Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Peranan gpb dan gpict

3,058 views

Published on

  • Be the first to comment

Peranan gpb dan gpict

  1. 1. KOMPONEN 1: PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT)JUMLAH JAM : 3 JAMPENGENALAN Peserta kursus diberi pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPICT di sekolah. Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan mereka sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan. Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi. Strategi pelaksanaan aktiviti- aktiviti tersebut memerlukan peserta mengaplikasi dan mengoptimumkan peranan mereka.OBJEKTIF 1. Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB dan GPICT sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah. 2. GPB dan GPICT dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah.AKTIVITI 1: Peranan Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, peserta kursus boleh menghayati peranan dan tanggungjawab GPB dan GPICT di sekolah Prosedur a. Secara individu, peserta menyenaraikan tugas mengikut peranan masing- masing (GPB dan GPICT) di sekolah. b. Peserta dibahagikan dalam kumpulan bertiga. Setiap kumpulan adalah gabungan GPB dan GPICT. c. Setiap kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk menghasilkan satu senarai tugas GPB dan GPICT yang dipersetujui bersama untuk pembentangan.
  2. 2. d. Sesi pembentangan 5 minit setiap kumpulan. Kumpulan lain dibenarkan memberi pandangan/maklum balas. e. Fasilitator mengedar surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 (K1-E1) f. Fasilitator membuat rumusan (KI-R1) Sumber  Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 (K1-E1)  Panduan rumusan fasilitator (K1-R1)AKTIVITI 2: Kolaborasi Tugas Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) dan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPM) Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, peserta kursus boleh berkolaborasi secara optimum dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing di sekolah. Prosedur a. Peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan adalah gabungan GPB dan GPICT. b. Peserta rujuk senarai tugas GPB/GPICT dan GPM (K1-E1) untuk mengenal pasti tugas yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi antara GPB dan GPM di sekolah. c. Fasilitator memberi beberapa contoh bagaimana kolaborasi boleh dilaksanakan antara GPB dan GPM di sekolah. (K1-R2) d. Setiap kumpulan akan mengenal pasti dan memperincikan program yang boleh dikolaborasikan dengan GPM, (K1– R2) dan (K1-R3). e. Perbincangan kumpulan selama 10 minit untuk mengenalpasti tugas yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi. f. Sesi pembentangan cadangan kolaborasi yang dicadangkan (5 minit setiap kumpulan). Kumpulan lain dibenarkan memberi pandangan/maklum balas. g. Fasilitator membuat rumusan. (K1-R4)
  3. 3. Sumber  Panduan rumusan fasilitator. (K1-R4)TINDAKAN SUSULANTugasan: Menghasilkan atau mengemaskini fail meja Guru Penyelaras Bestari (GPB) (K1-R5).
  4. 4. K1-E1 PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Office of Director-General of Education Malaysia ARAS 8, BLOK E8 Level 8, Block E8 KOMPLEKS KERAJAAN, PARCEL E Government Complex Parcel E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Tel : 03-8088 6077 Federal Government Administrative Centre Fax : 03-8889 4548 62604 PUTRAJAYA Laman Web:http:www.moe.gov.my KP (BS-DSR)8787/008/2(10) 18 Julai 2005Semua Pengarah Jabatan Pelajaran NegeriY. Bhg. Datuk/Dato’/Datu/Tuan/Puan,SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3 /2005PENYELARASAN WAKTU MENGAJAR BAGI GURU PENYELARAS BESTARISERTA GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURU PENYELARASPUSAT SUMBER SEKOLAH )Pada masa kini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang amatpesat telah memberi impak yang sangat ketara dalam pelaksanaan sistem pendidikandi negara ini.2. Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalampelaksanaan pelbagai program yang berkaitan dengan Sekolah Bestari dan PusatSumber Sekolah. Sehubungan itu, melalui waran perjawatan Bil S37 Tahun 2000,setiap Sekolah Bestari diperuntukkan dengan seorang Guru Penyelaras Bestari danmelalui Maksud Bekalan 41 Kementerian Pelajaran Malaysia setiap sekolah telahdiperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Guru PenyelarasPusat Sumber Sekolah) sepenuh masa.3. Mesyuarat Hal-Hal Profesional Bil 3/2005 bertarikh 25 Mei 2005 telahmemutuskan supaya senarai tugas Guru Penyelaras Bestari dan Guru Perpustakaandan Media (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) dipinda untuk memberi laluankerjaya kepada guru-guru berkenaan.4. Bersama-sama ini dilampirkan SENARAI TUGAS GURU PENYELARASBESTARI serta GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GURUPENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH) yang telah dipinda seperti di Lampiran1 dan Lampiran 2. Dengan itu, senarai tugas Guru Penyelaras Bestari Ruj KP(BTP-PRSB) 8892/6/Jld 1 (1) bertarikh 8 Julai 2002 dan senarai tugas Guru Perpustakaandan Media Sekolah (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) Ruj KP (BTP-PSP)8810/11/1 (03) bertarikh 6 Julai 2004 dengan sendirinya adalah terbatal. Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  5. 5. K1-E15. Sila maklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai yangbertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Gabungan, PejabatPelajaran Daerah dan semua pengetua dan guru besar sekolah di bawah pentadbiranYang Berbahagia Datuk/Datu/Dato’/Tuan/Puan.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”DATO’ Dr. HAJI AHAMAD BIN SIPONKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysias.k: 1. Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin bin Tun Husein Menteri Pelajaran Malaysia 2. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 3. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 4. Y.B. Puan Komala Devi a/p Perumal Setiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia 6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Penasihat Undang-Undang Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  6. 6. K1-E1
  7. 7. K1-E1
  8. 8. K1-E1
  9. 9. K1-E1 LAMPIRAN 1 SENARAI TUGAS GURU PENYELARAS BESTARI (GPB)Peringkat : Sekolah Menengah / RendahJawatan : Guru Penyelaras Bestari (DG41 / DGA29)Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, Waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua- dua sesi.1. Merancang dan mengajar matapelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.2. Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah. 2.1. Guru Penyelaras Bestari menjadi sumber penting penyalur semua maklumat dan maklumbalas kepada semua perlakuan perisian yang dibekalkan.3. Mengurus dan menyenggara kemudahan ICT dan perisian-perisian aplikasi yang dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul. 3.1. Memastikan kemudahan infrastruktur teknologi yang diterima daripada pembekal atau kontraktor memenuhi speksifikasi seperti ditentukan oleh KPM. 3.2. Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap hari termasuk peralatan rangkaian seperti pelayan, modem, router, hub dan sebagainya. 3.3. Memastikan kesemua infrastruktur teknologi berada dalam keadaan baik. 3.4. Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi bilik-bilik kemudahan infrastruktur teknologi ditempatkan.4. Menyediakan keperluan peralatan ICT untuk guru dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.1. Memastikan semua aplikasi perisian yang dipasang berfungsi seperti yang diperlukan oleh pihak pengguna. 4.2. Mengurus keperluan infrastruktur teknologi untuk kegunaan warga sekolah dan membantu serta membimbing mereka sewaktu menggunakannya dalam aktiviti-aktiviti sekolah. 4.3. Mengurus kemudahan bahan-bahan multimedia untuk kegunaan guru seperti sidang video, penggunaan LCD projector, TV connector dan sebagainya.
  10. 10. K1-E15. Melatih guru menggunkan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 5.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah dalam penggunaan system aplikasi seperti bahan pengajaran dan pembelajaran. 5.2. Memastikan audit penggunaan kemudahan ICT dijalankan untuk menentukan keberkesanan penggunaan tersebut.6. Melatih staf menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping menggalakkan penggunaannya di dalam aktiviti pengurusan dan pentadbiran. 6.1. Memastikan bahawa kursus dalaman dijalankan untuk meningkatka kemahiran mengurus sisstem komputer (hardware & software) dan aplikasi perisian. 6.2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dan kakitangan sekolah dalam penggunaan sistem aplikasi Sistem Pengurusan Sekolah Bestari. 6.3. Memastikan penggunaan Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School Management System atau SSMS) dalam pengurusan sekolah beroperasi dengan baik.7. Menyelaras penilaian perisian pendidikan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditentukan oleh KPM. 7.1. Menilai perisian Bahan Pengajaran-Pembelajaran dan lain-lain perisian yang dibekalkan.8. Sebagai pengurus emel. 8.1. Menguruskan akaun dan emel warga sekolah.9. Memastikan integriti dan keselamatan data. 9.1. Memastikan supaya ciri-ciri polisi keselamatan (security policies) dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. 9.2. Memastikan keselamatan kemudahan infrastruktur teknologi dengan langkah-langkah seperti berikut: 9.2.1. Memastikan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik yang ditempatkan banyak komputer. 9.2.2. Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh pihak yang diberi kuasa sahaja. 9.2.3. Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan berfungsi dengan baik. 9.2.4. Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan baik dan berada di tempat- tempat yang telah dikenal pasti.
  11. 11. K1-E1 9.3. Memastikan keselamatan data melalui langkah-langkah berikut: 9.3.1. Memastikan konfigurasi system beroperasi dengan baik dan lancar. 9.3.2. Memastikan komputer bebas dari virus.10. Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person) ICT sekolah dan sentiasa mengikuti perkembangan ICT semasa. 10.1. Memainkan peranan sebagai pakar rujuk lepada pengguna yang menghadapi masalah dengan sistem pengoperasian, perkakasan dan perisian seperti Windows, SSMS, MS Office, E-mail, Internet, Printer dan lain-lain lagi. 10.2. Mengenal pasti masalah yang timbal sama ada masalah yang berkaitan perkakasan, sistem pengoperasian, sistem rangkaian atau perisian-perisian seperti Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran- Pembelajaran dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. 10.3. Menentukan kelancaran perjalanan sistem rangkaian secara keseluruhan dan sentiasa memastikan bahawa pengguna (enduser) dapat menggunakan sistem dan aplikasi secara optimum.11. Menyediakan laporan dan maklumat perkembangan aktiviti sekolah bestari kepada pihak yang berkenaan. 11.1. Menjalankan Configuration Management Audit mengikut jadual yang ditetapkan. 11.2. Menjalankan pemantauan dan menyediakan laporan terhadap kecekapan rangkaian, tahap penggunaan komponen Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari supaya membantu perancangan menaik taraf kemudahan ICT sekolah. 11.3. Membantu menyediakan belanjawan keperluan ICT untuk sekolah.12. Mempertingkatkan budaya ICT di sekolah. 12.1. Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan kemudahan infrastruktur teknologi. 12.2. Merancang, mengurus dan menyelaras laman web sekolah.13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa. 13.1. Memberi penerangan kepada para pelawat sama ada dalam negeri dan luar negara mengenai Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari.
  12. 12. K1-E1 LAMPIRAN 2SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GURU PENYELARASPUSAT SUMBER SEKOLAH)Peringkat : Guru Sekolah Menengah dan RendahJawatan : Guru Perpustakaan dan Media (Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) DG 41 / DGA 29Waktu Bertugas : Mengikut waktu persekolahan. Bagi sekolah dua sesi, waktu bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi. 1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu. 2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah. 3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah. 4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. 7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. 8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. 9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. 10. Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah. 12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah. Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  13. 13. K1-E113. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.16. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari masa ke semasa. Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  14. 14. K1-E1 LAMPIRAN 2aKriteria Pemilihan dan Perlantikan Guru Perpustakaan dan Media Sekolah ( GuruPenyelaras Pusat Sumber Sekolah)1. Telah disahkan dalam jawatan.2. Telah mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.3. Mempunyai: 3.1 Diploma atau ijazah dalam bidang berikut: a. Diploma Sains Perpustakaan b. Ijazah Sains Perpustakaan / Sains Pengajian Maklumat c. Ijazah Sarjana Sains Perpustakaan / Sains Pengajian Maklumat d. Ijazah dalam Teknologi Pendidikan e. Ijazah Sarjana dalam Teknologi PendidikanATAU 3.2 Sijil Perguruan Khas Satu Tahun (KSPK) dalam bidang berikut: a. Sains Perpustakaan b. Pengurusan Pusat Sumber c. Pengurusan Sumber Pengajaran & Pembelajaran d. Teknologi Pendidikan ATAU 3.3 Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus 14 minggu berkaitan dengan Pengurusan Pusat Sumber /Sains Perpustakaan/Teknologi Pendidikan dan sedang memegang jawatan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus). ATAU 3.4 Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus tiga bulan berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) dan sedang memegang jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus). Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  15. 15. K1-E1 ATAU 3.5 Pengalaman bekerja sebagai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru atau Pusat Sumber Pendidikan Daerah tidak kurang 3 tahun.ATAU 3.6 Telah mengikuti sekurang-kurangnya kursus Pengurusan PSS Peringkat Asas dan Peringkat Lanjutan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan atau Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan sedang memegang jawatan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (mempunyai sijil penyertaan atau surat akuan mengikuti kursus). Dokumen ini diilustrasi kembali daripada salinan asal
  16. 16. K1-R1PANDUAN FASILITATORAKTIVITI 1 Fasilitator memperkenalkan diri dan mengalukan kehadiran peserta Fasilitator meminta peserta memperkenalkan diri Fasilitator menyatakan objektif a ktiviti 1 adalah untuk peserta mengenalpasti peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya (berdasarkan pekeliling) di sekolah Fasilitator menekankan secara umum perbezaan dari segi perjawatan antara GPB dan GPICT Selepas pembentangan, fasilitator merujuk pekeliling bersama peserta dan membandingkan peranan mereka di sekolah dengan apa yang ditetapkan dalam pekeliling Fasilitator boleh merujuk kepada edaran K1 R2 dan K1 R3 untuk rumusan Fasilitator perlu menanamkan sikap positif kepada peserta dan menjuruskan kefahaman bahawa komitmen mereka adalah faktor utama yang menyokong pembestarian sekolahAKTIVITI 2 Tujuan aktiviti adalah untuk memaklumkan peserta bahawa pelaksanaan tugas mereka di sekolah boleh digabungkan. Peserta perlu dijelaskan kepentingan bekerjasama untuk melancarkan tugas di sekolah. Peserta merujuk jadual waktu persendirian yang dibawa oleh mereka. Fasilitator mengutarakan contoh-contoh kolaborasi dan gabungan skop kerja yang boleh membantu peserta memoptimumkan peranan mereka. Rujuk K1 R4 Peserta diingatkan peranan mereka sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan.
  17. 17. K1-R1TINDAKAN SUSULAN PKG akan membuat pemantauan fail meja GPB dan GPICT di sekolah Fasilitator boleh menunjukkan contoh fail meja kepada peserta (K1 R5 / K1 R6)
  18. 18. K1-R2 Contoh Perancangan GPM yang boleh dikolaborasikan bersama dengan GPB/GPICT PROGRAM SETAHUN PUSAT SUMBER Volume JadualBil Program dan Aktiviti Tindakan Kerja pelaksanaan1. Meningkatkan kebersihan, 2 X setahun Januari & Jun Semua keceriaan dan keselesaan Jawatankuasa PSS PSS Aktiviti  Membersih, mencuci lantai, dinding dan tingkap.  Memastikan perabot dapat digunakan.  Menghias dan menambah keceriaan.  Menambah kata-kata hikmat  Baik pulih bahan2. Menyediakan Rekod dan 1 X setahun Januari  GPM Fail  Pengerusi Unit-Unit PSS3. Perjumpaan J/K Kerja PSS, 4 X setahun Januari, Mac,  GPM Mesyuarat Guru PSS, Julai, Oktober  Semua JK Pengawas Sumber PSS  Tinjuan pelaksaan 2011  Rancangan Setahun PSS 2012  Hal-Hal Lain4. Pemilihan dan Perlantikan 1 X setahun Januari.  GPM Pengawas PSS  Temuduga  Perlantikan  Membuat Jadual  Taklimat Pengawas PSS
  19. 19. K1-R2 Volume JadualBil Program dan Aktiviti Tindakan Kerja pelaksanaan5. Taklimat/Pendedahan/ 3 X setahun Januari.  GPM Kursus Dalaman Guru-guru April  GPB/GPICT PSS/Pengawas Sumber Ogos  Peraturan dan Proses Pinjaman  Taklimat NILAM  Orientasi PSS  Literasi Maklumat  Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-216. Promosi Bahan dan Aktiviti 10 X setahun Febuari–  GPM November.  JK PSS  Hebahan semasa terlibat perhimpunan  Sudut Pameran  Susunan Rancangan Astro  Kaset baru7. Mengintegrasi PSS dalam 3 X setahun Mac  GPB / GPICT Pengajaran dan Jun Pembelajaran Oktober  Rakaman peristiwa penting di sekolah  Pembinaan Laman Web PSS.  Kemaskini bahan digital (Muatnaik ke Laman Web PSS)8. Program Budaya Membaca 2 X sebulan Januari  GPM NILAM 2 X setahun hingga  GPB/GPICT November  Kempen Kelek Buku  Kempen Bertukar Buku  Kempen Membuat Buku Cerita  Pertandingan Ulasan Buku.(Power Point)  Blog Rakan Pembaca (Resensi Buku)
  20. 20. K1-R2 Volume JadualBil Program dan Aktiviti Tindakan Kerja pelaksanaan9. Lorong Ilmu Sepanjang Januari  GPM tahun hingga  GPB / GPICT  Mengisi maklumat November terkini  Mengemaskini Info PSS  Pusat Akses Sekolah10. Lorong Maklumat 10 X setahun Februari  JK PSS hingga terlibat November  GPB/GPICT  Mengisi maklumat kurikulum dan kokurikulum  Mempamerkan hasil kerja pelajar  Mengemaskini Kios PSS (Taman Herba)  e-Book11. Pertandingan Kuiz 2 X sebulan Februari  Penyelaras hingga PSS .  Kuiz PSS November  Panitia Sains  Kuiz Sains  Kuiz Hari Merdeka12. Pameran 4 X setahun Mac,  JK PSS Jun, terlibat  Buku baru Ogos,  GPB / GPICT  Bahan Bantu Mengajar Oktober  Panitia ICT  Pekerja
  21. 21. K1-R3 Contoh Kolaborasi GPB/GPICT bersama guru / murid Cadangan Perlaksanaan untuk latihan kepadaBil Aktiviti guru/murid.1 Pengoperasian Murid diajar cara mencipta, menyusun dan dokumen dan fail menamakan fail serta folder agar mudah untuk mengurus hasil kerja dan juga nota-nota mengikut subjek atau projek.2 Kemahiran Laman web yang menawarkan pelajaran menaip Menggunakan Papan secara percuma. Kekunci Antaranya: (Keyboarding skills) http://www.powertyping.com/qwerty/lessonsq.html http://www.powertyping.com/practice/practice.html http://www.ducksters.com/games/typingtest.php3 Google Translate Murid perlu didedahkan dengan Google Translate (http://translate.google.com.my/#) yang menyediakan kemudahan terjemahan bahasa berserta sebutannya sekali.4 Pertandingan http://www.hooverwebdesign.com/free- mencipta kad ucapan printables/birthday/happy-birthday-greeting-cards.html digital5 Pertandingan buku Galakkan murid meneroka internet untuk tujuan kajian skrap tugasan atau carian maklumat dengan menggunakan kemahiran enjin pencarian.6 Percutian Maya Internet menawarkan cara yang paling murah dan - Minggu Melawat selamat untuk kita menganjurkan aktiviti percutian Australia maya http://www.australia.com/7 e Bahan Portal Learning Management System (http://spp.moe.edu.my/) dan belajar secara atas talian.8 Pertandingan Jejak Murid diwajibkan melayari laman ini terutamanya Maklumat Maya laman untuk kanak-kanak dan sememangnya terdapat aktiviti untuk murid dalam pelbagai bentuk seperti kuiz dan permainan. http://www.cybersafe.my/2011/cyberkids.html www.tutor.com http://www.wikipedia.org/ www.kidblog.org.
  22. 22. K1-R4 RUMUSAN FASLITATOR AKTIVITI 21. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang pesat dan dinamik memberi kesan yang besar dalam pelaksanaan pembudayaan literasi maklumat di sekolah.2. GPM dan GPB perlu mempunyai kompetensi untuk merealisasikan objektif PSS yang menjurus kepada pengurusan PSS abad ke-21 atau dikenali dengan nama seperti Pusat Sumber Digital atau Pusat Sumber merentas sempadan dan masa melalui kolaborasi aktiviti dan program bersama.
  23. 23. K1-R5 FAIL MEJA Penyelaras ICT (DG41) SMK ................... Fail meja ini terdapat di dalam CD yang dibekalkan bersama modul iniNAMA AGENSI :ALAMAT :NO. TELEFON :N0. FAKS :E-MAIL :LAMAN WEB :

×