1. KONSTRUK : mengelas
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :5
7.2.3 Mengenal pastisimbol-simbol komponen dalam litar elektrik lengkap
22 Antara komponen elektrik berikut, yang manakah dipadankan dengan betul simbolnya
A
B
C
D
Komponen Simbol
I I
2. KONSTRUK : kaedah
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :5
7.3.2 Menjelaskan langkah-langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik
23 Rajah x menunjukkan sekeping poster.
Rajah x
Apakah alasan untuk menyokong maklumat di atas?
A Elektrik boleh menyebabkan kematian
B Elektrik boleh menyebabkan kebakaran
C Elektrik boleh melalui tubuh badan kita
D Jangan menyentuh suis elektrik dengan tangan yang basah
ELEKTRIK SANGAT BERBAHAYA
AWAS
3. KONSTRUK : prinsip
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :5
8.1.5 Membuat kesimpulan suhu bahan meningkat apabila menerima haba dan menurun apabila kehilangan haba
24 Rajah x menunjukkan satu pernyataan situasi.
Rajah x
Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang mungkin terjadi kepada botol air tersebut
selepas 2 jam?
A Botol air mengecil kerana udara di dalam botol dibebaskan
B Botol air membeku kerana udara di dalam botol dimampatkan
C Botol air kemek sedikit kerana udara di dalam botol telah mengecut
D Botol air kekal pada bentuknya yang asal kerana tiada udara di dalam botol
Ahmad meletakkan satu botol air mineral kosong ke
dalam bahagian sejuk beku peti sejuk selama 2 jam
4. KONSTRUK : prinsip
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :5
9.1.4 Mengitlak bahawa air boleh wujud dalam tiga keadaan jirim dengan menjalankan aktiviti
25 Rajah x menunjukkan sebiji gelas yang berisi ais. Terdapat titisan-titisan air di luar
bahagian gelas tersebut.
Rajah x
Antara situasi berikut, yang manakah ada persamaan dengan situasi di atas.
A Air embun di permukaan daun pada waktu pagi
B Menjemur kain di kawasan berangin
C Menjeram air sehingga mendidih
D Meletakkan air ke dalam peti sejuk beku
5. KONSTRUK : fakta
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana /Tinggi
TAHUN :5
9.2.2 Menjelaskan dengan contoh perubahan keadaan jirim berlaku apabila jirim menerima atau kehilangan haba
dengan menjalankan aktiviti.
26 Rajah x menunjukkan penyiasatan tentang perubahan keadaan jirim.
Rajah x
Nyatakan dua perubahan proses yang terlibat dalam penyiasatan di atas.
A Pendidihan Peleburan
B Peleburan Kondensasi
C Peleburan Pendidihan
D Pendidihan Kondensasi
6. KONSTRUK : urutan
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :5
11.2.3 Menggunakan perhubungan ruang dan masa untuk menggambarkan fasa Bulan sepertianak bulan, bulan sabit,
bulan separadan bulan purnama dalam satu edaran lengkap dengan mengikut takwim Qamari.
27 Rajah x menunjukkan fasa-fasa bulan.
Rajah x
Susun fasa-fasa Bulan tersebut yang bermula selepas hari ke-15 dalam takwim Qamari.
A Q, R, S, P, T
B S, P, R, T, Q
C R, S, T, P, Q
D S, Q, P, T, R
7. KONSTRUK : kaedah
ARAS KESUKARAN : Rendah / Sederhana / Tinggi
TAHUN :6
3.1.3 Mengitlak mikroorganisma ialah benda hidup dan kebanyakannyatidak dapat dilihat dengan mata kasar.
28 Rajah x menunjukkan sekotak susu segar.
Rajah x
Apakah yang mungkin terjadi jika susu tersebut dibiarkan di atas meja sehingga melewati
tarikh luputnya?
A Susu menjadi yogurt
B Susu menjadi lebih manis
C Kotak susu menjadi kembung
D Kotak susu ditumbuhi kulat