1) Kursi Allah meliputi seluruh langit dan bumi. Kursi di sini bermakna tempat meletak kaki.
2) Allah menjaga dan memelihara langit dan bumi tanpa rasa lelah atau penat.
3) Penjagaan dan pemeliharaan Allah atas langit dan bumi sangat mudah walaupun kedua-duanya berskala besar.
Perlakuan Orang-Orang Mukmin Yang Bersabar Apabila Ditimpa Musibah
KURSI ALLAH
1. Tafsir Ayat Kursi
Bahagian 6
Disusun oleh Abu Haniff
4 $uΚßγÝàøÏm …çνߊθä↔tƒ Ÿωuρ ( uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# çμ•‹Å™öä. yìÅ™uρ
KursiNya meliputi semua langit dan bumi, dan tidaklah Dia merasa penat
memelihara keduanya
KursiNya (iaitu satu makhlukNya yang agung) meliputi semua langit dan bumi
(seumpama satu padang pasir yang luas dibandingkan dengan satu gelang. Ia di atas
langit dan di bawah Arasy yang lebih besar darinya. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,1
mengenai ayat ini,
( uÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# çμ•‹Å™ö. yìÅ™uρ
ä
yang bermaksud, “KursiNya meliputi semua langit dan bumi”, dia berkata bahawa yang
dimaksudkan dengan Kursi ialah tempat meletak kedua kaki. Sementara Arasy tidak
boleh dipastikan kadarnya oleh seseorang pun. Di kalangan ahli bahasa, mereka
sepakat akan makna Kursi, iaitu sesuatu yang diletakkan di bawah singgahsana, di
mana di Kursi itu para raja bersandar, duduk, dan meletakkan kedua kaki mereka. Di
dalam sebuah hadis,2 Rasulullah pernah bersabda, “Tujuh petala langit dan tujuh
petala bumi menjadi tidak ada apa di sisi Kursi. Ia hanyalah seumpama satu gelang
yang dicampak ke dalam satu padang pasir. Dan seumpama itu pula apabila Kursi
dibandingkan dengan Arasy”. Demikianlah luasnya dan besarnya dua makhluk Allah itu,
yang bagi manusia adalah termasuk sebagai perkara yang ghaib. Sedemikian itu Allah
berfirman di dalam ayat Qaf 50:6,
∩∉∪ 8lρãèù ⎯ÏΒ $oλm; $tΒuρ $yγ≈¨Ψ−ƒy—uρ $yγ≈oΨø‹t⊥t/ y#ø‹x. ôΜßγs%öθsù Ï™!$yϑ¡¡9$# ’n<Î) (#ÿρãÝàΖtƒ óΟn=sùr&
yang bermaksud, “Apakah maka tidaklah mereka melihat kepada langit di atas mereka
bagaimana Kami membinanya dan Kami menghiasinya, dan tidaklah ia mempunyai
sebarang rekahan”, dan tidaklah Allah berfirman, “Apakah maka tidaklah mereka
melihat kepada Kursi atau Arasy di atas mereka”, kerana kedua-duanya adalah perkara
yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Sekiranya tidaklah Allah memberitahu mereka
mengenainya, maka tidaklah mereka mengetahui tentangnya), dan tidaklah Dia
merasa penat memelihara keduanya (langit dan bumi serta semua makhluk yang ada
pada keduanya. Bahkan mengatur, mengawasi, dan menjamin tujuh petala langit dan
bumi itu adalah mudah dan ringan bagi Allah. Dan seandainya bukan kerana penjagaan
dan pemeliharaan Allah, pasti keduanya telah binasa. Di dalam ayat Fatir 35:41, Allah
berfirman,
1
Al-Darimi, At-Tabari, At-Tabrani, Ad-Daraqutni, Al-Baihaqi, Al-Hakim, Ibnu Abu Hatim
Ibnu Abu Syaibah, Al-Baihaqi. Al-Albaani mengatakan bahawa tidak ada satu pun hadis sahih dari Rasulullah mengenai ayat Al-
2
Kursi melainkan hadis ini sahaja