SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Jawab semua soalan
BAHAGIAN A
1. Antara yang berikut, yang manakah langkah keselamatan yang betul di dalam makmal sains?
A. Buang sampah pepejal ke dalam singki
B. Semua radas tidak perlu dicuci selepas digunakan
C. Jangan menghidu bahan kimia tanpa kebenaran guru
D. Murid perempuan tidak perlu mengikat rambut dengan kemas sebelum melakukan eksperimen
2. Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah unit S.I.?
A. Kelvin C. Gram
B. Minit D. Kilometer
3. Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh bagi fenomena semula jadi?
A. Kereta yang sedang bergerak di atas jalan
B. Pembentukan pelangi selepas hujan
C. Seorang petani menanam sayur-sayuran di kebun miliknya
D. Seorang murid menjalankan eksperimen di makmal sains sekolah
4. Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam penghantaran maklumat?
A. Sel saraf C. Sperma
B. Sel darah merah D. Sel darah putih
5. Antara yang berikut, yang manakah organisma multisel?
A. Paramecium C. Amoeba
B. Chlamydomonas D. Hydra
6. Selepas bersukan, Safia mendapati kandungan air kencingnya sedikit. Mengapakah ini berlaku?
A. Kurang hormon yang dirembeskan
B. Kelenjar peluh Safia mengeluarkan banyak peluh
C. Salur darah Safia mengembang dan membebaskan lebih banyak haba
D. Safia minum sedikit air sebelum bersukan
7. Antara haiwan berikut, yang manakah melakukan persenyawaan luar?
A. Ayam C. Kucing
B. Katak D. Kura-kura
8. Mengapakah kita menggigil dalam cuaca sejuk ?
A. Suhu badan meningkat
B. Kurang tenaga dihasilkan
C. Bulu roma condong dan rapat ke kulit
D. Otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif
9. Bahagian bunga yang manakah memerangkap debunga ?
A. Filamen C. Stil
B. Stigma D. Anter
10. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang pembiakan aseks yang betul?
A. Penjanaan semula membahagikan satu sel menjadi dua sel
B. Strawberi membiak dengan pembiakan vegetatif melalui kaedah batang rayap
C. Belahan dedua adalah proses pembentukan tunas pada badan organisma
D. Pembiakan aseks melibatkan dua sel induk untuk menghasilkan satu sel anak
11. Antara yang berikut, yang manakah jirim?
A. Bunyi C. Udara
B. Cahaya D. Gelombang radio
12. Apakah persamaan antara proses pendidihan dan penyejatan?
A. Kedua-dua proses berlaku pada suhu 100o
C
B. Kedua-dua proses berlaku pada keseluruhan air
C. Kedua-dua proses melibatkan pembebasan haba
D. Kedua-dua proses melibatkan perubahan keadaan cecair kepada wap
13. Apakah tujuan menggunakan kaedah pengapungan?
A. Untuk mengasingkan pepejal dan pepejal
B. Untuk mengasingkan pepejal dan cecair
C. Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan isi padu
D. Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan ketumpatan
14. Yang manakah antara berikut merupakan sifat-sifat bagi logam?
A. Pudar C. konduktor haba yang kuat
B. Konduktor haba yang lemah D. Takat lebur yang rendah
15. Proses manakah yang tidak menggunakan oksigen?
A. Fotosintesis C. Respirasi
B. Pembakaran D. Pereputan
16. Fenomena yang manakah menyebabkan peningkatan suhu dunia?
A. Hujan asid C. Jerebu
B. Penipisan lapisan ozon D. Kesan rumah hijau
17. Apakah warna cahaya yang terbentuk apabila cahaya merah dan biru ditindihkan pada skrin
putih?
A. Sian C. Kuning
B. Hijau D. Magenta
18. Mengapakah langit kelihatan kemerahan pada waktu senja?
A. Cahaya matahari bersinar secara menegak
B. Cahaya merah dan jingga paling kurang diserak
C. Lintasan cahaya melalui atmosfera adalah pendek
D. Cahaya biru paling banyak diserak ke semua arah
19. Sifat cahaya yang manakah diaplikasikan dalam pembinaan periskop dan kaleidoskop?
A. Cahaya bergerak lurus
B. Cahaya boleh dibiaskan
C. Cahaya boleh dipantulkan
D. Cahaya bergerak secara bengkok
20. Apakah lapisan atmosfera yang sesuai bagi penerbangan kapal terbang?
A. Eksosfera C. Stratosfera
B. Mesosfera D. Termosfera
Ruang jawapan
No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan
1. 8. 15.
2. 9. 16.
3. 10. 17.
4. 11. 18.
5. 12. 19.
6. 13. 20.
7. 14.
BAHAGIAN B
1. (a) Persenyawaan merupakan proses pembentukkan zigot dan memastikan kelangsungan spesies.
Gariskan jawapan yang betul dalam kurungan yang disediakan.
(i) Bagi persenyawaan luar, nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum di ( dalam, luar )
badan induk betina.
(ii) ( Kura-kura, Katak ) menjalankan persenyawaan luar.
[ 2 markah ]
(b) Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menggunakan organisma yang diberi untuk
mengelaskan pembiakan aseks.
[ 2 markah ]
2. (a) Padankan jawapan yang betul bagi kerjaya yang berkaitan dengan sains
[ 2 markah ]
Planaria Bakteria Ameba Cacing pipih
Pembiakan aseks
Belahan dedua Pembentukan spora Penjanaan semula
(i) ________________
(ii) ________________
Paku pakis (iii) _______________
(iv) _______________
(i) Arkitek
(ii) Ahli botani
Seorang yang terlatih untuk menyediakan dan memberikan
ubat kepada orang ramai
Seorang pakar dalam sains tumbuhan
Seorang yang mereka bentuk bangunan
(b) Padankan langkah dalam penyiasatan saintifik berikut dengan maksud yang betul.
[ 2 markah ]
3. (a) (i) Gajah menyejukkan badan dengan menenggelamkan badan mereka dalam ( air / habuk /
belukar ).
(ii) Gajah kekurangan kelenjar ( peluh / sakit / sejuk ).
[ 2 markah ]
(b) Nyatakan BENAR atau PALSU bagi pernyataan berikut.
Pernyataan Benar / Palsu
(i) Mamalia besar seperti gajah mempunyai luas permukaan kecil
berbanding isi padunya, jadi kurang haba yang boleh hilang
daripada badannya
(ii) Mamalia kecil seperti kucing mempunyai kelenjar peluh di seluruh
badannya
[ 2 markah ]
4. (a) Lengkapkan peta buih di bawah
[ 2 markah ]
(i) Mengenal pasti masalah
(ii) Membuat hipotesis
Penerangan awal pemerhatian yang sedang
dikaji
Menentukan apa yang ingin diuji
Disertakan dengan bentuk komunikasi yang
berkesan
Air Udara Oksigen Natrium
Unsur
Zink
Karbon
(b) Bulatkan perubahan kimia
Pereputan daun Pendidihan air Kitar air Pengaratan besi
[ 2 markah ]
5. (a) Rajah 1 menunjukkan komposisi udara.
Rajah 1
Pada rajah 1 , label gas Y dan Z dengan menggunakan perkataan yang berikut
[ 2 markah ]
(b) Lengkapkan pernyataan di bawah
Pembakaran adalah satu proses penggabungan bahan api bersama gas ______________
secara kimia. Proses ini menghasilkan haba dan _______________.
[ 2 markah ]
Oksigen Nitrogen Karbon dioksida
Y :
Z :
BAHAGIAN C
1. (a) Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji satu faktor yang diperlukan untuk proses
fotosintesis
Rajah 2
(i) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen tersebut
__________________________________________________________________________
[1 markah ]
(ii) Lengkapkan pemerhatian dalam jadual di bawah
Bahagian daun Ujian kanji
Pemerhatian Kehadiran kanji
Tidak bertutup
Bertutup
[2 markah]
(iii) Berikan inferens bagi bahagian daun yang tidak bertutup
__________________________________________________________________________
[1 markah ]
(b) Rajah 3 menunjukkan dua proses yang saling melengkapi
Rajah 3
(i) Kenal pasti proses R dan S
R : _______________________
S : _______________________
[2 markah]
(ii) Nyatakan dua perbezaan antara proses R dengan proses S
1. ________________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________________
[2 markah]
2. Dalam suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara kehadiran angin dan pengeringan
tompok air, Jing Hui menjalankan langkah-langkah berikut.
J mengesahkan dan menyatakan hubungan antara kehadiran angin dan pengeringan
tompok air
K isikan dua piring petri dengan air
L meneka bahawa kehadiran angin boleh menyebabkan tompok air mengering lebih
cepat
M letak satu piring petri di bawah kipas dan satu lagi jauh dari kipas
N perhatikan jumlah air di dalam piring petri selepas dua jam
(a) Kenal pasti yang berikut dengan J,K,L,M atau N dalam eksperimen ini. Tulis huruf yang betul
di dalam kotak.
Membuat hipotesis
Mengawal pemboleh ubah
Mengumpul data
[3 markah]
(b Untuk menjadikan ini suatu eksperimen yang adil, cadangkan suatu pemboleh ubah yang harus
dikekalkan oleh Jing Hui dan terangkan apa yang harus dibuat olehnya untuk mengekalkan
pemboleh ubah tersebut
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Pada pendapat anda, apakah sikap saintifik dan nilai murni yang paling penting? Wajarkan
pendapat anda.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 makah]
3. Rajah 4 menunjukkan satu sinar cahaya yang bergerak melalui medium yang berbeza P dan Q
Rajah 4
(a) Namakan fenomena yang ditunjukkan dalam Rajah 4
__________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Medium manakah yang lebih tumpat, medium P atau Q? Terangkan mengapa.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Nyatakan dua fenomena pembiasan cahaya dalam kehidupan harian
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[2 markah]
(d) Rajah 5 menunjukkan cahaya berwarna yang terbentuk pada skrin putih
Rajah 5
(i) Nyatakan ciri cahaya yang ditunjukkan dalam Rajah 5
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Nyatakan warna-warna primer cahaya
___________________________________________________________________________
[3 markah]
(iii) Nyatakan warna yang tidak dapat diperoleh daripada campuran warna-warna yang lain
___________________________________________________________________________
[1 markah]
4. (a) Rajah 6 menunjukkan keratan bujur satu biji benih.
Rajah 6
(i) Apakah X ?
__________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Nyatakan fungsi X.
__________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Pak Abu jatuh sakit. Dia meminta anaknya, Rahman menyimpan biji benih hitam di dalam bekas
kedap udara. Dia berhasrat untuk menyemai biji benih tersebut apabila dia sihat kelak. Wajarkan
tindakan Pak Abu tersebut.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[2 markah]
(c)Apabila Pak Abu menyemai biji benih tersebut, Pak Abu mendapati masapercambahan biji benih,
A,B dan C adalah berbeza. Jadual di bawah menunjukkan biji benih dan tempoh masa untuk
testa pecah.
Biji benih Ketebalan testa (mm) Tempoh untuk testa pecah
A 0.12 Pendek
B 0.19 Lama
C 0.28 Paling lama
(i) Berdasarkan jadual ini, jelaskan mengapa tempoh percambahan biji benih A, B dan C adalah
berbeza.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Jelaskan apa yang akan berlaku kepada tempoh untuk testa pecah jika ketebalan testa lebih
daripada 0.30mm.
__________________________________________________________________________
[1 markah]
(iii) Apakah alasan yang menyebabkan testa pecah?
__________________________________________________________________________
[1 markah]
(iv) Pak Abu menyemai biji benih A di tempat yang gelap. Adakah biji benih itu akan bercambah?
Jelaskan.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
5. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang
(a) (i) Nyatakan satu contoh jirim
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(ii) Nyatakan satu sifat jirim berdasarkan jawapan di (a) (i)
___________________________________________________________________________
[1 markah]
(b) Bagi persediaan Karnival STEM peringkat sekolah, Ahmad telah mencampurkan beberapa jenis
larutan . Dia menyediakan empat jenis larutan campuran. Isipadu bagi setiap satu larutan adalah
25 cm3
. Jadual di bawah menunjukkan jenis larutan dan isi padu akhir larutan campuran.
Jenis larutan Isi padu akhir larutan campuran
25 cm3
larutan P + 25 cm3
larutan P 50 cm3
25 cm3
larutan Q + 25 cm3
larutan Q 50 cm3
25 cm3
larutan P + 25 cm3
larutan Q 45 cm3
25 cm3
larutan Q + 25 cm3
larutan R 47 cm3
(i) Terangkan mengapa nilai bacaan akhir larutan campuran diperoleh seperti dalam jadual
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[4 markah]
(ii) Apakah faktor yang perlu ditetapkan untuk mendapatkan hasil tersebut?
____________________________________________________________________________
[1 markah]
(c) Maria menjalankan eksperimen untuk menentukan takat didih air suling dan takat didih larutan
garam.
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan takat didih? Mengapakah suhu tidak berubah semasa
pendidihan air?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Maria mendapati takat didih air suling ialah 100o
C manakala takat didih larutan garam ialah
117o
C. Jelaskan mengapa.
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
[3 markah]
6. (a) Rajah 7 menunjukkan zarah gas di dalam sebiji belon
Rajah 7
(i) Huraikan kedudukan zarah-zarah gas di dalam belon.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Belon tersebut ditekan dari luar. Lukis zarah-zarah gas di dalam ruang di sebelah kanan.
[1 Markah]
(iii) Apakah ciri zarah gas yang membenarkan ia dimampatkan?
_______________________________________________________________________
[1 Markah]
Tekan
(b) Dalam pasaran, gas memasak disimpan di bawah tekanan tinggi di dalam tangki gas. Rajah 8
menunjukkan sebuah tangki gas.
Rajah 8
(i) Apakah kelebihan menyimpan gas memasak di bawah tekanan tinggi
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(ii) Gas memasak yang disimpan di bawah tekanan tinggi boleh meletup jika tidak dikendalikan
dengan betul. Cadangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Rajah 9 menunjukkan suatu zarah asap di dalam kotak asap yang diperhatikan di bawah
mikroskop.
(i) Lengkapkan Rajah 9 tersebut untuk menunjukkan pergerakan zarah asap.
[1 markah]
Rajah 9
(ii) Terangkan mengapa zarah asap tersebut bergerak demikian.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

More Related Content

Similar to Pat sains T1 - 2020.docx

SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docxSET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docxjananeeykannagi
 
Sains tahun 5
Sains tahun 5Sains tahun 5
Sains tahun 5Elly Yana
 
Soalan sains bah a akhir tahun 4
Soalan sains bah a  akhir tahun 4Soalan sains bah a  akhir tahun 4
Soalan sains bah a akhir tahun 4Salwa Ibrahim
 
Soalan akhir tahun tahun 5 - sains kertas 1 - 2015
Soalan akhir tahun   tahun 5 - sains kertas 1 - 2015Soalan akhir tahun   tahun 5 - sains kertas 1 - 2015
Soalan akhir tahun tahun 5 - sains kertas 1 - 2015Ryno Hardie
 
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdf
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdfLatih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdf
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdfJacksonNibangAmas
 
Kertas 3 biologi 2016
Kertas 3 biologi 2016Kertas 3 biologi 2016
Kertas 3 biologi 2016aziani yusof
 
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5Soalan ujian bulanan sains Tahun 5
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5mhdaminomar
 
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015norazlinamy
 
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-a
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-aPercubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-a
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-amahenacs
 
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian a
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian aPercubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian a
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian aDakwah Islam
 
Keperluan asas haiwan (bahagian a)
Keperluan asas haiwan (bahagian a)Keperluan asas haiwan (bahagian a)
Keperluan asas haiwan (bahagian a)Shu Loo
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)rosedainty
 
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docxSET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docxjananeeykannagi
 
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sainsintansayang
 

Similar to Pat sains T1 - 2020.docx (20)

SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docxSET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET D PAT SC T3 zila khalid=) CHANNEL.docx
 
Bahagain a
Bahagain aBahagain a
Bahagain a
 
Mb lset11
Mb lset11Mb lset11
Mb lset11
 
Sains kertas 1 trial
Sains kertas 1 trialSains kertas 1 trial
Sains kertas 1 trial
 
Soalan bhgn b sains
Soalan bhgn b sainsSoalan bhgn b sains
Soalan bhgn b sains
 
Sains tahun 5
Sains tahun 5Sains tahun 5
Sains tahun 5
 
Soalan sains bah a akhir tahun 4
Soalan sains bah a  akhir tahun 4Soalan sains bah a  akhir tahun 4
Soalan sains bah a akhir tahun 4
 
Soalan akhir tahun tahun 5 - sains kertas 1 - 2015
Soalan akhir tahun   tahun 5 - sains kertas 1 - 2015Soalan akhir tahun   tahun 5 - sains kertas 1 - 2015
Soalan akhir tahun tahun 5 - sains kertas 1 - 2015
 
Skema up1 t5
Skema up1 t5Skema up1 t5
Skema up1 t5
 
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdf
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdfLatih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdf
Latih-Tubi-Soalan-Latihan-Sains-Tahun-6-Cuti-Bulan-Mac-1.pdf
 
Kertas 3 biologi 2016
Kertas 3 biologi 2016Kertas 3 biologi 2016
Kertas 3 biologi 2016
 
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5Soalan ujian bulanan sains Tahun 5
Soalan ujian bulanan sains Tahun 5
 
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015
277031591 soalan-ujian-bulanan-sains-tahun-5-2015
 
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-a
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-aPercubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-a
Percubaan upsr-2014-terengganu-sains-bahagian-a
 
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian a
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian aPercubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian a
Percubaan upsr 2014 terengganu - sains - bahagian a
 
Keperluan asas haiwan (bahagian a)
Keperluan asas haiwan (bahagian a)Keperluan asas haiwan (bahagian a)
Keperluan asas haiwan (bahagian a)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
Ppt sains t2 thn 2021
Ppt sains t2 thn 2021Ppt sains t2 thn 2021
Ppt sains t2 thn 2021
 
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docxSET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docx
SET A PAT SC T2 zila khalid=) CHANNEL.docx
 
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains
101163594 percubaaan-upsr-2012-kedah-sains
 

Recently uploaded

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Pat sains T1 - 2020.docx

  • 1. Jawab semua soalan BAHAGIAN A 1. Antara yang berikut, yang manakah langkah keselamatan yang betul di dalam makmal sains? A. Buang sampah pepejal ke dalam singki B. Semua radas tidak perlu dicuci selepas digunakan C. Jangan menghidu bahan kimia tanpa kebenaran guru D. Murid perempuan tidak perlu mengikat rambut dengan kemas sebelum melakukan eksperimen 2. Antara kuantiti fizik berikut, yang manakah unit S.I.? A. Kelvin C. Gram B. Minit D. Kilometer 3. Antara yang berikut, yang manakah adalah contoh bagi fenomena semula jadi? A. Kereta yang sedang bergerak di atas jalan B. Pembentukan pelangi selepas hujan C. Seorang petani menanam sayur-sayuran di kebun miliknya D. Seorang murid menjalankan eksperimen di makmal sains sekolah 4. Antara yang berikut, yang manakah terlibat dalam penghantaran maklumat? A. Sel saraf C. Sperma B. Sel darah merah D. Sel darah putih 5. Antara yang berikut, yang manakah organisma multisel? A. Paramecium C. Amoeba B. Chlamydomonas D. Hydra 6. Selepas bersukan, Safia mendapati kandungan air kencingnya sedikit. Mengapakah ini berlaku? A. Kurang hormon yang dirembeskan B. Kelenjar peluh Safia mengeluarkan banyak peluh C. Salur darah Safia mengembang dan membebaskan lebih banyak haba D. Safia minum sedikit air sebelum bersukan 7. Antara haiwan berikut, yang manakah melakukan persenyawaan luar? A. Ayam C. Kucing B. Katak D. Kura-kura
  • 2. 8. Mengapakah kita menggigil dalam cuaca sejuk ? A. Suhu badan meningkat B. Kurang tenaga dihasilkan C. Bulu roma condong dan rapat ke kulit D. Otot rangka mengecut dan mengendur secara aktif 9. Bahagian bunga yang manakah memerangkap debunga ? A. Filamen C. Stil B. Stigma D. Anter 10. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang pembiakan aseks yang betul? A. Penjanaan semula membahagikan satu sel menjadi dua sel B. Strawberi membiak dengan pembiakan vegetatif melalui kaedah batang rayap C. Belahan dedua adalah proses pembentukan tunas pada badan organisma D. Pembiakan aseks melibatkan dua sel induk untuk menghasilkan satu sel anak 11. Antara yang berikut, yang manakah jirim? A. Bunyi C. Udara B. Cahaya D. Gelombang radio 12. Apakah persamaan antara proses pendidihan dan penyejatan? A. Kedua-dua proses berlaku pada suhu 100o C B. Kedua-dua proses berlaku pada keseluruhan air C. Kedua-dua proses melibatkan pembebasan haba D. Kedua-dua proses melibatkan perubahan keadaan cecair kepada wap 13. Apakah tujuan menggunakan kaedah pengapungan? A. Untuk mengasingkan pepejal dan pepejal B. Untuk mengasingkan pepejal dan cecair C. Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan isi padu D. Untuk mengasingkan bahan-bahan yang berlainan ketumpatan 14. Yang manakah antara berikut merupakan sifat-sifat bagi logam? A. Pudar C. konduktor haba yang kuat B. Konduktor haba yang lemah D. Takat lebur yang rendah
  • 3. 15. Proses manakah yang tidak menggunakan oksigen? A. Fotosintesis C. Respirasi B. Pembakaran D. Pereputan 16. Fenomena yang manakah menyebabkan peningkatan suhu dunia? A. Hujan asid C. Jerebu B. Penipisan lapisan ozon D. Kesan rumah hijau 17. Apakah warna cahaya yang terbentuk apabila cahaya merah dan biru ditindihkan pada skrin putih? A. Sian C. Kuning B. Hijau D. Magenta 18. Mengapakah langit kelihatan kemerahan pada waktu senja? A. Cahaya matahari bersinar secara menegak B. Cahaya merah dan jingga paling kurang diserak C. Lintasan cahaya melalui atmosfera adalah pendek D. Cahaya biru paling banyak diserak ke semua arah 19. Sifat cahaya yang manakah diaplikasikan dalam pembinaan periskop dan kaleidoskop? A. Cahaya bergerak lurus B. Cahaya boleh dibiaskan C. Cahaya boleh dipantulkan D. Cahaya bergerak secara bengkok 20. Apakah lapisan atmosfera yang sesuai bagi penerbangan kapal terbang? A. Eksosfera C. Stratosfera B. Mesosfera D. Termosfera Ruang jawapan No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan No. Soalan Jawapan 1. 8. 15. 2. 9. 16. 3. 10. 17. 4. 11. 18. 5. 12. 19. 6. 13. 20. 7. 14.
  • 4. BAHAGIAN B 1. (a) Persenyawaan merupakan proses pembentukkan zigot dan memastikan kelangsungan spesies. Gariskan jawapan yang betul dalam kurungan yang disediakan. (i) Bagi persenyawaan luar, nukleus sperma bercantum dengan nukleus ovum di ( dalam, luar ) badan induk betina. (ii) ( Kura-kura, Katak ) menjalankan persenyawaan luar. [ 2 markah ] (b) Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menggunakan organisma yang diberi untuk mengelaskan pembiakan aseks. [ 2 markah ] 2. (a) Padankan jawapan yang betul bagi kerjaya yang berkaitan dengan sains [ 2 markah ] Planaria Bakteria Ameba Cacing pipih Pembiakan aseks Belahan dedua Pembentukan spora Penjanaan semula (i) ________________ (ii) ________________ Paku pakis (iii) _______________ (iv) _______________ (i) Arkitek (ii) Ahli botani Seorang yang terlatih untuk menyediakan dan memberikan ubat kepada orang ramai Seorang pakar dalam sains tumbuhan Seorang yang mereka bentuk bangunan
  • 5. (b) Padankan langkah dalam penyiasatan saintifik berikut dengan maksud yang betul. [ 2 markah ] 3. (a) (i) Gajah menyejukkan badan dengan menenggelamkan badan mereka dalam ( air / habuk / belukar ). (ii) Gajah kekurangan kelenjar ( peluh / sakit / sejuk ). [ 2 markah ] (b) Nyatakan BENAR atau PALSU bagi pernyataan berikut. Pernyataan Benar / Palsu (i) Mamalia besar seperti gajah mempunyai luas permukaan kecil berbanding isi padunya, jadi kurang haba yang boleh hilang daripada badannya (ii) Mamalia kecil seperti kucing mempunyai kelenjar peluh di seluruh badannya [ 2 markah ] 4. (a) Lengkapkan peta buih di bawah [ 2 markah ] (i) Mengenal pasti masalah (ii) Membuat hipotesis Penerangan awal pemerhatian yang sedang dikaji Menentukan apa yang ingin diuji Disertakan dengan bentuk komunikasi yang berkesan Air Udara Oksigen Natrium Unsur Zink Karbon
  • 6. (b) Bulatkan perubahan kimia Pereputan daun Pendidihan air Kitar air Pengaratan besi [ 2 markah ] 5. (a) Rajah 1 menunjukkan komposisi udara. Rajah 1 Pada rajah 1 , label gas Y dan Z dengan menggunakan perkataan yang berikut [ 2 markah ] (b) Lengkapkan pernyataan di bawah Pembakaran adalah satu proses penggabungan bahan api bersama gas ______________ secara kimia. Proses ini menghasilkan haba dan _______________. [ 2 markah ] Oksigen Nitrogen Karbon dioksida Y : Z :
  • 7. BAHAGIAN C 1. (a) Rajah 2 menunjukkan satu eksperimen bagi mengkaji satu faktor yang diperlukan untuk proses fotosintesis Rajah 2 (i) Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dalam eksperimen tersebut __________________________________________________________________________ [1 markah ] (ii) Lengkapkan pemerhatian dalam jadual di bawah Bahagian daun Ujian kanji Pemerhatian Kehadiran kanji Tidak bertutup Bertutup [2 markah] (iii) Berikan inferens bagi bahagian daun yang tidak bertutup __________________________________________________________________________ [1 markah ] (b) Rajah 3 menunjukkan dua proses yang saling melengkapi Rajah 3
  • 8. (i) Kenal pasti proses R dan S R : _______________________ S : _______________________ [2 markah] (ii) Nyatakan dua perbezaan antara proses R dengan proses S 1. ________________________________________________________________________ 2. ________________________________________________________________________ [2 markah] 2. Dalam suatu eksperimen untuk mengkaji hubungan antara kehadiran angin dan pengeringan tompok air, Jing Hui menjalankan langkah-langkah berikut. J mengesahkan dan menyatakan hubungan antara kehadiran angin dan pengeringan tompok air K isikan dua piring petri dengan air L meneka bahawa kehadiran angin boleh menyebabkan tompok air mengering lebih cepat M letak satu piring petri di bawah kipas dan satu lagi jauh dari kipas N perhatikan jumlah air di dalam piring petri selepas dua jam (a) Kenal pasti yang berikut dengan J,K,L,M atau N dalam eksperimen ini. Tulis huruf yang betul di dalam kotak. Membuat hipotesis Mengawal pemboleh ubah Mengumpul data [3 markah] (b Untuk menjadikan ini suatu eksperimen yang adil, cadangkan suatu pemboleh ubah yang harus dikekalkan oleh Jing Hui dan terangkan apa yang harus dibuat olehnya untuk mengekalkan pemboleh ubah tersebut ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [2 markah]
  • 9. (c) Pada pendapat anda, apakah sikap saintifik dan nilai murni yang paling penting? Wajarkan pendapat anda. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [3 makah] 3. Rajah 4 menunjukkan satu sinar cahaya yang bergerak melalui medium yang berbeza P dan Q Rajah 4 (a) Namakan fenomena yang ditunjukkan dalam Rajah 4 __________________________________________________________________________ [1 markah] (b) Medium manakah yang lebih tumpat, medium P atau Q? Terangkan mengapa. _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [2 markah] (c) Nyatakan dua fenomena pembiasan cahaya dalam kehidupan harian ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [2 markah]
  • 10. (d) Rajah 5 menunjukkan cahaya berwarna yang terbentuk pada skrin putih Rajah 5 (i) Nyatakan ciri cahaya yang ditunjukkan dalam Rajah 5 ___________________________________________________________________________ [1 markah] (ii) Nyatakan warna-warna primer cahaya ___________________________________________________________________________ [3 markah] (iii) Nyatakan warna yang tidak dapat diperoleh daripada campuran warna-warna yang lain ___________________________________________________________________________ [1 markah] 4. (a) Rajah 6 menunjukkan keratan bujur satu biji benih. Rajah 6 (i) Apakah X ? __________________________________________________________________________ [1 markah]
  • 11. (ii) Nyatakan fungsi X. __________________________________________________________________________ [1 markah] (b) Pak Abu jatuh sakit. Dia meminta anaknya, Rahman menyimpan biji benih hitam di dalam bekas kedap udara. Dia berhasrat untuk menyemai biji benih tersebut apabila dia sihat kelak. Wajarkan tindakan Pak Abu tersebut. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [2 markah] (c)Apabila Pak Abu menyemai biji benih tersebut, Pak Abu mendapati masapercambahan biji benih, A,B dan C adalah berbeza. Jadual di bawah menunjukkan biji benih dan tempoh masa untuk testa pecah. Biji benih Ketebalan testa (mm) Tempoh untuk testa pecah A 0.12 Pendek B 0.19 Lama C 0.28 Paling lama (i) Berdasarkan jadual ini, jelaskan mengapa tempoh percambahan biji benih A, B dan C adalah berbeza. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ [2 markah] (ii) Jelaskan apa yang akan berlaku kepada tempoh untuk testa pecah jika ketebalan testa lebih daripada 0.30mm. __________________________________________________________________________ [1 markah] (iii) Apakah alasan yang menyebabkan testa pecah? __________________________________________________________________________ [1 markah]
  • 12. (iv) Pak Abu menyemai biji benih A di tempat yang gelap. Adakah biji benih itu akan bercambah? Jelaskan. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ [2 markah] 5. Jirim adalah bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang (a) (i) Nyatakan satu contoh jirim ___________________________________________________________________________ [1 markah] (ii) Nyatakan satu sifat jirim berdasarkan jawapan di (a) (i) ___________________________________________________________________________ [1 markah] (b) Bagi persediaan Karnival STEM peringkat sekolah, Ahmad telah mencampurkan beberapa jenis larutan . Dia menyediakan empat jenis larutan campuran. Isipadu bagi setiap satu larutan adalah 25 cm3 . Jadual di bawah menunjukkan jenis larutan dan isi padu akhir larutan campuran. Jenis larutan Isi padu akhir larutan campuran 25 cm3 larutan P + 25 cm3 larutan P 50 cm3 25 cm3 larutan Q + 25 cm3 larutan Q 50 cm3 25 cm3 larutan P + 25 cm3 larutan Q 45 cm3 25 cm3 larutan Q + 25 cm3 larutan R 47 cm3 (i) Terangkan mengapa nilai bacaan akhir larutan campuran diperoleh seperti dalam jadual ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [4 markah] (ii) Apakah faktor yang perlu ditetapkan untuk mendapatkan hasil tersebut? ____________________________________________________________________________ [1 markah]
  • 13. (c) Maria menjalankan eksperimen untuk menentukan takat didih air suling dan takat didih larutan garam. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan takat didih? Mengapakah suhu tidak berubah semasa pendidihan air? ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (ii) Maria mendapati takat didih air suling ialah 100o C manakala takat didih larutan garam ialah 117o C. Jelaskan mengapa. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ [3 markah] 6. (a) Rajah 7 menunjukkan zarah gas di dalam sebiji belon Rajah 7 (i) Huraikan kedudukan zarah-zarah gas di dalam belon. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (ii) Belon tersebut ditekan dari luar. Lukis zarah-zarah gas di dalam ruang di sebelah kanan. [1 Markah] (iii) Apakah ciri zarah gas yang membenarkan ia dimampatkan? _______________________________________________________________________ [1 Markah] Tekan
  • 14. (b) Dalam pasaran, gas memasak disimpan di bawah tekanan tinggi di dalam tangki gas. Rajah 8 menunjukkan sebuah tangki gas. Rajah 8 (i) Apakah kelebihan menyimpan gas memasak di bawah tekanan tinggi ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (ii) Gas memasak yang disimpan di bawah tekanan tinggi boleh meletup jika tidak dikendalikan dengan betul. Cadangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu. ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ [2 markah] (c) Rajah 9 menunjukkan suatu zarah asap di dalam kotak asap yang diperhatikan di bawah mikroskop. (i) Lengkapkan Rajah 9 tersebut untuk menunjukkan pergerakan zarah asap. [1 markah] Rajah 9 (ii) Terangkan mengapa zarah asap tersebut bergerak demikian. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ [3 markah] KERTAS SOALAN TAMAT