Dokumen ini membincangkan tindakan mitigasi dan adaptasi untuk menangani kenaikan paras air laut akibat pemanasan global. Ia mencadangkan pemeliharaan hutan, pengurangan penggunaan kenderaan, dan pengurangan pelepasan karbon dioksida sebagai tindakan mitigasi, serta penanaman tumbuhan hijau, pembinaan benteng pantai, dan kempen kesedaran masyarakat sebagai tindakan adaptasi.
1. Tugasan 6 : Tindakan Mitigasi dan Adaptasi
Terhadap Pemanasan Global
Pensyarah : Prof. Dato’ Ir. Dr Riza Atiq
Abdullah Bin O.K Rahmat
Nama : Zahirah Binti Syed Shaharudin
No. Matrik : A163151
2. PEMANASAN GLOBAL AKIBATKAN KENAIKAN PARAS AIR
LAUT
Pembakaran bahan api fosil, aktiviti-aktiviti manusia
dan semula jadi telah melepaskan banyak gas yang
memerangkap haba ke dalam atmosfera.
Pelepasan gas-gas ini telah menyebabkan suhu
permukaan bumi semakin meningkat.
Ini akan mengakibatkan pencairan ais di kutub dan
pada jangka masa yang panjang akan menyebabkan
peningkatan aras laut yang kritikal.
Penambahan aras laut akan mendatangkan kesan yang
buruk kepada habitat di pesisiran pantai.
3. Jika air laut memasuki kawasan yang lebih dalam di
pedalaman, ia akan menyebabkan hakisan, pembanjiran
kawasan seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di
tepi sungai, pencemaran di kawasan tadahan air tawar dan
kawasan penanaman, kehilangan habitat burung, ikan
dan juga tumbuh-tumbuhan.
Apabila ribut besar melanda dan air laut berada yang paras
lebih tinggi, maka ia akan menyebabkan ribut yang lebih
besar dan berkemampuan untuk memusnahkan apa
sahaja yang berada di laluannya.
Selain itu, berjuta-juta orang yang tinggal di kawasan
tersebut akan terdedah kepada banjir kilat. Kenaikan
paras laut yang tidak terkawal akan memaksa mereka
meninggal tempat tinggal mereka dan berpindah ke
tempat yang lain.
4. Tindakan Mitigasi dan Adaptasi
bagi mengatasi masalah ini
Tindakan mitigasi adalah untuk mengurangi risiko
bencana, baik melalui pembangunan fizikal ataupun
penyedaran dan peningkatan kemampuan
menghadapi ancaman bencana.
Tindakan Adaptasi adalah penyesuaian sistem alam
dan manusia terhadap fenomena pemanasan global
dan peningkatan aras laut.
5. Tindakan mitigasi
1) Memelihara dan Memulihara Hutan
Hutan dapat mengurangkan pemanasan global. Lebih
banyak tumbuhan lebih sejuk sesebuah bandar. Hutan-
hutan tidak boleh dikacau ganggu supaya dapat
dikekalkan keasliannya. Seterusnya, dapar berfungsi
sebagai kanopi di permukaan bumi. Akar-akar pokok
juga dapat meresap jumlah air yang banyak, ini dapat
mengurangkan risiko banjir. Sebuah badan bertugas
khas perlu ditubuhkan bagi mengawal aktiviti
pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.
6. 2) Mengurangkan pengunaan kenderaan.
Ini dapat mengurangkan pembebasan bahan pencemar
ke udara yang secara tidak langsung boleh menyebabkan
pemanasan permukaan bumi. Meningkatkan lagi
pengangkutan awam selain itu, pihak majikan perlu
menyediakan satu pengangkutan seperti bas untuk
pekerjanya supaya pekerja tidak bawa kenderaan sendiri
ke tempat kerja.
3) Mengkadkan pembebasan gas karbon dioksida
Ini boleh dilakukan dengan mengantikan pengunaan
bahan fosil kepada sumber tenaga alternatif iaitu tenaga
yang boleh diperbaharui dan sifar pencemaran seperti
tenaga solar, hidro dan biogas.
7. Tindakan Adaptasi
1) Melakukan penanaman tumbuhan hijau di seluruh
bandar
Pokok-pokok seperti nipah, rhu dan bakau sesuai
ditanam terutamanya di kawasan pinggir laut
2) Membina benteng di sekitar kawasan pinggir laut
Benteng bagi menghalang air laut yang banyak perlulah
dibina menggunakan bahan yang kuat dan tahan
hakisan. Benteng yang kuat dapat menghalang banjir di
kawasan aras rendah.
8. 3) Mengadakan kempen kesedaran
Meningkatkan kesedaran penduduk supaya tidak
melakukan pembalakan haram, pembakaran terbuka
dan mengurangkan pengunaan bahan-bahan tercemar
yang boleh mengakibatkan pemanasan global
seterusnya meningkatkan aras laut yang boleh
menyebabkan bencana alam seperti banjir yang
mempunyai risiko menengelamkan kawasan aras
rendah.