk ini. Penekanan ini
diberikan berkaitan Kitab Allah panduan bagi rasul. Melalui pembacaan sahaja rasul boleh
mengamalkan dan menyampaikan ajaran yang Allah perintahkan kepada hambanya. Kitab yang
Allah berikan kepada rasulNya akan dibaca oleh hambanya seperti Kitab Al-quran yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan melalui pembacaan Al-Quran umat islam
dapat mengetahui hukum, sirah, amalan yang diperintahkan Allah. Bahasa Melayu memberi
penekanan dalam bacaan.

   5. KEMAHIRAN

5.1 Kemahiran Spesifik

Berdasarkan tajuk diatas, kemahiran spesifik yang ingin dicapai ialah kemahiran kognitif iaitu
kemahiran menaakul. Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan
yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk
memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita
sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling. Kemahiran membolehkan
murid memberikan sebab mempercayai Kitab Allah dan menyatakan rasional yang logik sebab
umat Islam wajib beriman kepada Kitab Allah. Kemahiran ini juga membolehkan murid
menyimpan maklumat iaitu beriman kepada Kitab Allah adalah salah satu rukun iman dan
kemudian murid boleh menghuraikan semula secara terperinci topik yang kecil bermula dengan
mengkonsepkan, mengkategorikan dan memuat penilaian berkaitan dengan topik ini.
5.2 Kemahiran yang digabungjalin


Kemahiran – kemahiran yang boleh digabungjalinkan ialah kemahiran kreatif dan kritis.
Kemahiran ini membawa murid menyelesaikan masalah berkaitan dengan bagaimana Kitab
diturunkan dan kepada siapa kitab tersebut diturunkan. Selain itu juga murid boleh menjana idea
kenapa Allah menurunkan Kitab Kitab kepada rasulNya. Ini membolehkan murid berfikir dan
boleh menghubungkaitkan dengan amalan seharian. Begitu kemahiran kreatif, murid akan cuba


                                              6
mengingat fakta berkaitan dengan Rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah. Hal ini akan
membuatkan murid sesuatu yang kreatif untuk mengingat fakta tersebut seperti contoh membuat
peta minda.


   6. NILAI-NILAI MURNI


Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara
terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui
aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara
terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran.
Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif
seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat
melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia, berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin
serta memahami antara satu dengan lain.
Dalam tajuk ini nilai murni yang boleh diterapkan ialah seperti patuh ataupun taat. Nilai ini boleh
dikaitkan dengan patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul. Patuh pada perintah Allah
mewajibkan mempercayai dan beriman kepada Kitab-kitab Allah. Selain itu guru boleh
menerapkan nilai patuh ini kepada guru iaitu mendengar arahan dalam sesi pemelajaran tersebut.
Nilai – nilai murni seperti kerjasama yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
ini seperti mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan . Guru mengadakan aktiviti kumpulan yang
memerlukan kerjasama dalam setiap ahli dalam kumpulan tersebut dalam menyiapkan kerja
ataupun menyelesaikan masalah atau persoalan yang diberikan guru. Tanpa adanya kerjasama
dalam satu kumpulan ataupun pasukan permasalahan tidak diselesaikan dan kerja yang hendak
dilaksanakan tidak akan dapat disiapkan. Sikap rajin juga merupakan nilai murni yang boleh
diterapkan pengajaran dan pembelajaran ini, guru boleh meminta murid rajin belajar ataupun
rajin membaca buku agar dapat menambah ilmu dan dapat mencapai kejayaan yang diingini.


   7. EMK ( ELEMEN MERENTAS KURIKULUM )


Merujuk laman Web di Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang


                                                7
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan
modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen
merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan
Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti
sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
         Berdasarkan tajuk pelajaran yang saya pilih, EMK yang saya gunakan ialah Teknologi
Maklumat dan Komunikasi iaitu saya menggunakan teknologi dalam pengajaran iaitu
menggunakan ‘projektor’      dalam bentuk ‘power point’. Dalam teknologi maklumat dan
komunikasi ini aktiviti yang menggunakannya ialah senarai nama-nama Rasul. Lirik lagu Rukun
Iman, dan juga nama Kitab-kitab Allah. Selain EMK yang sesuai iaitu keusahawanan, EMK
digunakan ketika murid ketika aktiviti kumpulan dan sesi pembentangan hasil murid. Sifat boleh
memimpin dan berani membentang hasil kerja adalah salah satu sifat yang boleh ditonjolkan
dalam keusahawanan.




                             RUMUSAN MELALUI PETA MINDA
8.                          RUMUSAN MELALUI PETA MINDA




     PENGETAHUA                 KEMAHIRAN                   KERJASAMA                   TEKNOLOGI
      N KHUSUS                    SPESIFIK                                              MAKLUMAT




                                                              PATUH
                                              8
PENGETAHUAN                  KEMAHIRAN                                            KEUSAHAWANAN
MATA PELAJARAN               GABUNGJALIN
     LAIN


                                                             RAJIN




  PENGET
 PENGET                      KEMAHI                       NILAI-                  ELEMEN
                            KEMAHI                       NILAI-                    ELEMEN
  AHUAN
 AHUAN                         RAN                        NILAI                   MERENT
                              RAN                        NILAI                     MERENT
                                                         MURNI
                                                         MURNI                       AS
                                                                                      AS
                                                                                  KURIKU
                                                                                   KURIKU
                                                                                    LUM
                                                                                     LUM


                                   BERIMAN
                                  BERIMAN
                                 KEPADA KITAB
                                KEPADA KITAB
                                    ALLAH
                                   ALLAH




   9. CIRI –CIRI PEMBANGUNAN INSAN

       Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan bagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,


                                             9
berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" (Falsafah
Pendidikan Negara, 1987).


 Falsafah pendidikan yang telah diperkenalkan adalah bertujuan memperkembang insan
seimbang dan membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara yang meliputi perubahan
sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Pembangunan insan melalui
pendidikan nampak jelas dan nyata bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi,
jasmani, intelek dan rohani. Penambahbaikkan yang dijalankan mengakibatkan sistem
pendidikan kita semakin sistematik bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari aspek
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui aspek terbut dapat
dihuraikan ;


9.1 Jasmani
Melalui aspek jasmani dapat dihuraikan bahawa kecerdasan fizikal dalam membentuk insan yang
seimbang. Aspek ini penting bagi meralisasi Falsafah Pendidikan kerana melalui kecerdasan
fizikal dan kesihatan diri, anggota badan dan tenaga fizikal dapat digunakan untuk mempelajari
tentang ilmu pengetahuan. Dalam aspek jasmani dapat seseorang itu mencari bahan bacaan.
Sebagai contoh Rasullullah berusaha belajar membaca melalui wahyu yang diturunkan Allah
melalui Malaikat Jibril. Dengan kekuatan jasmani dan ketabahan Rasulullah maka kitab Al-
Quran yang ada sekarang dapat kita gunakan sebagai panduan hidup. Melalui sirah Rasulullah
pernah berjalan kaki menuju ke gua Hirak semata-mata untuk mendapat wahyu dari Allah. Maka
dalam perkara ini jelas kaspek jasmani penting dalam melahirkan manusia cemerlang untuk
mencapai ilmu pengetahuan.




9.2 Intelek
Dalam aspek intelek pula, ilmu       yang didapati boleh diamalkan dan akan membawa
kemakmuran. Daya pemikiran kreatif dan inovatif juga dapat dihasilkan. Begitu juga pemikiran
yang logik dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Berdasarkan Kitab-kitab yang Allah turunkan
dan disampaikan Rasul kepada umat manusia oleh dipraktikkan dalam amalan seharian. Dalam

                                             10
Kitab yang Allah turunkan banyak ilmu yang kita dapati yang menjadi panduan, amalan kita di
dunia dan akhirat. Pemikiran harus digunakan samaada sesuatu perkara baik atau buruk, boleh
digunaka ataupun tidak, boleh diamalkan ataupun tidak.


9.3 Rohani
Kerohanian merupakan       tunjang kepada kepercayaan kita kepada Tuhan. Keyakinan dan
kepercayaan beragama adalah merangkumi aspek kerohanian. Kepercayan dalam rukun Iman
merupakan yang terdiri daripada 6 perkara itu adalah salah satu aspek penting dalam kerohanian
seseorang muslim. Kemantapan jiwa akan menjadi kukuh dengan aspek kerohanian ini.
Kepercayaan terhadap rukun Iman akan melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan
alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan
kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan
mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab
kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.


9.4 Emosi.
Penghayatan nilai nilai murni dapat memantapkan emosi seseorang dalam hidup bermasyarakat.
Pemantapan emosi amat penting dalam perkembangan diri individu itu. Berpandukan nilai
kerjasama dalam hidup bermasyarakat atau berkelompok, patuh kepada Allah dan Rasul serta,
rajin mengamalkan nilai nilai murni yang lain.




   10. LANGKAH-LANGKAH APLIKASI ELEMEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN,
       NILAI MURNI DAN EMK.
       Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan langkah-langkah saya
mengaplikasikan elemen-elemen yang telah dihuraikan adalah seperti berikut:


10.1 Pengetahuan

                                                 11
10.1.1 Pengetahuan Khusus
Pengetahuan Khusus yang ingin saya laksanakan mengenai konsep Kitab Allah, Hukum beriman
dengan Kitab Allah dengan menggunakan kaedah penerangan dan soal jawab. Guru akan
menerangkan maksud atau konsep tajuk terleih dahulu kerana salah satu faktor yang penting
mempengaruhi pembelajaran murid ialah pemahaman murid tentang struktur pengetahuan.
Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungan pembelajaran dengan lebih baik jikalau
guru dapat mengolah pengetahuan isi kandungan sehingga mengikut peringkat. Pengajaran
seperti ini akan meningkat pengetahuan, kebolehan intelek dan kemahiran murid.


10.1.2 Pengetahuan Mata Pelajaran lain.
       Pengetahuan dari mata pelajaran lain iaitu dengan menerapkan konsep nombor dalam
tajuk iaitu dengan melalui jumlah Rasul yang telah dilanti dan juga jumlah Kitab yang Allah
turunkan.Guru akan meminta menyatakan jumlah Rasul berdasarkan nama nama Rasul yang
dipamerkan. Begitu juga dengan jumlah Kitab Allah. Melalui pengetahuan mata pelajaran
matematik ini akan membentuk fakta yang diperlukan bagi membina konsep ataupun
generalisasi.
       Selain itu juga mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diterap dalam pengetahuan iaitu
membaca. Murid akan membaca nama-nama Rasul yang dipamerkan satu persatu.Mata pelajaran
Bahasa Melayu mengutamakan pengetahuan 3M iaitu menulis, mengira dan membaca.
Pengetahuan ini dapat diselitkan dalam tajuk pembelajaran ini.




10.2 KEMAHIRAN


10.2.1 Kemahiran Spesifik.
Dalam aspek kemahiran spesifik saya telah memilih kemahiran kognitif iaitu menaakul.
Kemahiran saya aplikasikan melalui sesi penerangan dan kemudian sesi soal jawab kerana dalam
kemahiran menaakul ini murid banyak menggunakan minda. Di sini murid boleh menyimpan

                                               12
maklumat yang telah diterangkan oleh guru. Kemudian boleh menghuraikan nama kitab Allah
dan kepada siapa Kitab terseut diturunkan.


10.2.2 Kemahiran Gabungjalin.
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini membolehkan murid menyusun atur cara
penurunan wahyu dan terbentuk Kitab Kitab Allah. Dalam aktiviti murid akan erincang dalam
kumpulan masing-masing dan murid akan berincang sebab Allah menurunkan Kitab kepada
Rasul dan seterusnya disampaikan kepada manusia. Murid cuba hubungkaitkan dengan amalan
seharian. Begitu kemahiran kreatif, murid akan cuba mengingat fakta berkaitan dengan Rasul
dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah. Hal ini akan membuatkan murid sesuatu yang kreatif
untuk mengingat fakta tersebut seperti contoh membuat peta minda.


10.3 NILAI NILAI MURNI


Penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik
serta memiliki akhlak yan mulia dan mengambil berat terhadap agama. Selain itu, penghayatan
dan amalan nilai murni bertujuan membentuk murid berperibadi mulia. Aplikasi yang diterapkan
melalui isi kandungan mempercayai Rukun Iman dan Patuh pada Perintah Allah dan Rasul
dengan mengamalkan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Selain itu nilai
kerjasama juga diterapkan dalam aktiviti kumpulan agar idea dapat dikumpul menjadi satu fakta
dan mengeratkan hubungan di kalangan murid bersama sama menyelesaikan masalah tanpa
adanya sifat mementingkan diri sendiri.
Nilai rajin juga diterapkan dalam aktiviti membaca agar dengan aktiviti membaca ini banyak
ilmu pengetahuan boleh didapati. Sifat rajin amat penting dalam kehidupan bagi seorang bergelar
murid kerana tugas menimbah ilmu pengetahuan ialah dengan memiliki sifat rajin yang rajin
mengulangkaji pelajaran, rajin membaca buku dan sebagainya.


10.4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM


Langkah megaplikasikan EMK dalam pengajaran dengan menggunakan Komputer dan
‘‘projektor’ dalam bentuk ‘Power point’ dalam elemen pengetahuan dan juga lagu nasyid. Ini

                                              13
amat membantu untuk menimbulkan minat untuk terus mengikuti pembelajaran seterusnya.
Murid tidak akan mudah berasa bosan dengan adanya pengalaman dalam teknologi maklumat.
Sistem amat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain EMK yang
diaplikasi iaitu elemen keusahawanan, elemen keusahawanan digunakan ketika murid ketika
aktiviti kumpulan dan sesi pembentangan hasil murid. Sifat boleh memimpin dan berani
membentang hasil kerja adalah salah satu sifat yang boleh ditonjolkan dalam keusahawanan.


   11. PENUTUP
Kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Menurut Mastura Badziz ( 2008 )
Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam
diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan . Melalui Kurikulum yang dibentuk guru
menjalankan proses pengajaran daan pembelajaran yang merupakan aktiviti yang penting di
dalam kelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran beberapa elemen yang baru telah
diperkenalkan KSSR yang bermula tahun 1 2011. Di dalam kurikulum KSSR dimasukkan
seperti unsur pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai-nilai murni dan yang terbaru Elemen
Merentas Kurikulum. Menurut Abu Bakar ( 2008 ) guru adalah teras kepada pelaksanaan proses
pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa guru.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada
sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah di harap
mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang . Untuk
menerapkan unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses
pengajaran dan pembelajaran,guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah
dan akhirnya barulah guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang
memiliki ciri-ciri akhlak yang baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,
insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan,
luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.




                                                14
RUJUKAN


Nurul Huda Abd. Rahman et. al ( 2011 ). Modul KPD 3016 dan 3026 Jilid 1 Pengajaran,
Teknologi dan Penaksiran. Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Sheikh Othman Sheikh Salim ( 1996 ). Kamus Dewan Bahasa. Dewan bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.

                                              15
Posner, G. J ( 2003 ). Analyzing the Curiculum ( 3 rd Ed). McGraw-Hill: Humanities/social
Sciences/Languages


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010. Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum,( 1988 ). Kementerian Pendidikan.

http://www.moe.gov.my.


http://www.scribd.com.


http://gurukurikulum.blogspot.com




                                           16

More Related Content

What's hot

Rencana pelaksanaan pembelajaran
Rencana pelaksanaan pembelajaranRencana pelaksanaan pembelajaran
Rencana pelaksanaan pembelajaran
iwan Alit
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
MTs DARUSSALAM
 
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekertiSilabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
adifalsafi
 

What's hot (20)

Buku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswaBuku alquran hadis_ma_10_siswa
Buku alquran hadis_ma_10_siswa
 
RPP Aqidah akhlak Kelas 8
RPP Aqidah akhlak Kelas 8RPP Aqidah akhlak Kelas 8
RPP Aqidah akhlak Kelas 8
 
skl sk kd al-qur'an hadits viii
skl sk kd al-qur'an hadits viiiskl sk kd al-qur'an hadits viii
skl sk kd al-qur'an hadits viii
 
Rpp tekpend azmi minul
Rpp tekpend azmi minulRpp tekpend azmi minul
Rpp tekpend azmi minul
 
Rpp revisi 2016 aqidah akhlak kelas 8 mts rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 aqidah akhlak kelas 8 mts  rpp diva pendidikanRpp revisi 2016 aqidah akhlak kelas 8 mts  rpp diva pendidikan
Rpp revisi 2016 aqidah akhlak kelas 8 mts rpp diva pendidikan
 
Rencana pelaksanaan pembelajaran
Rencana pelaksanaan pembelajaranRencana pelaksanaan pembelajaran
Rencana pelaksanaan pembelajaran
 
RPP PAI XI Kurikulum 2013 Seri 2. 2 sikap toleran, rukun dan menghindarkan di...
RPP PAI XI Kurikulum 2013 Seri 2. 2 sikap toleran, rukun dan menghindarkan di...RPP PAI XI Kurikulum 2013 Seri 2. 2 sikap toleran, rukun dan menghindarkan di...
RPP PAI XI Kurikulum 2013 Seri 2. 2 sikap toleran, rukun dan menghindarkan di...
 
Iman KepadaKkitab Kitab Allah
Iman KepadaKkitab Kitab AllahIman KepadaKkitab Kitab Allah
Iman KepadaKkitab Kitab Allah
 
Rpp (nisrokhah)
Rpp (nisrokhah)Rpp (nisrokhah)
Rpp (nisrokhah)
 
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
BUKU AKIDAH AKHLAK_MTs_7_Siswa_KURIKULUM 2013
 
Cbr keimanan dalam agama islam
Cbr keimanan dalam agama islamCbr keimanan dalam agama islam
Cbr keimanan dalam agama islam
 
Program tahunan PAI kelas 7 smt 1
Program tahunan PAI kelas 7 smt 1Program tahunan PAI kelas 7 smt 1
Program tahunan PAI kelas 7 smt 1
 
Silabus pai smp kls 7 sesuai buku siswa
Silabus pai smp  kls 7 sesuai buku siswaSilabus pai smp  kls 7 sesuai buku siswa
Silabus pai smp kls 7 sesuai buku siswa
 
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekertiSilabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
Silabus kurikulum 2013 smp kls 8 pai & budi pekerti
 
RPP SKI KELAS VII
RPP SKI KELAS VIIRPP SKI KELAS VII
RPP SKI KELAS VII
 
02. agama islam smplb a
02. agama islam smplb a02. agama islam smplb a
02. agama islam smplb a
 
Rpp qh x_1_2_ma
Rpp qh x_1_2_maRpp qh x_1_2_ma
Rpp qh x_1_2_ma
 
Iman kepada kitab Allah
Iman kepada kitab AllahIman kepada kitab Allah
Iman kepada kitab Allah
 
Silabus pembelajaran
Silabus pembelajaranSilabus pembelajaran
Silabus pembelajaran
 
Rpp Quran Hadits IX Semester 1 KTSP
Rpp Quran Hadits IX Semester 1 KTSPRpp Quran Hadits IX Semester 1 KTSP
Rpp Quran Hadits IX Semester 1 KTSP
 

Viewers also liked (10)

Kesantunan bahasa.tutorial 3
Kesantunan bahasa.tutorial 3Kesantunan bahasa.tutorial 3
Kesantunan bahasa.tutorial 3
 
Assignment moral sem4 copy
Assignment moral sem4   copyAssignment moral sem4   copy
Assignment moral sem4 copy
 
Agama sikhisme dan kerelevanannya dalam pengajaran pendidilan moral di sekolah
Agama sikhisme dan kerelevanannya dalam pengajaran pendidilan moral di sekolahAgama sikhisme dan kerelevanannya dalam pengajaran pendidilan moral di sekolah
Agama sikhisme dan kerelevanannya dalam pengajaran pendidilan moral di sekolah
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianEtika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Agama Kristian
Agama KristianAgama Kristian
Agama Kristian
 
Sejarah spm kbat
Sejarah spm kbatSejarah spm kbat
Sejarah spm kbat
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 

Similar to Assigment falsafah 2

Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdfMakalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
Jack958314
 
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
Alirman Ode
 
14 dsp p islam tahun 3 5 feb 2013
14 dsp p islam tahun 3   5 feb 201314 dsp p islam tahun 3   5 feb 2013
14 dsp p islam tahun 3 5 feb 2013
Zarina Mohd Basri
 
Kbk smp c. pendidikan agama kristen
Kbk smp c. pendidikan agama kristenKbk smp c. pendidikan agama kristen
Kbk smp c. pendidikan agama kristen
Jasmin Jasin
 
Kbk sma c. pendidikan agama kristen
Kbk sma c. pendidikan agama kristenKbk sma c. pendidikan agama kristen
Kbk sma c. pendidikan agama kristen
Jasmin Jasin
 
Kbk sd b. pendidikan agama katolik
Kbk sd b. pendidikan agama katolikKbk sd b. pendidikan agama katolik
Kbk sd b. pendidikan agama katolik
Jasmin Jasin
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
dwi_rahmamosa
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
sitiulwiyah
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Princesaselvi
 
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
Ah Mad
 

Similar to Assigment falsafah 2 (20)

MODUL AJAR KELAS 8 PAI SEMESTER 2 fix.pdf
MODUL AJAR KELAS 8 PAI SEMESTER 2 fix.pdfMODUL AJAR KELAS 8 PAI SEMESTER 2 fix.pdf
MODUL AJAR KELAS 8 PAI SEMESTER 2 fix.pdf
 
LK 3 - Identifikasi Masalah [Tujuan Pembelajaran].pdf
LK 3 - Identifikasi Masalah [Tujuan Pembelajaran].pdfLK 3 - Identifikasi Masalah [Tujuan Pembelajaran].pdf
LK 3 - Identifikasi Masalah [Tujuan Pembelajaran].pdf
 
Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdfMakalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
Makalah Pem. Al-Qur’an Hadist Klp 7.pdf
 
LANDASAN PENULISAN BUKU TEKS
LANDASAN PENULISAN BUKU TEKSLANDASAN PENULISAN BUKU TEKS
LANDASAN PENULISAN BUKU TEKS
 
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
4. buku-guru-pendidikan-agama-islam-dan-budi-pekerti
 
14 dsp p islam tahun 3 5 feb 2013
14 dsp p islam tahun 3   5 feb 201314 dsp p islam tahun 3   5 feb 2013
14 dsp p islam tahun 3 5 feb 2013
 
Kbk smp c. pendidikan agama kristen
Kbk smp c. pendidikan agama kristenKbk smp c. pendidikan agama kristen
Kbk smp c. pendidikan agama kristen
 
Kbk sma c. pendidikan agama kristen
Kbk sma c. pendidikan agama kristenKbk sma c. pendidikan agama kristen
Kbk sma c. pendidikan agama kristen
 
Subjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikanSubjek dan objek pendidikan
Subjek dan objek pendidikan
 
Buku Pegangan Guru PAI SD Kelas 4 edisi revisi 2014
Buku Pegangan Guru PAI SD Kelas  4 edisi revisi 2014Buku Pegangan Guru PAI SD Kelas  4 edisi revisi 2014
Buku Pegangan Guru PAI SD Kelas 4 edisi revisi 2014
 
Kbk sd b. pendidikan agama katolik
Kbk sd b. pendidikan agama katolikKbk sd b. pendidikan agama katolik
Kbk sd b. pendidikan agama katolik
 
PPKB PAI Merumuskan Tujuan Pembelajaran.pptx
PPKB PAI Merumuskan Tujuan Pembelajaran.pptxPPKB PAI Merumuskan Tujuan Pembelajaran.pptx
PPKB PAI Merumuskan Tujuan Pembelajaran.pptx
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
 
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswaBuku akidah akhlak_mi_1_siswa
Buku akidah akhlak_mi_1_siswa
 
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIIIRPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIII
RPP MTs Akidah Ahlak Kelas VIII
 
PPT PQH kelompok 1.pptx
PPT PQH kelompok 1.pptxPPT PQH kelompok 1.pptx
PPT PQH kelompok 1.pptx
 
Buku aqidah akhlak kelas 1
Buku aqidah akhlak kelas 1Buku aqidah akhlak kelas 1
Buku aqidah akhlak kelas 1
 
Buku aqidah akhlak kelas 1
Buku aqidah akhlak kelas 1Buku aqidah akhlak kelas 1
Buku aqidah akhlak kelas 1
 
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
[1] skl sk kd al-qur'an hadits vii
 

Assigment falsafah 2

  • 1. PEMARKAHAN PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KPF 3012 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH PERTERJEMAH KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK MISRIAH BINTI SALIM D20112053785 PUSAT PEMELAJARAN: ELST 01 NAMA TUTOR E-LEARNING: PUAN HAMIDAH BINTI YUSOF TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012 ISI KANDUNGAN 1
  • 2. 1. Abstrak…………………………………………………….. 3 2. Pengenalan………………………………………………… 3 3. Dokumen Sukatan Pelajaran Tahunan Tahun 3…………... 4 4. Elemen Pengetahuan……………………………………… 5 5. Elemen Kemahiran………………………………………… 6 6. Nilai-nilai murni…………………………………………… 7 7. Elemen Merentas Kurikulum……………………………… 8 8. Peta Minda………………………………………………… 9 9. Ciri-ciri Pembangunan Insan……………………………… 10 10. Langkah-langkah Aplikasi Dalam Pengajaran……………. 12 11. Penutup……………………………………………………. 15 12. Rujukan…………………………………………………… 16 1.Abstrak Murid murid yang dididik masa kini akan menjadi pewaris bangsa. Mereka perlu dibimbing dan dididik sebaik-baiknya agar menjadi manusia yang berguna di masa akan datang. Untuk mencapai tujuan tersebut mereka harus dididik sejak kecil. Kurikulum dalam pendidikan telah dibentuk untuk berdasarkan Falsafah Pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini amat penting kerana murid murid dididik sekarang ini yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Dalam usaha membina insan yang cemerlang, maka hendaklah dihubungkait ilmu pengetahuan dengan pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berterusan akan mewujudkan manusia yang mempunyai peradaban tinggi. Menurut Muhd Nur Manuty (1984 ), Pendidikan amat penting 2
  • 3. untuk penyambungan, penerusan, survival mana-mana umat. Pendidikan juga merupakan alat terpenting agi seseuah masyarakat bagi mencapai pelbagai matlamat. Dalam proses ini membentuk murid yang cemerlang peranan pihak berwajib iaitu sekolah dan ibu-bapa harus saling berkerjasama bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan sebaik mungkin. 2. Pengenalan. Dalam Akta Pendidikan 1996 Kurikulum Kebangsaan adalah program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran. Perkara-perkara yang penting yang harus ada dalam Kurikulum adalah: 1. Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang piawaia (standard) iaitu kurikulum kebangsaan seperti yang diperuntukkan di dalam seksyen 18 2. Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan telahpun berubah selaras dengan perlaksanaan Akta Pendidikan 1996 3. Tugas dan tanggungjawab Menteri Pelajaran terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan telah bertambah dan bidang kuasa untuk bertindak juga kini lebih meluas. Merujuk laman Web di Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. 3
  • 4. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 3. DOKUMEN SUKATAN PELAJARAN TAHUNAN TAHUN 3 KSSR Bidang / Tajuk Standard kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi 3.1.1 Menyatakan B1D6E1 3. Aqidah 3.1 Memahami Dan pengertian Kitab Allah Meyakini konsep Menyatakan beriman kepada Kitab 3.1.2 Menyatakan pengertian Kitab Allah maksud beriman kepada Allah Kitab Allah B1D6E2 3.1.3 Menyatakan hu Menyatakan maksud kum beriman kepada dan hukum beriman kitab kepada Kitab Allah. 3.1.4Membaca dalil naqli B1D6E1 beriman kepada Kitab 4Membaca dalil naqli Allah dan pengertiannya. beriman kepada Kitab Allah dan pengertiannya. 4. PENGETAHUAN 4
  • 5. 4.1 Pengetahuan Kandungan Mata Pelajaran Pengkhususan. Saya telah mengambil Sukatan KSSR tahun 3 bahagian Aqidah tajuk beriman Kepada Kitab Allah. Dalam bidang pengetahuan tajuk ini akan memperkenalkan apa yang dimaksud dengan kita Allah yang telah diturunkan kepada Rasul yang telah terpilih. Konsep Kitab itu sendiri, nama –nama kitab dan kepada siapa Allah turunkan kitab tersebut. Dalam bab ini pengetahuan khusus iaitu berkaitan dengan rukun Islam kerana beriman kepada Kitab Allah adalah rukun Iman yang kedua. Maka wajar bagi murid mengetahui berkaitan dengan rukun Iman sebelum memasuki bab yang lebih mendalam lagi berkaitan dengan tajuk ini. Selepas itu maksud beriman dengan Kitab Allah. Cara bagaimana hendak beriman dengan Kitab Allah Manakala yang ketiga menyatakan hukum beriman kepada Kitab Allah. Pengetahuan dalam mempercayai adanya kitab yang Allah turunkan kepada para RasulNya. Kita sebagai manusia yang beriman wajib mempercayai bahawa adanya kitab-kitab Allah. Disinilah akan dijelaskan kenapa seseorang Islam harus mempercayai Kitab-kitab Allah. Disertai lagi dengan dalil yang terkandung dalam Al-Quran bahawa Allah telah menurunkan kitab kepada sesesiapa dikehendakiNya. Penekanan dalam tajuk ini ialah pengetahuan tentang konsep, hukum dan dalil Beriman kepada Kitab-Kitab Allah. Sekurang-kurang murid boleh menyatakan konsep Kitab Allah, Hukum mempercayai Kitab-kitab Allah dan menyatakan juga tentang bukti berdasarkan nas-nas yang terkandung dalam Al-quran. 4.2 Pengetahuan Yang Diterap Dari Mata Pelajaran Lain. Berdasarkan tajuk ini, Beriman kepada Kitab Allah mata pelajaran yang yang oleh diterapkan dari mata pelajaran lain ialah mata pelajaran matematik. Penekanan dalam topik ini berkaitan dengan jumlah kitab yang Allah turunkan kepada rasulNya. Daripada 25 orang Rasul Allah hanya 4 orang Rasul Allah sahaja yang menerima Kitab. Perkiraan dalam tajuk menunjuk berhubung kait dengan mata pelajaran matematik. Kefahaman murid tentang nama Rasul yang menerima Kitab Allah dan berapakah jumlah Rasul yang wajib dilantik Allah dan jumlah Rasul 5
  • 6. wajib diketahui. Penilaian boleh diambil kira melalui jumlah Kitab yang Allah turunkan pada RasulNya dan kepada siapa kitab tersebut. Selain itu juga mata pelajaran bahasa Melayu juga boleh diterapkan tajuk ini. Penekanan ini diberikan berkaitan Kitab Allah panduan bagi rasul. Melalui pembacaan sahaja rasul boleh mengamalkan dan menyampaikan ajaran yang Allah perintahkan kepada hambanya. Kitab yang Allah berikan kepada rasulNya akan dibaca oleh hambanya seperti Kitab Al-quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Dengan melalui pembacaan Al-Quran umat islam dapat mengetahui hukum, sirah, amalan yang diperintahkan Allah. Bahasa Melayu memberi penekanan dalam bacaan. 5. KEMAHIRAN 5.1 Kemahiran Spesifik Berdasarkan tajuk diatas, kemahiran spesifik yang ingin dicapai ialah kemahiran kognitif iaitu kemahiran menaakul. Menurut Kamus Dewan Bahasa menaakul adalah membuat pertimbangan yang logik. Secara umumnya, kemahiran menaakul adalah penggunaan pemikiran logik untuk memahami sesuatu situasi atau idea. Menaakul adalah sifat semulajadi manusia kerana kita sentiasa membuat penaakulan untuk memahami dunia sekeliling. Kemahiran membolehkan murid memberikan sebab mempercayai Kitab Allah dan menyatakan rasional yang logik sebab umat Islam wajib beriman kepada Kitab Allah. Kemahiran ini juga membolehkan murid menyimpan maklumat iaitu beriman kepada Kitab Allah adalah salah satu rukun iman dan kemudian murid boleh menghuraikan semula secara terperinci topik yang kecil bermula dengan mengkonsepkan, mengkategorikan dan memuat penilaian berkaitan dengan topik ini. 5.2 Kemahiran yang digabungjalin Kemahiran – kemahiran yang boleh digabungjalinkan ialah kemahiran kreatif dan kritis. Kemahiran ini membawa murid menyelesaikan masalah berkaitan dengan bagaimana Kitab diturunkan dan kepada siapa kitab tersebut diturunkan. Selain itu juga murid boleh menjana idea kenapa Allah menurunkan Kitab Kitab kepada rasulNya. Ini membolehkan murid berfikir dan boleh menghubungkaitkan dengan amalan seharian. Begitu kemahiran kreatif, murid akan cuba 6
  • 7. mengingat fakta berkaitan dengan Rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah. Hal ini akan membuatkan murid sesuatu yang kreatif untuk mengingat fakta tersebut seperti contoh membuat peta minda. 6. NILAI-NILAI MURNI Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia, berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain. Dalam tajuk ini nilai murni yang boleh diterapkan ialah seperti patuh ataupun taat. Nilai ini boleh dikaitkan dengan patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul. Patuh pada perintah Allah mewajibkan mempercayai dan beriman kepada Kitab-kitab Allah. Selain itu guru boleh menerapkan nilai patuh ini kepada guru iaitu mendengar arahan dalam sesi pemelajaran tersebut. Nilai – nilai murni seperti kerjasama yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ini seperti mengadakan aktiviti-aktiviti kumpulan . Guru mengadakan aktiviti kumpulan yang memerlukan kerjasama dalam setiap ahli dalam kumpulan tersebut dalam menyiapkan kerja ataupun menyelesaikan masalah atau persoalan yang diberikan guru. Tanpa adanya kerjasama dalam satu kumpulan ataupun pasukan permasalahan tidak diselesaikan dan kerja yang hendak dilaksanakan tidak akan dapat disiapkan. Sikap rajin juga merupakan nilai murni yang boleh diterapkan pengajaran dan pembelajaran ini, guru boleh meminta murid rajin belajar ataupun rajin membaca buku agar dapat menambah ilmu dan dapat mencapai kejayaan yang diingini. 7. EMK ( ELEMEN MERENTAS KURIKULUM ) Merujuk laman Web di Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang 7
  • 8. diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme. Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR. Berdasarkan tajuk pelajaran yang saya pilih, EMK yang saya gunakan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu saya menggunakan teknologi dalam pengajaran iaitu menggunakan ‘projektor’ dalam bentuk ‘power point’. Dalam teknologi maklumat dan komunikasi ini aktiviti yang menggunakannya ialah senarai nama-nama Rasul. Lirik lagu Rukun Iman, dan juga nama Kitab-kitab Allah. Selain EMK yang sesuai iaitu keusahawanan, EMK digunakan ketika murid ketika aktiviti kumpulan dan sesi pembentangan hasil murid. Sifat boleh memimpin dan berani membentang hasil kerja adalah salah satu sifat yang boleh ditonjolkan dalam keusahawanan. RUMUSAN MELALUI PETA MINDA 8. RUMUSAN MELALUI PETA MINDA PENGETAHUA KEMAHIRAN KERJASAMA TEKNOLOGI N KHUSUS SPESIFIK MAKLUMAT PATUH 8
  • 9. PENGETAHUAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN MATA PELAJARAN GABUNGJALIN LAIN RAJIN PENGET PENGET KEMAHI NILAI- ELEMEN KEMAHI NILAI- ELEMEN AHUAN AHUAN RAN NILAI MERENT RAN NILAI MERENT MURNI MURNI AS AS KURIKU KURIKU LUM LUM BERIMAN BERIMAN KEPADA KITAB KEPADA KITAB ALLAH ALLAH 9. CIRI –CIRI PEMBANGUNAN INSAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan bagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, 9
  • 10. berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" (Falsafah Pendidikan Negara, 1987). Falsafah pendidikan yang telah diperkenalkan adalah bertujuan memperkembang insan seimbang dan membangunkan sumber manusia untuk kemajuan negara yang meliputi perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Pembangunan insan melalui pendidikan nampak jelas dan nyata bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani. Penambahbaikkan yang dijalankan mengakibatkan sistem pendidikan kita semakin sistematik bagi mewujudkan modal insan yang seimbang dari aspek yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui aspek terbut dapat dihuraikan ; 9.1 Jasmani Melalui aspek jasmani dapat dihuraikan bahawa kecerdasan fizikal dalam membentuk insan yang seimbang. Aspek ini penting bagi meralisasi Falsafah Pendidikan kerana melalui kecerdasan fizikal dan kesihatan diri, anggota badan dan tenaga fizikal dapat digunakan untuk mempelajari tentang ilmu pengetahuan. Dalam aspek jasmani dapat seseorang itu mencari bahan bacaan. Sebagai contoh Rasullullah berusaha belajar membaca melalui wahyu yang diturunkan Allah melalui Malaikat Jibril. Dengan kekuatan jasmani dan ketabahan Rasulullah maka kitab Al- Quran yang ada sekarang dapat kita gunakan sebagai panduan hidup. Melalui sirah Rasulullah pernah berjalan kaki menuju ke gua Hirak semata-mata untuk mendapat wahyu dari Allah. Maka dalam perkara ini jelas kaspek jasmani penting dalam melahirkan manusia cemerlang untuk mencapai ilmu pengetahuan. 9.2 Intelek Dalam aspek intelek pula, ilmu yang didapati boleh diamalkan dan akan membawa kemakmuran. Daya pemikiran kreatif dan inovatif juga dapat dihasilkan. Begitu juga pemikiran yang logik dapat menghasilkan sesuatu yang baik. Berdasarkan Kitab-kitab yang Allah turunkan dan disampaikan Rasul kepada umat manusia oleh dipraktikkan dalam amalan seharian. Dalam 10
  • 11. Kitab yang Allah turunkan banyak ilmu yang kita dapati yang menjadi panduan, amalan kita di dunia dan akhirat. Pemikiran harus digunakan samaada sesuatu perkara baik atau buruk, boleh digunaka ataupun tidak, boleh diamalkan ataupun tidak. 9.3 Rohani Kerohanian merupakan tunjang kepada kepercayaan kita kepada Tuhan. Keyakinan dan kepercayaan beragama adalah merangkumi aspek kerohanian. Kepercayan dalam rukun Iman merupakan yang terdiri daripada 6 perkara itu adalah salah satu aspek penting dalam kerohanian seseorang muslim. Kemantapan jiwa akan menjadi kukuh dengan aspek kerohanian ini. Kepercayaan terhadap rukun Iman akan melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. 9.4 Emosi. Penghayatan nilai nilai murni dapat memantapkan emosi seseorang dalam hidup bermasyarakat. Pemantapan emosi amat penting dalam perkembangan diri individu itu. Berpandukan nilai kerjasama dalam hidup bermasyarakat atau berkelompok, patuh kepada Allah dan Rasul serta, rajin mengamalkan nilai nilai murni yang lain. 10. LANGKAH-LANGKAH APLIKASI ELEMEN PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NILAI MURNI DAN EMK. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang saya laksanakan langkah-langkah saya mengaplikasikan elemen-elemen yang telah dihuraikan adalah seperti berikut: 10.1 Pengetahuan 11
  • 12. 10.1.1 Pengetahuan Khusus Pengetahuan Khusus yang ingin saya laksanakan mengenai konsep Kitab Allah, Hukum beriman dengan Kitab Allah dengan menggunakan kaedah penerangan dan soal jawab. Guru akan menerangkan maksud atau konsep tajuk terleih dahulu kerana salah satu faktor yang penting mempengaruhi pembelajaran murid ialah pemahaman murid tentang struktur pengetahuan. Murid boleh dibantu untuk memahami isi kandungan pembelajaran dengan lebih baik jikalau guru dapat mengolah pengetahuan isi kandungan sehingga mengikut peringkat. Pengajaran seperti ini akan meningkat pengetahuan, kebolehan intelek dan kemahiran murid. 10.1.2 Pengetahuan Mata Pelajaran lain. Pengetahuan dari mata pelajaran lain iaitu dengan menerapkan konsep nombor dalam tajuk iaitu dengan melalui jumlah Rasul yang telah dilanti dan juga jumlah Kitab yang Allah turunkan.Guru akan meminta menyatakan jumlah Rasul berdasarkan nama nama Rasul yang dipamerkan. Begitu juga dengan jumlah Kitab Allah. Melalui pengetahuan mata pelajaran matematik ini akan membentuk fakta yang diperlukan bagi membina konsep ataupun generalisasi. Selain itu juga mata pelajaran Bahasa Melayu boleh diterap dalam pengetahuan iaitu membaca. Murid akan membaca nama-nama Rasul yang dipamerkan satu persatu.Mata pelajaran Bahasa Melayu mengutamakan pengetahuan 3M iaitu menulis, mengira dan membaca. Pengetahuan ini dapat diselitkan dalam tajuk pembelajaran ini. 10.2 KEMAHIRAN 10.2.1 Kemahiran Spesifik. Dalam aspek kemahiran spesifik saya telah memilih kemahiran kognitif iaitu menaakul. Kemahiran saya aplikasikan melalui sesi penerangan dan kemudian sesi soal jawab kerana dalam kemahiran menaakul ini murid banyak menggunakan minda. Di sini murid boleh menyimpan 12
  • 13. maklumat yang telah diterangkan oleh guru. Kemudian boleh menghuraikan nama kitab Allah dan kepada siapa Kitab terseut diturunkan. 10.2.2 Kemahiran Gabungjalin. Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ini membolehkan murid menyusun atur cara penurunan wahyu dan terbentuk Kitab Kitab Allah. Dalam aktiviti murid akan erincang dalam kumpulan masing-masing dan murid akan berincang sebab Allah menurunkan Kitab kepada Rasul dan seterusnya disampaikan kepada manusia. Murid cuba hubungkaitkan dengan amalan seharian. Begitu kemahiran kreatif, murid akan cuba mengingat fakta berkaitan dengan Rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan Allah. Hal ini akan membuatkan murid sesuatu yang kreatif untuk mengingat fakta tersebut seperti contoh membuat peta minda. 10.3 NILAI NILAI MURNI Penyerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak yan mulia dan mengambil berat terhadap agama. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk murid berperibadi mulia. Aplikasi yang diterapkan melalui isi kandungan mempercayai Rukun Iman dan Patuh pada Perintah Allah dan Rasul dengan mengamalkan segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Selain itu nilai kerjasama juga diterapkan dalam aktiviti kumpulan agar idea dapat dikumpul menjadi satu fakta dan mengeratkan hubungan di kalangan murid bersama sama menyelesaikan masalah tanpa adanya sifat mementingkan diri sendiri. Nilai rajin juga diterapkan dalam aktiviti membaca agar dengan aktiviti membaca ini banyak ilmu pengetahuan boleh didapati. Sifat rajin amat penting dalam kehidupan bagi seorang bergelar murid kerana tugas menimbah ilmu pengetahuan ialah dengan memiliki sifat rajin yang rajin mengulangkaji pelajaran, rajin membaca buku dan sebagainya. 10.4 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Langkah megaplikasikan EMK dalam pengajaran dengan menggunakan Komputer dan ‘‘projektor’ dalam bentuk ‘Power point’ dalam elemen pengetahuan dan juga lagu nasyid. Ini 13
  • 14. amat membantu untuk menimbulkan minat untuk terus mengikuti pembelajaran seterusnya. Murid tidak akan mudah berasa bosan dengan adanya pengalaman dalam teknologi maklumat. Sistem amat membantu guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain EMK yang diaplikasi iaitu elemen keusahawanan, elemen keusahawanan digunakan ketika murid ketika aktiviti kumpulan dan sesi pembentangan hasil murid. Sifat boleh memimpin dan berani membentang hasil kerja adalah salah satu sifat yang boleh ditonjolkan dalam keusahawanan. 11. PENUTUP Kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Menurut Mastura Badziz ( 2008 ) Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan . Melalui Kurikulum yang dibentuk guru menjalankan proses pengajaran daan pembelajaran yang merupakan aktiviti yang penting di dalam kelas. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran beberapa elemen yang baru telah diperkenalkan KSSR yang bermula tahun 1 2011. Di dalam kurikulum KSSR dimasukkan seperti unsur pengetahuan, kemahiran, penerapan nilai-nilai murni dan yang terbaru Elemen Merentas Kurikulum. Menurut Abu Bakar ( 2008 ) guru adalah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa guru. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kayu pengukur untuk menentukan hala tuju kepada sistem pendidikan kebangsaan. Falsafah yang diterapkan oleh guru-guru di sekolah di harap mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insan yang seimbang . Untuk menerapkan unsur-unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran,guru-guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah guru-guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri akhlak yang baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. 14
  • 15. RUJUKAN Nurul Huda Abd. Rahman et. al ( 2011 ). Modul KPD 3016 dan 3026 Jilid 1 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sheikh Othman Sheikh Salim ( 1996 ). Kamus Dewan Bahasa. Dewan bahasa Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. 15
  • 16. Posner, G. J ( 2003 ). Analyzing the Curiculum ( 3 rd Ed). McGraw-Hill: Humanities/social Sciences/Languages Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-2010. Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum,( 1988 ). Kementerian Pendidikan. http://www.moe.gov.my. http://www.scribd.com. http://gurukurikulum.blogspot.com 16